You are on page 1of 11

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Tajuk 1
Sipnosis Bengkel mata. aktiviti prabacaan

AKTIVITI PRABACAAN

mengkehendaki

pelajar

melaksanakan

aktiviti

pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan

Untuk melaksanakan aktiviti ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

1.1 PRABACAAN Apakah yang anda fahami dengan prabacaan? Untuk memahami aktiviti prabacaan sila teliti kerangka konsep berikut. PRA BACAAN

Pengamatan penglihatan

Pengamatan pendengaran

Pergerakan tangan dan mata

Menggunakan bahan bantu belajar 1

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanakkanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentuk-bentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti prabacaan, anda perlu melaksanakan aktiviti berikut:

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

1.1.1. Pengamatan Penglihatan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, lakukan aktiviti: pengamatan penglihatan Aktiviti ini bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk. Kini anda perlu melakukan aktiviti seterusnya. 1.1.2 Pengamatan Pendengaran Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti untuk mengecam bunyi-bunyi. Anda perlu melakukan aktiviti: pengamatan pendengaran Tahniah! Anda telahpun berjaya melaksanakan aktiviti mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran. Teruskan aktiviti berikut yang melibatkan psikomotor.

1.1.3 . Pergerakan Tangan dan Mata Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti: pergerakan tangan Teruskan aktiviti prabacaan dengan melakukan aktiviti pergerakan mata Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, anda boleh melakukan aktiviti menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan sebagai pengukuhan

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan aktiviti prabacaan secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Tajuk 2

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH FONETIK

Sipnosis Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan membunyikan huruf dan mengasosiasikan dan ayat. Untuk melaksanakan kaedah pelajar membuat latihan

benda/objek dengan bunyi huruf. fonetik ini, pelajar dikehendaki

Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa menggunakan bahan bantu belajar.

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

2.1 KAEDAH FONETIK Apakah yang anda fahami dengan kaedah fonetik?

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Untuk memahaminya, sila teliti kerangka konsep berikut iaitu tentang kaedah fonetik. KAEDAH FONETIK

Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda

Membatang suku kata dan perkataan

Membaca frasa dan ayat

l a t i h a n

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 2.1.1 Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: membunyikan huruf A Z Setelah anda selesai membunyikan kesemua huruf anda dikehendaki mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut. 2.1.2 Membatangkan suku kata dan perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: membatang suku kata Seterusnya, anda perlu

M e n g g u n ak a n b a h a n b a nt u b el aj ar

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

menyebut/membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata 2.1.3 . Membaca frasa dan ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membaca frasa Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap. 2.1.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah fonetik. Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari. Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Tajuk 3

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD

Sipnosis Bengkel asas membaca kaedah abjad mengkehendaki pelajar menyebut nama huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

KV, mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.

3.1 KAEDAH ABJAD Apakah yang anda fahami dengan kaedah abjad? Untuk memahaminya, sila teliti kerangka konsep berikut iaitu tentang kaedah abjad.

KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Membaca ayat

l a t i h a n

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk dinamakan membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini juga kaedah mengeja

Kita perlu

3.1.1 Menyebut nama huruf abjad A-Z; huruf besar dan kecil Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan 7

M e n g g u n ak a n b a h a n b a nt u b el aj ar

melaksanakan aktiviti berikut untuk memahami kaedah ini:

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

langkah-langkah berikut: menyebut huruf a-z ; huruf kecil Setelah anda selesai menyebut kesemua huruf, anda dikehendaki pula menyebut huruf A-Z; huruf besar 3.1.2 Menyebut suku kata V dan KV Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: menyebut suku kata V Seterusnya, anda perlu menyebut suku kata KV 3.1.3 . Mengeja suku kata, perkataan dan frasa Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: mengeja suku kata Teruskan latihan anda untuk mengeja perkataan Anda sekarang perlu meneruskan latihan untuk mengeja frasa 3.1.4 Latihan membaca ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membaca ayat dengan lengkap

3.1.5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk melaksanakan kaedah abjad Anda telah pun melaksanakan langkah demi langkah kaedah abjad bermula daripada menyebut nama huruf dansuku kata, mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta laihan membaca ayat. Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk :

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah abjad seperti yang telah anda pelajari.

Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah abjad secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

Tajuk 4

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Sipnosis Bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut memerlukan pelajar membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.Untuk melaksanakan kaedah ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M. 4.1 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Apakah yang anda fahami dengan kaedah pandang dan sebut? Untuk memahaminya, sila teliti kerangka konsep berikut iaitu tentang kaedah fonetik.

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Menyebut perkataan

Mencerakinkan Perkataan kata

Membina dan membaca ayat

l a t i h a n

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat bahan bantu belajar dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 4.1.1 Menyebut Perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: menyebut perkataan 4.1.2 Mencerakinkan perkataan Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: mencerakinkan perkataan menjadi suku kata 4.1.3 . Membina dan membaca ayat Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membina ayat

M e n g g u n ak a n b a h a n b a nt u b el aj ar

10

WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU

Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap. 4.1.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah Pandang dan sebut Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah pandang dan sebut. Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah anda pelajari. Latihan Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

11

You might also like