You are on page 1of 36

TUGASAN ISL

KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK


FATIN IZZATI BT HUSSIN PAKRI NUR ZAWANI BT RASHID SITI SURAYA BT ISMAIL

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti?

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi.

Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak. (Norwegia Gunvor Rand 1981:6)

Kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kamus Dewan(2002)

Kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. June King McFee

TUGASAN I
Menganalisis pandangan tokoh-tokoh lukisan kanak-kanak.

TUGASAN II
Mengaitkan pandangan dan pendapat tokoh dengan kurikulum PSV KBSR.

Viktor Lowenfeld
Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanakkanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanakkanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Creativity is an instinct which we primarily use to solve and express life and work problems. Creativity is the ability to explore and investigate a drive without which man cannot exist.

Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semula jadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanakkanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.

Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen spontan utama serta iaitu pantas), kelancaran, fleksibel (secara (mampu

menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian), kepekaan. mencari idea baru dan asli

(Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.)

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatankegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Laura H. Chapman
Sesuatu proses kreativiti adalah mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya atau dikenali sebagai proses artistik.
Approches in Art Education (1978)

Kaedah Laura H.Chapman


Penjanaan Idea

Pengolahan dan pemurnian

Kemahiran menggunakan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Herbert Read
Menurut Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) seni adalah penghasilan keceriaan, rupa bentuk yang dan

menimbulkan

keseronokan

kesenangan estetik (Art is Expression).

Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalampelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Franz Cizek
Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadian diri.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalampelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Friedrich Froebel
Father of kindergarten

Menekankan kaedah melalui membuat.

bermain

dan

belajar

> Bermain adalah asas untuk kanak- kanak mempelajari sesuatu. > Bermain itu kehidupan dan bermain itu satu tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak- kanak. > Oleh itu, semua kerja- kerja yang dilakukan oleh kanak- kanak perlu mempunyai ciri- ciri main. > Froebel menerima prinsip yang dikemukakan oleh Pestalozzi mengenai penggunaan alat / objek dalam pengajaran. > Juga prinsip yang menyatakan bahawa semua pendidikan bermula dengan persepsi deria dan objek boleh guna untuk menimbulkan minat dalam pembelajaran.

Bahan-bahan dalam bentuk yang terdapat di alam semulajadi.


> Bentuk- bentuk seperti sfera, kubus, silinder, segi empat tepat, segitiga, bulatan dan garisan. > Membantu kanak- kanak meneroka dan memahami hubungan dengan alam semesta. > Bahan- bahan ini membantu kanak- kanak belajar membilang,mengukur, membeza dan membanding sesuatu mengikut arahan guru.

Membentuk urutan aktiviti yang dinamakan ekerjaan.

> Iaitu bahan-bahan bagi membentuk pelbagai kemahiran seperti menjahit menenun, menyusun manik, mencantumkan titik, membuat model, memotong, menampal dan melipat kertas.

Mempelajari lagu atau puisi di samping melakukan pekerjaan yang dikenali sebagai permainan fingerplay.
>Kanak-kanak menggerakkan tangan atau badan sambil menyanyikan lagu. >Froebel percaya tentang kepentingan membangkitkan, mengekalkan minat dan perhatian, menimbulkan rasa ingin tahu dan merancang motivasi untuk belajar bagi kanakkanak semasa proses pembelajaran.

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Howard Gardner
Jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menganggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. 1983

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalampelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

Sekian

You might also like