P. 1
Hala Tuju Negara Dan Jati Diri

Hala Tuju Negara Dan Jati Diri

|Views: 244|Likes:
Published by azie

More info:

Published by: azie on Jul 10, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2013

pdf

text

original

ISI KANDUNGAN

TOPIK

MUKA SURAT

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Hala Tuju Negara Menjelang 2020 2.1 2 2.2 3 Jati Diri dan Pembinaan Negara Bangsa Membina Jati Diri Menerusi Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan 2.3 5 2.4 Membina Jati Diri Menerusi Rancangan Pembangunan Negara Membina Jati Diri Menerusi Dunia ICT

1

10 10 14 15

3.0 4.0 5.0

Jati Diri dan Wawasan 2020 Kesimpulan Rujukan

1.0

Pengenalan

Merdeka! merdeka! merdeka! Kita masih boleh menggambarkan bagaimana pekik sorak kegembiraan rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 walaupun mungkin ada diantara kita tidak berada dalam situasi tersebut. Bagi generasi yang lahir sebelum tahun 1957, sudah tentu suara keramat itu merupakan hari dan detik-detik yang cukup bermakna yang tidak dapat dilupakan. Malaysia telah bebas daripada cengkaman penjajah yang sekian lama menjajah Tanah Melayu tercinta. Malaysia mula mengorak langkah ke arah pemerintahan sendiri. Malaysia menuju era baru, era pembangunan bersepadu. Kini, hampir 54 tahun kita merdeka, perubahan demi perubahan telah berlaku. Pembangunan terus bergerak maju, perpaduan rakyat semakin jitu. Negara kita akan keluar menjadi negara maju di abad ke 21. Itulah impian pemimpin-pemimpin negara yang akan telah pun ada tandatanda dan akan menjadi kenyataan. Segala apa yang kita rasai hari ini adalah hasil daripada jerit-perih pemimpin-pemimpin yang mempunyai semangat jati diri yang mantap dan waja pada masa lampau dan tidak tidak ketinggalan pada masa kini. 2.0 Hala Tuju Negara Menjelang 2020

Jika dilihat semula tentang hala tuju yang dibentangkan oleh kerajaan sebagaimana tercatat dengan jelas dalam Wawasan 2020, ia adalah sebuah hala tuju yang jelas dan akan dapat dicapai jika semua peringkat mempunyai iltizam yang tinggi. Hala tuju dalam Wawasan 2020 itu kini diperlengkapkan pula dengan Konsep 1Malaysia yang perlu dihayati oleh semua peringkat masyarakat dan bangsa. Negara telah melangkah ke alaf baru beberapa tahun lalu dan pada tahun 2020 Malaysia dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara membangun dan negara pertanian. Namun mampukah kita sebagai rakyat Malaysia mengharung cabaran

ini kerana apabila dilihat semula ia terlalu banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa, kualiti hidup dan jati diri bangsa.
1

2.1

Jati Diri dan Pembinaan Negara Bangsa

a. Maksud jati diri Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Menurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Apabila dikaitkan jati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap, berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akal, jasmani dan rohaninya. Jati diri juga bermaksud, mengekalkan ciri-ciri keunggulan bangsa Malaysia (identiti). Menurut Datuk Prof. Dr Wan Hashim (2010), jati diri atau identiti pula adalah ciri-ciri budaya dan latar belakang sejarah yang memperkenalkan seseorang atau satu-satu kaum atau kelompok manusia seperti etnik atau ras yang membezakan mereka daripada kelompok lain. Tanggapan orang lain terhadap sesuatu kelompok manusia atau kaum juga menyumbang kepada pembentukan jati diri sesuatu kelompok manusia atau kaum. Bangsa yang dipandang tinggi seperti Anglo-American, Cina dan Yahudi kerana berjaya tampil dengan jati diri sendiri sehingga muncul sebagai global tribe. Untuk membentuk global tribe bangsa Melayu, kekuatan ekonomi adalah penting di samping mengekalkan ciri budaya dan bahasa asal (Ridhuan Tee, 2009). Negara memerlukan rakyat yang mempunyai jati diri yang mantap dan cekal supaya dapat merasai erti kemerdekaan yang sebenar. Merdeka bukan hanya bermaksud merdeka daripada cengkaman penjajah tetapi dalam erti kata yang lebih merdeka dalam segala aspek, termasuk mengekalkan jati diri, merdeka dalam aspek merdeka akal fikiran, merdeka dari sudut ekonomi, politik, merdeka bertindak, berkumpul dan sebagainya.

Nasib rakyat tidak lagi dikongkong dan diperkotak-katik oleh penjajah. Kita tidak mahu berlaku di sesetengah negara walaupun negara telah merdeka tetapi akal fikiran masih tidak merdeka, mereka tidak mempunyai jati diri, masih lagi dikongkong oleh penjajah, masih mengekalkan budaya penjajah, masih mengekalkan undang-undang penjajah yang tidak sesuai dengan budaya anak bangsa dan sebagainya.
2

Menurut Zulhilmi Paidi (2003), berbekalkan kepada semangat inilah pejuang-pejuang tanahair lampau bertungkus-lumus memastikan negara mencapai kemerdekaan. Pemimpinpemimpin lampau seperti Dato' Onn, Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan dan sebagainya mempunyai jati diri yang kental dan tidak berbelah bahagi. Mereka telah berusaha menentang Malayan Union yang merupakan idea penjajah British untuk terus berkuasa selepas penjajah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945. Usaha Sir Harold MacMichael yang telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapat tandatangan sultan-sultan supaya menyerahkan kuasa politik kepada pihak British telah ditentang habis-habisan. Semangat jati diri yang ada pada orang Melayu pada ketika itu telah berjaya membatalkan Malayan Union sehingga melahirkan Persekutuan Tanah Melayu (Zulhilmi Paidi, 2003). Dengan adanya Persekutuan Tanah Melayu kedudukan raja-raja telah menjadi bertambah baik. Mereka telah diberi semula kuasa dan hak untuk menjadi raja-raja yang berdaulat di negeri masing-masing. Mereka telah diberi kuasa penuh dalam hal istidat orang Melayu dan agama Islam. Tidak ketinggalan persekutuan ini juga mengekalkan ketuanan Melayu sejak zaman berzaman. Ini bermakna detik-detik kemerdekaan telahpun berbunga selepas persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. 2.2 Membina Jati Diri Menerusi Demokrasi Berparlimen dan Raja

Berperlembagaan Semangat patriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran terhadap kewarganegaraan dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Semangat patriotisme dan jati diri yang kukuh akan menjadikan seseorang warga negara itu kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal

dalam membentuk ketahanan nasional untum menghadapi cabaran mendatang (Zawawi Jahya, 2007).

Ramai pengkaji politik Malaysia berbelah-bahagi apabila menjelaskan bentuk pemerintahan yang dijalankan di Malaysia masa kini. Ada yang beranggapan Malaysia mengubahsuai bentuk demokras. Sesetengah penganalisa politik pula menganggap Malaysia hanya mengamalkan separuh demokrasi (Zakaria Haji Ahmad 1989). Kita maklum bahawa negara kita menerima pakai sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan menerusi Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Dalam sistem ini, kebebasan adalah elemen penting. Oleh itu kebebasan hendaklah sentiasa diberi perhatian dan dipertahan serta diperkukuh. Kita juga harus sentiasa sedar bahawa negara demokrasi juga menitik beratkan keselamatan dan ketenteraman rakyatnya. Ini adalah untuk memastikan demokrasi yang diamalkan memberi manfaat yang maksimum kepada semua pihak. Ini kerana sistem demokrasi menjamin kebebasan kepada semua pihak – hak majoriti dijamin tanpa meminggirkan hak minoriti (Shamrahayu A.Aziz, 2005). Walau apa juga pendapat yang dikemukakan, yang penting untuk kita ialah, pembentukan jati diri dan menerima sistem atau amalan orang lain hanya untuk kebaikan. Kita mempunyai jati diri yang hanya menerima perubahan yang membawa kebaikan. Ada pendapat yang menyatakan bahawa kita masih terkebelakang dalam isu berkaitan kebebasan dan demokrasi. Namun kita tidak pasti apakah kayu pengukur yang digunakan untuk menentukan sama ada kita terkebelakang atau mereka terkehadapan. Kerana, apa yang baik di negara luar tidak semestinya tepat dan baik dalam semua perkara atau pada setiap masa kepada negara kita. Di sinilah pentingnya jati diri. Supaya kita tidak mudah melihat padang di luar sana lebih menghijau daripada padang yang kita ada (Shamrahayu A.Aziz, 2005). Walaubagaimana pun tidak dapat dinafikan bahawa sistem yang ada perlu berubah. Perubahan ini akan menjadikan sistem tersebut terus relevan dan dapat berdepan dalam ruang semasa. Namun, apa yang pasti perubahan haruslah menjurus kepada kebaikan tanpa perlu

3

membuat pengorbanan besar sehingga kita perlu membayar dengan harga yang paling mahal. Apa yang penting ialah, dalam menelusuri perubahan itu, kita tetap menghargai antara satu sama lain tanpa meremehkan peranan dan sumbangan orang lain.
4

2.3

Membina Jati Diri Menerusi Rancangan Negara ( Dasar Dalam dan Luar Negara)

a.

Dasar Luar Negara Dari segi dasar luar pula, Malaysia telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri China, memberi penekanan kepada konsep berkecuali dan mengutarakan konsep zon aman, bebas dan berkecuali bagi rantau Asia Tenggara (ZOPFAN). Malaysia juga terlibat dalam isu Vietnam. Malaysia telah berperanan untuk meredakan ketegangan dalam konflik di Vietnam. Semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri (1976-1981) dasar luar Malaysia lebih menumpukan perhatian dari sudut keselamatan nasional dan kerjasama pertahanan. Malaysia telah mengemukakan bantahan terhadap Vietnam terhadap penaklukan Cambodia. Tidak ketinggalan juga Malaysia juga sensitif dengan masa depan negara Islam yang lain melalui jalinan erat dalam Persidangan Negara Islam atau OIC dan juga mengeratkan lagi kerjasama di kalangan negara-negara Asean dalam isu pertahanan dan keselamatan serantau (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997). Dalam era pemerintahan Dr. Mahathir peranan Malaysia semakin menyerlah di peringkat antarabangsa khusus dalam dasar luarnya. Malaysia mengorak langkah meningkatkan pelaburan luar negara, menangani isu-isu antarabangsa, menyuarakan secara lantang terhadap ketidakadilan PBB dan sebagainya. Malaysia juga mengemukakan pakatan ekonomi serantau EAEC. Keseluruhannya, selepas mencapai kemerdekaan, dasar dan strategi pembangunan negara adalah untuk mencapai pembangunan yang lebih seimbang bagi semua sektor ekonomi bagi mencapai perpaduan dan kestabilan politik. Semua yang kita kecapi dan nikmati hari ini adalah merupakan kesinambungan perjuangan pimpinan negara.

b.

Dasar Dalam Negara - Dasar Ekonomi

Dalam Rancangan Malaya Pertama (RM1) 1956-1960, Tunku telah mengambil inisiatif membangunkan ekonomi sektor luar bandar. Penubuhan dua buah agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) 1956 dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta perlaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah perancangan dan
5 pembangunan

negara

sehingga

masa

kini.

Ini seterusnya membawa kepada Rancangan Malaya Kedua (RM2: 1961-1965) dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang menyeluruh. Pembangunan luar bandar terus diberikan penekanan utama dan seterusnya cuba mengatasi masalah-masalah ekonomi negara selepas mencapai kemerdekaan. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RMP: 1966-1970), berikutan dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu, pertumbuhan ekonomi negara semakin menampakkan perubahan. Ini berikutan dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967 yang dahulunya dikenali sebagai FIDA. Seterusnya diikuti dengan penubuhan MARA, PERNAS, Bank Bumiputera bagi menggalakkan bumiputera berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Selepas YTM Tunku Abdul Rahman mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri, teraju pemerintahan negara telah beralih pula kepada Tun Abdul Razak (1970-1976). Semasa pemerintahan beliau, Malaysia menitikberatkan pembangunan negara dan integrasi nasional. Ini ternyata dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMD: 1971-1975) dengan memberikan penekanan kepada Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamat serampang dua mata bertujuan menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera selepas dikejutkan dengan peristiwa 13 Mei 1969. Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMT: 1976-1980), Dasar Ekonomi Baru terus mendapat perhatian kerajaan. Usaha membangunkan sektor perindustrian dan pertanian mendapat tempat yang aktif ketika itu. Pada tahun 1982, apabila teraju negara berada di bawah pimpinan Bapa Wawasan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, ia semakin menampakkan arah pembangunan yang jelas sehingga ke hari ini. Rancangan Malaysia Keempat (RME: 1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (RML: 1986-1990), Rancangan Malaysia Keenam (RM6: 1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7: 1996-2000) adalah merupakan penerusan pembangunan negara.

Banyak dasar utama negara telah dilancarkan untuk menggerakkan lagi sektor pertanian dan perindustrian. Antaranya ialah Dasar Pertanian Negara, Dasar Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan sebagainya.
6

Untuk memperkemaskan lagi pentadbiran negara, kerajaan turut melancarkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang Ke Timur dan sebagainya. Semuanya ini menampakkan bahawa negara kita semakin berusaha untuk bergerak menjadi sebuah negara maju pada masa akan datang. Pimpinanpimpinan negara sentiasa sensitif dengan arus pemodenan dan ledakan teknologi maklumat yang begitu canggih dan pantas.
c.

Dasar Dalam Negara - Sistem Pendidikan Negara

Pendidikan merupakan asas penting yang boleh menjadi wahana kepada mencapai matlamat membina negara bangsa Malaysia yang berintegeriti, bermoral, beretika dan mempunyai jati diri yang kuat dan mantap. Malah Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Membina negara bangsa Malaysia mengikut acuan sendiri amat penting dalam menghadapi era globalisasi dan untuk mencapai kemajuan seimbang daripada segi sosial, kerohanian (jati diri), dan kebudayaan (Abdul Hamid Halit, 2009) Jika kembali semula di zaman penjajahan British, sebanyak empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah `vernakular' Melayu termasuk sekolah agama, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujudnya berbagai sekolah ini adalah berpunca daripada sikap penjajah yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh tidak adanya satu Dasar pelajaran Kebangsaan dan ketebalan sikap kedaerahan yang dipusakai oleh setiap kaum. Sistem pendidikan sebegini begitu jelas menampakkan garis pemisahan politik. Kesempatan hanya dapat ditemui di sekolah Inggeris yang terletak di bandar. Sekolah Inggeris ketika itu hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan India. Penglibatan kaum Melayu amat kurang. Sistem pendidikan ini juga menimbulkan masalah bahasa. Tidak ada bahasa pengantar yang tunggal. Setiap sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Selain itu, kedudukan

sekolah-sekolah juga menampakkan pemisahan yang begitu jelas. Sekolah Melayu berada di kampung-kampung, sekolah Tamil terletak di ladang-ladang. Sementara sekolah Cina terdapat di kawasan perlombongan, perindustrian dan perniagaan.
7

Jika dilihat dari segi kurikulum sekolah-sekolah tersebut menampakkan semangat perkauman yang jelas. Kurikulum sekolah Cina mengikut corak kurikulum sekolah di negara China. Begitu juga dengan kurikulum sekolah Tamil yang didatangkan dari negeri India. lebih menyedihkan tenaga pengajar juga diimport dari negara tersebut. Jelaslah, sistem pendidikan di zaman pra-merdeka menampakkan pemisahan politik yang begitu nyata. Penjajah British langsung tidak berminat untuk memupuk persefahaman dan perpaduan kaum melalui sistem pendidikan. Mereka beranggapan sekiranya satu sistem pendidikan yang sistematik diwujudkan sudah tentu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan dan ini akan mengugat kedudukan mereka sebagai penjajah. Sistem pendidikan negara mula menampakkan perubahan apabila Penyata Barnes (1950) dan Penyata Fenn-Wu (1951) diperkenalkan akibat daripada penentangan terhadap Malayan Union dan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu. Kedua-dua penyata ini mula menampakkan sedikit ciri-ciri tempatan walau banyak lagi yang perlu diubah sehingga tertubuhnya Jawatankuasa Pelajaran yang diketuai oleh Datuk Abdul Razak Hussein pada tahun 1955 yang menjadi Menteri Pelajaran selepas pilihanraya pada tahun yang sama. Pada tahun 1960, penyata tersebut telah disemak semula oleh Jawatankuasa Abdul Rahman Talib bagi memperteguh dan memperkukuhkan lagi Penyata Razak. Ini akhirnya membawa kepada termaktub Dasar Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan kepada kedua-dua penyata itu pada tahun 1957. Dasar Pelajaran Kebangsaan ini begitu jelas menampakkan semangat perpaduan kaum yang mantap dan tidak lagi berunsurkan perkauman. Semua kaum telah disatukan dalam sebuah bumbung. Antara perkara penting yang dimasukkan ialah sistem persekolah yang sama bagi semua, bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat sekolah dan kurikulum dan peperiksaan sekolah yang sama kandungan dan bercorak kebangsaan. Bertitik tolak daripada asas ini, sistem pendidikan negara terus berkembang sehingga membawa kepada kewujudan falsafah pendidik negara dan pendidikan bersepadu.

8

Kelemahan-kelemahan yang ada telah diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, sistem pendidikan negara telah mampu menyaingi sistem pendidikan negara maju walaupun tidak sepenuhnya. Sekolah-sekolah rendah dan menengah semakin bertambah. Diikuti pula dengan pertambahan institusi pengajian tinggi dan kemunculan kolej-kolej swasta dan kolej berkembar seperti cendewan selepas hujan. Namun demikian, kemunculan kolej-kolej sebegini perlu dikawal supaya ada unsur-unsur jati diri rakyat Malaysia. Tanpa semangat jati diri sudah pasti kita tidak dapat melahirkan warga yang cintakan tanahair sendiri dan yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan. Sebagaimana yang kita semua ketahui, mendidik manusia menjadi warga negara yang baik dan mempunyai jati diri yang kukuh bukanlah perkara yang mudah. Warga negara sedemikian tidak boleh dan tidak mungkin dilahirkan dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya memupuk sifat mulia memerlukan usaha yang berterusan. Sehubungan itu Pendidikan Islam seharusnya menjadi landasan bagi pelaksanaan semua aktiviti di sekolah dengan memastikan 16 nilai murni yang sudah digariskan dan dimanifestasikan dalam ‘setiap degup jantung alam persekolahan pelajar’ baik di dalam dan di luar bilik darjah, di padang atau di kantin sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 2007). Pada bulan September 2007, Kementerian Pelajaran berusaha melaksanakan program j-QAF di sekolah kebangsaan. Di samping itu, Kementerian Pelajaran juga telah memulakan pendaftaran SAR dan SAN secara berperingkat-peringkat sejak Januari 2005. Sehingga akhir September sebanyak 119 SAR dan SAN telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran manakala 135 lagi dalam proses permohonan dan perundingan untuk menandatangani memorandum persefahaman (Hishamudin Hussien, 2007). Keseluruhannya, sistem pendidikan negara terus berubah mengikut masa dan reformasi pendidikan terus berlaku mengikut perubahan zaman dan ledakan informasi. Ini seterusnya telah melahirkan warga yang mempunyai daya tahan dan daya saing yang kuat dan teguh sehingga terbentuknya satu bangsa yang merdeka serta mampu melihat dan merancang masa depan negara berdasarkan acuan kita sendiri.

Semuanya ini adalah berasaskan kepada semangat jati diri pejuang-pejuang negara zaman pramerdeka dan selepas merdeka yang bertungkus-lumus mempertahankan negara supaya dikekalkan semangat jati diri yang boleh merubah arus politik negara.

9

2.4

Membina Jati Diri Menerusi Dunia ICT

Media siber semakin berpengaruh sejak kebelakangan ini. Dalam keadaan tertentu, media baharu ini mempengaruhi nilai masyarakat dalam membuat keputusan terhadap sesuatu isu. Kemudahan internet membuka ruang dan peluang yang cukup luas kepada sesiapa sahaja untuk menyebarkan berita, rencana, artikel mahupun pandangan peribadi (Abd Kadir Mohd Ayub, 2011). Dalam dunia tanpa sempadan , kemajuan teknologi khususnya penggunaan internet yang begitu meluas disifatkan alat yang sesuai untuk memudahkan urusan manusia. Namun jika disalahgunakan, impaknya amat buruk. Namun dalam pembinaan negara bangsa, seharusnya dipenuhi dengan mesej dan nilai yang positif tidak mengira cara apa pun yang digunakan oleh setiap individu. Mereka mempunyai kebebasan untuk meluahkan pendapat dan berhujah secara rasional dan matang dalam penulisan mereka khususnya dalam penulisan blog atau dalam laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Dr Muhammad Saiful Haq Hussin Pensyarah Kanan APM UM menjelaskan jati diri adalah elemen yang menjadi dasar kepada asas pembentukan seseorang individu termasuk dalam aspek agama, adat, bangsa, bahasa dan budaya. Katanya, generasi muda khususnya pelajar terdedah kepada dunia tanpa sempadan melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama internet dan akan mendapat manfaat jika menggunakannya dengan cara positif (Berita Harian Online, 2011). Penulis blog atau pengguna internet harus memiliki wawasan dan nilai moral yang tinggi supaya sumbangan mereka berupaya membantu ke arah pembinaan negara bangsa bukannya bertindak meracuni fikiran masyarakat khususnya generasi muda dengan pelbagai fitnah dan hasutan.

3.0

Jati Diri dan Wawasan 2020

Cabaran dalam Wawasan 2020 bagi mencapai sebuah negara maju bukan satu cabaran yang hanya dapat dilaksanakaan pada waktu yang sekejap cuma. Ia mestilah dilaksanakan setiap waktu dalam jangka masa yang panjang kerana apabila tercapai matlamat itu, matlamat dan pencapaian itu mestilah pula dipertahankan supaya ia kekal. Maka tugas bagi mewujudkan emosi yang positif yang membuatkan semua kaum di negara ini berasa bangga, bukan satu kerja yang mudah dan dapat dilakukan dalam0 jangkamasa pendek. Tidak dilupakan adalah peranan generasi muda waktu kini. Pertanyaan yang timbul kini ialah semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Adakah mereka sentiasa sedar tentang betapa pentingnya budaya hidup Malaysia masa kini berbanding negara lain yang setiap hari kita lihat dan baca dalam pelbagai media terjadi pelbagai mala petaka yang datang daripada tangan manusia itu sendiri atas alasan yang pelbagai. Kita sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi sebenar, ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada tahun 2020, iaitu lebih kurang 9 tahun dari sekarang tentunya serba-serbi berjalan pantas. Kehidupan masyarakat Malaysia seperti yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan demi pembaharuan. Teknologi informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih mungkin. Cara hidup masyarakat Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah. Masyarakat Malaysia sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan hebat. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, akan lebih terdedah kepada unsur-unsur baru. Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang dikehendaki di mana proses nilai dan kuat lagi berpengaruh akan menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal disedut melalui proses itu nanti adalah pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan dipertikai tetapi pada pandangan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.
1

4.0

Kesimpulan

Setelah lebih 53 tahun mengharungi arus kemerdekaan, kini Malaysia telah pun mendapat pengiktirafan dunia sama ada dari segi pembangunan mahupun dari segi memperjuangkan isu-isu antarabangsa. Walaupun masih lagi tidak setanding dengan negara maju tetapi dengan asas-asas kukuh yang telah digalurkan oleh pimpinan-pimpinan masa kini dan lampau kita yakin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara maju tidak lama lagi. Pokoknya, setiap individu hendaklah sentiasa berusaha dan mengekalkan semangat jati diri terutama dari segi 1 kekuatan ekonomi yang menjadi ukuran penting masa kini. Seorang sarjana dan pakar peramal barat terkemuka, Alvin Tofler dalam kunjungan ke IKIM pada 8 Januari 1993 meramalkan bahawa Malaysia adalah negara yang akan menjadi model kepada negara Islam yang lain pada suatu masa nanti berdasarkan potensi dan prestasi yang ada. Beliau menambah: "you, here, are a test case for Islam, if you succeed in developing your country, you will prove to the world that Islam is a very progressive religion, different from the impressions the west have about Islam which they gather normally from the Middle East...the centre of Islam will move from the Middle East, its original and traditional locality, to this place (Malaysia and Indonesia)". [Perspektif IKIM, No. 3, Mac 1993: ms 20-21] seperti yang dinyatakan oleh Ridhuan Tee (2009). Kenyataan ini kalau dikaji secara mendalam memang tidak akan mustahil berlaku di negara kita berdasarkan prasana serta visi dan misi pimpinan negara. Kita boleh melahirkan negara Malaysia yang maju dan beridentiti sekiranya kita sentiasa berusaha ke arah itu. Jika negara Jepun dalam jangkamasa yang begitu singkat selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945, sekarang ini telah keluar menjadi sebuah negara maju yang beridentitikan kekuatan ekonomi, mengapa dan kenapa kita tidak boleh! Kita mempunyai prasarana yang begitu banyak berbanding dengan negara Jepun. Cuma, yang membezakannya ialah kalau di Jepun, anak bangsa mereka mulai sedar dan insaf akibat daripada tragedi itu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan negara. Ternyata usaha mereka telah mendatangkan hasil yang lumayan (Ridhuan Tee, 2009). Justeru itu, melihat kepada pengalaman ini marilah kita mesti bersama-sama menggembeling tenaga menggerakkan wawasan 2020 demi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang mempunyai kekuatan ekonomi tanpa mengikis jati diri. Pimpinan sebelum merdeka
1

telah menggariskan dan menggalurkan arah pembangunan negara. Sudah sewajarnya, generasi selepas merdeka perlu menyahut cabaran ini dengan bersama-sama menimba pengalaman lampau dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengerakkan wawasan negara. Untuk mencapai semuanya ini, ia memerlukan kepada persiapan sama ada secara fizikal mahupun spiritual. Persiapan fizikal bermaksud memperlengkapkan dengan segala kemahiran tertentu dan ilmu pengetahuan semasa. Persiapan ini adalah amat penting supaya kita tidak
1

lagi bergantung kepada teknologi dan kepakaran asing. 2 Setelah lebih 53 tahun merdeka, tentunya kita kita mahu berdikari. Walaupun tanda-tanda positif sudah ada, tetapi ia perlu dipergiatkan lagi. Kalau sekarang ini kita mempunyai kereta nasional, sudah sudah ada cita-cita anak merdeka ini untuk mengeluarkan kenderaan yang lebih besar lagi seperti kapalterbang misalnya dan ia telahpun disarankan oleh Perdana Menteri. Justeru itu, kita perlu berganding bahu untuk menjadi Malaysia sebagai negara maju yang mempunyai jati diri. Walau bagaimanapun, persiapan fizikal semata-mata adalah tidak mencukupi tanpa persiapan spiritual. Malek Bennabi pernah berkata, "jika kita mahu membangunkan masyarakat, ia mestilah berasaskan kekuatan iman dan keilmuan” (Ridhuan Tee, 2009). Justeru itu, adalah amat pentingnya kedua-dua aspek ini diberikan penekanan supaya lahir masyarakat yang mempunyai jati diri sesuai dengan tema Hari Kebangsaan ke 38, “Jati Diri Penggerak Wawasan”.

5.0

Rujukan

1 3

Abdul Hamid Halit, Dr (2009). Jurnal Pengurusan dan kepimpinan pendidikan : Membina negara bangsa satu perkongsian pengalaman. Genting Highlands, Institut Aminudin Baki. Abd Kadir Mohd Ayub, (2011). Dewan Masyarakat : Bahana media siber. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hishamudin Hussien, (2007). Pendidik : Kementerian komited memperkasa SAR dan SAN. Ampang, Widad Publication Sdn Bhd. Ridhuan Tee, (2009). Jati diri penggerak wawasan. http://ridhuantee.blogspot.com/ Shamrahayu Online. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011070504393020110705043930/Articl e Wan Hashim Wan Teh, (2010). Seminar peradaban Melayu: Melayu minoriti dan diaspora: Penghijrahan dan jati diri http://dgelenggang.blogspot.com/2010/03/seminar-peradaban-melayu.html Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, (2007). Pendidik : Anjakan paradigma dalam pembinaan negara : Pendidikan Islam sebagai teras kurikulum pendidikan. Ampang, Widad Publication Sdn Bhd.. A.Aziz, (2005). Perubahan demokrasi biar bermanafaat:Pendekatan

‘egomania’ membelakangkan ketenteraman undangkehancuran negara. Berita Harian

Zakaria Hj. Ahmad, (1989). Malaysia's semi-democracy, in Democracy in developing countries, Diamond, L., Linz, J.C., dan Lipset (eds.). Vol. 3 Asia. Boulder: Lynne Rienner. Zawawi Jahya, (2007). PIPP: Agenda perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Ehwal Pendidikan. Julai 2007.
1 4 Zulhilmi Paidi, (2003). Pendidikan negara bangsa. Bentong, PTS Publications & Distributors

Sdn Bhd. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gagasan1Malaysiapelengkapsistemsosialsediaad a/Article/index_html Berita Harian Online

1

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->