You are on page 1of 4

KERTAS KERJA: PROGRAM HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI JADI PRASEKOLAH 2009 PENGENALAN: Kecemerlangan kanak-kanak prasekolah

di dalam pendidikan merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi setiap ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri untuk mencapai kecemerlangan itu, keseimbangan dalam semua aspek perkembangan adalah penting. Ia meliputi penguasaan dalam kemahirankemahiran asas dan memupuk sikap positif di dalam diri kanak-kanak prasekolah. Perkembangan positif kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah penting. Setiap tahun, kita perlu meraikan program hari kanakkanak sedunia. Kanak-kanak merupakan generasi pelapis untuk mengembeleng tenaga pada masa hadapan. Mereka perlu mendapat penghargaan bagi semua orang kerana mereka masih perlu dibelai dengan kasih sayang. OBJEKTIF 1. memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah 2. mempelbagaikan aktiviti yang menyumbang kea rah perkembangan pendidikan kanak-kanak. 3. meluaskan pengetahuan kanak-kanak mengikut perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 4. melatih kanak-kanak supaya berdisiplin dan berdikari 5. merapatkan ukhwah di kalangan kanak-kanak , guru, dan pembantu pengurusan murid 6. mewujudkan semangat setiakawan di kalangan kanak-kanak prasekolah 7. mewujudkan nilai kasih saying di kalangan murid, guru dan pembantu. NAMA PROGRAM: Program Hari Kanak-kanak Prasekolah dan Sambutan Hari Jadi murid. TARIKH: 17 November 2009 HARI: Selasa TEMPAT: Prasekolah SASARAN: 50 orang murid prasekolah

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : Pn. Siti Sarbanon Bt Mohamad Amin (Guru Besar SK Sungai Pelong) Pengerusi : Pn. Rosanah Bt Mohamad Amin (PK Kokurikulum SK Sungai Pelong) Setiausaha : Pn. Rafeah Bt Mat Jahaya. (Guru Prasekolah) Naib Setiausaha : Pn. Noor Azizah Bt Hamzah (Guru Prasekolah) Bendahari : Pn. Nor Wahida bt Zainuddin (PPM) Naib bendahari : Pn. Jazalnawati Bt Jaafar (PPM) TENTATIF PROGRAM 8.00 pagi - murid berkumpul di dalam kelas - guru mengambil kedatangan murid 8.30 pagi - murid bersarapan 8.45 pagi - Taklimat ringkas daripada penyelaras - pembacaan doa - Nyanyian lagu negaraku - pembacaan ikrar 9.15 pagi - persembahan murid prasekolah 10.00 pagi sambutan hari jadi -jamuan makan - penyampaian cenderahati kepada murid 11.00 pagi aktiviti mewarna 11.30 pagi - bersurai. SUMBER KEWANGAN PCG Prasekolah ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1. PERKARA Hadiah Cenderahati KUANTITI 50 HARGA SEUNIT RM 5.00 JUMLAH RM 250.00

PENUTUP: Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan yang padu dari pihak sekolah serta kerjasama dari semua pihak bagi melancarkan setiap program yang diaturkan seterusnya merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan. Disediakan oleh, .. (RAFEAH BINTI MAT JAHAYA) Disemak oleh,

Disahkan oleh: ..

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELONG, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.

KERTAS KERJA: HARI KANAK-KANAK DAN SAMBUTAN HARI JADI

17 NOVEMBER 2009

ANJURAN: PRASEKOLAH SK SUNGAI PELONG

You might also like