You are on page 1of 10

Berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni dan dibaca.

Malahan ada juga kemalangan itu kita alaminya sendiri. Ada di antara kemalangan itu diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya sebagai iktibar. Akibat terlalu kerap kita mendengar mengenai kemalangan, kadangkala kita merasakan kemalangan itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan di dalam dunia pekerjaan.

Oleh

kerana

kemalangan

melibatkan

manusia,

maka

manusialah

yang

bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai, mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut. Dengan demikian faktor manusia memainkan peranan yang sangat penting di dalam sesuatu kemalangan pekerjaan. Soalnya sekarang ialah siapakah manusia itu? Adakah dia pihak kerajaan, majikan, pekerja atau masyarakat? Sekarang timbul persoalan akauntabiliti dan mengapa akauntabiliti itu penting.

Kemalangan di tempat kerja mungkin berpunca daripada kelemahan manusia yang bersikap mementingkan diri, tidak peka terhadap orang lain, memandang remeh terhadap terhadap kemalangan kecil yang mungkin dihadapi dan juga tidak memahami apa sebenarnya erti keselamatan.

Oleh kerana kelemahan di dalam sifat dan sikap manusia ini, pihak kerajaan telah melakukan anjakan paradigma untuk mencegah berlakunya kemalangan di tempat kerja dengan mewujudkan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 .Akta ini bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja dan juga mewjudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan. Ini dilaksanakan di bawah skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri atau organisasi yang berkaitan. Peruntukan Akta Keselamatan dan

Keselamatan Pekerjaan 1994 ini melengkapi peruntukan undang-undang sedia ada dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan mengatasinya.

Dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan , seseorang berupaya mengenal pasti hazard, menganalisis dan menaksir risiko yang berkaitan dengannya dan seterusnya melaksanakan langkah kawalan yang sesuai.Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. Occupational Safety and Health Assessment Series 18002 (OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat adalah beberapa contoh hazard. Manakala, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud peluang untuk kemalangan itu berlaku.Bahaya pula lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

Hazard terbahagi kepada hazard fizikal, kimia, biological dan ergonomik. Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika direka tidak selamat dan tidak sempurna tidak diselenggara dengan baik ,dijalankan oleh pekerja tidak terlatih ,digunakan bukan untuk kerja sebenar dan ditukar/dipinda secara haram.

Hazard kimia pula ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di makmal-makmal adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.

Hazard biological melibatkan pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit,laluan masuk agen penyakit ke dalam badan dan ketahanan pekerja yang terdedah.

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.

Mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan adalah penting untuk semua pihak termasuklah didalam bidang akademik. Sebagai seorang staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia, kami banyak terdedah kepada hazard dan risiko di dua tempat yang selalu kami bekerja iaitu di pejabat kami dan juga di makmal-makmal penyelidikan. Dalam teks ini, akan difokuskan kepada kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam makmal terutama di makmal-makmal fakulti sains dan makmal-makmal di fakulti lain amnya.

Sebagai contoh, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaaan di dalam semua makmal di dalam universiti amat penting kerana dapat menerapkan aspek keselamatan dan peka terhadap pihak yang terlibat dalam mengendalikan makmal bagi memastikan ianya mempunyai ciri-ciri kebersihan, keceriaan, dan keselamatan. Keadaan ini akan menjadikan

makmal-makmal tempat yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, dengan keadaan ini juga ia akan menjadikan makmal-makmal menjadi salah satu tempat yang selamat untuk menjalankan aktiviti amali dan penyelidikan. Kemalangan mungkin akan berlaku sekiranya makmal-makmal berada dalam keadaan yang tidak teratur. Antara bahaya atau kemalangan yang mungkin berlaku di dalam makmal adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas kebocoran bahan kimia dan kebocoran sinaran.

Di Fakulti Sains, semua hazard ini boleh didapati dan langkah pencegahan dan latihan perlu bagi mengelakkan sebarang kemalangan di tempat kerja. Contoh hazard fizikal yang boleh didapati adalah mesin-mesin mekanikal yang digunakan oleh semua makmal samaada di jabatan fizik, kimia, mahupun matematik. Selain itu komputer-komputer yang ada di semua jabatan bagi tujuan analisis keputusan eksperimen juga dikategorikan sebagai hazard jika tidak digunakan dengan betol. Sinaran skrin monitor boleh merosakkan mata pengguna jika pengguna sering berada dihadapan komputer untuk tujuan analisis data dan sebagainya. Punca elektrik yang digunakan untuk menghidupkan komputer dan alat-alat elektrik dan elektronik lain juga boleh menjadi punca hazard. Sebarang litar pintas boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan perlatan makmal yang lain disamping membahayakan pengguna di dalam makmal tesebut.

Laser yang digunakan di makmal laser di jabatan fizik adalah merupakan salah satu contoh punca hazard sinaran. Hazard yang berpunca dari laser bukan sahaja melibatkan pengguna laser tersebut, malahan kepada orang persekitaran dalam makmal terbabit melalui sinaran laser secara terus ataupun melalui pantulan laser kepada pengguna atau orang persekitarannya.

Makmal sinaran radiasi merupakan salah satu hazard radioaktif di fakulti sains. Kesan akibat radioaktif selalunya tidak dapat dikesan pada permulaan kesan radiasi

melainkan punca radioaktif tersebut adalah tinggi sehingga menampakkan kesan seperti terbakar pada kulit mangsa sinaran radioaktif. Bagi punca radioaktif yang rendah, kesannya akan dirasai pada jangka panjang seperti kanser. Di makmal radiasi, kemungkinan berlaku kemalangan bilamana sinaran radiasi dari punca radioaktif di tuju terus ke penguna ataupun akibat sikap pengguna makmal yang makan di dalam makmal. Ini menimbulkan kemungkinan makanan yang di makan terkena serpihan bahan radioaktif dan ditelan oleh mangsa. Sebagaimana yang diketahui kesan radioaktif adalah lebih teruk sekiranya punca radioaktif berada didalam badan manusia berbanding diluar tubuh badan kita.

Di makmal kimia pula , contoh hazard adalah sepertiAsid hidroklorik pekat yang merupakan hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka yang memakainya. Adalah suatu cara kerja yang bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.

Selain itu terdapat hazard yang mana tidak dapat dikesan oleh pancaindera manusia. Namun kewujudan hazard ini membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam makmal. Oleh itu penggunaan kelengkapan khas untuk mengenalpasti hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau sentuh adalah perlu. Hazard ini memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran. Kelengkapan Khas ini membantu seseorang pekerja untuk sentiasa berada selamat di tempat kerja.

Hazard ergonomik pula boleh didapati di mana-mana makmal mahupun pejabat di fakulti sains. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang tidak ergonomik. Cara duduk dan ketinggian kerusi boleh menjadi punca hazard ergonomik dan ini telah dibuktikan mampu mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan sakit belakang. Kelemahan reka

bentuk kerusi ataupun tinggi meja selalu menjadi punca kepada hazard ini, bukan sahaja di Fakulti Sains, malahan di mana-mana tempat kerja yang lain.

Bagi mengawal dan mencegah kemalangan yang berpunca daripada contoh-contoh hazard di atas, sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah perlu. Sistem ini adalah bertujuan untuk mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko bermula dengan peringkat pertama iaitu mengenalpasti hazard,kemudian menilai risiko, mengawal risiko dan disusuli oleh mengukur pencapaian.

Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat sistem pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan menolong seseorang untuk mengenal pasti hazard melalui pemerhatian dan rujukan. Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian dan seterusnya merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut. Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu

hazard yang lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.

Bagi melaksanakan sistem pengurusan risiko ini, ahli JKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja ) hendaklah ditubuhkan. Ini selari dengan peruntukan yang dinyatakan di dalam seksyen 30 dan 31 akkp, 1994. Seksyen ini jelas mewajibkan majikan di suatu tempat kerja yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih atau jika di arah oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerjanya yang dianggotai oleh wakil pengurusan dan wakil pekerja.

Objektif penubuhan JKK ini adalah untuk mematuhi kehendak undang-undang dibawah Seksyen 30 dan 31 di bawah Akta Keselamatan danKesihatan Pekerjaan 1994. Selain itu ia membolehkan pihak pengurusan dan pekerja fakulti menilai dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan yang wujud di seluruh fakulti. JKK juga berperanan untuk memberikan kesedaran kepada pekerja-pekerja tentang pentingnya mematuhi polisi keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Ia juga berperanan untuk menyalurkan pengetahuan dan pelajaran serta meningkatkan motivasi pekerja dan juga sebagai alat komunikasi berhubung bahaya atau risiko di tempat kerja serta langkah pencegahan yang akan dijalankan.

Tujuan penubuhan JKK ini adalah bagi memenuhi keperluan undang-undang dan bagi mengujudkan usahasama di antara majikan dan pekerja dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan mampu memupuk sikap peka terhadap kemalangan kecil atau besar yang mungkin dialami oleh setiap pekerja. Contohnya dengan memakai kelengkapan perlindungan peribadi di dalam makmal sebagai perlindungan

daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.

Antara contoh-contoh amalan yang baik yang boleh diamalkan bagi mengelakkan kemalangan di fakulti sains khususnya, adalah pemakaian cermin perlindung. Ia nya adalah suatu keperluan apabila bekerja di kawasan berhabuk yang beterbangan , partikel, wasap, luapan atau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan penglihatan seperti di makmal kimia. Cermin keselamatan hendaklah berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Cermin keselamatan ini boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan. Goggle pula perlu lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianya perlu melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.

Para pekerja juga perlu memakai kasut keselamatan sebagai perlindungan tambahan . Contoh kasut keselamatan adalah seperti kasut penguatan keluli yang mana merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam di dalam makmal ataupun diluar makmal. Kasut ini juga akan bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahanbahan yang masuk ke dalam but dan sekaligus untuk mengelakkan kemalangan ketika bekerja.

Di dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan , kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Perkara yang diliputi oleh kewajipan itu termasuklah mewujudkan dan menyelenggara makmal dan sistem kerja yang, setakat praktik,selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. Selain itu pihak majikan dengan bantuan JKK membuat perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan risiko terhadap Pekerja.

Mereka juga bertanggungjawab mewujudkan maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja selamat , tanpa risiko kepada kesihatan dan kebajikan mereka yang sedang bekerja. Pihak majikan juga bertanggunghawab menyediakan seberapa kerap yang sesuai untuk mengkaji semula pernyataan bertulis dasar amnya berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya semasa bekerja dan organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu, dan membawa pernyataan dan apa-apa kajian semulanya kepada perhatian semua pekerjanya dan menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan , yang pekerja , setakat yang praktik , bahawa dia dan orang-orang lain , yang bukan pekerjanya, yang mungkin tersentuh oleh pengusahaan itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan mereka disebabkan oleh pekerja dan pengguna di dalam makmal mahupun di persekitaran fakulti.

Manakala, adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja dan pengguna makmal yang sedang bekerja untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Pengguna mahupun staf makmal hendaklah bekerjasama dengan pihak pengurusan fakulti dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diberi perhatian yang serius kerana ianya melibatkan kepentingan fakulti dan juga persendirian pengguna makmal

mahupun staf. Adalah menjadi keperluan bagi staf dan pengguna makmal memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh pihak pengurusan fakulti bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya dan mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh pengurusan fakulti.

Kesimpulannya, keselamatan dan kesihatan pekerjaan amat penting di organisasi tempat bertugas iaitu di Fakulti Sains supaya keselamatan, kesihatan dan kebajikan orangorang yang sedang bekerja terjaga dan terjamin selain melindungi orang-orang di tempat kerja dan juga orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang kondusif bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolgi dan psikologi mereka.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah tanggungjawab semua pihak bagi memastikan kebajikkan, keselamatan terjamin. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini akibat daripada ketidakpatuhan terhadap akta keselamatan dan arahan JKK, tindakan undang-undang boleh diambil bagi memastikan keadilan kepada mangsa dalam menuntut hak mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

You might also like