You are on page 1of 3

Prosedur Kawad Kebakaran

PROSEDUR KAWAD KEBAKARAN Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad kebakaran dan kecemasan disekolah masing-masing. Kawad kebakaran tersebut hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali di dalam masa setahun. Diantara tujuan utama diadakan kawad kebakaran dan kecemasan di bangunanbangunan adalah: a. Supaya pelajar yang terancam boleh bertindak dengan tenang dan teratur b. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan (routes of escape) digunakan mengikut kaedah yang dirancang. c. Supaya tindakan pengosongan bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur. d. Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna dan mengikut prosedur. e. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-alatan kebombaan dan kecemasan pada sesebuah bangunan tersebut. Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran Pemastian alat pemadam api dan saluran bantu mula dalam keadaan sempurna. Guru-guru kelas mengumpul dan merekod pelajar yang selamat/tidak selamat.. Notis-notis arahan dipaparkan pada papan kenyataan. Laluan Kecemasan a. Pemastian laluan kecemasan yang sedia ada mencukupi untuk mengatasi sebarang kecemasan dan tidak dihalangi. b. Tempat perhimpunan yang selamat. c. Semua penghuni terlibat - kaedah menyelamat penghuni cacat/cedera hendaklah diadakan. d. Semua aktiviti latihan direkodkan.

Persediaan-persediaan berikut hendaklah dipastikan bagi menjalankan kawad kebakaran: 1. Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan/bahagian dan melantik AJK Pengosongan Bangunan dan Penolong-Penolongnya. a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, AJK Pengosongan Bangunan hendaklah memakai topi/helmet yang bewarna merah umpamanya. b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengosongan bangunan sehngga dipastikan keadaan bangunan selamat untuk dihuni semula atau sehingga tanggungjawab tersebut diambilalih oleh pegawai pasukan perkhidmatan sama ada yang berkaitan kebakaran atau lain-lain kecemasan. c. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu. 2. Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan rancangan tindakan. Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan

Bunyikan loceng kecemasan TINDAKAN MEREKA/PENGHUNI YANG MENDENGAR AMARAN MENGOSONGKAN BANGUNAN a.Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri dengan seberapa cepat yang boleh b. Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda dipanggil semasa perbarisan. c. Semasa mengosongkan bangunan TIDAK dibenarkan:i. Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang. ii. Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain. iii. Jangan bergurau senda atau melawak. iv. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk keluar dari bangunan. v. Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat, barulah anda boleh masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur. d. Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran pelajar masing-masing di

tempat perhimpunan dan lapor kepada AJK Pengosongan Bangunan. e. AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Setiausaha Pengurusan Krisis/Pegawai Bomba faktor masa, cara-cara pengosongan/ menyelamat dijalankan/ulasan.

Penutup Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan boleh berlaku pada bilabila masa dan keadaan tanpa diduga. Kebakaran dan kecemasan boleh meragut nyawa, mencederakan dan memusnahkan harta benda. Latihan kawad kebakaran dan kecemasan adalah merupakan suatu langkah persediaan atau berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perlu dingatkan bahawa menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada menyelamat harta benda.

You might also like