You are on page 1of 4

Tugasan Projek RBT 3112

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM : PISMP Semester 6 KOD KURSUS TARIKH MULA : : RBT 3112 04 JULAI 2011

TAJUK KURSUS : Pengurusan Keselamatan Bengkel NAMA : TARIKH HANTAR : 09 SEPTEMBER 2011

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan fakta-fakta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 2. Menenal pasti punca dan pencegahan kemalangan serta amalan keselamatan bengkel 3. Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel 4. Mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel 5. Menghuraikan prinsip reka bentuk sebuah bengkel yang efisien 6. Menghuraikan pengurusan kewangan, pengendalian bahan dan alatan 7. Mengenal pasti peraturan dan perundangan dalam pengurusan bengkel 8. Mengaplikasikan pengurusan personel di dalam bengkel 9. Menganalisis bengkel kemahiran hidup di sekolah anda dari segi reka bentuk, organisasi, pengurusan keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan.

Tugasan Projek RBT 3112

Objektif Projek 1. Membuat kajian pemerhatian dan mengumpul maklumat 2. Menganalisis dan memaparkan maklumat melalui pemerhatian 3. Menghasilkan laporan kajian 4. Membuat cadangan penambahbaikan bagi menghasilkan sebuah bengkel kemahiran hidup yang efisien Tajuk Projek Bengkel Kemahiran Hidup yang efisien Tugasan Projek (50%) Bengkel merupakan infrastuktur yang dibangunkan sebagai pelengkap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kemahiran. Infrastruktur yang biasanya mahal ini perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat. Bagi tujuan berkenaan, seseorang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelia sesebuah bengkel perlulah memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk mengorganisasi dan menguruskannya. Buat pembacaan dan laksanakan kajian pemerhatian bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda dan cadangkan penambahbaikan bengkel tersebut. Sediakan laporan hasil kajian dan cadangan anda Sub tugasan 1. Buat pemerhatian dan kumpul maklumat mengenai bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda 2. Pemerhatian anda adalah dalam aspek reka bentuk, organisasi, pengurusan keselamatan, kewangan dan personel serta pengendalian bahan dan alatan
2

Tugasan Projek RBT 3112

3. Hasilkan satu laporan berdasarkan perkara 2 disertakan bersama pelan dan bahan bukti yang sesuai 4. Beri satu cadangan untuk penambahbaikan Bengkel Kemahiran Hidup tersebut berdasarkan aspek-aspek diatas Panduan Pelaksanaan Tugasan 1. Tugasan ini adalah tugasan individu 2. Kajian terhadap Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda 3. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat 4. Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiaran anda 5. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarang bentuk visual pilihan anda (jadual, graf, grafik) 6. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

7. Amalan plagiat tidak dibenarkan 8. Panjang tugasan tidak kurang daripada 20 muka surat termasuk persembahan visual (tidak termasuk lampiran) 9. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50% 10. Setiap rajah, gambar dan jadual mesti dinyatakan sumbernya

Tugasan Projek RBT 3112

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut : i. ii. Ciri-ciri atau profil bengkel Kemahiran Hidup di sekolah anda Cadangan untuk penambahbaikan bengkel tersebut

3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan ada kesinambungan 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan Kriteria pentaksiran yang disediakan

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

You might also like