You are on page 1of 8

E1001 / UNIT 4/ 1

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

UNIT 4

PERARUH

OBJEKTIF

Objektif am

Mengetahui istilah am bagi peraruh serta mengetahui jenis-jenis peraruh. Di samping itu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi aruhan.

Objektif khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Mentakrifkan peraruh. Menerangkan jenis-jenis peraruh. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi aruhan.

E1001 / UNIT 4/ 2

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PERARUH

4.0

PENGENALAN 4.1 TAKRIF PERARUH Peraruh ialah komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. Peraruh menghasilkan kearuhan. Kearuhan adalah arus yang dialirkan melalui satu pengalir, satu medan magnet kecil terbina mengelilingi pengalir itu. Sekiranya pengalir ini berbentuk gelung, medan magnet akan membantu satu sama lain, menjadikannya lebih kuat. Untuk menguatkan lagi medan magnet, satu teras boleh ditambah. Prinsip gegelung pengalir dikenali sebagai kearuhan. Pengaruh dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. Setiap bahan tersebut mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mendapatkan nilai kearuhan. Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H). Peraruh diwakili oleh L.

4.2

JENIS-JENIS PERARUH Peraruh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu peraruh tetap dan peraruh bolehubah. Peraruh Tetap Peraruh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhan yang tidak berubah. Empat jenis peraruh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit. Peraruh teras udara Peraruh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henry atau kurang. Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanya digunakan pada frekuensi yang tinggi. Contohnya, peraruh ini digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentu dalam litar.

4.2.1

a)

E1001 / UNIT 4/ 3

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) b) Peraruh teras besi Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut penebat nipis. Nilai kearuhan peraruh teras besi adalah daripada beberapa mili henry hingga beberapa henry. Peraruh teras besi digunkan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour. c) Peraruh teras besi serbuk dan teras ferit. Teras besi serbuk dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi yang diselaputi oleh penebat. Teras ferit pula dibuat daripada bahan magnet bukan pengalir. Dengan menggunakan teras besi serbuk atau teras besi ferit, nilai kearuhan akan lebih tinggi dan saiz peraruh dapat dikecilkan. Peraruh teras besi serbuk dan teras ferit mempunyai tiga bentuk iaitu solenoid, toroid dan teras pot. Jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry atau kurang manakala toroid dan teras pot pula mempunyai nilai kearuhan di antara beberapa mikro henry hingga beberapa mili henry. Peraruh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakan di dalam litar talaan radio. Peraruh Bolehubah Kearuhan bagi peraruh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk peraruh boleh ubah iaitu di antaranya ialah peraruh yang menggunakan skru logam (tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi peraruh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh peraruh.

4.2.2

E1001 / UNIT 4/ 4

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) . 4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ARUHAN Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ; 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Bilangan lilitan (winding) dalam gelung. Ketelapan bandingan (jenis teras). Luas muka keratan rentas. Arus yang mengalir Panjang laluan fluks magnet. Jumlah fluks. Kekuatan magnet Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung.

E1001 / UNIT 4/ 5

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

AKTIVITI 4a

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

4.1) 4.2) 4.3)

Berikan takrif bagi peraruh. Berikan 3 jenis peraruh tetap dan jelaskan kegunaannya. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi aruhan.

E1001 / UNIT 4/ 6

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS 4a

PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 4a.

Jawapan : 4.1) Peraruh ditakrifkan sebagai komponen yang mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. 4.2) i) 3 jenis peraruh tetap ialah; Peraruh teras udara Digunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arus frekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentu dalam litar. ii) Peraruh teras besi Digunakan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour. iii) Peraruh teras besi serbuk dan teras ferit Digunakan di dalam litar talaan radio. 4 faktor yang mempengaruhi aruhan ialah; Bilangan lilitan (winding) dalam gelung. Ketelapan bandingan (jenis teras). Luas muka keratan rentas. Arus yang mengalir

4.3) i) ii) iii) iv)

E1001 / UNIT 4/ 7

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! SOALAN 1) Berikan 4 ciri peraruh. 2)

E1001 / UNIT 4/ 8

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

MAKLUMBALAS

Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika YA , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1) i) Mempunyai sifat menentang sebarang perubahan pengaliran arus. ii) Menghasilkan kearuhan. iii) Dibuat daripada gegelung dawai dengan satu bahan teras seperti udara, besi dan bahan ferit. iv) Unit ukuran kearuhan ialah Henry (H).

You might also like