You are on page 1of 9

BADAN EKSEKUTIF, FUNGSI STRUKTUR DAN ORGANISASI DI MALAYSIA

Oleh: Mohd Ashraf Mustaqim | 3101005451

PENGENALAN
Sejarah perkembangan sistem pentadbiran kerajaan di negara ini boleh ditinjau sejak dari permulaan zaman prasejarah. Kuasa memerintah pada ketika itu dipegang oleh Sultan yang dibantu oleh Bendahara, Bendahari, Temenggong dan Laksamana dalam melaksanakan pemerintahan. Selepas kedatangan kuasa penjajah, struktur pemerintahan mula berubah. Perubahan ketara berlaku apabila Inggeris mula mengambil alih pentadbiran dan sistem pentadbiran ala-Inggeris mula mengambil tempat. Selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem

pentadbiran ala-Inggeris terus diamalkan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memenuhikehendak dan aspirasi penduduk serta sejarah kemerdekaan negara Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syaratsyarat untuk pengalaman adalah sistem ini. Salah satu syarat tiga sistem Demokrasi di dalam Berparlimen pembahagian kuasa kepada bahagian

pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran). Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat.

Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh

Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negerinegeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Struktur Parlimen Malaysia


Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan

mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama: 1. 2. 3. Yang Di-Pertuan Agong Dewan Negara Dewan Rakyat pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai

Berikutan

kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan

tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat. Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen

Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar. Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

BADAN EKSEKUTIF
Badan Eksekutif berfungsi sebagai badan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan. Pada hakikatnya kebanyakan kuasa eksekutif terletak kepada Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri untuk menjalankannya. Perlantikan Jemaah Menteri adalah bertujuan untuk menasihati Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugas-tugasnya. Seperti yang ditegaskan oleh Montesquie,teori pengasingan kuasa perlu dilaksanakan bagi mengelak dominasi kuasa oleh mana-mana pihak Di Malaysia, konsep ini turut diamalkan. Selain badan legislatif yang berperanan sebagai penggubal undang-undang, badan eksekutif dan kehakiman masing-masing berperanan untuk menjalankan fungsi pemerintahan serta pentadbiran dan membuat penghakiman. Kuasa Eksekutif Kerajaan Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga peringkat Kerajaan Tempatan. Di peringkat Persekutuan, sepertimana yang diperuntukkan Perlembagaan, Persekutuan berkuasa untuk: i) Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahawa kuasa eksekutif terletak di tangan Yang diPertuan Agong. Perkara 40 mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar baginda. Perkara 40(1) memperuntukkan bahawa dalam menjalankan tugas-tugas eksekutifnya, baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Jemaah Menteri atau atas nasihat seorang menteri yangdiberikan kuasa oleh Jemaah Menteri. ii) Perkara 40(2[a]) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri. Walaupun sudah menjadi kelaziman perlantikan Perdana Menteri adalah atas kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, baginda dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan parlimen untuk melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti dewan tersebut. Adalah menjadi suatu

kelaziman orang yang dilantik sebagai Perdana Menteri ialah ketua parti yang telah memenangi sesuatu pilihan raya umum Persekutuan. iii) Kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong yang ketiga ialah melantik Jemaah Menteri. Kuasa ini dijelaskan dalam Perkara 43 Perlembagaaan Persekutuan. Perkara 43 (2)menjelaskan bahawa terdapat susunan yang perlu diikuti dalam membuat perlantikan Jemaah Menteri. Perkara (43 [a]) menjelaskan bahawa seorang Perdana Menteri perlu dilantik terlebih dahulu sebelum melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43(2[a] Perlembagaan Persekutuan). iv) Yang di-Pertuan Agong juga diperuntukkan kuasa untuk mempersetujui atau tidak meminta Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen. Kuasa ini diperjelaskan dalam Perkara 40 (2[b]). Walaupun Parlimen adalah sebuah badan legislatif atau perundangan, ia turut melibatkan bidang eksekutif . Ini adalah kerana Perdana Menteri merupakan seorang ahli perundangan dan pada masa yang sama beliau juga seorang eksekutif. Keadaan ini berlaku kerana teori pengasingan kuasa tidak dijalankan sepenuhnya. Oleh itu secara dasarnya Jemaah Menteri atau Kabinet (Badan Eksekutif) di Malaysia terdiri daripada: a. Perdana Menteri

Perdana Menteri (PM) adalah merupakan ketua kepada Jemaah Menteri yang dilantik dan merupakan jawatan yang terpenting di Malaysia. Lantikan jawatan ini kepada seseorang yang berkelayakan adalah berdasarkan kepada budibicara Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Beliau hendaklah merupakan seorang ahli Dewan Rakyat dan dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang pada pendapat baginda beliau akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. PM mempunyai kuasa untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh YDPA sebagai menganggotai kabinetnya. Selaku Ketua Kabinet, maka PM juga akan mempengerusikan mesyuarat yang diadakan setiap minggu sekali sebagaimana yang ditetapkan. Oleh yang demikian, perjalanan mesyuarat tersebut akan dikendalikan dan

dikuasai oleh PM sepenuhnya. PM juga berperanan sebagai ketua pentadbir negara yang mempunyai kata putus dalam menentukan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Untuk melayakkan seseorang menjadi PM, maka beliau hendaklah merupakan seorang ketua parti yang memerintah negara pada masa yang material. Keadaan ini diputuskan melalui perolehan kerusi yang terbanyak dalam Dewan Rakyat selepas tiap-tiap kali pilihanraya dijalankan. Beliau akan memegang jawatannya selagi beliau mendapat kepercayaan (confidence) sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Sekiranya kepercayaan ini sudah gagal beliau perolehi, maka terdapat dua cara yang perlu dilakukannya ; meletak jawatan bersama-sam menteri kabinetnya atau membubarkan Parlimen dengan persetujuan YDPA. Walaubagaimanapun, YDPA boleh, dengan kuasa yang ada padanya untuk memecat seseorang PM yang enggan meletakkan jawatannya sekiranya PM tersebut sudah hilang kepercayaan oleh sebilangan ahli dewan yang lain melalui undi tidak percaya yang dijalankan terhadapnya dan YDPA sendiri tidak bersetuju dengan keputusan PM untuk membubarkan Parlimen. Boleh dikatakan bahawa kuasa-kuasa PM adalah kebanyakannya tersirat dalam konvensyen dan dan hanya beberapa keadaan sahaja ianya terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. b. Timbalan Perdana Menteri

Jawatan ini adalah merupakan suatu jawatan yang tiodak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan secara khusus, namun ianya adlah terletak di bawah suatu konvensyen. Beliau akan menjalankan tugas-tugas PM semasa ketiadaan PM dan beliau juga akan mengambilalih tempat PM sekiranya PM meninggal dunia semasa masih dalam jangka tugas jawatannya.

c. Menteri-menteri Lain Dalam Kabinet

Tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen perlembagaan yang penting di negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Antara tanggungjawab mereka adalah :

1. Tanggungjawab menteri secara individu terhadap Parlimen

Tanggungjawab ini terkandung dalam dua aspek iaitu setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan peribadinya dan setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan (act) atau ketinggalan (omission) yang dilakukan oleh kementeriannya atau kakitangan dan pegawai-pegawai atasan kementeriannya.

Oleh yang demikian, setiap menteri tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan meruah Parlimen seperti skandal seks, rasuah atau salahguana kuasa. Beliau juga mestilah memantau segala perjalanan kementeriannya bagi memastikan ianya sejajar dengan kehendak yang telah ditentukan oleh perundangan dan pemerintahan negara. 2. Tanggungjawab Kabinet atau Jemaah Menteri secara kolektif atau bersesama terhadap Parlimen

Tanggungjawab ini merupakan suatu tanggungjawab yang bersifat bergerak secara berjamaah atau satu pasukan dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara akan dapat dicapai dengan jayanya. Garis panduan tanggungjawab ini adalah merupakan suatu konvensyen yang telah dikanunkan.

Mereka juga bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet. Sekiranya mereka tidak berpuashati terhadap dasar tau keputusan tersebut mereka hendaklah samada menerima keputusan yang dibuat atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet. Mereka juga bertanggungjawab secara kolektif dan bersesama dalam meletakkan jawatan apabila suatu undi tidak percaya terhadap seseorang PM telah dilakukan atau keputusan PM meletakkan jawatan telah berlaku. Penerangan Lanjut Tun Mohamed Suffian menjelaskan bahawa eksekutif terdiri daripada beberapa bahagian dan antaranya ialah Kabinet atau Jemaah Menteri. Di Malaysia, Kabinet atau Jemaah Menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Per tuan Agong. Mengikut Perlembagaan, Jemaah Menteri mengandungi seorang Perdana Menteri dan beber apa orang menteri. Dasar dan arahan kabinet akan menjadi garis panduan serta dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan. Kabinet akan diketuai oleh Perdana Menteri dan mengandungi ahli-ahli yang digelar menteri yang bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing dan sama-sama bertanggungjawab (collectively responsib le) terhadap semua keputusannya. Kabinet juga merupakan badan tertinggi negara dalam membentuk dasar-dasar kerajaan. Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, Jemaah Menterihendaklah sepakat dan sekiranya ada ahli yang tidak berpuas hati atau tidak bersetuju, beliau mestilah membuat keputusan sama ada beliau ingin terus menjadi ahli dan bersetuju dengan keputusan yang telah dipersetujui atau beliau perlu meletakkan jawatan dan melepaskan diri daripada bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Bagi membantu keberkesanan perjalanan kabinet, beberapa jawatankuasa tetap dan sementara akan ditubuhkan bagi membantu membentuk atau menangani dasar atau isu yang ditimbulkan. Setiausaha bagi Kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara.

KEMENTERIAN Satu por tfolio yang menjadi tanggungjawab seorang menteri akan dilaksanakan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai kementerian. Ia merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. Portfolio Perdana Menteri pula dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri, sebagai sebuah kementerian utama. Bagi sebuah kementerian yang besar dan mempunyai fungsi yang penting, tugas menterinya akan dibantu oleh timbalan menteri. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang diPertuan Agong untuk melantik timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dijelaskan dalam Perkara 43 A Perlembagaan Persekutuan. Seorang menteri boleh dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Seorang menteri bertanggungjawab atas perjalanan kementeriannya dan bertanggungjawab sebagai pembawa usul atau rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen. Di Malaysia hari ini terdapat 26 kementerian dan ia boleh ditambah atau dikurangkan bergantung kepada keadaan dan kepentingan serta keperluan negar a. Ketua pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU) manakala di Jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN). Mereka ialah penjawat awam. Di samping menjalankan tugas sebagai penasihat danpentadbir utama Jabatan Perdana Menteri, KSN juga merupakan Ketua Perkhidmatan-perkhidmatan Awam Persekutuan.

You might also like