You are on page 1of 6

Bagaimanakah Perpaduan Dapat Dicapai Melalui Sukan ?

Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu untuk memantapkan staminanya. Sukan juga boleh diklasifikasikan sebagai aktiviti rekreasi jika ia dilakukan secara sambil lewa dengan motif mengisi masa lapang atau menjaga kesihatan. Bola sepak, bola tampar, bola baling, berenang, olahraga dan gimnastik dikira sebagai sukan atau permainan yang boleh memantapkan stamina , mengisi masa lapang dan menjaga kesihatan seseorang. Perpaduan pula bermaksud satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan di kalangan

pelajar sekolah penting untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran (lebih dikenali sebagai P&P) yang aman dan tenteram. Perpaduan penting untuk mewujudkan keharmonian antara murid sekolah. Usaha kerajaan yang terkini untuk menyatukan murid di sekolah ialah melalui kempen 1 Murid, 1 Sukan. Kempen ini adalah selaras dengan kempen 1 Malaysia. Kempen 1 Murid, 1 Sukan ini diwujudkan untuk menyatu padukan murid sekolah yang datang dari latar belakang yang berbeza melalui sukan di sekolah. Rakyat Malaysia seharusnya menyahut seruan kerajaan yang sungguh berguna ini untuk kebaikan kita semua. Perpaduan murid-murid ini dalam bidang sukan boleh dicapai bila adanya sifat rasional, tolak ansur, kasih sayang, hormatmenghormati.

Sukan tidak mengenali warna kulit, agama, bangsa dan umur. Begitu juga dengan perpaduan. Jika sukan dan perpaduan tidak dapat mengenali warna kulit, agama, bangsa dan umur, jadi mengapakah kita harus mengenalinya? Bayangkanlah, dalam keadaan kecemasan sukan, adakah anda akan menolak bantuan daripada orang yang tidak dikenali? Semestinya tidak. Untuk inilah pepatah kata BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING dilahirkan. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menyemai benih perpaduan dalam jati diri remaja Malaysia hari ini ialah membina institusi sukan yang boleh digunakan untuk kegunaan orang ramai. Contoh institusi sukan ialah padang bola sepak, gelanggang sepak takraw, dewan futsal dan sebagainya. Selain daripada itu, kerajaan juga boleh menganjurkan kempen yang meningkatkan kesedaran kepentingan sukan dan perpaduan. Kempen-kempen yang sebegini boleh

membantu murid menyedari perpaduan dalam sukan.

kepentingan

BAGAIMANA PERPADUAN DAPAT DICAPAI MELALUI SUKAN? Sukan adalah salah satu aktiviti yang baik untuk kita memelihara serta menjaga kesihatan tubuh badan dan kecerdasan otak. Selain daripada itu, sukan juga menjadi satu wadah yang dapat melahirkan ikatan serta hubungan yang boleh membina perpaduan di antara kita. Perpaduan itu dapat dipupuk di dalam apa jua sukan apabila setiap ahli sukan mempunyai sifat- sifat murnimereka saling hormat menghormati diantara satu sama lain. Ini merupakan asas untuk kita membina perpaduan.

Selain dari mempunyai semngat dan disiplin yang tinggi, bekerjasama juga adalah satu perkara yang dapat membina ikatan perpaduan itu. Pepatah mengatakan : YANG BERAT SAMA DIPIKUL, YANG RINGAN SAMA DIJINJING.

Institusi sukan juga boleh bertindak sebagai suara untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat. Apabila jentera kerajaan digerakkan secara menyeluruh dengan membina pusat pusat sukan, dewan, padang futsal serta keperluan sukan yang cukup kita dapat menarik golongan golongan muda meminati bidang sukan. Secara tidak langsung, sukan ini dapat membina sahsiah golongan muda - mudi ini dengan nilai nilai murni agar mereka tidak terjerumus dalam gejala social yang sangat gawat. Inilah kesan dan habuan yang positif dapat kita nikmati dari perpaduan yang terbina melalui sukan. Ironinya, natijah dari perpaduan yang dicapai dari sukan itu, kita dapat melahirkan dan mengeratkan ikatan silaturrahim diantara masyarakat dan seluruh warga sukan di dalam dan di luar negara. Oleh itu tidak boleh nafikan lagi bahawa institusi sukan memainkan peranan yang besar dalam masyarakat dan nagara dalam mewujudkan perpaduan. Ini telah terbukti melalui pasukan bola sepak negara yang telah menjuarai PIALA AFF SUZUKI tempoh hari. Mereka telah dapat membentuk perpaduan kepada rakyat negara kita melalui sokongan yang diberikan tidak kira bangsa, tua atau muda. Ini telah menaikkan semangat juang yang tinggi kepada pasukan HARIMAU MALAYA sehingga dapat membenam pasukan Indonesia dan menjadi juara. Kesimpulannya, perpaduan merupakan pokok utama di dalam membina kekuatan melalui sukan

You might also like