P. 1
Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara

|Views: 10,376|Likes:
Published by chewkinfatt

More info:

Published by: chewkinfatt on Jul 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2013

pdf

text

original

相关搜索: ERA, ELEKTRONIK, MALAYSIA, MENUJU

Bayangkan satu senario pemotongan cukai, memperbaharui pelbagai lesen,
penggunaan kad pintar dalam pelbagai urusan kerajaan, boleh dilakukan sepanjang
24 jam, sama ada di rumah atau di pejabat dengan tanpa perlu ke
kaunter dantanpa kertas. Senario ini bukan lagi satu khayalan atau fantasi tetapi
semakin menjadi realiti dengan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kerajaan
elektronik, berkat kecanggihan teknologi maklumat. Ted Gaebler dan David Osborne
dalam bukunya yang tersohor ‘Reinventing Government (1992)’, menegaskan
penggunaan teknologi maklumat akan membantu mewujudkan sebuah ‘kerajaan
yang baik’. Menurut Gaebler dan Osborne, sebuah kerajaan yang baik akan

mempunyai ciri-ciri kepantasan yakni kepantasan dalam berurusan, berkualiti,
mengecilkan saiz dan memotong belanjawan. Kesemua elemen ini boleh tercapai
dengan cemerlangnya sekiranya sebuah kerajaan itu sanggup menggunakan dan
memperkenalkan perkhidmatannya secarta elektronik. Kewujudan kerajaan
elektronik bukan lagi satu omong kosong tetapi sesuatu yang harus ditawarkan
dalam menangani cabaran alaf baru.
Kerajaan elektronik dalam konteks Malaysia merupakan salah satu aplikasi perdana
dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh Tun Dr.
Mahathir bin Mohamaf sendiri. Objektif kerajaan elektronik adalah untuk
mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam kerajaan dalam
menyampaikan perkhidmatannya melalui penggunaan teknologi maklumat terkini
dan aplikasi multimedia. Visi utama kerajaan elektronik adalah untuk
menggembleng kesepakatan antara kerajaan, syarikat swasta dan orang awam
berganding bahu dan berusaha bersama bagi faedah negara.
Melalui kerjasama dan perkongsian pintar pelbagai pihak ini, akan turut membantu
negara bergerak teguh ke arah mempertingkatkan daya saing. Pelaksanaan
kerajaan elektronik ini akan juga merombak paradigma lama dan
mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan
Malaysia atau “re-invent the Government of
Malaysia’, di samping menjadi pemangkin kepada MSC. Barangkali, harus diingatkan
bahawa pelaksaan kerajaan elektronik bukanlah semata-mata memberi tumpuan
kepada penggunaan komputer di agensi-agensi kerajaan, tetapi yang lebih penting
ialah bagi membolehkan cara pemberian perkhidmatan kerajaan dipercekap dalam
usahanya mencapai kecemerlangan. Hal ini tentu sekali bermatlamat melahirkan
Perkhidmatan Awam yang berinteraksi secara berkualiti dengan pelanggannya. Di
samping itu, pelaksanaan pelbagai aplikasi di bawah Kerajaan Elektronik dan
memberi kesan ke atas cara hidup masyarakat hasil daripada perubahan dan
peningkatan dalam cara penyampaian perkhidmatan kerajaan. Proses-proses yang
menyentuh kehidupan masyarakat seperti pendaftaran kelahiran, pandaftaran
sekolah, pengeluaran kad pengenalan, pengeluaran lesen memandu, dan
sebagainya akan mengalami perubahan memandangkan urusan-urusan tersebut
akan dilaksanakan secara elektronik.
Hubungan dengan sektor swasta juga bertukar corak kerana urusan pendaftaran

perniagaan dan syarikat, pembayaran cukai, pengeluaran lesen import, eksport dan
perolehan kerajaan akan dilakukan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan
multimedia. Begitu juga jalinan komunikasi antara agensi dan sesama anggota
kerajaan akan menjadi lebih rapat, cekap dan berkesan dam dengan demikian
berupaya menghasilkan tahap produktiviti yang lebih tinggi.
Kesemua ini akan membantu sebuah jentera pentadbiran yang lebih cekap dan
beroperasi tanpa kertas. Konsep berperasi tanpa kertas atau ‘paper-less
bureaucracy’ ialah konsep pentadbiran kerajaan yang berupaya berpotensi dengan
cekap tanpa penggunaan kertas.
Menurut Anuar Maarof dalam tulisannya ‘Paper-less bueraucracy(1995)’, bahawa
kerajaan memandang berat kepada masalah karenah birakrasi khususnya yang
menyentuh penggunaan kertas dan dokumen atau ringkasnya ‘paperwork’ yang
membebankan orng awam sebagai pelanggan yang berurusan dengannya serta
pegawai kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan
berkenaan.
Di samping itu, kerajaan juga telah mewujudkan Rangkaian Telekomunikasi
Bersepadu Kerajaan atau ‘Government Intergrated Telecommunications Network
(GITN)’ yang bertujuan memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan rangkaian
kepada agensi-agensi kerajaan yang mempunyai pejabat di dalam dan di luar
negara. Rangkain GITN merupakan satu prasarana yang memudahkan penyampaian
maklumat dan perkhidmatan secara elektronik bagi tujuan luaran.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksaan kerajaan elektronik akan memberi
banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, kerajaannya
banyak bergantung kepada budaya dan penerimaan masyarakat Malaysia dan
kakitangan Perkhidmatan Awam terhadap perubahan paradigma, corak dan budaya
kerja baru yang diperkenalkan melalui wahana kerajaan elektronik. Teknologi
sememangnya boleh membantu tetapi sekiranya sikap terhadap rutin bekerja belum
berubah, tentu sekali melambatkan pelaksanaan kerajaan elektronik, lebih-lebih lagi
kejayaannya juga banyak bergantung kepada kepuasan pelanggan yang
menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->