You are on page 1of 69

PENGHARGAAN Pertamanya, puji-pujian dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia dari-Nya kami

akhirnya berjaya menyiapkan kajian, pembentangan dan laporan ini dengan izinNya. Seterusnya setinggi penghargaan kepada En Boon Jong Fook atas tunjuk ajar dan bimbingan serta curahan ilmu yang diberikan kepada kami. Banyk perkara baru yang dapat dipelajari dari beliau tentang peranan seorang guru dalam pembinaan negara bangsa, juga tentang sejarah penubuhan negara yang tercinta. Seterusnya beliau banyak meniupkan semangat patriotisme dalam jiwa kami. Ucapan terima kasih juga buat kedua-dua ibu bapa kami di kampung yang tidak putusputus berdoa untuk kejayaan kami di sini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada sahabat-sahabat yang dikasihi atas kerjasama dan dorongan yang diberikan kepada kami dalam usaha untuk menyempurnakan kajian ini. Semoga Tuhan mambalas budi baik dan jasa kalian atas segalanya dengan penuh keberkataan dari-Nya. Sekian Ucapan jutaan terima kasih buat semua.

PENGENALAN Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu perkara besar yang perlu didalami dan dihayati oleh setiap individu dalam sebuah masyarakat majmuk bagi mencapai halatuju negara. Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan, tetapi merujuk kepada proses yang berbeza. Perpaduan adalah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, social, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biological. Integrasi pula melibatkan semua penyataan di atas, termasuk aspek biologikal. Konsep ini haru di pentingkan bagi negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dengan pelbagai kebudayaan, agama dan ideologi. Tun Abdul Razak pernah menyatakan bahawa Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian tersebut. Perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai satu proses begi mewujudkan satu identity nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi, amalgamasi dan pluralism. Asimilasi merujuk kepada proses perpaduan satu hala yang menghasilkan kelompok dengan satu budaya, satu bahasa dan satu agama. Amalgamasi pula merujuk kepada proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur). Proses ini akan mewujudkan kelompok baru dengan budaya baru. Manakala pluralisme pula merupakan satu proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan. Namun teori-teori di atas merupakan teori antropologi dan kejayaan sesuatu proses itu sebenarnya dipengaruhi oleh usaha yang dilaksanakan oleh pihak- yang terbabit. Matlamat hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan tenteram hanya tercapai dicapai apabila ada keterbukaan dan kesediaan setiap anggota masyarakat untuk belajar dan kenal antara satu sama lain. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, sudah wujud pelbagai kaum dan bangsa. Dalam ruang lingkup bangsa Melayu pun, terdapat banyak kaum dan suku puak di dalamnya seperti Minang, Bugis, Banjar, Minang, Mendeleng. Begitu juga dengan bangsa Cina yang terdiri dari Canton, Hakka, Hokkien, Fuchew dan sebagainya.

Kebanyakan Masyarakat Malaysia telah menerapkan amalan kesatuan dan perpaduan dalam hidup bermasyarakat di negara ini. Penerapan yang berlaku ini telah membudayakan kehidupan masyarakat di negara ini mengikut acuan prinsip perpaduan negara yang sifatnya sejagat (universal). Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini dapat hidup aman tenteram kerana kefahaman mereka terhadap perbezaan fundamental (kepercayaan) di antara mereka tidak dijadikan isu pokok, tetapi mengambil iktibar nilai-nilai sejagat (universal values) yang ada dalam setiap agama, yang mengutamakan nilai-nilai murni dan berkasih saying sesama manusia. Nilai-nilai sejagat ini dapat diterima-pakai sejak dulu lagi. Pembangunan untuk semua kaum dan nilai agama merupakan dua unsur penting yang mendasari perencanaan kerajaan Malaysia. Usaha yang dibawa oleh kerajaan menampakkan hala tuju yang memupuk kepentingan pembangunan negara, tetapi sedikit sebanyak perubahan yang dibawa memerlukan masa dan keadaan sehingga ianya boleh digarap sepenuhnya dengan kehendak hala tuju negara. Pada masa yang sama kita perlu akur bahawa kepelbagaian kaum dan agama perlu diurus dengan baik melalui penjagaan maruah kaum daripada disalah tafsir oleh pihak tertentu. Islam sebagai agama rasmi negara tidak pula menidakkan agama lain dari terus diamalkan secara aman dan bebas. Sekiranya masyarakat pelbagai kaum gagal diintegrasikan berlandaskan agenda nasioanl sudah tentu pihak pemerintah tidak akan dapat melaksanakan dasar dan hala tuju pembangunan negara pada masa hadapan. Apa yang penting dalam pada negara ini ialah sikap dan sifat keterbukaan kita dalam memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa hormat hidup bermasyarakat agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Dasar yang dirangka oleh kerajaan sama seperti sebuah lebuh raya. Sesuatu destinasi yang hendak dituju dengan selamat ditentukan oleh sistem dan kemudahan yang mereka gunakan. Etika dan sikap pemanduan yang berhemah menjamin keselamatan mereka semasa di lebuhraya. Tujuannya ialah untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju, suatu destinasi yang baik.

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA Kepercayaan dan Perayaan Orang Melayu adalah golongan majoriti penduduk Malaysia dan terdapat di seluruh bahagian negara ini, sama ada di Tanah Besar Semenanjung Mahu pun di Wilayah Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Sebahagian besar orang-orang Melayu terdapat di negeri-negeri Semenanjung dan tempat yang paling ramai ialah di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Orang-orang Melayu menganut agama Islam dan ini tercatat dalam Perlembagaan negara. Sebahagian besar orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian dan nelayan sementara sebahagian lagi tinggal d bandar-bandar dengan aktiviti ekonomi yang berlainan pula. Sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam. Dalam kumpulan orang Melayu terdapat juga beberapa kumpulan kecil yang dikira sebagai Melayu iaitu Jawa, Bugis, Minangkabau, Boyan, Banjar dan lain-lain. Dari segi kebudayaan dan cara hidup orang-orang Melayu terdapat berbagai amalan dan perlakuan yang ada kaitan dengan sistem kepercayaan dan sosial mereka. Pada umumnya orang-orang Melayu mempunyai berbagai-bagai hari perayaan yang disambut mengikut masa tertentu yang bercorak agama dan tradisi. Di antara hari perayaan yang bercorak keagamaan adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, awal Muharram (tahun baru mengikut kalendar Islam), Hari Keputeraan Nabi Muhammad saw, hari Israk Mikraj. Perayaan terbesar yang disambut oleh orang Melayu pada setiap tahun adalah Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini disambut pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam iaitu kalendar Hijriah. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan setelah 30 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Selain itu pada waktu ini umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah untuk diri sendiri bagi yang sudah mempunyai pendapatan sendiri atau dibayar oleh ibu bapa atau

penjaga sekiranya masih belum bekerjaya. Bayaran fitrah ini perlu kerana ini adalah sebahagian daripada kewajiban orang Islam Pada 10 malam terakhir ramadhan, yakni 10 hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, lampu-lampu pelita dipasang di sekeliling rumah untuk kemeriahan sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, mengikut kepercayaan orang-orang tua pada malammalam ini roh ahli keluarga yang telah mati akan pulang ke rumah. Pada malam Hari Raya Aidilfitri orang ramai akan pergi ke suarau atau masjid untuk bertakbir. Ada juga yang telah menziarahi saudara mara atau jiran tetangga pada malam tersebut. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, Orang-orang Melayu umumnya akan bagun awal untuk mandi sunat Aidilfitri sebelum ke masjid untuk bersolat jemaah Aidilfitri. Selepas itu mereka akan bersalam-salaman memohon kemaafan. Juadah yang selalu dijamu pada Hari Raya Aidilfitri adalah ketupat, rending dan lemang. Adat Menyambut Kelahiran Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk; i) Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan ii) Segantang beras iii) Sebiji kelapa

iv) v) vi) vii) viii) ix)

Beberapa urat benang mentah Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya Pengeras sebanyak RM1.25 Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita

hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin. Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu. Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam

rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini. Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan. Adat Membelah Mulut mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. Dalam tempoh berpantang ibu dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti Ramuan asli untuk ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan wanita lepas bersalin memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu. Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku

dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin. Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan. Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai; i) Nasi kunyit dan lauk-lauk ii) Seekor ayam hidup iii) Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang iv) Hadiah untuk bidan sepersalinan Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Bayi diletakkan dalam Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut. Bengkung

buaian yang dihias indah

Di sesetengah tempat, Upacara Jejak Tanah juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan. Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam Kanak-kanak berkhatan mandi untuk

lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan. Adat Perkahwinan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Adat Merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa. Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada

hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan. Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan

perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga

kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil. Adat Berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Iaitu; i) Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja. ii) Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. iii) Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat

atau juga dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan Pelamin yang telah siap dihias antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Bunga telur yang telah siap digubah Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja. Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan keluarga kedua belah pihak. Adat Kematian Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah. Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam. Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar. Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri. Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya

disembahyangkan samada di rumah atau di masjid. Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya manamana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Mengusung Keranda Ke Tanah Perkuburan Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas Batu nesan pula ditabur . MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA Kepercayaan dan Perayaan talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai

Masyarakat cina di negara ini merupakan kaum bukan bumiputra yang paling ramai dan mereka berada di kebanyakan Bandar besar dan kecil serta menguasai seluruh perdagangan di negeri ini. Mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan atau kelompok berdasarkan bahasa percakapan, profesion dan cara hidup yang berbeza. Orang-orang Cina rata-rata menganut fahaman agama mereka iaitu Confucius, Taoisme atau Buddha. Ada juga Orang Cina yang menganut agama Islam atau Kristian. Pada umumnya Orang-orang Cina mempunyai banyak hari perayaan yang disambut mengikut masa tertentu dalam setahun. Orang-orang Cina mempunyai calendar yang mengandungi dua belas bulan dan dua belas tahun mengikut nama bintang. Tahun-tahun itu adalah tahun Tikus, Lembu, Harimau, Gajah, Arnab, Naga Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jantan, Anjing dan Babi. Setelah lengkap dua belas tahun maka ia akan berbalik semula pada tahun mula dan seterusnya. Setiap awal tahun oaring Cian akan menyambut hari perayaan yang dinamakan Tahun Baru Cina. Ia merupakan perayaan yang terbesar bagi kaum Cina. Perayaan ini bukanlah merupakan perayaan keagamaan. Ia bermula pada awal tahun mengikut calendar Cina dan dirayakan selama 15 hari, setelah itu ditutup dengan perayaan Chap Goh Meh. Beberapa perkara penting perlu disiapkan dalam merayakan Tahun Baru Cina, dan setiap perkara ini membawa maksud tertentu bagi masyarakat Cina. Kuih Bakul, Kuih Bulan dan kuih muih yang manis melambangkan kemanisan dalam hidup, murah rezeki dan subur. Buah limau Mandrin pula melambangkan kemewahan dan kekayaan iaitu daripada warna emas buah tersebut. Pada umumnya perayaan Tahun Baru Cina bermula pada 24 haribulan dua belas tahun sebelumnya. Menurut keprcayaan mereka pada masa ini Dewa Dapur, Zhaojun dihantar ke syurga untuk melaporkan kepada Maharaja Jade berkenaan ahli-ahli keluarganya. Untuk mendapatkan laporan yang baik maka Zhaojun dijamu dengan makanan yang manis-manis seperti pulut manis dan daging manis.

Pada petang Tahun Baru Cina seluruh ahli keluarga mestilah berkumpul di rumah orang tua untuk makan malam keluarga atau tuang yuen fan. Pada waktu tengah malam pula, upacara mid-night ceremony iaitu menerima dewa murah rezeki diadakan di hadapan rumah. Pada masa ini mereka juga akan pergi ke berhala untuk bersembahyang dab berdoa. Upacara menziarahi akan dilakukan pada waktu siang. Hanya orang-orang muda yang keluar menziarahi, manakala orang-orang tua tidak boleh keluar rumah. Pada waktu ini, orang-orang muda yang belum berkahwin diberi ang pow. Tarian Naga dipersembahkan pada Tahun Baru Cina melambangkan kebahagian hidup pada masa hadapan, disamping mengutip derma kebajikan. Mereka juga digalakkan bermain mercun dan bunga api sebagai melambangkan kemewahan dan keuntungan dalam berniaga dan juga melambangkan berakhirnya yang lama dan bermulannya yang baru. Selain itu, masyarakat Cina juga merayaan hari Keputeraan Tien Kuang iaitu persembahan kepada tuhan Tien Kuang iaitu Dewa Syurga. Perayaan ini disambut di kuil-kuil. Seterusnya adalah Hari Kuan Yin iaitu hari pemujaan Dewi Kuan Yin. Dewi Kuan Yin merupakan Dewi Pengasih yang mengasihi kanak-kanak dan dikhaskan supaya tidak makan daging. Perayaan Cheng Beng juga merupakan salah satu perayaan terbesar, ia merupakan hari memperingati rohroh nenek moyang mereka. Mereka akan pergi membersihkan kubur, membakar kertas sembahyang, lilin dan setanggi. Mereka juga akan membawa makanan ke kubur untuk dipersembahkan pada roh si mati. Seterusnya adalah perayaan Perahu Naga yang disambut untuk memperingati ulang tahun kematian penyair agung Cina Chee Yuan. Perayaan ini disambut dengan acara menukar hadiah kuih Chung antara jiran-jiran dan kaum keluarga. Satu lagi perayaan yang disambut oleh kaum Kantonis adalah Perayaan Puteri Tujuh Beradik. Perayaan ini disambut oleh gadis-gadis Kantonis dengan memanjat doa kepada tuhannya agar perkahwinan mereka nanti akan bahagia. Perayaan Hantu-hantu Lapar disambut oleh kaum Kantonis dan Hokkien dengan mengadakan persembahan makanan dan membakar kertas atau setanggi untuk mengelakkan mala petaka kerana mengikut kepercayaan mereka pada masa tersebut iaitu sebulan dalam bulan ketujuh hantu dilepaskan bergaul dengan manusia. Perayaan Kuih Bulan pula, jatuh pada 15 haribulan

lapan Cina yang memperingati lagenda Cina tentang bidadari bulan bernama Chiang O akan turun ke bumi. Mereka akan menyediakan Kuih Bulan dan bermain tanglung. Adat Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga. Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. Bunyi nama mestilah sedap didengar . Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu. Adat Perkahwinan Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi

membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat

dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warnawarna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Pengantin Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam

masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi. Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian. Adat Kematian Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian. Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.

Mayat diarak ke Jirat Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu

kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Upacara Pengebumian

Jiarat dibina di atas bukit

Upacara Penyembahan Kubur

Contoh duit yang dibakar MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA Kepercayaan dan Perayaan

Kaum India merupakan penduduk ketiga teramai di Malaysia selepas kaum Cina. Sebahagian besar daripada mereka adalah masyarakat Tamil yang beragama Hindu dan mereka merupakan pendatang dari daerah-daerah pantai selatan negara India pada beberapa abad yang lalu. Namun pada masa kini, terdapat ramai juga kaum India yang menganut agama lain selain Hindu iaitu Islam, Kristian dan Baha. Pada dasarnya masyarakat India di negara India mengamalkan sitem hidup berkelas-kelas yang dipanggil kasta. Terdpat empat kasta, seperti yang diketahui umum iaitu Brahmin, Kastria, Waisya dan Sudra. Masyarakat India di negara ini tidak menampakkan ciri kasta mereka mungkin kerana pengaruh sekitar atau suasana sekeliling yang tidak menggalakkan system tersebut. Kuam India beribadat di rumah-rumah berhala atau kuil dan agama memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-harian mereka. Agama Hindu tidak mempunyai pengasasnya. Ia merupakan kumpulan idea yang lahir daripada ahli fikir dan falsafah mereka sejak beribu tahun yang lalu. Kepercayaan mereka tertumpu pada dewa-dewa dan dewi-dewi dan secara umumnya ada tiga dewa utama iaitu Krisyna, Siva dan Visnu. Dewa-dewa ini dianggap sebagai raja manakala manusia adalah rakyatnya. Orang orang hindu mempunyai beberapa hari untuk perayaan dalam setahun mengikut calendar mereka. Kebanyakan perayaan adalah berkaitan dengan agama dan kepercayaan mereka. Calendar Hindu juga terbahagi kepada dua belas bulan dan seiap bulan dibahagikan kepada dua iaitu bulan terang dan bulan gelap. Hari-hari perayaan yang besar bahagi agama Hindu adalah Deepavali, Thaipusam, Thaiponggal, Navarathri dan Tahun Baru Hindu. Perayaan yang disambut secara besar-besaran adalah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Perayaan Deepavali disambut pada bulan Tamil Aipasi iaitu sekitar bulan Oktober hingga November. Ia dirayakan pada masa bulan gelap. Konsep Deepavali adalah pesta bagi merayakan

kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar mengatasi pihak yang tidak baik, tidak jujur dan tidak benar atau menandakan kecerahan mengalahkan kegelapan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perkataan Deepavali beerti sebarisan lampu atau pelita dan lampu itu melambangkan kecerahan dan kebaikan mengatasi kegelapan dan kejahatan. Ia dapat dicapai setelah berlaku perjuangan dan pengorbanan dengan sabar dan tabah mengatasi dugaan. Perayaan ini juga berkait rapat dengan hukum karma iaitu kebaikan dan kejujuran yang dilakukan akan mendapat ganjaran baik juga pada akhirnya, bergitu juga sebaliknya. Kaum hindu akan mengadakan upacara pemujaan khas kepada roh-roh kaum keluarga mereka yang telah mati pemujaan ini dilakukan di rumah, tempat-tempat ibadat, kuil-kuil atau mana-mana tempat yang bersih dan suci di kawasan rumah mereka. Pemasangan pelita dan lampu di sekitar kawasan rumah atau rumah berhala adalah perkara wajib. Makanan iaitu kuih-muih, buahbuahan, minuman serta pakaian baru diletakkan di atas daun pisang yang dikelilingi pelita bagi melambangkan sesuatu yang baik. Selepas upacara sembahyang, minyak khas disapu di atas kepala diikuti dengan upacara mandi membersih dan menyucikan diri dari dosa di sungai atau kolam. Selepas mandi mereka akan memakai pakaian yang baru dan bersih. Selepas upacara tersebut barulah mereka kunjung mengunjung sanak saudara dan rakan taulan. Perayaan Thaipusam disambut pada malam bulan penuh dalam bulan Thai mengikut kalendar Tamil. Perayaan ini merupakan penghormatan kepada Dewa Muruga. Pada masa ini orang ramai akan berkumpul di kuil terbesar iaitu Batu Caves dan Waterfalls, Pulau Pinang. Mereka akan membawa persembahan kepada dewa tersebut iaitu barang-barang seperti roti, susu lembu, madu lebah, buah-buahan serta bunga-bungaan. Barang-barang ini dibawa di atas kavadi. Perarakan membawa kavadi ini merupakan acara kemuncak. Pembawa kavadi mencucuk-cucuk badan dengan jarum atau lain-lain benda tajam sambil kavadi dibawa di atas kepala. Perbuatan menyeksa diri ini dilakukan untuk membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan. Upacara ini berakhir apabila telah membawa persembahan tersebut dihadapan Dewa Muruga. Perayaan Tahiponggal disambut oleh orang-orang Hindu pada hari pertama bulan Thai. Ia merupakan pesta atau perayaan menuai. Beras atau gandum akan dimasak di halaman rumah dan

dipersembahkan kepada matahari sebai sumber kehidupan. Kadang-kadang juga diadakan perkumpulan di rumah, orang ramai akan memasak nasi dan dimakan beramai-ramai sebagai tanda kesyukuran atas hasil pertanian yang diperolehi. Perayaan Maha Siva Rathiri adalah penghormatan kepada Dewa Siva dan diadakan di kuil. Manakala perayaan Pangguni Uttiram pula adalah perayaan sembahyang Hindu iaitu sebagai memperingati perkahwinan Dewa Rama dan Dewi Sita. Bagi menghormati Dewa Subramaniam Hari Chitra Paurnami diadakan. Adat Kelahiran Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air

susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengahtengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah. Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasinasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki. Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan masyarakat. Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di

telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan

dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti

kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak Adat Perkahwinan Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar. Kunjungan ke rumah pengantin dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut. Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan

dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis

pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya : Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi. Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang. Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin

akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Pengantin bersanding Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga

aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukartukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan

. Kolem dan Khumbem Adat Kematian Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Alipu (Mengarak Lampu) Minji (Sarung Cincin Lelaki)

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu. Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher

balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah. Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi

mempunyai perlambangan yang tersendiri. Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabathandai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu. Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagulagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Kepecayaan, adat resam, agama dan kesenian masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak Masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Begitu juga dengan masyarakat di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum antaranya Iban, Bidayuh, Bisaya, Cina, Orang Ulu, Melayu dan banyak lagi. Keunikan yang terdapat dalam suku kaum ini ialah nilai kepercayaan, adat resam, agama dan kesenian yang sudah lama diamalkan dan diguna pakai dalam kehidupan mereka. Dalam tajuk perbincangan ini, beberapa suku kaum yang utama sahaja difokuskan untuk member sebanyak maklumat yang dapat dikongsi.

Agama dan Kepercayaan Agama dan kepercayaan merupakan salah satu ciri etnik di Sabah dan Sarawak yang istimewa. Agama dan kepercayaan mereka biasanya telah dibawa oleh nenek moyang mereka dan diamalkan sehingga sekarang. Kepercayaan dan Agama 'Labus'. Kepercayaan ini dimonopoli oleh kaum Rungus di Sabah yang berasal sebelum kedatangan mubaligh Kristian pada sekitar tahun 1950-an, satu-satuya kepercayaan suku kaum Momogun Rungus ialah kepercayaan animisme. Mereka menyebut kepercayaan ini sebagai agama Labus (disebut Labvus). Menurut agama ini apabila bangsa Momogun dianiaya atau dijajah oleh bangsa lain maka akan berlaku malapetaka yang tidak pernah terjadi seperti serangan penyakit dan fenomena alam kepada sesiapa yg melakukannya terhadap Momogun. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan Guraumanuk sebagai wasiatnya kepada Momogun. Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:
1. AGAMA berasal dari bahasa Rungus boleh dilakukan
o o

A - boleh Gama - buat / lakukan

2. LABUS bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus

Ringkasnya,agama Labus bermaksud satu set hukum momogun yang boleh dilakukan untuk melepaskan mereka dari hukuman, laknat, sumpahan atau murka dari tuhan. Kepercayaan Nunuk Ragang

Kepercayaan ini lahir disebabkan oleh sepohon pokok kayu ara yang besar hidup di tepi sebuah danau yang dalam di sebuah belantara. Dalam bahasa Dusun, Nunuk bermaksud pokok kayu ara manakala Ragang bermaksud merah. Pokok ini dipercayai telah menjaga keamanan masyarakat Kadazandusun dan menceritakan bagaimana berkembangnya masyarakat ini serta perpindahan mereka dari satu empat ke tempat lain. Pengait Pada zaman dahulu tengkorak manusia juga dikaitkan dengan cerita " pengait " atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai " head hunter " satu panggilan kepada pemburu kepala manusia untuk dijadikan berian kahwin ataupun sebagai tanda kepahlawanan. Pemberian ini kebiasaannya diamalkan oleh suku kaum Iban di Sarawak di mana seorang lelaki tidak akan dapat memiliki isteri sekiranya ia gagal menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kepala manusia yang dia penggal sendiri. Pada kira-kira abad ke-17 hingga abad ke-18 masyarakat Momogun dan Murut masih lagi mempunyai kepercayaan bahawa tengkorak manusia boleh membawa kebaikan kepada mereka lalu menggantung beberapa tengkorak manusia di atas Tangkob. Tangkob ialah peti berbentuk silinder dan mempunyai ketinggian kira-kira 3 hingga 4 kaki. Kepercayaan ini telah menyerap sebagai salah satu budaya dan kepercayaan yang abadi di kalangan suku kaum tersebut. Tangkob diperbuat daripada kulit kayu digunakan sebagai tempat menyimpan padi. Ianya terdapat dalam berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tempat ianya disimpan. Tangkob biasanya ditempatkan di sulap Bangkawan, sulap yang mempunyai atap tetapi tidak berdinding. Bagi mengelakkan semangat padi diganggu dan rezeki pemilik padi akan bertambah maka tengkorak manusia digantung di sebelah atas tangkob bersama-sama beberapa buah kerang gergasi, daun silad kering dan tulang binatang.

Contoh tengkorak manusia

Mamasi dan Managas Agama Labus mempercayai calendar sendiri. Dalam agama ini, ia bermula sebagai kaamatan / kokotuan ialah bulan satu. Kaamatan adalah tahun baru pada asalnya menurut agama Labus. Kitaran tahunannya adalah 100 tahun. Selepas 100 tahun maka bermula lagi ke tahunpertama dan demikianlah pusingan seterusnya. Ada dua perkara yang penting semasa dalam tempoh kitaran 100 tahun dalam calendar agama Labus iaitu Mamasi dan Managas. Mamasi dan Managas merupakan kepercayaan yang sudah lama diamalkan dan dijalankan dalam bentuk sebuah upacara. Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan, pembunuhan dan segala bentuk dosa-dosa manusia yang dilakukan dalam tempoh seratus tahun sebelumnya lagi. Managas bermakna "melupuskan hutang dosa".Mengikut adat dan pantang larang dalam upacara Managas ,ia haruslah dilakukan dengan mengorbankan seorang manusia yang masih teruna atau perawan yang dibeli dari saudagar Brunei dan Sulu. Upacara ini bertujuan untuk melindungi segala kesalahan bangsa. Korban haruslah teruna atau perawan. Jika korban itu tidak suci, maka akan berlaku malapetaka yang dashyat kepada pembekal korban tersebut. Dalam upacara managas manusia yg menjadi korban tidak boleh disebut orang atau manusia tetapi haruslah disebut sebagai sada tagazo atau panagas. Disebabkan perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting. Darah korban ternak hanya mampu menutupi segalah dosa manusia dalam tempoh 50 tahun dan selepas itu pelupusan hutang dosa harus dibayar dengan nyawa manusia melalui titisan darah korban managas. Upacara Mamasi bermakna menyuburkan perjanjian managas yang dilakukan sekali untuk tempoh 50 tahun. Dengan memercikkan darah korban di bumi maka perjanjian telah diperbaharui. Upacara Mamasi dilakukan oleh ketua kaum ini iaitu Bobolian Rovusan dan korban yang digunakan ialah khinzir. Setelah perjanjian diperbaharui, maka tiada bencana alam

dan penyakit yang akan menimpa kaum ini. Kedua-dua upacara ini dilakukan bagi menebus dosa-dosa dalam tempoh kitaran 100 tahun.

Beberapa situasi upacara mamasi dan managas untuk menebus dosa. Perayaan Terdapat dua perayaan besar yang disambut oleh masyarakat Sabah dan Sarawak. Di Sabah, Pesta Kaamatan merupakan perayaan besar bagi penduduk mereka. Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh Kadazandusun dan kaum lain di Sabah sebagai meraikan tuaian yang baik. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan unduk ngadau, tarian tradisi dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai iaitu arak beras dihidangkan sebagai minuman istimewa. Bagi masyarakat di Sarawak pula, mereka meraikan Hari Gawai yang dikenali juga sebagai Gawai Dayak. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Perayaaan ini menunjukkan tamatnya musim menuai padi dan biasanya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bula Jun setiap tahun. Tarian, minuman tuak iaitu arak beras merupakan perkara yang wajib ada untuk kemeriahan perayaan ini. Perayaan ini dimulakan dengan meletakkan pokok ranyai atau pokok istiadat di kawasan perayaan. Upacara dendangan satu puisi diikuti renjisan darah ayam jantan kepada bahan persembahan merupakan amalan untuk pembukaan perayaan tersebut.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang. Kesenian Kesenian masyarakat Sabah dan Sarawak boleh dilihat dari sudut pakaian, alat muzik dan tarian. Kesenian ini menjadi keunikan bagi setiap suku kaum untuk melambangkan identiti kaum pribumi itu sendiri. Pakaian Keindahan pakaian kaum etnik ini terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Merupakan Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang. Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan diri dari perak seperti ringgitgobeng, gelang kelunchong dan sudu tinggi.

Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian Malanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai dua helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.

Pakaian

tradisional

Melanau

bagi

lelaki.

Menggayakan potongan moden bersampin broked oren keemasan, penggang berikat selendang sifonda berkopiah jawa

Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintang dipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan marek empang. Perhiasan diri barangan perak, rawai, ringgit gobeng dan sugu tinggi

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak.

Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah luarnya.

Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan selempang sarung di bahu.

Pasangan orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat satin serta perhiasan dikepala daripada burung kenyalang. Wanita menggayakan taah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

Alat muzik Alat muzik merupakan salah satu kesenian bagi kebanyakan kaum di Sabah dan Sarawak. Alat muzik mereka kebanyakannya dihasilkan oleh ahli kaum mereka sendiri kerana terkenal dengan kebolehan mereka yang kreatif menghasilkannya daripada bahan tumbuhan dan haiwan. Kegunaan alat muzik ini ialah semasa menjalankan pelbagai upacara seperti perkahwinan,

sambutan perayaan, kelahiran mahupun kematian. Antara alat muzik yang biasa digunakan ialah gendang, gabang, gong, sumpoton, kulintangan dan kant

Kulintanagan Gabang

Gandang

Kant Tarian

Gong

Sompoton

Masyarakat pribumi borneo ini memang terkenal dengan kelainan mereka dalam seni tarian. Biasanya sewaktu majlis keraian dan perayaan mahupun sambutan untuk beberapa upacara lain, tarian merupakan simbolik terhadap sesuatu majlis yang diadakan. Bebarapa jenis tarian yang dapat diketengahkan di sini ialah tarian sumazau, limbai, sumayau, mangunatip, daling-daling dan adai-adai. Tarian sumazau Selalunya tarian ini dipelopori oleh suku kaum Kadazandusun dan dipersembahkan pada musim menanam dan menuai padi bagi mengelakkan unsure jahat, memuja semangat, merawat kesakitan dan juga semasa berkumpul bersama iaitu keraian. Tarian ini akan diiringi oleh muzik yang perlahan dan lembut. Tarian limbai

Tarian limbai kebiasaannya dipersembahkan oleh suku kaum Bajau. Tarian ini dimainkan untuk upacara majlis perkahwinan dan merupakan tarian yang melakonkan pengantin lelaki dan rombongannya ke rumah pengantin perempuan. Tarian mangunatip Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh suku kaum Murut. Dalam bahasa mereka, mangunatip membawa maksud terperangkap atau tersepit. Dalam tarian ini, para penari akan menari di antara atau di celah-celah buluh dan selalunya dipersembahkan sewaktu acara perayaan. Tarian daling-daling Selalunya tarian ini dipersembahkan oleh kaum Bajau di Semporna. Tarian daling-daling membawa maksud darling jika diterjemah ke Bahasa Inggeris. Mempersembahkan sebuah tarian yang menarik mengenai perempuan yang menjadi pujaan ramai.

Tarian Adai-adai Dipersembahkan sebagai hiburan dalam pelbagai acara. Tarian ini merupakan nyanyian pantun oleh sekupulan penyanyi dan dipelopori oleh suku Brunei di Sabah. Adat resam Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari bertadang, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Adat bertandang Adat bertandang Kadazan/Dusun Tetamu akan diajak duduk di atas tikar dan kebiasaannya tetamu akan dijamu denagnnasi dan air tapai. Apabila tetamu berkunjung, mereka senang akan kedatangan tetamu tersebut maka sejenis

minuman lihing akan dijamu kapada tetamu. Minuman ini tersimpan di dalam tajau atau tempayan tuan rumah. Cara menghidangkan minuman ini ialah dengan dituang ke dalam gelas suki yang diperbuat daripada buluh dan diukir indah. Pada akhir kunjungan, tetamu akan dihadiahkan seekor ayam oleh tuan rumah sebagai ucapan terima kasih. Adat bertandang Suku Bajau Adat bertandang mereka tidak jauh beza dengan masyarakat Islam kerana kebanyakan mereka adalah penganut agama Islam. Adalah menjadi adat suku Bajau tetamu tidak boleh menolak sebarang permintaan atau pelawaan tuan rumah termasuklah makan sireh dan merokok. Ini adalah untuk menjaga hati tuan rumah. Tetamu juga hendaklah menanggalkan kasut kecuai jika diizinkan oleh tuan rumah. Adat bertandang Suku Murut Mereka mengaanggap bertandang merupakan amalan yang baik yang akan

menjalinkankemesraan sesame mereka. Tetamu akan dijamu dengan air tapai. Kesopanan merupakan elemen penting bagi suku Murut. Kaum wanita Yang tidak mempunyai suam atau ahli lelakidilarang menerima kedatangan lelaki yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Bagi setiap rumah yang dilawati mestilah ada seorang ketua lelaki yang menjadi penghuni tetaprumah itu. Jika ada tetamu melawat pada malam hari, hendaklah membawa lampu suluh. Adat kelahiran Adat kalahiran suku Kadazan/Dusun Semasa mengandung, beberapa pantang larang perlu diambilkira seperti ibu mangandung tidak dibenarkan memakan buah-buahan yang jatuh ke tanah. Ibu-ibu juga dilarang makan hati binatang. Mengikut adat, sekiranya si ibu melanggar pantang ini,maka anak yang dilahirkan tidak panjang umur. Sebaik sahaja ibu selamat bersalin, seluruh isi rumah juga perlu berpantang dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat. Sebagai emnanakan sesebuah keluarga sedang berpantang, sejenis daun Wongkang akan dilekatkan dihadapan pintu rumah.

Anak yang baru dilahorkan idak boleh ditegur. Seseorang tidak boleh berkata comelnya anak yang dilahirkan itu, tetapi boleh mengeluarkan kata-kata yang sebaliknya seperti hodohnya bayi yang dilahirkan itu. Mengikut adat dan kepercayaan mereka, dengan berbuat demikian, anak itu akan hidup dengan baik dan panjang pula umurnya. Sekiranya anak dilahirkan di rumah mertua, anak akan diberi nama oleh ibu mertua tersebut. Nama anak biasanya akan dipilih mengikut nama pokok kayu, haiwan dan sebagainya. Terdapat beberapa amalan lain lagi bertujuanmenjaga kesihatan ibu dan ipacara menyambut bayi seperti adat Bershukor dan adat Poporuba. Adat kelahiran Suku bajau Adat kelahiran mereka tidak banyak jauh bezanya dengan masyarakat Melayu semenanjung. Perbezaannya Cuma mereka menggantungkan pokok limau barli yang berduri di bawah rumah untuk mengelakkan daripada diganggu hantu syaitan. Adat kelahiran Suku Murut Menurut suku kaum Murut, apabila seseorang ibu itu mengandung, dia tidak boleh memegang atau mengusik sesuatu yang ganjil. Ibu juga dilarang berdiri di tepi pintu kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungannya. Upacara Kangkab yang dijalankan oleh seorang bomoh akan dijalankan untuk keselamatan ibu hamil supaya dijauhi malapetaka ketika hendak melahirkan anak. Sekeoas bersalin ibu tidak dibenarkan makan sebarang lauk selama sebulan, kecuali bubur nasi dan air akar kayu. Selepas genap empat puluh hari, upacara Angiru Ralarompirot yang bermaksud pembuanagan tali pinggang akan dilakukan di rumah ibu mertua. Adat kelahiran suku Iranon (Illanun) Adat kelahiran suku kaum ini juga tidak banyak bezanya dengan cara masyarakat islam menyambut kelahiran bayi kerana kebanyakan mereka menganuti agama islam. Seorang bidan akan merawat kandungan si ibu sejak bulan pertama untuk menjaga kandungan supaya dalam keadaan selamat. Upacara berlenggang perut juga dilakukan oleh bidan. Mereka akan menyalakan unggun api di bawah rumah dan menggantungkan ranting-ranting limau hidup serta bariri ( sejenis alat tenun). Ini bertujuan untuk mengelak gangguan makhluk halus saat

menunggu kelahiran. Selepas melahirkan anak, si bapa akan membacakan azan. Bagi anak perempuan pula si bapa akan membacakan iqamat sahaja.

Adat perkahwinan Adat perkahwinan Kadazan/Dusun Adat perkahwinan suku kaum KadazanDusun berbeza mengikut daerah tertentu.Ibubapa memainkan peranan penting dalam pemilihan jodoh anak-anak mereka. Ibubapa pihak lelaki akan bertanya pada anak lelaki tentang gadis pilihan mereka.Jika anak lelaki berdiam diri menunjukkan beliau bersetuju. Kemudian upacara peminangan akan dijalankan. Jika pihak perempuan menerimanya, upacara menghantar mas kahwin pula menyusul. Perkara ini akan dilakukan oleh ketua kampong dan beberapa orang saksi pihak lelaki dan perempuan. Mas kahwin berupa seekor lembu, kerbau, tempayan, wang tunai, sebuah gong, meriamdan lainlain. Adat perkahwinan kaum Iban Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik. Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api. Adat perkahwinan Suku kaum Bajau

Adat istiadat perkahwinan suku kaum Bajau agak menarik berbanding suku kaum lain. Sebaik sahaja seorang lelaki akan berkahwin, dia dikehendaki meninggalkan keluarganya dan berpindah ke rumah bakal isterinya. Biasanya istiadat perkahwinan diatur oleh keluarga lelaki. Terdapat banyak keistimewaan dalam perkahwinan suku kaum Bajau. Salah satu daripadanya bakal suami berhak mewarisi rumah bakal isterinya dan berhak tinggal di rumah itu selama-lamanya. Semasa istiadat perkahwinandijalankan, pengantin lelaki akan memaki baju dan seluar serta menunggang kuda padi bersama-sama seorang pengapit. Mereka akan diiringi oleh beberapa orang lelaki memakai tanjak berwarna-warni menuju ke rumah pengantin perempuan. Rombongan akan dijemput masuk ke rumah perempuan dan hantaran perkahwinan diperiksa seterusnya akad nikah dijalankan. Selapas itu adat bersiram atau upacara Mandi Pengantin Bedah atau Masa Dibedak dijalankan. Adat perkahwinan suku kaum Murut Bagi suku kau Murut, memilih jodoh adalah urusan ibu bapa. Anak-anak gadis yang meningkat remaja akan dipinang oleh ibu bapa si teruna. Sebaik sahaja pinangan diterima, kedua- dua pihak akan membincangkan mengenai mas kahwin. Biasanya istiadat perkahwinan akan berlangsung selama lima hari berturut-turut. Tiga hari pertama di rumah pengantin perempuan dan dua hari berikutnya di rumah pengantin lelaki. Apabila rombongan pihak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, adalah menjadi adat pengantin lelaki tidak ikut bersama sebaliknya hanya menunggu ketibaan pengantin perempuan. Adat perkahwinan suku kaum Iranon (Illanun) Adat bertunang kan dimulakan terlebih dahulu. Kebanyakansuku kaum ini beragama Islam. Hanya segelintir sahaja yang beragama lain. Oleh itu, adat istiadatnya lebih kurang sama dengan orang Melayu seperti hantaran dan persandingan. Menjelang hari perkahwinan, pengantin lelaki dan ahli keluarganya akan bertolak ke rumah pengantin perempuan. Pihak pengantin peremuan akan meminta pihak pengantin lelaki mempersembahkan silat (tinabao). Jika pihak pengantin perempuan berpuas hati, maka hantaran yang dibawa pihak pengantin lelaki akan dibenarkan dibawa naik ke rumah. Mengikut adat suku kaum Iranon pengantin lelaki tidak boleh menyentuh

tanah. Sebaik sahaja dibenarkan naik, pengantin lelaki akan diturunkan dari usungan dan diangkat oleh beberapa orang lalu didudukkan di atas tilam yang disediakan.

Adat kematian Adat kematian Suku kaum Kadazan/Dusun Bagi suku kaum Kadazan, ada dua cara untuk membawa mayat ke tanah perkuburan. Pertama, untuk orang kebanyakan, biasanya mereka akan membungkus mayat dengan kain dan diikat pada sebatang kayu. Mayat orang kaya pula akan dimasukkan ke dalam keranda atau tajau. Kemudian mayat akan diusung beramai-ramai ke tanah perkuburan dengan bunyi gong dan gendang serta bunyi mercun dan senapang. Setelah itu mayat dijampi oleh seorang tua yang berpengalaman dalam jampi mantera sebelum dimasukkan ke dalam lubang. Sebatang kayu beringin dicacakkan ke arah pusat si mati. Adat kematian suku kaum Bajau Suku kaum Bajau kebanyakannya beragama Islam. Oleh itu, hamper semua amalan yang dilakukan hamper sama dengan orang Melayu. Bagi adat mereka, mayat harus dikebumikan dengan segera, jika tidak ada dikalangan mereka akan menjadi gila. Setelah selesai upacara pengkebumian, seorang ketua (imam) akan membacakan talkin sambil merayu-rayu dalam bahasanya agar si mati tidak mengganggu ketenteraman kampong tersebut. Suku kaum Bajau percaya si mati akan menjadi hantu selepas kematiannya. Oleh itu, kawasan perkuburan mereka terletak jauh dari kedudukan kampung. Adat kematian suku kaum Murut Apabila berita kematian diketahui, keluarga si mati akan memukul gong. Seluruh penduduk kampung yang sibuk bekerja aka segera pulang ke rumah. Mengikut adat suku kaum Murut, jika kematian tidak diberitahu segera, mereka akan didenda dengan seekorbabi untuk anak menantu

dan ipar si mati. Mayat akan dimasukkan ke dalam tajau ( keranda). Tajau besar ini dikenali sebagai bangkalan dan bahagian mulutnya disumbat dengan kayu dan siringnya diletakkan getah kayu. Bahagian atas tajau dilapisi dengan tanah liat. Selepas itu, sebuah lampu kecil akan dipasang di atas tajau untuk mengelak daripada gangguan syaitan. Tajau akan diletakkan di bawah kolong rumah. Beberapa keeping daun terap yang kering akan digantung. Daun-daun ini ditebuk supaya berbentuk seperti manusia. Tujuannya adalah untuk mengelak sebarang gangguan pada roh si mati. Adat kematian suku kaum Iranon Kebanyakan suku kaum Iranon ialah penganut agama Islam. Oleh itu, amalan pengebumian mereka lebih kurang sama dengan masyarakat Melayu. Cuma mereka mengamalkan dua cara pengebumian yang agak unik. Pertama ialah bagi golongan bangsawan di mana berita kematian diumumkan dengan cara memukul balu. Cara kedua ialah dengan mengumumkan kematian melalui tabo di masjid untuk orang kebanyakan. Selepas upacara pengebumian, salah seorang ahli keluarga si mati akan menunggu di kubur untuk mengemas dan membina pondok di atas kubur. Selepas itu, pondok akan dijaga oleh beberapa orang dan mereka akan bermalam di situ selama tujuh malam bagi golongan biasa dan empat puluh malam bagi golongan berada.

REFLEKSI NADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM Dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, saya mendapat pelbagai gambaran mengenai tajuk yang bakal dibentangkan dan dibuat sedikit kajian mengenainya. Topik mengenai perpaduan ini begitu besar diperkatakan dan menjadi isu atau bualan hangat dalam berbagaibagai peringakat sama ada dalam institusi pengajian, medan politik dan tentunya menjadi fokus di arena perdebatan kebangsaan. Semasa mendapat undian tajuk ini yang memfokuskan kepada persamaan dan perbezaan pelbagai kaum dari aspek nilai hidup dan budaya, saya agak teruja untuk membuat bacaan mengenainya dalam waktu yang agak padat dan terhad. Semasa menjalankan pembacaan disamping membuat kajian sosial kecil dengan pertanyaan kepada rakan-rakan serta anggota masyarakat setempat,pelbagai pandangan dapat dinilai apaila menyentuh mengenai soal perpaduan dari aspek kepelbagaian kaum. Memang dilihat pelbagai norma-norma kehidupan yang berbeza mengikut kaum tertentu dan inilah yang menjadi keunikan Negara Malaysia, kaya dengan budaya dan masyarakat berbilang kaum hidup harmoni di bawah satu bumbung. Jika dilihat dari sudut budaya dan nilai hidup, pelbagai kaum memiliki berbagai jenis budaya samada dari segi agama, kepercayaan, kesenian perayaan mahupun adat resam. Dalam setiap aspek nilai kehidupan dan kebudayaan tersebut memiliki keistimewaan yang tersendiri yang kadangkala dianggap sebagai identity yang mahal kepada sesebuah komuniti kaum tersebut. Perpaduan boleh dikekalkan antara kaum jika di antara kita mudah bertoleransi, mudah memahami antara satu sama lain. Di sinilah pentingnya untuk kita mengetepikan sikap tidak mahu mengambil tahu tentang nilai kehidupan yang ada pada kaum-kaum lain. Dengan adanya kefahaman dari aspek ini, kita akan mudah untuk menerima kenalan dari kaum lain dengan hati

yang terbuka, menghormati setiap perbezaan yang wujud dan secara tidak langsung juga mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Selain daripada itu, kefahaman yang terus mendalam akan mewujudkan suasana baik untuk mengelakkan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap kaum lain dan berlaku jujur terhadap mereka. Bagi pandapat saya, perpaduan bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa tetapi perlu lahir dari kejujuran hati seseorang dengan nilai-nilai seperti kepekaan terhadap amalan hidup yang berbagai bentuk. Setelah selesai menjalankan tugasan ini, saya sendiri telah berjaya meningkatkan kefahaman saya terhadap kepelbagaian ciri yang ada dalam aspek-aspek kaum yang telah disebutkan sebelum ini. Terasa diri juga amat bertuah dapat hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa, dapat berkawan dengan rakan-rakan yang berbangsa selain daripada melayu seterusnya dapat mengetahui dan memahami betapa tingginya nilai perpaduan untuk terus hidup dalam keadaan yang istimewa.

REFLEKSI RADZIAH BINTI MUHAMAD Saya sangat teruja ketika mencari maklumat untuk meyiapkan tugasan ini kerana banyak perkara baru yang saya dapat pelajari. Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan suatu hikmah besar kepada setiap individu yang hidup serumpun dalam kepelbagaian kaum. Kepelbagaian ini membolehkan setiap individu dalam masyakat memperlajari dan mengenali antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Dengan ini secara khusus meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan berlakunya pertalian universal, kerjasama serta saling melengkapi, pertumbuhan tamadun dan bukannya kemelut.

Pada pandangan saya yang bakal bergelar seorang guru, saya merasakan bahawa konsep perpaduan dan kepelbagaian ini perlu dipasak dalam jiwa anak-anak bangsa sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka harus dibiarkan bergaul antara satu sama lain dan belajar mengenal budaya, adat resam, kepercayaan dan perayaan antara satu dengan yang lain. Apabila keadaan ini dipupuk dari awal maka pengasingan tidak akan berlaku pada peringkat dewasa. Guru juga memainkan peranan besar sebagai perantara untuk mewujudkan kasih sayang dan saling percaya antara kaum pada peringkat sekolah. Dengan ini secara tidak langsung guru turut berperanan dalam penbentukkan negara bangsa yang saling bersatu-padu dan utuh. Penerapan nilai ini perlu ada dalam perancangan hidup setiap guru. Setiap dari kita perlu sedar bahawa kepelbagaian ini iaitu kepelbagaian dari sudut pertuturan/bahasa serta warna kulit sesuatu bangsa itu merupakan satu rahmat untuk manusia

mengembangkan ilmu pengetahuan dan belajar dari kalangan mereka apa sahaja yang dapat memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, pengajaran yang mesti kita ambil ialah peluang untuk belajar (menimba ilmu) dan semangat saling kenal-mengenali antara satu sama lain perlu dikayakan kerana dengan cara ini masyarakat akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan dan mengaut sebanyak mungkin manfaat dari pengetahuan itu untuk memperbaiki kekuatan, kelemahan, bakat dan keistimewaan. RUJUKAN Abdullah Taib, 1981. Antropologi Budaya Sosial. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. Khati Galis, 1990. Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Sarawak. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Major David Ng (Rtd), 1989. Malaya-Gaya Hidup antara 1990-1930. Petaling Jaya; Penerbit Fajar Bakti. Norhayati binti Abu Bakar, 1995. Adat Resam Suku Kaum di Sabah. Kuala Lumpur; Penerbit Pustaka Cita Tinggi. Shahnil Asma Saaid, 1995. Adat Resam Tradisional. Petaling Jaya; Penerbit Prisma Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail, 2006. Pakaian Cara Melayu. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia. Taha Abd Kadir, 1985. Hari Perayaan Penduduk Malaysia. Petaling Jaya; Penerbit Pelanduk Publication.

_________________________________________________________________________

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN
MATA PELAJARAN : PEMBINAAN NEGARA BANGSA TAJUK : PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL; PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PELBAGAI KAUM DARI ASPEK AGAMA, KEPERCAYAAN, PERAYAAN, KESENIAN DAN ADAT RESAM DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN KPLI-SAINS JUN 2009 NADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM (860830-56-5992) RADZIAH BINTI MUHAMAD (830912-06-5564) DISEDIAKAN UNTUK : EN BOON JONG FOOK

Nadhirah binti Abdul Rahim


NAMA Nadhirah binti Abdul Rahim NO KAD PENGENALAN : 860830-565992 ASAL : Rawang, Selangor Darul Ehsan NO TEL: 013-3588095 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : Ijazah sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) Universiti Kebangsaan Malaysia KUMPULAN : KPLI-Sains ambilan Jun 2009 NAMA MENTOR : Puan Nooraini binti Othman

NAMA Radziah binti Muhamad NO KAD PENGENALAN : 830912-06-5564 ASAL : Pekan, Pahang Darul Makmur NO TEL: 012-9624296 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : Ijazah sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi) Universiti Kebangsaan Malaysia KUMPULAN : KPLI-Sains ambilan Jun 2009 NAMA MENTOR : Puan Nooraini binti Othman

ISI KANDUNGAN

Bil 1 2 3

Perkara Penghargaan Pengenalan Masyarakat Melayu di Malaysia -Kepercayaan -Perayaan -Adat Resam Masyarakat Cina di Malaysia -Kepercayaan -Perayaan -Adat Resam Masyarakat India di Malaysia -Kepercayaan -Perayaan -Adat Resam Kaum-kaum Minoriti di Malaysia Kepercayaan -Perayaan -Adat Resam Refleksi Rujukan

Muka Surat 1 2 3

18

30

47

7 8

65 68

You might also like