You are on page 1of 12

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

‡ Beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan telah diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. ‡ Pemeliharaan ialah suatu usaha untuk melindungi, merancang,dan mengurus sumber semula jadi supaya bekalannya dapat diperoleh secara berterusan. ‡ Pemuliharaan ialah usaha membaik pulih sumber yang telah diganggu agar kembali kepada keadaan yang asal.

Penghutanan Semula
‡ Ialah kegiatan menanam semula hutan di kawasan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang terpilih. ‡ Penanaman semula hutan ini dijalankan secara terancang dan sistematik.¶ ‡ Tujuannya ialah
± Memastikan spesies pokok tidak pupus. Contohnya, penanaman semula pokok bakau di Hutan Simpan Paya Laut di Matang, Perak.

± Mengekalkan kualiti alam sekitar. ± Memulihara tanah dan sumber air. ± Mengekalkan habitat flora dan fauna. ± Mengekalkan warisan hutan.

Mengekalkan warisan hutan

Penanaman semula

Mengekalkan kualiti alam sekitar

Kaedah Biologi
‡ Digunakan untuk mengawal makhluk perosak, cthnya tikus. ‡ Untuk mengawal tikus yang memusnahkan buah k/sawit, ular dan burung hantu digunakan. ‡ Kaedah semula jadi ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. ‡ Untuk mengekalkan kesuburan tanih, baja organik digunakan.

Pengurusan Pembinaan Jalan Raya


‡ Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan projek lebuh raya untuk mengurangkan kesan daripada projek pembinaan lebuh raya. ‡ Satu sistem saliran yang baik perlu dibina supaya air yang mengalir tidak menyebabkan hakisan tanah.

‡ Antara langkah-langkah pencegahan hakisan tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan ialah:
± Penyediaan sistem perparitan sepanjang lebuh raya. ± Pengurusan cerun dan menanam rumput sebagai tanaman tutup bumi. ± Pembinaan tembok konkrit ± Peneresan bertangga ± Pembinaan terowong ± Penanaman pokok sebagai pengikat tanah.

Kesimpulan
‡ Kegiatan manusia yang menyebabkan habitat hidupan liar akan musnah. ‡ Flora dan fauna di negara kita akan mengalami kepupusan. ‡ Generasi yang akan datang tidak akan mengenali tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang telah pupus. ‡ Kemerosotan landskap juga akan berlaku dan kita akan kehilangan pusaka negara yang amat bernilai.

You might also like