You are on page 1of 32

TUMBUHAN HIASAN Tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas berdasarkan kegunaan, jenis batang, kitaran hidup

dan adaptasi kepada persekitaran. Secara am berdasarkan kegunaan tumbuhan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kegunaan utama.

1) Tumbuhan dalam Bangunan Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran bangunan adalah terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar Kebanyakkan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan adalah tumbuhan yang tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik dan sesuai hidup di persekitaran tertutup. Tumbuhan dalam bangunan biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga setawar, tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bonsi atau mempunyai daun yang berwarna-warni seperti bunga ati-ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya di tanam di dalam pasu.

2) Tumbuhan Luar Bangunan Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jika dibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok yang besar. Antara contoh tumbuhan ini adalah Arachis Pintoi, ros Jepun, rumput-rumput, pakupakis, tumbuhan bebawang, tumbuhan herba dan juga pokok dewasa seperti pokok sena dan pokok hujan-hujan. Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan ini mempunyai nilai keindahan (estetik) tersendiri dari segi rupa bentuk, warna dan tabiat pertumbuhan.

JENIS-JENIS TUMBUHAN HIASAN 1. Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi Tumbuhan hiasan yang biasa digunakan sebagai penutup bumi antaranya termasuklah rumput turf seperti rumput bermuda, rumput tikar dan rumput zoysia, tumbuhan menjalar seperti kekacang pinto dan ros Jepun Tumbuhan penutup bumi selain daripada memberi keindahan ia juga boleh mencegah hakisan tanah dari berlaku.

Contoh Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi

i) Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Cynodon dactylon : Rumput Bermuda : Poaceae : Turkey dan Pakistan : Aseks(rizom)

ii) Rumput Tikar (Axonopus compressus)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Axonopus compressus : Rumput Tikar : Poaceae : Amerika Utara : Aseks

iii) Rumput Zoysia (Zoysia Matrella)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Zoysia Matrella : Rumput Zoysia : Poaceae : Kepulauan Filipina : Aseks

iv) Kekacang Pinto (Arachis Pintoi)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Arachis Pintoi : Kekacang Pinto : Fabaceae : Amerika Selatan : Aseks

v) Ros Jepun (Portulaca Grandisflora)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Portulaca Grandisflora : Ros Jepun : Portulacaceae : Brazil : Seks

2. Tumbuhan Hiasan Renek Tumbuhan hiasan renek adalah tumbuhan yang hidup rendah di permukaan bumi dan mempunyai batang yang kecil dan banyak cabang. Tumbuhan ini biasanya ditanam berhampiran bangunan, di sekeliling pokok-pokok kecil atau di pinggiran jalan. Mengikut ketinggian tumbuhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, tumbuhan renek yang rendah, iaitu kurang dari satu meter, renek sederhana tinggi, iaitu ketinggian dari satutiga meter, dan renek jenis tinggi, iaitu ketinggian antara dua-empat meter. Tumbuhan renek ada pelbagai jenis ada yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti Alamanda kuning dan biru, Janda kaya ,Bunga raya, Bunga kertas dan Misai kucing. Manakala tumbuhan lain mempunyai daun yang berwarna warni dan menarik antaranya adalah Pokok puding, Dracaena, tumbuhan Acalypha, tumbuhan keluarga Araceae, Marantaceae dan Agavaceae . Tumbuhan renek juga ada yang sesuai dijadikan pokok pagaran sebagai contohnya pokok jenjarum dan pokok Eugenia (Syzygium campanulatum). Pokok Eugenia juga boleh dibentuk kepada bentuk tertentu seperti bentuk kon dan empat segi.

Contoh Tumbuhan Hiasan Renek i) Tunera Putih (Portulaca Grandisflora)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Portulaca Grandisflora : Tunera Putih : Turneraceae :? : Seks

ii) Dwarf Jamaican (Heliconia stricta)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Portulaca Grandisflora : Dwarf Jamaican : Heliconiaceae : Amerika Latin : Seks

iii) Klrorofitum (Chlorophytum comosum)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Chlorophytum comosum : Klrorofitum : Liliaceae : Afrika Selatan : Aseks

iv) Puding (Codiaeum variegatum)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Codiaeum variegatum : Puding : Euphorbiaceae : Afrika Selatan : Aseks

v) Janda Kaya (Mussaenda erythrophylla)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal

: Mussaenda erythrophylla : Janda Kaya : Rubiaceae : Eastern and Central Africa, Tanzania, Congo

3. Tumbuhan Memanjat Tumbuhan memanjat (Jadual 1.5) biasanya akan memanjat pada kayu-kayu sokongan yang dibina dalam bentuk para. Tumbuhan- tumbuhan ini boleh memberi teduhan dan baik digunakan untuk menghias kawasan loronglorong berjalan kaki. Tidak kurang juga tumbuhan memanjat ini yang mengeluarkan bunga yang menarik (Rajah 1.9 hingga 1.11).

Contoh Tumbuhan Memanjat i) Tapak Kuda (Bauhinia lunarioides)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Bauhinia lunarioides : Tapak Kuda : Fabaceae : Chihuahuan desert : Aseks

ii) Velvet mesquite

(Prosopis velutina )

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Prosopis velutina : Velvet mesquite : Fabaceae : southwest US and Mexico : Aseks

iii) Southern magnolia (Magnolia grandiflora )

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Magnolia grandiflora : Southern magnolia : Magnoliaceae : North Carolina : Aseks

iv) Kembang Pagi

(Gloria Superba) )

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Gloria Superba : Kembang Pagi : Fabaceae : India : Aseks

4. Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan Tumbuhan-tumbuhan yang biasa ditanam di pinggiran jalan atau pembahagi jalan adalah terdiri daripada pokok-pokok besar yang boleh memberi teduhan dan akar-akarnya tidak merosakkan jalan, serta daundaunnya atau bunganya tidak mengotorkan jalan. Antara pokok yang biasa digunakan untuk tujuan teduhan adalah pokok pukul lima atau juga dikenali sebagai hujan-hujan. Pokok-pokok jenis palma juga banyak ditanam di pinggiran jalan dan juga sebagai pembahagi jalan .Pokok palma sesuai ditanam sebagai pembahagi jalan di mana ia mempunyai batang yang tegak dan tidak bercabang.

Contoh Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan

i) Cengkih (Syzygium aromaticum)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Syzygium aromaticum : Cengkih : Myrtaceae : Indonesia : Aseks

ii) Cempaka Kuning (Michelia Chempaca)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Michelia Chempaca : Cempaka Kuning : Magnoliaceae : Southeast Asia : Aseks

10

iii) Mexican fan palm (Washingtonia robusta )

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Washingtonia robusta : Mexican fan palm : Palmae : northwest Mexico : Seks

iv) Queen palm (Syagrus romanzoffianum)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Syagrus romanzoffianum : Queen palm : Palmae : Brazil : Seks

11

v) Hurricane Palm (Dictyosperma album)

Nama Saintifik Nama Biasa Family Asal Pembiakan

: Dictyosperma album : Hurricane Palm : Palmae : Island of Mauritius : Seks

12

PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN 1. PEMBIAKAN SECARA SEKSUAL Pembiakan secara seksual merujuk kepada pengeluaran anak benih menggunakan biji benih yang bernas yang dihasilkan oleh sesuatu tumbuhan melalui sistem reproduktifnya. Ini adalah kaedah utama tumbuhan membiak secara semula jadi. Kebanyakan tanaman hiasan semusim dan dua musim dibiakkan dengan mudah menggunakan biji benih. Rumput halaman juga biasanya dibiakkan melalui biji benih. Pembiakan menggunakan biji benih biasanya murah dan mudah bagi menghasilkan anak pokok dalam jumlah yang banyak. Penjagaan tumbuhan yang berasal daripada biji benih juga tidak begitu rumit. Pembiakan secara seksual melibatkan pertukaran bahan genetik di antara dua induk untuk menghasilkan satu generasi baru. Maka umumnya, anak pokok yang dihasilkan jarang mempunyai sifat yang sama dengan pokok induk. Variasi genetik perlu jika tujuan pembiakan adalah untuk mendapatkan baka baru yang mempunyai ciri yang berbeza atau lebih elok daripada induknya. Walau bagaimanapun kaedah ini kurang sesuai jika tujuan utama pembiakan ialah untuk mendapatkan tanaman yang sekata berdasarkan kepada ciri yang terpilih. Biji benih adalah permulaan fizikal bagi pembiakan secara seksual. Ovul yang terdapat di dalam ovari tidak akan menjadi biji benih, kecuali setelah sel gamet betina yang terdapat di dalamnya bersatu dengan sel gamet jantan daripada debunga. Dua proses penting iaitu pendebungaan dan persenyawaan perlu berlaku sebelum biji benih terbentuk.

Kelebihan: Murah dan menghasilkan banyak pokok Menyediakan pokok penanti Menghasilkan baka-baka baru Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk Keburukan: Tidak menurunkan baka yang tulin Terdapat masa rehat (dormancy) Masa yang panjang untuk matang Bermusim
13

PANDUAN CARA MEMILIH BIJI BENIH

Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu besar atau terlalu kecil Buah yang dipetik hendaklah cukup masak Bebas dari penyakit dan perosak Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai Bernas

MENYEMAI BIJI BENIH Medium Penyemaian Sabut terproses Vermiculite Perlite pasir Campuan bahan di atas

Langkah Penyemaian Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas Siram supaya medium lembap Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir) Tabur biji benih di atas permukaan medium Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah

14

Cara Menyemai Dan Mengubah Biji Benih Halus

15

Menyemai Biji Benih Besar

Biji benih disemai ke dalam medium percambahan sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih

Rawatan Percambahan Biji Benih  Pelelasan Biji benih dirawat supaya telap air. Merendam dalam air panas, asid  Stratifikasi Proses melembutkan testa Letak biji benih dalam timbunan pasir yang basah pada suhu turun naik  Vernalisasi Satu proses yang menyebabkan biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan (letak pada suhu rendah)  Pemeraman Merendam biji benih ke dalam air / menyimpan dalam beg plastik dengan tujuan menanggalkan selaput biji benih

16

PENJAGAAN ANAK BENIH DI NURSERI Selepas cambah, anak benih masih kecil dan lemah maka perlu di beri perhatian dan penjagaan rapi agar anak benih terus membesar. Kelalaian boleh menyebabkan anak benih mati. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah perlindungan, serta bekalan air dan nutrien yang mencukupi kepada anak benih.

a) Perlindungan Di peringkat awal tumbesaran, anak benih masih perlukan perlindungan di bawah tempat yang teduh. Kemudian barulah dibiasakan kepada sinaran matahari secara beransur ansur. Caranya ialah dengan meletakkan anak benih di luar untuk beberapa jam sehari untuk tempoh beberapa hari. Cahaya penting, jika tidak anak benih akan tumbuh memanjang, kurus dan lemah. Pergerakan udara di luar juga membantu menguatkan anak benih. Apabila anak benih semakin besar perlu dibuat penjarangan, dengan membuang anak benih yang lemah, supaya anak benih yang tinggal mempunyai ruang yang cukup untuk membesar. Setelah cukup besar dan senang dikerjakan, anak semaian boleh dipindahkan ke dalam polibeg atau pasu yang lebih besar.

b) Air dan Siraman Anak benih perlu disiram apabila medium penyemaian mula kering. Yang pentingnya ialah jangan terlebih atau terkurang air. Jika terlebih air, ruang udara di dalam medium akan dipenuhi air. Jika berterusan demikian maka tiada ruang udara untuk merangsang tumbesaran akar. Medium yang terlalu lembab juga boleh merangsang penyakit layu anak benih (dampingoff) yang disebabkan kulat. Umumnya, jika medium penyemaian yang digunakan sesuai dan kelembapan cukup hanya perlu siram setiap tiga ke lima hari sekali.

c) Pembajaan Anak benih tidak memerlukan baja sehingga mula mengeluarkan daun pertama. Setelah keluar daun pertama, bolehlah dimulakan memberi baja dalam bentuk larutan yang agak cair (1/4 daripada kekuatan biasa). Lebih elok membaja dengan lebih kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit semasa anak benih masih kecil. Program pembajaan yang sesuai ialah memberi baja dalam bentuk larutan cair (1/4 daripada kekuatan biasa) setiap
17

minggu selama sebulan. Selepas itu bolehlah diberi baja cecair pada kepekatan biasa setiap dua minggu sekali. PEMBIAKAN SECARA ASEKS Pembiakan secara aseksual bermaksud pengeluaran anak pokok baru dari bahagian pokok selain daripada biji benih. Kaedah ini menggunakan bahagian vegetatif pokok untuk menghasilkan anak pokok yang serupa dari segi genetiknya seperti pokok induk atau dengan kata lain menghasilkan klon. Keupayaan menghasilkan anak pokok yang lengkap berasaskan dua sifat yang ada pada sel tumbuhan. Pertama sifat totipotensi iaitu setiap sel tumbuhan yang hidup mengandungi maklumat genetik yang perlu untuk melengkap bahagian tumbuhan sehingga membentuk anak pokok baru. Kedua, penyahbezaan iaitu keupayaan sel yang telah membeza atau matang untuk kembali ke keadaan meristematik atau muda untuk memulakanpertumbuhan baru. Kaedah pembiakan aseksual termasuk menggunakan keratin ranting, daun dan batang, belahan rumpun, dan kaedah cantuman seperti cantuman mata tunas, cantuman baji dan sandingan.

a) Keratan Batang atau Ranting, Daun dan Akar Melalui kaedah keratan, bahagian vegetatif pokok seperti batang atau ranting, daun dan akar dikerat dan diaruhkan pembentukan akar (pada keratan batang atau ranting) dan kedua dua akar dan tunas (pada keratin daun dan akar) sehingga menghasilkan anak pokok. Biasanya, sesuatutumbuhan itu boleh di biakkan dengan beberapa kaedah menggunakan keratan. Kaedah yang dipilih bergantung kepada keadaan, biasanya, pilih kaedah yang paling murah dan mudah. Untuk memulakan pembiakan, pokok induk perlu pada tahap yang paling sihat dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki untuk diturunkan kepada anak pokok. Kaedah keratin sesuai untuk kebanyakan tanaman hiasan dan buahbuahan.

Kebaikan: Boleh mendapat pokok yang seragam Menyerupai induk yang dipanggil klon Cepat berbunga/berbuah

18

Boleh dibiak sepanjang tahun Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa Dapat membiak , tumbuhan yang tidak boleh dibiak dengan biji

Keburukan Pemindahan penyakit lebih mudah terutama oleh virus Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

KAEDAH PEMBIAKAN 1. Secara semulajadi  RAYAPAN  BELAHAN  UMBISI  BEBAWANG  RIZOM  TUBER 2. Secara buatan  KERATAN  TUT  CANTUMAN

19

Rayapan & Tuber

Belahan & Rizom

20

Belahan Dilakukan pada pokok yang berumpun

Pokok Induk

Tunas yang dipisahkan

Umbisi (solid stem) & Bebawang (leaf scale)

21

Keratan Pisahkan bahan tanaman daripada pokok induk, seterusnya tanam di atas medium penyemaian seperti pasir, tanah gambut atau campuran bahan-bahan tersebut.  Keratan dahan atau batang  Keratan daun  Keratan akar

Menyemai Keratan Sederhana Keras

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

22

Cantuman Tampal

23

Cantuman (Dekatan dan Belahan)

24

Cantuman Baji Bunga Kertas

Langkah 1

Langkah 2

Lagkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Lagkah 6

Langkah 7

Langkah 8
25

Siap

Tut

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Selamat Mencuba
26

PENJAGAAN TANAMAN HIASAN Kebanyakan tanaman hiasan dalam landskap perlukan penjagaan untuk terus hidup sihat dan menarik seperti di Rajah 6.6. Penyiraman, pembajaan, pemangkasan, sungkupan dan kawalan perosak serta penyakit yang teratur adalah perkara penting dalam program pengurusan landskap yang bagus. Sesetengah tumbuhan seperti tanaman hiasan semusim dan pokok bunga ros perlukan perhatian yang lebih, dengan bekalan air dan nutrien yang mencukupi, dipangkas dan dibentuk selalu dan dikawal daripada perosak dan penyakit agar berbunga lebat. Walau bagaimanapun, tumbuhan seperti rumput hiasan, jika ditanam di lokasi yang sesuai dan setelah tumbuh secara merata tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi. Pengurusan tanaman hiasan menjadi bertambah rumit jika lokasi untuk sesuatu tanaman itu tidak begitu sesuai, umpamanya kurang saliran air atau kurang cahaya, ataupun pokok tidak ditanam dengan betul, sama ada terlalu dalam atau terlalu cetek. Penanaman landskap dengan pengurusan yang minima (kurang baja, kurang air dan kurang racun perosak) tanpa mengorbankan kualiti dan kecantikan yang diidamkan adalah konsep yang paling popular masa kini. Cara ini bukan sahaja menjamin persekitaran yang bersih dan sihat bahkan menjimatkan masa dan wang ringgit.

Penyiraman dan Sungkupan a) Penyiraman Tanaman hiasan memerlukan bekalan air yang mencukupi di peringkat awal pertumbuhan. Apabila telah tumbuh dengan sempurna, kebanyakan tanaman hiasan boleh
27

hidup untuk beberapa hari malah sesetengahnya hingga berminggu, tanpa siraman atau pengairan. Penyiraman yang berlebihan terutama bagi tanaman hiasan yang tahan pada kekeringan boleh memudaratkan pokok tersebut. Petunjuk yang bagus untuk menentukan sama ada penyiraman diperlukan atau tidak adalah tanaman itu sendiri. Apabila daun kelihatan mula layu ataupun warna hijaunya semakin pudar itu tandanya perlukan siraman. Pokok jenis semusim dan saka herba perlukan siraman yang lebih kerap maka tumpukan pada pokok-pokok tersebut dan kurangkan siraman pada yang lain. Cara ini menjimatkan air, masa, kos dan tenaga. Untuk mengelakkan pembaziran air, siram secara perlahan pada pangkal pokok sehingga tanah basah menggunakan hos ataupun sistem pengairan titik ataupun sistem microsprinkler. Masa yang paling sesuai untuk menyiram tanaman adalah di waktu petang atau di awal pagi. Adalah merugikan jika menyiram di waktu tengah hari kerana sehingga 30% air akan hilang melalui penyejatan. Selain daripada tanaman itu sendiri, keperluan air juga bergantung kepada jenis tanah, kandungan lembapan yang sedia ada di dalam tanah dan keadaan ketika itu sama ada musim kering atau hujan. Penyiraman perlu dilakukan sekurang kurangnya dua ke tiga kali seminggu pada musim kurang hujan ataupun di tempat-tempat yang terlindung daripada hujan.

b) Sungkupan Sungkupan ialah penutupan permukaan tanah di sekeliling pangkal pokok dengan bahanbahan seperti rumput kering, lalang kering, jerami padi dan plastik hitam (Rajah 6.7). Sungkupan yang paling bagus adalah yang berasaskan bahan organik, bertekstur sederhana halus dan tidak memadat. Letakkan sungkupan setebal 5 ke 8 cm di sekeliling pangkal pokok, luasnya melebihi sedikit dari kawasan kanopi pokok. Sungkupan penting kerana membantu mengurangkan kehilangan air dalam tanah dan dengan itu pokok tidak perlu disiram selalu, menghalang pertumbuhan rumpai, mengelakkan penyakit bawaan tanah tertentu terutama pada daun dan menstabilkan suhu tanah agar akar terlindung daripada suhu yang ekstrim. Di samping itu, bahan organik pada tanah akan bertambah jika bahan organik digunakan sebagai sungkupan. Sungkupan juga dapat mengasingkan rumput turf daripada pokok hiasanlain, serta menghalang mesin rumput daripada mencederakan batang pokok hiasan.
28

Sungkupan

Membaja dan Memangkas a) Membaja Pembajaan penting dalam pengurusan landskap, terutama di kawasan bandar kerana tanah permukaan yang kaya dengan nutrien telah terhapus semasa proses pembangunan. Pembajaan membekalkan unsur-unsur nitrogen, fosforus, kalium dan sebagainya kepada tanaman. Terdapat pelbagai produk baja di pasaran dan dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk debu, cecair, bebutir, kapsul, pellet dan sebagainya. Tidak kira dalam bentuk apa pun, yang pentingnya pokok memerlukan nutrien. Walau bagaimanapun, baja berbeza dari segi kandungan dan kadar pelepasan nutriennya. Jenis baja yang dipilih bukan sahaja berdasarkan kos malah perhatian perlu diberi terhadap jenis pokok yang hendak dibaja, kandungan nutrien yang sedia ada di dalam tanah dan bentuk pertumbuhan yang diinginkan. Baja cecair atau baja larut-air, umpamanya sesuai dibekalkan kepada tanaman semusim atau tanaman saka herba sejurus selepas dipindahkan ke taman kerana nutriennya mudah diserap dengan cepat oleh pokok. Sementara tanaman hiasan berkayu menyimpan nutrien yang mencukupi di dalam akarnya maka sesuai dibekalkan dengan slow-release fertilizer. Baja organik seperti tahi ayam, tahi lembu dan kompos sesuai juga digunakan.

b) Cara Melakukan Pembajaan (i) Menabur  Tabur baja di bawah sudut pokok.  Gembur tanah supaya baja mudah bergaul dengan tanah dan siram.
29

 Menggembur dan menyiram dapat mengelakkan baja dibawa oleh air ketika hujan lebat.  Sesuai untuk baja berbutir atau debu. (ii) Alur  Letakkan baja di dalam alur kecil yang digali di bawah hujung kanopi di sekeliling pokok.  Kambus semula alur dan siram.  Sesuai untuk baja jenis berbutir atau debu. (iii) Poket  Gali lubang-lubang kecil di bawah kanopi di sekeliling pokok, jarak di antara 4560 cm dan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm.  Letak baja di dalam setiap lubang, kambus semula dan siram.  Sesuai untuk baja berbutir, debu dan kapsul. (iv) Suntikan atau tebukan batang  Untuk keadaan tertentu seperti akar pokok telah rosak dan tidak dapat mengambil baja dengan baik.  Lubang boleh ditebuk pada batang dan masukkan baja kapsul ke dalam lubang.  Baja cecair boleh disuntik dengan alat khas ke dalam batang. c) Memangkas Memangkas bermaksud memotong bahagian-bahagian tertentu tumbuhan. Tanaman hiasan dipangkas untuk beberapa tujuan: Untuk mendapatkan sesuatu bentuk atau saiz yang diingini. Untuk membuang dahan atau ranting yang mati, rosak atauberpenyakit. Untuk menggalakkan pertumbuhan baru yang cergas, pembungaandan

pengeluaran buah. Untuk mengawal pertumbuhan pokok yang semakin besar sehingga menutupi pokok lain atau melindungi pemandangan .
30

Untuk mengurangkan kadar transpirasi terutama apabila hendak memindahkan pokok besar.

Perlindungan Tanaman a) Kawalan Rumpai Rumpai di taman hiasan landskap boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan, sungkupan (termasuk penggunaan plastik hitam atau fabrik landskap) atau secara kimia menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai di peringkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca cambah adalah untuk menghapuskan rumpai yang telah established.

b) Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman landskap mudah diserang pelbagai serangga perosak dan penyakit. Serangga merosakkan tanaman dengan memakan bahagianbahagian tumbuhan atau menghisap cecair sel tumbuhan, di samping membantu penyebaran penyakit. Penyakit pokok biasanya disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus. Antara kawalan yang berkesan ialah dengan menggunakan semburan racun makhluk perosak seperti racun serangga dan racun kulat (fungicides).Walau bagaimanapun, kaedah yang lebih selamat ialah melalui kawalan biologi. Antara panduan yang boleh diikut dalam mengawal serangga perosak dan penyakit:  Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit.  Ikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman  Awasi tanaman secara berkala untuk sebarang masalah perosak dan penyakit. Pengesanan awal dapat menyelamatkan pokok.  Mencari kaedah diagnosis yang betul berdasarkan simptom serangan serangga atau penyakit yang dilihat pada pokok.

31

RUJUKAN Acquaah, George (2004). Horticulture principles and practices,. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. Mustafa Kamal Mohd. Shariff (2002). Hortikultur hiasan dan landskap. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hill W. F. (1995). Landscape handbook for the tropics. United Kingdom: Garden Art Press. Agriquest, Malaysian Agricultural Directory and Index (2006). Kuala Lumpur: Aagriquest Sdn Bhd, Petaling Jaya,.
http://floridaturf.com/bermuda/origins.htm http://www2.ctahr.hawaii.edu/sustainag/CoverCrops/bermuda_grass.asp http://www.hort.purdue.edu/newcrop/duke_energy/Cynodon_dactylon.html http://www.fao.org/ag/aga/agap/frg/afris/Data/60.HTM http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/Gbase/data/pf000208.htm http://www.intlseed.com/documents/info_bermudagrass.htm http://edis.ifas.ufl.edu/AA221 http://www.cpes.peachnet.edu/fat/bermudagrass.htm http://www.forages.css.orst.edu/Topics/Species/Grasses/Bermudagrass/Cultivars.ht ml http://www.fao.org/ag/AGP/AGPC/doc/GBASE/data/Pf000180.HTM http://www.fao.org/ag/AGA/AGAP/FRG/AFRIS/Data/33.HTM http://www.aciar.gov.au/web.nsf/doc/JFRN-5J476S http://www1.unne.edu.ar/cyt/agrarias/a-009.pdf http://www.ub.es/botanica/cromopar/cro-out.pdf

32

You might also like