You are on page 1of 21

Tajuk Kajian: Bangunan Bersejarah di Malaysia Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Senarai Kandungan
Perkara Muka Surat

Tajuk Kajian

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

Hasil Kajian 1. Nama Bangunan 2. Latar Belakang Bangunan 3. Keistimewaan Bangunan 6 7-13 14-22

Rumusan

23

Lampiran

24-34

Rujukan

35

Penghargaan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini. Ribuan terima kasih kepada guru Sejarah, Cik Rajeswary A/P Palaniyandi dan Cik Enawaty binti Anuwar yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Datin Hajah Rohayah binti Harun, Pengetua SMK Seri Ampangan kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Penghargaan saya kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Baba bin Hasan dan Puan Rosni binti Mansor dan keluarga yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukan. Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya iaitu Muhd. Aiman bin Hanef dan Mohd. Yusuf bin Hassan yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dan berkongsi maklumat dan ilmu mereka berkaitan dengan Istana Lama Seri Menanti. Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dan sudi memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan kerja kursus ini.

Objektif Kajian
Kerja kursus Sejarah ini merangkumi beberapa objektif kajian seperti yang berikut : a) Mengenal pasti sejarah dan latar belakang Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. b) Mengetahui reka bentuk dan ciri-ciri Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. c) Mengetahui tujuan Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dibina. d) Mengetahui kegunaan dahulu dan sekarang Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. e) Menyedarkan masyarakat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dalam kalangan rakyat, kerana bangunan-bangunan tersebut melambangkan keistimewaan sesebuah negara. f) Menerapkan unsur nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kalangan pelajar.

Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam penghasilan kerja kursus ini. Kaedah yang saya telah gunakan adalah seperti yang berikut: a) Rujukan Saya telah merujuk dan menganalisis maklumat daripada buku-buku ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan dengan Istana Lama Negeri Sembilan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan di Perpustakaan Negeri, Negeri Sembilan dan di perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang saya pilih. b) Media Saya telah menganalisis media massa dan media cetak seperti internet, majalah dan risalah-risalah yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya. c) Pemerhatian Saya memerhatikan dengan menggunakan pancaindera mata bagi mengenal pasti tujuan, seni bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat. d) Temu bual Saya telah menemu bual Encik Nordin bin Jonid untuk mendapatkan maklumat tentang Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau telah memberi maklumat yang penting kepada saya. Maklumat-maklumat yang diperolehi telah membolehkan saya menulis kajian dengan selengkapnya.

Hasil Kajian
1. Nama Bangunan

Pada permulaan pembinaannya istana itu dikenali sebagai Istana Hinggap pada tahun 1908. Kemudiannya istana ini ditukarkan nama kepada Istana Seri Menanti. Pada 14 Julai 1992, bangunan ini dipanggil Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang diuruskan oleh Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Hasil Kajian
2. Latar Belakang Bangunan

2.1 Asal-usul bangunan


Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik. Istana ini mula dibina pada tahun 1902 dan siap dibina pada tahun 1908. Istana ini telah dimusnahkan oleh pihak Inggeris ketika perang di Bukit Putus. Walaubagaimanapun, istana ini telah dibaik pulih atas arahan daripada Yamtuan Antah.

2.2 Pengasas
Pengasas istana ini ialah DYMM Yamtuan Muhammad. Baginda bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931. Kemudiannya, istana ini diwartakan sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti pada tahun 1992. Pengasas Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti adalah dibawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

2.3 Tarikh pembinaan


Istana Lama Seri Menanti telah dibina dari tahun 1902 hingga tahun 1908 iaitu selama enam tahun. Istana ini siap dibina pada tahun 1908.

2.4 Lokasi
Istana Lama Seri Menanti terletak di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini berada 38 km dari bandar Seremban. Kini, istana ini berada di kawasan yang telah ditukarkan nama kepada Pekan Diraja Seri Menanti.

2.5 Tujuan penubuhan bangunan


Istana Lama Seri Menanti ini dibina adalah untuk menggantikan Istana Pulih yang telah dibakar oleh askar-askar Inggeris ketika berlakunya perang di Bukit Putus.

2.6 Perasmian
Perasmian Istana Lama Seri Menanti telah dilakukan oleh DYMM Yang di-Pertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Kemudiannya, istana ini diwartakan sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti pada 14 Julai 1992 yang dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Hasil Kajian
3. Keistimewaan Bangunan

3.1 Reka bentuk pelan


Pelan asal Istana Lama Seri Menanti telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.

3.2 Bahan binaan


Istana Lama Seri Menanti dibina daripada bahan-bahan yang amat berharga seperti kayu belaka dan kayu penak. Kayu penak telah diperolehi khas daripada hutan Pergai, Jelebu. Selain itu, paku kayu yang dipanggil pasak digunakan untuk memaku tiang-tiang di istana ini. Kayu berlian juga digunakan untuk membina atap di istana ini.

3.3 Hiasan dalaman


Tingkat 1 Istana Lama Seri Menanti merupakan bilik tidur bagi anak raja Yang Empat. Bilik ni terdapat dua buah katil, sebuah almari dan kelengkapan bilik yang lain seperti almari perhiasan diri, cermin, dan tempat penyangkut baju. Selain itu, bilik ini mempunyai perhiasan dinding speperti gambar-gambar Tuanku dan Tuanku Ampuan serta gambar-gambar lain. Terdapat juga satu bilik yang mempunyai dua buah katil dan kelengkapan bilik. Bilik ini merupakan bilik beradu bagi Tunku Dara dan Tunku Puteri. Terrdapat juga ruang santapan yang mempunyai satu unit meja dan dua puluh unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat dua buah almari yang menyimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Tingkat 2 istana ini di sebelah kanan pula terdapat sebuah katil untuk peraduan Tuanku. Di bilik ini terdapat sebuah almari untuk penyimpanan barang-barang kebesaran. Di sini juga terdapat dua bilah lembing, dua bilah tombak, dua bilah seludang dan dua bilah keris yang terletak di bahagian dinding. Di sebelah kiri pula merupakan bilik beradu bagi Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Di bilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhisan, sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Terdapat juga perhisan dinding seperti gambar Tuanku dan Tuanku Ampuan. Tingkat 3 istana ini merupakan tempat penyimpanan barang-barang. Ini kerana segala kelengkapan tidur cucu Yamtuan seperti tilam, bantal, kain selimut dan sebagainya disimpan di bahagian ini. Tingkat 4 istana ini pula merupakan tempat Yamtuan berehat. Di sini terdapat meja kecil, kerusi malas dan kerusi.

3.4 Kegunaan dahulu dan sekarang


Pada tahun 1908 hingga 1931, Istana Lama Seri Menanti telah digunakan oleh DYMM Yang diPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah sebagai tempat bersemayam. Istana ini juga digunakan sebagai upacara menghadap yang diadakan tiga tahun sekali. Selain itu, istana ini pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan unutk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 hingga 1964. Pada 14 Julai 1992, istana ini diwartakan sebagai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti. Pengurusan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti adalah dibawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Sekarang, istana ini dijadikan muzium untuk mempamerkan koleksi-koleksi kelurga Diraja.

3.5 Cara pembinaan


Istana Lama Seri Menanti dibina setinggi empat tingkat dan semasa proses pembinaan istana ini, istana ini tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi sebaliknya ia menggunakan paku kayu yang dipanggil pasak. Istana ini dibina berasaskan daripada 100% kayu dan pembinaannya bercirikan tradisional yang mengikut seni bina masyarkat Minangkabau.

Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang latar belakang dan sejarah Istana Lama Seri Menanti. Saya juga telah memperoleh maklumat tentang reka bentuk dan ciri-ciri istana ini yang mempunyai maksud sebalik reka bentuk dan ciri-ciri istana ini. Selain itu, saya dapat memperoleh maklumat tentang tujuan Istana Lama Seri Menanti dibina. Saya dapat mengetahui tujuan dan kegunaan istana ini pada masa dahulu. Saya boleh memperoleh maklumat tentang kegunaan dahulu dan sekarang Istana Lama Seri Menanti. Saya dapat mengetahui kegunaan istana ini pada zaman dahulu dan mengetahui kegunaan istana ini pada masa sekarang. Saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan Istana Lama Seri Menanti kepada rakyat Malaysia dan betapa pentingnya istana ini kepada rakyat Malaysia. Hal ini dapat membuktikan bahawa istana ini penting pada masa akan datang dan kita perlu memlihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Tambahan pula, saya dapat menghayati unsur nilai-nilai murni dan patriotisme semasa saya menjalankan kajian ini. Saya sedar betapa bertuahnya saya menjadi warganegara Malaysia kerana negara kita mempunyai banyak keistimewaan yang ditinggalkan oleh zaman dahulu dan telah melahirkan masyarakat majmuk serta budaya yang tersendiri. Saya turut berasa bersyukur kerana dilahirkan di atas bumi yang mempunyai kesan peninggalan sejarah yang sangat unik dan bermakna kepada rakyat Malaysia. Tanah air kita yang telah dijajah melebihi 400 tahun telah memberi iktibar kepada kita semua. Untuk mara ke depan, kita perlu menoleh ke belakang, itulah yang dikatakan oleh Tun Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri negara kita yang ke-5. Kita haruslah mengambil iktibar dan menjadikan peristiwa-peristiwa yang telah berlalu sebagai satu pengajaran dan peringatan agar tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang. Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang kepada rakyat dan kerajaan untuk terus mengekalkan peninggalan sejarah tersebut. Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari nilai kerjasama dan kesabaran dalam mengahadapi cabaran sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Walaupun penghasilan projek tersebut tidak berjalan begitu lancar, saya tetap dapat menyiapkan dan menghantar kerja kursus sejarah tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.

Lampiran

Rujukan
1. Melawat tempat kajian Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, 71550 Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 2. Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Istana_Lama_Seri_Menanti http://www.bernama.com/bernama/d5/bm/ http://www.journeymalaysia.com/mh15_SeriMenanti.htm 3. Orang sumber Nordin bin Jonid 580101-05-6243 51, Kg. Ulu Bendul, 71500 Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. 4. Risalah Muzium-muzium Negeri Sembilan Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis bangunan bersejarah di Malaysia contohnya Kota A Famosa yang masih berada di Melaka dan Istana Lama Seri Menanti yang masih teguh di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bangunan-bangunan ini masih mempunyai ciri-ciri keasliannya dan kita haruslah mempertahankan bangunan bersejarah ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita tiada pemikiran yang jauh, tentu kita sudah merobohkan bangunan-bangunan bersejarah ini dan membina bangunan-bangunan yang jauh lebih canggih dan moden. Oleh itu, kita seharusnya bertindak dengan wajar dan memikirkan terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan bersejarah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk memelihara dan memulihara bangunanbangunan bersejarah di Malaysia. Contohnya, Istana Lama Seri Menanti yang dijadikan Muzium Diraja untuk menyimpan koleksi sejarah pada zaman dahulu. Kerajaan telah berusaha untuk memelihara dan memulihara dengan sepenuhnya supaya istana ini dapat dijadikan sejarah pada masa akan datang. Rakyat juga harus bekerjasama dan tolong-menolong menjaga bangunan bersejarah ini agar generasi akan datang dapat melihatnya dan dapat menjadi contoh kepada rakyat di negara lain. Wajarlah kita semua untuk menghayati menghargai dan seterusnya mempertahankan ikon-ikon bangunan bersejarah di negara kita. Semangat ini sepatutnya ada dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita patut berbangga dengan kesan peninggalan sejarah pada masa dahulu kerana kesan-kesan ini membawa kepada kemajuan negara ini yang berkembang maju. Bangunan bersejarah juga dapat membuktikan sesuatu perkara yang berlaku pada masa dahulu yang dapat kita ketahui pada masa sekarang. Rakyat yang mencintai warisan bangsa negaranya merupakan rakyat yang mencintai tanah airnya. Di negara kita, masih banyak bangunan yang berdiri teguh dan megah di negara ini. Kita sepatutnya berbangga kerana bangunan-bangunan ini hampir tidak dimusnahkan sepenuhnya oleh sebahagian penjajah malah dibaiki pula oleh kerajaan untuk penyimpanan warisan sejarah pada masa akan datang. Bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang kreatif dan menarik yang melambangkan sesuatu yang membuktikan bahawa seorang arkitek yang amat rajin dan gigih dapat membina satu bangunan yang istimewa dan menarik di Malaysia ini. Konklusinya, usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia mampu menyemai semangat cinta akan warisan bangsa di negara ini. Warganegara Malaysia haruslah mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah agar peristiwaperistiwa yang terkandung padanya tidak akan lupus. Kita haruslah menjaga warisan negara kita agar generasi yang akan datang dapat melihatnya.

You might also like