You are on page 1of 15

Alat Penjimat Masa

Alat Penjimat Masa


Pengenalan Ialah alat yang digunakan untuk memudahkan dan menjimatkan masa dalam aktiviti masakan ataupun kerja-kerja memproses makanan. Alat-alat ini kebanyakkannya dihasilkan dalam bentuk mudah alih dan menggunakan sumber tenaga elektrik.

Mesin Pemproses Makanan


Mesin pemproses makanan juga dikenali sebagai food processor. Ia boleh didapati di dalam pelbagai saiz dari 2-4 liter ke 30-45 liter. Kegunaan alat ini ialah untuk mengisar, memotong, menguli, menghiris sayuran, mencampur sebati adunan, mengisar cecair untuk puri, sup,sos, mencincang daging, ikan yang telah dibuang tulang, makanan kering seperti kacang, kelapa dan lain-lain.

Ia mempunyai kemudahan mengawal kelajuan dan terdapat alat keselamatan interlock. Terdapat juga mata pisau yang digunakan untuk memarut, mencincang, menghiris dan mencarik daging.

Pengisar
Lebih dikenali sebagai blender. Mesin ini terdiri daripada unit enjin elektronik dan unit simpanan. Unit simpanan atau jag pengisar Diperbuat daripada kaca, plastic atau keluli tahan karat dan mempunyai sukatan metric.

Ukuran kapasiti bagi jag biasa ialah 1 liter. Ia biasanya digunakan untuk membuat air buah-buahan, menghancurkan buah-buahan dan sayuran, menyincang bijirrin, membuat puri dan lain-lain. Dilengkapi dengan kemudahan pengawal kelajuan motor dan dilengkapi dengan mata pisau keluli yang tahan karat.

Ketuhar Gelombang Mikro


Memasak menggunakan tenaga haba yang dihasilkan oleh gelombang elektrik. Sejenis injap voltan tinggi dipanggil magneriot menggerakkan gelombang mikro dengan kadar ulangan yang tinggi dan juga gelombang electromagnet dengan ukuran pendek.

Molekul yang ada di dalam makanan akan bergerak dengan cepat dan akan menghasilkan haba. Daripada haba yang terhasil inilah, makanan dimasak. Penggunaan dengan kaedah yang betul dapat menjimatkan sehingga 75% masa yang diambil daripada memasak menggunakan cara biasa.

Periuk Tekanan
Alat inimerupakan alat memasak yang ekonomi kerana penggunaannya menjimatkan masa dan bahan api. Ianya direkabentuk untuk mengekalkan wap didalam periuk. Wap yang terkumpul membuatkan tekanan udara naik dan suhunya menjadi tinggi. Wap akan menembusi makanan yang sedang dimasak dan lebih cepat masak tanpa merubah warna, rasa dan kandungan nutrient makanan.

Mesin pengadun
Alat ini digunakan untuk mengadun kek,memukul telur dan menguli doh. Mangkuk adunan dan alat pengadun yang berlainan bentuk digunakan untuk tujuan yang berbeza. Mangkuk adunan dan pengadun diperbuat daripada bahan bermutu tinggi dan senang dibersihkan.

Terdapat 3 jenis alat pengadun iaitu


wire whip atau balloon whisk, dough arm atau dough hook, dan paddle atau beater.

Dan lain-lain seperti pembancuh kopi, periuk nasi, dan lain-lain

You might also like