PENJELASAN KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).Setiap etnik membawa sosio -budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek - moyang yang terdahulu. Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengert ian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur ± struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri ± ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang ± undang, adat resam dan lain ± lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masy arakat yang lain, namun beberapa aspek yang sama didapati wujud dalam kalangan semua masyarakat seperti bahasa, objek-objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain -lain. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.

MASYARAKAT MELAYU

Definisi Melayu

Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya, Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing -masing. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing dan lain-lain yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu. Orang bukan pribumi yang berkawin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam juga diterima sebagai orang Melayu. Sebagian besar daripada penduduk Melayu (kurang lebih 65%) tinggal di kawasan desa, di kampung-kampung. Pada masa dulu, sebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, satu unit ekonomi, satu unit genealogi, dan satu unit keagamaan. Kini, kewujudan kampung Melayu tidak sepenuhnya memenuhi keempat-empat ciri di atas.

Sistem ekonomi

Orang Melayu yang tinggal di desa, menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, karet, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran (mixed farming). Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain -lain. Penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu perkotaan relatif masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan pribumi, terutamanya orang Tionghoa. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat. Ramai yang tinggal di bandar -bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu itu jug a, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi,

Sistem politik

Sistem politik Melayu adalah musyawarah, musyawarah dijalankan didalam lumbung yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Lumbung disini bukan hanya tempat penyimpanan padi atau hasil bumi, ia berfungsi sebagai wadah untuk menyimpan segala aset masyarakat setempat. Musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Suku melayu telah mengenal sistem politik yang egaliter dan mengakar kepada budayanya. Ini menunjukkan suku melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sikap tolong -menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan. Musyawarah juga merupakan sarana dimana rakyat dapat diposisikan untuk membangun aturan-aturan dasar dalam kehidupannya Sistem musyawarah ini lama kelamaan hilang diakibatkan hancurnya sistem tanah adat melalui culture stelsel yang dilakukan oleh kaum penjajah.

wayang kulit. sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. persembahan pentas seperti makyong. pertukangan tangan. Dalam pemerintahan Malaysia. Islam. Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengobatan tradisional). walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan diamalkan. Permainan tradisi seperti gasing. nyanyian. dan Barat ke Alam Melayu. ghazal. Namun demikian. Proses sinkretisme terjadi di mana unsur kepercayaan sebelum Islam dise suaikan dengan unsur Islam. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir. juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Melalui ³principle of co -existence´ ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis. seni bina. tenunan. hadrah.Agama dan kepercayaan Orang Melayu beragama Islam. seni hias. congkak. Adat istiadat Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu. Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagika kepada dua: seni persembahan (tarian. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabu ngan pelbagai unsur tempatan dan luar. anyaman). wau. unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. . dan dalam beberapa upacara adat.

Kini. Pendidikan sekular hanya dikembangkan selepas merdeka. enggang sama enggang). dan lebih berpusat di daerah perkotaan. masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok iaitu yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system). Kewujudan kelas menengah Melayu di Malaysia adalah melalui saluran pendidikan. peluang pendidikan sekular adalah terbatas. . orang Melayu mendapat pendidikan agama.. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di semua institusi pengajian awam di Malaysia. Ia juga merupakan bahasa rasmi di Indonesia. Bentuk perka winan endogami (pipit sama pipit. Bahasa Melayu yang men jadi lingua franca penduduk Dunia Melayu (Nusantara) .Sistem kekeluargaan dan perkawinan Dari segi kekeluargaan. Semua perkawinan Melayu dijalankan mengikut peraturan dan undang -undang perkawinan Islam (Mazhab Shafie). Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam. Pendidikan Sebelum penjajahan. eksogami juga \diamalkan. Perkawinan campur juga wujud pada masa itu. Semasa penjajahan. pendidikan sekular menjadi saluran mobili ti sosial yang utama di kalangan orang Melayu. maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam. Orang Melayu melakukan perkawinan monogami dan poligami.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Dalam pelbagai perkara. Kantonis dan juga Mandari n.MASYARAKAT CINA Kumpulan etnik kedua terbesar. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak -tanduk dan kegiatan seharian mereka. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat . namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Pelbagai bentuk ada t resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. kecacatan atau kematian. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke -19. Mereka mengamalkan penggunaan tiga bahasa yang berbeza mengikut tempat tinggal masyarakat cina iaitu Hokkien. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. ADAT RESAM ORANG CINA Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. perkahwinan dan kematian. tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal hal kelahiran. yang mana kaum Cina merangkumi 25 peratus populasi.

bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam. Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai.sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil. terutama apa bila kandungan berusia empat bulan ke atas. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja -kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluar kan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang ³tajam´ seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal . Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Dari segi penjagaan makanan. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fi zikalnya oleh orangorang tua. Jika perut ibu agak bulat. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin.

menjalani kehidupan yang kaya. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara -mara yang terdekat. Bunyi nama mestilah sedap didengar. nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas. api. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. · Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan. Kegag alan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam. air. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik -beradik dan sanak-saudara. Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga. halia dan lada. kemudiannya digoreng. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. Kerumitan orang Cina memilih nama . kemewahan dan kesejahteraan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna . masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan. Seperti masyarakat Melayu. sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untu k ibu-ibu.

khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab -kitab tertentu.yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama. .

yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. makanan pedas dan pakaian sari yang mewah. Seperti masyarakat lain. Jika menerima sesuatu.MASYARAKAT INDIA Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini. kerja. Keluarga amat penting dalam masyar akat Tamil. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil. . Kebanyakan beragama Hindu. mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil. ADAT RESAM ORANG INDIA Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik. justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Masyarakat India terdiri d aripada pelbagai suku kaum. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. masyarakat India juga kaya dengan ciri -ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. perniagaan atau sebagainya . Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

air kelapa muda. Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu. air kunyit. buah buahan. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai . serbuk kumkum. kunyit. gelang tangan. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan did udukkan di ruang tamu.Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati.Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca. Setelah mandi. wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. air mawar dan bun ga-bungaan. hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatu r ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Setelah anak dilahirkan. sirih pinang. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seor ang ketua agama. Suul bermaksud `kandungan ibu´ dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Pada hari upacara dilakukan. Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Hadiah ini termasuk barang kemas. sari. Masa amat penting bagi segala acara dan upacara untuk mengel akkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan se terusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut.

Sebelum bayi . buah -buahan dan bung a-bungaan. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. buaian dihiasi dan jiran -jiran dijemput bersama meraikannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. ketujuh dan sebag ainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi. air gula juga boleh digunakan. Pada hari ke 30. Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Ketika menamakan. bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Selepas itu. Bintang bayi ini akan menentukan mental. kelima. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan. minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan.memulakan upacara. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Rumah akan dihiasi cantik. Di samping madu. kuih muih. fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk mena makan anak. Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu.

Ketika bayi dimandikan. Bagi ibu yang bersalin normal. orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. kening dan telinga turut diurut. hidung. Bagi dua minggu pertama. urutan perlahan dilakuka n pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. kapur sirih yang dicairkan. ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab -sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan. kas -kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan b ayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. . Bagi upacara aalati ini. isi dulang aalati dibuang. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang berpengalaman. dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Selesai dimandikan. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan bahan herba. Jika proses bersalin secara pembedahan. minyak bijan. arang. Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. dulang yang mengandungi serbuk kunyit. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari. Nama -nama tokoh sejarawan. Upacara ini juga dikenali sebagai µtaalaattu¶ bermaksud penggoyangan lidah. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. . Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yan g berkaitan dengan dewa-dewa.Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. upacara pemberian nama dilakukan. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak. Upacara dimulakan dengan ucapan µaaraaro aariraro¶ atau cerita -cerita nasihat. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan han ya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka. Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia). . Senoi dan Proto -Melayu. Senoi di pertengahan dan Proto -Melayu di selatan. BABA DAN NYONYA Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat. khususnya di negeri Melaka. iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum -kaum Cina dan Melayu. Setiap kumpulan dan kumpulan etnik kecil mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Ada yang menjadi nelayan. mempunyai unsur unsur pengaruh kebudayaan Melayu. peladang dan ada yang kerap berpindah -randah. adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".ORANG ASLI Orang Asli adalah tema yang digunakan untuk kumpulan etnik pribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio -budaya di persekitaran mereka di zaman silam. yang berasal daripada warisan tradisi Cina. Kumpulan Negrito biasanya tinggal di utara. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan utama: Negrito.

Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in. Suku kaum Bajau menganut agama Islam dan sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan s atu bangsa yang lebih besar. kini ramai masyarakat Bajau mengahwini bangsa -bangsa lain termasuk Cina. bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara -negara seperti Indonesia. Sesuai dengan perkembangan masa kini. dengan kepadatan tertinggi di Semporna. Selain di Malaysia.sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. . atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum Bajau adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara . Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia. Arab. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad -abad lamanya. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurang kurangnya terdapat 26 sub bahasa Bajau atau Sinama. India dan suku -suku kaum tempatan di Malaysia.SUKU BAJAU Suku kaum Bajau banyak terdapat di negeri Sabah. Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Suku kaum Bajau mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan. Filipina dan Brunei. Lahad Datu dan Kudat.

20% adalah penganut Agama Labus (Lzabvus) iaitu agama nenek moyang Momogun Rungus dan kira -kira 1% Momogun Rungus beragama Islam hasil perkawinan campur. Dayak Dusun. pantai timur Kudat . Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar Kudat. dengan kepadatan tertinggi di kawasan Kudat. "Agama Labus" terhasil dari 2 perkataan dari bahasa Momogun Rungus iaitu "AGAMA" dan "LABUS". Paitan. Dayak Laut. Suku Rungus juga dikenali sebagai Momogun. amalan-amalan dan peraturanperaturan moral dari bangsa Momogun Rungus yang mampu mengelakkan atau mengeluarkan masyarakat mereka dari hukuman-hukuman Kinoringan iaitu Tuhan bangsa Momogun Rungus". Kota Marudu. Teluk Marudu. Rungus merupakan nama nenek moyang mereka yang di kenali sebagai Aki Rungsud. Momogun Laut atau Dusun Laut. Suku kaum Rungus merupakan penduduk terbesar di kawasan utara Sabah. . Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat. hukum-hukum agama labus serta hubungan kekeluargaan.sehingga membentuk kata "momogun" yang bermaksud "pemilik tanah". Kata Momogun adalah kata terbitan daripada kata akar "pogun" dengan menyambungkan sebutan -mom. Suku k aum Rungus adalah penduduk asli kepulauan Borneo sejak berabad -abad lamanya.Agama Labus bermakna "satu set atau satu himpunan Hukum-Hukum. Kinabatangan dan Beluran. Melobong Rungus. Momogun Rungus. Telupid. Aki Rungsud adalah tokoh bangsa Momogun Rungus yang telah membuka Teluk Bandau sebagai Pusat Perdagangan Sistem Barter pada zaman lampau. Bahasa Momogun Rungus dikenali sebagai Boros Momogun atau Bahasa Rungus. Pada hari ini kira-Kira 79% suku kaum Momogun Rungus menganut agama Kristian. Perkataan ini terhasil dari doktrin agama tradisi bangsa Momogun Rungus iaitu Agama Labus. Suku kaum Momogun Rungus sangat menekankan adat -adat nenek moyang. Pitas.SUKU MOMUGUN RUNGUS Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun.

Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun.000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak. bangsa Momogun juga turut di temui di negara negara jiran seperti Indonesia dan Brunei. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas. dan Sungai Rajang. dan dihomati. pandangan alam serta segi etnologinya Selain di Malaysia. seni. SUKU IBAN Suku kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576. Ia diwarisi secara turun -temurun. Ini berikutan berdasarkan kesamaan dari segi bahasa. Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu. Bangsa Momogun merupakan penduduk asli kepulauan Borneo iaitu kepulauan ketiga terb esar di dunia. dan tempayan yang dipanggil tajau. dianggap suci. kepercayaan. Biasanya.Suku kaum Momogun Rungus sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. gong. Sungai Skrang. bernilai. Sungai Batang Lupar. . kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.

Ada yang merupakan peladang. kira -kira 1. dan pemburu. Ia dibina tinggi. Bagaimanapun. sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. selain menjadikan kawasan pergunungan sebagai tempat kediaman. Asalnya mereka mengamalkan ajaran animisme dan kini ramai yang telah memeluk agama Kristian. sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan. SUKU MURUT Kaum etnik ketiga terbesar di Sabah. .SUKU BIDAYUH Kaum Bidayuh Sarawak terkenal kerana keramahan budaya mereka. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. KADAZAN DUSUN Kumpulan etnik terbesar Sabah. bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman p adi. hasil pemburuan tersebut diletakkan di dalam sebuah µbaruk¶. Seperti kebanyakan kaum pribumi di Sabah. pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil sen i manik yang menarik. Baruk adalah sebuah rumah bulat yang dahulu kala menjadi tempat bagi pemuda Bidayuh mengawal kampung mereka. Kini. mereka menanam padi huma dan ubi kayu. Sewaktu zaman pemburuan kepala. Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi negeri itu. Mereka juga terkenal untuk minuman tuak (arak beras ). Secara tradisi. Terdiri daripada dua kaum. mereka menduduki kawasan pedalaman di utara Borneo. Murut merangkumi 3% populasi penduduk negeri ini. Kadazan dan Dusun mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa. 5 meter dari tanah dan berfungsi memantau pergerakan dari pelbagai arah.

Penerapan kepelbagaian budaya dalam pendidikan adalah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan dengan memberi penekanan terhadap prisip saling memahami dan menghormati antara kaum. pendidikan telah meyampaikan pelbagai ilmu dan menanamkan pelbagai nilai dan kemahiran hidup seperti yang terkandung dalam kurikulum pendidikan. Keperluan terhadap pendidikan kepelbagaian kebudayaan menjadi lebih ketara kepada negara yang berjaya mencapai kemerdekaan setelah dibelenggu oleh kuasa imperialis. kemunculan elemen hegemoni atau superior antara budaya yang berada dalam lingkungan masa dan ruang yang sama boleh dibendung bagi mengelakkan konflik yang lebih rumit. etnik dan sub budaya. Pendidikan dilihat sebagai satu -satunya agen dan proses yang menyambung dan mengekalkan pewarisan budaya.PENGHURAIAN KEPENTINGAN KESEDARAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA GURU Menurut Wirth (1938). Kepelbagaian kebudayaan haruslah diketengahkan secara meluas dalam pendidikan oleh guru kerana berdasarkan identiti penduduk ia membentuk jati diri sesebuah masyarakat setempat. setiap guru haruslah mempunyai kesedaran tentang kepe ntingan kepelbagaian budaya. kepentingan kebendaan dan kontraktual. Oleh itu. Oleh kerana proses pendidikan merupakan proses pembudayaan. iaitu menjadikan trait -trait budaya yang pelbagai sebagai dasarnya. atas persamaan hasrat. Amalan-amalan budaya dalam . Pendidikan merupakan salah satu agen pewarisan budaya. 1985:114 ). di samping menggalakkan pengembangan ilmu yang boleh menggiatkan lagi daya cipta bagi memperkayakan budaya bangsa berkenaan (Asiah Abu Samah. Sementara itu. dalam membinc angkan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di negara ini pendekatan yang harus dibangunkan ialah pendekatan budaya. Sehubungan itu. maka masyarakat yang berbeza budaya dapat dipadukan menerusi proses pendidikan. masyarakat heterogenus di bandar akan terus terikat dan bergantung antara satu sama lain sehingga membentuk sentimen komunal. Menerusi peranan ini.

Proses perancangan ini akan melibatkan perkara -perkara seperti mengenal pasti latar belakang diri. Penerimaan dan penggunaan prinsip kepelbagaian kebudayaan dalam proses pendidikan di sekolah pada hari ini ternyata amat diperlukan. Seterusnya. Makan pendidikan yang member pendedahan tantang budaya akan membantu generasi murid merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Penerapan amalan silang budaya dalam sistem pendidikan negara khasnya dalam proses p&p dan persekitaran bilik darj ah. isi pelajaran. aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai Keberkesanan kurikulum yang sedia ada dalam meningkatkan tahap pemahaman pelajar sekolah terhadap ciri -ciri dan amalan budaya yang pelbagai di . keperluan. tidak ada sebarang kelompok pelajar merasakan diri mereka tersisih di bilik darjah atau pun sekolah. guru perlu menentukan objektif pengajaran. Kedua-dua aspek berkenaan perlu dirancang dengan teliti kerana guru perlu menentukan bentuk -bentuk sosiobudaya yang hendak diterapkan melalui bahan -bahan pengajaran yang digunakan. pengetahuan pelajar serta kemahiran yang hendak disampaikan. Pembahagian kumpulan heterogeous sahaja mewujudkan interaksi di antara pelajar berlaianan jantina berlaianan pencapaian akademik malah ia juga akan membantu pelajar untu k mengenali budaya dan sesuatu adat . Pendedehan ini akan mewujudkan perpaduan di antara pelajar yang terdiri daripada berbilang bukan dan kaum dan berbeza latar belakang . bahan pengajaran.Jika pelajar tidak berasa diri mereka tersisih mereka akan bergaul dengan pelajar lain dengan mesra. Para pelajar akan bersatu padu aktiviti untuk yang menyelesaikan masalah atau untuk menjalankan diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.pendidikan pada tahap ini bukan sahaja dari perkembangan dalaman budaya sendiri bahkan juga hasil penyerapan unsur -unsur budaya asing. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan pembinaan negara bangsa Malaysia. Pada masa yang sama. tajuk. maka pola dan tahap inte raksi sosial serta kefahaman budaya antara pelajar sekolah perlu diteliti dan diperkemaskan.Dengan ini . fungsi guru dan bahan pengajaran yang digunakan dalam memberikan pendedahan mengenai prinsip kepelbagaian budaya juga perlu diberikan perhatia n sewajarnya.

Penglibatan murid -murid dalam sesuatu aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran guru dapat memupuk semangat belajar di kalangan murid -murid di dalam kelas. berubah mengikut masa.negara ini demi mencapai perpaduan yang lebih jitu. Justeru. guru juga dapat melibatkan semua murid -murid dalam sesuatu aktiviti tanpa mengira kaum. pemahaman umum terhadap kefahaman dan penerimaan pelbag ai ciri budaya asing di negara ini akan dapat . Tanpa kesefahaman dan toleransi. Maka guru haruslah mempunyai kesedaran tentang ini dalam menyampaikan konsep kebudayaan dalam pendidikan. satu landasan ke arah pembentukan masyarakat majmuk yang bersatu dan saling menghormati akan tercapai. Secara kesimpulannya. Guru -guru harus menggunakan kebijaksanaan dalam menjayakan kurikulum agar t idak memaksa atau mempengaruhi cara berfikir seseorang dalam pengajaran kerana nilai serta kepercayaan masyarakat akan berkembang. tempat. falsafah dan kurikulum pendidikan nasional. kemasukan nilai dan budaya ya ng pelbagai dari luar lingkungan masyarakat majmuk pada hari ini menjadikan kesedaran dan fahaman terhadap kepelbagaian budaya ini lebih penting. Perlu disedarai bahawa dalam situasi masyarakat majmuk. Guru dapat menjalinkan hubungan mesra dengan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu. Pada masa yang sama. budaya yang dimilki juga adalah majmuk. penelitian terhadap perkembangan dan fenomena sosial di sekolah amat penting bagi menentukan hala tuju dan perancangan dasar yang lebih praktikal. generasi muda akan menjadi terasing dan terpinggir dalam kepelbagaian nilai d an budaya tersebut. Sebaliknya. dengan adanya saling faham dan celik budaya. Dengan memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat majmuk. guru dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara murid-murid di dalam kelas.Dengan ini. kefahaman dan kesedaran terhadap kepentingan kebudayaan kebangsaan akan dapat diterapkan dalam sistem. Keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghadapi survival heterogeniti masyarakat d an pelajar di negara ini. Selain itu . bahan pengajaran termasuk buku -buku teks perlu lebih berupaya menonjolkan dengan tepat pola budaya yang heterogenous di negara ini. dan pendidikan.

.ditingkatkan dan menjadi lebih signifikan. Ini amat sesuai dalam konteks kedudukan negara ini yang mempunyai suku kaum dan latar belakang budaya yang rencam.

peranan sekolah dankurikulum.PERBINCANGAN MENGENAI IMPLIKASI KEPELBAGAIAN BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA  Kepelbagaian sosio-budaya dalam system masyarakat majmuk di negara kita akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran se cara khasnya. peranan guru . peranan murid peranan guru peranan sekolah kurikulum tersirat IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA . Implikasi kepelbagaian sosio-budaya ini dapat dilihat melalui peranan murid.

Ini adalah kerana pemahaman tentang keupayaan murid dapat membantu guru memilih kaedah pengajaran yang sesuai. Ini adalah keran isu sensitivity perkauman ini akan menimbulkan konflik dalam diri murid dimana ia akan meminbulkan perasaan benci dan rasisme. tahap tahap perkemban gan muridnya.ini adalah penting bagi mengelakkan sikap bias dan pilih kasih terhadap kaum sendiri. Ini bermaksud guru tidak mengelompokkan murid mengikut kelas sosial mereka. guru boleh merancang aktiviti yang boleh disertai oleh semua murid. Pengendalian kelas sosial mampu menangani masal ah kelompok yang menyebabkan jurang perkauman. sikap dan tingkah laku yang sesuai untuk mengembang potensi secara optimum. Kelima jika guru peka terhadap kepelbagaian sosiobudaya. Contohnya anak seorang doktor dengan anak seorang buruh tidak boleh berada dalam saru kumpulan. Kedua guru juga perlulah memastikan perbezaan kelas sosial perlu ditangani sebaik mungkin supaya murid tidak berasa dipinggirkan. merumuskan hasil . guru perlulah menolong murid memahami dan membentuk nilai. Pertama guru perlulah menjalankan tugas dengan profesional dan berdedikasi. Keempat guru juga perlulah menepati masa dan menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap murid dan tidak harus menye ntuh sensitiviti perkauman dan kepercayaan. Seorang guru perlu arif tetang keupayaan. Ketiga.Peranan Guru Peranan guru amat penting dalam dalam memberi kesan kepada kepelbagaian sosio budaya.

ini adalah kerana guru adalah sumber utama pengetahuan serta sebagai pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana pendidikan merupakan faktor utama untuk mencapai misi nasional. Ini adalah kerana selepas penilaian dilaksanakan. Dalam masa yang sama. Guru juga perlulah mencatat kemajuan dan kelemahan dalam setiap pengajaran serta mencari peluang untuk pengubahsuaian ke arah yang lebih baik . guru adalah agen perubahan dan sumber inspirasi murid. guru memainkan peranan penting dala m kejayaan misi ini. pemulihanan dan penggayaan dapat dimajukan supaya kesemua murid mencapai hasil pembelajaran. .pembelajaran dengan kaedah yang menarik.

Jadi guru perlulah peka dan mendalami hati pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Contohnya murid bangsa cina bermalam dan menjadi anak angkat kepada keluarga kaum melayu.Peranan Murid Implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah lebih majoriti kepada murid kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. . mereka perlulah membersihkan hati murid melalui pendidikan yang terbaik. Antaranya ialah p eraturan. Pertama guru perlulah menyenaraikan maklumat yang perlu diketahui oleh murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. cina dan india. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah menyediakan aktiviti yang boleh menyemai semanga t saling mempercayai dalam diri murid. Kedua guru perlulah menyemai sikap percaya antara guru dan murid serta murid dan murid. Contohnya membuat aktiviti gotong royong di rumah murid mengikut kaum. Terdapat beberapa panduan dalam memahami tingkah laku murid. Sebagai guru. Ini adalah kerana dalam sebuah bilik darjah murid -murid terdiri daripda kumpulan sosila dalam kelompok berlaina bangsa seperti malayu. Ini ada lah supaya guru peka terhadap keperluan tersendiri sesuatu kaum. Guru juga berperanan menggunakan kemahiran optimum dalam pengurusan bilik darjah sert a guru perlulah memahami tingkah laku dan budaya murid supaya tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang tepat dan betul. Ini adalah kerana kerap kali terdapat perbezaan antara individu murid dengan kumpulan murid lain. Ini sekaligus dapat mengembangkan proses sosialisasi an tara kaum seterusnya perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat. sebab dan objektif.

Namun demikian kesedaran batasan dalam perhubungan adalah perlu dititik beratkan agar tidak timbul masalah social. Kelima. Penggunaan dialek adalah perlu dielakkan. guru perlulah menggunak an pendekatan penyayang seperti menggunakan bahasa lembut. menegur dengan berhemah.Ketiga walaupun murid tinggal di negeri yang mempunyai dialek yang tersendiri. murid perlulah mengalami budaya belajar ceria. Salah satu cara untu k memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui komunikasi adalah melalui senyuman. tetapi penggunaan bahasa yang standardadalah sangat digalakkan. Keenam murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi yang dijelmakan melalui cara bertutur. Ketujuh. Ini adalah supaya pembentukan akhlak mudah dilakukan dimana murid mudah terima motivasi secara berhemah. Keempat. penulisan. bahasa badan. Kemahiran belajar caa belajar kini adalah lebih mementingkan aspek nilai murni dan hubungan mesra . Aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa adalah sangat digalakkan seperti Minggu Bahasa. Cara ini dapat mempercepatkan proses kesetiaan murid terhadap guru dan seterusnya kualiti memindahkan maklumat guru kepada murid dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian aktiviti yang melibatkan rakan berlainan jantina adalah digalakkan. Ini bole h dibentuk apabilag guru menggunakan bahasa yang betul walaupunguru tersebut berasal daripada negeri yang sama. inovatif. interaksi adalah sangat penting dala m membina perhubungan. penggunaan alat seperti komputer. Budaya belajar yang ceria adalah seronok. penyertaan aktif. kreatif.

dan sosial. Anata langkah yang boleh dilaksanakan ialah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mengelakkan aktiviti yang membosankan. intelek. Murid juga perlulah diberi i pengiktirafan apabila ada peningkatan.supaya murid kembangkan potensi diri dari segi jasmani. Guru juga perlulah membiasakan murid datang kelas tepat pada waktunya. emosi. Kelapan murid perlulah mempunyai disiplin yang tinggi seperti guru membuat peraturan dan pendekatan yang yang digunakan perlulah berhemah tegas bukan tujuan mendera tetapi pengajaran. rohani. Ini adalah supaya menambahkan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran . Akhir sekali guru juga perlulah mempunyai kemahiran mengawal kelas. .

luar bandar khususnya mendapat pendidikan terbaik dalam bidang akademik. . penuh (SBP) kokurikulum dan sahsiah. (KISAS). ‡ Setiap SBP ada keistimewaan masing-masing dalam bidang kokurikulum seperti ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsa r. pancaragam di Sekolah Tun Fartimah dan pidato di Kolej Islam Sultan Alam Shah. ‡ Bidang vokasional spt ERT dan pertanian. Antaranya ialah: ALIRAN JENIS SEKOLAH Sekolah rendah ‡ ‡ ‡ SK (Bahasa Kebangsaan) SJKC (Bahasa Cina) SJKT (Bahasa Tamil) SBT SMT SMKA Sekolah Model Khas Sekolah menengah ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ SMK Harian Sekolah yang dikendalikan agensi lain: o MRSM o Sekolah swasta o Sekolah antarabangsa Sekolah berasrama ‡ Beri peluang kepada murid cemerlang. Terdapat pelbagai pilihan sekolah dalam sistem pendidikan negara. ‡ Bidang teknikal spt kejuruteraan elektrik dan mekanikal. ‡ Menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah teknik menengah ‡ Peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional.Peranan Sekolah Pendekatan sekoah penting bagi memastikan kepelbagaian pendidikan untuk memenuhi kebolehan murid di pelbagai jenis sekolah.

Maktab Sultan Ismail (Kelantan). ADHD . Sebahagiannya adalah sekolah primier. Sekolah 100 tahun ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Dibina sebelum tahun 1905. Victoria Institu tion (KL). Sekolah Bestari ‡ ‡ Kebanyakannya di Putrajaya dan Cyberjaya Mempunyai reka bentuk yang menarik. Sekolah Tinggi Melaka. Banyak memberi sumbangan kepada negara.Sekolah Menengah ‡ ‡ Menyediakan pendidikan islam kepada murid. Khas kepada murid bermasalah penglihatan. Melahirkan tokoh negara dan korporat. kreativiti. Memupuk potensi murid dari segi minat. Sekolah Zainab(Kelantan). Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pahang Pendidikan dan disleksia. pendengaran dan pembelajaran. Sekolah Model Khas ‡ Gabungkan murid tahap II sekolah rendah dan murid sekolah menengah dalam satu bumbung. Kuala Lipis dan SMK Bukit Jenun Pendang. Cth: Penang Free School. infrastruktur lengkap. autisme. sahsiah dan kepimpinan dan beri peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan luar negara. syndrom down. SMK Clifford. berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. ‡ ‡ Sekolah Khas Pendidikan ‡ Konsep baru menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif. Contoh. Kebangsaan Agama (SMKA) ‡ Menunjukkan komitmen KPM untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid -murid. ‡ ‡ ‡ Menjadi lambang kebanggan negara sejak penubuhannya. Sekolah Primier ‡ Sekolah yang mempu nyai unsur sejarah dan tradisi yang kukuh dan beri sumbangan kepada negara sejak penubuhannya. terletak di kawasan strategik. Mempunyai ciri tinggalan sejarah.

dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah aliran agama menunujukkan komitmen KPM untuk terapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama. o Murid lelaki dan perempuan bebas berinteraksi dalam aktiv iti . sekolah mengambil kira tahap kelas sosial ‡ ‡ ‡ Peluang yang sama untuk terima pendidikan.‡ Supaya mereka menjadi insan yang berdikari. ‡ Kepelbagaian sosio -budaya telah mewujudkan sekolah yg terdiri dari pelbagai bangsa. o KPM juga menubuhkan sekolah yang terdiri daripada interaksi murid yang berlainan jantina. ‡ Sekolah Wawasan ‡ ‡ SMPK Inderaputra (bisu. Nilai diterapkan tanpa mengira latar sosial mereka. ‡ ‡ KPM berusaha atasi masalah masalah kepelbagaian sosio budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. ‡ Pembinaan masyarakat. Pihak sekolah: o Menggunakan bahasa rasmi o Menggalakkan murid melibatkan diri dalam akticiti yang dianjurkan oleh sekolah. Contoh: o RIMUP (Program Integrasi Untuk Perpaduan) o Untuk memupuk perpaduan tanpa mengira kaum. o Beri sokongan moral dan material kepada murid. Murid dari kaum berlainan mula menerima budaya dari kaum lain. Dahulu terasing antara satu sama lain dan telah disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam ‡ Penekanan semangat perpaduan sejak kecil memudahkan memupuk semangat perpaduan. ‡ ‡ ‡ Sekolah merupakan tempat pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. buta Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid. pekak.

pembelajaran. o Namun masih mengamalkan nilai dan budaya masyarakat. o Mewujudkan pola interaksi berkesan dalam membenuk perpaduan dan integrasi masyarakat. o Pihak sekolah mengelola aktiviti melibatkan murid pelbagai jantina. .

Akhir sekali terima kasih buat semua yang telah memberikan idea bagi menghasilkan tugasan yang terbaik. Sekian. Tanpa bantuan beliau sudah pasti saya menghadapi lebih banyak masalah dan kekeliruan di dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Kerjasama dan persefahaman amat dihargai. Kerjasama mereka semua amat saya hargai. Penerangan yang diberikan oleh beliau sangat jelas. terima kasih .PENGHARGAAN Selamat sejahtera. Perbincangan dengan rakan -rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik. Tidak lupa juga kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Danapalan A/L Govindhan kerana telah memberi banyak panduan kepada saya di dalam memastikan tugasan ini dibuat dengan betul dan bersistematik. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dari segi motivasi dan material di dalam memastikan tugasan ini dapat diselesaikan. Syukur kepada tuhan kerana dengan bantuan dan restunya. Terima kasih tidak terhingga juga buat rakan seperjuangan yang banyak membantu di dalam berkongsi maklumat dan pendapat. maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali. Dengan adanya kemudahan wireless di IPRM saya telah cuba mencari maklumat-maklumat yang diperlukan. . Makanan. Kami juga diminta untuk menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang berkaitan dengan pembelajaran berkesan yang mesra budaya dan adat resam. kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru dan juga mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. Tambahan pula. Beliau juga membantu menyelesaikan masalah yang kami hadapi sepanjang tug asan ini disiapkan. alat muzik. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk budaya agak kurang tetapi saya berusaha untuk mendapatkannya. Tajuk tugasan kami adalah berdasarkan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia. saya telah mempelajari banyak perkara tentang budaya masyarakat Malaysia. Pusat sumber perlu menyediakan banyak lagi buku untuk memudahkan para pelajar. Saya juga telah mencari maklumat di pusat sumber. Semasa membuat tugasan ini. saya juga telah mempelajari adat istiadat masyarakat majmuk masyarakat di Malaysia.REFLEKSI Saya Malini A/P Munusamy dari unit BT/ PJ /SAINS semester 5 diberi tugasan bagi subjek Budaya dan Pemb elajaran (EDU3106) oleh En Danap alan. tetapi saya tidak mendapat segala maklumat yang saya perlukan melalui internet. Selepas mengedarkan tugasan ini beliau telah memberikan penjelasan yang cukup baik sehingga kami faham akan topik yang telah diberikan. saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En Danapalan yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya berasa sangat berpuas hati dengan hasil kerja saya. Apa yang saya perolehi melalui tugasan ini akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa depan. kaum India dan juga kaum-kaum minoriti di Malaysia. saya telah menyiapkan tugasan ini dengan baik sekali. Akhirnya. pakaian dan juga perkahwinan kaum Melayu. Sekian. terima kasih .tarian. kaum Cina.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful