You are on page 1of 17

APLIKASI MITOSIS

Amplikasi mitosis yang melibatkan teknologi untuk menghasilkan sekumpulan anak/zuriat (klon) yang seiras dengan induknya dari segi genetik melalui pembiakan aseks, dikenali sebagai pengklonan. Dua teknik yang menggunakan aplikasi mitosis ialan teknik kultur tisu dan pengklonan. i)KULTUR SEL Teknik kultur tisu merupakan aplikasi mitosis yang digunakan untuk meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran pertanian seperti pokok kelapa sawit, pokok getah, pokok orkid dan pokok pisang. Kultur sel ialah kaedah biak baka yang melibatkan pemindahan sel tunggal, cebisan tisu atau organ tumbuhan organisma tertentu secara in vitro ke dalam larutan medium bernutrien. In vitro (dalam kaca) merujuk kepada eksperimen yang dijalankan diluar badan organisma. Tujuan utama kultur sel adalah unutk membiakkan sel tumbuhan unutk menghasilkan organisma baru yang sama dengan induknya dari segi fizikal dan kandungan genetik. Cebisan tisu atau sel yang telah diekstrak dimasukkan ke dalam bekas kaca yang mengandungi larutan medium bernutrien. Medium bernutrien biasanya terdiri daripada satu campuran kompleks glukosa, asid amino, garam mineral dan semua bahan keperluan lain yang sesuai unutk pertumbuahn sel atau tisu. Medium nutrien juga mungkin mengandungi hormon tertentu. Medium bernutrien yang digunakan mestilah steril, mempunyai pH dan suhu yang sesuai serta mangandungi semua nutrien yang diperlukan unutk pertumbuhan tisu atau sel. Teknik ini memerlukan pengawalan persekitaran tisu atau sel.

Dalam teknik kultur sel, sel tumbuh dengan membahagi secara mitosis untuk membentuk sel-sel baru dan akhirnya membentuk tumbuhan baru. Kelompok tisu baru yang terbentuk dalam teknik kultur tisu dinamakan klon. Di antara bahagian tumbuhan yang boleh dikulturkan ialah pucuk, akar, batang dan kabium. Teknik kultur sel telah digunakan denan meluas dalam penghasilan tanaman orkid, tomoto, nanas, ciku, manggis betik, getah dan kelapa sawit di negara kita. Melalui teknik kultur tisu, beribu-ribu klon yang mempunyai ciri yang baik seperti mempunyai rintangan tinggi terhadap penyakit atau kemarau dihasilkan daripada sel soma yang diambil daripada tumbukan induk. Teknik kultur tisu telah digunakan oleh agensi kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia serta tapak semaian persendirian untuk membiakbaka tanaman bermutu tinggi dengan banyaknya.

PENGKLONAN
Teknik pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pambahagian sel secara mitosis. Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan selumpulam klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang

dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.
Kebaikan pengklonan:

a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan. b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman. c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda. d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman. e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa. keburukan pengklonan: a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu. b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.

c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan. d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik.

1.1 Pengenalan

Organisma yang terbentuk daripada banyak sel disebut sebagai organisma multisel, contohnya manusia dan tumbuhan. Setiap sel dikhususkan dengan tugas dan fungsi masing-masing. Apakah dia sel? Anda telah pun mempelajarinya pada pelajaran lalu dan seharusnya anda dapat menjawab soalan ini. Bagaimanakah sel-sel ini dapat menambahkan bilangannya untuk membesar dan membentuk suatu organisma yang lebih besar? Sudah tentu ada satu proses yang bertanggungjawab dalam mekanisme ini. Dalam topik ini, kita akan cuba memahami dan mendalami apakah proses yang terlibat dalam proses pembahagian sel dan bagaimana pengetahuan tentang proses tersebut diaplikasikan dalam kehidupan kita iaitu dalam bidang pertanian.

1.2 Pengertian dan kepentingan mitosis

Salah satu ciri penting bagi sel ialah sel baru boleh wujud daripada sel yang telah sedia

wujud. Proses yang berlaku ini disebut sebagai proses pembahagian sel ataupun mitosis. Pembahagian sel adalah penting untuk kemandirian semua jenis sel organisma hidup. Cuba kamu bayangkan, apakah yang akan terjadi kepada semua organisma hidup jika proses mitosis ini tidak berlaku? Sel pada organisma multisel boleh dibahagikan kepada sel soma dan sel seks. Apakah dia sel-sel ini? Sel soma ialah semua sel yang membentuk tisu badan sesuatu organisma kecuali sel-sel yang terlibat dengan pembiakan. Jadi, tentu kamu dapat menakrifkan maksud bagi sel seks. Sebenarnya sel seks terbahagi kepada dua jenis sel iaitu gamet jantan yang dipanggil sperma dan gamet betina yang disebut sebagai ovum. Sel seks ataupun gamet ini dihasilkan apabila sel tertentu dalam organ pembiakan jantan dan betina membahagi melalui proses yang dinamakan meiosis. Pembahagian secara meiosis ini akan dipelajari dalam tajuk pembiakan di tingkatan lima nanti. Persenyawaan antara sperma dan ovum akan membentuk zigot yang bersel tunggal. Zigot ini akan membahagi berulang-ulang kali untuk menghasilkan sel yang membentuk tisu satu organisma multisel (Rajah 1.21). Sel membahagi setelah ia membesar sehingga mencapai saiz tertentu. Selepas itu sel tidak boleh terus membesar kerana nisbah jumlah luas permukaan per isipadu menjadi semakin kecil. Ia mencapai saiz maksimum apabila permukaannya yang terlibat dalam pertukaran gas tidak mencukupi untuk menyokong isipadunya yang telah bertambah. Penambahan sel baru melalui pembahagian sel seperti

ini disebut mitosis. Mitosis ini diikuti oleh pembesaran sel yang membawa kepada pertumbuhan kepada sesuatu organisma terbabit. Proses mitosis tidak berhenti walaupun manusia dan organisma lain telah mencapai peringkat dewasa. Boleh kamu beri alasan mengapa ini terjadi? Sebenarnya proses ini berterusan kerana terdapat sel tertentu dalam badan tidak mengalami pengkhususan. Sel ini sedia membahagi secara mitosis untuk membentuk tisu yang diperlukan bagi pertumbuhan atau pembaikan tisu-tisu yang telah haus, cedera ataupun mati. Walau bagaimanapun, sel yang telah mengalami pengkhususan iaitu sel yang telah disesuaikan untuk menjalankan fungsi khas tertentu biasanya tidak berkeupayaan untuk membahagi lagi. Pada tumbuhan, mitosis biasanya terhad kepada tisu meristem di hujung pucuk dan tunas (meristem apeks), di hujung akar (meristem akar) dan juga dalam kambium serta kambium gabus (meristem gabus) (Rajah 1.22 dan 1.23). Sel dalam tisu meristem membahagi secara berterusan sepanjang hayat tumbuhan. Kebanyakan haiwan hanya mengalami pertumbuhan pada peringkat awal hayatnya. Pada peringkat ini, sel yang sedang membahagi boleh dijumpai di seluruh badan haiwan tersebut. Akan tetapi, apabila telah dewasa, mitosis hanya diperlukan untuk menghasilkan sel pengganti untuk memperbaiki tisu-tisu yang telah haus atau cedera. Misalnya, lapisan Malpighi (Rajah 1.23) dalam kulit manusia

membahagi secara berterusan untuk menggantikan sel epidermis yang telah mati atau tertanggal.

!
tumbuhan.

i. a) Takrifkan pengertian sel soma dan sel seks b) Namakan kawasan-kawasan yang mengalami proses mitosis pada

1.3 Ciri-ciri mitosis

Nukleus sel mengandungi kromosom (Rajah 1.31). Kromosom ini dibina oleh struktur yang dipanggil bebenang kromatid. Bilangan kromosom dalam nukleus adalah tetap bagi setiap spesies. Contohnya, sel badan manusia mempunyai 46 kromosom iaitu 2n = 46, manakala sel bawang mengandungi 16 kromosom. Pada setiap kromosom, kita boleh dapati gen-gen yang memberi maklumat kepada sel tentang jenis protein yang harus dibentuk. Apabila suatu sel membahagi, setiap sel anak akan menerima satu set kromosom yang lengkap daripada sel induknya. Mitosis adalah satu cara pembahagian sel yang menghasilkan dua sel anak yang baru. Bilangan dan jenis kromosomnya adalah seiras dengan sel induk.

ii. a) Apakah nama struktur yang menyimpan maklumat genetik sesuatu sel? b) Berapakah bilangan kromosom yang dipunyai oleh manusia?

1.4 Peringkat-peringkat mitosis

Proses yang berlaku dalam sel semasa mitosis adalah berterusan, tetapi untuk memudahkan kajian dan pembelajaran, kita akan membahagi proses ini kepada empat peringkat utama iaitu; profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Peringkat-peringkat ini diringkaskan dalam Rajah 1.41. Sitokinesis ialah proses yang melibatkan pembahagian sitoplasma sel serta pemisahan nukleus kepada sel anak yang berasingan. Proses ini berlaku semasa peringkat telofasa akhir. Interfasa pula ialah peringkat di antara dua turutan peringkat mitosis.

6 Interfasa bukanlah tergolong dalam peringkat mitosis. Mengapa? !

iii. a) Sebutkan kesemua peringkat yang terlibat dalam proses mitosis. b) Takrifkan pengertian interfasa dan sitokinesis.

7Mengkaji mitosis
Radas dan bahan; Mikroskop, slaid tersedia bagi hujung akar bawang yang menunjukkan mitosis. Kaedah;

1.Perhatikan menerusi mikroskop dengan menggunakan kuasa rendah slaid tersedia hujung akar bawang yang menunjukkan mitosis. Nukleus sel dalam slaid itu telah diwarnakan, jadi nukleus itu kelihatan lebih gelap daripad bahagian sel yang lain. Bahagian hujung akar yang mempunyai paling banyak nukaeus adalah kawasan yang anda perlu cari.

2.Tukarkan kepada kuasa sederhana dan kemudian kuasa tinggi untuk memerhatikan sel di kawasan ini dengan lebih jelas dan teliti.

3.Cari satu sel dalam peringkat interfasa. Lukis sel ini dan labelkan pemerhatian anda pada gambarajah tersebut. Anda boleh gunakan Rajah 1.41 sebagai panduan.

4.Ulangi langkah (3) bagi sel dalam peringkat profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. Anda

boleh sertakan juga peringkat awal dan akhir setiap fasa ini jika anda berjaya menemuinya.

= Sila siapkan laporan seperti yang diminta dalam arahan. CKanser: Pembahagian sel yang tidak terkawal
Apabila mendengar sahaja nama kenser, sudah tentu kita terbayangkan sejenis penyakit yang menakutkan kerana kanser boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa sebarang amaran. Kebanyakan kes kanser mempunyai peluang yang sangat tipis untuk hidup. Sejak tahun 1990, penyakit yang ada kaitan dengan kanser dilaporkan telah meningkat sehingga lima peratus. Penyakit berbahaya ini telah membunuh lebih daripada 300 000 orang setahun. Angka ini meletakkan penyakit kanser di tempat kedua selepas penyakit jantung sebagai penyebab kepada kematian di negara Barat. Stastistik ini jelas sangat menakutkan. Kanser bukan hanya merupakan sejenis sahaja kerana lebih daripada 200 jenis penyakit manusia telah dikelaskan sebagai kanser. Manusia bukanlah satu-satunya jenis organisma yang diserang oleh penyakit kanser ini, malahan katak, ayam, tikus dan tumbuhan juga boleh menghidapi kanser. Kanser bukanlah penyakit baru kerana lesi berkanser telah dijumpai pada mumia Mesir dan tulang dinosaur. Kanser ialah sejenis penyakit akibat pembahagian sel yang tidak terkawal. Biasanya sel akan

tumbuh dan membahagi selaras dengan sel sekitaran yang lain, tatapi atas sebab-sebab tertentu, contohnya terdedah kepada sinaran radioaktif, sesetenganh sel didapati membahagi secara tidak terkawal dan menghasilkan suatu ketumbuhan tisu yang tidak normal disebut sebagai tumor malignan. Mengapakah sel yang sempurna ini tiba-tiba membahagi secara tidak terkawal? Jawapan ini melibatkan mekanisme pengawalan kitar sel. Biasanya kitar sel dikawalatur supaya selsel membahagi dan berfungsi selaras dengan sel lain. Akan tetapi, sel kanser mulai membahagi secara bebas dan tidak terkawal. Sel kanser ini berjaya mengatasi sel-sel lain untuk mendapat bekalan tenaga dan nutrien bagi pertumbuhannya. Pencerobohan dan penyebaran sel kanser ke tisu lain akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada tisu badan. Apabila cukup banyak sel badan lain terancam, keadaan ini akan membawa kepada kematian. Kajian ke atas kembar manusia menunjukkan terdapat prakecenderungan genetik terhadap kanser. Maksudnya, sesetengah daripada kita lebih mudah terkena penyakit kanser daripada individu lain disebabkan sesuatu yang kita warisi. Dalam kajian yang lain pula, didapati agen-agen penyebab kepada kanser ini ialah asap rokok, sinar-X, sinar ultraungu dan beberapa ratus jenis bahan kimia lain termasuk bahan-bahan yang digunakan dalam makanan yang diproses. Agen-agen ini dikenali sebagai karsinogen.

(Sumber: Dipetik daripada Brum & McKane 'Biology: Exploring Life', halaman 157, John Wiley & Sons, 1989)

1.5 Aplikasi mitosis dalam pertanian - pengklonan dan kultur tisu

Klon ialah sekumpulan zuriat yang terhasil melalui pembiakan aseks, dengan setiap individu mempunyai maklumat genetik betul-betul seiras yang berasal daripada satu induk sahaja. Sebenarnya, pengklonan bukanlah satu teknologi baru kerana pengklonan organisma telahpun dilakukan pada masa dahulu. Setiap kali kita mengambil suatu keratan daripada sesuatu organisma untuk pembiakan vegetatif, ia adalah pengklonan organisma. Keratan ini menghasilkan organisma baru melalui proses mitosis. Jadi, organisma baru ini mempunyai maklumat genetik yang seiras dengan induknya. dalam usaha penanaman buah-buahan secara besar-besaran seperti pisang dan nenas, teknik keratan telah lama digunakan untuk menggantikan kaedah penanaman daripada biji benih. Kultur tisu adalah satu teknik pengkulturan sel tunggal, tisu ataupun organ haiwan dan tumbuhan dalam medium berzat makanan yang sesuai dan steril. Kaedah ini melibatkan pembesaran dan penggandaan sel atau tisu secara mitosis in vitro (dalam kaca) di luar badan organisma serta dalam keadaan yang steril.

Tujuan utama kultur tisu ini ialah untuk membiakkan sel tumbuhan dan haiwan secara pembiakan aseks. Kultur tisu merupakan satu kaedah membiak klon tumbuhan tanaman yang mempuntai trait yang baik seperti mempunyai katahanan yang tinggi terhadap penyakit atau kemarau. Teknik kultur tisu telah digunakan untuk menghasilkan varieti bijirin yang baik, tumbuhan berbunga untuk hiasan dan pokok untuk penghutanan semula. Di Malaysia, teknik kultur tisu ini telah digunakan dengan meluasnya dalam bidang pertanian khususnya dalam penghasilan pokok orkid, nenas, ciku, manggis, betik, getah dan kelapa sawit. Bahagian tanaman yang boleh dikulturkan ialah tunas, pucuk, tisu meristem, tunas sisi, daun, hujung akar, tangkai bunga, biji benih (orkid), embrio, sel dan ptotoplas. Kebersihan ialah faktor yang amt penting dalam menentukan kejayaan kultur tisu. Jadi, segala bahan dan peralatan serta tempat kerja pengkulturan perlu dibasmikuman sebelum digunakan. Rajah 1.51 menunjukkan peringkat yang terlibat dalam kultur tisu orkid. Selain orkid, contoh lain yang menggunakan aplikasi teknik ini ialah pengkulturan tisu jantung embrio ayam. Proses ini melibatkan pengambilan tisu jantung daripada embrio yang dikeluarkan daripada sebiji telur ayam yang perlu dieram dahulu selama lapan sehingga sepuluh hari dengan menggunakan teknik khas. Kemudian, tisu tersebut perlu menjalani beberapa proses dahulu sebelum disimpan pada suhu

tertentu selama dua hari. Selepas itu, kita akan memperolehi tisu-tisu baru yang banyak dan seiras dengan induknya.

!
tisu?

iv. a) Beri dua contoh aplikasi mitosis melalui teknik kultur tisu. b) Apakah faktor yang perlu diberi perhatian ketika menyediakan kultur

1.6 Rumusan 1.Bagi organisma unisel, pembahagian sel akan menghasilkan individu baru, sebaliknya dalam organisma multisel, pembahagian sel akan menyebabkan pertambahan bilangan sel.

2.Proses pembahagian sel penting untuk kemandirian semua jenis organisma hidup.

3.Mitosis dibahagikan kepada empat peringkat pembahagian nukleus iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa serta diikuti oleh sitokinesis dan interfasa.

4.Mitosis merujuk kepada proses pembahagian nukleus untuk menghasilkan dua anak nukleus

yang setiap satunya serupa dari segi kandungan genetik. 5.Sitokinesis melibatkan pembahagiansitoplasma sel serta pemisahan nukleus untuk menjadi sel

anak yang berasingan. 6.Selepas pembahagian sel, setiap sel anak akan mempunyai satu set kromosom yang merupakan salinan tepat daripada sel induk.

Soalan-soalan Penilaian 1. Pembahagian sel secara manakah di bawah ini yang melibatkan mitosis? a) mengurangkan bilangan kromosom kepada setengah b) menghasilkan sel untuk menyembuhkan luka c) menghasilkan sel gamet d) menghasilkan individu dewasa daripada zigot

2. Mengapakah perlu adanya pembahagian sel? 3. Mitosis berlaku dalam semua badan sel yang sedang membahagi. Apakah tisu haiwan dan tumbuhan dewasa yang merupakan tapak aktif mitosis?

4. Namakan satu kawasan dalam tumbuhan di mana tisu meristem boleh didapati. 5. Huraikan dengan lengkap setiap proses yang berlaku semasa mitosis termasuk peringkat yang dinamakan peringkat rehat.

Sila jawab semua soalan dan hantarkan ke akaun e-mail saya. ( aishahawang@hotmail.com)

4Jawapan.
i. a) Sel soma ialah sel-sel yang membentuk semua tisu badan kecuali sel pembiakan. Sel seks ialah sel yang terlibat dalam pembiakan sel iaitu penghasilan gamet. b) Meristem apeks, meristem akar dan meristem gabus. ii. a) Kromosom yang dibina oleh bebenang kromatid b) 46 kromosom ( 2n = 46 ) iii. a) Profasa, metafasa, anafasa dan telofasa. b) Interfasa ialah satu peringkat di antara turutan dua peringkat mitosis ataupun disebut juga sebagai peringkat rehat. Sitokinesis ialah proses pembahagian yang melibatkan sitoplasma sel serta pemisahan nukleus untuk membentuk dua sel anak yang berasingan. iv a) Kultur tisu orkid dan kultur tisu jantung embrio ayam

b) Kebersihan segala bahan dan peralatan yang digunakan serta tempat kerja.

You might also like