You are on page 1of 26

AKTIVITI PENGAJARAN PERBANDINGAN KAPASITI ISIPADU CECAIR.

AKTIVITI 1 : Untuk Pelajar-Pelajar Pintar. Topik : Isipadu Cecair Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair Kemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus. Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu cecair dengan cara perbandingan terus. Strategi P & P : Demonstrasi dan tunjuk-cara. KBKK : Membanding-beza Nilai : Berkerjasama dan yakin BBM : Pinggan Plastik, Cawan Teh, botol plastik, corong air, air oren dan besen air. Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, setengah, sedikit Prosedur : 1. Sediakan dua cawan teh yang kosong, pinggan plastik, botol plastik dain air oren yang disimpan di dalam besen yang diletakkan di atas meja. 2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air oren dengan menggunakan cawan teh dari dalam besen ke dalam pinggan dan botol sehingga penuh. 3. Minta pelajar di dalam kelas untuk mencatatkan berapa cawankah isipadu air yang digunakan untuk mengisi sehingga pinggan dan botol tersebut penuh. Guru jangan memberitahu betul atau salah pada peringkat ini. 4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka. 5. Selepas semua pelajar terpilih tadi menyebut dan menerangkan jawapan mereka, barulah guru membuat kesimpulan akan jawapan mereka tadi. 6. Rumusan guru perlu merangkumi : i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair yang banyak. Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan. ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkan sebelum membuat keputusan dan memberikan jawapan.

AKTIVITI 2 : Untuk Pelajar-Pelajar Lemah. Topik : Isipadu Cecair Subtopik : Pengenalan Kepada Isipadu Cecair

Kemahiran : Membandingkan dua isipadu cecair menggunakan perbandingan secara terus. Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat menyukat dan membandingkan jumlah isipadu cecair dengan cara perbandingan terus. Strategi P & P : Membuat pemerhatian dan tunjuk-cara. KBKK : Membanding-beza dan membuat rumusan Nilai : Berkerjasama dan yakin BBM : Bikar, Pinggan Plastik, botol plastik, air strawberi, besen air dan corong air. Perbendaharaan Kata : Isipadu, banyak, sama jenis, sedikit Prosedur :

1. Sediakan bikar, pinggan plastik, botol plastik dan air strawberi yang disimpan di dalam besen yang diletakkan di atas meja. 2. Arahkan dua orang murid untuk memasukkan air strawberi dengan menggunakan bikar dari dalam besen ke dalam pinggan dan botol sehingga penuh. 3. Minta pelajar di dalam kelas untuk menyebut tentang bekas yang manakah yang mengandungi kapasiti isipadu air yang banyak. Guru jangan memberitahu betul atau salah pada peringkat ini. 4. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memperjelas akan jawapan mereka. 5. Guru meminta dua orang murid untuk ke depan kelas. Kedua-dua mereka diminta untuk menuangkan air strawberi dari dalam pinggan dan diikuti dengan air dari botol plastik ke dalam besen menggunakan bikar yang sama saiznya. Sediakan corong air untuk aktiviti ini bagi mengelakkan air strawberi dari tumpah ke tempat lain. 6. Minta pelajar yang menjadi pemerhati aktiviti tersebut untuk memerhatikan aktiviti dengan baik dan perlu dimaklumkan juga kepada pelajar bahawa mereka perlulah membuat kesimpulan terhadap isipadu air yang manakah lebih banyak dari yang satu lagi. 7. Akhir sekali, guru perlu membuat rumusan berkaitan aktiviti ini. Rumusan guru perlu merangkumi : i. Tidak semestinya bekas yang lebad atau tinggi akan mempunyai kapasiti isipadu cecair yang banyak. Ia adalah bergantung kepada penuh, setengah atau sedikit cecair yang digunakan. ii. Lihat dengan teliti terlebih dahulu isipadu cecair di dalam bekas yang dibandingkan

sebelum membuat keputusan dan memberikan jawapan. Posted by ALFRED KENDIM at 7:01 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz Labels: Dua Aktiviti Pengajaran Isipadu Cecair 0 comments: Post a Comment

MEMBANDING DAN MENGUKUR ISIPADU CECAIR

Definisi Isipadu Cecair Isipadu cecair membawa maksud kandungan air yang dapat di muatkan dalam sesuatu bekas, contohnya cawan, jug, bikar, baldi atau bekas bekas lain. Ianya boleh di takrifkan dalam 2 skala unit iaitu unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan unit piawai seperti dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Pengujian boleh di buat untuk membezakan jumlah cecair yang boleh diisi kedalam bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati seperti cawan, baldi, botol air mineral, jug air, mangkuk dan lain-lain untuk memudahkan murid memahami dengan lebih jelas tentang sukatan dan kandungan isipadu cecair. Pada peringkat kanak-kanak, kesilapan biasa berlaku dalam hal kandungan isipadu cecair, ini kerana kanak-kanak tidak dapat memahami berkaitan jumlah isipadu dalam sesuatu bekas dengan tepat. kebanyakan kanak-kanak mengetahui beberapa konsep panjang, pendek, besar, kecil dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan dengan kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang bekas sahaja berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek,

kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, guru mestilah memberi penekanan kepada konsep kapasiti dengan menggunakan kaedah perbandingan secara konkrit. Untuk membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas mengenai kapasiti air dalam sesuatu bekas, beberapa aktiviti dapat di jalankan, cadangan saya sebagaimana berikut:-

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1: Menggunakan Unit Bukan Piawai

Topik : Mengukur dan membanding Isipadu Cecair Objektif : Selepas sesi pengajaran, murid-murid sepatutnya dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul. Pengetahuan Sedia ada : - murid biasa dengan peralatan yang di gunakan dalam sesi pengajaran. -Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek : lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk lepas. Bahan Bantu Belajar: -Bekas yang berlainan saiz: cawan, jug air, tuperware, -satu baldi air Kosa kata : lebih, kurang, kosong, separuh, penuh,tinggi, rendah Langkah pengajaran : 1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara kooperatif. 2. Meminta seorang murid menjadi pencatat dalam setiap kumpulan. 3. Guru mengedarkan 3 jenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sati jug kosong kepada setiap kumpulan. 4.Setiap kumpulan akan mencatat bilangan bekas yang berisi air yang diperlukan untuk memenuhi jug yang diberi dalam jadual yang disediakan.

Aktiviti 2 : Menggunakan unit bukan piawai.

Topik: Menyukat isipadu cecair

Hasil Pembelajaran : Murid seronok dan dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai dan melihat perbezaan kapasiti air dari berbagai bentuk bekas.

Bahan-bahan : Pelbagai bekas kecil berlainan saiz ( bekas plastik tinggi, jug, gelas kaca, botol susu baby dan tuperware), Langkah-langkah :

1. Murid bergerak dalam kumpulan berempat. 2. setiap kumpulan mempunyai seorang perekod.

3. Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu bekas tinggi kepada setiap kumpulan. 4. Minta murid mengisikan bekas yang berlainan saiz ( tuperware, gelas kaca) tersebut dengan air yang sirap. 5. Minta murid mengisi bekas tinggi untuk membuktikan perbezaan kapasiti air dari dua bekas yang berbeza bentuk. 7. Ulang dengan bekas-bekas yang lain. 8. Minta murid menjawab soalan berikut; ( bulatkan jawapan yang betul)

Isipadu air di dalam botol susu adalah ( sama / tidak sama ) dengan kapasiti air dalam tuperware

Isipadu air di dalam botol susu ( lebih / kurang ) daripada isipadu air dalam tuperware.

10. Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga jenis bekas tersebut (bekas plastik tinggi, botol susu, dan tuperware), yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil.

Kesimpulan:

Sesuatu konsep yang hendak di terapkan khususnya kepada kanak-kanak memerlukan daya kreativiti guru yang tinggi, penggunaan alat yang menarik banyak membantu dalam hal ini. Untuk aktiviti ini murid-murid ditanamkan dalam minda mereka bahawa isipadu cecair boleh diubah berdasarkan bekas yang digunakan. Semakin besar bekas yang digunakan, semakin banyak kuantiti air yang boleh diisi ke dalamnya. Setelah memahami konsep isipadu, lebih mudah untuk murid membuat sebarang anggaran berkaitan kapasiti air dan juga boleh di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

sipadu Cecair
1.0 Pengenalan Salah satu daripada topik baru bagi murid tahun 2 ialah isipadu cecair . Isipadu cecair adalah banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Sebelum memasuki alam

persekolahan, kanak-kanak sudah biasa dengan cecair. Pengalaman ini dilalui sejak mereka mula menyusu, Selain susu, kanak-kanak juga sudah biasa dengan cecair lain seperti air, minyak, sirap dan ubat. Kanak-kanak sudah mengenali beberapa jenis bekas seperti botol , baldi , sudu dan sebagainya , yang digunakan mengisi cecair tersebut. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti(muatan ) bekas itu. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama. Kanak-kanak biasanya sudah terkeliru dengan bentuk bekas yang digunakan . Mereka menganggap bahawa bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang besar dan bekas yang rendah mempunyai kapasiti yang kecil. Kemahiran membanding beza isipadu cecair di antara dua bekas yang berlainan saiz merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid. Penggunaan bahan konkrit dan aktiviti yang memusatkan murid harus dipakai guna dalam membantu murid dengan memahami kemahiran ini dengan lebih mendalam. Berikut merupakan beberapa alat bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan bagi membolehkan murid memahami dengan lebih mendalam dalam membanding beza isipadu cecair bagi dua bekas yang berlainan saiz . Bahan Bantu Mengajar Pertama

Bahan Bantu Mengajar Kedua

Subjek Kelas Topik

: Matematik : Tahun 2 : Isipadu cecair

Kemahiran

: Membanding beza isipadu cecair antara dua bekas

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur isipadu cecair dengan menggunakan units yang standard.

Alat Bantu mengajar kedua

- Bekas yang mempunyai pelbagai jenis saiz seperti berikut - silinder penyukat - cawan plastik

Aktiviti pengayaan

Aktiviti Pengukuhan

Rumusan

Pada keseluruhan, guru memainkan peranan penting dalam mendidik murid untuk menguasai asas kemahiran matematik . Menguasai asas matematik adalah penting dalam memastikan murid mengikut pelajaran yang seterusnya setelah mereka pergi ke tahun 3 dan tidak ketinggalan ke belakang.

Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, guru harus mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid , memilih alat bantu yang sesuai dan merancangkan aktiviti yang berpusatkan murid dan mengikut kebolehan murid agar dapat menarik perhatian murid. Segala perancangan guru adalah penting dalam memastikkan murid mengikut pelajaran guru,dan menarik minat guru dalam pencapaian objektif pembelajaran kita.

Rujukan internet http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag&feature=player_embedded http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related http://mykisshar.blogspot.com/2009/10/measure-and-compare-volume-of-liquid.html

Rujukan buku Lee Tak Sing ,Mathematics ,Teks book ( Part 2) Hypersurf Corporation Sdn. Bhd ,2003 Lee Tak Sing , Matematik Tahun 1 , activity book (Part 2) Hypersurf Corporation Sdn. Bhd ,2003 Toh Sing Ho Matematik Tahun 2, Buku Teks ,( Jilid 2) The Malaya Press Sdn Bhd Toh Sing Ho Matematik Tahun 2, Buku latihan dan aktiviti , (Jilid 2) The Malaya Press Sdn Bhd Murugiah s/o Velayutham and Kao Thuan Keat , HMBT2103 Teaching Mathematics in Year Two, Meteor Doc. Sdn ,Bhd

Maksud Isipadu Cecair Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair di dalam sebuah bekas.Kapasiti boleh di ukur dengan menggunakan bekas yang tidak besistematik dan diukur secara sistematik. Unit sistem metrik yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair ialah millimeter dan liter. Untuk mengukur isipadu cecair,kita boleh menggunakan bekas yang mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza. Aktiviti ini juga boleh

dilakukan di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai jenis bekas dan saiz yang berbeza. Pelajar juga boleh membawa bekas yang sedia ada seperti botol mineral, tin minuman ringan, pasu dan lain-lain yang boleh didapati di rumah untuk melakukan aktiviti mengukur isipadu cecair. Melalui kaedah ini, pelajar akan lebih memahami konsep isipadu dengan lebih jelas lagi. Konsep mengukur isipadu cecair ini perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka akan lebih memahami konsep isipadu cecair itu sendiri.

Alat-Alat yang digunakan untuk Mengukur Isipadu Cecair Aktiviti 1

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti 1 ( Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan bekas tidak bersistematik ) Hasil Pembelajaran : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.

Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, 3 mangkuk yang sama saiz, 3 cawan yang sama saiz dan 1 jag air yang besar

Langkah-langkah : 1. Pegang ketiga-tiga gelas 2. Minta murid memberitahu persamaan antar ketiga-tiga gelas.

3. Perkenalkan perkataan kosong, separuh penuh dan penuh. 4. Semasa memperkenalkan perkataan tersebut guru memaparkan gambar gelas kosong, gambar gelas air separuh penuh dan gambar gambar gelas air penuh. 5. Guru meminta murid melekatkan perkataan di bawah gelas gelas tersebut mengikut kesesuaiannya. 6. Selepas itu guru meminta murid datang kehadapan untuk mengisi air mengikut perkataan yang ditunjukkan oleh guru. 7. Guru meminta pelajar lain pula tampil kehadapan dan menyusun gelas-gelas tersebut mengikut turutan dari kosong ke penuh. 8. Ulang aktiviti tersebut dengan menggunakan mangkuk, dan cawan. Aktiviti 2 ii. Alat Bantu Mengajar 2

Aktiviti 2 ( Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan sistem metrik ) Hasil Pembelajaran : Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit piawai.

Bahan-bahan : Selinder penyukat, satu jag air yang besar, 1 gelas minuman, 1 teko, 1 mangkuk, dan 1 cawan.

Langkah-langkah :

1. Bahagikan murid kepada 6 kumpulan. 2. Lantik seorang murid menjadi pencatat. 3. Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan. 4. Guru meminta murid mengisi jag, gelas, teko, mangkuk dan cawan dengan air. 5. Kemudian guru meminta murid menuang air di dalam jag ke dalam selinder penyukat. 6. Murid merekodkan bacaan di dalam jadual yang disediakan. 7. Murid diminta untuk mengulang aktiviti tersebut menggunakan bekas yang lain. 8. Murid merekod menggunakan seperti jadual di bawah :

Bekas jag gelas teko mangkuk cawan

Bacaan dalam Mililiter / liter

9. Guru meminta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai isipadu yang paling kecil. 10. Guru meminta murid menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke yang paling kecil. 11. Guru meminta murid lain menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil ke yang paling besar.

Kesimpulan Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar akan dapat membuat perbandingan dengan menggunakan bekas yang berlainan saiz dan bentuk dengan lebih jelas lagi. Pelajar juga dapat mengukur dengan menggunakan unit system metric dan pelajar dapat mengukur dengan tepat dan mengambil bacaan dengan tepat.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam tajuk mengukur isipadu cecair ini juga kadangkala terdapat salah konsep di kalangan pelajar. Dengan itu, guru perlu lebih berhati-hati di dalam mengajar tajuk ini. Aktiviti yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran ini perlulah sesuai dengan pelajar dan persekitarannya. Kaedah yang digunakan juga mestilah senang difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami konsep mengukur isipadu cecair ini dengan lebih jelas lag

Pengenalan Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang di bawah.

Pengenalan Masalah konsepsi isipadu cecair boleh kita definisikan sebagai kesilapan penaakulan pelajar terhadap kapasiti isipadu dalam dua bekas yang berbeza. Seseorang pelajar akan menganggap tinggi kapasiti air sebagai penanda aras banyaknya air di dalam sesuatu bekas seperti gambar yang di bawah. Proses menyukat isipadu cecair Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa saiz bekas yang berbeza dapat mengelirukan kita dalam menentukan isipadu cecair. Oleh demikian, kita pada hari ini amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menentukan perkara ini. Pelajar sebenarnya pernah

melihat ukuran standard isipadu cecair seperti yang terdapat pada botol ataupun tin minuman namun mereka tidak sedar akan perkara ini. Dengan memberikan bimbingan dan tunjuk ajar, maka seseorang guru akan dapat membantu mereka dengan sebaik mungkin. Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah iaitu milliliter (ml ) dan liter (l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder penyukat dan sebagainya. Setiap silinder penyukat adalah mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat lain. Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana ianya standard. Sebelum menyukat isipadu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang rata seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah. 1 Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan bacaan. Bacaan yang tepat adalah kedudukan mata berada selari dengan skala sukatan bukanya Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang memusykilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi. Bahan bantu mengajar Isipadu cecair Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh gur

You might also like