You are on page 1of 232

M1210 Michelin \,m-sh-'lan\ lengkapnya Generale des Establissments Michelin ; Michelin \,m-sh-'lan\ in full Generale des Establissments Michelin.

Pengeluar utama tayar dan pelbagai produk berasaskan getah di Perancis. Ditubuhkan pada tahun 1888 oleh Michelin bersaudara, Andre (1853 hingga 1931) dan Edouard (1859 hingga 1940) untuk menghasilkan tayar basikal dan pedati kuda. Michelin memperkenalkan tayar pneumatik untuk kereta pada tahun 1890 dan tidak lama kemudian menjadi salah satu pengeluar tayar terbesar di Eropah. Michelin membuka kilang pertama di Turin pada tahun 1906 dan telah mengembangkan empayarnya ke lebih banyak negara; ianya diiktiraf sebagai SYARIKAT PEMEGANG pada tahun 1951. Ia juga menerbitkan satu siri panduan pelancong dan peta jalan. Ibu pejabat Michelin terletak di Clermont-Ferrant. M1211 Michelson \'m-kl-sn\, A(lbert) A(braham) ; Michelson \'m-kl-sn\, A (lbert) A(braham). (Lahir. 19 Disember 1852, Strelno, Prussia - Meninggal dunia. 9 Mei, 1931, Pasadena, California, A.S.). Ahli fizik berketurunan Perancis-Rusia. Keluarga beliau berhijrah ke A.S. dalam tahun 1854. Beliau belajar di Akademi Seni Bina Kapal A.S. dan di Eropah. Beliau kemudian menjadi tenaga pengajar terutamanya di Universiti Chicago (1892 hingga 1931), dimana beliau mengetuai Jabatan Fizik. Beliau mencipta interferometer, dimana beliau menggunakan cahaya untuk membuat pengukuran yang tepat. Beliau paling di ingati untuk EKSPERIMEN MICHELSON-MOREY, dijalankan bersama Edward W. Morley (1838 hingga 1923), yang menetapkan bahawa kelajuan cahaya bersifat dasar tetap. Menggunakan interferometer yang lebih baik, Michelson mengukur diameter bintang Betelgeuse, iaitu penentu saiz bintang yang paling tepat. Dalam tahun 1907, beliau menjadi saintis Amerika pertama menerima Anugerah Nobel. M1212 eksperimen Michelson-Morley ; Michelson-Morley experiment. Percubaan untuk mengesan HALAJU Bumi dengan andaian, gas eter ialah satu medium di angkasa yang diharapkan untuk membawa gelombang cahaya. Ianya pertama kali dijalankan di Berlin pada tahun 1881 oleh A.A. MICHELSON dan ditambah baik di A.S. pada tahun 1887 oleh Michelson dan Edward W. Morley (1838 hingga 1923). Prosedur tersebut mengandaikan, jika hajalu cahaya adalah pemalar dengan mengambilkira kehadiran gas eter, pergerakan Bumi boleh dikesan dengan membandingkan halaju cahaya dalam arah pergerakan Bumi dan halaju cahaya di

bahagian kanan pergerakan Bumi. Tiada perbezaan yang wujud, dan hasilnya mengetepikan teori gas eter. Akhirnya, pada tahun 1905 ALBERT EINSTEIN mengunjurkan bahawa halaju cahaya adalah pemalar semesta. M1213 Michener \'mich-nr\, James A(lbert) ; Michener, James A(lbert). (Lahir. 3 Februari, 1907, New York, N.Y. A.S.-Meninggal dunia. 16 Oktober, 1997, Austin, Texas). Novelis A.S. dan penulis cerita pendek. Michener adalah pengasas yang ditemui di Doylestown, dan dibesarkan sebagai Quaker. Dari tahun 1944 hingga 1946 beliau menjadi sejarawan seni bina kapal di Selatan Pasifik, lokasi fiksyen pertama beliau; Tales of the South Pacific (1947, Hadiah Pulitzer) diadaptasikan kepada musikal Broadway South Pasific (1949; filem, 1958). Beliau masyhur dengan karya epik dan novel lengkap berkaitan kajian lanjutan, termasuk Hawaii (1959; filem, 1966), Iberia (1968), Centennial (1974), Chesapeake (1978), Space (1982), dan Mexico (1992). M1214 Negeri Michigan ; Michigan State. (Populasi., 2000: 9,938,444), Barat Tengah A.S. Hampir keseluruhannya dikelilingi Tasik-Tasik Besar, ia dibahagikan kepada dua segmen tanah yang besar : Semenanjung Bawah dan Semenanjung Atas. Semenanjung Atas bersempadan dengan Indiana dan Ohio di sebelah Selatan; Semenanjung Bawah bersempadan dengan Wisconsin di sebelah Barat. Michigan, termasuk Tasik-Tasik Besar meliputi 96,716 batu persegi (250,493 km persegi); ibu negaranya ialah LANSING. Bahagian Barat Semenanjung Atas ialah kawasan tanah tinggi berceranggah yang kaya dengan mineral, dan selebihnya meliputi kawasan tanah rendah dan dataran bukit. Kawasan tersebut asalnya didiami oleh kaum asli berbahasa ALGONQUIAN. Orang Perancis tiba pada kurun ke 17, menjumpai SAULT STE. MARIE pada 1668 dan DETROIT 1701; perdagangan bulu adalah aktiviti utama mereka. Inggeris memperoleh kuasa di Michigan pada 1763 diikuti dengan peperangan antara Perancis dan kaum asli, dan ia diturunkan kepada A.S. pada 1783. Ia dimasukkan dalam WILAYAH BARAT LAUT pada 1787 dan WILAYAH KAUM ASLI pada 1800. Wilayah Michigan diuruskan oleh Semenanjung Bawah pada 1805. Walaupun menyerah kalah kepada British dalam perang pada 1812, undang- undang A.S. hanya digunakan pada 1813 hasil kemenangan OLIVER HAZARD PERRY dalam Peperangan Tasik Erie. Perbalahan sempadan dengan Ohio, dikenali sebagai Perang Toledo, diselesaikan oleh Presiden A.S. Andrew Jackson.

Sebagai balasan, Michigan menerima Semenanjung Bawah dan diiktiraf sebagai negeri. Pada 1837, ia menjadi negeri ke-26 dalam A.S. Sepanjang PERANG SAUDARA AMERIKA, ia telah membuat sumbangan besar terhadap perjuangan Union. Pada abad ke 20, ekonominya di dominasi oleh industri automotif. M1215 Tasik Michigan ; Michigan, Lake. Tasik ketiga terbesar antara lima TasikTasik Besar dan satu-satunya terbentang luas di dalam A.S. Disempadani oleh negeri Michigan. Wisconsin, Illinois, dan Indiana, ia dihubungkan dengan Tasik Huron melalui Selat MACKINAC di sebelah utara. 321 batu (517 km) panjang dan 118 batu (190 km) lebar, dengan kedalam maksimum 923 kaki (281 m); ia meliputi kawasan sebesar 22,300 batu persegi (57, 757 km persegi). Orang Eropah pertama menjumpainya ialah penjelajah Perancis JEAN NICOLET pada 1634; penjelajah LA SELLE membawa kapal layar pertama ke sana pada 1679. Ia sekarang menarik minat perkapalan antarabangsa sebagai sebahagian daripada Laluan Laut Tasik-Tasik Besar St. Lawrence. Namanya diambil daripada perkataan Algonquian michigami atau misschiganin, bermaksud tasik besar. M1216 Universiti Michigan ; Universiti negeri A.S. dengan kampus utamanya di Ann Harbor dan kampus-kampus cawangan di Flint dan Dearborn. Ia berasal daripada sekolah persediaan di Detriot pada 1817 dan berpindah ke Ann Arbor pada 1837. Hari ini, ia adalah salah satu daripada universiti penyelidikan terkemuka negeri, merangkumi kolej kesusasteraan, sains, kesenian dan ramai sekali siswazah dan sekolah profesional. Kemudahan istimewa termasuk reaktor nuklear, kompleks hospital, makmal kejuruteraan angkasa, pusat rujukan Tasik-Tasik Besar, dan Perpustakaan Great R. Fort Presiden. M1217 Michizane Lihat SUGAWARA MICHIZANE M1218 Negeri Michoacan \,m-ch--'kn\ ; Michoacan State. (populasi., 2000: 3,985,667), Selatan Barat Mexico. Ia meliputi kawasan seluas 23,138 batu persegi (59, 928 km persegi), dan ibu negaranya ialah MORELIA. Disempadani Laut Pasifik, ia bangkit dari sebuah pantai sempit biasa kepada SIERRA MADRE. Bandar-bandar penting termasuk Morelia, Uruapan, Zamora dan Patzcuaro. Pada 1530-an, Dominican Vasco de Quiroga memulakan misi pertama yang berjaya di kalangan

Tarascan Indians dalam kawasan Tasik Patzcuaro. Negeri tersebut berada dalam kawasan gunung berapi aktif; Gunung Jorullo terhasil kesan daripada letusan pada 1759, dan PARICUTIN terhasil daripada letusan yang bertahan selama satu dekad (1943 hingga 42). Michoacan menghasilkan pelbagai produk hutan dan tanaman tropika. M1219 Mickey Mouse ; Mickey Mouse. Watak terkenal kartun animasi WALT DISNEY. Ia diperkenalkan dalam Steamboat Willie (1928), kartun animasi pertama dengan bunyi. Mickey dicipta oleh Disney, juga memberinya suara bernada tinggi, dan biasanya dilukis oleh ketua juruanimasi studio, Ub Iwerks. Dikenali dengan kepala terlebih besar dan telinga bulat hitam, dia menjadi bintang untuk lebih daripada 100 kartun pendek. Kelab Mickey Mouse adalah salah satu daripada rancangan televisyen popular untuk kanak-kanak pada tahun 1950-an dan topi hitam pengenalan dengan telinga tikus yang dipakai oleh bintang-bintang rancangan menjadi salah satu daripada barangan cenderahati yang paling banyak diedarkan dalam sejarah barangan. M1220 Mickiewicz \myts-'kye-vych\, Adam (Bernard) ; Mickiewicz \myts-'kyevych\, Adam (Bernard). (Lahir. 24 Dis, 1798, Zaosye, dekat Nowogrodek, Belorussia, Empayar Rusia- Meninggal dunia. 25 Nov, 1855, Constantinople, Turki.) Pemuisi Poland. Pelopor kebebasan kebangsaan Poland dan seorang daripada pemuisi hebat Poland, Mickiewicz telah diusir ke Rusia atas aktiviti revolusi beliau pada tahun 1823. Poetry, 2 vol. (1822 hingga 1823), merupakan karya besar romantik Poland pertama; mengandungi dua bahagian Forefathers Eve, satu kitaran merangkumi cerita budaya rakyat dan patriotisma mistik. Mickiewicz meninggalkan Rusia pada 1829 dan menetap di Paris. Di sana, beliau menulis The Books of Our Pilgrimage (1832), iaitu interpretasi prosa rakyat Polanda; dan karya agung beliau, epik puisi Pan Tadeusz (1834), yang menerangkan hidup golongan atasan Poland pada awal abad ke-19. M1221 Micmac atau Mikmaq ; Micmac or Mikmaq. Kaum Asli Amerika Utara yang tinggal di Quebec, Nova Scotia, Newfoundland, New Brunswick, dan Pulau Prince Edward, Kanada.; dan di Aroostook, Maine, dan dekat Boston, Mass., A.S. Micmac merangkumi puak Asli terbesar di bahagian timur wilayah Maritime, Kanada. Babad awal menerangkan mereka sebagai garang dan suka berperang, tapi mereka

antara Kaum Asli pertama yang menerima ajaran Jesuit dan berkahwin campur dengan peneroka Perancis Baru. Micmac membentuk gabungan beberapa SUKU. Pada musim sejuk, mereka memburu karibu, moose, dan permainan kecil; pada musim panas, mereka memancing ikan, mengumpul kerang-kerangan, dan memburu anjing laut. Mereka pakar mendayung kanu, pada abad ke 17-18, mereka adalah sekutu Perancis menentang Inggeris. Anggaran populasi terkini adalah berbeza. Estimates of the current population vary. Jumlah populasi Micmac di A.S. dan Kanada lebih kurang 20,000. M1222 Micon \'m-,kn\ atau Mikon ; Micon or Mikon. (Abad ke-5 Sebelum Masihi) Pelukis dan pengarca dari Yunani. Hidup sezaman dan merupakan pelajar kepada POLYGNOTUS, beliau menyertai Polygnotus membangunkan teori penggunaan ruang dan perspektif dalam lukisan Yunani. Micon terkenal dengan lukisan mural atas Stoa Poikile (Painted Stoa[portico]), atas agora di Athen dan lukisan Theseum di Athens. Inovasi beliau dalam penerangan ruang membantu mencetuskan penurunan dalam lukisan tembikar Yunani. M1223 mikrobiologi ; microbiology. Kajian saintifik mengenai mikroorganisma, satu kumpulan hidupan laut kecil termasuk PROTOZOAN, ALGA, KULAPUK, BAKTERIA, and VIRUS-VIRUS. Mikrobiologi mengambil berat tentang struktur, fungsi, dan pengelasan organisma-organisma ini dan cara pengawalan dan penggunaan aktiviti-aktiviti mereka. Asasnya ditemui pada lewat abad ke-19, hasil kerja LOUIS PATUER dan ROBERT KOCH. Sejak itu, banyak penyebab-penyakit mikroorganisma telah dicipta. Sebagai tambahan, cara untuk menggunakan aktivitiaktiviti mikroorganisma tersebut untuk kegunaan dalam ubat-ubatan, industri dan pertanian telah ditemui. Kulapuk, sebagai contoh, menghasilkan ANTIBIOTIK, terutamanya PENICILLIN. Lihat juga BAKTERIOLOGI, KEJURUTERAAN GENETIK. M1224 cip mikro ; microchip. Lihat LITAR BERSEPADU M1225 litar mikro ; microcircuit. Lihat LITAR BERSEPADU M1226 mikroiklim ; microclimate. Keadaan iklim di kawasan kecil, dalam

lingkungan beberapa kaki dari atas dan bawah permukaan Bumi dan lingkungan tumbuhan kanopi. Mikroiklim terjejas oleh beberapa faktor seperti suhu, kelembapan, angin dan pergolakan, embun, fros, imbangan suhu, pemeluwapan, keaslian tanah dan tumbuh-tumbuhan, topografi tempatan, garisan lintang, penaikan, dan musim. Cuaca dan iklim kadang kala dipengaruhi oleh keadaan mikroiklim, terutamanya oleh kepelbagaian keadaan permukaan. M1227 microclin; microline. Mineral batu berhablur yang berwarna putih atau merah biasa, satu bentuk kalium aluminosilikat yang terdapat dalam pelbagai jenis batu. Spesimen Hijau dpanggil batu amazon dan boleh digunakan sebagai batu permata. Ia adalah ahli hujung dalam komposisi siri alkali feldspar. Lihat juga ORTOKLAS. M1228 micrococcus ; micrococcus\,m-kr-'k-ks\. Semua BAKTERIA berbentuk sfera yang menghasilkan pengelasan Micrococcus. Merebak secara semulajadi, kokus-kokus (lihat kokus) gram-positive (lihat PEWARNA GRAM) biasanya tidak dianggap penyebab kepada penyakit. Mereka adalah penghuni biasa dalam badan manusia dan mungkin juga penting untuk mengimbangi kepelbagaian mikroorganisma yang ditemui pada kulit. Sebahagian spesis dijumpai pada debu dalam udara, di dalam tanah, air laut, dan pada kulit haiwan-haiwan bertulang belakang. Segelintir spesis dijumpai dalam susu dan menyebabkan ia rosak. M1229 komputer mikro ; microcomputer. Komputer-komputer digital kecil yang mana Unit Pemprosesan Pusatnya (CPU) diletakkan dalam satu satu cip SEMIKONDUKTUR bersepadu. Memandangkan penyepaduan skala besar atau sangat besar (VLSI) telah meningkatkan bilangan TRANSISTOR-TRANSISTOR yang boleh diletakkan di atas satu cip, kapasiti computer mikro telah meningkat dengan pesat. KOMPUTER PERIBADI ialah contoh biasa bagi komputer mikro tetapi komputer mikro berprestasi tinggi banyak digunakan dalam bisnes, dan dalam mesin pintar untuk pengeluaran. Lihat LITAR BERSEPADU, MIKROPEMPROSES. M1230 mikroekonomi ; microeconomics. Kajian tingkah laku ekonomi mengenai pengguna individu, firma-firma, dan industri-industri, dan pengagihan jumlah pengeluaran dan pendapatan antara mereka. Ia mengambil kira individu sebagai

pembekal TANAH, BURUH, dan MODAL. Sebagai pengguna terakhir produk, ia juga meneliti firma-firma sebagai pembekal kepada produk dan sebagai pengguna buruh dan modal. Mikroekonomi menganalisa PASARAN atau mekanisma lain yang menentukan nisbah harga barangan dan servis, dan memperuntukkan sumber masyarakat yang kebanyakannya adalah pengguna mereka. Lihat MAKROEKONOMI. M1231 Sistem mikro elektro mekanikal ; microelectromechanical system (MEMS). Peranti mini yang dibina dengan menggabungkan bahagian-bahagian mekanikal dan litar elektronik, biasanya pada cip semikonduktor, dengan ukuran dari sepuluh ke beberapa ratus mikrometer (kesejuta meter). Aplikasi-aplikasi biasa yang menggunakan sistem mikro elektro mekanikal (MEMS) termasuk penderia, penggerak, dan unit kawalan-proses. M1232 Pengolahan mikro ; micromanipulation. Lihat PEMBEDAHAN MIKRO M1233 mikrometer (angkup); micrometer \m-'kr-m-tr\ (caliper). Alat yang

digunakan untuk mengira dengan tepat ukuran diameter, ketebalan, dan panjang sesuatu pepejal. Ia terdiri daripada satu rangka berbentuk C dengan rahang yang digerakkan oleh satu skru. Ketepatan ukuran bergantung kepada ketepatan kombinasi skru-nat. M1234 mikronesia ; micronesia. Kumpulan pulau, Lautan Pasifik Utara. Satu subdivisi OSEANIA, ia terdiri daripada KIRIBATI, GUAM, NAURU, Utara MARIANAS, Negeri-Negeri Persekutuan MIKRONESIA, PULAU-PULAU MARSHALL, dan PALAU. Kebanyakannya terletak ke utara Equator, Mikronesia termasuk bahagian barat Pulau-Pulau Pasifik. M1235 mikronesia, Negeri-Negeri Persekutuan Negara Pulau; micronesia, Federated States of Island country; Barat Lautan Pasifik. Ia mempunyai empat negeri, Yap, Chuuk (Truk), Pohnpei (Ponape), dan Kosrae, semuanya dalam PULAUPULAU CAROLINE. Kawasan: 271 meter persegi (701 km persegi). Populasi (anggaran tahun 2005.): 113,400. Ibu Negeri: PALIKIR, di Pohnpei, pulau terbesar. Rakyatnya ialah Micronesian. Bahasa-bahasa: Bahasa Malayo-Polinesia, Bahasa

Inggeris. Agama: Kristian (kebanyakannya Roman Katolik; juga Protestant). Matawang: Dolar A.S. Pulau dan atolnya menganjur kira-kira 1,750 batu (2,800 km) timur-barat dan kira-kira 600 batu (965 km) utara-selatan. Kekebalan kerajaan A.S. membentuk sumber utama pendapatan; perladangan sara hidup dan memancing adalah aktiviti-aktiviti ekonomi utama. Mikronesia sebuah republik perkaitan bebas dengan A.S.; ia mempunyai sebuah badan perundangan, dan presiden merupakan ketua negeri dan kerajaan. Pulau-pulau mungkin telah diduduki oleh orang-orang dari timur Melanesia 3,500 lalu. Mereka dijajah oleh Sepanyol dalam 1886 dan dibawah pemerintahan Jepun selepas perang Dunia I. Mereka telah ditawan oleh tentera A.S. semasa Perang Dunia II, dan pada 1947 mereka telah menjadi bahagian Wilayah Amanah Kepulauan Pasifik UN, dibawah pemerintahan A.S. Pulau tersebut menjadi persekutuan berkerajaan sendiri pada 1979. Pada 1982, ia menandatangani perjanjian perkaitan bebas dengan A.S., yang bertanggungjawab untuk pertahanan Mikronesia. m1236 Mikrofon ; microphone. Alat untuk menukar gelombang bunyi kepada kuasa elektrik yang mempunyai ciri gelombang yang sama dengan bunyi. Dengan rekaan yang wajar, sesebuah mikrofon mungkin boleh diberikan ciri berarah supaya ia dapat menangkap bunyi terutamanya dari satu arah, dua arah, atau lebih kurang sama dari semua arah. Sebagai tambahan kepada penggunaannya dalam pemancar telefon, mikrofon digunakan secara meluas dalam alat bantuan pendengaran, sistem merekodbunyi (asasnya magnet dan pita rakam digital), dan sistem siar raya. Dalam sebuah mikrofon gegelung bergerak, gelombang bunyi menyebabkan diafragma bergetar, dan pergerakan berayun in menyebabkan satu gegelung wayar suara bergerak keluar dan masuk melalui satu medan magnet, menghasilkan satu arus yang berbeza perkadaran dengan gelombang bunyi asal. Arus yang berbeza-beza ini dihantar melalui satu wayar yang dihalakan kepada pengubah, yang menukar ia kepada arus yang boleh dibawa oleh kabel wayar kepada alat perakam atau pembesar suara. M1237 mikropemproses ; microprocessor. Alat elektronik mini yang mengandungi aritmetik, logik dan litar kawalan yang diperlukan untuk berfungsi sebagai UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU) KOMPUTER DIGITAL. Mikropemproses ialah LITAR BERSEPADU yang boleh menterjemah dan menjalankan arahan yang telah diprogramkan serta mengawal operasi-operasi aritmetik. Pembangunan mereka pada lewat 1970-an membolehkan jurutera computer mencipta KOMPUTER-

KOMPUTER MIKRO. Mikropemproses membuka jalan kepada terminal-terminal pintar, seperti ATM, dan peranti tempat jualan, juga kawalan automatik dalam kebanyakan alatan industri dan peralatan hospital, ketuhar gelombang mikro berprogram, dan permainan elektronik. Kebanyakan kenderaan juga menggunakan kawalan-mikropemprosesan dalam sistem pencucuhan dan sistem bahan api. M1238 mikropengaturcaraan ; Microprogramming. Proses menulis mikrokod untuk satu MIKROPEMPROSESAN. Mikrokod ialah kod aras rendah yang mentakrif bagaimana satu mikropemprosesan sepatutnya berfungsi apabila ia menjalankan arahan BAHASA-MESIN. Biasanya, satu arahan bahasa-mesin diterjemah kepada beberapa arahan mikrokod. Pada sesetengah komputer, mikrokod disimpan dalam ROM dan tidak boleh diubah; pada sesetengah komputer yang lebih besar, ia disimpan dalam EPROM dan boleh diganti dengan versi-versi baru. M1239 mikroskop ; microscope. Alat yang menghasilkan imej lebih besar untuk objek kecil, dan membolehkan ia dilihat pada skala yang sesuai untuk tujuan ujikaji dan analisis. Dibentuk dengan pelbagai cara, imej diterima secara terus, pemprosesan elektronik, atau kombinasi cara-cara tersebut. Jenis mikroskop yang paling dikenali ialah optik, atau cahaya, mikroskop, yang mana KANTA-KANTA digunakan untuk membentuk imej. Jenis-jenis mikroskop yang lain menggunakan gelombang semulajadi pelbagai proses fizikal, yang paling penting ialah mikroskop elektron (lihat MIKROSKOPI ELEKTRON), yang menggunakan alur ELEKTRONELEKTRON untuk membentuk imej. Mikroskop Crude merupakan yang terhebat pada pertengahan abad ke-15 tetapi hanya sehingga 1674, bilamana mikroskop yang dicipta oleh A. VAN LEEUWENHOEK berupaya mengesan fenomena organism seni yang mempunyai satu sel. M1240 Syarikat Microsoft ; Microsoft Corp. A.S. Firma komputer, peneraju pembangunan sistem perisian dan aplikasi komputer peribadi. Microsoft, beribu pejabat di Redmond, Wash., turut menerbitkan buku-buku dan tajuk-tajuk multimedia serta menghasilkan perkakasan. Ia diasaskan pada 1975 oleh BILL GATES dan Paul G. Allen (lahir. 1954), yang memperkenalkan ASAS penggunaan KOMPUTER PERIBADI. Mereka memberi lesen kepada syarikat-syarikat untuk menggunakan perisian tersebut, membangunkan program dalam bahasa-bahasa lain, dan pada 1981

mereka memperkenalkan MS-DOS untuk komputer peribadi IBM. Pencedokan MSDOS oleh kebanyakan pengeluar komputer peribadi yang lain memberi keuntungan buat Microsoft, yang kemudiannya menjadi sebuah syarikat milik bersama pada 1986. Ia mengeluarkan versi pertama Microsoft Word, iaitu program pemprosesan-perkataan yang paling terkenal pada 1983, dan Microsoft Windows, iaitu satu ANTARA MUKA GRAFIK PENGGUNA untuk komputer berasaskan MS-DOS pada 1985. Pada 2001, Microsoft memperkenalkan Xbox, satu konsol permainan video yang menduduki tempat kedua dalam $10 billion pasaran permainan video. Pada 2002 Microsoft melancarkan Xbox Live, satu rangkaian permainan JALUR LEBAR untuk konsul mereka. M1241 mikropembedahan atau mikromanipulasi; microsurgery or

micromanipulation. Teknik pembedahan untuk menggunakan alat kecil istimewa yang diperhatikan melalui satu mikroskop, dan adakalanya dilengkapi dengan kamera untuk menujukkan pembedahan di monitor. Mikropembedahan membolehkan pembedahan yang dulunya dianggap mustahil pada tulang lembut di dalam dan tengah telinga, sambungan beberapa bahagian anggota badan, memperbaiki retina mata dan membuang ketumbuhan yang tersimpan pada struktur penting yang sukar. M1242 mikrotubul ; microtubule \,m-kr-'t-byl\. Struktur berbentuk tiub dikelilingi oleh satu membran yang dijumpai dalam sel-sel haiwan dan tumbuhan. Dengan kepanjangan yang berbeza-beza, mereka mempunyai pelbagai fungsi. Mereka membantu dengan memberi bentuk kepada banyak sel dan merupakan komponen utama silia dan flagelum, membantu dalam pembentukan spindle semasa pembahagian sel (MITOSIS), dan membantu pergerakan vesicles dari sel utama sel saraf kepada penghujung sel panjang dan balik ke sel utama. M1243 mikrogelombang ; microwave. Bahagian spektrum elektromagnetik yang terdapat di antara GELOMBANG-GELOMBANG RADIO dan RADIASI INFRAMERAH. Mikrogelombang mempunyai jarak gelombang dari 30 cm ke 1mm, of the ELECTROMAGNETIC SPECTRUM that is situated between RADIO WAVES and INFRARED RADIATION. Microwaves have wavelength ranging from 30 cm to 1 mm, bersamaan dengan frekuensi, dari kira-kira 1 gigahertz (109 Hz) ke 1 terahertz (1012 Hz). Prinsip ini digunakan dalam televisyen, telefon dan penghantaran data

antara stesen-stesen di Bumi dan antara Bumi dengan satelit-satelit. Alur RADAR ialah degupan pendek mikrogelombang yang digunakan untuk mengesan kapal laut dan kapal terbang, sistem cuaca, dan menentukan kelajuan objek yang bergerak. Mikrogelombang diserap oleh air dan lemak dalam makanan lalu menghasilkan haba dari dalam. (lihat ketuhar gelombang mikro). Bahan-bahan seperti kaca dan seramik tidak menyerap mikrogelombang, dan besi memantulkan ia semula. Lihat juga MASER. M1244 Ketuhar gelombang mikro ; microwave oven. Peralatan dapur yang memasak makanan suhu dengan makanan menggunakan berdasarkan RADIASI-ELEKTROMAGNET MEDAN ELEKTROMAGNET berfrekuensi tinggi. Ketuhar gelombang mikro yang berbentuk kecil seperti kotak meningkatkan berfrekuensi tinggi. Mikrogelombang boleh diserap oleh air, lemak, gula, dan sesetengah molekul-molekul yang bergetar lalu menghasilkan haba. Haba terhasil dalam makanan tanpa meningkatkan suhu di sekitar. Proses in membantu memendekkan masa memasak; membakar dan tugas-tugas lain yang memerlukan masa satu jam atau lebih jika menggunakan ketuhar biasa hanya mengambil masa beberapa minit jika menggunakan ketuhar gelombang mikro. M1245 Rabung Tengah-Atlantik; Mid-Atlantic Ridge. Rabung bawah laut yang terdampar sepanjang dasar di tengah Laut Atlantik. Is merupakan satu rantaian gunung yang panjangnya kira-kira 10,000 batu (16,000 km) kearah utara-selatan, melengkung dari Laut Artik ke puncak selatan Afrika. Adakalanya gunung-gunung tersebut mencecah di atas paras laut, membentuk pulau atau sekumpulan pulau seperti Ascension, SAINT HELENA, danTristan da Cunha. M1246 Rabung tengah-samudera ; mid-ocean ridge. Lihat RABUNG LAUT M1247 Midas ; Midas \'m-ds\. Raja kepada PHRYGIA, mengikut sejarah Yunani dan Rom. Midas menawan Silenus, Tuhan Yunani yang berbadan separuh manusia dan separuh kambing, tetapi melayan Baginda dengan baik; dan sebagai balasan Beliau dianugerahkan satu permintaan untuk dimakbulkan oleh DIONYSUS. Baginda telah menukarkan anak perempuannya menjadi emas semasa dia memeluk ayahnya, dan Baginda meminta agar dilepaskan dari membuat permintaan. Dalam lagenda yang

lain, Midas telah dijemput untuk mengadili pertandingan muzik di antara APOLLO dan satyr Marsyas. Apabila Midas membuat keputusan yang tidak berpihak kepada Apollo, Apollo menghukum Baginda dengan menjadikan telinganya kepada telinga keldai. Lihat juga SATYR DAN SILENUS. M1248 Midas ; MIDAS lihat SISTEM AMARAN PERTAHANAN MISIL M1249 Zaman Pertengahan ; Middle Ages. Zaman dalam sejarah Eropah bertarikh dari kejatuhan EMPAYAR ROM ke zaman awal RENAISSANCE. Pada abad ke-5, Empayar Rom Barat mengalami penurunan dalam bilangan populasi, kekukuhan ekonomi, dan saiz serta kepentingan dalam bandar-bandar. Ianya juga disebabkan oleh migrasi secara mendadak penduduk yang bermula sejak abad ke-3. Pada abad ke-5, mereka ini digelar orang barbar, membina kerajaan-kerajaan sendiri dari Empayar Barat yang telah jatuh. Selama beberapa abad, kerajaan-kerajaan ini menyaksikan penggabungan secara perlahan-lahan budaya dan tradisi politik barbar, Kristian, dan Rom. Negara yang paling lama bertahan, Franks menjadi asas kepada pembentukan negeri-negeri Eropah yang terkemudian. Ia turut menghasilkan CHARLEMAGNE, pemerintah terhebat Zaman Pertengahan, yang menjadi model kepada pemerintahan abad-abad mendatang. Kejatuhan Empayar Charlemagne dan gelombang baru dalam penaklukan menjurus kearah pembentukan masyarakat kuno Zaman Pertengahan. Kurun ke11-13 menyaksikan tahap tertinggi masyarakat kuno Zaman Pertengahan. Gereja menjalankan perubahan untuk mengukuhkan tempat bagi ketua paderi dalam sesebuah gereja dan masyarakat tetapi hasilnya, berlaku perselisihan faham antara pemerintah dan ketua paderi. Populasi bertambah, pekan-pekan dan ladang-ladang berjaya dibangunkan, lahir golongan kelas pedagang, dan peningkatan kerenah birokrasi kerajaan menjadi bahagian dalam budaya dan ekonomi waktu itu. Sementara itu, ribuan pahlawan menyahut seruan gereja menyertai PERANG SALIB. Peradaban masyarakat Medieval mencapai tahap tertinggi pada abad ke-13 dengan kemunculan SENI BINA GOTH, iaitu satu bentuk agama baru, dan sambungan kepada pelajaran dan universiti. Gereja mendominasi hidup intelektual, menghasilkan SKOLASTISISME St. THOMAS AQUINAS. Kejatuhan Zaman Pertengahan terhasil daripada kerajaan kuno Zaman Pertengahan, perbezaan dlm mentafsirkan doktrin mengakibatkan perpecahan dlm Gereja, kritik ke atas falsafah dan teori kuno Zaman Pertengahan, dan keadaan ekonomi serta kejatuhan populasi kesan daripada kebuluran dan penyakit.

M1250 Congo Tengah ; Middle Congo. Lihat Republik CONGO.

M1251 Timur Tengah ; Middle East or Mideast or Near East. Wilayah geografi di mana Eropah, Afrika dan Asia bertemu. Ia adalah satu nama tidak tepat dan tidak rasmi yang merangkumi tanah-tanah di sekeliling Mesir, Jordan, Israil, Lubnan, dan Syria-termasuk Iran, Iraq, dan Negara-negara di Semenanjung Arab. Kadangkala Afganistan, Libya, dan Sudan turut dimasukkan. Nama tersebut mulanya digunakan oleh ahli-ahli geografi dan sejarawan Barat untuk menceritakan tentang wilayah dari Parsi. Dari Gulf ke Timurselatan Asia; Timur Tengah adakalanya digunakan untuk menceritakan kawasan yang sama. M1252 Inggeris Pertengahan ; Middle English. Percakapan dan penulisan

vernakular di England c. 1100-1500, bahasa turunan INGGERIS LAMA dan leluhur Inggeris Moden. Ia boleh dibahagikan kepada tiga tempoh: Awal, Pertengahan, dan Akhir. Tempoh Pertengahan dikenali atas sebab perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris-Norman dan kebangkitan loghat bahasa London, yang digunakan oleh pemuisi seperti JOHN GOWER dan Geoffrey CHAUCER pada abad ke-14 pembungaan sastera Inggeris. Loghat bahasa Inggeris Pertengahan biasanya dibahagikan kepada empat kumpulan: Selatan, Bahagian Tengah Timur, Bahagian Tengah Barat, dan Utara. M1253 Barat Tengah ; Middle West. Lihat MIDWEST M1254 Kolej Middlebury ; Middlebury College. Kolej swasta seni liberal Middlebury, Vt., diasaskan pada 1800. Ia terkenal dengan kurikulum yang menekankan pengajaran penulisan, sastera, dan bahasa moden. Middlebury membiayai konferen (conference) Penulis-Penulis Bread Loaf, iaitu perjumpaan tahunan untuk penulis terkemuka dan yang memberi inspirasi. M1255 Middlesbrough ; Middlesbrough \'mi-dlz-br\. Pekan dan kesatuan kuasa. (populasi., 2001: 134,487), Negeri geografi North Yorkshire, negeri bersejarah Yorkshire, England. Terletak di selatan tebing Sungai TEES, ia terbentuk pada 1830

hasil

kewujudan

landasan

keretapi

untuk

pelabuhan

eksport

arang

batu.

Pembangunannya dibantu dengan penemuan batu besi berhampiran.

M1256 Middlesex ; Middlesex. Negeri bersejarah di selatan England, terletak di sepanjang Sungai THAMES. Penempatan pertamanya bermula dari tahun ke 500 sebelum Masihi; Puak Belgik tiba pada kurun pertama sebelum Masihi, diikuti dengan orang-orang Rom, yang mewujudkan kotakara di sepanjang sungai. Ia telah dijajah oleh SAXONS pada awal kurun ke-5. Terletak di antara Timur dan Barat Saxons, ia mendapat nama (bermaksud Saxons Tengah) pada tahun 704 Masihi. Middlesex menjadi sebuah negeri berpentadbiran pada 1888. Pada 1065, Greater London menjadi sebahagian daripada negara asal. M1257 Middleton, Thomas ; Middleton, Thomas. (lahir. April 1580, London, Eng. meninggal dunia. 4 Julai, 1627, Newington Butts, Surrey). Penulis drama British. Middleton pernah menuntut di Universiti Oxford dan pernah menulis tiga buah buku puisi pada 1600. Beliau belajar menulis drama dengan bekerjasama dengan JOHN WEBSTER dan lain-lain untuk menghasilkan kerja bagi produser PHILIP HENSLOWE. (HIS TRAGEDIES)Karya beliau, Women Beware Women ( tahun 1621) dan The Changeling (1622, bersama William Rowley) dianggap sebagai karya agung. Karya komedi beliau, yang menggambarkan masyarakat yang dikelabui mata dengan wang termasuk Michaelmas Terme ( c. 1605), A Trick to Catch the Old one (1608), A Mad World, My Masters (1608), A Chast Mayd in Cheapeside ( c. 1613), dan A Game at Chess (1625). M1258 Middot; middot \m-'dt\. Dalam terjemahan kitab Keyahudian, prinsip ini digunakan untuk menghuraikan perkataan atau ayat-ayat berkaitan Kitab Bible. Middot biasanya digunakan untuk menghuraikan ayat-ayat atau situasi dalam soalan yang ditanyakan berkaitan kitab Bible, berdasarkan senarai yang ada. Middot pertama yang dikumpulkan adalah pada kurun pertama Sebelum Masihi, oleh HILLEL; manakala middot yang lain dikumpulkan oleh ISHMAEL BEN ELISHA (tahun ke-100 Selepas Masihi) dan Eliezer ben Yose menghasilkan Galilaean pada tahun ke-150 Selepas Masihi. Antara middot yang terkenal adalah kol wa-homer (berapa banyak lagi), yang mana penterjemah bermula dari premis kecil kepada

premis besar. Manakala gezera shawa (perbezaan tentang ekspresi yang sama atau undang-undang), yang dihuraikan secara analogi.

M1259 Mideast ; Mideast. Lihat TIMUR TENGAH M1260 Midgard ; Midgard. Dalam mitos Norse, ia adalah tempat kediaman manusia. Menurut lagenda, ia diperbuat daripada badan manusia pertama yang dicipta, raksasa AURGELMIR (Ymir). Tuhan-Tuhan membunuh beliau dan meleperkan badannya menjadi lowong pusat alam semesta, mencipta tanah daripada dagingnya, lautan daripada darahnya, gunung-ganang daripada tulang-tulangnya, dan seterusnya. Tengkorak Aurgelmir yang dipegang oleh empat orang kerdil menjadi kubah syurga. Matahari, bulan dan bintang-bintang diperbuat daripada percikan api yang dipalang di dalam tengkorak. M1261 GAMBAR Sera ; midge. Mana-mana kumpulan DIPTERA kecil, adakalanya dipanggil AGAS dan dikelaskan sebagai tidak menggigit (keluarga Chironomidae), menggigit (keluarga Ceratopogonidae), atau lalat risa (keluarga Cecidomyiidae). Sera tidak menggigit menyerupai nyamuk tetapi tidak berbahaya. Kerumunan yang berdengung boleh ditemui di sekeliling air pada lewat tengahari. Larva air merah darah yang biasa (cacing merah) adalah makanan penting untuk haiwan-haiwan akuatik. Sera menggigit (no-see-ums) adalah haiwan penghisap darah paling kecil (kira-kira 0.04 inci., atau 1 milimeter panjang). Punkies atau agas (genus Culicoides dan Leptoconops) menyerang manusia tetapi tidak menyebarkan penyakit; banyak spesis menyerang serangga lain. Larva lalat risa menyebabkan pembengkakan (risa) tisu-tisu dalam tumbuhan. M1262 Midgley, Thomas, Jr ; Midgley, Thomas, Jr. (lahir. 18 Mei, 1889, Beaver Falls, Pa., A.S.-meninggal dunia. 2 Nov, 1994, Worthington, Ohio) Jurutera dan ahli kimia A.S. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Cornell, beliau bekerja sebagai penyelidik industry dan pentadbir. Pada 1921 beliau menemui keberkesanan tetraetil plumbum sebagai bahan tambah antiketuk untuk GASOLIN. Beliau turut menemui diklorodifluorometana, satu bahan pendingin yang dijual secara komersial

sebagai Freon-12 (lihat FREON), yang mana dengan komposisi berkaitan digunakan secara meluas sebagai bahan penyejuk dan kemudiannya sebagai bahan dorong aerosol. Midgley menjalankan kajian meluas tentang getah asli dan sistetik, dan menemui salah satu daripada pemangkin-pemangkin untuk keretakan pemecahan hidrokarbon. M1263 Midhat Pasha ; Midhat Pasha. \mid-'ht-p-'sh\ (lahir. Oktober 1822,

Constantinople, Empayar Uthmanmeninggal dunia. 8 Mei, 1883, Al-Taif, Semenanjung Arab) Kakitangan awam dan wazir EMPAYAR UTHMAN. Sebagai gabenor Nis dan negeri Baghdad, pembaharuan yang dilakukan beliau mendapat penghormatan daripada Sultan AbdulAziz, yang melantik beliau sebagai wazir pada 1872, jawatan yang dipegang hanya selama tiga bulan. Pada 1876, beliau membantu menggulingkan AbdulAziz dan akhirnya digantikan sengan Abdulhamid II. Sekali lagi beliau dilantik sebagai wazir, beliau dilucutkan jawatan selepas enam bulan. Kemudian, beliau diusir tetapi kemudiannya dipanggil semula dan dijadikan gabenor Smyrna. Beliau kemudiannya ditangkap dan dituduh atas kemangkatan Sultan AbdulAziz. Hukuman mati ke atas beliau digantikan dengan dibuang negeri secara kekal. Lihat juga TANZIMAT M1264 MIDI Alatan Muzik Digital Antara Muka\mi-d\ in full Musical Instrument Digital Interface. PROTOKOL untuk penghantaran data muzikal antara komponen digital seperti PENSINTESIS dan kad bunyi komputer. MIDI menggunakan 8-bit transmisi asinkron bersiri dengan nisbah data 31.25 kilobit per saat. Data yang dihantar tidak mewakili bunyi muzik secara langsung tetapi menetapkan pelbagai aspek (nada, kelantangan, permulaan dan akhiran masa). Data kemudiannya di aplikasikan kepada bentuk gelombang yang disimpan secara digital dalam cip komputer untuk menghasilkan bunyi tertentu. M1265 Midrash ; Midrash \m-'drsh,'mi-drsh\. Dalam agama Yahudi, satu koleksi besar penulisan yang meneliti kitab INJIL orang Ibrani dalam tradisi lisan. Aktiviti Midrashic mencapai tahap tertingginya pada kurun ke-2 Selepas Masihi dengan wujudnya sekolah ISHMAEL BEN ELISHA dan AKIBA ben Joseph. Midrashim terbahagi kepada dua kumpulan: HALAKHAH, yang menyelesaikan isu-isu perundangan; dan HAGGADAH, penulisan tidak berkait perundangan yang hanya

untuk memakrifatkan. Midrashim dipetik daripada koleksi kitab undang-undang agama dan sivil orang Yahudi iaituTALMUD. M1266 Midway dahulunya Kepulauan Brooks ; Midway formerly Brooks Islands Wilayah tidak diperbadankan A.S. ditengah Lautan Pasifik. Midway mempunyai dua kepulauan karang, Pulau Eastern dan Pulau Sand, dengan jumlah keluasan 2 batu persegi (5 km persegi); tiada populasi yang tetap. Unincorporated U.S territory, central Pacific Ocean. Ganti rugi kepada A.S. pada 1859 oleh Kapten N.C Brooks, dan secara rasminya diambilalih kuasa pada 1867. Lokasi mereka, lebih 1,300 batu (2100 km) ke barat laut HONOLULU, menjadikan mereka kepentingan kepada A.S. dalam Perang Dunia ke-2, dan pada 1941 Tentera Laut A.S. membina pangkalan udara dan kapal selam di sana. Perang MIDWAY (1942) terjadi di perairan berhampiran. Midway turut menjadi pangkalan udara komersial. Lapangan terbangnya ditutup pada 1993. M1267 Perang Midway ; Battle of Midway. (3 hingga 6 Jun, 1942) Perang Dunia udara ke-2 utama antara A.S. dan Jepun. Tentera udara Jepun diketuai YAMAMOTO Isoroku menawan Pulau Midland dengan kelebihan anggota tentera yang lebih ramai dari A.S. Pasifik. Perisik A.S telah memecahkan kod tentera udara Jepun, dan A.S. telah bersedia untuk menyerang dengan mengerahkan kira-kira 115 kapal terbang berpangkalan di darat dan tiga kapal terbang pengangkut. Pada 3 Jun, kapal terbang pengebom A.S. mula menyerang kapal terbang pengangkut Jepun. Tentera Jepun tidak mampu menandingi kekuatan tentera udara A.S. dan selepas kalah dengan teruk, mereka membatalkan niat untuk mendarat di Pulau Midway. Perang tersebut telah membawa kepada kesamaan dan membuka jalan perdamaian antara tentera udara Jepun dan A.S. M1268 Wilayah Midwest atau Middle West ; Midwest or Middle West Region, Utara dan pusat A.S., terletak di antara gunung-gunung APPALACHIAN dan ROCKY, dan utara SUNGAI OHIO. Seperti yang didefinisikan oleh kerajaan persekutuan, ia termasuk negeri-negeri Illinois, Indiana, Iowa, Kansas, Michigan, Minnesota, Missouri, Nebraska, North Dakota, Ohio, South Dakota, dan Wisconsin. I Ia termasuk PLAIN-PLAIN BESAR, dalam wilayah TASIK-Tasik Besar, dan dibawah lembah SUNGAI MISSISSIPPI.

M1269 perbidanan ; midwifery \mid-'wif-r-\. Seni mengiringi wanita bersalin. Ia telah wujud sejak zaman kuno ajaran bible, Yunani dan Rom. Penggunaannya merudum pada Zaman Pertengahan, apabila kelahiran menyebabkan kematian yang tinggi pada ibu dan bayi, tetapi semakin maju pada kurun ke-17 hingga 19. Kemudian, dengan adannya kemajuan dalam OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI, kebanyakan wanita melahirkan anak di hospital. Dalam tahun 1960-an, pergerakan KELAHIRAN SECARA SEMULAJADI, fahaman kewanitaan, dan pelbagai lagi faktor menyumbang kepada pembaharuan minat daripada penjagaan oleh bidan. Di A.S. jururawatbidan yang sah (CNMs)jururawat terlatih dalm bidang perbidanan hanaya menerima pesakit berisiko rendah. Jika masalah berlaku, pakar perubatan kan dipanggil. (CNMs) turut memberi khidmat penjagaan sebelum dan selepas bersalin dan nasihat tentang kesihatan organ pembiakan. Bidan-bidan biasa tiada latihan formal, tiada lesen, dan membantu melahirkan kira-kira tiga per empat bayi di seluruh dunia di rumah, kebanyakannya di negara-negara membangun dan kawasan luar bandar negara-negara membangun. M1270 GAMBAR Mies van der Rohe \,ms-,van-d-'r-, Ludwig asal. Maria Ludwig Michael Mies ; Mies van der Rohe \,ms-,van-d-'r-, Ludwig orig. Maria Ludwig Michael Mies. (lahir. 27 Mac, 1886, Aachen, Ger.meninggal dunia. 17 Ogos, 1969, Chicago, III., U.S.) Arkitek dan pereka kelahiran Jerman-A.S. Mies belajar seni pertukangan batu daripada arwah bapanya dan kemudian bekerja di pejabat PETER BEHRENS. Karya agung pertama beliau ialah Astaka Jerman untuk Pendedahan Antarabangsa, Barcelona, Sepanyol pada 1929, satu pentas dengan lajur-lajur besi krom dan ruangan yang didefinisikan dengan oniks, marmar, dan kaca kabut. Kerusi besi dan kulit Barcelona yang dihasilkan oleh beliau menjadi barangan klasik pada abad ke-20. Beliau adalah pengarah BAUHAUS pada 1930 hingga 1933, pertama sekali di Dessau dan kemudian semasa bulan-bulan terakhirnya, di Berlin. Selepas berpindah ke A.S. pada 1937, beliau menjadi pengarah Sekolah Seni Bina di Institut Armour Chicago (sekarang Institut Teknologi Illinois), di mana beliau mereka bentuk kampus baru sekolah tersebut (1939-41). Dengan adanya Mies sebagai ketua yang tidak boleh dikalahkan, CARA ANTARABANGSA mencapai zenit 20 tahun kemudiannya. Projek-projek lain beliau termasuk Apartmen Lake Shore Drive Chicago (1949-51),

dan BANGUNAN SEAGRAM (1956-58, bersama-sama Philip Johnson) di bandar New York. Bangunan-bangunan ini, rangka-rangka besi bersalut tabir kaca-dinding muka, menggambarkan kenyataan Mies bahawa sedikit itu banyak. Kerja-kerja terkemudian beliau termasuk Galeri Baru Antarabangsa Berlin (1963-68). Bangunanbangunan pejabat besi dan kaca yang dipengaruhi oleh hasil kerja beliau telah dibina di serata dunia sepanjang abad ke-20. M1271 Miescher, Johann Friedrich ; Miescher \'m-shr\, Johann Friedrich (lahir. 13 Ogos, 1844, Basel, Switzerland.meninggal dunia. 26 Ogos, 1895, Davos) Ahli Biologi Switzerland. Dalam tahun 1869, beliau menemui bahan yang mengandungi kedua-dua fosforus dan nitrogen dalam nukleus sel darah putih nanah. Bahan tersebut, pada mulanya dinamakan nukleus kerana ia terhasil daripada sel nukleus, dikenali sebagai asid nukleus selepas Miescher memisahkan ia kepada protein dan komponen asid. Beliau juga salah seorang daripada penyelidik yang mencadangkan bahawa pengumpulan karbon dioksida (daripada pengumpulan oksigen) di dalam darah yang mengawal pernafasan. M1272 Mieszko, I ; Mieszko \'myesh-k\ I . (lahir. Kurun ke-930meninggal dunia. 25 Mei, tahun 992) Putera atau Duke Poland (963?-992). Beliau menerima agama Kristian daripada Rom (966) untuk mengelakkan dari penukaran secara paksaan oleh Jerman dan penggabungan Poland ke dalam Empayar Suci Roman. Beliau melebarkan selatan Poland ke Galicia dan utara Laut Baltic. M1273 Mifune \mi-'f-n\ Toshir ; Mifune Toshir. (lahir. 1 April, 1920, Tsingtao, Wilayah Shantung, Chinameninggal dunia. 24 Dis, 1997, Mitaka, dekat Tokyo, Jepun) Pelakon filem berbangsa Jepun. Selepas berkhidmat di dalam tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-II, beliau membuat kemunculan pertama di layar dalam These Foolish Times (1947). Beliau kemudiannya meneruskan dengan Drunken Angel (1948) dan mencapai kemasyuran antarabangsa dalam Rashomon (1950). Beliau berlakon dalam lebih 100 buah filem dan dikenali di peringkat antarabangsa kerana karakter samurai beliau yang bertenaga dan ranggi dalam filem arahan KUROSAWA Akira, termasuk Seven Samurai (1954), The Hidden Fortress (1958), Yojimbo (1961), dan Sanjuro (1962); beliau turut memainkan peranan sebagai Miyamoto Musashi dalam tiga buah filem. File-filem lain beliau termasuk Throne of Blood (1957), The

Lower Depths (1957), Red Beard (1965), dan Midway (1976). M1274 MiG ; MiG \'mig\. Mana-mana ahli keluarga PESAWAT PEJUANG askar Rusia yang dihasilkan oleh biro yang ditubuhkan pada 1939 oleh Artem Mikoyan and Mikhail Gurevich. MiG yang terawal dibina semasa Perang Dunia ke-II digerakkan oleh kipas. MiG-15, yang pertama kali diterbangkan pada 1947, merupakan antara pesawat pejuang terbaik; ia menyaksikan peperangan yang berlarutan dalam Perang Korea. MiG-21, kapal terbang pemintas satu enjin yang ringan yang diperkenalkan pada 1955, menjadi pesawat pejuang utama Selatan Vietnam dan dibina untuk lebih 40 buah negara lain. Banyak lagi jet-jet moden termasuk MiG-29, pesawat pejuang satu tempat duduk dengan enjin berkembar yang juga boleh digunakan untuk serangan darat. M1275 MiG secara rasminya ANPK imeni A.I. Mikoyana sebelumnya dikenali sebagai OKB-155 ; MiG formerly ANPK imeni A.I. Mikoyana officially OKB-155. Biro rekaan utama Rusia yang menghasilkan pesawat pejuang. Syarikat tersebut asalnya ditubuhkan dibawah satu lagi biro rekaan Soviet pada tahun 1939 sebagai satu bahagian dibawah kendalian Artem Mikoyan dan timbalan beliau, Mikhail Gurevich. Tiga tahun kemudian ia menjadi biro bebas OKB-155. Rekaan pertamanya, kapal terbang pemintas satu enjin (pertama kali terbang pada 1940) akhirnya dinamakan MiG-1 (MiG adalah singkatan kepada Mikoyan dan Gurevich). Selepas Perang Dunia ke-II, ia menghasilkan pesawat pejuang Soviet yang pertama iaitu MiG-9 (1946), dan diikuti dengan beberapa pesawat U.S.S.R. berkelajuan tinggi yang terkenal (lihat MIG [pesawat pejuang]). Pesawat pejuang terakhir yang dihasilkan dibawah Mikoyan (meninggal dunia 1970) adalah MiG-23 bersayap pelbagai (memasuki servis pada 1972), dan MiG-25T (diperkenalkan pada 1970; berkebolehan kira-kira seperti Mach 3). Organisasi tersebut kemudiannya menghasilkan beberapa rekaan baru, termasuk MiG-29 dan MiG-31 (kedua-duanya pertama kali terbang pada 1970-an). Pada lewat 1980-an, nama lamanya ditukar kepada ANPK imeni A.I.Mikoyana. Pada 1990-an, selepas perpecahan Soviet Union, MiG disatukan dengan beberapa firma-firma utama menjadi kompleks besar angkasa kepunyaan negeri VPK MAPO. MiG dipelbagaikan kepada pasaran pesawat penumpang dan terus membina konsep-konsep pesawat pejung terkini, termasuk pesawat generasi kelima pelbagaiguna 1.42 (1.441).

M1276 Mighty Five, The lihat FIVE, THE M1277 migmatite ; migmatit \'mig-m-,tt\. Batuan yang terdiri daripada bahan metamorf yang berselang seli atau berbarik-barik dengan granit; namanya bermaksud batuan campuran. Kebanyakan migmatit mewakili sebahagian paduan metamorf; sebahagian komposisi batuan adalah bercantum dan berkumpul untuk menghasilkan jalur granit. Migmatit huga boleh menghasilkan jalur granit yang panjang apabila sedikit magma disuntik kedalam BATUAN METAMORK bersebelahan. M1278 migrain ; migrain. SAKIT KEPALA berulang berkaitan pembuluh darah, biasanya di sebelah bahagian kepala. Sakit kepala berdenyut-denyut yang teruk disertai dengan rasa mual dan muntah. Sesetengah pesakit migrain mempunyai simptom-simptom amaran (aura) sebelum sakit kepala, termasuk pandangan kabur, lemah badan, kebas, atau pening. Jika satu perangsang (contoh., makanan atau minuman tertentu) dikenalpasti sebagai pencetus serangan, elakkan dari mengambil bahan tersebut. Ubat-ubatan boleh diambil jika serangan bermula (untuk menghentikan ia) atau atau setiap hari oleh pesakit dengan serangan yang kerap (untuk mencegah atau mengurangkan sensitiviti mereka). M1279 buruh hijrahan ; migrant labour. Buruh separuh mahir atau tidak mahir yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain, menawarkan perkhidmatan mereka secara sementara, biasanya secara bermusim. Di Amerika Utara, buruh hijrahan biasanya diambil bekerja dalam bidang pertanian dan berpindah dari selatan ke utara mengikut musim tuaian. Di Eropah dan Timur Tengah, buruh hijrahan selalunya lebih melibatkan kawasan bandar dari kerja-kerja pertanian dan penempatan mereka adalah untuk jangka masa lebih lama. Pasaran buruh hijrahan selalunya tidak teratur dan dieksploitasi. Ramai pekerja yang diawasi oleh orang tengah seperti kontraktorkontraktor buruh dan ketua kru, yang melatih, menghantar dan menguruskan bayaran gaji mereka. Buruh-buruh biasanya tahan bekerja untuk jangka masa yang lama, bergaji rendah, keadaan tempat kerja yang teruk, dan penempatan yang tidak selesa. Di sesetengah negara, di kalangan buruh hijrahan, terdapat ramai buruh kanak-kanak, termasuk di A.S. Kanak-kanak yang tidak bekerja biasanya tidak bersekolah, kerana sekolah biasanya dibuka untuk penduduk tempatan sahaja. Semasa di negara asal

mereka, buruh-buruh ini tinggal dalam keadaan yang lebih teruk dan ini menyebabkan mereka sanggup menerima pekerjaan ini. Pengurusan buruh dirumitkan lagi dengan perpindahan dan kadar celik huruf yang sangat rendah, serta campur tangan politik, walaupun buruh pendatang di A.S. telah disatukan. Lihat CESAR CHAVEZ. M1280 Penghijrahan manusia ; Migration, human. Perpindahan petempatan secara kekal oleh individu atau kumpulan, tidak termasuk pergerakan seperti NOMADISME dan BURUH HIJRAHAN. Penghijrahan boleh dikelaskan kepada dalaman atau antarabangsa, dan secara paksa atau sukarela. Pehijrah sukarela berhijrah biasanya untuk mencari kehidupan yang lebih baik; penghijrahan secara paksa termasuk pengusiran semasa peperangan dan perpindahan hamba-hamba atau banduan. Penghijrahan terawal manusia dari Afrika ke semua benua kecuali Antartika berlaku dalam 50,000 tahun lalu. Penghijrahan secara besar-besaran yang lain termasuk penghijrahan secara paksaan 20 juta orang hamba dari Afrika ke Amerika Utara pada kurun ke-16 hingga ke-19, dan Penghijrahan Besar Atlantik iaitu penghijrahan seramai 37 juta orang dari Eropah ke Amerika Utara di antara tahun 1820 hingga 1980. Penghijrahan secara paksa atas sebab peperangan dan pelarian menjadi lebih besar, begitu juga dengan penghijrahan secara sukarela dari negara-negara membangun ke negara-negara perindustrian. Penghijrahan dalaman pula ialah bentuk penghijrahan dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar. M1281 Mihrab, bahasa Arab mihrb; Mihrab \'m-rb\ Arabic mihrb. Relung solat separa bulat pada dinding mengadap Kiblat (dinding mengadap Mekah) sesebuah MASJID, yang dikhaskan untuk ketua solat (imam). Mihrab berasal dari zaman pemerintahan Khalifah Umayyah al-Walid I (705-715), iaitu semasa pembinaan masjid-masjid terkenal di Madinah, Jerusalem, dan Damsyik. Ia diadaptasi daripada relung solat yang biasa terdapat pada biara Kristian Qibti.Mihrab biasanya penuh dengan hiasan. M1282 Mikail ; Mik'l \mi-'kl\. Dalam ajaran Islam. Ia bersamaan dengan penghulu malaikat, iaitu MICHEAL yang terdapat dalam Kitab Injil. Nama Mikail hanya disebut sekali dalam Al-Quran, tetapi menurut lagenda, Mikail dan JIBRIL adalah malaikat-malaikat pertama yang patuh kepada perintah Allah untuk menyembah ADAM. Kedua-dua malaikat dicipta untuk menyucikan hati MUHAMMAD s.a.w

sebelum naik ke syurga. (lihat MIRAJ). Dikatakan bahawa malaikat Mikail sangat terkejut melihat keadaan neraka lalu ia tidak pernah ketawa lagi. Ia juga dipercayai telah membantu umat Islam memengangi peperangan pertama di Tanah Arab pada tahun 624. M1283 Mikan George (Lawrence) ; Mikan \'m-kn \, George (Lawrence). (lahir. 18 Jun, 1942, Joliet, I11., A.S.meninggal dunia. 1 Jun, 2005, Scottsdale, Arizona.) A.S. Pemain bola keranjang dan eksekutif. Beliau seorang pelajar yang cemerlang di Universiti DePaul, tempat dimana beliau belajar untuk ijazah perundangan. Dengan ketinggian 6 kaki 10 inci (2.08 m), beliau menjadi antara lelaki tinggi pertama bermain bola keranjang selepas tamat Perang Dunia ke II. Beliau bermain untuk pasukan Minneapolis Lakers (sekarang dikenali sebagai Los Angeles Lakers) dalam tahun 1947-54 dan 1955-56, menerajui pasukan untuk enam kejuaraan. Beliau kemudiannya dinamakan sebagai pesuruhjaya Persatuan Bola Keranjang Amerika. Satu undian Persatuan Akhbar pada 1950 menamakan beliau sebagai pemain bola keranjang terbaik bahagian pertama abad ke-20. M1284 Mikolajczyk Stanistaw ; Mikolajczyk \,m-kl-'-chik\, Stanistaw. (lahir. 18 July, 1901, Holsterhausen, dekat Gelsenkirchen, Jerman.meninggal dunia. 13 Dis., 1966, Washington, D.C., A.S.) Negarawan Poland. Beliau menubuhkan Parti Petani dan menjadi ketua (1931-39). Selepas penaklukan Jerman ke atas Poland (1939) beliau pergi ke London, dimana beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri (194344) kerajaan Poland dalam buangan. Beliau kembali pada tahun 1945 dan menjadi timbalan kedua ulung dalam kerajaan sementara yang didominasi komunis. Beliau mencuba merubah kerajaan demokrasi, tetapi penindasan daripada Parti Petani bukan Komunis memaksa beliau berhijrah ke Britain pada tahun 1947 dan kemudian ke A.S. M1285 Mikon Lihat MICON M1286 Mikoyan Anastas (Ivanovich) ; Mikoyan \, m-k-'yn\, Anastas (Ivanovich). (lahir. 25 Nov, 1895, Sanain, Armeniameninggal dunia. 21Okt, 1978, Moscow, Rusia, U.S.S.R.) Negarawan Rusia. Selepas menyertai Bolshevik pada 1915, beliau menjadi ketua parti di Caucasus. Sokongan beliau terhadap JOSEPH STALIN menyebabkan beliau layak manjawat jawatan di dalam Parti Komunis Tengah (1923).

Beliau adalah komisar perdagangan dari tahun 1926, ahli badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dlm parti komunis (Politburo) dari tahun 1935, dan dan timbalan unggul (1946-64), yang mengawal perdagangan negara. Beliau menyokong kebangkitan kuasa NIKITA KHRUSHCHEV dan menjadi penasihat rapat beliau serta timbalan ulung Soviet Union. Beliau menjadi pengerusi Presidium Supreme Soviet (1964-65). M1287 milad lihat MAWLID M1288 Milan, bahasa Itali Milano ; Milan \m-'lan,m-'ln\ Italian Milano \ m-'ln\. Ibu negara (populasi, awal tahun 2001.: 1,182,693), wilayah LOMBARDY, utara Itali. Kawasan tersebut yang didiami oleh orang-orang Gaul pada kurun ke-600 SEBELUM MASIHI. Dikenali sebagai Mediolanum, ia telah ditakluk oleh Rom pada tahun 222 SEBELUM MASIHI. Pada tahun 452 SELEPAS MASIHI, ia telah diserang oleh ATILLA dan kemudian pada tahun 539, ia diserang oleh Goth, pada tahun 774 ia jatuh ke tangan CHARLEMAGNE. Kuasa Milan bertambah pada kurun ke-11 tetapi ia di musnahkan oleh EMPAYAR SUCI ROM pada tahun 1162. Dibina semula sebagai sebahagian daripada PAKATAN LOMBARD pada tahun 1167, Milan mencapai kemerdekaan pada tahun 1183. Pada tahun 1450, FRACESCO SFORZA menemui dinasti baru disana; selepas 1499 tahun ia diperintah secara bertukar ganti oleh Perancis dan keluarga Sforza iaitu sehingga tahun 1535, ia diperintah oleh HABSBURGS. NAPOLEON mengambil alih kuasa pada tahun 1796, dan pada 1805 ia menjadi ibu negara bagi Itali. Milan disatukan menjadi Itali pada tahun 1860. Milan mengalami kerosakan yang sangat teruk semasa Perang Dunia ke-II tetapi ia dibina semula. Ia menjadi pusat ekonomi utama Itali dengan perkembangan dalam industry dan penghasilan tekstil. Ia terkenal kerana industri fesyen dan penghasilan barangan elektrik serta menjadi pusat kewangan Itali. Tempat-tempat bersejarah di Milan termasuk Duomo kuno iaitu gereja ketiga terbesar Eropah; Palazzo di Brera (1651); biara pada kurun ke-15 yang menjadi tempat untuk pementasan karya Leonardo da VINCI iaitu Last Supper dan rumah opera LA SCALA. M1289 Dekri Milan ; Milan Decree (17 Dis, 1807) Polisi ekonomi semasa PEPERANGAN NAPOLEON. Ia adalah sebahagian daripada SISTEM KEBENUAAN yang diperkenalkan oleh Napoleon untuk menyekat urusan

perdagangan dengan pihak British. Ia melebarkan sekatan ke atas pelabuhanpelabuhan kontinental kepada kapal-kapal berkecuali yang berdagang dengan British serta memberi kesan kepada perkapalan A.S. M1290 kulapuk ; mildew. Kelompok kulat seperti benang yang mudah di lihat (lihat MISELIUM) dan struktur-struktur pembuahan yang dihasilkan oleh pelbagai fungus (bahagian Mycota; lihat FUNGUS). Kulapuk tumbuh pada kain, serat, barangan kulit, dan tumbuh-tumbuhan, menggunakan bahan-bahan tersebut untuk tumbesaran dan pembiakan. Conspicuous mass of threadlike hyphae (see MYCELIUM) andbahagian fruiting structures produced by various fungi (division Mycota; see FUNGUS). Mildew grows on cloth, fibres, leather goods, and plants, using these substances as food for growth and reproduction. Kulapuk kekapas dan kulapuk berserbuk adalah penyakit tumbuhan yang mengancam ratusan spesis. M1291 batu ; mile. Mana-mana unit untuk jarak, termasuk batu statut iaitu 5,280 kaki (1.61km). Ia berasal daripada perkataan Roman mille passus, atau ribuan langkah, yang mengukur 5,000 kaki Roman (4,840 kaki Inggeris [1,475 km]). Satu batu nautika ialah panjang di atas permukaan Bumi kepada satu l minit lengkung atau, menurut definisi antarabangsa, 1,852 m (6,076.12 kaki [1.1508 batu statut]); ia kekal digunakan dalam pengangkutan laut dan udara. Satu knot ialah satu nautika per jam. Lihat juga SISTEM UNIT ANTARABANGSA: SISTEM METRIK. M1292 Miletus ; Miletus \m-'l-ts \. Bandar purba Greek di barat ANATOLIA. Ia merupakan bandar Greek terhebat di timur pada tahun ke-500 sebelum Masihi. Terkenal dengan perdagangan dan kuasa penjajah, ia turut terkenal dengan tokohtokoh ilmuan, termasuk THALES, ANAXIMANDER, ANAXIMENES, dan Hecataues. Diperintah oleh pemerintah Greek yang zalim, ia kemudiannya ditadbir dibawah LYDIA dan dinasti Achaemenian Parsi. Kira-kira 499 tahun Sebelum Masihi Miletus memerintah wilayah memberontak yang menjadi penyebab kepada PERANG PARSI, dan ia dimusnahkan oleh Parsi pada tahun 494 Sebelum Masihi. Ia menyertai PAKATAN DELIAN selepas Greek mengalahkan Parsi. Ia kemudiannya jatuh ke tangan ISKANDAR ZULKARNAIN pada tahun 334 Sebelum Masihi tetapi masih kekal dengan kepentingan perdagangan. Menjelang kurun ke-6 Selepas Masihi, kedua-dua pelabuhan dipenuhi lanar dan akhirnya ditinggalkan. Terletak berhampiran

muara SUNGAI MENDERES, ia menjadi tapak untuk kajian purba. M1293 Selat Milford ; Milford Sound. Serokan LAUT TASMAN, pantai barat daya South Island, New Zealand. Kira-kira 2 batu (3 km), selat ini mengunjur sejauh 12 batu (19 km) ke pedalaman. Pada tahun 1820-an, ia dinamakan sempena nama seorang pemburu ikan paus kerana persamaan yang ada padanya dengan Milford Haven di Wales. Ia merupakan serokan paling utara di TAMAN NEGARA FIORD LAND dan merupakan bandar Selat Milford, iaitu salah satu daripada kawasan yang kurang didiami secara tetap. M1294 Milhaud Darius ; Milhaud \m-'y\, Darius (lahir. 4 Sept, 1892, Wilayah Aix-en- Perancismeninggal dunia. 22 Jun, 1974, Geneva, Switzerland.) Komposer berbangsa Perancis. Milhaud menuntut di Sekolah Muzik Paris, dan kemudian di Schola Cantorum dengan VINCENT DINDY. Beliau menjadi terkenal sebagai salah seorang anggota Les SIX, iaitu satu kumpulan komposer muda Perancis. Muzik beliau dikategorikan sebagai polytonal (penggunaan serentak pelbagai nada dalam muzik), seperti dalam Saudades do Brazil (1921) ; walaupun sumbang, hasil gubahan beliau mengekalkan kualiti lirik. Pengaruh muzik jaz dapat didengari dalam hasil karya beliau yang tersohor, balet The Creation of the World (1923). Beliau menulis banyak balet, opera dan skor filem pada tahun 1920-an dan kemuncaknya semasa pementasan besar-besaran Christophe Colomb (1928). Milhaud mempunyai hubungan baik dengan Festival Muzik Aspen, yang mana beliau membantu mengasaskan festival tersebut pada 1949. M1295 miliaria ; miliaria \,mi-l-'ar-- \. Gangguan rangsangan pada KULIT, dengan kawasan berganda pada liang peluh. Saluran yang tersumbat menyebabkan peluh mengalir ke pelbagai lapisan kulit dan menghasilkan reaksi rangsangan. Jenis yang biasa ditemui dikenali sebagai ruam panas, terjadi apabila peluh mengalir ke lapisan kulit paling luar. Lepuh atau benjol yang menyerupai jerawat biasanya terjadi pada batang tubuh dan anggota badan dan akan menyebabkan rasa gatal dan pedih. Ia biasanya menjangkiti bayi-bayi di kawasan beriklim tropika. Lihat juga PELUH, KELENJAR PELUH. M1296 Akademi Tentera A.S. ; Military Academy, U.S. lihat AKADEMI TENTERA

AMERIKA SYARIKAT M1297 kejuruteraan tentera ; military engineering. Seni dan latihan untuk mereka bentuk serta membangunkan kerja-kerja ketenteraan, juga membangun dan mengekalkan jaringan pengangkutan serta komunikasi. Ia termasuk sokongan taktikal (lihat MUSLIHAT) di medan perang, juga pembinaan KUBU-KUBU serta kemusnahan pangkalan musuh, dan sokongan strategic (lihat STRATEGI) jauh daripada barisan hadapan, seperti pembinaan dan penyelenggaraan lapangan udara, pelabuhan-pelabuhan, jalan raya, landasan keretapi, jambatan dan hospital. Penggunaannya paling mengagumkan di zaman dahulu kala ialah TEMBOK BESAR China. Jurutera ketenteraan yang termasyhur di dunia Barat pada zaman dahulu kala ialah orang-orang Rom, yang mengekalkan kuasa mereka dengan membina bukan sahaja kubu-kubu dan garison, tetapi juga jalan raya, jambatan, akueduk, pelabuhan serta rumah api. Lihat juga KEJURUTERAAN AWAM. M1298 kerajaan tentera ; military government. Pentadbiran wilayah melalui penggulingan kuasa. Definisi yang diberi tidak termasuk angkatan tentera yang ditempatkan di wilayah berkecuali yang berkongsi tanggungjawab pentadbiran dengan pihak berkuasa tempatan. Kerajaan tentera juga mesti dibezakan daripada UNDANG-UNDANG KETENTERAAN dan UNDANG-UNDANG PEPERANGAN. Kuasa kerajaan tentera bertahan sehingga ia menyerah kalah atau digulingkan. Istilah ini digunakan oleh negara yang ditadbir oleh ketenteraan sendiri, sama ada ia mendapat kuasa melalui COUP DTAT atau melalui badan kerajaan yang sah. M1299 undang-undang ketenteraan ; military law. Undang-undang yang dibuat untuk mengawal angkatan tentera dan pekerja-pekerja awam mereka. It in no way relieves military personnel of their obligations to their countrys civil code or to the codes of INTERNATIONAL LAW. MUTINY, insubordination, desertion, misconduct, and other offences injurious to military discipline constitute violations of military law; offenders may be subject to COURT-MARTIAL. Lesser offenses may be penalized summarily by a commanding officer (e.g., through the withdrawal of privileges or the cancellation of liberty).

M1300 unit ketenteraan ; military unit. Kumpulan yang telah ditentukan bilangan anggota dan mempunyai peranan tertentu dalam peperangan pada satu-satu organisasi ketenteraan yang besar. Ketua unit di dunia purba adalah FALANKS GREEK dan LEGION ROMAWI. Unit-unit moden diasaskan pada kurun ke-16 hingga kurun ke18, bilamana angkatan tentera profesional muncul semula di Eropah selepas berakhirnya Zaman Pertengahan. Sejak dari itu, unit-kompeni asas seperti BATALION, BRIGADE dan division kekal digunakan. Unit terkecil yang digunakan pada hari ini ialah skuad, yang mempunyai 7 hingga 14 orang askar dan diketuai oleh seorang sarjan. Tiga ke empat skuad membentuk satu PLATUN, dan dua atau lebih skuad membentuk kompeni, yang mempunyai 100 hingga 250 orang askar di bawah kuasa seorang kapten atau mejar. Dua atau lebih kompeni membentuk satu batalion , dan beberapa batalion membentuk satu brigade. Dua atau lebih brigade bersama-sama dengan pelbagai batalion khusus, membentuk satu division, yang mempunyai 7,000 hingga 22,000 orang askar dibawah pemerintahan seorang mejar general. Dua hingga tujuh division membentuk satu kor tentera, dibawah pemerintahan seorang leftenan general, dengan kekuatan seramai 50,000 hingga 300,000 orang askar dan merupakan formasi terbesar bagi satu-satu angkatan tentera, walaupun pada masa perang dahulu, dua hingga tiga kor digabungkan untuk membentuk satu field army (dibawah kuasa general), dan field army boleh juga digabungkan menjadi kumpulan askar. M1301 Militia ; Militia /m-'li-sh/. Pertubuhan tentera rakyat dengan latihan ketenteraan yang terhad, dan biasanya bersiap sedia sebagai pertahanan tempatan semasa kecemasan. Di kebanyakan negara, militia diasaskan sejak zaman dahulu kala lagi. Anglo-Saxons menetapkan setiap lelaki yang bebas dan berkeupayaan untuk memberi khidmat. Penjajah Amerika menentang puak Asli Amerika menggunakn militia semasa ketiadaan angkatan tentera Britain. Semasa REVOLUSI AMERIKA, militia atau dipanggil minutemen, membekalkan askar dengan banyak untuk angkatan tentera Amerika Syarikat. Militia-militia memainkan peranan yang sama dalam PERANG PADA 1812 dan PERANG SAUDARA AMERIKA. Sukarelawan militia yang mengawal negara A.S. menjadi Pengawal Negara. Unit militia British yang diasaskan pada kurun ke -16 untuk pertahanan negara dan bertanggungjawab kepada syerif atau lord lieutenant, telah diserapkan ke dalam angkatan tentera biasa pada kurun ke-20. Hari ini, pertubuhan separa tentera, dari supremasi hingga pemimpin revolusi negara membangun, menggunakan istilah militia untuk

menonjolkan asal populis mereka. M1302 Susu ; Milk. Cecair yang dirembeskan oleh kelenjar mama bagi mamalia betina untuk tujuan menyusukan anak. Susu daripada haiwan ternakan juga menjadi sumber makanan yang penting bagi manusia. Kebanyakan susu yang diminum di negara-negara barat datangnya daripada lembu; sumber penting lain termasuk biribiri, kambing, kerbau, dan unta. Pada asasnya, susu merupakan campuran LEMAK, dan PROTIEN di dalam air, juga gula larut, mineral-mineral (termasuk KALSIUM dan FOSFORUS), serta vitamin, terutamanya VITAMIN B KOMPLEKS. Susu lembu yang diproses secara komersial biasanya kaya dengan vitamin A dan D. Kebanyakan negara mengkehendaki PEMPASTURAN untuk menghalang daripada berlakunya pencemaran mikroorganisma pada susu. Penyejukan selanjutnya menghalang susu daripada rosak (masam dan menjadi dadih). Lemak daripada susu penuh (kira-kira 3.5% kandungan lemak) boleh diasingkan untuk menghasilkan KRIM dan susu rendah lemak (1-2% lemak) atau skim (0.5% lemak). Susu biasanya dihomogenkan, ditekan di bawah tekanan tinggi melalui bukaan kecil supaya lemak boleh dibahagikan secara sama rata. Ia juga boleh dimeluwap, disejat atau dinyahhidrat untuk pemeliharaan dan memudahkan ia dipindahkan. Produk tenusu yang lain termasuk MENTEGA, KEJU dan DADIH. M1303 Milk, Harvey (Bernard) asal. Glimpy Milch ; Milk, Harvey (Bernard) orig. Glimpy Milch. (lahir. 22 Mei, 1930, Woodmere, Long Island, N.Y., A.S.meninggal dunia. 27 Nov, 1978, San Francisco, California.) Ketua politik A.S. Selepas tamat pengajian di kolej, beliau berkhidmat dengan tentera laut A.S. dan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1955 (walaupun Milk mendakwa perkhidmatan beliau ditamatkan secara tidak terhormat atas alasan masalah homoseksual, tetapi rekod ketenteraan tidak menyokong tuduhan tersebut). Beliau kemudian menetap di San Fransisco dan menjadi ketua kepada masyarakat gay bandar. Pada tahun 1977 beliau dilantik menjadi penyelia kepada lembaga pengarah bandar, menjadikan beliau gay pertama yang dilantik secara rasmi memegang jawatan pegawai dalam sejarah A.S. Pada tahun 1978, Milk dan datuk bandar, George Moscone (1929-78), telah ditembak dan dibunuh di Dewan Bandar Raya oleh Dan White, seorang bekas penyelia Bandar yang berfikiran konservatif. Semasa perbicaraan bunuh ke atas White, peguam-peguam beliau berhujah bahawa beliau bertindak sedemikian kesan

daripada makanan ringan yang dimakan (satu taktik yang kemudian dikenali sebagai pertahanan Twinkie); tuduhan yang kurang serius ke atas beliau berkaitan pematian manusia secara sukarela mencetuskan kekacauan di bandar. Milk menjadi subjek dalam banyak buku dan filem, termasuk dokumentari pada tahun 1984 The Times of Harvey Milk, yang mana menerima Anugerah Akademi. M1304 Milken, Michael R ; Milken, Michael R. (lahir 4 Julai, 1946, Encino, California., A.S.) Ahli kewangan dan usahawan A.S. Beliau menuntut di Sekolah Wharton, Universiti Pennsylvania dan mula bekerja pada tahun 1969 untuk syarikat berasaskan pelaburan-bank, Drexel Burnham Lambert Inc. Pada tahun 1971 beliau menjadi ketua jabatan jual-beli bon. Beliau berjaya mempengaruhi ramai pelanggan untuk melabur dalam JUNK BONDS yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat baru atau mempunyai masalah kewangan; peningkatan tersebut membiayai kelas baru untuk penyerang korporat yang menjalankan banyak penggabungan, pemerolehan, pengambilalihan secara paksa dan pembelian habis secara pengaruh syarikat pada tahun 1980-an. Pada penghujung dekad, pasaran junk-bond bernilai $150 dan Drexel menjadi perintis firma kewangan. Pada tahun 1986, pelanggan syarikat iaitu Ivan Boesky yang dituduh melakukan perdagangan melalui orang dalam, membabitkan Milken dan firma tersebut dalam transaksi beliau. Dituduh memberi pernyataan palsu untuk mendapatkan faedah dari sekuriti dan dikenakan denda yang berat, Drexel kemudiannya diisyhtihar muflis pada tahun 1990 apabila pasaran junk bond jatuh merudum. Pada tahun yang sama, Milken mengaku bersalah atas tuduhan memberi pernyataan palsu dan dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda $600juta; beliau memperolehi kekayaan kali kedua selepas 22 bulan dibebaskan. M1305 keluarga milkweed ; milkweed family. Keluarga Asclepiadaceae, terdiri daripada kira-kira 2,000 spesis tumbuhan herba berbunga atau tumbuhan menjalar renek dalam lebih daripada 280 genus. Kebanyakan ahli keluarga mempunyai buah yang berjus keruh dan berlengai, serta benih lembut yang berumbai-umbai yang mana dibawa oleh angin ke tempat lain untuk tunas baru bertumbuh. Milkweed yang biasa (Asclepias syriaca) dan bloodflower (A.curassavica) biasanya ditanam untuk tujuan perhiasan. Hoya carnosa biasanya dipanggil tumbuhan lilin kerana bunga putih berlilin, yang biasanya ditanam sebagai pokok pasu di luar rumah. Keluarga tumbuhan ini turut termasuk TUMBUHAN-TUMBUHAM SUKULEN, sesetengah

PERIUK KERA dan BUTTERFLY WEED. M1306 Galaksi Bima Sakti ; Milky Way Galaxy. Galaksi gerakan pilin yang besar (anggaran kasar 150,000 tahun cahaya diameter) yang mengandungi SISTEM SOLAR Bumi. Ia termasuk himpunan bintang yang mana cahayanya dilihat sebagai Bima Sakti, iaitu jalur jelas tidak sekata yang mengelilingi angkasa serta menjelaskan kedudukan satah-satah cakera galaksi. Sistem galaksi Bima Sakti mengandungi ratusan juta bintang dan sejumlah besar gas antara najam dan habuk. Kerana habuk menghalang pandangan ahli astronomi dari banyak bintang, sebahagian besar kawasan tidak dapat dikaji sebelum terhasilnya ASTRONOMI INFRARED dan radio astronomi (lihat RADIO dan RADAR ASTRONOMI). Unsur, bentuk dan saiz sebenar serta pergerakannya masih tidak diketahui; ia dipercayai mengandungi sejumlah besar JIRIM GELAP dan LUBANG HITAM pada terasnya. Matahari terletak pada salah satu lengan pilin Galaksi, iaitu kira-kira 27,000 tahun cahaya dari pusatnya. M1307 Mill, James ; Mill, James. (lahir. 6 April, 1773, Northwater Bridge, Forfarshire Scot.meninggal dunia. 23 Jun, 1836, London, England.) Ahli falsafah, sejarawan dan ahli ekonomi berbangsa Scotland. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Edinburgh dan mengajar, beliau pergi ke London pada tahun 1802, di mana beliau bertemu dengan JEREMY BENTHAM dan menjadi promulgator utama untuk FAHAMAN UTILITARIAN Bentham. Beliau menulis beberapa jurnal, termasuk Edinburgh Review (1808 hingga 1813), dan turut menyumbang rencana mengenai kerajaan dan pendidikan kepada Ensiklopedia Britannica. Beliau turut mengasaskan Universiti London pada tahun 1825. Selepas menghasilkan jurnal History of British India (vol 3., 1817), beliau dilantik menjadi seorang pegawai di India House (1819) dan kemudian menjadi ketua di pejabat pemeriksa (1830). Kritikan beliau terhadap undang-undang yang dibuat oleh British menyebabkan perubahan dalam kerajaan India. Karya beliau, Elements of Political Economy (1821) meringkaskan pandangan DAVID RICARDO, dan satu lagi karya, Analysis of the Phenomena of the Human Mind (1829) menghubungkan psikologi dengan fahaman utilitarian, satu doktrin yang diteruskan oleh anal lelaki beliau, JOHN STUART MILL. Mill dianggap sebagai pengasas falsafah radikalisme.

M1308 Mill, John Stuart ; Mill, John Stuart. (lahir. 20 Mei, 1806, London, Eng. meninggal dunia. 8 Mei, 1873, Avignon, Perancis) Ahli falsafah dan ahli ekonomi berbangsa British, ekspositor ulung FAHAMAN UTILITARIAN. Beliau dididik secara ekslusif dan menyeluruh oleh bapa beliau, JAMES MILL. Semasa berusia 8 tahun, beliau telah pun membaca Fabel Aesop Greek asli, Xenophons Anabasis, dan kesemua Herodotus, serta beliau mula belajar mengenai geometri Euclid; semasa berumur 12 tahun, beliau mula belajar secara mendalam mengenai logik ilmiah. Pada tahun 1823, beliau membantu JEREMY BENTHAM mengasaskan Masyarakat Berfahaman Utilitarian, dan kemudiannya beliau mengubahsuai fahaman utilitarian yang diwarisi daripada Bentham dan bapanya untuk menjawab persoalan yang timbul. Pada tahun 1826, beliau bersama-sama Bentham mengasaskan Universiti London (sekarang kolej universiti). Dari tahun 1828 hingga tahun 1856, beliau menjadi pembantu pemeriksa di India House, dimana dari tahun 1836, beliau bertanggungjawab terhadap hubungan antara Syarikat India Timur dengan negara India. Pada tahun 1840, beliau menerbitkan karya kerja sistematik dalam ekonomi politik, terutamanya A System of logic (vol 2., 1843) dan Principles of Political Economy (vol 2., 1848). Sebagai ketua di pejabat pemeriksa di India House dari tahun 1856 hingga tahun 1858, beliau menulis pertahanan untuk kerajaan India semasa penyerahan kuasa dicadangkan. Pada tahun 1859, beliau menerbitkan On Liberty, satu komen tajam untuk mempertahankan kebebasan individu. Karya beliau, Utilitarianism (1863) adalah satu percubaan tertutup untuk menjawab bantahan terhadap teori etika, dan meleraikan salah faham tentang perkara tersebut; beliau berkeras bahawa utiliti termasuk kebebasan untuk berimaginasi dan kepuasan dari segi emosi serta sistem ini turut memasukkan tempat untuk menyelesaikan undangundang berkaitan perlakuan. Pada tahun 1869, beliau menerbitkan The Subjection Of Women (ditulis pada tahun 1861), kenyataan mengenai teori klasik berkaitan hak mengundi kaum wanita. Sebagai pegawai seranta yang penting pada kurun ke-19, minat beliau masih lagi sebagai ahli logik dan ahli teori etika. M1309 GAMBAR-- (keterangan gambarGadis Buta, lukisan berasaskan minyak oleh Sir John Everett Millais, 1856; di Muzium Bandar Birmingham dan galeri Seni, Birmingham, Eng. EHSAN DARIPADA MUZIUM BIRMINGHAM DAN GALERI SENI BIRMINGHAM

Millais, Sir John Everett ; Millais/mi-,l,mi-'l/, Sir John Everett. (lahir. 8 Jun, 1829, Southampton, Hampshire, England.-meninggal dunia. 13 Ogos, 1896, London) Pelukis dan pengilustrasi British. Pada tahun 1848, beliau menjadi salah seorang ahli yang mengasaskan PRERAPHAELITES, iaitu satu kumpulan pembangkang kepada lukisan akademik kontemporari. Pada tahun 1950-an, beliau mengecapi zaman kegemilangan hasil dari karya beliau iaitu The Return of the Dove to the Ark (1851) dan salah satu daripada karya beliau yang menjadi tumpuan ramai, The Blind Girl (1856), mengetengahkan unsur sentiment Victoria dan kecekapan teknikal. Beliau terkenal sebagai seorang pelukis potret, juga sebagai pengilustrasi buku, khususnya untuk novel-novel yang ditulis oleh ANTHONY TROLLOPE. M1310 Milland, Ray asal. Reginald Truscott-Jones ; Milland /mi-land/,Ray orig. Reginald Truscott- Jones. (lahir. 3 Jan, 1907, Neath, Glamorganshire, Walesmeninggal dunia. 10 Mac, 1986, Torance, California, A.S.) Pelakon A.S. dari Wales. Beliau membuat kemunculan pertama untuk filem pada tahun 1929 dan berpindah ke Hollywood pada tahun 1930. Memegang watak utama sebagai seorang yang periang dan romantik dalam kebanyakn filem pada tahun 1930-an dan 1940-an, beliau akhirnya berjaya merangkul anugerah untuk watak sebagai seorang penulis bermasalah alkohol untuk filem The Lost weekend (1945, Academy Award) dan beliau turut berlakon untuk babak-babak dramatik dalam The Big Clock (1948), Something to Live For (1952), dan Dial M for Murder (1945). Pada tahun-tahun akhir hidupnya, beliau hanya melakonkan watak-watak kecil. Beliau turut mengarah beberapa buah filem pada tahun 1950-an dan awal tahun 60-an. M1311 Millay, Edna St. Vincent ; Millay, Edna St. Vincent (lahir. 22 Feb, 1892, Rockland, Maine, A,S.-meninggal dunia. 19 Okt, 1950, Austerlitz, N.Y.) Penulis drama dan penyair A.S. Karya beliau banyak dipengaruhi oleh imejan kawasan desa dan pesisir pantai Maine. Pada tahun 1920-an, semasa beliau menetap di Desa Greenwich, beliau banyak mempesonafikasi keberanian dan tentangan dalam percintaan golongan muda. Antara hasil karya beliau ialah , Renascence (1917); A Few Figs from Thistles (1920); The Harp Weaver (1923,Pulitzer Price); The Buck in the Snow (1928); dan Wine from These Grapes (1934). M1312 Mille, Agnes de lihat Agnes DE MILLE

M1313 dewangga millefleurs /ml-'flrz/ Perancis jutaan bunga; millefleurs tapestry /ml-'flrz/ French thousand flowers. DEWANGGA yang dikenali dengan corak motif bunga kecil yang banyak. Kebanyakan dewangga millefleurs mempunyai latar sekular dan alegori. Ia dipercayai dibuat pertama kali di daerah loire, Perancis pada pertengahan kurun ke-15. Memandangkan dewangga semakin terkenal, ia kemudian dihasilkan di banyak tempat di Perancis diikuti dengan Negara-Negara Pamah sehingga penghujung kurun ke-16. M1314 seribu tahunan atau fahaman millenaria ; millennialism or millenarianism. Kepercayaan dalam milenium berdasarkan ramalan dalam agama Kristian (Pendedahan 20), 1,000 tahun apabila Jesus memerintah dunia, atau mana-mana pergerakan agama yang dapat meramal zaman yang makmur dan bahagia. Terdapat dua ekspresi dalam fahaman millenaria. Sebelum millenaria percaya bahawa Kedatangan Jesus yang kedua akan tiba sebelum tahun ke seribu dan akan memulakan perang antara kebaikan dan kejahatan, yang mana diikuti dengan penubuhan kerajaan ke-1,000 tahunan di dalam dunia atau syurga. Selepas millenaria percaya bahawa Jesus akan pulang selepas penubuhan kerajaan ke-1,000 tahunan yang benar dan makmur, dan bersedia untuk Kedatangan kedua. Sepanjang era Kristian, perubahan dalam sosial atau krisis telah membawa kepada kebangkitan fahaman millenaria. Antara contoh penting fahaman millenaria purba termasuk lagenda tentang maharaja terakhir, dan hasil penulisan JOACHIM OF FIORE. Semasa zaman Reformasi, ANABAPTISTS, Bohemian Brethren, dan kumpulan-kumpulan lain telah mempunyai kepercayaa millenaria. Ianya sekarang berkait dengan dinominasi Protestan sebagai ADVENTISTS, JEHOVAHS WITNESSes, dan MORMONS. Dalam fahaman yang lebih luas, banyak tradisi yang bukan-Kristian termasuk PURE LAND BUDDHISM dan agama GHOST DANCE turut dianggap sebagai fahaman seribu tahunan. M1315 Milenium ; Millennium. Jangka masa 1,000 tahun. KALENDAR GREGORIAN mentafsir pada tahun 1582 dan kemudian diikuti oleh kebanyakan negara,tidak termasuk tahun 0 dalam pertukaran dari Sebelum Masihi (tahun sebelum Jesus) ke Selepas Masihi (sejak kelahiran Jesus). Lantas, milenium pertama didefinisi sebagai, jangka masa dari tahun 1 hingga 1,000, dan milenium ke-2 dari tahun 1001

hingga 2000. Walaupun pelbagai perayaan popular dirai untuk menandakan tahun 2000, kurun ke-21 dan milenium ke-3 Selepas Masihi bermula pada 1 Januari, 2001. M1316 Millennium bug lihat Y2K BUG M1317 Miller atau rama-rama owlet ; Miller or owlet moth. Mana-mana dari lebih 20,000 spesis rama-rama dalam keluarga LEPIDOPTERA Noctuidae, yang biasa dijumpai di serata dunia. Sesetengah spesis mempunyai kelebaran sayap sehingga 1 kaki (30 cm), iaitu yang terbesar dalam spesis rama-rama, tetapi kebanyakan ramarama mempunyai sayap selebar 1.5 inci (4 cm) atau kurang. Biasanya sayap ramarama berwarna suram. Larva bort dan larva dewasa bagi kebanyakan spesis makan pada waktu malam. Larva dewasa memakan buah-buahan, sap dan madu bunga. Larva bagi kebanyakan spesis adalah haiwan perosak tanaman (contoh. ULAT PANGKAS, ULAT KAPAS) yang memakan dedaun dan biji benih, serta mengorek dahan dan buah-buah, makan atau memutuskan akar. Sedikit spesis memburu serangga teritip. M1318 Miller, Arthur ; Miller, Arthur. (lahir . 17 Okt, 1915, New York, N.Y., A.S.meninggal dunia. 10 Feb, 2005, Roxbury, Connecticut.) Penulis drama A.S. Beliau mula menulis drama sejak menuntut di Universiti Michigan. Drama pertama beliau yang penting, ALL My sons (1947), diikuti dengan karya beliau yang terkenal iaitu Death of a sales man (1949, Hadiah Pulitzer), mengenai tragedi yang telah menghancurkan hidup seorang lelaki kerana nilai-nilai salah yang menjadi amalan masyarakat di kawasan tersebut. Terkenal kerana menggabungkan kesedaran sosial dengan pencarian jiwa dalam watak-watak, Miller menulis lebih banyak drama, termasuk The Crucible (1953), yang menggunakan plot cubaan Salem untuk menyerang McCarthyism, A view from the Bridge (1955), After the fall (1964), The Last Yankee (1992), dan Resurrection blues (2002). Beliau turut menulis cerita-cerita pendek, esei dan lakon layar untuk Misfits (1961), yang dibintangi MARILYN MONROE, iaitu isteri kedua beliau. M1319 Miller, George A(rmitage) ; Miller, George A(rmitage). (lahir. 2 Feb, 1920, Charleston, W.Va. A.S.) Ahli psikologi A.S. Beliau mengajar di Universiti Harvard, Universiti Rockefeller, dan Universiti Princeton. Beliau terkenal dengan kerja-kerja

berkaitan psikologi kognitif, khususnya komunikasi dan psikolinguistik. Dalam buku Plans and the structure of Behavior (ditulis bersama Eugene Galanter dan Karl Pribram, 1960), Miller mengkaji bagaimana pengetahuan dikumpul dan disusun menjadi gambaran praktikal atau pelan. Hasil kerja beliau yang lain termasuk Language Communication (1951) dan The Science of Words (1991), yang memfokus kepada psikologi bahasa dan komunikasi. Beliau menerima Pingat Sains Kebangsaan pada tahun 1991. M1320 Miller, (Alton) Glenn ; Miller, (Alton) Glenn. (lahir. 1 Mac, 1904, Clarinda, Iowa, A.S-meninggal dunia. 16 Dis, 1944, di laut). Pemain trombon dan ketua kepada salah satu kumpulan penari terkemuka pada era SWING di A.S. Miller membentuk kumpulan beliau pada tahun 1937. Muzik beliau dikenali kerana gubahan yang tepat hasil gabungan buniy klarinet yang mendahului bunyi saksofon. Miller membubarkan kumpulan beliau pada tahun 1942 untuk mengetuai kumpulan tentera dalam peperangan. Beliau dalam perjalanan dari London ke Paris semasa pesawat yang dinaiki hilang dari radar English Channel dan tidak pernah ditemui. Rakaman beliau seperti Moonlight Sonata, Chattanooga Choo-Choo, In the Mood, dan String of Pearls merupakan lagu-lagu klasik pada era tersebut. M1321GAMBAR--(Keterangan-- Henry Miller. CAMERA PRESS) Miller, Henry (Valentine) (lahir. 26 Dis, 1891, New York, N.Y. A.S.-meninggal dunia. 7 Jun, 1980, Pacific Palisades, California.) Penulis A.S dan seorang bohemian yang lucu. N.Y., zaman kanak-kanak dalam Black Spring (1936). Tropic of Cancer (1934), satu monolog tentang hidup beliau sebagai seorang ekspatriat miskin di Paris, dan Tropic of Capricorn (1939), menceritakan tentang kehidupan awal beliau di New York, yang mana cerita tersebut diharamkan di A.S. dan Britain sehingga tahun 1960an. The Air-Conditioned Nightmare (1945) merupakan kisah kritikal semasa melancong ke A.S. Beliau bermastautin di pantai California, di mana beliau menjadi tumpuan ramai pemuja dan menulis Crucifixion trilogy, Sexus, Plexus, and Nexus (edisi A.S., 1965). M1322 Miller, Jonathan (Wolfe) ; Miller, Jonathan (Wolfe). (lahir. 21 Julai, 1934, London, Eng.) Pelakon, penulis dan pengarah British. Selepas memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Cambridge, beliau membuat kemunculan pertama secara

profesional di Festival Edinburgh dalam pusparagam sindiran Beyond the Fringe (1960). Sebagai pengarah pementasan, beliau menjadi masyhur kerana interpretasi kontroversi beliau mengenai karya klasik. Penghasilan opera beliau yang inovatif, seperti Eugene Onegin PYOTR TCHAIKOVSKY, untuk Opera Kebangsaan Inggeris sna kumpulan-kumpulan lain menjadi tontonan antarabangsa. Beliau menulis siri perubatan, The Body in Question (1977) untuk Perbadanan Penyiaran British (BBC) dan States of Mind (1982). M1323 Miller, Need E(Igar) ; Miller, Need E(Igar). (lahir. 3 Ogos, 1909,

Milwaukee, Wis., A.S.-meninggal dunia. 23 Mac, 2002, Hamden, Connecticut.) Ahli psikologi A.S. Beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Yale dan meneruskan eksperimen berkaitan pembelajaran di Institut Hubungan Manusia, Universiti Yale. In Social Learning and Imitation (1941) dan Personality and Psychotherapy (1950), beliau bersama-sama John Dollard memperkenalkan teori motivasi yang didasari kepuasan dari aspek sosial dan psikologi, digabungkan dengan elemen-elemen pengukuh perlakuan dan pembelajaran. Miller mencadangkan bahawa corak-corak tingkah laku terhasil kerana pengubahsuaian dorongan biologi atau sosial yang disokong oleh keadaan dan pengukuhan. BBeliau mengajar di Universiti Rockefeller (1966-81). M1324 Millerand, Alexandre ; Millerand /ml-'rn\ , Alexandre. (lahir. 10 Feb, 1859, Paris , France-meninggal dunia. 7 April, 1943, Versailles) Ahli politik Perancis. Beliau merupakan seorang editor untuk jurnal sosialis (1883-98) dan berkhidmat di Chamber of Deputies dari tahun 1885 hingga tahun 1920. Beliau melakukan pembaharuan semasa berkhidmat dalam pelbagai kerajaan, sebagai Menteri Perdagangan (1899-1901), kerja raya (1901-10), dan perang (1912-15). Sebagai ketua kepada kerajaan campuran yang berpandangan sederhana, beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Perancis (1920-24). Selepas menyokong penyemakan semula undang-undang untuk mengukuhkan kuasa presiden, beliau dipaksa meletak jawatan oleh CARTEL DES GAUCHIES. Beliau berkhidmat di Dewan Senat dari tahun 1927 hingga tahun 1940. M1325 Sekoi ; Millet. Pelbagai jenis RUMPUT (keluarga Poaceae, atau Gramineae) yang menghasilkan biji benih kecil yang boleh dimakan sebagai tanaman untuk

ragutan ternakan atau BIJIRAN untuk makanan. Kebanyakan rumput mempunyai ketinggian kira-kira 1 hingga 4 kaki (0.3 hingga 1.3 m). Selepas dibanting, biji benih kekal di dalam lenggai kecuali untuk sekoi mutiara (Pennisetum glaucum, atau P. americanum). Ditanam di negara China sekurang-kurangnya sejak milenium ke-3 Sebelum Masihi, sekoi menjadi makanan asasi bagi kebanyakan negara Asia, Rusia dan Afrika Barat pada masa kini. Tinggi dengan karbohidrat, sekoi mempunyai rasa yang kuat dan tidak boleh dijadikan roti berserbuk penaik, jadi, sekoi biasanya dijadikan lempeng dan bubur, atau dimasak dan dimakan seperti nasi. Di A.S. dan barat Eropah, sekoi digunakan untuk menghasilkan rumput kering sebagai makanan haiwan ternakan. M1326 millet; milet \m-'let\. Dalam bahasa Turki, milet merujuk kepada masyarakat yang mempunyai pegangan agama sendiri di bawah pemerintahan EMPAYAR UTHMAN (kurun ke-1300-1923). Setiap milet terikat dengan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan pusat, seperti cukai-cukai dan keselamatan dalam negeri, serta mempunyai tanggungjawab terhadap fungsi-fungsi sosial dan pentadbiran yang tidak diwartakan oleh negeri. Satu siri undang-undang sekular yang dikenali sebagai TANZIMAT (penyusunan semula) yang diperkenalkan sejak tahun 1856 telah sedikit sebanyak menghakis pentadbiran berautonomi mereka. M1327 Millet dalam bahasa Inggeris Jean-Francois ; Millet / m-'y/ English /mi-'l/, Jean-Francois. (lahir. 4 Okt, 1814, Gruchy, France-meninggal dunia. 20 Jan, 1875, Barbizon) Pelukis berbangsa Perancis. Lahir dalam keluarga petani, beliau belajar melukis dengan seorang pelukis di Paris, tetapi apabila satu daripada dua permohonan beliau ke pameran lukisan besar-besaran di tolak (1840), beliau pulang ke Cherbourg, tempat di mana beliau mula-mula sekali melukis dan kebanyakan lukisan adalah dalam bentuk potret. Kejayaan pertama beliau adalah The Milkmaid (1844), dan pada tahun 1848 satu lagi latar petani The Winnower,dipamerkan di pameran lukisan. Pada tahun 1849, beliau menetap di desa Barbizon. Kerana beliau terus mempamerkan lukisan berlatar belakangkan kehidupan petani di desa, beliau dituduh sebagai sosialis, tetapi matlamat beliau bukan berunsurkan politik. Karya beliau, Angelus (1859) menjadi salah satu lukisan yang terkenal pada kurun k-19. Pada akhir hayat beliau dikaitkan denga SEKOLAH BARBIZON.

M1328 Milikan, Robert (Andrews) ; Milikan, Robert (Andrews). (lahir. 22 Mac, 1868, Morrison, I11., A.S.meninggal dunia. 19 Dis, 1953, San Marino, California.) Ahli fizik A.S. Beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Columbia, Chicago (1896-1921) dan Institut Teknologi California (dari tahun 1921). Untuk mengukur cas elektrik, beliau mereka EKSPERIMEN OILDROP MILIKAN. Beliau menetusahkan persamaan fotoelektrik ALBERT EINSTEIN dan menemui nilai tepat untuk Planck malar. Pada tahun 1923, beliau dianugerahkan Hadiah Novel. M1329 Eksperimen oil-drop Milikan ; Milikan \'mil--kn\ oil-drop experiment. Cara pertama untuk pengukuran terus CAS ELEKTRIK satu elektron, yang asalnya dilakukan oleh ROBERT MILIKAN pada tahun 1909. Beliau menggunakan mikroskop untuk mengukur kadar penurunan secara terus titisan minyak melalui atas kotak. Dengan menyekat titisan minyak yang mempunyai cas elektrik secara melaraskan kadar voltan dengan tepat di antara atas dan bawah kotak logam, beliau telah menemui bahawa cas-cas elektrik di dalam titisan minyak merupakan gandaan nombor bulat dalam nilai terendah, keunsuran cas elektrik, dan cas elektrik wujud dalam unit asas semulajadi. M1330 milling lihat FULLING M1331 Mesin lurah ; milling machine. ALATAN MESIN yang memutarkan satu alat bulat dengan banyak tepi potongan yang disusun secara bersimetri dengan paksi, yang dipanggil pemotong mil. Bahan kerja besi biasanya diapit oleh pengapit yang diletak pada meja serta boleh digerakkan kepada tiga arah berserenjang. Pemotong terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang boleh digunakan untuk pelbagai kerja pemotongan. Mesin lurah memotong permukaan rata, alur, permukaan condong, bajang, dan alur-T. Pelbagai jenis pemotong petak digunakan untuk memotong bentuk cekung, dan alur cembung, untuk sudut bulat, dan untuk memotong gigi gear. M1332 gonggok ; millipede. Mana-mana daripada kira-kira 10,000 spesis ANTROPOD, kelas Diplopoda, boleh dijumpai di serata dunia. Kebanyakan spesis tinggal di tempat berasaskan tumbuhan serta memakan tumbuhan reput. Sesetengah gonggok merosakkan tumbuhan hidup, menjadi pemangsa dan memakan bangkai. Gonggok berukuran 1 hingga 11 inci (2.5-28 cm) panjang dan mempunyai 11 hingga

100 diplosomit, segmen berganda yang terbentuk daripada penggabungan dua segmen. Bahagian kepala tidak mempunyai kaki; tiga segmen berikutnya mempunyai sepasang kaki setiap satu; dan segmen selebihnya mempunyai dua pasang kaki setiap satu. Gonggok tidak menggigit untuk mempertahankan diri; kebanyakan spesis memasukkan kepala ke dalam lingkaran yang ketat, dan banyak juga merembeskan bau hancing, cecair toksik atau gas. M1333 Mills, Billy secara penuh William Mervin Mills ; Mills, Billy in full William Mervin Mills. (lahir. 30 Jun, 1938, Pine Ridge, S.D., A.S.) Atlet A.S. Bahagian Oglala Sioux, beliau menghabiskan awal usia di tanah rizab Pine Ridge dan menjadi anak yatim pada usia 12 tahun. Semasa di Universiti Kansas, beliau sangat cemerlang di padang lumba lari. Beliau menjadi orang Amerika Syarikat pertama memenangi pingat emas dalam acara lumba lari 10,000 m (1964) Olimpik, mengalahkan atlet Australia, Ron Clarke. Pada tahun 1965, beliau mencipta rekod larian 6 batu dan rekod A.S. dalam acara 10,000 m dan acara larian sejauh 3 batu. M1334 Mills, C(harles) Wright ; Mills, C(harles) Wright. (lahir. 28 Ogos, 1016, Waco, Texas, A.S.meninggal dunia. 20 Mac, 1962, Nyack, N.Y.) Sosialis A.S. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Texas (B.A., M.A., 1939) dan Universiti Wisconsin (Ph.D., 1941), Mills menyertai fakulti di Universiti Columbia; di mana di sana beliau menjadi rakan sekutu universiti berkenaan teori MAX WEBER dan berkaitan isu peranan daya fikir dalam kehidupan moden, serta beliau turut menyumbang kepada pembangunan sosialis kritikal di A.S dan luar negara. Mills percaya saintis sosial patut mengelak dari mempunyai fahaman empirisme abstrak dan menjadi aktivis untuk perubahan sosial. Analisis radikal beliau berkenaan perniagaan dan sosial di A.S. seperti yang dipaparkan dalam White Collar (1951) and The Power Elite (1956); karya lain termasuk The Causes of World War Three (1958) dan The Sociological Imagination (1959). Sebagai seorang public figure yang mempunyai pelbagai karakter, beliau sering mengenakan pakaian kulit berwarna hitam, dan menunggang motorsikal. Beliau meninggal dunia di usia 45 tahun kerana penyakit jantung. M1335 Kaedah-kaedah Mill ; Mills methods. Lima kaedah eksperimen penaakulan yang dikenal pasti oleh JOHN STUART MILL seperti dalam karya beliau, iaitu

System of Logic (1843). Andaian jika seseorang berminat untuk mengenalpasti faktorfaktor yang memainkan peranan dalam menjadi penyebab kepada kesan tertentu, E, dibawah satu keadaan tertentu. Kaedah persetujuan memberitahu kita untuk mencari semua faktor yang hadir dalam semua keadaan dimana E wujud. Kaedah perbezaan memberitahu kita untuk mencari beberapa faktor yang hadir dalam beberapa keadaan apabila E wujud dan tidak wujud dalam keadaan yang sama. Kaedah bersama persetujuan dan perbezaan menggabungkan dua kaedah di atas. Kaedah baki digunapakai apabila sebahagian daripada E, dapat diterangkan dengan merujuk kepada faktor-faktor yang diketahui, dan memberitahu kita supaya menganggap baki kepada keadaan-keadaan dimana E wujud. Kaedah variasi konkomitan dalam E, sebagai contoh, saiz, kita boleh membuat kesimpulan bahawa F berkait dengan E. M1336 Batu kisar ; millstone. Dua batu leper, berbentuk bulat yang digunakan untuk mengisar gandum untuk dijadikan tepung. Batu yang diletakkan dibawah di potong menjadi saluran alur cetek yang bercabang seperti jejari dari tengah. Batu atas berputas secara mendatar, dan mempunyai lubang di tengah-tengah di mana tepung dimasukkan. Saluran pada batu di bawah menyalurkan tepung ke bahagian rata pengisar, iaitu dipanggil pelantar, dan terus ke hujung, yang mana ia keluar sebagai tepung. Batu pengisar terbaik diperbuat daripada batu buhr Perancis, yang dikuari dekat Paris. Di A.S., kuarza konglomerat, kuarzit, batu pasir atau granit digunakan. Tepung yang dihasilkan dengan batu kisar hanya mewakili nisbah kecil dalam industri tepung pada masa kini.

GAMBAR- ( keterangan)A.A. Milne, lukisan pen dan dakwat oleh P. Evans,. 1930; di Galeri Potrait Kebangsaan, London. EHSAN GALERI POTRAIT KEBANGSAAN, LONDON. M1337 Milne \'miln\, A(lan) A(lexander) ; Milne, A(lan) A(lexander). (lahir. 18 Jan, 1882, London, Eng.meninggal dunia. 31 Jan, 1956, Hartfield, Sussex) Penulis Inggeris. Beliau menyertai kakitangan punch pada tahun 1906 dan beliau menghasilkan komedi ringan yang digemari ramai serta novel bercorak penyiasatan yang diingati, The Red House Mystery (1922), sebelum versi yang ditulis untuk anak lelaki beliau, Christopher Robin iaitu When We Were Very Young (1924) dan Now We Are Six (1927), menjadi koleksi klasik yang digemari ramai. Cerita-cerita tentang

pengembaraan Christopher Robin dengan mainan haiwan, Pooh, Piglet, Kanga, Roo, Tiger, Rabbit, Owl, dan Eeyore diceritakan dalam kartun animasi popular Winnie-thePooh (1926) dan The House at Pooh Corner (1928). M1338 Teluk Milne ; Milne Bay. Serokan Lautan Pasifik Selatan, Papua New Guinea. Terletak di penghujung bahagian tenggara pulau New Guinea, teluk ini mempunyai ukuran 30 batu (50 km) panjang dan 6 hingga 8 batu (10-13 km) lebar. Seorang pengembara dari Sepanyol mencarta teluk tersebut pada tahun 1606; ia dinamakan oleh British untuk ketua angkatan tentera laut iaitu Alexander Milne pada tahun 1873. Minat pihak Eropah terhadap teluk tersebut bertambah kerana kewujudan emas pada tahun 1889 hingga tahun 1899. Samarai, satu pulau di Selat China, menjadi bandar tumpuan yang mana pencari gali emas bertebaran dari pulau di Teluk Milne hingga ke tanah besar.Sebagai pangkalan operasi tentera Jepun semasa Perang Dunia ke-II, Teluk Milne menjadi lokasi pengunduran besar-besaran tentera Jepun, dan ia menjadi satu pangkalan Sekutu untuk tentera yang tinggal semasa peperangan. M1339 Milner, Alfred kemudian Viscount Milner (di St. James dan Cape Town) ; Milner, Alfred later Viscount Milner (of St. Jamess and Cape Town). (lahir. 23 Mac, 1854, Giessen, Hesse-Darmstadtmeninggal dunia. 13 Mei, 1925, Sturry Court, dekat Canterbury, Kent, England.) Pesuruhjaya tinggi British di Afrika Selatan (18971905). Semasa di Persidangan Bloemfontein yang genting, bersama-sama PAUL KRUGER (1899), Milner menyokong penuh pemberian kerakyatan kepada penduduk Uitlanders (penduduk British di TRANSVAAL) selepas lima tahun menetap di sana. Kruger menentang polisi tersebut tetapi bersedia untuk berkompromi. Milner tidak menyatakan bahawa perang akan meletus; Boer menyerang Natal empat bulan kemudian, dan menyebabkan tercetusnya PERANG AFRIKA SELATAN. Milner kemudiannya berkhidmat sebagai setiausaha untuk perang (1916-19) dan setiausaha colonial 1919-21). M1340 Milon dari Croton atau Milo dari Croton ; Milon \'m-ln\ of Croton or Milo of Croton. (akhir kurun ke-6 Sebelum Masihi) Atlet Greek Purba. Ahli gusti terkenal di zaman purba, beliau memenangi pelbagai perlawanan dalam sukan Olimpik dan sukan Pythian. Nama beliau sering dikaitkan dengan kekuatan luar biasa, dan beliau dikatakan pernah mengusung seekor lembu jantan semasa merentasi stadium Olimpik.

M1341 Miloevi, Slobodan ; Miloevi \mi-'lsvich\, Slobodan (lahir. 29 Ogos, 1941, Poarevac, Serbia. Yugoslavia. ditemui mati pada 11 Mac, 2006, The Hague, Neth.) Pejuang kebangsaan, ahli politik dan presiden Serbia (1989-87). Beliau menyertai Parti Komunis semasa berumur 18 tahun dan kemudian menjadi ketua syarikat gas kepunyaan negara, serta presiden kepada bank Belgrade. Atas nasihat isteri beliau yang mempunyai ideologi komunis, beliau menjadi ketua Parti Komunis di Belgrade (1984) dan kemudian di Serbia (1987). Dengan sokongan penyokong, beliau kemudian menggantikan ketua-ketua parti dan pada tahun 1989, Dewan Undangan Serbia menamakan beliau sebagai presiden republik tersebut. Beliau mengekalkan kuasa melalui penindasan dan mengawal media massa. He maintained his power by repression and control of the mass media. Pada tahun 1989, beliau memansuhkan kuasa autonomi berpelembagaan wilayah Albania di Kosovo, yang menjurus kepada pergerakan penyokong pemisah di Slovenia, Croatia, dan Macedonia,serta perpecahan negara Yugoslavia pada tahun 1991.Beliau kemudian menyokong tentera-tentera Serbia dalam peperangan menentang masyarakat Islam di Bosnia dan Croatia (lihat KONFLIK BOSNIA), tetapi kemudian be;liau menandatangani perjanjian but later signed a peace agreement (1995) bagi pihak rakyat Bosnia Serbia. Pada tahun 1999, selepas pemberontak pro-kemerdekaan mula membunuh anggota polis serta ahli politik berbangsa Serb, beliau menyerang wilayah tersebut dengan serangan yang tidak berperikemanusiaan (lihat KONFLIK KOSOVO). Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau NATO memberi respon terhadap serangan tersebut dengan cara melancarkan kempen serangan bom ke atas sasaran Serbia. PENGHAPUSAN ETNIK ke atas wilayah yang berikutnya oleh angkatan tentera di bawah arahan Miloevi menyebabkan ratusan ribu penduduk Albania Kosovo berpindah ke negara-negara lain sebagai pelarian dan menjadikan beliau dibenci oleh seluruh masyarakat dunia dan dianggap penjenayah perang. Beliau dikalahkan dalam pilihan raya tahun 2000. Tahun berikutnya, beliau ditahan dan diserah balik ke Netherlands untuk dibicarakan atas tuduhan PENGHAPUSAN BANGSA, jenayah perang, dan jenayah melibatkan kemanusiaan. Perbicaraan bermula pada Februari 2002 tetapi sering ditangguhkan atas alasan masalah kesihatan yang dihidapi oleh Miloevi. Pada 11 Mac, 2006, beliau ditemui mati di dalam sel penjara.

M1342 Milosz, Czeslaw ; Milosz \ 'm-lsh\, Czeslaw (lahir. 20 Jun, 1911, ateniai, Lith., Empayar Rusiameninggal dunia. 14 Ogos, 2004, Krakw, Poland.) Pengarang, penterjemah dan pengkritik Poland-A.S. Milosz merupakan seorang sosialis semasa beliau menerbitkan buku puisi beliau pada usia 21 tahun. Semasa tentera Nazi menduduki Poland, beliau aktif di dalam kumpulan penentang. Selepas berkhidmat sementara sebagai seorang diplomat untuk parti komunis Poland, beliau berhijrah ke A.S., dimana beliau mengajar selama beberapa dekad di Universiti California, Berkeley; beliau menjadi rakyat A.S yang sah pada tahun 1970. Karya puisi beliau, termasuk Bells in Winter (1978), terkenal kerana stail klasik dan tumpuan terhadap falsafah serta isu-isu berkaitan politik. Koleksi esei beliau yang terkenal iaitu The Captive Mind (1953) mengutuk akomodasi ramai bijak pandai Poland ke dalam komunis. Pengkritik A.S., Helen Vendler menulis, karya Milosz iaitu Treatise on Poetry (1957) merupakan puisi menyeluruh dan memberi inspirasi pada akhir kurun ke-20. Pada tahun 1980, beliau telah di anugerahkan Hadiah Nobel untuk kategori sastera. M1343 Milstein, Csar ; Milstein \'mil-,stn, 'mil-,stn\, Csar (lahir. 8 Okt, 1927, Baha Blanca, Arg. meninggal dunia. 24 Mac, 2002, Cambridge, Cambridgeshire, England.) Ahli imunologi British kelahiran Argentina. Pada tahun 1975 Milstein dan Georges Khler (1946-95) melakur limfosit berjangka hayat pendek, mempunyai sel mieloma, iaitu satu jenis tumor yang boleh membiak tidak mengira masa. Sel kacukan seperti limfosit, merembeskan antibodi sehingga ia menjadi satu antigen, dan dikekalkan seperti sel mieloma. Ini membolehkan antibodi asli dihasilkan dengan banyak untuk menentang satu antigen (antibodi monoklon). Milstein, Khler, dan Niels K. Jerne (1911-94) berkongsi Hadiah Nobel yang diterima pada tahun 1984. M1344 Miltiades Si Muda ; Miltiades \mil-'t--,dz\ the Younger (lahir. Kurun ke554, Athensmeninggal dunia. Kemungkinan pada tahun Sebelum Masihi 489 di Athens). Jeneral dari Athens. Beliau dihantar oleh HIPPIAS untuk mengukuhkan kuasa kawalan Athens ke atas laluan laut dari Laut Hitam dam menjadikan beliau seorang pemerintah yang zalim di sana. Beliau menentang orang-orang Scythia dengan DARIUS I pada tahun 513 dan menyokong orang-orang Parsi sehingga PEMBERONTAKAN IONIA (499-494). Apabila pemberontakan tersebut gagal, beliau melarikan diri ke Athens dan mengetuai angkatan tentera Athens memenangi

Perang MARATHON (490). Beliau dibicarakan dan pada tahun berikutnya, beliau dikenakan denda atas kegagalan ekspedisi tentera laut yang bertujuan untuk menghukum Paros kerana ia bersubahat dengan Parsi; beliau meninggal dunia di dalam penjara tidak lama selepas itu kerana luka bergangren. M1345 Milton, John ; Milton, John (lahir. 9 Dis, 1608, London, England. meninggal dunia. 8 Nov, 1674, Chalfont St. Giles, Buckinghamshire) Pemuisi Inggeris. Seorang anak muda yang pintar, Milton menuntut di Universiti Cambridge (1625-32), di mana beliau menulis puisi dalam bahasa Latin, Itali, dan Inggeris; karya beliau termasuk LAllegro dan II Penseroso, kedua-duanya diterbitkan dalam Poems (1645). Dari tahun 1632 hingga 1638, beliau terikat dengan pengajian peribadi menulis masque Comus (1637) dan elegy luarbiasa iaitu Lycidas (1638)- serta lawatan ke Itali. Dari tahun 1641 hingga 1660, beliau banyak menghabiskan masa dengan menulis risalah berkaitan masyarakat dan kebebasan beragama kerana beliau peka terhadap isu rakyat yang terlalu fanatik dengan agama. Beliau turut berkhidmat dalam kerajaan pimpinan OLIVER CROMWELL Prosa beliau yang cukup terkenal ialah dalam risalah Areopagitica (1644), iaitu isu berkaitan kebebasan akhbar, dan Of Education (1644). Beliau kehilangan deria penglihatan pada tahun 1651, dan sejak dari itu beliau mengimplak hasil kerja beliau. Perkahwinan pertama beliau yang tidak bahagia diakhiri dengan kematian isterinya pada tahun 1652; dua perkahwinan berikutnya membahagiakan beliau. Selepas pengembalian kuasa, beliau ditangkap atas alasan beliau menyokong Negara-negara Komanwel tetapi kemudian dilepaskan semula. Dalam puisi Paradise Lost (1667), karya epic agung beliau the Fall of Man ditulis dalam rangkap tanpa rima, beliau menggunakan adigaya yang mengagumkan; gambaran beliau tentang Iblis merupakan satu pencapaian yang tertinggi. Beliau kemudian mengekspresi kepercayaan beliau kepada Tuhan serta kekuatan jiwa manusia yang boleh dijana semula, dalam karya bertajuk Paradise Regained (1671), satu epik di mana Jesus menepis godaan Iblis, dan Samson Agonistes (1671), satu tragedi di mana penulis Wasiat Lama mengalahkan perasaan kasihan pada diri sendiri serta berputus asa untuk mendapatkan redha Tuhan. Menduduki tempat kedua selepas WILLIAM SHAKESPEARE dalam sejarah puisi Bahasa Inggeris, Milton banyak mempengaruhi karya sastera terkemudian; walaupun semangat beliau dipatahkan pada awal kurun ke-20, beliau bangkit semula untuk mendapat tempat semula dalam daftar karya Barat pada pertengahan kurun.

M1346 Milwaukee ; Milwaukee. Bandar (populasi., 2000: 596,974) dan pelabuhan tasik, di tenggara Wisconsin, A.S. Bandar terbesar dalam negeri, ia terletak di TASIK MICHIGAN. Dilawati oleh mubaligh Perancis dan pedagang bulu pada kurun ke-17, ia dipanggil sebagai Mahn-a-waukee Seepe (Tempat Berkumpul di Tepi Sungai) oleh kaum asli Amerika. Walaupun telah diduduki pada tahun 1800, pekan tersebut tidak dibangunkan sehingga kaum asli Amerika melepaskan tuntutan mereka pada tahun 1831hingga tahun 1833. Milwaukee dibentuk pada tahun 1839 dan digabungkan pada tahun 1846. Ia menjadi pusat migrasi dari negara Jerman sehingga tahun 1900. Ia merupakan pelabuhan utama Tasik-Tasik Besar, mengangkut bahan terutamanya bijirin; ia turut menghasilkan jentera elektrik. Bandar ini turut mempunyai beberapa buah institusi pengajian, termasuk Universiti Marquette dan Universiti Wisconsin-Milwaukee. M1347 Milyukov, Pavel (Nikolayevich) ; Milyukov \myi-y'kf\, Pavel

(Nikolayevich) (lahir. 27 Jan, 1859, Moscow, Rusiameninggal dunia. 3 Mac, 1943, Aix-les-Bains, Perancis) Ahli politik dan sejarawan Rusia. Beliau mengajar mata pelajaran sejarah di Universiti Moscow sehingga tahun 1895 dan menulis berkaitan Panduan kepada Budaya Rusia (vol 3., tahun 1896 hingga 1903), yang menjadi sanjungan ramai. Seorang yang berfahaman liberal, beliau mengagumi nilai-nilai politik yang diamalkan oleh negara-negara berpemerintahan demokratik. Beliau membantu dalam penubuhan PARTI PERLEMBAGAAN DEMOKRATIK pada tahun 1905 dan mengetuai parti tersebut dalam Duma (1907 hingga 1917). Dalam tahun 1917, beliau telah membantu mengasaskan kerajaan sementara dibawah pimpinan GEORGE Y.LVOV dan berkhidmat sebagai Menteri Perhubungan Antarabangsa. Beliau telah cuba untuk membentuk satu kerajaan campuran menentang Bolsheviks, tetapi telah dipaksa untuk meninggalkan Rusia dan beliau kemudian menetap di Paris. M1348 Mimamsa ; Mimamsa. Mungkin sekali salah satu daripada enam sistem ortodoks (DARSHANS) dalam falsafah India. Mimamsa adalah rukun asas bagi VEDANTA dan banyak mempengaruhi undang-undang agama Hindu. Tujuannya ialah untuk mewujudkan satu cara menterjemahkan VEDAS dan memberikan satu perwajaran secara falsafah dalam mengamalkan upacara-upacara Vedic. Mimamsasutra Jamini (kurun ke-4 Sebelum Masihi), adalah hasil kerja sistem

terawal, yang telah diikuti dengan penulisan terjemahan yang panjang, oleh guru-guru dan penterjemah terkenal, seperti Kumarila Bhatta dan Prabhakara Mishra (kurun ke8). Kumarila dipuji kerana telah menggunakan Mimamsa bagi mengatasi ajaran Buddha di India; manakala Prabhakara merupakan seorang yang realistik dan percaya bahawa persepsi yang dirasakan adalah benar. M1349 Mimana ; Mimana Lihat KAYA GAMBAR RONALD A.WILFORD ASSOCIATES, INC. M1350Mimos dan pantomim ; mime and pantomime. Merupakan persembahan drama dimana satu kisah diceritakan hanya dengan menggunakan gerak badan. Mimos telah wujud di zaman Yunani pada kurun ke-5 Sebelum Masihi sebagai satu hiburan berbentuk jenaka, yang bukan sahaja menekankan pada pergerakan mimik muka, tetapi diselitkan juga lagu-lagu dan dialog. Satu versi Roman telah wujud semenjak tahun ke-100 Sebelum Masihi dan berpusat pada subjek kasar dan gasang. Pantomim Roman berbeza dari mimos Roman dari segi temanya yang lebih ringan dan penggunaan topeng muka yang lebih menekankan ekspresi melalui postur badan dan isyarat tangan. Mimos juga memainkan peranan penting dalam drama-drama di Asia, sejak zaman dahulu lagi, dan ia merupakan elemen penting dalam atau pementasan bangsa China dan Jepun (contoh., NO THEATRE). Cara persembahan pantomim Roman telah diubahsuai pada kurun ke-16 dalam COMMEDIA DELLARTE, yang mana perkara ini telah mempengaruhi komik-komik selingan di Perancis dan Britain pada kurun ke-18. Seterusnya, pembaharuan ini telah berkembang menjadi pantomim kurun ke-19, iaitu satu cabang hiburan bagi kanakkanak yang menekankan kepada persembahan. Mimos moden di negara-negara barat berkembang sebagai satu seni persembahan bisu dimana mesej disampaikan melalui gerak isyarat, pergerakan dan ekspresi muka. Watak-watak mimos yang terkenal termasuklah Jean-Gaspard Deburau, Etienne Decroux (yang telah memajukan satu sistam gerak isyarat), dan MARCEL MARCEAU. CHARLIE CHAPLIN merupakan seorang pelakon mimos yang sangat berjaya, sebaris dengan pelakon SID CAESAR dan badut sarkas Emmett Kelly.

MULA DARI M1380 MIMICRY


M1380 kemimikan ; mimicry. Persamaan yang wujud antara organisma yang dianugerahkan peluang untuk terus hidup bagi satu-satu organisma. Dalam kemimikan Mller, satu organisma yang mempunyai daya melawan, akan meniru spesis lain yang mempunyai daya lawan sepertinya. Similarity between organisms that confers a survival advantage on one. In Batesian mimicry, an organism lacking defenses mimics a species that does have defenses. In Mllerian mimicry, all species in a group are similar even though all individually have defenses. In aggressive mimicry, a predatory species mimics a benign species so that it can approach its prey without alarming it, or a parasitic species mimics its host. Some plant species mimics the color patterns and scent of animals for the purposes of pollination and dispersal. Mimicry differs from camouflage in that that camouflage hides the organism, whereas mimicry benefits the organism only if the organism is detected. M1381 Mimir ; Mimir. Dalam kumpulan mitos Norse, Mimir merupakan tuhan yang paling bijaksana bagi puak AESIR. Mimir juga dipercayai sebagai semangat air. Mimir telah dihantar oleh puak Aesir sebagai tebusan kepada tuhan yang bermusuh dengan mereka (VANIR), tetapi ia telah dipancung dan kepalanya telah dihantar semula kepada puak Aesir. ODIN telah mengawet kepala tersebut dalam ramuan

herba dan mendapat banyak pengetahuan melaluinya. Cerita-cerita yang lain menyatakan bahawa Mimir tinggal berhampiran telaga dibawah akar0akar pohon YGGDRASILL, iaitu pokok dunia, dan beliau merupakan seorang tukang besi yang telah mengajar pahlawan SIEGFRIED ilmunya itu. M1382 semalu ; mimosa. Mana-mana satu ahli dari lebih daripada 450 spesis yang membentuk genus semalu, dalam keluarga Mimosaceae, iaitu tumbuhan asal bagi kawasan tropika dan sub-tropika diseluruh kedua-dua hemisfera. Kebanyakan spesis adalah tumbuhan herba atau tumbuhan renek. Terdapat juga spesis yang berbatang kayu atau memanjat. Beberapa spesis juga merupakan pokok-pokok kecil. Spesis tumbuhan semalu biasanya berduri. Tumbuhan ini biasa ditanam kerana kecantikan dedaunnya dan kerana tindak balas yang menarik terhadap cahaya dan rangsangan mekanikal. Bagi sesetengah spesis, daunnya akan longlai sebagai tindak balas kepada cahaya gelap dan menguncup apabila disentuh. Nama semalu ini berasal dari cara tumbuhan ini meniru (mimicking) kepekaan haiwan. Beberapa spesis dari tumbuhan ini mempunyai akar yang beracun dan terdapat juga spesis yang menimbulkan kerengsaan pada kulit apabila disentuh. Banyak tumbuhan AKASIA dipanggil semalu tetapi istilah tersebut adalah tidak tepat. Lihat juga PUTERI MALU (SENSITIVE PLANT). M1383 Sungai Min ; Min River. Sebuah sungai yang terdapat di tengah Wilayah FUJIAN, tenggara negara China. Bermula dari kawasan pergunungan dekat sempadan Fujian-Jiangxi, ia mengalir ke kawasan tenggara hingga masuk ke LAUT CHINA setelah mengalir sejauh 358 batu (577 km). Kewujudan sistem landasan keretapi pada tahun 1957 telah meningkatkan lagi kegunaan sungai ini sebagai jaringan perhubungan serta terdapat juga pusat-pusat pemindahan kapal di sepanjang tebing sungai. M1384 Sungai Min ; Min River. Sebuah sungai yang terdapat di tengah Wilayah SICHUAN, di Selatan negara China. Bermula dari kawasan pergunungan Min di utara Sichuan, sungai ini mengalir ke arah selatan sepanjang bahagian barat Lembangan Sichuan dan mengalir masuk ke SUNGAI YANGTZE (Chang Jiang) di Yibin. Sungai ini boleh dimudik sejauh 350 batu (560 km).

M1385 penyakit Minamata ; Minamata disease. Sejenis penyakit yang mula dikesan pada tahun 19656 di Minamata, Jepan. Sebagai sebuah pelabuhan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan, Minamata juga merupakan lokasi bagi syarikat Nippon Chisso Hiryo, iaitu pengeluar baja kimia, karbida, dan vinil klorida. Raksa metal yang telah dibuang dari kilang kepunyaan syarikat tersebut telah meracuni ikan-ikan dan kerang-kerangan yang mana seterusnya telah menyebabkan penduduk sekitar yang memakan hasil tangkapan laut mendapat penyakit serta terjadi kecacatan pada bayi-bayi yang baru dilahirkan. Punca kepada penyakit yang kadangkala membawa maut ini telah dikenal pasti datang dari pencemaran air laut oleh industri kimia. Ia telah membangkitkan kesedaran kepada penduduk di seluruh dunia dan menjadi penyebab kepada kebangkitan kumpulan pencinta alam. M1386 Minamoto Yoritoma ; Minamoto Yoritoma. (lahir. 1147, Jepun.-meninggal dunia. 9 Feb, 1199, Kamakura). Beliau merupakan pengasas Shogunate Kamakura, atau BAKUFU. Salah seorang ahli kumpulan pahlawan Minamoto. Di zaman remaja, beliau telah dibuang daerah dan ini berpunca daripada penentangan ayah beliau terhadap Keluarga Taira, yang memerintah pada ketika itu. Semasa dalam buangan, Yoritoma telah mendapat sokongan di Hojotukomasa (lihat KELUARGA HOJO) untuk menentang Keluarga Taira. Pada tahun 1192, Maharaja telah menganugerahkan gelaran SHOGUN kepada Yoritoma. Gelaran ini member beliau kuasa penuh keatas bala tentera dalam negeri tersebut. Beliau telah melantik pegawai sendiri shugo dan pengelola (JITO) di seluruh Jepun, yang mana dengan cara ini telah mewujudkan satu infrastruktur kerajaan bersaing dengan dan akhirnya mengatasi kerajaan Maharaja pada masa itu. Justeru, Yoritoma dapat menjalankan pemerintahan ke seluruh negara tanpa menggulingkan Maharaja. Cara ini telah digunapakai oleh shogun-shogun berikutnya. Lihat juga ZAMAN KAMAKURA; PERANG GEMPEI. M1387 Minamoto Yoshitsune ; Minamoto Yoshitsune. (lahir. 1159, Jepunmeninggal dunia. 15 Jun, 1189, Fort Koromogawa, Wilayah Mutsu, Jepun). Adik tiri MINAMOTO YORITOMA. Beliau seorang yang berkarisma dan telah membantu Yoritoma mengalahkan Keluarga Taira (lihat TAIRA KIYOMORI). Beliau telah dibesarkan di biara tetapi pada usia 15 tahun, beliau melarikan diri untuk menyertai Yoritoma. Atas perintah Yoritoma, Yoshitsune telah merampas Kyoto dan kemudian menyerang saki baki tentera Taira disepanjang Laut Pedalaman Jepun. Yoritoma

menjadi cemburu dengan kejayaan Yoshitsune. Walaupun Yoshitsune mengelakkan diri dari bertemu Yoritoma, beliau akhirnya berjaya dibunuh oleh abang tirinya itu. Orang-orang Jepun telah sekian lama menganggap Yoshitsune sebagai seorang wira. Banyak lagenda, cerita rakyat dan persembahan kabuki, serta filem yang menceritakan keagungan Yoshitsune bersama seorang pengikut beliau yang setia iaitu rahib Benkei. Lihat juga PERANG GEMPEI. M1388 Minangkabau ; Minangkabau. Mana-mana ahli dari kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Kepulauan SUMATRA, Indonesia. Walaupun mereka menganut agama Islam, orang-orang Minangkabau ini mengikut nisab atau keturunan ibu. Secara tradisinya, isteri akan tinggal bersama saudara mara di sebelah ibu, selepas berkahwin, manakala suami akan tinggal bersama ibunya sendiri, tetapi suami akan menziarahi isteri apabila perlu. Unit domestik sesebuah rumah dalam komuniti ini didiami oleh seorang wanita yang dianggap sebagai ketua rumah, adik-beradik perempuan, anak-anak mereka, dan suami-suami yang datang berziarah. Pada masa kini, struktur keluarga sebegini tidak lagi diamalkan. Lebih ramai kaum lelaki yang keluar dari rumah ibu bapa dan tinggal bersama keluarga mereka sendiri selepas berkahwin. Orang-orang Minangkabau secara tradisinya bekerja sebagai petani. Hasil kraftangan mereka termasuk ukiran kayu, kerja-kerja logam, serta menganyam. Ada di antara mereka yang berhijrah ke Malaya (Semenanjung Malaysia) pada tahun 1850-an. Mereka bekerja dalam industry perlombongan yang berkembang pesat pada waktu itu. Setelah beberapa ketika, mereka telah bertukar kepada aktiviti pertanian dan pada kurun ke-20, mereka telah mula menguasai sebahagian besar dari dagangan runcit di Tanah Melayu. M1389 Lembangan Minas ; Minas Basin. Satu serokan di bahagian timur Teluk FUNDY di kawasan tengah Nova Scotia. Berukuran 25 batu (40 km) lebar dan lebih dari 50 batu (80 km) panjang, ia mempunyai arus pasang-surut tertinggi di dunia;arus turun-naik melebihi 50 kaki (15 m) pernah direkodkan. Pada tahun 1604, SAMUEL DE CHAMPLAIN menamakan ia sebagai Le Bassin des Mines selepas endapan mineral ditemui di sepanjang pantai. M1390 Minch ; Minch, the. Selat antara luar Kepulauan HABRIDES dengan barat laut pantai Scotland. Kelebarannya berbeza-beza dari 25 hingga 45 batu (40 hingga 70

km), dan mempunyai kedalaman yang besar. Little Minch, merupakan sambungan di sebelah selatan selat, terletak antara kumpulan pulau di Luar dan Dalam Hebrides. M1391 falsafah fikiran ; mind, philosophy of. Satu cabang bidang falsafah yang mengkaji kuasa semula jadi minda dan kepelbagaian manifestasi, termasuk rasa sensasi, tanggapan, perasaan dan emosi, karakter dan personaliti, bawah sedar, pemikiran, memori, imaginasi dan kepercayaan. Ia dibezakan melalui kajian empirik minda (contoh., psikologi, biologi, fisiologi, sosiologi dan antropologi), yang memberi penekanan terhadap analisis dan penjelasan tentang konsep tersebut. Lihat juga SAINS KOGNITIF. M1392 masalah rohani dan jasmani ; mind-body problem. Masalah metafizik berkenaan hubungkait minda dan tubuh badan. Masalah moden datang daripada buah fikiran REN DESCARTES, beliau bertanggungjawab terhadap formulasi klasik DUALISME. INTERIAKSIONISME yang diperkenalkan oleh Descartes dikritik hebat pada era tersebut. THOMAS HOBBES menafikan kewujudan mental substance. FAHAMAN KEBENDAAN turut disokong oleh koresponden Descartes, Pierre Gassendi (1592 hingga 1655). BENEDICT DE SPNOZA menganjurkan satu substance tunggal yang menyatakan bahawa akal dan kebendaan adalah ciri penentu; teori beliau dikenali sebagai paralelisme psikofizikal. Beberapa pandangan terkini termasuklah TEORI AKAL JIRIM, TEORI IDENTITI, penyingkiran fahaman kebendaan (yang menolak realiti kategori biasa dalam keadaan akal yang mengunjurkan PSIKOLOGI FOLK), dan teori-teori SUPERVENIENCE. M1393 Pulau Mindanao ; Mindanao Island (populasi., 2000: 16,136,921), selatan Filipina. Pulau kedua terbesar di Filipina, ia mempunyai keluasan 36,537 batu (94,630 km); 324 batu (521 km) panjang dan 293 batu (471 km) lebar. Kawasan bergunungganang dan mempunyai gunung-gunung berapi aktif, termasuk Gunung APO, puncak tertinggi di Filipina. Helang pemakan monyet merupakan tarikan unik di pulau tersebut. Islam tersebar di seluruh Mindanao pada kurun ke -16. Pulau tersebut dilawati oleh FERDINAND MAGELLAN pada tahun 1521. Ia kemudian dituntut oleh Sepanyol, tetapi keengganan penduduk Islam menerima mereka membuatkan ia menjadi kawasan bebas dari dikuasai Sepanyol. Wilayah autonomi Islam di Mindanao, iaitu di bahagian barat dan barat daya pulau diwujudkan pada tahun 1990.

M1394 Sungai Mindanao dahulunya Sungai Cotabato ; Mindanao River formerly Cotabato River. Sungai utama di tengah MINDANAO, Filipina. Ia berliku-liku di sebelah utara sehingga memasuki dua kawasan di Illana Bat iaitu Cotabato dan Tamentaka, sejauh 200 batu (320 km). Sungai tersebut mengairi kawasan pertanian dan juga merupakan nadi pengangkutan kawasan pedalaman. M1395 Mindon ; Mindon \min-dn\ (lahir. Tahun 1814, Amarapura, Myanmar meninggal dunia. 1 Okt, 1878, Mandalay) Raja Myanmar (Burma; . tahun 1853 hingga 1878). Baginda berkuasa selepas PERANG ANGLO-BURMA. Baginda tidak berjaya memujuk pihak British supaya memulangkan Pegu (di selatan Myanmar) dan turut dipaksa untuk melakukan kegiatan ekonomi gabungan. Semasa pemerintahan baginda, pelbagai pembaharuan berlaku, aspek budaya diketengahkan secara meluas, dan ajaran agama turut berkembang. Pada tahun 1857, baginda membentuk ibu kota baru iaitu Mandalay, dengan pembinaan istana-istana dan biara-biara bercirikan seni bina tradisi Myanmar. Baginda mengadakan Perhimpunan Kelima Penganut Agama Buddha pada tahun 1871 sebagai satu cara untuk menyucikan kembali Kitab Pali. M1396 Pulau Mindoro ; Mindoro Island (populasi., 2000: 1,062,068), tengah barat Filipina. Ia dipisahkan daripada LUZON di bahagian utara oleh Laluan Pulau Verde. Panjang 80 batu (130 km) dan 50 batu (80 km) lebar, berkeluasan 3,759 baru persegi (9,735 km). Pertama kali didatangi oleh Sepanyol pada tahun 1570, ia berada dibawah kuasa A.S. pada tahun 1901. Ia dijajah oleh Jepun semasa Perang Dunia ke-II. Keunikan pulau tersebut ialah pada tamaraw, iaitu kerbau air yang kecil. M1397 Mindszenty, Jzsef asal. Pehm Jzsef ; Mindszenty Jzsef orig. Pehm Jzsef. (lahir. 29 Mac, 1892, Csehimindszent, dekat Szombathely, Austria-Hungary meninggal dunia. 6 Mei, 1975, Vienna, Austria) Kardinal dari Hungary yang membantah Fahaman Fasis dan Fahaman Komunis. Ditahbiskan sebagai seorang paderi pada tahun 1915, beliau ditahan sebagai musuh kepada kerajaan totalitarian pada tahun 1919 dan sekali lagi pada tahun 1944. Beliau dilantik sebagai ketua biskop Hungary pada tahun 1945 dan dilantik sebagai cardinal pada tahun 1946. Beliau ditahan pada tahun 1948 kerana keengganan beliau untuk membenarkan Komunis menjadikan Sekolah Roman Katolik sebagai sekolah sekular, lalu beliau dijatuhkan

hukuman sebagai penderhaka tahun berikutnya. Beliau dipenjarakan seumur hidup tetapi dibebaskan semasa Revolusi Hungary (1956). Semasa Komunis berkuasa semula, beliau mencari perlindungan di kedutaan A.S. di Budapest dan tinggal disana selama 15 tahun, menolak permintaan Vatican untuk meninggalkan Hungary. Beliau berlembut pada tahun 1971, menetap di Vienna, dan bersara sebagai ketua biskop Hungary pada tahun 1974. M1398 mine Lihat RANJAU LETUPAN DARAT, SUBMARINE MINE M1399 Miner, Jack asal. John Thomas Miner ; Miner, Jack orig. John Thomas Miner (lahir. 10 April, 1865, Dover Centre, Ohio, A.S. meninggal dunia. 3 Nov, 1944, Kingsville, Ont., Kanada.) Ahli alamiah Kanada. Selepas berpindah ke Kanada pada tahun 1878, beliau mendirikan satu tempat perlindungan burung di tanah ladang beliau di Kingsville, Ontario iaitu pada tahun 1904. Mengumpulkan lebih daripada 50,000 ekor itik antara tahun 1910 dan 1915, beliau mencipta rekod melengkapkan kumpulan burung-burung di Amerika Utara. Pada tahun 1931, rakan beliau menubuhkan Yayasan Unggas Hijrah Jack Miner untuk memastikan kelangsungan usaha beliau selama ini. Beliau menerima Darjah Kebesaran dari Empayar British pada tahun 1943. M1400 mineral ; mineral. Apa saja jenis pepejal yang sama, yang wujud secara semulajadi, mempunyai komposisi kimia tertentu, serta satu struktur dalaman kristal yang boleh dibezakan. Mineral biasanya terhasil melalui proses tak organik. Mineral tiruan untuk pelbagai jenis mineral, seperti batu zamrud dan batu permata dihasilkan untuk tujuan komersial. Walaupun kebanyakan mineral adalah sebatian, terdapat sedikit mineral yang merupakan unsur (contoh., sulfur, tembaga, emas). Mineral bergabung sesama sendiri untuk menghasilkan batuan. Sebagai contoh, granit mengandungi mineral seperti feldspar, kuarza, mika, dan amfibol yang berbeza jumlahnya. Batuan biasanya terhasil melalui proses saling pertumbuhan pelbagai mineral. M1401 pemprosesan mineral atau pemprosesan bijih ; mineral processing or ore dressing. Proses mengasingkan BIJIH TIMAH mentah dengan MINERALMINERAL berharga. Pemprosesan mineral pada mulanya hanya digunakan untuk

mengasingkan logam-logam berharga daripada bijih timah, tetapi lama kelamaan ia turut digunakan untuk mencari logam-logam lain serta mineral bukan logam. Ia turut digunakan dalam proses penyediaan batu arang sebagai pemangkin untuk meningkatkan nilai batu arang mentah. Proses-proses utama adalah penghancuran dan pengkonsentratan. Proses penghancuran dilakukan dengan menggunakan rahang pemecah besar serta mesin kisar kecil berbentuk silinder. Cara yang biasa digunakan dalam proses pengkonsentratan ialah pemisahan graviti dan pemisahan PENGAPUNGAN. Pemisahan secara graviti termasuk jigging (bijih timah asli dimasukkan ke dalam jasad air bergetar supaya bahagian mineral yang lebih berat termendap ke bawah, dan meninggalkan sisa yang ringan di bahagian atas) atau membasuh bijih di satah condong, berpilin, atay meja yang bergetar supaya mineral dan sisa dapat diasingkan ke tempat berbeza. Lihat juga PENCERIAAN; PERLOMBONGAN. M1402 mineralogi ; mineralogy. Kajian saintifik berkenaan MINERAL, termasuk sifat-sifat fizikal, komposisi kimia, struktur dalaman kristal, kewujudan dan pembahagian di dalam alam, serta keadaan asal semasa ia dihasilkan. Kajian mengenai mineral merangkumi pengelasan dan deskripsi mineral-mineral baru atau yang jarang dijumpai, hingga ke analisis berkenaan struktur kristal dan jenis-jenis mineral tiruan yang dihasilkan untuk kegunaan industri. Cara-cara yang digunakan termasuk ujian pengenalan fizikal dan kimia, penentuan struktur dan simetri kristal, ujian optik, belauan X-ray dan analisis isotop. M1403 Minerva ; Minerva. Menurut AGAMA ROMAN, beliau adalah dewi kraftangan, profesion, seni, dan kemudian perang. Beliau biasanya dikenali bersama dengan ATHENA Yunani. Sesetengah cendekiawan percaya penyembahan ke atas Minerva bermula apabila pemujaan terhadap Athena diperkenalkan oleh Rom dari Etruria. Minerva merupakan salah seorang daripada Capitoline tiga serangkai, bersama-sama dengan JUPITER dan JUNO, dan tempat keramat beliau di Rom merupakan tempat pertemuan untuk persatuan tukang-tukang. Pemujaan terhadap Minerva menjadi semakin meluas semaa dibawah pemerintahan DOMITIAN. M1404 penyapu periuk api ; minesweeper. Kapal angkatan tentera laut yang digunakan untuk pembersihan PERIUK API KAPAL SELAM dari kawasan laut yang

luas. Dalam perang tentera laut, ia digunakan untuk membersihkan periuk api dari lorong-lorong laut bagi melindungi kapal-kapal dagang serta untuk membersihkan laluan yang akan digunakan oleh kapal-kapal perang dalam peperangan. Contoh terawal menggunakan dawai-dawai sapuan dengan unjuran seperti gergaji bagi memotong kabel-kabel yang menjadi sauh kepada periuk api kapal selam supaya bahan-bahan tersebut terapung di permukaan air. Bahan-bahan tersebut kemudiannya dimusnahkan dengan tembakan. Penggunaan periuk api magnet (diletupkan dengan kuasa medan magnet) yang semakin meluas semasa Perang Korea membawa kepada penciptaan periuk api wood-hulled. M1405 Dinasti Ming ; Ming dynasty. (tahun 1368 hingga 1644) Dinasti China yang mempunyai jarak waktu pemerintahan orang tempatan iaitu antara era penguasaan MONGOL dan MANCHU. Dinasti Ming merupakan dinasti autokratik tetapi paling stabil, serta berjaya memperluaskan jajahan lebih jauh daripada pemerintahpemerintah Negara China yang lain. Dibawah pemerintahan Maharaja Ming, ibu kota negara China telah dipindahkan dari Nanjing ke Beijing, dan KOTA LARANGAN telah didirikan. Ekspedisi lautan yang diketuai oleh ZHENG HE telah membuka jalan perdagangan dengan Asia Tenggara, India, dan timur Afrika. Semasa pemerintahan Dinasti Ming, prosa cerita tentang manusia diceritakan secara vernacular, sementara WANG YAGNMING banyak menyumbang dalam hal-hal falsafah dalam PERMULAAN-FAHAMAN KONFUSIANISME. Barang-barang porselin monokrom Maharaja Ming menjadi terkenal di serata dunia. M1406 Minggantu Bahasa Cina Ming Antu, Mongolia Minganto ; Minggantu Chinese Ming Antu, Mongolian Minganto. (lahir. ?meninggal dunia. Tahun 1763) Ahli astronomi dan ahli matematik China. A Mongolian of the Plain White Banner (see BANNER SYSTEM), Nama Minggantu muncul buat pertama kali dalam sistem rekod rasmi kerajaan China pada tahun 1712 sebagai pelajar di Pusat Ilmu Astronomi Diraja. Semasa Jesuit dipertanggungjawabkan dalam pembaharuan kalendar, beliau menghabiskan masa bekerja di sana. Beliau turut menyumbang dalam kerja-kerja pengumpulan Lli yuanyuan (tahun 1723; Source of Mathematical Harmonics and Astronomy), dan dari tahun 1737 hingga tahun 1742, beliau bekerjasama dengan Jesuit untuk menyemak semula bahagian astronomi. Pada tahun 1795, beliau menjadi pengarah Pusat Ilmu Astronomi Diraja. Beliau meninggalkan naskhah matematik

yang tidak lengap, iaitu Geyuan mil jiefa (Kaedah Cepat untuk Nisbah Tepat Circles Division and Precise Ratio), yang mana telah disempurnakan oleh pelajar beliau Chen Jixin pada tahun 1774. M1407 Mingus, Charles ; Mingus, Charles. (lahir. 22 April, 1922, Nogales, Ariz., A.S.meninggal dunia. 5 Jan, 1979, Cuernavaca, Mexico.) Komposer, pemain bass dan ketua kumpulan dari A.S. Mingus menganggotai kumpulan LIONEL HAMPTOM, DUKE ELLINGTON, dan Red Norvo, dan akhirnya beliau bekerja dengan ramai BEBOP yang membawa banyak perubahan. Pada tahun 1953, beliau menganjurkan perhimpunan Bengkel Muzik Jaz, dimana beliau menggubah, menggabung, dan memperbaiki elemen-elemen muzik jaz bebas dan muzik BLUES. Sebagai perintis ketua kumpulan dan pemain bass yang sangat hebat, Mingus mengekalkan muzik jaz dalam persembahan di sepanjang usia kerjaya muzik beliau. Beliau merupakan tokoh muzik jaz moden. M1408 Minhow Lihat FUZHOU M1409 lukisan miniatur ; miniature painting. Lukisan cat bersaiz kecil, biasanya potrait yang dilukis pada permukaan kulit, gading, atau tembaga, yang dihasilkan dengan cermat dan teliti serta boleh dipegang atau dijadikan perhiasan. Ia mendapat nama daripada perkataan minium, atau plumbum merah, yang digunakan untuk memperjelas abjad-abjad terawal dalam naskhah berwarna-warni purba. Dengan menggabungkan seni pencahayaan tradisi dengan pingat kelahiran semula, seni tersebut berkembang dari awal kurun ke-16 hingga kurun ke-19. Contoh terawal yang dapat ditentukan tarikh berasal dari Perancis. Ia dilukis oleh JEAN CLOUET THE YOUNGER di istana raja FRANCIS I; Di England, H. Holbein The Younger menghasilkan karya agung miniatur semasa pemerintahan raja HENRY VIII dan member inspirasi kepada satu tradisi lama yang dipanggil citra kecil. NICHOLAS HILLIARD berkhidmat sebagai pelukis miniatur kepada Ratu ELIZABETH I selama lebih 30 tahun. Pada kurun ke-17 hingga ke-18, lukisan pada enamel logam menjadi polular di Perancis. Di Itali, ROSALBA CARRIERA memperkenalkan penggunaan gading (tahun 1700) sebagai permukaan berkilau untuk pigmen lutsinar, yang menghidupkan semula penggunaan medium tersebut pada penghujung kurun ke-18. Menjelang abad ke-19, lukisan miniatur dianggap sebagai barangan mewah.

M1410 Minimalisme ; Minimalism. Pergerakan seni dan muzik pada kurun ke-20, yang bercirikan kesederhanaan melampau dan penolakan terhadap perasaan puas hati. Dalam seni tampak, Minimalisme berasal dari bandar New York City pada tahun 1950-an sebagai satu bentuk seni abstrak dan menjadi ikutan utama pada tahun 1960an hingga 70-an. Minimalisme percaya bahawa karya seni seseorang sepatutnya didasari kehendak hati; elemen bersifat peribadi. Pengarca Minimalis tersohor termasuk CARL ANDRE dan DONALD JUDD; pelukis Minimalis pula ELLSWORTH KELLY dan AGNES MARTIN. Dari segi muzik, Minimalis bermula pada tahun 1960-an. Ia menggabungkan rentak denyut yang mantap, nada berulang dan kord yang berubah secara gradual, kadar pertukaran harmonik yang perlahan, serta sedikit atau tiada langsung not balas. Prinsip-prinsip yang digunakan adalah turunan dari muzik India dan Asia Selatan. Pengamal penting termasuk La Monte Young (lahir. 1935), Terry Riley (lahir. 1935). M1411 minimal ; minimum. Dalam bidang Matematik, ia merupakan satu titik dimana nilai fungsi adalah yang terendah. Jika nilai tersebut lebih sedikit daripada atau sama dengan nilai fungsi-fungsi lain, ia dipanggil sebagai minimum mutlak. Jika ia hanya kurang daripada nilai titik terdekat, ia dipanggil sebagai minimum relative. Dalam KALCULUS, HASIL BEZAAN sama dengan kosong atau tidak wujud pada titik minimum fungsi. Lihat juga MAKSIMUM, PENGOPTIMUMAN. M1412 upah minimum ; minimum wage. Kadar upah yang diwujudkan dengan cara TAWAR-MENAWAR KOLEKTIF atau pengawalan kerajaan, dan menetapkan upah terendah yang akan diterima oleh pekerja yang akan diambil bekerja. Upah minimum sah merupakan mandate kepada kerajaan untuk semua pekerja dalam satu ekonomi, dengan beberapa pengecualian. Upah minimum yang dirunding secara peribadi ditentukan oleh tawar-menawar kolektif yang digunakan kepada kumpulan tertentu dalam sesebuah ekonomi, biasanya dalam perdagangan atau industri-industri tertentu. Upah minimum moden, digabungkan dengan penimbangtaraan wajib berkenaan pertikaian buruh, pertama kali berlaku di Australia dan New Zealand pada tahun 1890-an. Pada tahun 1909, Britain menubuhkan satu badan perdagangan untuk menetapkan upah minimum dalam perdagangan dan industri-industri tertentu. Massachusetts merupakan negeri pertama di A.S. yang menggubal undang-undang

berkenaan upah minimum (untuk wanita sahaja) iaitu pada tahun 1912. Pada masa kini, kebanyakan negara mewujudkan undang-undang berkaitan upah. M1413 perlombongan ; mining. Penggalian bahan-bahan dari kerak bumi, termasuk bahan asal mula organik, seperti batu arang dan petroleum. Perlombongan di zaman moden agak rumit dan menelan belanja besar. Pertama sekali, salur mineral yang dijangka boleh menghasilkan bahan-bahan mineral mesti dikenal pasti. Kemudian, saiz saluran ditentukan, sebelum jurutera-jurutera memutuskan cara terbaik untuk menggali. Kebanyakan mineral yang digali di seluruh dunia setiap tahun menggunakan sistem perlombongan di permukaan, seperti lombong terbuka, lombong dedah, dan menguari. Teknik menggali dan mengekstrak mineral memerlukan kos yang besar untuk menggerudi, meletupkan, menaikkan, dan mengangkut mineral, serta mengukur tahap kesihatan dan keselamatan para pekerja, juga impak ke atas persekitaran. M1414 **GOT PICTURE BOX (keterangan-- American mink (Mustela vison) KARL H. MASLOWSKI Mink ; mink. Kedua-dua spesis karnivor nokturnal dan semiakuatik, dalam keluarga MEMBERANG (Mustelidae) yang ditangkap dan dipelihara untuk kegunaan komersial iaitu dijadikan belulang fur untuk pakaian. Mink Amerika (Mustela vison), boleh ditemui di Amerika Utara kecuali di bahagian tenggara A.S. yang kontang. Saiz mink kira-kira 17 hingga 29 inci (43 hingga 74 cm) panjang dengan berat sehingga 3.5 paun (1.6 kg). Spesis Eurasia (M. lutreola) bersaiz kecil sedikit. Kot coklat mempunyai bulu lembut yang tebal dan dilapisi dengan rerambut pengawal berkilat. Bulu mink liar lebih mahal daripada ranch mink. M1415 Minkowski \mi-'kf-sk\, Oskar ; Minkowski \mi-'kf-sk\, Oskar (lahir. 13 Jan, 1858, Aleksotas, Empayar Rusia meninggal dunia. 18 July, 1931, Frstenberg an der Havel, Jerman.) Ahli fisiologi dan patologi Jerman. Semasa beliau membuat kajian tentang DIABETES MELITUS pada tahun 1884, beliau menemui bahawa asid beta- hydroxybutyric dan penurunan pada kadar bikarbonat dalam badan menyebabkan berlakunya asidosis diabetes (pH darah yang rendah) dan masalah koma diabetes yang disebabkan oleh pengurangan karbon dioksida dalam darah boleh dirawat menggunakan terapi alkali. Eksperimen yang dijalankan bersama-sama

Joseph von Mering (1849 hingga 1908) ke atas anjing-anjing membawa kepada penemuan sumber antidiabetes iaitu pankreas, yang pada masa kini dikenali sebagai insulin. Beliau turut mendemonstrasi penghasilan pigmen hempedu dan asid urik oleh hati. M1416 Kota Minneapolis ; Minneapolis City (populasi., 2000: 382,618), Timur Minnesota, A.S. Bandar terbesar negeri yang terletak di sepanjang SUNGAI MISSISSIPPI, berdekatan dengan muara SUNGAI MINNESOTA. ST. PAUL terletak diseberang sungai tersebut dan menjadikan ia kawasan Bandar Berkembar metropolitan. Pada tahun 1680, kawasan tersebut dilawati oleh mubaligh dari Perancis LOUIS HENNEPIN, lalu ia dijadikan kotakara angkatan tentera. Di sebelah timur tebing sungai terdapat sebuah desa, St. Anthony (tahun 1855), manakala di sebelah barat tebing sungai terdapat desa dipanggil desa Minneapolis (tahun 1856). Pada tahun 1872, kedua-dua desa tersebut bergabung menjadi Bandar Minneapolis, yang telah membangun sebagai pusat pembalakan dan industri pengilangan tepung. Masih menjadi pusat pasaran bijian untuk wilayah berhampiran, ia turut menjadi pusat pengilangan. Antara institusi pendidikan yang ada termasuk Universiti Minnesota. M1417 Minnelli, Vincente ; Minnelli, Vincente. (lahir. 28 Feb, 1910, Chicago, Ill., A.S.meninggal dunia. 25 Julai, 1986, Los Angeles, Calif.) Pengarah filem dari A.S. Sejak beliau berusia 16 tahun, beliau telah menjadi pengurus pentas dan pereka kostum. Pada tahun 1935, beliau Berjaya menjadi pengarah di Broadway dan pada tahun 1940, beliau berpindah ke Hollywood. Beliau menggabungkan penggunaan warna-warna garang dengan kerja kamera imaginatif dalam filem-filem seperti Cabin in the Sky (1943), Meet Me in St. Louis (1944), The Pirate (1948), An American in Paris (1951), dan Gigi (1958, Anugerah Akademi), menyemai satu rasa bertenaga dan kecanggihan baru dalam filem muzikal. Beliau turut menghasilkan beberapa uah drama yang hebat seperti Father of the Bride (1950), The Bad and the Beautiful (1952), dan Lust for Life (1957). Beliau pernah berkahwin dengan JUDY GARLAND (1945 hingga 1951). Anak perempuan mereka, penyanyi dan pelakon, Liza Minnelli (lahir. 1946), telah memenangi Tony Award untuk persembahan beliau dalam Flora, the Red Menace (1965) dan Anugerah Oscar untuk filem Cabaret (1972). M1418 minnesanger \'mi-n-,si-r\ (dari German, Minne: cinta); minnesinger.

\'mi-n-,si-r\ (from German, Minne: love). Mana-mana penyanyi-pemuisi dari Jerman, tahun 1150 hingga tahun 1325, sama seperti TROUBADOURS dan TROUVRES. Seperti rakan sejawat mereka di Perancis, minnesanger membawakan isu yang tidak terbatas kepada cinta semata-mata, tetapi juga isu berkaitan politik dan etika. Pada asalnya minnesanger dipelopori oleh golongan bangsawan, tetapi lama kelamaan golongan pertengahan juga turut menjadi minnesanger yang berminat dengan isu-isu berkaitan ekonomi serta sosial. WALTHER von der Vogelweide, Neidhardt von Reuental (tahun 1180 hingga 1250), dan TANNHUSER merupakan antara minnesanger yang terkenal. M1419 Negeri Minnesota ; Minnesota State. (populasi., tahun 2000: 4,919,479). Terletak di bahagian barat tengah A.S. Negeri ini bersempadan dengan Kanada dan negeri-negeri Wisconsin, Iowa, Dakota Selatan dan Dakota Utara. Negeri ini berkeluasan 86,943 batu persegi (225,182 km persegi). Ibu negeri bagi Minnesota ialah St. PAUL. Ia merupakan negeri paling utara dari 48 buah negeri dalam A.S. Minnesota mempunyai kawasan padang rumput subur yang berhutan jarang dan banyak tasik. Sebelum pendudukan orang-orang Eropah, kawasan ini telah didiami oleh puak asli Ojibwa (Chippewa) dan kaum Dakota (Sioux). Penjelajah-penjelajah Perancis telah sampai ke kawasan ini ketika dalam pencarian LALUAN BARAT LAUT pada kurun ke-17. Bahagian timur laut Minnesota telah diserahkan kepada pihak British pada tahun 1763, kemudian kepada A.S. pada tahun 1783. Pada tahun 1787, ia telah dijadikan sebahagian daripada Wilayah Barat Laut. Bahagian barat daya Minnesota telah dimiliki oleh A.S. pada tahun 1803 sebagai sebahagian daripada PERJANJIAN LOUISIANA, dan bahagian barat lautnya telah diserahkan kepada A.S. oleh pihak British melalui satu perjanjian pada tahun 1818. Petempatan kekal A.S. yang pertama telah dibina pada tahun 1819 apabila Kota Snelling didirikan. Wilayah Minnesota yang ditubuhkan pada tahun 1849 merangkumi Minnesota yang ada sekarang, dan bahagian timur Dakota Utara dan Dakota Selatan. Minnesota telah menjadi negeri ke-32 dalam A.S. pada tahun 1862. Pemberontakan puak Sioux di selatan Minnesota pada tahun 1862 telah mengakibatkan kematian 500 orang awam, askar-askar dan puak asli Indian. Pengeluaran arang batu secara komersial telah bermula pada tahun 1884. Selepas penemuan kawasan perlombongan bijih besi di Banjaran Mesabi pada tahun 1890, populasi di DULUTH dan Superior berkembang dengan pesatnya. Pada masa kini, aktiviti pertanian terutamanya bijiran, dan

penternakan haiwan serta produk tenusu menjadi ekonomi asas bagi negeri Minnesota. Sumber galian termasuk bijih besi, granit dan batu kapur turut terdapat di sini. M1420 Syarikat Perlombongan dan Pengeluaran Minnesota ; Minnesota Mining & Manufacturing Co. Lihat 3M M1421 Sungai Minnesota ; Minnesota River. Sebatang sungai di selatan Minnesota, A.S. Berpunca dari kawasan sempadan Dakota Selatan dan Minnesota, sungai ini mengalir ke arah tenggara dan kemudian mengalir ke arah timur laut dan bertemu dengan SUNGAI MISSISSIPPI dibahagian selatan ST. PAUL. Laluan sungai ini merentasi kawasan sejauh 332 batu (534 km). Pernah dikenali dengan nama St. Peter atau St. Pierra, sungai ini dahulunya penting kepada penjelajah dan pedagang bulu. M1422 ikan umpan ; minnow. Sejenis ikan kecil, terutamanya dari keluarga IKAN KAP (Cyprinidae), juga sesetengah ROCKFISH (keluarga Umbridae) dan KILLIFISHES (keluarga Cyprinodontidae). Pelbagai spesis ikan umpan siprinid dari Amerika Utara merupakan ikan air tawar yang mempunyai ukuran panjang dari 2.4 hingga 12 inci (6 hingga 30 cm). Kebanyakan daripada ikan-ikan ini menjadi makanan bagi ikan-ikan yang lebih besar, burung-burung, dan haiwan-haiwan lain, serta dijadikan umpan. Ikan umpan jenis bluntnose (Pime phales notatus) dan jenis fathead (P. promelas) jenis biasa SHINER, dan American ROACH merupakan spesis yang elok untuk dijadikan umpan. Istilah ini turut digunakan untuk merujuk kepada anak-anak ikan bagi spesis ikan yang lebih besar. Ikan umpan dari Eropah dan Asia utara (Phoxinus phoxinus) berukuran kira-kira 3 inci (7.5 cm) dan mempunyai warna dari keemasan hingga hijau. M1423 Mino da Fiesole ; Mino da Fiesole. (lahir. Tahun 1429, Poppi, Republik Florence-meninggal dunia. Tahun 1484, Florence) Seorang pengukir dari Itali. Berkemungkinan beliau telah mendapat latihan di Florence, beliau aktif di Florence dan Rom, dimana beliau telah membina banyak monumen (terutamanya dinding makam) dan patung-patung yang diukir dari bahagian dada ke atas, serta ukiran individu-individu yang terkenal. Beliau merupakan antara pengukir potret terawal di zaman RENAISSANCE. Hasil-hasil kerja beliau sangat dikagumi pada kurun ke-19.

Namun begitu , hasil karya beliau dianggap kurang menyerlah berbanding karya DESIDERIO DA SETTIGNANO, Antonio Rossellino (1427 hingga 1479), serta lainlain pengukir berkaliber di zaman itu. M1424 Minoan ; Minoan. Mana-mana satu dari orang bukan berketurunan IndoEropah yang hidup (c. 3,000 hingga c. 1100 Sebelum Masihi) di pulau Crete semasa ZAMAN GANGSA. Sumber ekonomi dan kuasa mereka adalah berasaskan laut. Kebudayaan mereka yang sofistikated berpusat di KNOSSOS, dinamakan sempena lagenda Raja MINOS. Kebudayaan ini merupakan satu tamadun yang bertaraf tinggi dan penting semasa era Aegean. Orang-orang Minoan menggunakan pengaruh besar kebudayaan MYCENAEAN di kepulauan dan tanah besar YUNANI. Pada tahun 1600 Sebelum Masihi, kebudayaan Minoan mencapai kemuncaknya dan dikenali dengan bandar-bandar serta istana-istana, jalinan perhububungan perdagangan yang besar serta penggunaan tulisan (lihat LINEAR A DAN LINEAR B). hasil seni yang terdapat di Minoan termasuk mohor, barangan tembikar, dan paling menonjol, seni hiasan yang bersemangat pada dinding-dinding istana, yang menggambarkan kedua-dua bidang keagamaan dan sekular. Peninggalan runtuhan istana membuktikan kewujudan jalan-jalan yang berturap dan bekalan air. Motif-motif lukisan Minoan yang biasa adalah ular (yang melambangkan tuhan/dewa), lembu jantan dan penari, serta satu signifikan mistik. M1425 Minos ; Minos. Menurut lagenda Yunani, baginda merupakan raja kepada Crete, putera kepada Zeus dan EUROPA. Baginda telah menaiki takhta dengan bantuan POSEIDON dan telah menjadi pemerintah bagi Kepulauan Aegean. Permaisuri baginda, Pasipha, telah jatuh cinta dengan seekor lembu jantan dan melahirkan MINOTOUR. MINOTOUR telah dipenjarakan di Labirin. Minos telah memulakan perang ke atas Athens dan menjadikan belia serta perempuan yang belum berkahwin sebagai makanan kepada Minotour sehingga THESUS membunuh raksasa tersebut dengan bantuan putera Minos, ARIADNE. Minos telah dibunuh di Sicily, dimana air panas menggelegak dicurahkan ke atas badan baginda semasa baginda sedang bersiram. Ramai cendekiawan pada masa kini menganggap bahawa Minos adalah satu gelaran diraja atau dinasti bagi pemerintahan yang cenderung ke arah keagamaan, semasa Zaman Gangsa, atau MINOAN, tamadun dalam KNOSSOS (Minoan bermaksud of Minos).

M1426 George (Richards) ; George (Richards). (lahir. 2 Dis, 1885, Boston, Mass., A.S.-meninggal dunia. 25 Feb, 1950, Brookline, Mass.) Pakar perubatan A.S. Beliau telah mendapat ijazah perubatan dari Universiti Harvard. Beliau telah mengkaji kekurangan darah dalam di kalangan anjing yang diberi makan hati mentah; kemudiannya beliau bersama-sama William Murphy (1894 hingga 1987) mendapati bahawa dengan memakan hati mentah dapat mengelakkan anemia pernisius pada manusia. Mereka berkongsi Hadiah Nobel pada tahun 1934 dengan GEORGE WHIPPLE bagi kejayaan dalam rawatan penyakit yang dahulunya boleh membawa maut. Beliau bersama-sama EDWIN JOSEPH COHN telah menyediakan ekstrak hati yang jika diambil secara oral, boleh menjadi ubat bagi anemia pernisius sehinggalah tahun 1948, apabila vitamin B12 diasingkan. M1427 Minotour ; Minotour. Dalam MITOS YUNANI, Minotour merupakan seekor raksasa di Crete, yang memiliki badan manusia tetapi mempunyai kepala lembu jantan. Ia merupakan anak kepada POSEIDON, isteri kepada Raja Minos. POSEIDON telah membawa seekor lembu jantan putih untuk dijadikan binatang korban. Apabila Raja Minos tidak menjalankan amanah yang diperintahkan, tuhan menjadi murka dan sebagai balasan, Poseidon jatuh cinta dan kepada lembu jantan tersebut. Minotour (namanya bermaksud Minos lembu jantan) telah dipenjarakan di Labirin yang telah dibina oleh DAEDALUS. Selepas mengalahkan Athens dalam perang, Minos memaksa orang-orang Athens untuk menghantar manusia sebgaai makanan kepada Minotour. Pada tahun ke tiga manusia dihantar untuk dijadikan habuan kepada Minotour, THESEUS menawarkan diri untuk pergi membunuh raksasa tersebut dengsn dibantu oleh ARIADNE. M1428 Minsk ; Minsk. (Populasi., anggaran tahun 2001.: 1,699,000) Ibu negara dan bandar terbesar di Belarus. Kawasan tersebut telah didiami sejak tahun 1067, dan telah menjadi pusat pentadbiran pada tahun 1101. Ia telah iserahkan kepada Lithuania pada kurun ke-14, dan kemudian kepada Poland. Pada tahun 1793, ia telah diambil alih oleh Rusia melalui pembahagian kali ke-2 dan seterusnya kepada Poland. Ia telah ditawan oleh tentera Perancis pada tahun 1812. Pada tahun 1870, apabila landasan keretapi dibina, Minsk berkembang menjadi pusat industri yang penting. Semasa

Perang Dunia Pertama, ia telah dijajah oleh Jerman, dan kemudian Poland. Minsk hampir musnah secara keseluruhan semasa Perang Dunia ke-II, terutama sekali semasa kemaraan tentera bersekutu pada tahun 1944. Pernah menjadi ibu negara bagi Belorussia S.S.R., ia kekal sebagai ibu negara Belarus yang merdeka pada tahun 1991. Ia merupakan pusat pentadbiran dan industri bagi Belarus. M1429 Minsky, Marvin (Lee) ; Minsky, Marvin (Lee). (lahir. 9 Ogos, 1927, New York, M.Y., A.S.) Seorang saintis komputer A.S. Beliau menerima ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Princeton dan telah berkhidmat fakulti di MIT, dimana beliau menghabiskan masa berkhidmat di sana. Penyelidikan yang dibuat menyumbang kepada pembangunan dalam bidang KECERDIKAN BUATAN, psikologi kognitif, JARINGAN SARAF (membina simulator jaringan saraf pertama pada tahun 1951), dan teori mesin Turing. Pelopor dalam penciptaan robot, beliau membina beberapa buah tangan mekanikal dengan deria sentuhan yang pertama, pengimbas tampakan, dan beberapa perisian dan komputer antara muka. Beliau banyak mempengaruhi projek penghasilan robot di luar MIT, dan berusaha mencipta mesin yang mempunyai kebolehan menilai seperti manusia. Dalam karya tulisan beliau, The Society of Mind (1987), terdapat satu lakaran dalam satu muka surat yang memaparkan struktur 270 buah teori yang beliau hasilkan. Beliau menerima Anugerah Turing pada tahun 1969. M1430 penyanyi kembara ; Minstrel. Pemuzik yang berkelana di Zaman Pertengahan. Mereka selalunya orang-orang yang bertaraf rendah. Istilah (dan bersamaan seperti ioculator Latin dan jongleur Perancis) yang digunakan semasa zaman Pertengahan bagi menyatakan ciri orang dari golongan peminta sedekah sehingga penyanyi jalanan yang diupah oleh orang di bandar-bandar untuk sesuatu acara, bagi menarik perhatian orang ramai. Penyanyi lagu rakyat di zaman moden kini merupakan warisan dari kumpulan penyannyi jalanan tersebut. Lihat juga PERTUNJUKAN MINSTREL. M1431 Pertunjukan Minstrel ; Minstrel show. Satu bentuk hiburan popular di A.S. pada kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Ia bermula pada tahun 1830-an dengan penghibur kulit putih, Thomas D. Rice, yang lebih dikenali sebagai Jim Crow. Beliau telah mengenakan solekan pada muka, yang dipanggil sebagai blackface dan mempersembahkan nyanyian dan tarian dalam satu mimikan stereotaip bangsa AfrikaAmerika. Kumpulan blackface kulit putih sangat terkenal terutamanya di A.S. dan

England pada tahun 1840 hingga 1880, antaranya kumpulan Christy Minstrel, yang telah membuat persembahan di Broadway selama 10 tahun. Lagu-lagu nyanyian kumpulan ini telah digubah oleh STEPHEN FOSTER. Persembahan kumpulan minstrel ini merangkumi persembahan pembukaan dan lawak jenaka dari pengacara, iaitu Encik Interlocutor, dan watak di akhirnya, Encik Tambo (yang bermain tamborin), serta Encik Bones (yang menggoncang tulang), diselang-selikan dengan nyanyian lagu-lagu jenaka dan instrumental (biasanya dari alunan banjo dan biola). Selain itu, terdapat juga persembahan secara individu, tarian-tarian lembut dan lagulagu kesukaan ramai. Kumpulan minstrel yang terdiri daripada orang-orang berbangsa Afrika-Amerika telah ditubuhkan selepas tamatnya Perang Saudara. Secara amnya, persembahan minstrel ini merupakan salah satu cara dimana penghibur berkulit hitam dapat menyara kehidupan mereka. Persembahan kumpulan minstrel telah mula dilupakan seawall kurun ke-20, tetapi kesan dari penggabungan bangsa yang stereotaip masih berterusan dalam medium persembahan sehingga ke pertengahan kurun ke-20. M1432 pudina ; mint. Dalam bidang botani, mana-mana dari tumbuhan herba yang berbau kuat dari jenis Mentha, yang terdiri dari lebih kurang 25 spesis pokok herba saka, dan mempunyai gen herba yang berkait dengan keluarga herba pudina (Lamiaceae, atau Labiatae). Ia terdiri dari lebih kurang 3,500 spesis tumbuhan herba berbunga dalam 160 jenis. Pudina merupakan tumbuhan herba yang penting kepada manusia kerana ia sangat berguna bagi memberi rasa, keharuman, dan ia mempunyai nilai-nilai perubatan. Pudina tulen mempunya batang bersegi dan daun-daun yang tersusun secara bertentangan. Bunga-bunga pudina yang beraroma biasanya berwarna ungu muda, merah samar, atau putih, tersusun dalam kelompok yang membentuk satu pusaran yang tercerai atau bercantum. Semua spesis Mentha mengandungi minyak mudah meruap yang terdapat tompokan-tompokan melekit yang ada pada daun-daun dan batang tumbuhan tersebut. Tergolong dalam gen ini ialah PEPERMIN, MINYAK POOH, MARJORAM, ROSEMARY, dan DAUN THYME. Tumbuhan lain yang tergolong dalam keluarga pudina termasuk LAVENDER, HYSSOP, dan CATNIP. M1433 kilang syiling ; mint. Dalam bidang ekonomi, mint adalah sebuah tempat dimana wang syiling dicetak mengikut komposisi yang telah ditentukan, seperti berat dan ukuran yang biasanya dispesifikasikan mengikut undang-undang. Kilang

mencetak wang syiling bagi sesebuah negara mungkin pertama sekali diwujudkan oleh orang-orang Lydian pada kurun ke-7 Sebelum Masihi. Seni mencetak wang syiling ini telah berkembang ke seluruh Kepulauan Aegean, Itali, dan negara-negara Mediterranean yang lain, serta ke India dan Parsi. Orang-orang Rom telah mengasaskan cetakan wang syiling secara moden dan standard. Pengluaran wang berbentuk syiling berasal dari Negara China dalam kurun ke-7 Sebelum Masihi lalu berkembang ke Jepun dan Korea. Semasa Zaman Pertengahan Eropah, kilang-kilang mencetak wang syiling bertambah kerana setiap kuasa feudal termasuk raja-raja, golongan bangsawan dan ketua-ketua paderi bebas menggunakan kemudahan cetakan syiling. Kepelbagaian variasi dalam syiling yang dicetak menyebabkan berlaku kepincangan dalam urusan perniagaan. Kebanyakan negara pada masa kini mempunyai hanya satu kilang mencetak wang syiling, walaupun di A.S. terdapat dua buah kilang mencetak syiling yang aktif, iaitu di Philadephia dan Denver. Bagi set wang syiling yang dicetak khas untuk para pengumpul, hanya kilang di San Fransisco sahaja yang mengeluarkan syiling tersebut. Bagi negara-negara yang agak kecil dan kurang berkemampuan untuk membina kilang percetakan wang syiling, negara-negara tersebut akan mencetak wang syiling negara mereka di luar negara. Selain dari mencetak wang syiling, banyak kilang yang menjalankan fingsi-fungsi lain seperti menghalusi logam-logam berharga dan mengeluarkan pingat serta cop mohor. Lihat juga MATAWANG, WANG. M1434 tarian minuet ; minuet. Sejenis tarian berpasangan yang ditarikan untuk menyerikan suasana, yang berasal dari tarian rakyat Perancis. Tarian ini dominan di dewan-dewan tari di Eropah dalam kurun ke-17 dan ke-18. Dengan langkah-langkah kecil dan perlahan, berkadar , para penari selalunya mempersembahkan langkah mengikut muzik, tarian yang telah disusun beserta aksi tunduk dan hormat pada langkah-langkah tertentu. Ia merupakan tarian yang paling popular di zaman golongan bangsawan pada kurun ke-18. Selepas Revolusi Perancis pada tahun 1789, tarian ini tidak lagi popular. Ia merupakan satu elemen penting dalam seni muzik. Ianya biasa digabungkan bersama muzik instrumenta berdasarkan tarian pada kurun ke-16 atau SUIT 1650 hingga 1775. Tarian minuet merupakan sejenis tarian tunggal yang dikekalkan dalam SIMFONI, SONATA, KUARTET ALAT TALI, dan pelbagai lagi genre muzik sehingga tahun 1800.

M1435 Minuit, Peter ; Minuit, Peter. (lahir, 1589, Wesel, Kleve-meninggal dunia. Jun 1638, Laut Carribbean). Seorang gabenor penjajah berbangsa Belanda. Dalam tahun 1626, Syarikat India Barat Belanda telah menamakan beliau sebagai pemerintah penduduk di kawasan jajahan Pulau MANHATTAN. Menurut lagenda, untuk mengesahkan penjajahan Belanda ke atas pulau tersebut, beliau telah memujuk puak asli Indian untuk menjual pulau tersebut dengan segenggam barang kodi yang mempunyai nilai kurang daripada 60 guilder ($24). Dibahagian paling selatan tersebut, beliau telah mengasaskan New Amsterdam. Beliau kemudian dipanggil pulang ke Belanda (tahun 1631) dan kemudian dihantar untuk menubuhkan kawasan jajahan New Sweden di Teluk Delaware. Beliau sekali lagi membeli kawasan tersebut dari puak asli Indian dan membina Kota Christina (kemudiannya Wilmington, Del) pada tahun 1638. M1436 minuskul ; minuscule. Huruf-huruf atau abjad kecil dalam KALIGRAFI, berbanding dengan MAJUSKUL, atau huruf besar. Berbanding huruf besar, hurufhuruf kecil tidak ditulis secara penuh di atas satu barisan, dimana tiang huruf-huruf kecil ini boleh ditulis diatas oleh dibawah garisan yang ada. Cara penulisan hurufhuruf ini telah diasaskan oleh ALCUIN pada kurun ke-8. Ia membolehkan penulisan dibahagi-bahagikan kepada ayat-ayat dan perenggan-perenggan dengan memulakan ayat menggunakan satu huruf besar dan menamatkannya dengan satu noktah. Cara penulisan huruf pada asalnya berbentuk bulat, tetapi secara beransur-ansur, lakaran tulisan menjadi lebih berat sehingga ia membentuk apa yang dikenali sekarang sebagai Gothic atau SKRIP BERHURUF TEBAL. M1437 Minuteman ; Minuteman. Tentera penjajah semasa REVOLUSI AMERIKA. Tentera ini pertama kali dibentuk di Massachusetts pada bulan September 1774 apabila ketua-ketua revolusi berusaha untuk menyingkirkan Tories, atau para penyokong Bitish dari pasukan ketenteraan, dengan cara menggantikan semua pegawainya. dari angkatan tentera dalam setiap regimen mestilah sentiasa bersedia untuk tugas-tugas ketenteraan amaran singkat (at a minutes warning). Ujian pertama mereka berlaku dalam Perang LEXINGTON DAN CONCORD. Pada 8 Julai, Kontinental Kongres mencadangkan bahawa kawasan jajahan yang lain membentuk unik minuteman yang serupa.

M1438 Peluru berpandu Minuteman ; Minuteman missile. ICBM A.S. yang pertama sekali disusun atur iaitu pada tahun 1962. Tiga generasi Minuteman iaitu Minuteman I (1962 hingga 1973), Minuteman II (1966 hingga 1995), dan Minuteman III (dari tahun 1970) telah diberi kuasa pengendalian ke atas gudang senjata nuklear di darat bagi tentera A.S. sejak tahun 1960-an. Mereka merupakan kumpulan ICBM A.S. yang pertama di tempatkan di tempat simpanan senjata bawah tanah; menggunakan bahan api pepejal dan di lengkapi dengan pelbagai kenderaan (lihat MIRV). PERUNDINGAN MENGEHADKAN SENJATA STRATEGIK telah dibubarkan dan Minuteman III dijadualkan untuk dikecilkan kepada peluru berpandu tunggal. M1439 Miocene Epoch ; Miocene Epoch. Satu pecahan besar dalam PERINGKAT KETIGA, dari 23.8 hingga 5.3 juta tahun dahulu. Rekod-rekod yang banyak mengenai fosil hidupan di darat ketika zaman Miocene memberikan gambaran yang agak lengkap berkenaan perkembangan haiwan bertulang belakang, terutamanya mamalia. Mamalia Miocene pada dasarnya telah terbentuk dengan lengkap, dan dari keluarga mamalia yang ada kini mempunyai ciri-ciri yang persamaan seperti yang terdapat dalam rekod mamalia di zaman Miocene. Kuda telah berkembang sebahagian besarnya di Amerika Utara, dan haiwan-haiwan primat yang agak maju, seperti beruk telah pun wujud di Selatan Eropah. Beberapa pertukaran hidupan fauna telah berlaku di Hemisfera Utara, di antara Dunia Lama dan Dunia Baru. Komunikasi antara kawasan Afrika dan Eurasia dapat dijalinkan tetapi kawasan Amerika Selatan dan Australia kekal terpisah. M1440 Miquelon lihat SAINT-PIERRE DAN MIQUELON M1441 Mir ; Mir. Sebuah stesen angkasa lepas milik Rusia. Ia terdiri daripada sebuah modul utama yang telah dilancarkan pada tahun 1986 dan 5 modul tambahan yang telah dilancarkan secara berasingan sepanjang abad berikutnya. Modul-modul tambahan yang telah dilancarkan ini disambungkan kepada modul utama untuk membentuk satu makmal angkasa yang serba boleh. Sebagai stesen angkasa Rusia yang ketiga, (lihat SALYUT) Mir terdiri daripada enam dok pembaikan untuk modul dan lain-lain kapal angkasa, tempat tinggal yang lebih besar untuk para angkasawan, lebih kuasa, dan peralatan kajian yang lebih moden. Ia telah menampung kehidupan

manusia diantara tahun 1986 hingga 2000, termasuk satu penghunian yang berterusan selama 10 tahun. Ia turut menjadi tempat tinggal bagi beberapa orang angkasawan A.S. pada tahun 1995 hingga 1998 sebagai sebahagian dari kerjasama Mir-SPACE SHUTTLE. Pada tahun 1995, Valery Polykov (lahir. 1942) telah mencatatkan rekod dunia setelah berjaya tinggal selama 438 hari di angkasa lepas dalam stesen angkasa Mir. Pada Mac 2001, stesen angkasa yang telah ditinggalkan itu telah dibawa turun. Bahagian-bahagian yang lain telah jatuh ke dalam Lautan Pasifik seperti yang telah diaturkan. M1442 Mir Sayyid Ali ; Mir Sayyid Ali. (kurun ke-16). Seorang pelukis miniatur berbangsa Parsi. Beliau telah dilahirkan di Tabriz dan pada tahun 1545, beliau telah berhijrah ke India. Semasa di India, beliau bersama-sama sahabat senegeri beliau, ABD AL-SAMAD telah memberi tunjuk ajar di bengkel pelukis diraja, yang mana kebanyakan ahlinya berbangsa India. Beliau kemudiannya berjaya menubuhkan sekolah LUKISAN MUGHAL. Beliau telah menyelia sebahagian dari penghasilan manuskrip Mughal, Dastan-e Amir Hamzeh (Cerita-cerita Amir Hamzah). Beberapa buah lukisan yang telah dihasilkan oleh beliau telah menonjolkan beliau sebagai seorang pelukis miniatur yang sangat berbakat. M1443 Mira Bai ; Mira Bai. (lahir. Tahun 1450, Kudadi, India-meninggal dunia. Tahun 1547, Dwarka, Gujarat). Seorang puteri Raja Rajpur dan ahli mistik Hindu. Lagu-lagu baginda masyhur di India Utara. Menurut lagenda, Mira Bai telah mengabdikan diri kepada KRISHNA selepas kematian suami baginda. Baginda menerima para jemaah yang datang beribadat di kuil-kuil peribadi yang didedikasikan kepada Krishna dan mengubah lagu-lagu berunsur kecintaan terhadap tuhan Krishna; dan merupakan satu cara dianggap tidak sesuai bagi seorang balu. Puisi-puisi yang telah ditulis oleh baginda secara tidak langsung telah mengundang 2 kali percubaan untuk membunuh baginda, tetapi keajaiban berlaku yang menyebabkan percubaan bunuh itu tidak berhasil. Ketika rombongan delegasi Brahman datang untuk memujuk baginda supaya pulang semula ke negara mendiang suami baginda, baginda telah menghilangkan diri. Hanya dua buah puisi yang bertanda nama baginda dapat dikesan sebelum kurun ke-18, tetapi cerita-cerita mengenai baginda merupakan cerita yang paling diketahui ramai di kalangan para pendita di India Utara.

M1444 Count Mirabeau, Honor-Gabriel Riqueti asal. Honor-Gabriel Riqueti Mirabeau, Honor-Gabriel Riqueti, count de orig. Honor-Gabriel Riqueti. (lahir. 9 Mac, 1794, Bignon, dekat Nemours, Perancis-meninggal dunia. 2 April, 1791, Paris). Seorang ahli politik dan pemidato berbangsa Perancis. Anak lelaki kepada ahli ekonomi, Victor Riqueti (1751 hingga 1789), beliau tidak disengangi oleh bapanya kerana selalu dipenjarakan atas muslihat-muslihat jahat dan berkelakuan liar (1774 hingga 1780). Beliau telah menulis beberapa buah karangan semasa di dalam penjara. Pada tahun 1789, beliau telah dipilih menjadi JENERAL ESTATES untuk Estet Ketiga. Seorang pemidato yang berkaliber, beliau sangat terkenal dikalangan rakyat dan berpengaruh diawal era Revolusi Perancis. Beliau telah menyokong pembentukan institusi beraja dan telah cuba mencari jalan tengah bagi menjalankan pemerintahan beraja sepenuhnya disamping memenuhi kehendak penentangpenentang. Beliau telah dipilih sebagai presiden bagi Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 1791, tetapi telah meninggal dunia tidak lama kemudian. M1445 Teluk Mirabllo ; Mirabllo, Gulf of. Sebuah kawasan teluk di LAUT AEGEAN, di bahagian utara pantai CRETE, Yunani. Teluk ini dipisahkan oleh satu kawasan tanah tinggi dari Teluk Sitias disebelah timur. Olento dan Lato merupakan kawasan petempatan yang telah musnah. Di Gourni dan di pulau-pulau kecil di Psira dan Mokhlos terdapat tinggalan petempatan mendiang MINOAN (1600 hingga 1450 Sebelum Masihi).

M1446 mukjizat ; miracle. Keadaan luarbiasa yang berkait dengan kuasa sakti. Kepercayaan kepada kuasa luarbiasa wujud dalam semua budaya dan dalam hampir semua agama. Orang-orang UPANISHAD menekankan bahawa pengalaman atau kejadian-kejadian luarbiasa yang bersangkutan dengan agama dan penjelmaan, hanyalah perkara ajaib yang patut diterima. Akan tetapi, kepercayaan HINDU mengaitkan kuasa-kuasa luar biasa dengan para zahid yogi. KONFUSIANISME tidak membuka banyak ruang berkaitan perkara tersebut. Namun begitu, faham DAOISME bercampur aduk dengan agama rakyat, iaitu kepercayaan orang-orang China dan menghasilkan satu himpunan kepercayaan terhadap kuasa ghaib. Walaupun Gautama BUDDHA dapat merasa dan menunjukkan bahawa kuasa luar biasa yang beliau miliki tidak berlaku dengan kehadiran semangat, cerita-cerita tentang kelahiran dan

kehidupan luar biasa yang beliau jalani telah dijalinkan menjadi satu lagenda. Kuasa ghaib diterima secara adanya seperti yang tertera dalam kitab bahasa Ibrani dan menjadi menjadi sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan masyarakat di zaman Yunani-Romawi. WASIAT BAHARU merekodkan tentang kuasa luar biasa JESUS untuk menyembuhkan penyakit dan perkara-perkara luar biasa lain yang dilakukan. Kuasa luar biasa turut menjadi bukti kesucian para pendita agama Kristian. Nabi MUHAMMAD menyatakan bahawa kuasa luar biasa atau mukjizat merupakan satu perkara prinsip, dimana Al-Quran itulah sebagai satu kuasa atau keajaiban dari Tuhan. Banyak berlaku perkara-perkara luar biasa atau mukjizat dalam hidup Nabi Muhammad. M1447 lakon mirakil ; miracle play. Sejenis drama vernakular yang

dipersembahkan dalam Zaman Pertengahan. Ia memaparkan kisah-kisah benar atau rekaan berkenaan kehidupan, kuasa luar biasa atau kesyahidan seseorang yang alim. Genre persembahan ini berkembang dari DRAMA-DRAMA LITURGICAL pada kurun ke-10 hingga ke-11, yang bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan dalam kalendar gereja. Menjelang kurun ke-13, persembahan-persembahan drama seperti ini telah dijalankan secara berasingan. Drama-drama dipersembahkan ditempat-tempat sambutan perayaan umum, dan tidak lagi di gereja. Pendukung watak drama terdiri daripada ahli-ahli persatuan kesenian dan para pelakon amatur yang lain. Kebanyakan drama dalam genre ini berkisar dari kisah Virgin Mary atau St. NICHOLAS, yang mana kedua-duanya merupakan pemujaan ke atas roh-roh ghaib, semasa Zaman Pertengahan. Lihat juga, LAKON AKHLAK; LAKON MISTERI. M1448 logamaya ; mirage. Dalam bidang optik, istilah ini merujuk kepada satu pemandangan yang mengelirukan. Ini berlaku hasil dari PEMBIASAN cahaya di dalam lapisan udara yang mempunyai ketumpatan yang berbeza-beza. Dalam keadaan tertentu, sebagai contoh, di atas satu barisan jalan atau padang pasir, udara yang dipanaskan oleh cahaya matahari terik akan menjadi sejuk dengan cepat pada ketinggian yang lebih tinggi oleh itu, ketumpatan udara akan bertambah dan sekaligus meningkatkan kuasa pembiasan cahaya. Cahaya matahari yang dipantulkan dari bahagian atas sesuatu objek akan menuju terus melalui udara yang telah sejuk, dalam cara laluan yang biasa. Walaupun cahaya tersebut tidak boleh dilihat dengan mata kasar disebabkan oleh sudut pantulan, cahaya tersebut sebenarnya melengkung ke atas

selepas ia memasuki kawasan udara panas berhampiran permukaan bumi. Oleh yang demikian ia terbias dari pandangan mata kita, seolah-olah ia berasal dari bawah permukaan yang dipanaskan oleh cahaya matahari. Apabila langit menjadi objek pembiasan, kawasan permukaan tanah atau bumi akan kelihatan seperti sebuah tasik atau lapisan air. M1449 mikraj ; miraj \mi-rj\. Dalam agama Islam, mikraj membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad s.a.w dari bumi lalu naik ke langit. Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w telah didatangai oleh dua malaikat. Para malaikat tersebut telah membelah dada baginda, lalu menyucikan hati tersebut. Kemudian, baginda telah dinaikkan ke langit sehingga ke lapisan ke tujuh untuk bertemu Allah. Dalam perjalanan, baginda yang ditemani oleh malaikat JIBRAIL telah bertemu dengan Nabi ADAM, Nabi Yahya, Nabi Isa, Nabi Yusuf, Nabi Idris, Nabi Harun, Nabi Musa, dan Nabi Ibrahim, serta baginda telah menyaksikan keadaan di dalam syurga dan neraka. Peristiwa mikraj telah disambut oleh penganut agama Islam pada masa kini dengan mengadakan majlis-majlis ceramah berkaitan kejadian Israj dan Mikraj pada tanggal 27 Rejab. M1450 Miranda, Carmen asal. Maria do Carmo Miranda da Cunha Miranda, Carmen orig. Maria do Carmo Miranda da Cunha. (lahir. 9 Feb, 1909, Lisbon, Portugis-meninggal dunia. 5 Ogos, 1955, Beverly Hills, California., A.S.) Beliau merupakan seorang pelakon dan penyanyi berbangsa Brazil. Pada tahun 1930-an, beliau merupakan artis rakaman yang paling popular di Brazil. Beliau turut membintangi 5 buah filem. Mendapat bimbingan dari seorang penerbit di Broadway, beliau telah membintangi filem The Streets of Paris (1939), dan kemudian dalam sebuah filem A.S. Down Argentine Way (1940). Dianggap sebagai pelakon watak yang diberi nama jolokan Brazillian Bombshell, beliau telah diberi peranan melakonkan watak karikatur seperti Wanita Bertopi Buah-Buahan dalam filem Gangs All Here (1943). Beliau merupakan pelakon wanita yang mendapat bayaran paling tinggi di A.S. ketika Perang Dunia ke-II. Filem lakonan beliau yang terakhir di A.S. berjudul Scared Stiff (1953). M1451 Francisco de Miranda ; Miranda, Francisco de. (lahir. 28 Mac, 1750, Caracas-meninggal dunia. 14 Julai, 1816, Cadiz, Sepanyol). Seorang penentang dalam

pergerakan revolusi yang telah membantu negaranya mencapai kemerdekaan. Beliau telah berkhidmat dalam angkatan tentera Sepanyol tetapi kemudian telah melarikan diri ke A.S. pada tahun 1783. Semasa di A.S., beliau telah bertemu dengan penentang REVOLUSI AMERIKA dan membuat perancangan untuk membebaskan Amerika Selatan dari pemerintahan Maharaja Incan yang menjalankan pemerintahan dwidewan. Beliau telah melancarkan serangan bagi menakluki Venezuela pada tahun 1806 tetapi percubaan tersebut gagal. Beliau kembali semula ke medan peperangan diatas permintaan SIMON BOLIVAR pada tahun 1810. Beliau telah berjaya menawan dan memerintah secara diktator pada tahun 1811, dimana pada tahun yang sama, pengisyhtiharan negara dibuat. Beliau telah tunduk kepada serangan orang-orang Sepanyol dan telah menandatangani satu perjanjian gencatan senjata. Para pejuang lain menganggap tindakan beliau sebagai satu pembelotan lalu mereka menghalang beliau dari melarikan diri. Beliau telah meninggal dunia dalam sebuah perang di Sepanyol. M1452 Miranda v. Arizona (1966); Miranda v. Arizona (1966). Satu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi A.S. yang menentukan satu kod tata kelakuan dikalangan anggota polis ketika menjalankan proses soal siasat terhadap suspek jenayah. Perkara ini mewajibkan anggota polis memaklumkan kepada orang yang ditangkap berkenaan haknya untuk tidak bersuara, dan bahawa apa-apa sahaja yang dikatakan oleh orang yang ditahan itu boleh digunakan ke atasnya dan orang itu juga berhak untuk mendapat khidmat seorang peguam. Kes ini melibatkan satu tuntutan dari seorang plaintif yang menyatakan bahawa negeri Arizona, telah mendapatkan satu pengakuan daripada beliau tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepadanya, tentang hak beliau untuk mendapatkan khidmat seorang peguam. Dengan itu, negeri Arizona telah mencabuli hak-hak beliau dibawah Pindaan ke-5, berhubung SELFINCRIMINATION, iaitu perihal dimana seseorang itu dianggap bersalah berdasarkan tindakan dan kata-kata yang dikeluarkan. Keputusan 5 kepada 4 telah memeranjatkan pengamal undang-undang. Beberapa ketika selepas kes tersebut, satu keputusan telah dicapai untuk mengehadkan skop perlindungan Miranda. Lihat juga hak-hak TERTUDUH. M1453 Lagun Mirim Bahasa Sepanyol Laguna Mern ; Mirim Lagoon Spanish Laguna Mern. Merupakan sebuah tasik air pasang surut yang memisahkan Uruguay

dengan bahagian paling selatan di Brazil. Ia mempunyai ukuran 118 batu (190 km) panjang san 30 batu (48 km) di bahagian yang paling lebar. Tasik ini meliputi kawasan seluas 1,542 batu persegi (3,994 km persegi). Satu kawasan beting pasir yang rendah dan berpaya selebar 10 hingga 35 batu (17 hingga 59 km) yang mengandungi tasik-tasik kecil yang memisahkannya dari Laut Atlantik. Ia boleh digunakan untuk tujuan perkapalan oleh kapal-kapal kecil. GAMBAR (Joan Mir, gambar oleh Yousuf Karsh, 1966) KARSH/WOODFIN CAMP AND ASSOCIATES M1454 Mir, Joan ; Mir, Joan (lahir. 20 April, 1893, Barcelona, Sepanyolmeninggal dunia. 25 Dis, 1983, Palma de Mallorca) Seniman Sepanyol. Beliau telah menuntut di sebuah sekolah perdagangan dan telah bekerja sebagai kerani pejabat sehingga hampir tidak waras, dan menyebabkan ayah beliau member kebenaran untuk beliau menceburi bidang seni. Dari awal lagi, beliau telah berusaha untuk menjelaskan maksud konsep metafora semulajadi. Bermula dari tahun 1919 hingga tahun-tahun berikutnya, beliau tinggal berselang-seli antara Sepanyol dan Paris, dimana beliau telah terpengaruh dengan FAHAMAN DASAISME dan FAHAMAN SUREALISME. Pengaruh PAUL KLEE dapat dilihat dengan sangat jelas di dalam lukisan-lukisan dream pictures dan imaginary landscapes yang dihasilkan di lewat tahun 1920-an. Dalam karya seni ini, satu tatarajah yang berasaskan garisan atau tompokan, warna yang kelihatan hampir, seolah-olah telah diatur secara rawak. Gaya melukis beliau yang matang telah mula timbul dari rasa ketegangan di antara jiwa beliau yang puitis dengan pandangan beliau berkenaan kesusahan hidup di zaman moden. Beliau telah membuat kerja-kerja litografi secara meluas, dan telah menghasilkan banyak mural, dan ukiran-ukiran bagi memenuhi ruang di tempattempat umum. M1455 MIRV secara penuh ; MIRV in full.multiple independently targeted reentry vehicle. Mana-mana satu antara bahagian muncung pelang nuklear yang ada pada peluru berpandu, yang mengandungi bahan mudah belah untuk letupan berasaskan tindak balas belahan atau lakuran nukleus. Teknik ini membolehkan manamana muncung perang yang dipilih, dilepaskan secara berasingan pada laluan yang berlainan, dan dapat menyerang beberapa sasaran hanya dengan satu pelancaran.

Peluru-peluru berpandu yang menggunakan kaedah MIRV ini telah pertama sekali digunakan oleh tentera A.S. dan kemudian Soviet Union pada tahun 1970-an, diikuti oleh Britain dan Perancis pada tahun 1980-an, serta kemungkinan negara China pada tahun 1990-an. Oleh kerana penggunaan MIRV ini menimbulkan satu peningkatan dalam kuasa membedil, ia telah kerap kali menjadi satu isu dalam perundingan pengawalan senjata. PERUNDINGAN PENGURANGAN SENJATA SRTATEGIK mengkehendaki kedua-dua belah pihak A.S. dan Rusia untuk mengehadkan bilangan MIRV yang digunakan bagi peluru berpandu. M1456 Keguguran atau keguguran spontan; Miscarriage or spontaneous abortion. Satu letusan yang menyebabkan EMBRIO ATAU FETUS terkeluar dari UTERUSsebelum sampai waktu kelahiran sebenar. Lebih 60% dari keguguran ini berlaku kerana kerosakan yang terjadi semasa pembentukan janin, yang memungkinkan berlakunya keguguran. Sebab lain termasuklah jangkitan penyakit yang serius, terutamanya jika ia mengurangkan bekalan oksigen yang dihantar kepada FETUS. Selain itu, keadaan luar biasa uterus yang bersifat fizikal atau berkaitan dengan hormon, dan kematian janin yang disebabkan oleh simpulan tali pusat. Tandatanda awal keguguran ialah berlaku pendarahan pada faraj. M1457 Misdemeanur ; Misdemeanour Lihat FELONI DAN MISDEMEANUR M1458 Mises, Ludwig (Edler) von ; Mises, Ludwig (Edler) von. (lahir. 29 Sep, 1881, Lemberg, Austria-Hungry-meninggal dunia. 10 Okt, 1973, New York, N.Y., A.S.) Seorang ahli ekonomi berbangsa Austria-A.S. Teori-teori ekonomi beliau berasaskan teori dari PUSAT PENGAJIAN ILMU EKONOMI AUSTRIA. Beliau telah menjadi tenaga pengajar di Universiti Vienna (1913 hingga 1938) sebelum berhijrah ke A.S. dan menyertai salah sebuah fakulti di Universiti New York (1945 hingga 1969). Dalam The Anti-Capitalistic Mentality, iaitu satu ujian ke atas sosialisma di A.S., beliau telah berdebat dengan para intelek berkaitan isu penentangan pasaran bebas. Pada pendapat beliau, kita seharusnya menanggung rasa kebencian yang tidak diundang, terhadap permintaan secara besar-besaran, yang mana ini merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan dalam perniagaan yang besar. M1459 Mishima, Yukio asal. Hiraoka Kimitake ; Mishima, Yukio orig. Hiraoka

Kimitake. (lahir. 14 Jan, 1925, Tokyo, Japan-meninggal dunia. 25 Nov, 1970, Tokyo) Seorang penulis berbangsa Jepun. Beliau telah gagal dalam permohonan untuk menjadi tentera semasa Perang Dunia ke-II lalu beliau bekerja di sebuah kilang di Tokyo. Selepas tamat perang, beliau mengikuti pengajian undang-undang. Nama beliau mula dikenali melalui novel Confessions of a Mask (1949). Kebanyakan watak yang diceritakan dalam novel karangan beliau mempunyai sifat obsess terhadap keunggulan yang tidak mungkin dapat dicapai dan keinginan terhadap seks seperti novel The Temple of the Golden Pavilion (1956). Novel epik beliau, The Sea of Fertility, vol. 4 (1965 hingga 1970) mungkin sekali merupakan pencapaian beliau yang terbaik. Beliau menentang keras perhubungan rapat antara negara Jepun dengan negara barat ketika zaman selepas perang (terutamanya undang-undang baru yang melarang persenjataan semula). Beliau sangat ingin memulihara semangat pertahanan Jepun dan ketaatan kepada Maharaja Jepun. Dalam satu gerak isyarat yang simbolik terhadap pegangan ini, beliau telah menamatkan riwayatnya dengan melakukan SEPPUKU (ritual mengeluarkan isi perut), selepas merampas satu ibu pejabat tentera. Beliau dianggap sebagai salah seorang novelis Jepun yang paling penting pada kurun ke-20. M1460 Mishna atau Mishnah ; Mishna or Mishnah. Koleksi tertua perundangan lisan bangsa Yahudi, yang melengkapkan undang-undang bertulis dalam kitab Ibrani. Ia telah dikumpulkan oleh beberapa orang cendekiawan selama dua kurun dan telah dilengkapkan pada kurun ke-3 Selepas Masihi oleh JUDAH HA-NASI. Anotasi oleh cendekiawan seterusnya di Palestin dan Babylonia menghasilkan GEMARA, iaitu gabungan Mishna dan Gemara untuk menghasilkan kitab TALMUD. Mishna mempunyai enam bahagian utama iaitu untuk amalan sembahyang atau doa, dan pertanian, SABBATH dan upacara-upacara keagamaan yang lain, hidup berkeluarga, undang-undang jenayah dan sivil, tempat ibadat di JERUSALEM, dan amalan pensucian. M1461 Mishne Torah ; Mishne Torah. Satu kitab yang membincangkan secara panjang lebar kandungan kitab TALMUD, yang telah digubah pada kurun ke-12 oleh MOSES MAIMONIDES. Kitab yang mengandungi 14 jilid ini membincangkan tentang undang-undang yang merangkumi aspek kelakuan yang beretika, hal-hal sivil, salah laku, perkahwinan dan perceraian serta pemberian kepada orang miskin.

Maimonides menjadikan Minshe Torah sebagai kitab yang menggabungkan antara undang-undang agama dengan falsafah yang seharusnya dijadikan sebagai panduan bagi pengajaran, tidak hanya untuk menentukan etika kelakuan. M1462 Pantai Miskito ; Miskito Coast Lihat PANTAI MOSQUITO M1463 Bandar Miskolc ; Miskolc City. (populasi., tahun 2001: 184,125). Sebuah bandar di bahagian timur laut Hungary. Ia terletak di bahagian sempadan timur Avas Hills. Gua-gua di bukit batu kapur, telah pun didiami sejak zaman pra-sejarah lagi. Pada masa kini, ia menjadi bilik-bilik simpanan arak bagi industri pembuatan arak di bandar tersebut. Pernah didiami oleh suku Germanic, Sarmatian, dan Avar, Bandar ini telah ditakluki oleh orang-orang Hungary sekitar kurun ke-10. Pada kurun ke-13 pula, ia telah dijajah oleh orang-orang Mongol. Bandar ini bebas dari jajahan mana-mana negara bermula pada kurun ke-15. Miskolc merupakan sebuah pusat perindustrian yang mengeluarkan bijih besi dan keluli. Bangunan bersejarah termasuklah sebuah gereja Gothic kurun ke-13. M1464 Salah nyata ; Misrepresentation. Dalam bidang perundangan, hal ini dimaksudkan sebagai sebarang fakta yang palsu atau pernyataan fakta yang mengelirukan, biasanya dengan niat untuk menipu atau memperdaya. Hal ini biasanya berlaku dalam perjanjian berkaitan insuran dan hartanah. Pengiklanan yang menyeleweng juga termasuk dalam kategori ini. Sebarang perjanjian yang mengandungi unsur penyelewengan biasanya dikiraa sebagai batal dan pihak yang mengalami kerugian boleh meminta ganti rugi. GAMBAR MERRIAM-WEBSTER INC. M1465 misil; missile. Satu senjata perang yang digerakkan oleh roket yang direka bagi membawa bahagian muncung perang dengan ketepatan target pada kelajuan yang tinggi. Ia boleh didapati dalam pelbagai variasi, dari senjata taktikal kecil yang berkesan kepada jarak beberapa ratus kaki sahaja, sehingga kepada senjata strategic yang lebih besar serta boleh mencapai sasaran beberapa ribu batu. Ia tidak dibangunkan secara khusus sehinggalah selepas Perang Dunia ke-II. Hampir semua

senjata ini memiliki mekanisma kawalan berpandu dan oleh yang demikian ia dipanggil PELURU BERPANDU. Sebuah peluru tidak berpandu, atau mana-mana peralatan yang dilancarkan ke bahagian atas atmosfera atau satelit yang di hantar ke ruang angkasa, dipanggil roket. Peluru yang digerakkan oleh kipas atau baling-baling, yang dilancarkan di bawah permukaan air dikenali sebagai TORPEDO. Manakala peluru yang digerakkan oleh enjin jet dipanggil sebagai misil CRUISE. Dengan pembangunan ICBM, misil menjadi strategi pertahanan utama dalam PERANG DINGIN. Lihat juga PELURU BERPANDU BALISTIK, MISIL MINUTEMAN, MISIL V-1, MISIL V-2. Lihat ilustrasi bertentangan. M1466 Sistem Amaran Pertahanan Misil ; Missile Defense Alarm System (Midas). Mana-mana satu dari rangkaian satelit A.S. yang tidak dikendalikan oleh manusia, yang mana dibangunkan untuk member amaran berkenaan seranganserangan mengejut dari peluru berpandu antara benua oleh negara Soviet. Midas merupakan satu sistem amaran pertama dibangunkan di dunia. Ia telah dilancarkan pada awal tahun 1960-an. Satelit-satelit pengintipan ini dilengkapi dengan pengesan infra merah yang mampu mengesan haba dari peluru berpandu sebaik sahaja ia dilancarkan. M1467 misi ; mission. Satu pergerakan yang berusaha untuk mengembangkan kepercayaan agama Kristian. Paderi besar, St. PAUL telah berjaya mengkristiankan kebanyakan penduduk di Asia Kecil dan di Yunani. Agama baru ini telah berkembang dengan cepat di sepanjang laluan perdagangan Empayar Rom. Pengembangan agama Kristian menjadi agak perlahan setelah Empayar Rom mula berpecah, iaitu selepas tahun ke-500 Selepas Masihi, dengan kebangkitan kuasa-kuasa orang-orang Arab pada kurun ke-7 hingga ke-8. Namun begitu, para mubaligh dari Ireland dan Inggeris meneruskan usaha menyebarkan agama Kristian ke bahagian barat dan utara Eropah, sementara para mubaligh dari Gereja Yunani di Konstantinople meneruskan usaha mereka di kawasan timur Eropah dan Rusia. Usaha menyebarkan agama Kristian ke kawasan pendudukan Islam serta kawasan di Asia telah bermula di Zaman Pertengahan. Ketika Sepanyol, Portugal dan Perancis menubuhkan empayar di luar negara semasa kurun ke-16, para mubaligh dari gereja Roman Katolik telah dihantar ke Amerika dan Filipina. Gelombang dakwah yang lebih aktif oleh para mubaligh di gereja Roman Katolik pada kurun ke-19 memberi fokus kepada pengembangan ajaran

Kristian di Afrika dan Asia. Para mubaligh Kristian dari mazhab Protestan agak lambat dalam usaha untukmengembangkan agama Kristian, tetapi dalam kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, telah berlaku satu ledakan besar dalam aktiviti dakwah mubaligh Protestan untuk menyebarkan agama tersebut. Kerja-kerja pendakwahan para mubaligh berterusan hingga ke hari ini, walaupun ianya tidak begitu disenangi oleh kerajaan negara-negara yang telah merdeka, yang mana dahulunya berada di bawah kuasa jajahan Eropah. M1468 Stail Misi atau stail Misi Sepanyol ; Mission style or Spanish Mission style. Rupa atau reka bentuk bangunan yang digunakan oleh para mubaligh. Reka bentuk bangunan tersebut diasaskan oleh orang-orang Sepanyol di Florida, Texas, Arizona, New Mexico, dan terutamanya di California (1769 hingga 1823). Bahagian pintu masuk utama bangunan ini biasanya dihias indah dengan ukiran-ukiran, tetapi impresi keseluruhannya adalah sederhana, yang berdinding simen putih dan diserikan lagi dengan tingkap-tinggkap berukir dan dekorasi dalaman yang sangat ringkas. Reka bentuk ini juga selalunya digunakan bagi merujuk kepada reka bentuk yang banyak dicipta oleh GUSTAV STICKLEY pada kurun ke-20, yang mengeluarkan barangan perabut hiasan dari kayu oak yang mempunyai reka bentuk bangunan tersebut. M1469 Bandar Mississauga ; Mississauga City. (populasi., tahun 2001: 612,925). Sebuah bandar di kawasan tenggara Ontario, Kanada. Ia terletak di bahagian hujung Tasik ONTARIO, barat daya TORONTO. Ia telah didiami sejak kurun ke-19 lagi, yang mana ianya merupakan tanah yang dibeli dari puak Mississauga. Mississauga telah menjadi sebuah pekan pada tahun 1968 dan bandar pada tahun 1974. Ianya merupakan kawasan perumahan di pinggir Bandar Toronto dan juga pusat perindustrian yang penting. Ia turut menjadi lokasi bagi lapangan terbang Lester B. Pearson. M1470 Negeri Mississippi ; Mississippi State. (populasi., tahun 2000: 2,844,658), Sebuah negeri di bahagian selatan tengah A.S. Terletak di Teluk Mexico, ia bersempadan dengan Tennessee, Alabama, Louisiana, dan Arkansas. Ia meliputi kawasan seluas 47,695 batu (123,530 km persegi). Ibu negeri bagi Mississippi ialah JACKSON. Lanskapnya yang terdiri dari kawasan bukit-bukau dan hutan pokok pine, hingga ke tanah rendah dan lembah. Sebelum pendudukan orang-orang Eropah, kawasan tersebut telah didiami oleh pelbagai puak Indian termasuk CHOCTAW,

Natchez, dan Chickasaw. Ia telah menjadi sebahagian daripada kawasan Louisiana yang pada masa itu dibawah jajahan Perancis dan Biloxi, yang mana telah didiami pada tahun 1699. Kawasan utara Mississppi telah diserahkan kepada A.S. pada tahun 1783, manakala kawasan di selatan telah dimasukkan kedalam Wilayah Mississippi yang diwujudkan pada tahun 1798. Pada tahun 1804, ia telah dikembangkan menjadi negeri Mississippi sekarang. A.S. mengiktiraf Mississippi sebagai negeri ke-20 pada tahun 1817. Aktiviti ekonomi negeri ini adalah berasaskan penanaman lading, menggunakan buruh hamba yang diwujudkan pada tahun 1820-an. Ia telah keluar dari pemerintahan UNION pada tahun 1861 dan telah melantik JEFFERSON DAVIS sebagai presiden. Penaklukan VICKSBURG pada tahun 1863 merupakan satu titik permulaan bagi PERANG SAUDARA AMERIKA. Mississippi kemudian telah bergabung semula ke dalam UNION pada tahun 1870 dan telah menggunakan undang-undang konstitusi yang bertujuan untuk menghalang PEMBINAAN SEMULA negeri pada tahun 1890. Negeri ini menjadi medan perang dalam usaha menentang pengasingan bangsa pada tahun 1960-an; usaha kerajaan negeri untuk menghalang kemasukan JAMES MEREDITH ke Universiti Mississippi mencetuskan rusuhan pada tahun 1962; ketua hak awam tempatan, MEDGAR EVERS telah dibunuh pada tahun 1963. Selepas tahun 1969, apabila kerajaan persekutuan memerintahkan sistem sekolah-sekolah berasingan disatukan, tradisi ketaksuban bangsa di Mississippi mengalami perubahan secara berperingkat-peringkat. Hari ini, ekonomi Mississippi adalah bersasakan produk pertanian seperti kapas dan kacang soya, serta produk-produk buatan kilang seperti tekstil dan barangan elektrik. M1471 Sungai Mississippi ; Mississippi River. Sungai di tengah-tengah A.S. Ia bermula di TASIK ITASCA di Minnesota dan mengalir ke selatan. Ia bertemu dengan cawang sungai utama iaitu sungai MISSOURI dan sungai OHIO, kira-kira setengah perjalanan untuk sampai ke Teluk MEXICO. Ia memasuki bahagian selatan Teluk NEW ORLEANS selepas perjalanan sejauh 2,350 batu (3,780 km). Merupakan sungai terbesar di Amerika Utara dengan keluasan 1.2 juta batu persegi (3.1 juta km persegi) jika kedua-dua cawang sungai diambil kira. Pengembara Sepanyol, HERNANDO DE SOTO merupakan orang Eropah pertama yang menemui sungai tersebut pada tahun 1541. Pengembara-pengembara Perancis, LOUIS JOLLIET dan JACQUES MARQUETTE menyelusuri sungai tersebut pada tahun 1673, sehingga sampai ke SUNGAI ARKANSAS. Seorang lagi pengembara dari Perancis, LA SALLE sampai

ke delta sungai pada tahun 1682 dan menuntut keseluruhan wilayah Mississippi untuk Perancis, sebagai Louisiana. Perancis mengawal bahagian hulu sungai manakala bahagian hilir sungai diserahkan kepada Sepanyol pada tahun 1769. Ia diwartakan sebagai sempadan barat A.S. pada tahun 1783. Pada tahun 1803, Perancis menjual kawasan tersebut kepada A.S. sebagai sebahagian daripada PEMBELIAN LOUISIANA. Semasa PERANG SAUDARA AMERIKA SYARIKAT, tentera bersekutu menakluk VICKSBURG, Miss., pada tahun 1863, memecahkan Penggabungan yang telah dibuat ke atas sungai tersebut. Sebagai nadi sungai di tengah-tengah A.S., ia menjadi salah satu daripada perairan komersial di dunia. M1472 Kebudayaan Mississippian ; Mississippian culture. Pembentukan utama budaya prasejarah yang terakhir di Amerika Utara, dari tahun 800 hingga 1550. Ia merepak ke bahagian selatan dan tengah benua, terutamanya di desa-desa sepanjang sungai. Ia berdasarkan penanaman jagung, kekacang, labu, dan pelbagai tanaman lain yang dijalankan secara intensif. Setiap bandar besar mendominasi satu kumpulan desa-desa satelit. Setiap bandar mempunyai satu plaza pusat istiadat dengan satu atau lebih timbunan tanah berbentuk piramid atau bujur yang dikelilingi satu kuil, bentuk yang melambangkan ia mempunyai hubungkait dengan Amerika Tengah. Cahokia Mounds yang sangat besar ini terletak berhampiran Collinsville, III., A.S., dan merupakan pusat budaya bandar terbesar. Kraftangan dihasilkan menggunakan bahanbahan seperti tembaga, cengkerang, batu, kayu, dan tanah liat. Kebudayaan tersebut mula mengalami kepupusan semasa Eropah mula datang ke bahagian selatan. Lihat juga INDIA TENGGARA; KEBUDAYAAN WOODLAND. M1473 Zaman Mississippian ; Mississippian Period. Kala masa geologi di Amerika Utara yang dianggarkan setara dengan KALA MASA KARBONIFERUS Awal yang digunakan di serata dunia (354 hingga 323 juta tahun yang lalu). Sesetengah batuan yang dijumpai mempunyai kaitan dengan batuan yang ada pada lembah Mississippi, dan ini menyebabkan ahli geologi A.S. menggelar kala masa Mississippian mengikut gelaran yang digunakan oleh Eropah, iaitu Awal Karboniferus. M1474 Negeri Missouri ; Missouri. State (populasi., 2000: 5,595,211), tengah utara A.S. Bersempadan dengan negeri-negeri Iowa, Illinois, Kentucky, Tennessee,

Arkansas, Oklahoma, Kansas, dan Nebraska, ia meliputi kawasan seluas 69,709 batu persegi (180,546 sq km); ibu negeri bagi negeri ini ialah JEFFERSON CITY. Sungai Missouri menyusur dari barat ke timur, merentasi negeri ini. Ia mempunyai kawasan berbukit-bukau dengan tanah yang subur. Bahagian selatan mempunyai lembahlembah yang dalam serta subgai-sungai yang mengalir deras. Wilayah ini pada awalnya diduduki oleh pelbagai puak asli Amerika, dan ia mendapat nama sempena nama satu puak iaitu Missouri. Penempatan kekal yang pertama telah dibina di Ste. Genevieve pada tahun 1735, oleh pemburu-pemburu dari Perancis serta pelombongpelombong plumbum. ST. LOIUS ditemui pada tahun 1764. A.S. mendapat kuasa untuk mengawal wilayah tersebut pada tahun 1803, sebagai sebahagian daripada PEMBELIAN LOUISIANA. Ia sebahagian daripada Wilayah Louisiana pada tahun 1805 dan Wilayah Missouri pada tahun 1812. Kemasukan penduduk A.S. bermula selepas PERANG pada tahun 1812. Missouri menjadi negeri ke-24 pada tahun 1821, hanya selepas KOMPROMI MISSOURI membenarkan pentadbiran negeri dijalankan dalam keadaan abdi. KEPUTUSAN DRED SCOTT pada tahun 1857, membuktikan bahawa ia ditekan oleh penghapusan dan tuan punya abdi. Missouri kekal di dalam Kesatuan semasa PERANG SAUDARA AMERIKA, walaupun penduduknya berperang sesama sendiri. Selepas perang tamat, peningkatan berlaku dalam ekonomi dan diraikan di Pameran St. Louis 1904. Selepas Perang Dunia ke-II, ekonominya bertukar daripada pertanian kepada pengeluaran. Ia menerajui industry penghasilan negara, yang berpusat di Wilayah OZARKS. M1475 Kompromi Missouri ; Missouri Compromise. (1820) Akta yang diluluskan oleh Kongress A.S., untuk menerima Missouri kedalam Kesatuan sebagai negeri ke24. Selepas wilayah tersebut menuntut negeri dibebaskan dari taraf negeri penghambaan, Ahli Kongress Utara cuba untuk melampirkan pembetulan berkenaan penghambaan, tetapi tidak berjaya. Apabila Maine (originally part of Massachusetts) meminta dinaik taraf sebagai negeri, satu persepakatan yang diketuai oleh HENRY CLAY membenarkan Missouri ditadbir dalam keadaan abdi dan Maine sebagai sebuah negeri bebas, yang mana penghambaan adalah dilarang di wilayah-wilayah di bahagian sempadan utara dan selatan. Persepakatan yang dilakukan oleh Clay berhasil untuk menyelesaikan isu penghambaan yang berpanjangan dan juga bahagian seksionalisme.

M1476 Rancangan Missouri ; Missouri Plan. Kaedah untuk memilih hakim-hakim, yang diperkenalkan oleh negeri Missouri dan kemudian digunapakai di tempat-tempat lain. Ia direka untuk memperbaiki kelemahan sistem pemilihan dengan cara, gabenor dibenarkan untuk memilih seorang hakim dari senarai calon yang dicadangkan oleh satu suruhanjaya, tetapi hakim tersebut perlu di sahkan di hadapan satu mesyuarat awam selepas beberapa lama berkhidmat. M1477 Sungai Missouri ; Missouri River, tengah A.S. Cawang sungai terpanjang SUNGAI MISSISSIPPI, ia berpunca dari PERGUNUGAN ROCKY di tenggara Montana. Ia mengalir ke timur; ke tengah Dakota Utara dan ke selatan merentasi Dakota Selatan, membentuk bahagian sempadan Dakota Selatan dan Nebraska serta sempadan Nebraska dan Iowa. Ia kemudian berliku-liku ke timur merentasi tengah Missouri dan bercantum dengan Sungai Mississippi di utara ST. LOUIS, selepas menyusuri perjalanan sejauh 2,315 batu (3,726 km). Ia diberi nama gelaran Big Muddy kerana ia membawa banyak kelodak. Orang Eropah pertama yang melawat muara sungai tersebut ialah peneroka dari Perancis iaitu JACQUES MARQUETTE dan LOUIS JOLLIET pada tahun 1673. Ekspedisi pertama yang dimulakan dari muara hingga ke hulu sungai dilakukan dari tahun 1804 hingga 1805 oleh EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK. Bermula dari pertengahan kurun ke-20, pelbagai rancangan telah dilaksanakan untuk memeriksa aliran gelora sungai serta membuat abahan untuk mengairi tanaman. M1478 Sungai Missouri, Kecil Lihat SUNGAI MISSOURI KECIL M1479 Gunung Berapi Misti \'ms-t\ Bahasa Sepanyol Volcn Misti ; Misti \'ms-t\ Volcano Spanish Volcn Misti Volcano. PERGUNUNGAN ANDES, selatan Peru. Ia di apit oleh gunung berapi Chachani dan gunung berapi Pichupichu dan berketinggian 19,098 kaki (5,821 m) di atas paras laut, melebihi ketinggian kota AREQUIPA. Puncak gunung yang dilitupi salji ini mempunyai makna tersirat dari segi keagamaan bagi kaum INCAS, dan ia turut mempunyai lagenda serta menjadi insprirasi untuk puisi. Gunung berapi ini dikategorikan sebagai gunung berapi pendam sejak letusan terakhir pada tahun 1600. M1480 Dedalu ; Mistletoe. Mana-mana dari spesis tumbuhan hijau semiparasit dari

keluarga Loranthaceae dan Viscaceae, terutamanya dari genus Viscum, Phoradendron, dan Arceuthobium, iaitu semua ahli keluarga Viscaceae. V. album, dedalu tradisional yang biasa digunakan dalam kesusasteraan dan perayaan Krismas, biasanya hidup di seluruh kawasan Eurasia. Rimbun malar hijau kekuning-kuningan (2 hingga 3 kaki, atau 0.6 hingga 0.9 m, panjang) melentok dari atas pohon perumah. Dahan-dahan tebal yang bercabang memegang daun kecil liat dan bunga kekuningan, yang menghasilkan buah beri lekit beracun, berwarna putih. Akar terubah suai kulit kayu pohon perumah lalu membentuk tiub-tiub yang digunakan untuk menyalurkan air dan nutrisi-nutrisi dari pohon perumah ke tumbuhan parasit yang bertumbuh secara perlahan ini. Dahulunya, tumbuhan dedalu dipercayai mempunyai kuasa ajaib dan penyembuhan, dan dikatakan sesiapa yang berkucupan di bawah tumbuhan dedalu pasti akan berkahwin. GAMBAR (keterangan- Frdric Mistral, goresan, 1864 EHSAN DARIPADA PEMEGANG AMANAH MUZIUM BRITISH; FOTOGRAF, J.R. FREEMAN & CO. LTD. M1481Mistral \m-'strl\, Frdric ; Mistral \m-'strl\, Frdric (lahir. 8 Sept, 1830, Maillane, Perancismeninggal dunia. 25 Mac, 1914, Maillane) Pemuisi Perancis. Seorang ketua kebangkitan semula Provenal pada kurun ke-19, Mistal menjadi pengasas bersama Flibrige, iaitu satu persatuan berpengaruh untuk mempertahankan adat dan bahasa Provence, dan kemudian keseluruhan Perancis. Beliau menumpukan masa 20 tahun beliau untuk menghasilkan kamus Provencal bermutu sarjanaan. Karya kesusasteraan lain termasuk lirik-lirik; cerita-cerita pendek seperti Memoirs of Mistral (1906), yang menjadi karya terbaik beliau; dan puisi-puisi naratif panjang termasuk, Mirio (1859) dan The Song of the Rhne (1897), yang menjadi puisi terbaik beliau. Pada tahun 1904, beliau berkongsi Hadiah Nobel Kesusasteraan bersama-sama JOS ECHEGARAY.

M1482 **GOT PICTURE BOX (keterangan--Gabriela Mistral, 1941) PERPUSTAKAAN KONGRESS, WASHINGTON, D.C. Mistral \ms-'trl\, Gabriela asal. Lucila Godoy Alcayaga ; Mistral\ms-'trl\, Gabriela orig. Lucila Godoy Alcayaga. (lahir. 7 April, 1889, Vicua, Chile

meninggal dunia. 10 Jan, 1957, Hempstead, N.Y., A.S.) Pemuisi kanak-kanak. Mistral menggabungkan kerja-kerja penulisan dengan kerjaya beliau sebagai seorang utusan khas kebudayaan dan diplomat, dan tugas sebagai seorang professor di A.S. Reputasi beliau sebagai seorang pemuisi mula terserlah padaa tahun 1914, apabila beliau memenangi hadiah untuk tiga Soneta Kematian. Bait-bait puisi yang ditulis oleh beliau penuh semangat, yang bertemakan kasih sayang kepada anak-anak dan bangsa yang tertindas seperti dalam puisi Desolacin (1922), Tala (1938) dan Lagar (1954). Pada tahun 1945, beliau menjadi wanita Amerika Latin pertama yang menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan. M1483 MIT Lihat INSTITUT TEKNOLOGI MASSACHUSETTS M1484 Mitanni \mi-'ta-n\ ; Mitanni \mi-'ta-n\ Kerajaan purba di atas MESOPOTAMIA. Ia mengunjur dari SUNGAI EUPHRATES hingga hampir kepada SUNGAI TIGRIS, dan berkembang maju kira-kira tahun 1500 hingga tahun 1369 Sebelum Masihi. Ia telah ditemui oleh orang-orang Indo-Iranian yang tinggal bersama-sama orang Hurrian di wilayah tersebut. Dibawah pemerintahan Raja Saustatar pada kurun ke-15 Sebelum Masihi, askar-askar Mitanni merampas Istana Assyria di ASHUR. Pada pertengahan kurun ke-14, ibu kota kerajaan tersebut, iaitu Wassukkani, telah dijarah oleh orang-orang Hittite, lalu kerajaan tersebut dijadikan sebahagian daripada Empayar HITTITE, yang dikenali sebagai Hanigalbat. Tidak lama selepas itu, ia dijadikan wilayah Assyria. M1485 Mitchell, Arthur ; Mitchell, Arthur. (lahir. 27 Mac, 1934, New York, N.Y., A.S.) Penari, pereka tari, dan pengarah The Dance Theatre of Harlem A.S. Beliau menuntut di Sekolah Tinggi untuk Seni Persembahan di Kota New York. Beliau mula menari dalam persembahan muzikal Broadway dan bekerja dengan beberapa buah syarikat balet sebelum beliau menyertai NEW YORK CITY BALLET pada tahun 1956 sebagai penari berbangsa Amerika Afrika yang pertama. Beliau mewujudkan beberapa peranan dalam balet GEORGE BALANCHINE, termasuk Midsummer Nights Dream (1962) dan Agon (1967), sebelum meninggalkan syarikat tersebut pada tahun 1972. Pada tahun1968, beliau menubuhkan satu sekolah tarian balet, dan syarikat beliau sendiri iaitu The Dance Theatre of Harlem, yang membuat penampilan pertama pada tahun 1971.Beliau menjadi pengarah dan pereka tari untuk syarikat

tersebut. M1486 Mitchell, Billy asal William Mitchell ; Mitchell, Billy orig William Mitchell. (lahir. 29 Dec, 1879, Nice, Perancismeninggal dunia. 19 Feb, 1936, New York, N.Y., A.S) Juruterbang A.S. kelahiran Perancis. Beliau menyertai angkatan tentera dan berkhidmat semasa perang antara Amerika dan Sepanyol. Beliau menjadi komander udara terbaik A.S. semasa Perang Dunia I, He became the top U.S. air commander in World War I, beliau memperkenalkan bentuk pengeboman besarbesaran dan mengetuai serangan yang melibatkan 1,500 kapal terbang. Penasihat angkatan udara berasingan yang suka bertetus terang, beliau meramalkan penggantian dari kapal perang kepada pesawat pengebom. Pada tahun 1925, semasa kapal tentera laut hilang dalam ribut yang berlaku, beliau melemparkan tuduhan bahawa perang A.S. dan bahagian tentera laut tidak cekap; dituduh ingkar kepada arahan, beliau dibicarakan di mahkamah tentera dan digantung perkhidmatan. Beliau meletak jawatan pada tahun 1926 tetapi masih memperjuangkan kekuatan tentera udara. Pada tahun 1948, iaitu selepas kematiannya, beliau dianugerahkan pingat istimewa oleh Tentera Udara A.S. M1487 Mitchell, John (Newton) ; Mitchell, John (Newton). (lahir. 5 Sept, 1913, Detroit, Mich., A.S.meninggal dunia. 9 Nov, 1988, Washington, D.C.) Pegawai awam A.S. Seorang peguam ternama di Kota New York. Beliau berkhidmat bersamasama RICHARD NIXON selepas penggabungan firma guaman mereka pada tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau mengendalikan kempen presiden Nixon dengan jayanya. Sebagai Peguam Negara A.S., (1969 hingga 1972), beliau dikritik hebat kerana mendakwa pembantah-pembantah perang, membenarkan mengintip dengar perbualan telefon tanpa perlu kebenaran mahkamah, dan percubaan untuk menghalang penerbitan PENTAGON PAPERS. Beliau bersara untuk mengetuai kempen pemilihan semula Nixon, tetapi beliau ditangkap kerana terlibat dengan SKANDAL WATERGATE. Disabitkan kesalahan konspirasi, menghalang keadilan, dan melakukan sumpah bohong, beliau dipenjara 19 bulan. M1488 Mitchell, Joni asal. Roberta Joan Anderson ; Mitchell, Joni orig. Roberta Joan Anderson (lahir. 7 Nov, 1943, Fort McLeod, Alta., Kanada.) Penyanyi dan penulis lirik dari Kanada. Mitchell belajar seni di Calgary, tempat di mana beliau

mula menyanyi di kelab-kelab. Beliau akhirnya menetap di Laurel Canyon, California., A.S. Antara lagu terawal yang dihasilkan oleh beliau, yang menjadi hits kepada artis-artis lain adalah Both Sides Now dan Woodstock. Lagu-lagu terawal nyanyian beliau seperti Clouds (1969) dan Blue (1971), berkonsepkan muzik rakyat dan memberi refleksi terhadap ideology pada masa tersebut, manakala lagu-lagu beliau yang kemudian seperti lagu Court and Spark (1974), Hejira (1976), Mingus (1979, bersama CHARLES MINGUS) dan Turbulent Indigo (1994), berkonsepkan pop dan muzik jaz. Lirik-lirik lagu yang dihasilkan serta gubahan lagu adalah karya asli beliau yang membuatkan beliau dinobatkan sebagai peulis lagu wanita yang cemerlang pada lewat kurun ke-20. M1489 Mitchell, Margaret ; Mitchell, Margaret. (lahir. 8 Nov, 1900, Atlanta, Ga., A.S. meninggal dunia. 16 Ogos, 1949, Atlanta) Penulis A.S. Semasa Mitchell menuntut di Kolej Smith, beliau menulis artikel untuk The Atlanta Journal, sebelum beliau menghabiskan masa 10 tahun untuk menulis buku beliau sendiri yang bertajuk Gone with the Wind (1938, Hadiah Pulitzer; filem, 1939). Satu kisah semasa Perang Saudara Amerika dan pembinaan semula negara. Ia merupakan novel paling hampir laris dalam sejarah penerbitan novel di A.S. pada masa itu. Satu parodi untuk buku yang ditulis oleh Mitchell, seperti yang diceritakan dari sudut pandangan hamba abdi, telah dihasilkan oleh Alice Randall, bertajuk The Wind Done Gone, telah diterbitkan pada tahun 2001. M1490 Gunung Mitchell ; Mitchell Mount. Puncak gunung di barat Carolina Utara, A.S. Puncak tertinggi di A.S yang terletak di timur Sungai Mississippi ini mempunyai ketinggian 6,684 kaki (2,037 m). Ia terletak di Pergunungan Black, Carolina Utara antara Taman Negara Gunung Mitchell dan Hutan Simpan Pisgah. Pada mulanya ia dikenali sebagai Black Dome, tetapi pada tahun 1835, ia dinamakan semula sempena nama Elisha Mitchell. Mitchell merupakan orang yang berjaya mengukur ketinggian puncak tertinggi di timur A.S itu; beliau meninggal dunia di atas gunung tersebut dan dikebumikan di puncak. M1491 Mitchell, Peter Dennis ; Mitchell, Peter Dennis. (lahir. 29 Sept, 1920, Mitcham, Surrey, England.meninggal dunia. 10 April, 1992, Bodmin, Cornwall) Ahli kimia British. Beliau menemui bagaimana pengagihan ENZIM-ENZIM di dalam

membran mitokondria akan membantu dalam penggunaan tenaga dari ION-ION HIDROGEN untuk penukaran ADP ke ATP. Pada tahun 1978, beliau memenangi Hadiah Nobel kerana kejayaan memformulasi teori kemiosmosis, yang menerangkan bagaimana tenaga dijana dalam mitokondria sel-sel hidup. M1492 Sungai Mitchell ; Mitchell River. Sungai di utara QUEENSLAND, Australia. Bermula dari kawasan Tanah Tinggi Timur, ia mengalir sejauh 350 batu (560 km) ke barat laut merentasi Semenanjung Cape York ke Teluk CARPENTARIA. Menjadi tempat pertembungan beberapa buah sungai, ia berubah-ubah mengikut musim, dan kering selama tiga bulan setiap tahun. Ia diterokai oleh Ludwig Leichhardt pada tahun 1845 dan dinamakan sempena nama Thomas Mitchell, iaitu seorang juruukur awam untuk New South Wales. Terdapat banyak buaya di sepanjang tebing sungai. M1493 Mitchum, Robert (Charles Duran) ; Mitchum, Robert (Charles Duran) (lahir. 6 Ogos, 1917, Bridgeport, Conn., A.S.meninggal dunia. 1 Julai, 1997, Santa Barbara county, Calif.) Pelakon filem A.S. Selepas dibuang dari sekolah tinggi di Kota New York, beliau menghabiskan masa muda dengan berkeliaran di bandar dan melakukan pelbagai jenis kerja rencam. Selepas menyertai satu syarikat lakonan di California, beliau muncul untuk kali pertama di skrin pada tahun 1943, dan berlakon dalam beberapa buah Hopalong Cassidy barat. Beliau mendapat pujian melalui watak yang dipegang dalam The Story of G.I. Joe (1945). Dengan ciri-ciri istimewa beliau iaitu bermata kuyu dan berpenampilan tegap, membuatkan beliau sering diberikan watak sebagai orang yang kesunyian dan watak penyangak, seperti dalam filem Out of the Past (1947), The Lusty Men (1952), The Night of the Hunter (1955), Thunder Road (1958), Cape Fear (1962), The Friends of Eddie Coyle (1973), dan Farewell, My Lovely (1975). Di tahun-tahun terakhir hayatnya, beliau membintangi rancangan bersiri di televisyen, Winds of War (1983) dan War and Remembrance (1988-89).

GAMBAR (keteranganhama Red Velvet (Dinothrombium; dibesarkan sebanyak lima kali)

ANTHONY

BANNISTER-NATURAL

HISTORY

PHOTOGRAPHIC

AGENCY/EB INC. M1494 Hama atau tungau ; mite. Mana-mana daripada 20,000 spesis ARACHNIDS kecil (subkelas Acari, kadangkala Acarina atau Acarida). Julat spesis dari yang sangat seni hingga ke 0.25 inci (6 mm) panjang. Hama tinggal di dalam air dan tanah, pada tumbuhan, dan sebagai parasit pada haiwan. Kedua-dua bentuk parasit dan tidak parasit menyebabkan penyakit pada tumbuhan dan haiwan. Tungau gatal (dari keluarga Sarcoptidae), mengorek kulit manusia dan haiwan lalu menyebabkan berlakunya penyakit berjangkit iaitu kudis buta. Beberapa spesis menyebabkan cacing pita pada lembu. Tungau bijian (dari keluarga Glycyphagidae) merosakkan barangan yang disimpan dan menyebabkan rasa gatal pada kulit sesiapa yang mengendalikan barangan tersebut. Alergi house duct adalah disebabkan oleh spesis Dermatophagoides. Lihat juga CIGER. M1495 Mitford, Nancy ; Mitford, Nancy. (lahir. 28 Nov, 1904, London, England. meninggal dunia. 30 Jun, 1973, Versailles, Perancis) Penulis British. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan yang aneh laku, beliau menjadi terkenal kerana novel-novel satira jenaka pintar yang menceritakan kehidupan golongan atasan, termasuk autobiografi kuasi, The Pursuit of Love (1945), Love in a Cold Climate (1949), The Blessing (1951), dan Dont Tell Alfred (1960). Satu buku koleksi esei yang diedit bersama bertajuk, Noblesse Oblige (1956), mempopularkan penggunaan istilah linguistik iaitu U (golongan atasan/upper-class) dan non-U. Kakak beliau, Jessica (1917 tahun 96) merupakan seorang penulis tersohor di A.S. yang menghasilkan karya hebat bertajuk, The American Way of Death (1963). M1496 Mithra \m-'tr\ ; Mithra. Di dalam mitos Indo-Iranian myth, Ia merupakan Tuhan Cahaya. Ia dilahirkan bersama satu obor dan sebilah pisau, di bawah pohon keramat disebelah sebatang sungai suci. Ia kemudian menunggang lalu membunuh seekor lembu kosmos, yang mana darah lembu tersebut menyuburkan tanaman. Perlakuan tersebut menjadi permulaan kepada ritual penyembelihan lembu untuk tujuan menyuburkan tanaman. Sebagai Tuhan Cahaya, Mithra dikaitkan dengan Tuhan HELIOS Yunani dan Sol Invictus Roman. Rujukan pertama yang ditulis

berkaitan Mithra bertatikh 1400 SEBELUM MASIHI. Lihat juga MITHRAISM. M1497 Mithradates VI Eupator \,mith-r-'d-tz...'y-p-,tr\ dikenali sebagai Mithradates the Great ; Mithradates VI Eupator known as Mithradates the Great. Latin Dilahirkan dari Bapa yang Mulia. (meninggal dunia. Tahun 63 SEBELUM MASIHI, Panticapaeum) Raja PONTUS (120 hingga 63 SEBELUM MASIHI) dan musuh kepada Rom. Sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang masih kecil, beliau memerintah bersama-sama ibunda beliau dari tahun 120. Beliau kemudian menggulingkan ibunda beliau supaya pemerintahan dapat dijalankan seorang diri. Beliau menawan kawasan di sepanjang wilayah barat dan selatan Laut Hitam. Beliau memenangi tiga perang melawan Rome; perang yang digelar Perang Mithradatic (88 hingga 85), (83 hingga 82), (74 hingga 63). Walaupun orang-orang Yunani mengharapkan beliau sebagai wira yang akan mempertahankan kerajaan dari serangan Rom, tetapi kekalahan beliau kepada SULLA (tahun 86) menghancurkan harapan tersebut. Apabila dirasakan perlu, beliau akan memeras wang dan barangan keperluan daripada kawasan jajahan di Asia Kecil. Yunani kembali ke Rom selepas tahun 86, tetapi rakyatnya sangat menderita kerana tuntutan kekerasan yang dilakukan oleh kedua-dua negara sehingga akhirnya Mithradates dikalahkan oleh POMPEY. Beliau merupakan salah seorang daripada ketua-ketua yang berjaya menghalang penyebaran kuasa Rom ke kawasan Asia. M1498 Mithraisme; Mithraism \'mith-r-,i-zm\. Kepercayaan agama purba Iran yang menyembah MITHRA, iaitu kedewaan Iran sebelum kedatangan ZOROASTER dalam kurun ke-16 SEBELUM MASIHI. Ia merebak dari India melalui Parsi dan dunia Yunani; pada kurun ke-3 dan ke-4 SELEPAS MASIHI, angkatan tentera dari Empayar Roman menyebarkan ajaran tersebut sehingga ke Sepanyol, Britain, dan Jerman. Upacara keagamaan terpenting dalam ajaran Mithraisme adalah upacara lembu jantan, yang dikaitkan dengan penciptaan dunia. Upacara-upacara Mithraisme dijalankan dengan menggunakan obor dan dilakukan di dalam gua bawah tanah. Satu bentuk kepercayaan Mithraisme yang popular di kalangan upacara lama orang Parsi yang diberi interpretasi Platonik pada kurun ke-2 dan ke-3 SELEPAS MASIHI, ialah Mithra diangkat sebagai penaung yang sangat taat kepada Raja. Selepas CONSTANTINOPLE I menerima AJARAN KRISTIAN pada kurun ke-4, ajaran Mithraisme merosot dengan mendadak.

M1499 Keadaan yang membolehkan hukuman diringankan ; Mitigating circumstance Lihat HAL KEADAAN PERINGAN M1500 Mitilini ; Matilini lihat LESBOS M1501 Mitla ; Mitla \'mt-l\ Desa dan tapak arkeologi, negeri OAXACA selatan Mexico. Berketinggian 4,855 kaki (1,480), ia dikelilingi oleh kawasan Pergunungan SIERRA MADRE del Sur. Ia dijadikan tapak pengebumian suci oleh ZAPOTEC, yang menggunakan tempat tersebut sehingga tahun ke-900 SELEPAS MASIHI. Mixtec berpindah dari utara Oaxaca antara tahun 900 hingga tahun 1500 lalu mengambil alih hak milik ke atas Mitla. Desa moden, yang mempunyai pondokpondok beratap jerami serta rumah adob, dijadikan pangkalan untuk para pengkaji menjalankan kajian terhadap peninggalan tersebut. M1502 Mito \'m-t\ ; Mito. HAN Jepun (kawasan yang ditadbir) yang dipunyai oleh satu dari tiga cabang keluarga TOKUGAWA yang telah dipilih oleh SHOGUN, semasa ZAMAN TOKUGAWA. Semasa kurun ke-19, nasionalis dari Mito mengadaptasi slogan Sonno joi (Hormati pemerintah, hapuskan orang-orang gasar). Tokugawa Nariaki (1800 hingga 1860), DAIMYO Mito semasa misi Komodor MATTHEW PERRY ke Jepun, menyatakan bahawa walaupun Jepun berada dalam keterasingan, ia disokong oleh semangat kebangsaan yang tinggi dan perubahan dalam sistem ketenteraan. Lihat juga Li NAOSUKE; KEBANGKITAN MEIJI; YOSHIDA SHOIN. M1503 GAMBAR (KETERANGAN Peringkat-peringkat mitosis. A . profasa. Pengulangan kromosom, mempunyai dua lembar kromosom anak (kromatid) yang bercantum pada satu sentromer, berlingkar dan mengecut. Dua pasang organel khusus (sentriol) mula mengasing, membentuk satu penghubung silinder protein berongga yang terletak antara organel tersebut, dikenali sebagai mikrotubul (serat spindle). Mikrotubul juga memanjang dalam satu jejari ikatan (aster) dari sentriol ke hujung sel-sel. B. Profasa akhir. Apabila sentriol-sentriol mula mengasing, membran nukleus akan terbelah, dan mikrotubul memanjang dari setiap sentromer ke bahagian bertentangan atau hujung sel. C . Metafasa. Sentromer-sentromer menjajar dalam satu

satah diantara hujung-hujung sel yang dikenali sebagai ekuator atau plat metafasa. Semasa metafasa akhir, setiap sentromer akan membahagi kepada dua, membemaskan satu kromatid beradik dari setiap satu. D . Anafasa. Kromatid beradik bergerak ke hujung yang bertentangan apabila mikrotubul bersentrometer menjadi pendek, dan hujung mikrotubul memanjang, menyebabkan kedua-dua hujung terpisah. E. Telofasa. Kromosom-kromosom tidak lagi berlingkar, mikrotubul lenyap, dan membran nukleus terbentuk di setiap set kromosom anak. Sitoplasma akan mula mengutil untuk membentuk dua sel anak. Mitosis ; Mitosis \m-'t-ss\. Pembahagian sel atau penghasilan semua sel, dimana satu sel menghasilkan dua sel anak yang serupa. Istilah ini sebenarnya menerangkan duplikasi dan pembahagian KROMOSOM. Sebelum mitosis, setiap kromosom akan dibahagikan secara berulang, menghasilkan dua lembar (kromatid) yang bercantum pada satu sentromer. Semasa proses mitosis, membran disekeliling nukleus sel akan larut dan kromatid pada setiap kromosom akan terpisah, kemudian menarik sesama sendiri ke hujung sel. Apabila membran nukleus membentuk disekeliling set kromosom, sitoplasma pada sel induk akan mula membahagi untuk membentuk dua sel anak. Diikuti dengan mitosis, membrane sel mengutil kepada sel anak. Proses mitosispenting kepada kehidupan kerana ia menghasilkan sel-sel baru untuk tumbesaran dan mengganti sel-sel rosak. Ia mungkin mengambil masa beberapa minit, atau jam, bergantung kepada jenis dan spesis organisma. Ia dipengaruhi oleh masa dalam satu-satu hari, suhu, dan bahan kimia. Lihat juga SENTROMER, MEIOSIS. M1504 Mitra ; Mitra. Dalam Veda AGAMA HINDU, salah satu tuhan dalam kategori Aditya, atau prinsip-prinsip terbaik di dunia. Ia mewakili persahabatan, keutuhan, keharmonian dan pelbagai lagi kualiti yang diperlukan untuk mengekalkan kewujudan manusia. Biasanya Ia digandingkan dengan Varuna, iaitu penjaga aturan dunia, yang berkuasa melengkapkan aturan manusia. Sebagai semangat kepada hari, Ia juga adakalanya dikaitkan dengan matahari. MITHRA, menurut kepercayaan Iran purba, merupakan tuhan yang mempunyai tugas yang sama seperti Mitra. s M1505 Mitre \'m-tr\, Bartolome ; Mitre Bartolome (lahir. 26 Jun, 1821, Buenos Aires-meninggal dunia. 18 Jan, 1906, Buenos Aires) Presiden Argentina (tahun 1862 hingga 1868). Pengkritik hebat kepada pemerintah diktator JUAN MANUEL DE

ROSAS, beliau mengetuai angkatan bersenjata rakyat Uruguay menentang Rosas, selain mengetuai kempen untuk menjadikan Buenos Aires sebagai ibu negara Argentina yang bersatu. Sebaik sahaja dilantik sebagai presiden, beliau menghapuskan kawasan luar bandar CAUDILLOS, meluaskan perkhidmatan surat dan telegraf, menguruskan pembiayaan awam, membentuk mahkamah-mahkamah baru, dan menjadi pengasas kepada akhbar La Nacion (1870) dan the Argentina of History. Lihat juga JUSTO JOSE DE URQUIZA. M1505 Mitscher \'mich-r\, Marc A(ndrew) ; Mitscher, Marc A(ndrew). (lahir. Jan, 1887, Hillsboro, Wis., A.S.-meninggal dunia. 3 Feb, 1947, Norfolk, Va.) Pegawai tentera laut A.S. Seorang graduan dari Akademi Tentera Laut A.S. di Annapolis, Md. (1910), Mitscher mendapat kelulusan untuk menjadi juruterbang ke-33 tentera laut pada tahun 1916. Pada tahun berikutnya, beliau membantu dalam pembangunan sistem penerbangan tentera laut dan mengintegrasikan sistem tersebut ke dalam armada. Semasa Perang Dunia ke-II, beliau berkuasa memberi arahan ke atas kapal terbang pengangkut hornet dalam Perang MIDWAY. Beliau turut berkuasa memberi arahan kepada kapal terbang pengangkut untuk melancarkan serangan dalam pertempuran di Laut Filioina dan TELUK LEYTE, serta di Lwo JIMA dan OKINAWA. Pada tahun 1946, beliau dinaikkan pangkat kepada laksamana dan dijadikan komander armada A.S. M1506 Syarikat Mitsubishi ; Mitsubishi Corp. Konsortium lepas dari syarikatsyarikat sendirian Jepun. Syarikat Mitsubishi yang pertama merupakan syarikat perdagangan dan perkapalan yang ditubuhkan pada tahun 1873 oleh Iwasaki Yataro. Selepas Perang Dunia Pertama, beberapa buah syarikat subsidiari telah ditubuhkan dan menjelang tahun 1930-an, Mitsubishi menjadi ZATBATSU kedua terbesar di Jepun. Semasa Perang Dunia ke-II, ia menjadi kontraktor terbesar tentera untuk angkatan tentera, dengan produk terbaik yang dikeluarkan adalah pesawat pejuang ZERO. Selepas perang berakhir, Mitsubishi mengetuai lebih kurang 200 buah syarikat. Zaibatsu telah dibubarkan semasa pendudukan tentera A.S., SAHAM syarikat-syarikat subsidiari telah dijual kepada orang ramai. Selepas zaman pendudukan berakhir, syarikat-syarikat Mitsubishi yang bergerak sendiri mula bergabung. Pada hari ini, Mitsubishi mempunyai ratusan syarikat subsidiary di seluruh dunia serta menceburi bidang-bidang lain seperti industri kimia, barangan

elektronik, dan jentera. M1507 Mitterrand \m-t-'rn\, Francois (-Maurice-Marie) ; Mitterrand, Francois (-Maurice-Marie). (lahir. 26 Okt, 1916, Jarnac, Perancis meninggal dunia. 8 Jan, 1996, Paris) Presiden Perancis (1981-95). Selepas berkhidmat dalam Perang Dunia ke-II, beliau dipilih untuk menyertai Perhimpunan Kebangsaan (1946) dan memegang jawatan dalam Kabinet dalam kerajaan 11 Fourth Republic (1947-58). Beliau menentang kerajaan pimpinan CHARLES DE. GAULLE, dan pada tahun 1965, beliau bertanding untuk merebut jawatan tetapi kalah kepada Gaulle dengan jumlah undian 32%. Pada tahun 1971, beliau menjadi setiausaha kepada PARTI SOSIALIS PERANCIS dan berjaya menjadikan parti tersebut sebagai parti pembangkang majoriti. Beliau dipilih menjadi presiden pada tahun 1981. Dengan adanya majoriti bersayap kiri di dalam Perhimpunan Kebangsaan, beliau memperkenalkan bentuk ekonomi radikal, yang mana kemudian telah diubah semula kepada sistem yang lama , apabila parti bersayap kanan mengambil alih kuasa pada tahun 1986. Beliau dipilih semula sebagai presiden pada tahun 1988 dan beliau bersungguh-sungguh mempromosikan integrasi Eropah. Polisi yang diperkenalkan kurang berjaya, dan hasilnya, Perancis mengalami kadar pengangguran yang tinggi. Pada tahun 1991, beliau melantik Edith Cresson (lahir. 1934) sebagai Perdana Menteri. Cresson merupakan wanita Perancis pertama yang memegang jawatan tersebut (1991-92). Kekalahan Parti Sosialis dalam pemilihan legislatif pada tahun 1993, menjadikan polisi-polisi Mitterand semakin dilupakan. M1508 Mix, Tom asal Thomas Hezikiah Mix ; Mix, Tom orig Thomas Hezikiah Mix. (lahir. 6 Jan, 1880, Mix Run, Pa., A.S.-meninggal dunia. 12 Okt, 1940, dekat Florence, Ariz.) Pelakon filem A.S. Beliau berkhidmat sebagai timbalan syerif, menyertai angkatan tentera, dan menjadi Renjer Texas sebelum menyertai pertunjukan Wild West pada tahun 1906. Beliau membuat kemunculan di skrin dengan memegang watak sebagai hero yang gagah pada tahun 1902 dan kemudian menjadi bintang filem barat. Sepanjang masa tersebut, kuda beliau, iaitu Tony turut menjadi terkenal sama seperti beliau sendiri. Mix muncul dalam lebih daripada 200 buah satu dan dua rel filem, yang mana beliau turut sama menghasil dan mengarah. Karier beliau mula menurun seiring dengan kedatangan bunyi.

M1509 Bandar Mixco \'mesh-k\ ; Mixco City. (populasi., 1994:209,791), tengah selatan Guatemala. Ia merupakan kawasan subbandar di barat BANDAR GUATEMALA dan membekalkan ibu negara dengan hasil keluaran. M1510 Mixtec \ms-'tek\ ; Mixtec. Satu populasi kaum asli di selatan Mexico. Mereka mencapai taraf bertamadun semasa tamadun AZTEC dan sebelum tamadun Aztec, jauh meninggalkan rekod bertulis. Hari ini, mereka mengamalkan pertanian pindah dan mereka turut menangkap ikan, mengembala, dan mengumpulkan makanan hutan. Kraftangan yang mereka hasilkan termasuk seramik dan tenunan. Walaupun mereka menganut agama Roman Katolik dan aktif dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, mereka mencampurkan kepercayaan pra-Kristian dengan beberapa ritual yang dijalankan oleh penganut Katolik. M1511 Mizoguchi Kenji \,m-z-'g-ch-'ken-j\ ; Mizoguchi Kenji. (lahir. 16 Mei, 1898, Tokyo, Japan-meninggal dunia. 24 Ogos, 1956, Kyoto) Pengarah filem Jepun. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang seni lukis, beliau menjadi pelakon di studio NIKKATSU pada tahun 1919, dan pada tahun 1922, beliau mengorak langkah sebagai seorang pengarah. Filem-filem terawal beliau adalah Street Sketches (1925), Tokyo March (1929), Osaka Elegy (1936), dan The Story of the Last Chrysanthemums (1939). Filem-filem beliau yang bermutu, berjumlah 80 buah biasanya bertemakan konflik antara nilai tradisional dan moden. Beliau memenangi anugerah antarabangsa ntuk filem Ugetsu monogatari (1953), satu komen berkenaan keadaan selepas perang di Jepun. Beliau turut terkenal kerana filem yang dihasilakn berkenaan wanita, seperti filem The Love of Actress Sumako (1947), Women of the Night (1948), dan Street of Shame (1956). M1512 Negeri Mizoram \mi-'z-rm\ ; Mizoram State (populasi., 2001 prelim.: 891,058), timur laut India. Berkeluasan 8,139 batu persegi (21,081 km persegi), ia bersempadan dengan negara MYANMAR (Burma) dan BANGLADESH, serta negeri TRIPURA, ASSAM, dan MANIPUR. Negeri ini mempunyai kawasan yang bergunung-ganang. Ibu negeri bagi Mizoram ialah AIZAWI. Kumpulan etnik yang pelbagai di Mizoram dikenali sebagai Mizo (Lushai), dan ia telah menentang kerajaan India selama beberapa dekad. Penubuhan Mizoram sebagai wilayah kesatuan pada tahun 1972 gagal untuk meredakan pemberontakan mereka. Konflik tersebut

diselesaikan pada tahun 1987 dengan penaikan taraf Mizoram sebagai negeri dan pemilihan Mizoled sebagai kerajaan negeri. Ekonomi negeri ini adalah berdasarkan pertanian. M1513 Mizuno Tadakuni \m-'zn--,t-d-'k-n\ ; Mizuno Tadakuni. (lahir. 19 Julai, 1794, Edo [Tokyo], Jepun-meninggal dunia. 12 Mac, 1851, Edo) Ketua penasihat kepada Tokugawa SHOGUN ke-12, Tokugawa Ieyoshi (1837 hingga 1853). Semasa menghadapi kemerosotan sosial dan ekonomi, Mizuno cuba melaksanakan satu bentuk siri perubahan yang akan mengembalikan ZAMAN TOKUGAWA Jepun kepada kesederhanaan dalam ketenteraan seperti yang pernah digunapakai pada masa syogun dahulu. Beliau menggubal undang-undang, memansuhkan hutang-hutang SAMURAI, mengeluarkan dekri berkaitan harga dan potongan gaji, serta beliau cuba memaksa petani pindah yang yang datang tanpa kebenaran, meninggalkan bandarbandar dan pulang ke kawasan perkampungan. Perubahan yang dipanggil Tempo Reforms ini gagal mencapai matlamat, lalu Mizuno dilucutkan jawatan. M1514 Mjollnir \'myl-nir,'myol-nir\ ; Mjollnir \'myl-nir,'myol-nir\. Dalam mitos Norse, mjollnir merupakan penukul kepunyaan THOR, dan simbol kuasa yang dimiliki olehnya. Penukul yang dibuat oleh orang-orang kerdil ini digunakan oleh Thor sebagai senjata dan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman. Ia mempunyai pelbagai kuasa ajaib, termasuk kebolehan untuk mengembalikan tangan Thor yang telah dibuang. Ia telah dicuri oleh raksasa Thrym, yang menjadikan ia sebagai tebusan untuk melamar FREYJA. Apabila Freyja berkeras untuk pergi kepada Thrym, Thor yang menyamar sebagai Freyja, berjaya merampas kembali penukul yang akan digunakan untuk mentahbiskan Freyja sebagai pengantin perempuan kepada Thrym. Thor berjaya membunuh dan raksasa-raksasa yang lain. M1515 Tasik Mjosa \'m-s\, Mjosa Lake. Tasik di tenggara Norway. Ia terletak di utara OSLO, iaitu di hujung selatan Lembah Gudbrands. Merupakan tasik terbesar di Norway, ia menghubungkan SUNGAI LAGEN di bahagian utara dan sistem sungai Vorma-Glma di bahagian selatan. Berkeluasan 142 batu persegi (368 sq km),dengan 62 batu (100 km) panjang dan 1 hingga 9 batu (1.6 to hingga 14 km) lebar. Lillehammer merupakan bandar yang terletak di hujung utara tasik, manakala Hamar terletak di timur tasik. Kedua-dua bandar ini adalah bandar terbesar di pesisir tasik ini.

M1516 Mo-tzu ; Mo-tzu. Lihat MOZI M1517 Moa ; Moa. Mana-mana satu dari 13 hingga 25 spesis RATITE dalam keluarga Dinornithiformes yang semakin pupus di New Zealand. Bermula dari saiz sebesar ayam belanda hingga mencapai ketinggian 10 kaki (3 m). Moa adalah haiwan yang boleh berlari dengan pantas serta menggunakan tendangan sebagai cara untuk mempertahankan diri. Haiwan ini diburu untuk daging (untuk dijadikan makanan), tulang-belulang (untuk dijadikan senjata dan perhiasan diri), dan telur (untuk dijadikan bekas air). Moa yang bersaiz lebih besar mungkin pupus menjelang kurun ke-17; manakala moa dari spesis kecil mungkin bertahan sehingga kurun ke-19. Moa mencari dan makan biji benih, buah-buahan, dedaun, dan rumput. Haiwan ini bertelur di dalam lubang dan menghasilkan sebiji telur yang besar setiap kali bertelur. M1518 Moab \m-,ab\ ; Moab \mo-ab\. Kerajaan purba Palestin. Terletak di timur LAUT MATI, di kawasan yang kini merupakan tenggara negara Jordan. Ia bersempadan dengan EDOM dan Amorit. Orang-orang Moab berkait rapat dengan orang-orang Israil tetapi adakalanya mereka berperang dan adakala mereka bersekutu. Batu bersurat Moabite yang dijumpai di DIBON merekodkan zaman kegemilangan Moab semasa pemerintahan Raja Mesha pada kurun ke-9 Sebelum Masihi, terutamanya yang berkaitan kemenangan mereka terhadap Israel. Moab telah ditawan oleh orang-orang BABYLON pada tahun ke-582 Sebelum Masihi. M1519 Moabites \'m--,bts\ ; Moabites Orang Semitic yang tinggal dalam kawasan tanah tinggi timur LAUT MATI (sekarang di Pusat-W Jordan). Budaya orang Moabite bertarikh dari akhir kurun ke-14 SEBELUM MASIHI sehingga 582 SEBELUM MASIHI, apabila mereka dikuasai oleh orang Babylon. Menurut Kitab Zabur, mereka berasal dari keturunan Moab, anak kepada LOT. Walaupun bahasa, agama, dan budaya mereka sangat menyerupai orang Ibrani, orang Moabites bukan sebahagian dari masyarakat Ibrani. Moyang DAVID, Ruth, ialah seorang Moabites. Batu Moabite, satu penemuan stela pada 1868, adalah satu-satunya dokumen bertulis yang mana-mana panjangnya yang terselamat dari Moad; ia memberitahu mengenai penaklukan semula tanah Moabite, oleh Raja Omri bagi Israel, yang mana di anggap kemarahan tuhan, Chemosh, oleh orang Moabite. Lihat juga DIBON.

M1520 Figura Moai \m-, \ ; Moai figure Patung kayu kecil untuk kepentingan agama yang tidak dikenalpasti, dipahat atas PULAU EASTER. Figura tersebut, yang dianggap untuk mewakili nenek moyang yang telah hidup dalam bentuk rangka, terdapat dua jenis: moai kavakava (lelaki), dengan hidung seperti paruh dan janggut sejemput dan selalunya seekor binatang atau figura berbentuk manusia dipahat di atas kepala; dan moai paepae (perempuan), yang mempunyai kualiti mendatar dan seperti jasad timbul dan mata yang besar. Mereka kadangkala digunakan untuk upacara penyuburan tetapi sering digunakan dalam pesta menuai, apabila pemetikan buah yang pertama bertimbunan di sekeliling mereka sebagai tawaran. M1521 Syarikat Mobil ; Mobil corp. Nama dahulu untuk salah sebuah syarikat pemegang yang terbesar di A.S., terlibat dalam operasi petroleum terutamanya tetapi dengan kepentingan utama dalam produk kimia dan peruncitan. Asal Mobil adalah sebuah syarikat minyak dalam kurun ke-19, Syarikat Vacuum Oil (diasaskan 1866) dan Syarikat Standard Oil bagi New York (atau Socony, 1882). Penggabungan mereka pada 1931 membentuk Syarikat Socony-Vacuum, yang kemudian menjadi Syarikat Socony Mobil Oil (1955) dan kemudian Syarikat Mobil Oil (1966). Pada 1974 Syarikat Mobil, syarikat pemegang, telah dibentuk apabila Syarikat Mobil membeli Marcor Inc. sebagai salah satu usaha kepada kepelbagaian. Menjelang 1988 Mobil telah menjual sebahagian besar bahagian yang tidak berkaitan dengan minyak milik Marcor, termasuk MONTGOMERY WARD, untuk kembali fokus kepada produk petroleum. Syarikat Mobil Oil mengembangkan julat penuh operasi petroleum dari cari gali minyak sehingga pemasaran, dengan pengeluaran utama di Teluk Mexico, California, pantai Atlantik, Alaska, Laut Utara, dan Arab Saudi. Ia bergabung dengan SYARIKAT EXXON untuk membentuk Syarikat Exxon Mobil pada 1999. M1522 Mobile \'m-,bl, m-'bl\ ; Mobile Bandar (populasi, 2000: 198,915), barat daya Alabama, A.S. Terletak atas TELUK MOBILE di muara Sungai Mobile, kawasan ini telah diterokai oleh orang Spanish pada 1519. Kolonis Perancis membina sebuah kubu berdekatan muara sungai pada 1702. Ia menjadi ibu negeri untuk Louisiana Perancis sehingga tahun 1719. Ia telah diserahkan kepada British pada 1763 dan ditawan oleh Sepanyol ketika REVOLUSI AMERIKA. Ia telah titawan oleh A.S. ketika perang 1812 dan dimasukkan sebagai sebuah bandar pada 1819. Ketika

PERANG SAUDARA AMERIKA ia adalah kubu penting Konfederasi, tetapi angkatan bersekutu telah menang dalam Pertempuran TELUK MOBILE dan menawan bandar tersebut. Satu-satunya pelabuhan laut bandar ini, ia adalah pusat utama perindustrian dan pembuatan dan tempat untuk beberapa institusi pengajian tinggi. GAMBAR caption-Lobster Trap and fish Tail, hiasan gantungan wayar besi yang diwarnakan dan helaian aluminium oleh Alexander Calder, 1939; dalam Muzium Seni Moden, Bandaraya New York KOLEKSI, MUZIUM SENI MODEN, NEW YORK, HADIAH DARIPADA JAWATANKUASA PENASIHAT. M1523 Perhiasan gantungan \'m-,bl\ Mobile Arca abstrak yang mempunyai bahagian yang boleh bergerak, digerakkan oleh motor atau oleh daya arus udara semulajadi. Bahagiannya yang boleh bergerak mencipta satu pengalaman visual baru yang bertukar isipadu dan bentuk dengan tetap. Istilah ini pada mulanya dicadangkan oleh MARCEL DUCHAMP untuk pameran Paris pada 1932 untuk hasil seni oleh ALEXANDER CALDER, yang telah menjadi pendukung perhiasan gantungan yang paling hebat. M1524 Teluk Mobile; Mobile Bay Serokan Teluk MEXICO, menganjur 35 batu (56 km) ke utara ke muara Sungai Mobile di barat daya Alabama, A.S. Ia seluas 8-18 batu (13-29 km) dan memasuki teluk melalui satu selat yang dikorek antara Pulau Dauphin dengan Titik Mobile. Ketika PERANG SAUDARA AMERIKA ia adalah tempat berlakunya Pertempuran TELUK MOBILE. M1525 Pertempuaran, Teluk Mobile; Mobile Bay, Battle of (5 Ogos, 1864) Penglibatan tentera laut dalam PERANG SAUDARA AMERIKA. Naval engagement in the AMERICAN CIVIL WAR. Gabungan tersebut belayar di bawah DAVID FARRAGUT ke dalam Teluk Mobile, Ala., memungkiri rangkaian perlindungan terowong (torpedo) dan memasuki kapal perang berperisai Konfederasi Tennesse. Selepas peperangan selama dua jam, angkatan Gabungan mendapat kuasa ke atas teluk tersebut. Dengan menyerah kalah berhampiran Kubu Morgan, kubu lama tentera konfederasi di Mobile telah ditutup dari pelari pengepungan angkatan Confederate.

M1526 Mobilisasi; mobilization Organisasi angkatan tentera bersenjata bangsa untuk khidmat ketenteraan aktif pada masa perang atau kecemasan nasional yang lain. Ia termasuk merekrut dan melatih, membina pangkalan tentera dan kawasan latihan, dan mendapatkan dan mengagihkan senjata, amunisi, uniform, peralatan, dan bekalan. Mobilisasi penuh termasuk mengumpulkan semua sumber bangsa untuk menyokong usaha ketenteraan; contohnya, penduduk awam boleh mengumpulkan bahan mentah yang diperlukan oleh tentera, sumber yang sukar didapati seperti gasolin untuk kegunaan tentera, atau menjual bon peperangan untuk membiayai usaha peperangan. M1527 Mobius \'m-b-s,\ English \ 'm-b-s\, August Ferdinand ; Mobius, August Ferdinand (lahir 17 Nov, 1790, Schulpforta, Saxony-meninggal dunia 26 Sept, 1868, Leipzig) ahli matematik dan ahli astronomi berteori Jerman. Beliau mula mengajar di Universiti Leipzig pada 1815, dan menaikkan reputasinya dengan banyak penerbitan. Kertas kerja matematik beliau hanya memberi tumpuan kepada geometri. Beliau memperkenalkan koordinat homogen kepada geometri analitis dan menguruskan transformasi geometri. Beliau adalah peintis dalam TOPOLOGI; dalam sebuah meoir yang ditemui selepas kematian beliau, beliau membincangkan ciri-ciri permukaan berat sebelah, termasuk jalur Mobius yang terkenal. M1528 Mobutu Sese Seko \m-'b-t's-s-'s-k\ asal Joseph-Desire Mobutu ; Mobutu Sese Seko \m-'b-t's-s-'s-k\ orig. Joseph-Desire Mobutu (lahir 14 Oct, 1930, Lisala, Belgian Congo-meninggal dunia 7 Sept, 1997, Rabat, Mor.) presiden bagi Zaire (sekarang Republik demokratik Congo), 1965-97. Mobutu berkhidmat dalam tentera Congolese Belgium dan sebagai seorang jurnalis sebelum menyertai PATRICE LUMUMBA dalam perbincangan kemerdekaan di Brussels pada 1960. Apabila kemerdekaan telah dicapai kerajaan campuran bagi presiden JOSEPH KASAVUBU dan perdana menteri Lumumba meletakkan Mobutu bertanggungjawab dalam pertahanan. Dalam perselisihan antara Kasabuvu dan Lumumba, Mobutu membantu Kasavubu mendapatkan kuasa. Empat tahun kemudian, dalam perebutan kuasa antara Presiden Kasavubu dan kemudian perdana menteri MOISE TSHOMBE, Mobutu mengeluarkan Kasavubu dengan tindakan yang cemerlang dan mengambil alih jawatan presiden. Beliau menubuhkan peraturan satu parti dan menukar semua nama orang Eropah kepada nama Afrika, menukar nama beliau sendiri kepada Mobutu Sese Seko (Semua Pahlawan TerhebatAll). Regimen beliau yang menindas

gagal untuk merosot, manakala Mobutu sendiri mengumpulkan satu daripada kekayaan peribadi terbesar di dunia. Beliau digulingkan oleh LAURENT KABILA pada 1997 dan meninggal dunia dalam buangan di Maghribi. M1529 Mocambo Lihat QUILOMBO M1531 Mokasin ; Moccasin Salah satu dari dua spesis bagi ULAR KAPAK: MOKASIN AIR atau mokasin Mexico (Agkistrodon bilineatus). Mokasin Mexico, atau cantil, adalah ular yang berbahaya di kawasan tanah rendah dari Rio Grande sehingga Nicaragua. Lebih kurang 3 kaki (1 m) panjang, ia berwarna coklat atau hitam dengan jalur yang kecil, tidak sekata dan kupith-putihan di belakang dan tepi badannya. Lihat juga ular KEPALA TEMBAGA. GAMBAR (caption-Mask of copper and gold alloy with eyes of shell, found in the Huaca de la Luna, Moche River valley about 400 BC-AD 600; in the LindenMuseum, Stuttgart, Ger...FERDINAND ANTON. M1532Moche \'m-ch\ ; Moche Tamadun dominan di bahagian pantai utara bagi Peru masa kina dalam kurun pertama sehingga ke-8 SELEPAS MASIHI. Nama di lembah Sungai Moche, yang telah menjadi ibu kota untuk orang Moche. Petempatan mereka berkembang di sepanjang pantai utara Peru yang panas, kering dari lembah Sungai Lambayeque. Irriculture mereka menampung banyak pusat bandar, yang menggambarkan piramid yang dipijak. Mereka adalah pekerja besi yang berkemahiran dan menghasilkan barangan kraf yang canggih, termasuk barangan tembikar yang sangat halus buatannya. Punca kejatuhan mereka tidak diketahui. Lihat juga TAMADUN ANDEAN. M1533 Burung ajuk-ajuk ; Mockingbird Mana-mana antara beberapa burung Dunia Baru bagi keluarga (Mimidae) yang dikenali untuk mengajuk LAGU BURUNG. Burung yang biasa, di utara, burung ajuk-ajuk (Mimius polyglottos) boleh meniru lagu 20 atau lebih spesis lain dalam masa 10 minit. Lebih kurang 10 inci (27 cm) panjang, ia berwarna kelabu, dengan sayap dan ekor lebih gelap, dan bertanda putih. Ia boleh dijumpai dari utara A.S. sehingga ke Brazil; ia telah diperkenalkan ke Hawai dan berkembang di kawasan subbandar. Ia menyanyi dari tempat ia bertenggek, walau di waktu malam, dan mempertahankan kawasannya dengan bersungguh-sungguh.

Spesis Mimus yang lain boleh dijumpai dari bahagian tengah Amerika sehinggaPatagonia, dan burung ajuk-ajuk biru (genus Melanotis) kebanyakannya tinggal di Mexico. Banyak subspesis burung ajuk-ajuk Galapagos (genus Nesomimus) menetap di pulau yang berlainan. M1534 Moctezuma II ; Moctezuma II Lihat MONTEZUMA II M1535 Modal logik ; modal logic SISTEM FORMAL memasukkan modaliti seperti KEPERLUAN, kemungkinan, tidak mungkin, kontigensi, IMPLIKASI yang ketat, dan beberapa konsep yang berkaitan. Cara yang paling mudah untuk membentuk modal logik adalah dengan menambah satu operator primitif yang baru kepada beberapa sistem standard bukan modal logik dengan tujuan untuk menunjukkan satu daripada modus, untuk menerangkan modus operator yang lain dalam erti kata sebenar, dan untuk menambah aksiom dan/atau peraturan transformasi yang melibatkan modus operator. Sebagai contoh, seseorang boleh menambah simbol L, yang bermaksud It is necessary that, kepada KALKULUS USULAN KLASIK; oleh itu, Lp dibaca sebagai It is necessary that p. Keberangkalian operator M (It is possible that) boleh didefinisikan dalam istilah L sebagai Mp= Lp (dimana bermaksud tidak). Selain itu, dalam aksiom dan peraturan membuat kesimpulan untuk logik usulan klasik, sistem seperti itu mungkin mempunyai dua aksiom dan satu peraturan bagi kesimpulan untuknya sendiri. Beberapa ciri aksiom untuk modal logic adalah : (A1) Lp p dan (A2) L(p q) (Lp Lq). Peraturan baru untuk kesimpulan dalam sistem ini adalah Peraturan bagi Keperluan: Jika p adalah satu teorem untuk satu sistem, kemudian ia adalah Lp. Sistem yang lebih kuat untuk modal logik boleh didapati dengan menambah aksiom tambahan. Beberapa aksiom yang ditambah Lp LLp; aksiom lain yang ditambah Mp LMp. M1536 mod ; mode Dalam muzik, mana-mana antara pelbagai konsep yang digunakan untuk mengelaskan TANGGA NADA dan melodi. Dalam muzik Barat, istilah tersbeut digunakan terutamanya untuk MOD GEREJA zaman pertengahan. . NADA dalam muzik nada adalah pada kebiasaannya menjadi salah satu mod utama atau minor, bergantung kepada skala darjah ketiga. RAGAS orang India boleh dianggap sebagai mod. Konsep mod mungkin melibatkan lebih dari hanya

mengklasifikasikan skala, berkembang untuk merangkumi seluruh kosa kata formula melodi dan mungkin juga aspek lain dalam muzik yang secara tradisionalnya berlaku seiringan dengan satu set formula yang ditetapkan. Istilah mod juga digunakan untuk corak irama yang asli seperti ARS ANTIQUA, yang berasaskan meter puisi Greek. M1537 mod ; mod Lihat PURATA, MEAN, MEDIAN, DAN MODE M1538 Model T ; Model T Kereta yang dicipta oleh SYARIKAT FORD MOTOR dari 1908 sehingga 1927, kereta pertama mampu milik yang dihasilkan secara besarbesaran. Kaedah BARISAN PEMASANGAN yang diperkenalkan oleh HENRY FORD pada 1913 membolehkan harga kereta bersiar-siar lima tempat duduk jatuh dari $850 pada 1908 kepada $300 pada 9125. Lebih 15 million Model T telah dihasilkan. Kereta tersebut ditawarkan dalam beberapa rekaan badan, kesemuanya dipasang atas casis yang standard. Pada mulanya terdapat beberapa warna yang ditawarkan, tetapi selepas 1913 satu-satunya warna yang digunakan adalah hitam. Ia telah digantikan oleh Model A yang terkenal pada 1928. M1539 Modem ; Modem \'m-,dm\ Peralatan elektronik yang menukar maklumat digital kepada isyarat analog (gelombang modulat) yang sesuai untuk penghantaran melalui litar telekomunikasi analog (contoh, talian telefon tradisional) dan nyahmodulat menerima isyarat analog untuk menukar semula maklumat digital yang dihantar. Pemodulat/nyahmodulat membolehkan saluran komunikasi yang sedia ada untuk menyokong pelbagai komunikasi digital, termasuk E-MEL, akses INTERNET, dan penghantaran FAKS. Modem yang biasa, beroperasi melalui talian telefon tradisional, mempunyai maklumat penghantaran berkelajuan lebih kurang 56 kilobit per saat. Talian ISDN membolehkan komunikasi lebih dua kali ganda kadar tersebut, dan MODEM KABEL dan talian DSL mempunyai kadar melebihi satu juta bit per saat. M1540 Modem, kabel ; Modem, cable Lihat MODEM KABEL M1541 Modena ; Modena \'m-d-n\ Bandar (populasi, 2001 prelim.: 175,442), kawasan EMILIA ROMAGNA, utara Itali. Ia terletak antara Secchia dan Panarorivers, barat laut BOLOGNA. Satu bandar purba Eruscan, ia telah dibina oleh

koloni Rom pada 183 SEBELUM MASIHI. Ia telah diserang dan dijarah oleh orang Hun di bawah ATTILA dan kemudian oleh orang Lombard. Ia serahkan kepada dewan ESTE pada 1288. Ia telah diambil oleh Perancis pada 1796 dan dijadikan sebahagian daripada kerajaan Napoleon bagi Itali pada 1805. Ia telah dikembalikan semula kepada pemerintahan Este pada 1815 sebelum menyertai Itali bersatu pada 1806. Industri automobil adalah sangat penting kepada ekonominya; ia juga adalah sebuah pusat dagangan pertanian. Tempar-tempat bersejarah termasuklah katedral pada kurun ke-11 dan juga universiti (diasaskan pada 1175). M1542 Tarian moden ; modern dance adalah tarian teater yang telah mula berkembang di A.S dan Eropah dalam kurun ke-20 sebagai reaksi dari tarian balet tradisional. Pelopor-pelopor tarian moden ini termasuklah LOIE FULLER dan ISADORA DUNCAN. Pengajaran tarian moden secara formal telah bermula dengan pembentukkan sekolah-sekolah Denishwan oleh RUTH ST. DENIS dan TED SHAWN dalam tahun 1915. Ramai di antara pelajar-pelajar mereka terutamanya DORIS HUMPHREY dan MARTHA GRAHAM, seterusnya menyumbang kepada definasi tarian moden sebagai satu teknik berdasarkan kepada prinsip-prinsip jatuh dan bangun (Humphrey) dan juga pengecutan dan pelepasan (Graham). Pergerakanpergerakan biasanya menumpu kepada perasaan emosi dan isu semasa daripada memberi tumpuan kepada aspek formal, klasik dan selalunya naratif yang terdapat dalam tarian balet.Perkembangan seterusnya termasuklah perubahan dalam tahun 1950-an yang menentang cara ekspresi tarian MARTHA GRAHAM yang diterajui oleh MERCE CUNNINGHAM, yang mempolupori seni tari merangkumi teknik balet dan elemen-elemen yang timbul secara kebetulan. Lihat juga AGNES DE MILLE; HANYA HOLM; JOSE LIMON; ALWIN NIKOLAIS; ANNA SOKOLOW; PAUL TAYLOR; TWYLA THARP. M1543 Kuartet Jazz Moden (MJQ) ; Modern Jazz Quartet JAZZ ensembel A.S. Telah diasaskan dalam tahun 1951 oleh seorang pemain piano JOHN LIWIS (19202001), pemain vibraphone Milt Jackson (1923-1999), pemain drum Kenny Clarke (1914-1985), dan pemain gitar base Ray Brown (1926-2002). Pada mulanya mereka telah berkhidmat sebagai pemuzik bahagian irama bagi kumpulan band DIZZY GILLESPIE dalam tahun 1946. Mereka telah menemui satu pendekatan yang lembut dan tersendiri dalam inovasi Jazz moden dalam pertengahan tahun 1940-an. Mereka

menyatukan elemen muzik klasik dengan gubahan asli dan muzik Jazz standard. Percy Heath (1923-2005) telah menggantikan Brown pada tahun 1952, manakala Connie Kay (1927-1994) telah menggantikan Clarke pada tahun 1955. Kumpulan ini telah berpecah dalam tahun 1974 tetapi bersatu untuk persembahan-persembahan muzik tahunan bermula dari tahun 1980-an. Setelah Connis Kay meninggal dunia adik kepada Percy, Albalt ("Tootie") Heath (lahir 1935) telah menganggotai kumpulan ini. M1544 Modenisme ; Modernism Dalam bidang seni adalah merupakan satu pembaharuan radikal dari cara lama dalam pencarian bentuk dan ekspresi yang baru. Modenisme menggalakkan satu era eksperimentasi di bidang seni di tahun akhir kurun ke-19 sehingga pertengahan kurun-20. Terutamanya di tahun selepas Perang Dunia I. Dalam satu era yang berlatar belakangkan perindustrian, perubahan yang pantas, kemajuan-kemajuan dalam bidang sains dan sains sosial (contoh DARWINISM, teori Freudian), pejuang-pejuang modenisasi telah merasakan satu ketidak serasian dengan nilai moral, optimistik dan nilai tradisi zaman Victoria. Rasa ketidakpuasan hati mereka ditunjukkan dalam berbagai bentuk penulisan. Dalam perindustrian dan pembandaran, juga dalam pencarian bagi mendapatkan satu respon yang memuaskan hati terhadap keadaan dunia yang banyak berubah. Dikalangan penulis-penulis berbangsa Inggeris, pejuang modenisme yang terkenal adalah T.S ELIOT, JAMES JOYCE, GERTRUDESTEIN dan VIRGINIA WOOLF. Pengubahpengubah termasuklah ARNOLD SCHOENBERG, IGOR STRAVINSKY, dan ANTON WEBERN. Mereka mencari solusi yang baru dalam bentuk pendekatan yang belum pernah dicuba bagi mendapatkan kualiti nada muzik. Dalam tarian pula satu penentangan terhadap kedua-dua aspek tarian balet dan tarian tradisi yang nyata penentangan itu ditunjukkuan oleh EMILE JAQUES DELCROZE, RODOLF LABAN, dan LOIE FULLER. Setiap orang dari mereka telah menghalusi satu aspek tertentu dalam tarian - seperti elemen pergerakan badan manusia atau impak tema tarian- yang mana telah mewujudkan satu ERA TARIAN MODEN. Dalam bidang seni tampak kerja-kerja modenisasi ini dikreditkan kepada pelukis EDOUARD MANET, yang bermula dalam tahun 1860-an telah keluar dari kongkongan tradisi dalam perspektif dan dalam tema hasil seni. Pergerakan avant-garde yang seterusnyatermasuk IMPRESIONISME, SELEPAS IMPRESIONISME, KUBISME, FUTURISME, EKSPRESIONISME, KONSTRUKTIVISME, DE STIJL, dan EKSPRESIONISME ABSTRAK- adalah secara umumnya didefinisikan sebagai

pendukung

pemodenan.

Sepanjang

pergerakan

tersebut,

lebih

ramai

artis

menumpukan fokus mereka kepada kualiti intrinsik untuk media mereka- contoh, garisan, bentuk, dan warna- dan berpindah daripada idea seni yang diwarisi. Menjelang permulaan kurun ke-20, terdapat ramai arkitek yang meninggalkan stail yang lama dan konvensi dalam menyokong bentuk seni bina berasaskan pada perkara fungsi mustahak. Dalam tempoh masa selepas Perang Dunia I kecenderungan ini telah dikodifikasikan sebagai STAIL ANTARABANGSA, yang menggunakan prinsip ringkas, bentuk geometri dan fakad tidak berhias dan meninggalkan semua penggunaan rujukan sejarah; bangunan Ludwig MIES VAN DER ROHE dan LE CORBUSIER merangkumi stail ini. Selepas Perang Dunia II stail tersebut menunjukkan dirinya dalam garisan bersih, kaca pencakar langit yang tidak berhias dan projek perumahan besar-besaran. M1545 Modernismo ; Modernismo Bahada Sepanyol pergerakan kesusasteraan pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, diasaskan oleh RUBEN DARIO. Reaksi menentang penulis romantis sentimental yang kemudiannya terkenal di Amerika Latin, modernistas menulis atas tema eksotik dan selalunya mengenai dunia purba lama, Timur yang jauh, dan ragam zaman kanak-kanak dan penciptaan yang benar. Dengan seni semata-mata kerana seni sebagai pegangan, mereka membawa kepada penggiatan bahasa yang paling hebat dan kaedah puisi dalam Sepanyol sejak kurun ke-17. Pengikutnya termasuklah Jose Santos Choco (1875-1943) dari Peru dan JOSE MARTI dari Cuba. Walaupun pergerakan tersebut berakhir menjelang 1920, pengaruhnya berterusan dengan baik ke dalam kurun ke-20. M1546 Pemodenan ; Modernization Transformasi satu masyarakat daripada keadaan luar bandar dan agraria ke sekular, bandar, dan perindustrian. Ia sangat berkaitan dengan PENGINDUSTRIAN. Ketika masyarakat menjadi moden, seseorang individu menjadi semakin penting, secara perlahan-lahan menggantikan keluarga, komuniti, dan kumpulan pekerjaan sebagai unit asas sesebuah masyarakat. Pembahagian kerja, ciri-ciri pengindustrian juga diaplikasikan kepada institusi-institusi, yang menjadi lebih khusus. Daripada dikawal oleh tradisi atau adat resam, masyarakat mahu diperintah mengikut prinsip abstrak yang diformulakan untuk tujuan tersebut. Kepercayaan agama tradisional sering menjadi kurang penting, dan ciri-ciri budaya yang tersendiri sering dilupakan.

GAMBAR (caption- Self-Potrait with a Camelia, minyak atas kanvas oleh Paula Modersohn-Becker, 1907; dalam muzium Folkwang, Essen, Germany. DENGAN IHSAN MUZIUM FOLKWANG, ESSENN GERMANY. M1547 Modersohn-Becker \'m-dr-,zn-'be-kr\, Paula asal Paula Becker ; Modersohn-Becker \ 'm-dr-,zn-'be-kr\, Paula orig. Paula Becker (lahir 8 Feb, 1876, Dresden, Ger.-meninggal dunia 30 Nov, 1907, Worpswede) Pelukis Jerman. Selepas belajar seni di London dan Paris, beliau menjadi antara artis pertama yang memperkenalkan SELEPAS-IMPRESIONISME Perancis ke dalam seni Jerman. Manakala hasil karya awalnya adalah naturalistik yang sangat teliti, lukisan seterusnya, seperti Self Potret with a Camellia (1907), gabungan naturalisme lirik dengan bahagian yang luas dengan warna yang mempunyai ciri yang ringkas bagi PAUL GAUGUIN dan PAUL CEZANNE. Oleh kerana lukisan beliau lebih menumpu dengan ekspresi dalaman beliau berbanding penggambaran tepat realiti, beliau sering digelar EKSPRESIONIS. Beliau meninggal dunia pada usia 31 ketika melahirkan anak pertama. M1548 Modesto ; Modesto Bandar (populasi, 2000:188,856), tengah California, A.S., timur SAN FRANCISCO. Diasaskan pada 1870 oleh Central Pacific Railway, ia digelar Modesto (Bahasa Sepanyol: modest) apabila W.C. Ralston, pengarah perkhidmatan kereta api, dengan rendah diri menolak komuniti tersebut dinamakan sempena namanya. Ia dimasukkan sebagai pusat untuk kawasan pertanian di sekelilingnya yang termasuk buah-buahan, dusun kacang, dan wineries. GAMBAR (caption- Gambar sendiri oleh Amedeo Modigliani, minyak atas kanvas, 1919; dalam Muzium Seni Kontemporari Universiti Sao Paulo, Brazil. IHSAN DARI MUSEU DE ARTE CONTEMPORANEA DA UNIVERSIDADE DE SAO PAULO, HADIAN DARI MR FRANCISCO M.SOBRINHO DAN MRS. YOLANDA PENTEADO; PHOTOGRAPH, GERSON ZANINI. M1549Modigliani \,m-dl-'y-n\, Amedeo ; Modigliani \m-dl-'y-n,\, Amedeo (Lahir 12 Julai, 1884, Livorno, Itali-meninggal dunia 24 Januari, 1920, Paris, Perancis) Pelukis dan pengarca Itali. Selepas belajar seni di Itali, beliau menetap di Paris (1906), di mana beliau mempamerkan beberapa lukisan di SALON DES INDEPENDANTS pada 1908. Selepas nasihat CONSTANTIN BRANCUS, beliau

belajar arca Afrika dan pada 1912 mempamerkan 12 kepala batu yang meringkaskan dan memenjangkan bentuk yang menunjukkan pengarah Afrika. Apabila beliau kembali melukis, potret dan patung-patung bogel beliau- digambarkan oleh komposisi asimetri, pemanjangan figura, dan meringkaskan figura tersebut, dan meringkaskan garis rupa- menunjukkan stail arca beliau. Dengan mengeluarkan hampir kesemua kiaroskuro, beliau mencapai kualiti seni pahat patung dengan kekuatan kontur dan mengatur seiring warna-warna tidak harmoni. Pada 1917 beliau mula melukis satu sisi patung bogel wanita, dengan warna yang panas dan bersinar, mengghairahkan, berbentuk bulat, adalah antara hasil kerja terbaik beliau. Hasil kerja beliau menunjukkan kekaguman sepanjang hayat beliau kepada pelukis agung Renaissance, begitu juga pengaruh dari PAUL CEZANNE dan Brancusi. Beliau meninggal dunia pada usia 35 akibat tuberculosis. M1550 Modigliani \,m-dl-'y-n\, Franco ; Modigliani \,m-dl-'y-n\, Franco (lahir 18 Jun, 1918, Rom, Itali-meninggal dunia 25 Sept, 2003, Cambridge, Mass., A.S.) Ahli ekonomi Itali kelahiran A.S. Beliau meninggalkan orang Fasis dan pergi ke A.S. pada 1939 dan mendapat ijazah kedoktoran dari Penyelidikan Sosial New Scholl pada 1944. Beliau mengajar di beberapa universiti, termasuk Institut Teknologi Massachusetts (1962-88; selepas itu profesor emeritus). Hasil kerja beliau mengenai simpanan peribadi membantu beliau untuk memformulasi teori kitaran hidup, yang menegaskan bahawa seseorang individu mengumpul simpanan ketika mereka zaman muda mereka dengan bekerja dan menggunakannya ketika mereka tua dan bukan sebagai warisan kepada anak cucu mereka. Untuk menganalisi pasaran kewangan, beliau mencipta satu teknik untuk mengira nilai pendapatan syarikat pada masa depan yang menjadi cara asas dalam membuat keputusan bersama dan kewangan. Beliau menerima Hadiah Nobel pada 1985. M1551 Modoc \m-,dk\ ; Modoc \m-,dk\ Orang Penara Indian Amerika Utara tinggal kebanyakannya di Oregon, A.S. Bahasa mereka adalah bahasa PENUTIAN stok, dan tanah asal tradisional mereka adalah di selatan Cascade Range di utara California. Ekonomi mereka berasaskan kepada pemburuan dan mengumpul, dan mereka hidup lebih kurang sama dengan jiran bersaudara mereka iaitu KLAMATH. Pada 1864 kerajaan A.S memaksa orang Modoc tinggal di atas tanah orang Klamath, yang membawa kepada Perang Modoc pada 1872-72. Lebih kurang 80 keluarga berundur ke Lapisan Lahar California tetapi kemudiannya menyerah diri dan telah

dipindahkan ke Oklahoma. Orang yang terselamat dibenarkan untuk pulang ke Oregon pada 1909. Bersama dengan Klamath dan kumpulan Yahooskin bagi Indian Snake, mereka membentuk satu entiti yang dikenali sebagai puak Klamath. Lebih kurang 500 orang mengaku keturunan Modoc dalam banci A.S. pada tahun 2000. M1552 Modulasi ; Modulation Dalam Elektronik, satu teknik untuk menekan maklumat (suara, muzik, gambar, atau data) dalam bentuk gelombang frekuensi radio yang dibawa oleh satu atau pelbagai ciri GELOMBANG yang sama dengan isyaratnya. Terdapat pelbagai bentuk modulasi, setiapnya direka mengubah ciri-ciri tertentu gelombang pembawa. Ciri-ciri mengubah yang paling biasa termasuk amplitud (lihat AM), frekuensi (lihat FM), FASA, siri denyutan, dan tempoh denyutan. M1553 Modulasi ; Modulation Dalam Muzik, peralihan dari satu MOD atau NADA kepada yang lain. Terdapat tiga kaedah utama modulasi dalam keharmonian klasik; dianotik, yang mana kord pivot adalah sama untuk kedua-dua Nada; kromatik, yang mana not kord pivot diubah oleh separuh ton; dan seharmonik, yang mana not kord pivot, ketika mengekalkan ton yang asli, dengan mudah menggunakan nama lain. Modulasi boleh menjadi peralihan, seperti dalam perkembangan aliran tematik, atau struktur, menyumbang kepada definisi harmoni dalam bentuk tersebut. M1554 Modul \'m-jl\ ; Module \'m-jl\ Dalam seni bina, satu unit yang

digunakan untuk melaraskan dimensi, perkadaran, atau pembinaan bahagian bangunan. Modul berasaskan diameter sebuah ruang digunakan dalam SENI BINA KLASIK. Dalam seni bina orang Jepun, sai zbilik ditentukan oleh kombinasi bagi tikar padi yang dipanggil tatami. Kedua-dua LLOYD WRIGHT dan LE CORBUSIER menggunakan sistem perkadaran modul. Reka bentuk modular yang standard mengurangkan buangan bahan binaan, mengurangkan kos, dan menawarkan pembinaan yang mudah, susunan yang fleksibel, dan pelbagai kegunaan; bagaimanapun, kebanyakan arkitek dan pembuat bahan binaan terus menggunakan modul berdasarkan keperluan khas dan kepentingan mereka. M1555 Modulus pukal ; Modulus, bulk Lihat Pukal MODULUS M1556 Modus ponens dan modus tollens \'m-ds-'p-nnz...'t-lns\ ; Modus

ponens and modus tollens \'m-ds-'p-nnz...'t-lns\ (Bahasa Latin: kaedah untuk mengesahkan dan kaedah untuk menafikan). Dalam LOGIK, dua jenis inferens dalam bentuk Jika p, maka q (dalam simbol p q). Modus ponens merujuk kepada inferens dalam bentuk p q; p, oleh itu, q. Modus tollens merujuk kepada inferens dalam bentuk p q; -q, oleh itu, -p. Satu contoh modus tollens adalah seperti berikut: Jika satu sudut diterap dalam satu separuh bulatan, maka ia adalah bersudut tegak; sudut ini adalah bukan sudut tegak; oleh itu, sudut ini tidak diterap ke dalam separuh bulatan. M1557 Tasik Moeris \'mir-s\ ; Moeris \'mir-s\, Lake Tasik yang telah pupus, utara Mesir. Ia pernah menempatkan lekukan Al-Fayyum yang kini merupakan lokasi Tasik Qarun yang lebih kecil. Airnya mula berkurangan dalam zaman Paleolitik akibat dari pengumpulan lanar dalam saluran yang mengalir dari SUNGAI NIL. Semasa Kerajaan Tengah (kurun 2040-1786 SEBELUM MASIHI), kerja-kerja mengorek membenarkan laluan ke air sungai Nil. Projek penebusgunaan tanah pada kurun ke-3 SEBELUM MASIHI menyusutkan tasik tersebut, membuka tanah lanar seluas 450 batu persegi (1,200 km persegi) yang mengairi oleh terusan. Kawasan tersebut menjadi mundur selepas dua kurun pertama pemerintahan Rom. M1558 Moero, Lac ; Moero, Lac Lihat Tasik MWERU M1559 Moesia \'m-sh\ ; Moesia \'m-sh\ Wilayah empayar Rom, tenggara Eropah. Disempadani oleh SUNGAI DANUBE dan LAUT HITAM, ia dikuasai oleh Rom (30-28 SEBELUM MASIHI) dan menjadi wilayah Rom pada SELEPAS MASIHI 15. Ketika Perang Dacian (SELEPAS MASIHI 85-89) ia telah dibahagikan kepada dua wilayah: Moesia Atas dan Moesia Bawah. Meskipun diserang oleh puak gasar, ia kekal sebagai sebahagian Empayar Rom Timur sehingga kurun ke-7, apabila ia diduduki oleh orang Slav dan Bulgaria. M1560 Mogadishu \,m-g-'d-sh\ ; Mogadishu \,m-g-'d-sh\ Bandar

(populasi, 1999 anggaran; metro. kawasan, 1,162,000), ibu negara SOMALIA, terletak di utara garisan khatulistiwa di atas Lautan Indian. Diasaskan pada kurun ke10 oleh peneroka Arab, ia menjalankan perdagangan dengan negara Arab dan

kemudian dengan Portugis. Ia jatuh ke bawah kekuasaan sultan Zanzibar pada 1871. Itali menajak pelabuhan tersebut pada 1892 dan membelinya pada 1905. Kemudiannya ibu negara TANAH SOMALI orang Itali dan wilayah amanah Somalia, ia menjadi ibu negara untuk Somalia yang telah merdeka pada 1960. Perang Saudara, bermula pada 1980-an, menyebabkan kemusnahan besar-besaran dalam bandar. M1561 Mogilyov ; Mogilyov Lihat MAHLYOW M1562 Budaya Mogollon \,m-g-'yn\ ; Mogollon \,m-g-'yn\ culture Kompleks orang Indian Amerika Utara yang tinggal dalam apa yang dikenali sekarang sebagai tenggara Arizona dan tenggara New Mexico A.S., kurun 200 SEBELUM MASIHISELEPAS MASIHI 1200. Barangan tembikar pertama di barat daya telah dibuat oleh orang Mogollon; kualitinya yang tinggi dari mula menandakan bahawa hasik kraf tersebut mungkin telah diimport dari Mexico. Ekonomi awal adalah berasaskan pengumpulan tumbuhan liar yang boleh dimakan dan memburu binatang buruan kecil. Penanaman jagung bermula kurun 500 SELEPAS MASIHI. Pada masa ini, rumahrumah juga menjadi lebih terancang, dibuat daripada batu masonry. Pada penghabisan, atau Mimbres, zaman (1050-1200), corak baru reka bentuk rumah (PUEBLOS berbilang aras berpusat atas satu plaza) timbul, menandakan kaitan dengan orang ANASAZI di utara. Untul sebab yang tidak diketahui, budaya Mogollon berakhir pada kurun ke-13. M1563 Dinasti Mogul ; Mogul dynasty Lihat DINASTI MUGHAL M1564 Mohammed, Warith Deen asal Wallace D. Muhammad ; Mohammed, Warith Deen orig Wallace D. Muhammad (lahir 30 Okt, 1933, Detroit, Mich., U.S.) ketua agama A.S. Anak kepada ELIJAH MUHAMMAD, ketua kepada BANGSA ISLAM, Mohammed mengambil alih pemerintahan organisasi tersebut selepas kematian ayahnya pada 1975. Beliau merumuskan semula ajaran bangsa, menolak kepercayaan bahawa orang putih adalah syaitan bermata biru dan Elijah Muhammad adalah seorang nabi, dan memindahkan Bangsa tersebut ke arah Islam SUNNI yang ortodoks. Pada 1976 Mohammaed menamakan semula organisasi tersebut sebagai Komuniti al-Islam Sedunia di Barat; nama tersebut telah ditukar kepada Misi Muslim Amerika pada 1978 dan kepada Masyarakat Muslim Amerika

pada 1985. Beliau juga mengubah namanya sendiri kepada Warith Deen Mohammed. Satu minoriti diketuai oleh LOUIS FARRAKHAN berpecah dari Mohammed pada 1978 dan menubuhkan semula Bangsa Islam mengikut ajaran Elijah Muhammad. Pada tahun 2000 Mohammed dan Farrakhan mengakui antara satu sama lain sebagai saudara Muslim. Lihat juga ISLAM. M1565 Mohave ; Mohave Lihat MOJAVE M1566 Mohawk ; Mohawk Orang Indian Amerika utara, kumpulan yang paling timur bagi KONFEDERASI IROQUOIS, yang tinggal di Kanada dan A.S. Bahasa mereka merupakan ahli bagi keluarga BAHASA IROQUOIAN. Nama panggilan mereka untuk bahasa tersebut adalah Kahniakehake, yang bermaksud orang Flint dan dalam konfederasi mereka dianggap menjadi Penjaga untuk Pintu Timur. Orang Mohawk tinggal berdekatan apa yang dikenali sekarang sebagai Schenectady, N.Y. Mereka hidup secara separa setempat; golongan wanita mengamalkan pertanian jagung, manakala golongan lelaki memburu ketika musim luruh dan musim sejuk dan menangkap ikan pada musim panas. Keluarga yang bersaudara tinggal bersama dalam RUMAH PANJANG. Kebanyakan Mohawk menyebelahi British dalam kedua-dua PERANG PERANCIS DAN INDIAN dan REVOLUSI AMERIKA, dalam yang kedua di bawah JOSEPH BRANT. Bilangan mereka melebihi 35,000 dan mempunyai reputasi yang meluas sebagai pekerja struktural yang kuat; banyak telah bekerja dalam pembinaan jambatan utama. M1567 Sungai Mohawk ; Mohawk River Sungai, timur pusat New York, A.S. Cawang terbesar bagi SUNGAI HUDSON, ia mengalir 148 batu (238 km) ke selatan dan timur untuk bergabung dengan Hudson di Waterford, utara Troy. Lembah Mohawk (Rintis Mohawk) adalah jalan bersejarah bagi perintis menuju ke barat melalui BANJARAN APPALACHIAN ke dalam kawasan TASIK BESAR. Lima Bangsa bagi KONFEDERASI IROQUOIS tinggal di lembah tersebut, yang merupakan medan pertempuran utama ketika PERANG PERANCIS DAN INDIA dan REVOLUSI AMERIKA. M1568 MOHEGAN, ALGONQUIAN ; MOHEGAN, ALGONQUIAN Suku Indian yang tinggal di Amerika Utara yang bertutur dalam bahasa ALGONQUIAN, . suku ini pernah mendiami kawasan di bahagian tenggara Connecticut, A.S. Mereka

kemudiannya telah merampas kawasan tanah di Massachusetts dan Rhode Island dari suku kaum Indian yang lain. Ekonomi asas mereka adalah penanaman jagung, berburu dan menangkap ikan. Pada kurun ke-17, suku kaum Mohegan dan PEQUOT telah diperintah oleh seorang ketua dari puak Pequot, tetapi satu pemberontakan telah berlaku dan suku Mohegan telah mendapat kebebasan setelah ketua puak Pequot dihapuskan. Suku kaum Indian ini telah bersahabat dengan kerajaan di selatan New England, setelah tamat PERANG RAJA PHILIP (1675 hingga 1676). Pada hari ini hanya tinggal kira-kira 1,000 orang suku kaum Mohegan yang tinggal di kawasan dekat Norwich, Connecticut. M1569 Mohenjo Daro ; Mohenjo Daro. Bandar purba di tebing Sungai Indus, iaitu tempat yang kini dikenali sebagai selatan Pakistan. Kira-kira 3 batu (5 km) dalam pusingan, ia merupakan bandar terbesar dalam PERADABAN INDUS semasa milenium ke-2 dan ke-3 Sebelum Masihi, dan berkemungkinan besar ia menjadi ibu kota bagi sebuah negeri yang sangat luas. Ia diperkukuhkan dengan kubu, dan berdasarkan penemuan arkeologi, kubu kota tersebut mempunyai sebuah tempat takungan, sebuah grana, dan dua dewan perhimpunan. M1570 Mohican atau Mahican ; Mohican or Mahican. Merupakan suku kaum Indian di Amerika Utara yang kebanyakannya tinggal di bahagian timur laut Wisconsin. Wilayah asal mereka ialah bahagian hulu lembah Sungai Hudson, di kawasan Pergunungan Catskill. Mereka menggelarkan diri sebagai Muh-he-conneok. Suku kaum Mohican terdiri daripada 5 bahagian besar yang diperintah oleh ketua mengikut turun-temurun, yang dibantu oleh beberapa orang penasihat yang dipilih. Mereka tinggal di satu-satu petempatan yang mempunyai antara 20 hingga 30 buah rumah yang dibina di kawasan bukit atau hutan. Pada tahun 1664, suku kaum Indian ini telah dipaksa oleh suku kaum MOHAWK untuk berpindah ke satu kawasan yang lain, kini dikenali sebagai Stockbridge, Massachusetts. Mereka akhirnya dikenali sebagai puak Indian Stockbridge. Tidak lama kemudian, mereka telah berpindah ke Wisconsin. Seramai 1,200 orang puak asli Amerika mendakwa bahawa mereka berketurunan dari suku kaum Mohican, dalam satu bancian yang dijalankan pada tahun 2000. Pelukis James Fenimore COOPER telah melukis sebuah potret yang diolah secara romantik, menggambarkan kejatuhan puak Mohican. Lukisan tersebut berjudul The Last of the Mohicans (1826).

M1571 Mohism ; Mohism. Lihat MOZI M1572 Moho atau ketakselanjaran Mohorovicic ; Moho or Mohorovicic, discontinuity. Istilah ini merujuk kepada kawasan pemisahan sempadan antara kerak bumi dan mantel. Bahagian ini terletak pada kedalaman lebih kurang 22 batu (35 km) di bawah kontinen dan lebih kurang 4.5 batu (7 km) di bawah lapisan kerak lautan. Peralatan moden telah dapat menentukan bahawa kelajuan GELOMBANG SEISMOS meningkat dengan cepat di kawasan sepmadan ini. Nama Moho diberi sempena ANDRIJA MOHOROVICIC. M1573 Moholy-Nagy, Laszlo ; Moholy-Nagy, Laszlo. (lahir. 20 Julai, 1895, Bacsbarsod, Hungary.-meninggal dunia. 24 Nov, 1946, Chicago, III A.S.) Seorang pelukis, jurugambar dan guru seni berbangsa Hungary. Setelah tamat belajar dalam bidang perundangan di Budapest, beliau telah pergi ke Berlin dalam tahun 1919, dan tahun 1923 telah menguruskan bengkel logam BAUHAUS dan percetakan siri buku Bauhausbook. Sebagai seorang pelukis dan jurugambar, beliau banyak melakukan kerja menggunakan cahaya. Hasil fotogram beliau atau sukatan foto dijalankan secara terus di atas kepingan filem dan modulator cahaya (lukisan minyak yang dibuat di atas permukaan nipis atau yang digilap) disertakan dengan kesan cahaya yang boleh digerakkan. Sebagai seorang pendidik, beliau telah membangunkan satu kurikulum yang diterima ramai. Kurikulum yang dibangunkan adalah bertujuan untuk membina kebolehan visual semula jadi yang ada pada seseorang pelajar dan bukan kemahiran tertentu yang didapati setelah belajar. Beliau melarikan diri dari tentera Nazi Jerman dalam tahun 1935, dan telah pergi ke London, dan kemudian ke Chicago, di mana beliau telah mewujud dan menjelmakan New Bauhaus. M1574 Mohorovii, Andrija ; Mohorovii, Andrija. (lahir. 23 Jan, 1857, Volosko, Croatia, Empayar Austria meninggal dunia. 18 Dis, 1936, Zagreb, Yugoslavia.) Seorang ahli meteorologi dan geofizik yang telah menemui kawasan sempadan antara KERAK bumi dan MANTEL, yang kemudiannya dinamakan sebagai ketakselanjaran Mohorovii atau MOHO. Beliau merupakan seorang profesor di Sekolah Teknikal Main di Zagreb, di mana beliau turut menjadi pengarah di balai cerap meteorologi sekolah berkenaan dari tahun 1892. Dari pengamatan berkenaan GELOMBANG

SEISMOS, beliau telah membuat satu kesimpulan bahawa bumi yang pejal terdiri daripada satu lapisan luar dan satu lapisan dalam. Di antara dua lapisan tersebut terdapat satu sempadan. Beliau juga telah mencipta satu teknik bagi mengesan pusat gempa bumi dan telah mengira masa laluan atau kelajuan gelombang seismos. GAMBAR M1575 Kekerasan Mohs ; Mohs hardness. Pengiraan tentang ketahanan permukaan licin terhadap calar atau lelasan, yang dikira mengikut satu skala yang telah dicipta oleh seorang ahli mineralogy berbangsa Jerman iaitu Friedrich Mohs pada tahun 1812. Logam dikelaskan mengikut perbandingan skala Mohs, yang terdiri dari 10 jenis logam yang telah diberi satu nilai arbitari berdasarkan kekerasan logam kepada skala 10 (logam paling keras, atau berlian). Lihat jadual di muka surat sebelah. M1576 Moi, Daniel (Toroitich) arap ; Moi, Daniel (Toroitich) arap. (Lahir. 1924, Sacho, Koloni Kenya) President negara Kenya selama lima penggal (tahun 1978 hingga 2002). Telah dilatih untuk menjadi seorang guru, beliau telah berkhidmat di dalam cabinet sebagai timbalan presiden (1967-78) di bawah pemerintahn Presiden JOMO KENYATTA sebelum beliau dipilih sebagai presiden. Beliau merupakan ketua bagi parti yang dominan di Kenya, iaitu parti Rakyat Afrika Kenya Bersatu Kebangsaan atau KANU (Kenya African National Union). Beliau telah menjalankan pemerintahan secara autokratik. Pada tahun 1991, tekanan dari pihak antarabangsa telah memungkinkan satu pilihanraya di adakan untuk pelbagai parti. Kemenangan parti politik yang diketuai oleh Moi dalam pilihanraya (tahun 991, 1997) telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dan tuduhan penyelewengan dalam pengendalian pilihanraya. Pada waktu pemerintahn beliau, beberapa buah sector ekonomi telah membangun, tetapi para pengkritik mengatakan perkara ini dicapai melalui maungan politik beliau yang kuat. Di bawah kuasa Perundangan Kenya, Moi telah tidah dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Presiden pada tahun 2002. Jawatan presiden seterusnya disandang oleh seorang calon dari parti lawan, Mwai Kibaki. M1577 Moiseyev, lgor (Aleksandroich) ; Moiseyev, lgor (Aleksandroich). (lahir. 21 Jan, 1906, Kiev, Ukraine, Empayar Rusia) Seorang penari, pereka tari dan pengasas-

pengarah

State Academic Folk Dance Ensemble yang lebih dikenali sebagai

Moiseyev Emsemble. Beliau berbangsa Rusia. Beliau telah menyertai kumpulan BOLSHOI BALLET pada tahun 1924. Kemudian, pada tahun 1936, beliau telah menjadi ketua pereka tari di Moscows Theatre of Folk Art. Beliau menubuhkan State Academic Folk Dance Ensemble, dimana penari-penari balet profesional membuat persembahan tarian balet di dalam republik U.S.S.R. Gerak tari yang direka oleh beliau menggunakan gerakan tarian rakyat asal dengan kesan teater. Beliau telah mereka lebih dari 170 buah tarian untuk persembahan kumpulannya. Beliau merupakan contoh kepada negara-negara lain dalam usaha membentuk kumpulan penari kebudayaan mereka sendiri. M1578 Mojave atau Mohave ; Mojave or Mohave. Merupakan suku kaumasli Amerika yang tinggal di kawasan Amerika utara, yang bekerja sebagai peladang. Kebanyakan dari mereka tinggal di Arizona, A.S. Bahasa yang digunakan oleh kaum ini ialah dari keluarga bahasa Yuman. Wilayah tradisi bagi suku ini ialah Gurun Mohave yang terdapat di sepanjang kawasan hilir Sungai Colorado. Lembah yang didiami oleh mereka merupakan satu lot kawasan subur yang dikelilingi oleh padang pasir. Selain dari pertanian, suku kaum Mojave menangkap ikan, berburu dan mengumpulkan tumbuhan liar. Unit sosial puak ini mengikut keturunan sebelah bapa. Mereka tidak mempunyai penempatan yang tetap. Lebih kurang 1,500 orang puak Mojave tinggal di atau berhampiran penempatan di Sungai Colorado, Arizona. M1579 Gurun Mojave atau Gurun Mohave ; Mojave Desert or Mohave Desert. Sebuah kawasan kering di tenggara California, A.S. Meliputi kawasan seluas lebih dari 25,000 batu persegi (65,000 km persegi), ia merentangi kawasan dari SIERRA NEVADA ke Penara Colorado, dan bergabung dengan Gurun Great Basin di bahagian utara dan GURUN SONORAN di bahagian selatan dan tenggara. Gabungan padang pasir Mojave ini bersama tiga buah lagi padang pasir membentuk Gurun Amerika Utara. Gurung atau padang pasir Mojave menerima taburan hujan tahunan sebanyak 5 inci (13 cm). Gurun ini merupakan lokasi bagi TAMAN NEGARA JOSHUA TREE. M1580 Moksha atau Moksa ; Moksha or Moksa. Dalam kepercayaan agama HINDU dan agama JAINI, Moksha atau Moksa merupakan satu pencapaian roh yang tertinggi, di mana roh terbebas dari ikatan perpindahan. Dikatakan setelah roh berada

di dalam satu jasad, ia akan terperangkap di dalam satu ikatan kelahiran semula untuk beberapa kali, sehinggalah roh tersebut telah mencapai satu tahap kesempurnaan, yang memungkinkan roh dibebaskan secara terus dari jasad. Cara untuk mencapai tahap ini berbeza-bezamengikut mazhab, tetapi kebanyakan mazhab menganggap Moksha sebagai tujuan utama dalam hidup penganut agama Hindu dan Jaini. M1581 mol Lihat MOL M1582 Molcho, Solomon asal. Diogo Pires ; Molcho, Solomon orig. Diogo Pires (lahir. c. 1500, Portugal--meninggal dunia. Tahun 1532, Mantua) Seorang syahid agama Yahudi berbangsa Portugis. Beliau dilahirkan dalam keluarga bangsawan MARRANO. Beliau telah dilantik sebagai setiausaha diraja di sebuah Mahkamah Tinggi Perundangan Portugis. Semasa seorang pengembara dari Tanah Arab, iaitu David Reubeni sampai ke Portugal, gambaran-gambaran mistik meyakinkan Pires bahawa Reubeni adalah tanda-tanda seorang penyelamat. Setelah dikhatankan dan menukar nama, Pires telah berdakwah tentang kedatangan penyelamat itu di Turki, Palestin dan Rom. Dalam tahun 1532, Pires dan Reubeni telah dipenjarakan oleh RAJA CHARLES V dan dibicarakan. Pires enggan mengubah kepercayaan dan telah dibakar pada kayu pancang. GAMBAR (caption-Mold on surface of jelly. INGMAR HOLDMASEN M1583 Kulapuk ; mold. Dalam istilah biologi, kulapuk merupakan satu longgokan MISELIUM dan struktur berbuah yang dihasilkan oleh pelbagai jenis fungus (bahagian Mycota; lihat FUNGUS). Kulapuk dari jenis Aspergilus, Penicillium, dan Rhizopus dikaitkan dengan kerosakan bahan makanan dan penyakit pada tumbuhann, namun terdapat juga kulapuk yang mendatangkan faedah, seperti yang digunakan dalam pengeluaran ANTIBIOTIK (contoh., PENICILIN) dan BEBERAPA JENIS KEJU. Neurospora, atau kulapuk roti oren sangat penting dalam kajian kimia biogenetik. Lihat juga KULAPUK LENDIR. M1584 acuan ; mold. Dalam bidang pengeluaran, ia merupakan satu rongga atau permukaan dalam mana-mana satu cairan bahan plastic dibentuk mengikut bentuk akhir yang dikehendaki. Bahan yang melebur seperti logam atau plastik panas dituangkan ke dalam satu acuan dan dibiarkan untuk menjadi keras. Bekas acuan

boleh dibuat sendiri dari pelbagai bahan, bergantung kepada penggunaa. Pasir biasanya digunakan untuk membuat acuan logam manakala keluli yang telah dikeraskan digunakan sebagai acuan plastic dan plaster untuk pelbagai kegunaan lain. Lihat juga JONGKONG, PENCORAKAN, PEMBUAT PERKAKAS DAN ACUAN. M1585 Pekan Mold ; Mold Town (poulasi., anggaran tahun 1995: 9,000). Sebuah pecan bersejarah dan kini ia merupakan daerah Flintshire, di bahagian timur laut Wales. Terletak di antara pusat-pusat perindustrian Deeside dan Wrexham, ia telah membangun di sekitar kawasan sebuah istana yang telah dibina oleh bangsa Norman pada kurun ke-12. Pekan ini didiami oleh orang asal berketurunan Briton Christians yang telah dikalahkan oleh PICTS dan orang-orang Scotland dalam satu perang pada tahun ke-430 Sebelum Masihi. Sejak dahulu lagi, ia merupakan kawasan perdagangan yang utama serta menjadi pusat pentadbiran dan kawasan bersejarah bagi Flintshire. M1586 Moldavia ; Moldavia. Bekas kerajaan kecil di bahagian tenggara Eropah tengah. Ia terletak di bahagian hilir SUNGAI DANUBE dan ditemui pada kurun ke14 oleh orang-orang Vlach. Kerajaan kecil ini telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1349. Pada pertengahan kurun ke-16, ia merupakan sebahagian daripada Empayar Ottoman. Dalam tahun 1774, ia telah dijajah oleh Rusia dan kemudiannya telah kehilangan wilayah di barat laut (Bulkovina) ke tangan Austria sementara bahagian sebelah timur, iaitu BESSAARABIA telah diambil oleh Rusia. Dalam tahun 1859 Moldavia and dan WALACHIA membentuk negeri yang dipanggil ROMANIA. Pada tahun 1918, wilayah-wilayah yang telah diserahkan suatu ketika dahulu oleh Moldavia menyertai Romania. Soviet Union membentuk satu Republik Sosialist Moldavia Berautonomi dalam tahun 1924 di wilayah timur Sungai Dniester, di dalam kawasan S.S.S. Ukrain. Lihat juga MOLDOVA. M1587 Kumai ; Molding. Dalam bidang seni bina dan seni hiasan, kumai merupakan elemen tradisi yang berfingsi membentuk atau mencantikkan sisi permukaan. Permukaan kumai ini terdapat dalam bentuk biasa atau ditambah dengan ruang-ruang yang dipotong ke bahagian dalam, dan corak-corak yang timbul pada permukaan, sama ada membentuk satu profil sekata di sepanjang permukaan tersebut atau dalam corak berulang-ulang yang tersusun mengikut satu rentak. Beberapa jenis kumai yang rata atau bersudut termasuklah fascia, chamfer (atau bevel) dan jidar hias. Kumai

yang melengkung termasuk cavetto, (kumai yang melengkung membentuk separa bulatan), scotia, (kumai yang melengkung hampir keseluruhannya), flute (kumai yang beralur), ovolo (kumai melengkung keluar membentuk satu-per-empat bulatan), torus (kumar berbentuk separa bulatan yang melengkung keluar), roll (berbentuk bulat), dan astragal (kumai melengkung ke dalam membentuk separa bulatan yang nipis). Kumai yang paling biasa digunakan ialah kumai S-tegak atau ogee yang menonjol, yang selalu digunakan sebagai kumai dibahagian atau dan kumai S-terbalik yang biasanya digunakan untuk sama ada bahagian atas atau bawah sesuatu permukaan. Profil kerja kumai secara tradisinya diserikan lagi dengan hiasan corak bunga atau dedaun motif geografi atau berulang. Lihat ilustrasi di sebelah. M1588 Moldova secara rasminya Republik Moldova ; Moldova officially Republic of Moldova. Sebuah negara dibahagian timur laut SEMENANJUNG BALKAN , di tenggara Eropah. Ia bersempadan dengan negara-negara Ukrain dan Romania. Keluasan kawasan: 13,068 batu persegi (33,845 km persegi). Populasi (anggaran tahun 2005) 4,206,000. Ibu negara: CHIINU. Hampir separuh daripada populasi penduduknya berketurunan Moldova. Terdapat juga ramai penduduknya yang berbangsa Rusia dan Ukrain. Agama-agama anutan penduduk: Kristian (kebanyakannya Ortodoks Timur, juga mazhab Kristian yang lain); serta agama Islam. Mata wang: leu. Hampir semua kawasan di Moldova bertanah subur yang terletak di antara Sungai Dniester dan Sungai Prut. Kawasan di bahagian utara dan tengah negara ini dipenuhi dengan kawasan hutan. Ekonomi republik ini adalah berasaskan pertanian. Lading-ladang terbesar menghasilkan anggur, gandum musim sejuk, jagung dan produk tenusu. Perindustrian tertumpu kepada pemprosesan makanan. Moldova merupakan sebuah republick yang mempunyai satu badan perundangan. Ketua negara ialah seorang presiden dan ketua keagamaan ialah Perdana Menteri. Kawasan Moldova hari ini merangkumi sebahagian dari wilayah kerajaan bersejarah Moldovia yang terletak di timur Sungai Prut (merupakan sebahagian daripada Romania pada tahun 1940). Kedua-dua kawasan ini telah disatukan menjadi Republik Sosialis Soviet Moldovia pada tahun 1940 dan bersambung ke selatan, kawasan BESSARABIA di pesisir pantai Laut Hitam. (Lihat MOLDIVIA untuk sejarah sebelum tahun 1940). Pada tahun 1991, Moldavia telah mendapat kemerdekaan dari Soviet Union. Ia mengekalkan ejaan Moldova dalam abjad Roman, kerana ia telah membenarkan penggunaan abjad Roman, dan bukan abjad Cyril. Moldova telah diterima masuk

sebagai ahli PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (UN) pada tahun 1992. Dalam tahun 2000, ia telah mengubah bentuk kerajaan separa presiden kepada sebuah republik pemerintahan berparlimen. M1589 mol ; mole or mol \'ml\. Satu unit piawai bagi mengukur bilangan zarahzarah kecil seperti ATOM atau MOLEKUL. Bagi sebatian atom atau molekul pada satu unit mol ia disebut NOMBOR AVOGADRO (6.02 x 1023) bilangan partikel. Dijelaskan secara tepat, ia bermaksud jumlah bahan asli yang mengandungi bilangan unit kimia yang sama yang terdapat dalam 12 gram KARBON-12. Bagi setiap 1 mol sebatian, ia bermaksud BERAT ATOM, BERAT MOLEKUL atau BERAT FORMULA dalam unit gram. Bilangan mol dalam 1 liter zat terlarut adalah kemolarannya (M); Bilangan mol dalam zat terlarut dalam 1,000 gram PELARUT dipanggil sebagai molaliti (m). kedua-dua unit ukuran ini sedikit berbeza dan mempunyai kegunaan yang berbeza. Lihat juga STOIKIOMETRI. M1590 tikus mondok ; mole. Mana-mana satu antara haiwan yang tinggal di dalam lubang tanah dan selalunya buta. Haiwan PEMAKAN SERANGGA ini adalah dari keluarga Talpidae (termasuk 42 spesis mol tulen) atau Chrysochloridae (18 spesis mol emas). Kebanyakan spesis mempunyai sepasang kaki dan ekor yang pendek, kepala berbentuk tajam, bulu yang kelihatan seperti baldu keperangan, tiada telinga luar dan mempunyai bau yang kuat. Haiwan ini mempunyai saiz dari 3.5 hingga 8 inci. (9 hingga 20 cm) panjang. Bahagian kaki depan haiwan ini menghala keluar seperti pendayung, dan mempunyai kuku cakar yang lebar atau tajam. Haiwan ini aktif pada waktu siang dan malam menggali terowong di dalam tanah untuk mencari cacing tanah, ulat dan haiwan bertulang belakang yan lain. Ia menggali hingga kedalaman 10 kaki [3 m]), dan membina lohong untuk tempat tinggal Tikus mondok atau mole berhidung-bintang (Condylura cristata) dari kawasan timur Amerika Utara mempunyai 22 organ sentuh berwarna merah samar yang berbentuk sesungut, bercabang keluar di bahagian muncung mukanya. M1591 tahi lalat ; mole. Satu kawasan rata pada KULIT atau berdaging. Ia terdiri daripada sel yang menghasilkan MELANIN, yang memberikan tahi lalat ini warna dari coklat muda ke coklat gelap atau kehitam-hitaman, dan di bahagian kulit dalam ia berwarna kebiru-biruan. Tahi lalat yang lebih tebal mengandungi elemen-elemen saraf

dan tisu-tisu penghubung. Ia biasa bertumbuh di zaman kanak-kanak, sebagai satu tompokan rata di antara kulit luar dan dalam. Tahi lalat kekal biasanya akan membawa bahaya kepada kesihatan. Kebanyakan tahi lalat di permukaan akan memasuki bahagian kulit dalam dan menjadikan permukaan kulit sedikit menaik. Bagi kanak-kanak, tahi lalat boleh melalui perubahan merupai kanser, tetapi tidak merbahaya. MELANOMA yang merbahaya boleh menjadi tumor yang tidak merbahaya, tetapi sebahagian besarnya tidak sebelum penghidap mencapai akhir baligh. Semasa mengandung, tahi lalat boleh menjadi lebih besar dan yang baru juga boleh muncul. Tahi lalat ada kalanya akan hilang apabila usia meningkat. Istilah nevus merujuk kepada tanda kelahiran, sedangkan tahi lalat boleh timbul selepas kelahiran. Tanda lahir yang ada pada kulit luar, selalunya mempunyai warna yang sama dengan warna kulit di sekelilingnya. M1592 biologi molekul ; molecular biology. Satu cabang sains yang berkaitan dengan struktur kimia dan proses-proses fenomena biologi di peringkat molekul. Ia berkembang dari cabang kajian BIOKIMIA, GENETIK, dan BIOFIZIK. Pengkajian ini menumpu pada penyelidikan tentang PROTIEN, ASID NUKLIEK, dan ENZIM. Di awal tahun 1950-an, penambahan maklumat tentang struktur protein memungkinkan penjelasan tentang struktur DNA. Penemuan-penemuan yang telah dibuat di tahun 1970-an, ke atas beberapa jenis enzim tertentu, yang boleh memeotong dan menyambung semula bahagian-bahagian DNA (lihat GABUNGAN SEMULA). Yang terdapat dalam KROMOSOM beberapa jenis bacteria telah menghasilkan teknologi rekombinasi DNA. Ahli-ahli biologi molekul telah menggunakan teknologi tersebut bagi mengasing dan mengubahsuai gen-gen tertentu (lihat KEJURUTERAAN GENETIK). M1593 berat molekul ; molecular weight. Merujuk kepada berat molekul bagi sesuatu bahan berasaskan 12, sebagai berat atom karbon-12. Dalam praktik, ia dikira dengan cara mengira BERAT ATOMIK bagi atom-atom yang membentuk formula molekul bagi sesuatu bahan. Berat molekul bagi satu molekul hidrogan (formula kimia H2) ialah 2 (selepas dibundarkan). Bagi sebilangan molekul-molekul organic yang kompleks, (contoh., PROTEIN, POLIMER) berat molekul mungkin mencapai ke angka juta.

M1594 molekul ; molecule. Satu unit terkecil yang dikenalpasti dalam mana-mana satu bahan. Ia boleh dipecahkan dan mengekalkan komposisi dan sifat-sifat kimia yang asal. Pecahan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, sehingga mencapai ke peringkat atom, melibatkan pemusnahan ikatan yang mengikat molekul-molekul itu. Bagi GAS-GAS ADI, molekulnya terdiri dari satu atom. Bahan lain mempunyai dua atau (diatomik) atau lebih lebih (poliatomik), atom dalam satu moleku. Atom-atom yang ada dalam satu ELEMEN, adalah sama seperti dalam hidrogen (H 2), tetapi dalam SEBATIAN, atom-atom adalah berbeza, seperti dalam glukos (C6H12O6). Atomatom selalu bercantum menjadi molekul dalam satu kadar yang tetap. Molekul dari bahan berlainan boleh memiliki komposisi atom yang sama, sama ada dalam kadar yang berbeza-beza, seperti dalam karbon monoksida (CO) dan karbon dioksida (CO2), atau diikat dengan cara yang berbeza-beza (lihat ISOMER). IKATAN-IKATAN KOVALEN pada molekul memberikan bentuk dan sifat kepada molekul-molekul tersebut. ANALYSIS yang dijalankan menggunakan teknik moden dan komputer, dapat menentukan dan menunjukkan rupa saiz, bentuk dan KONFIGURASI molekulmolekul, nuclei dan awan electron, panjang dan sudut ikatan yang lain. MIKROSKOPI ELEKTRON boleh menghasilkan imej-imej molekul dan atom tunggal. Lihat juga BERAT MOLEKULAR. Lihat ilustrasi di muka surat sebelah. M1595 Moley. Raymond (Charles) ; Moley. Raymond (Charles). (lahir. 27 Sept, 1886, Berea, Ohio, A.S.-meninggal dunia. 18 Feb, 1975, Phoenix, Arizona.) Seorang pendidik dan penasihat politik berbangsa A.S. Beliau telah mengajar sains politik di Universiti Columbia dari tahun 1923 hingga 1954. Dalam tahun 1920-an, beliau telah menyediakan satu kajian criminal justice di beberapa buah bandar, untuk Gabenor New York, FRANKLIN D.ROOSEVELT. Ketika Roosevelt mengatur kempen pemilihan presiden, pada tahun 1932, Moley telah menubuhkan BRAIN TRUST, yang berfungsi menasihati beliau tentang isu-isu kebangsaan. Moley telah menulis banyak di antara ucapan kempen Roosevelt dan telah memperkenalkan istilah NEW DEAL. Dari tahun 1937 hingga 1968, beliau telah menjadi editor penyumbang bagi majalah Newsweek. M1596 Moliere asal. Jean-Baptiste Poquelin ; Moliere orig. Jean-Baptiste Poquelin (dibaptiskan pada 15 Jan, 1622, Paris, Perancis-meninggal dunia. 17 Feb, 1673, Paris). Seorang penulis, aktor dan pengarah berbangsa Perancis. Anak lelaki

kepada seorang pembuat upholsteri yang kaya, beliau telah meninggalkan rumah untuk menjadi seorang pelakon pada tahun 1643, dan bergabung tenaga dengan KELUARGA BEJART. Beliau merupakan pengasas bersama rombongan pelakon kembara yang dikenali sebagai IIIustre Theatre dan mengembara ke seluruh wilayah di Perancis (1645 hingga 1658), menulis drama dan berlakon. Setelah kumpulan beliau bertapak di sebuah panggung kekal di Paris, di bawah naungan of LOUIS XIV, beliau telah menjadi terkenal di kalangan para penonton dengan lakonan komedi beliau bertajuk The Affected Young Ladies (1659). Drama-drama besar beliau yang lain termasuk The School for Wives (1662), Tartuffe (1664; drama yang diharamkan oleh kuasa keagamaan,), The Misanthrope (1666), The Miser (1669), The Bourgeois Gentleman (1670), dan The Imaginary Invalid (1673). Drama-drama beliau memaparkan watak-watak dari setiap peringkat masyarakat di Perancis pada kurun ke-17, dan terkenal dengan jenaka sindiran yang membina, mengenai perlakuan maksiat, kesombongan dan kebodohan manusia. Walaupun beliau mencapai banyak kejayaan, beliau tidak pernah berhenti berlakon dan mengarah. Ketika terlibat dalam satu pementasan drama, beliau telah jatuh sakit dan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk pada hari yang sama. Beliau tidak dikebumikan mengikut upacara keagamaan. Moliere dianggap sebagai dramatis Perancis yang terulung dan Bapa kepada Jenaka Moden Perancis. M1597 Molise ; Molise. Wilayah autonomi (populasi., awal tahun 2001,: 316,548), yang terletak di selatan bahagian tengah Itali. Sektor barat wilayah ini merupakan sebahagian daripada APENNINES, dan kawasan selebihnya terdiri daripada kawasan pergunungan rendah dan bukit-bukau. Dibawah pemerintahan LOMBARD pada awal Zaman Pertengahan, kawasan ini telah dikawal oleh duchy Beevento. Dalam kurun ke- 13, ia telah diperintah secara bergilir-gilir oleh pemerintah Angevin, Sepanyol, dan Bourbon. Dalam tahun 1860, ia telah digabungkan dengan ABRUZZI untuk membentuk Abruzzi e Molise, yang kemudiannya dibentuk menjadi Kerajaan Itali. Abruzzi e Molise telah dibahagikan semula pada tahun 1965 kepada wilayah berasingan Abruzzi dan Molise. Ia merupakan salah sebuah kawasan paling jauh di pedalaman Itali. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah CAMPOBASSO, iaitu Bandar tunggal di sana. M1598 GAMBAR (keterangan gambar - Mollet-HARLINGUE/H. ROGER-

VIOLLET Mollet, Guy ; Mollet, Guy. (lahir. 31 Dis, 1905, Flers-de-lOrne, Perancis-meninggal dunia. 3 Okt, 1975, Paris) Ahli politik berbangsa Perancis. Beliau turut menjadi seorang guru bahasa Inggeris di Arras. Beliau telah menyertai Parti Sosialis pada tahun 1921 dan menjadi ketua kepada pakatan para guru pada tahun 1939. Selepas berkhidmat dalam Perang Dunia ke-II, beliau telah dilantik ke Dewan Rakyat Perancis dan menjadi setiausaha agung bagi Parti Sosialis (1946 hingga 1969). Beliau berjuang bersama-sama PIERRE MENDES FRANCE, dan membawa Parti Republician Front mencapai kemenangan (1956 hingga 1957). Kegagalan beliau menangani pemberontakan Algeria dan Krisis Suez, telah mengakibatkan kejatuhan kerajaan pimpinan beliau, tetapi Mollet terus berkhidmat sebagai timbalan dan datuk bandar Arras. GAMBAR M1599 Mollusk atau moluska ; mollusk or mollusk. Mana-mana satu dari 75,000 spesis haiwan TIDAK BERTULANG BELAKANG dan berbadan lembut (phylum Mollusca). Kebanyakan dari haiwan ini mempunyai cengkerang dari kalsium karbonat menutupi sebahagian atau keseluruhan badan. Cengkerang ini terbentuk dari cairan kalsium karbonat yang dihasilkan oleh mantel, iaitu satu bahagian lembut di bahagian dinding badan haiwan. Di antara badan dan mantel, terdapat rongga mantel. Spesis Moluska boleh ditemui di pelbagai habitat, dari lautan dalam sehingga ke puncak gunung. Moluska biasanya dibahagikan kepada lapan kumpulan: Gastropoda (lihat GASTROPOD), Bivalvia or atau Pelecypoda (lihat BIVALVE), Cephalopoda (lihat CEPHALOPOD), Scaphopoda (siput gading), Aplacophora (Solenogasters), Caudofoveata (adakala dimasukkan dalam order Aplacophora), Polyplacophora

(chitons), dan Monoplacophora. Moluska mempunyai nilai ekonomi kerana iaboleh dimakan dan cengkerangnya pula banyak digunakan sebagai barang perhiasan wanita dan hiasan-hiasan lain. Lihat ilustrasi di muka surat sebelah. M1600 Molly Maguires ; Molly Maguires (1862 hingga 1876) Sebuah pertubuhan rahsia di A.S. yang dianggotai oleh pelompong-pelombong arang batu di kawasan Pennsylvania dan Virginia Barat. Ia ditubuhkan bagi menyuarakan penentangan terhadap keadaan kerja yang teruk dan diskriminasi dalam pengambilan pekerja semasa tahun 1860-an. Para pelombong arang batu berketurunan Ireland-Amerika

telah membentuk satu kumpulan yang dinamakan sempena nama seorang balu berbangsa Irish yang mengetuai gerakan menentang tuan-tuan tanah di Ireland. Kumpulan ini telah dipertanggungjawabkan ke atas tindakan-tindakan sabotaj dan pembunuhan kejam di lombong-lombong arang batu. Pemilik-pemilik lombong telah mengupah seorang penyiasat dari Pinkerton, bernama James McParlan, untuk menyusup masuk ke dalam pertubuhan tersebut. Berdasarkan kepada testimoni beliau dalam perbicaraan yang disiarkan secara meluas, (1875 hingga 1877), 10 ahli dari pertubuhan rahsia ini telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan di hukum gantung. M1601 Molnar, Ferenc ; Molnar, Ferenc. (lahir. 12 Jan, 1878, Budapest, Hungary.meninggak dunia. 1 April, 1952, New York City, N.Y., A.S.) Seorang penulis berbangsa Hungary. Beliau telah menerbitkan cerita-cerita yang pertama ketika berusia 19 tahun dan telah meraih kejayaan pertama melalui pementasan drama bertajuk The Devil (1907). Di antara pementasan-pementasan drama beliau, ada yang diadaptasi menjadi filem seperti Liliom (1909). Selain itu, satu drama yang telah diadaptasi sebagai filem muzikal Karusel bertajuk ; The Swan (1920); dan The Red Mill (1923). Kebanyakan dari hasil karya beliau, terutamanya Music (1908), merupakan karya terbaik beliau yang memaparkan masalah-masalah hidup orang miskin. Di antara novel hasil tulisan beliau, hanya novel The Paul Street Boys (1907) merupakan novel yang berjaya. M1602 Moloch ; Moloch. Merupakan dewa bagi orang-orang di Timur Tengah semasa zaman purba. Kanak-kanak dikorbankan untuk diberikan kepada dewa ini. Undang-undang yang telah diturunkan kepada NABI MUSA, dari tuhan, melarang orang-orang Israel mengorbankan kanak-kanak pada dewa ini. Seperti yang dilakukan oleh orang-orang Mesir dan Kanaan. Sebuah berhala pemujaan bagi dewa Moloch diluar kota Jerusalem telah dimusnahkan. M1603 Molotov, Vyacheslav (Mikhaylovich) asal. Vyacheslav Mikhaylovich Skryabin ; Molotov, Vyacheslav (Mikhaylovich) Orig. Vyacheslav Mikhaylovich Skryabin (lahir. 9 Mac, 1890, Kukarka, Rusia-meninggal dunia. 8 Nov, 1986, Moscow, Rusia, U.S.S.R.) Seorang ketua politik Rusia. Merupakan seorang ahli Bolshevik dari tahun 1906, beliau telah berkhidmat dalam pertubuhan-pertubuhan

dalam wilayah Parti Komunis sejak tahun 1917. Seorang penyokong kuat JOSEPH STALIN, beliau telah menjadi setiausaha Jawatankuasa pusat pada tahun 1921. Pada tahun 1926, beliau telah diberika jawatan di dalam Politburo. Kemudian, beliau telah membersihkan pertubuhan parti-parti di Moscow yang anti-Stalin (1928 hingga 1930). Molotov telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri (1930 hingga 1941) dan sebagai menteri luar negara (1939 hingga 1949, 1953 hingga 1956). Beliau telah merundingkan PAKATAN TIDAK-MENCEROBOH JERMAN-SOVIET dalam tahun 1939, dan semasa Perang Dunia ke-II, beliau telah mengarahkan pnghasilan bom-bom botol yang kemudian dipanggil Molotov cocktails. Beliau telah mengatur perikatan dengan A.S. dan Britain, dan telah menjadi jurucakap bagi Soviet di persidangan Perikatan semasa dan selepas perang. Selepas dipecat oleh NIKITA KHRUSHCHEV pada tahun 1956, Molotov telah menyertai satu pakatan untk menggulingkan KHRUSHCHEV (1957) dan telah kehilangan semua jawatan beliau di dalam parti. Pada tahun 1962, beliau telah diusir dari Parti Komunis. M1604 bersalin kulit ; molting. Satu proses bersalin kulit lama atau penggantian bahagian-bahagian lama dengan yang baru dan berlaku pada haiwan. Proses ini dikawal oleh hormon dan berlaku dalam alam haiwan. Ia termasuklah penggantian tanduk, bulu rambut, kulit dan bulu. Ia merupakan proses dimana sebagai contoh nimfa atau organisma lain membuang rangka luaran untuk tujuan pembesaran atau penukaran bentuk. M1605 Moltke, Helmuth (Johannes Ludwig) von ; Moltke, Helmuth (Johannes Ludwig) von. (lahir 25 Mei, 1848, Gersdorff, Mecklenburg-meninggal dunia. 18 Jun, 1916, Berlin, Jerman.) Seorang tentera berbangsa Jerman. Beliau merupakan anak saudara lelaki kepada HELMUTH VON MOLTKE. Beliau telah dinaikkan pangkat dalam tempoh yang singkat dan telah berkhidmat sebagai adjutan kepada bapa saudara beliau dari tahun 1882. Pada tahun 1903, beliau telah dilantik sebagai kuartermaster jeneral dan menjadi ketua Pegawai Turus Jerman pada tahun 1906. Di permulaan Perang Dunia Pertama, beliau telah menggunakan PELAN SCHLIEFFEN yang telah direka oleh pegawai-pegawai terdahulu, tetapi kegagalan beliau untuk memperbaiki rancangan tersebut dalam menghadapi taktik dan arahan yang betul, telah menyebabkan kegagalan tentera Jerman meneruskan kemaraan dalam Perang MARINE (1914). Beliau telah dilucutkan jawatan tidak lama selepas itu dan

meninggal dunia dua tahun kemudian. M1606 Count von Moltke, Helmuth (Karl Bernhard) ; Moltke, Helmuth (Karl Bernhard), count von. (lahir. 26 Okt, 1800, Parchim, Mecklenburg-meninggal dunia. 24 April, 1891, Berlin, Jerman.) Seorang jeneral berbangsa Prussia. Beliau telah berkhidmat dalam angkatan tentera Prussia pada tahun 1822 dan telah dilantik menjadi Pegawai Turus pada 1832. Selepas berkhidmat sebagai perisik kepada tentera Turki, (1835 hingga 1839), beliau telah mengembara ke merata tempat dan menulis beberapa buah buku mengenai sejarah dan pengembaraan. Pada tahun 1855, beliau telah berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada putera Prussia, iaitu Putera Frederick William (kemudian Frederick III). Beliau kemudiannya telah dipilih sebagai ketua Pegawai Turus angkatan tentera Prussia (1875 hingga 1888). Beliau seorang yang sangat bijak dan sangat kreatif dalam bidang ketenteraan. Moltke telah mengatur semula tentera Prussia dan mencipta strategi baru dan cara arahan taktikal bagi tentera Prussia moden. Beliau telah mengatur strategi-strategi yang membawa kemenangan dalam perang Prussian dan German menentang Denmark (1864), menentang Austria dalam PERANG TUJUH MINGGU (1866), serta perang menentang Perancis dalam PERANG FRANCO-PRUSSIA (1870 hingga 1871). Beliau telah ditabalkan menjadi count dalam tahun 1870 dan fil marsyal dalam 1871. M1607 Kepulauan Maluku dalam bahasa Indonesia Maluku ; Moluccas Indonesian Maluku. Gugusan pulau (populasi., anggaran tahun 1999.: 2,223,000) di timur Indonesia. Terletak di antara SULAWESI dan NEW GUINEA. Kepulauan Maluku terdiri daripada tiga pulau besar (HALMAHERA, CERAM, DAN BURU) dan banyak lagi pulau-pulau yang kecil. Kawasan kepulauan tersebut adalah kira-kira 30,066 batu persegi (77,871 km persegi). Gugusan pulau tersebut membentuk wilayah-wilayah Maluku dan Maluku Utara di Indonesia. Ibu negeri bagi wilayahwilayah tersebut ialah AMBON dan Ternate. Populasi etnik di kepulauan tersebut termasuk Melayu, Papua dan orang-orang Belanda, Portugis, serta keturunan dari Jawa. Dikenali sebagai Spice Islands," Kepulauan Maluku pernah menjadi sebahagian daripada pusat perdagangan rempah ratus di Asia, sebelum is ditemui oleh orang-orang Belanda pada tahun 1511. Ia menjadi rebutan oleh Sepanyol, pihak Inggeris dan Belanda, dan akhirnya kepulauan ini jatuh ke tangan Belanda. Pernah diduduki oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia ke- II, kepulauan tersebut kemudian

dinaik taraf sebagai negeri di Timur Indonesia dan kemudian Republik Indonesia pada tahun 1949. M1608 molibdenum ; molybdenum. Satu elemen kimia logam iaitu salah satu dari ELEMEN PERALIHAN. Simbol kimia Mo, nombor atom ialah 42. Berwarna kelabu keperak-perakan, LOGAM ini jarang ditemui. Ia mempunyai takat lebur yang tinggi (4,730 F [2,610 C] ). Logam ini tidak wujud tanpa campuran, dalam bentuk semula jadi. Oleh sebab logam ini dan aloi-aloinya mempunyai ketahanan tinggi terhadap suhu yang boleh mencairkan kebanyakan logam lain, ia banyak digunakan dalam pengeluaran keluli bersuhu tinggi. Kegunaan molibdenum termasuklah dalam pembuatan bekas tindak balas, kapal terbang, peluru berpandu, bahagian-bahagian kenderaan dan elektrod, elemen-elemen pemanasan dan penyokong filamen. Beberapa kompoun molibdenum digunakan sebagai bahan pewarna dan bahan pemangkin. Molibdenum disulfida merupakan satu bahan pelincir pepejal, yang digunakan secara tersendiri atau dicampur ke dalam pelincir dan minyak. M1609 Mombasa ; Mombasa. (populasi., tahun 1989; 461, 753). Sebuah bandar di Kenya yang terletak di Pulau Mombasa, di bahagian tenggara pesisir pantai Kenya. Pulau tersebut mempunyai kawasan seluas of 5.5 batu persegi (14.25 km persegi) dan dihubungkan dengan tanah besar yang berkeluasan 100 batu persegi (259 km persegi) melalui tambak, jambatan dan feri. Ia telah dijumpai oleh para pedagang dari Tanah Arab pada kurun ke-11 dan kemudian telah dilawati oleh seorang juru mudi Portugis, iaitu VASCO DA GAMA. Disebabkan kedudukan pulau yang strategic bagi perdagangan di Lautan India, ia telah menjadi rebutan di antara orang-orang dari Tabah Arab, Parsi, Portugis dan Turki sehingga tahun 1840, apabila ZANZIBAR Berjaya menawan pulau tersebut. Pada tahun 1895, ia telah ditadbir oleh British dan menjadi ibu negeri bagi Afrika Timur protektorat iaitu negeri di bawah naungan British sehingga tahun 1907. Mombasa merupakan pelabuhan utama dan bandar kedua terbesar di Kenya. Ia turut menjadi lokasi bagi pasaran utama hasil pertanian. M1610 momen ; moment Lihat TORK M1611 momentum ; momentum. Hasil dari tindakbalas JISIM dengan KELAJUAN.

HUKUM GERAKAN KEDUA NEWTON menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar dengan kuasa yang bertindak ke atas partikel. ALBERT EINSTEIN telah menunjukkan bahawa jisim bagi sesuatu partikel meningkat apabila kelajuannya mencapai kelajuan cahaya. M1612 Mommsen \mm-zn\, (Christian Matthias) Theodor ; Mommsen \mmzn\, (Christian Matthias) Theodor. (lahir. 30 Nov, 1817, Garding, Schleswigmeninggal dunia 1 Nov, 1903, Charlottenburg, berhampiran Berlin, di Empayar Jerman). Beliau seorang sejarawan Jerman dan juga seorang penulis. Selepas tamat pengajian undang-undang, beliau telah menjalankan kajian di Itali dan menjadi seorang pakar dalam bidang epigrafi, iaitu satu bidang kajian intepretasi berkaitan inskripsi. Dalam tahun 1848, beliau menjadi professor undang-undang di Leipzig, tetapi kemudian beliau dipecat kerana penglibatannya dalam aktiviti politik liberal. Kemudian beliau menjadi tenaga pengajar di beberapa tempat yang lain. Sepanjang hayat beliau mengekalkan pemikiran politik. Beliau terkenal dengan hasil tulisan History of Rome dalam 4 jilid (1854 hingga 56, 1885) yang dianggap hasil penulisan terunggul. Beliau telah menyunting inskripsi Corpus Inscriptionum Latinarum (dari tahun 1863), yang banyak memberikan pemahaman tentang kehidupan dunia purba. Buku beliau, Roman Constitutional Law jilid 3 (1871 hingga 1888), telah memaparkan kod pertama dalam perundangan Roman. Hasil dan sumbangan ilmiah beliau sangat besar dengan karya berjumlah hampir 1,000. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel bagi Kesusasteraan pada tahun 1902. M1613 Mon \mn\ ; Mon \mn\. Mana-mana ahli atau kumpulan orang yang berasal dari kawasan barat negara China dan pada masa ini tinggal di kawasan delta timur Myanmar (Burma), dan di kawasan barat tengah Thailand. Mereka telah tinggal di kawasan ini selama 1,200 tahun dan telah mewujudkan tulisan Myanman (Pali) serta agama Buddha. Beras dan pokok jati merupakan hasil pertanian utama mereka. Pada masa kini, jumlah populasi mereka melebihi 1.1 juta. Lihat juga DVARAVATI; KERAJAAN MON. M1614 Bahasa-bahasa Mon-Khmer \mn-kmer\; Mon-Khmer \mn-kmer\ languages. Tergulung dalam keluarga 130 bahasa AUSTROASIATIC. Bahasa ini dituturkan oleh lebih dari 80 juta orang di Asia Tenggara. Bahasa Vietnam digunakan

oleh sebilangan besar penutur dari kelompok bahasa ini. Bahasa-bahasa lain yang mempunyai ramai pengguna selain daripada bahasa Vietnam ialah Muong, dengan jumlah lebih kurang 1 juta penutur di utara Vietnam; KHMER; Kuay (Kuy) dengan mungkin 800,000 orang pengguna di bahagian selatan Myanmar dan beberapa bahagian di Thailand. Dari keseluruhan bahasa Mon-Khmer, hanya Mon, Khmer dan bahasa Vietnam mempunyai tradisi penulisan lebih awal dari kurun ke-19. Bahasa lama Mon yang wujud sejak kurun ke-7, telah ditulis dalam satu inskripsi asal Asian Selatan yang kemudiannya telah digunakan oleh orang-orang Burma (LIHAT KERAJAAN MON; SISTEM TULISAN INDIC). Bentuk fonetik biasa bahasa MonKhmer kebanyakannya mengandungi vokal dan tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi NADA. M1615 Kerajaan Mon ; Mon Kingdom. Negara bagi orang-orang Mon. mereka adalah penduduk yang berkuasa di Myanmar (Burma) dalam kurun ke-9 hingga ke11, kurun ke-13 hingga ke-16, dan untuk waktu yang singkat di pertengahan kurun ke18. Pada tahun 825, mereka telah mengasaskan ibu negara mereka iaitu Thaton dan bandar Pegu. Kerajaan Mon telah ditewaskan oleh kerajaan Burma di Pagan. Apabila Pagan jatuh ke tangan orang Mongol (1287), bangsa Mon mendapat semula kemerdekaan dan negara mereka. Pada tahun 1539, mereka telah dikalahkan sekali lagi. Mereka membina semula Pegu pada kurun ke-18 tetapi dalam jangka masa yang singkat, ia telah ditewaskan oleh Alaungpaya pada tahun 1757. (lihat DINASTI ALAUNGPAYA). Lihat juga DVARAVATI. M1616 Monaco \m-n-%k\ secara rasmi Principality of Monaco ; Monaco \mn-%k\ officially Principality of Monaco. Kerajaan kecil Monaco. Sebuah kerajaan merdeka terletak di selatan Eropah di laut Mediterranean berhampiran sempadan Perancis dan Itali. Berkeluasan 0.75 batu persegi (1.95 km persegi). Populasi (anggaran tahun 2005): 32,700 orang. Hampir setengah penduduk Monaco adalah rakyat Perancis. Sebilangan kecil adalah orang Itali dan British. Kurang daripada satu per lima penduduk Monaco berketurunan Monegasque. Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Perancis. Sebahagian besar penduduk Monaco beragama Roman Katolik dan Yahudi. Matawang negara ini ialah euro. Kawasan ini telah didiami manusia sejak zaman pra-sejarah lagi oleh orang-orang Phonenicia, Yunani, Carthaginian, dan Roman. Dalam tahun 1911, orang-orang Genoese menjajah

kawasan ini. Pemerintahan keluarga Grimaldi bermula pada tahun 1927. Keluarga ini bersahabat dengan negara Perancis kecuali sekitar tahun 1524 hingga 1641 iaitu sewaktu Monaco di bawah perlindungan Sepanyol. Perancis menjadikan Monaco jajahan miliknya pada tahun 1793 dan ia kekal di bawah penaklukan Perancis sehingga kejatuhan NAPOLEON. Dalam tahun 1815 ia diletakkan di bawah perlindungan Sardinia. Pada tahun 1861, satu perjanjian dibuat yang menyebabkan bandar Menton dan Roquebrune dijual kepada Perancis dan Monaco mendapat kemerdekaan. Monaco yang terletak di sepanjang CTE DAZUR, merupakan salah satu kawasan peranginan termewah di Eropah. Ia terkenal dengan tempat perjudian MONTE-CARLO, perlumbaan kereta lumba antarabangsa dan pantai-pantai yang cantik. Pada tahun 1997, Monaco menyambut meriah ulangtahun ke-700 tahun pemerintahan keluarga Grimaldi, di bawah kuasa Putera RAINIER. Lihat peta di atas. M1617 Monaco, Lorenzo Lihat LORENZO MONACO M1618 kupu-kupu monarch ; monarch butterfly. Spesis (Danaus plexippus, keluarga Danaidae) KUPU-KUPU milkweed yang terdapat di seluruh dunia tetapi kebanyakannya di negeri-negeri di Amerika Syarikat. Hanya spesis LEPIDOPTERA sahaja yang membuat penghijrahah (pergi dan balik). Di Amerika Utara, beribu-ribu spesis kupu-kupu jenis Monarch berhijrah ke selatan sewaktu musim sejuk, adakalanya sejauh 1,800 batu (2,900 km) dan akan kembali semula ke utara di musim bunga. Warna cerah di bahagian sayap kupu-kupu dewasa (coklat kemerahan dengan alur hitam dan dua baris bintik) member amarak kepada pemangsa akan rasabya yang sangat teruk. Beberapa spesis kupu-kupu yang lain melindungi diri dengan meniru warna spesis kupu-kupu Monarch. M1619 pemerintahan beraja ; monarchy. Pemerintahan BERDAULAT atau beraja di mana pemerintah negara tersebut adalah ketua tetap bagi negara. Pada masa kini, istilah tersebut digunakan untuk merujuk kepada negara-negara yang mempunyai pemerintah atau ketua mengikut pewarisan. Pemerintah beraja adalah ketua negara yang paling ideal pada kurun ke-16 dan 17, dimana kuasa raja hampir tiada batasnya (LIHAT FAHAMAN KUASA MUTLAK), walaupun di Britain, PARLIMEN dapat menghadkan kebebasan dalam tindakan raja, terutamanya melalui CARTA MAGNA (1215) dan PENGISYTIHARAN HAK (1689). Pegangan lama yang menyifatkan raja

(dalam penguasaan pemerintahan) sebagai lambang pemerintah Tuhan, ke atas segala perkara ditunjukkan dengan jelas oleh Raja Louis XIV di kurun ke-17. Kuasa penuh raja ditunjukkan juga dengan jelas dalam pemerintahan Catherine II di Rusia. Penentangan yang berlaku semasa REVOLUSI PERANCIS telah memberi kesan kepada pemerintahan beraja di Perancis. Perang Dunia Pertama yang meletus telah melenyapkan kuasa pemerintahan raja-raja di Rusia, Jerman dan Austria. Hungary dipertanggungjawabkan ke atas meletusnya peperangan dan kesengsaraan selepas perang tersebut. Institusi beraja berkembang menjadi Institusi Raja Berperlembagaan di bahagian barat Eropah, walaupun kerajaan beraja penuh atau separa penuh masih wujud di timur tengah. M1620 pemerintahan beraja, berperlembagaan ; Lihat KERAJAAN RAJA BERPERLEMBAGAAN. M1621 biara ; monastery. Satu tempat bagi kelompok komuniti tempatan yang berpegangan agama yang kuat, terutamanya diperingkat paderi. Biara agama Kristian mula berkembang di Mesir, di mana paderi-paderi pada mulanya hidup sebagai pendeta dan kemudian hidup dalam kumpulan pendeta. Penempatan kumpulan agama ini kemudiannya diwujudkan di banyak kawasan berpenduduk Kristian serta dilengkapi dengan gereja-gereja kecil, pancuran air, dan dewan makan. Pada Zaman Pertengahan biara-biara ini menjadi tempat pemujaan dan pusat pembelajaran serta memainkan peranan penting dalam institusi pemerintahan raja-raja Eropah. Vihara merupakan biara bagi agama Buddha. Ia terdiri daripada satu kawasan yang dikelilingi oleh bilik-bilik. Vihara yang dibina di India pada mulanya dijadikan tempat berteduh para sami semasa hari hujan, tetapi ia kemudiannya dijadikan tempat ibadat apabila patung-patung Buddha mula diletakkan dibahagian tengah kawasan tersebut. Di bahagian barat India, vihara selalunya dibina di kawasan cenuram batu yang digali. Lihat juga ABBEY. M1622 kebiaraan ; monasticism. Satu pergerakan pertubuhan agama yang berperlembagaan. Ahli-ahlinya terikat dengan perjanjian bagi mengabdikan diri kepada kehidupan beribadat, meditasi dan melakukan segala bentuk kebaikan. Ahli tertinggi dalam kumpulan tersebut yang dipanggil sebagai paderi biasanya tidak berkahwin dan tinggal berasingan dari masyarakat luar, sama ada dalam komuniti

paderi atau biarawati. Kebiaraan Kristian yang paling awal telah wujud di kawasan gurun Mesir dan terkenal dengan pertapa St. ANTHONY MESIR (251 hingga 356). Ia telah diperkukuhkan lagi dengan kehadiran St. Pachomius (290 hingga 346). St. BASIL YANG AGUNG mewujudkan satu pengaruh yang kuat bagi gereja-gereja di bahagian timur dan John Cassian (360 hingga 465) telah membantu menyebarkan fahaman ini ke Eropah Barat. Order BENEDICTINE yang telah diasaskan oleh St. BENEDICT DARI NURSIA, dalam kurun ke-6, menetapkan amalan dan peribadatan zuhud pada waktu yang telah ditentukan. Sepanjang Zaman Pertengahan, pegangan kebiaraan memainkan peranan penting bukan sahaja dalam penyebaran agama Kristian, bahkan dalam penambahan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan. Ia mengalami perubahan mengikut waktu, terutamanya semasa pemerintahan Cluniacs dalam kurun ke-10 dan CISTERCIANS dalam kurun ke-12,di mana telah mewujudkan golongan yang hidup secara meminta-minta belas ihsan dari orang lain, seperti golongan DOMINIKAN dan FRANCISCAN. Kebiaraan juga memainkan peranan penting dalam keagamaan di sebelah Timur. Di era awal Hindu (kurun ke-600 hingga 200 Sebelum Masihi), terdapat pendita-pendita yang hidup kumpulankumpulan (ASHRAM), walaupun mereka tidak menjalani kehidupan luar dari komuniti yang teratur. JAINISME mungkin merupakan agama pertama yang mempunyai masyarakat teratur, yang bercirikan hidup sederhana. Sami Buddha mengamalkan kesederhanaan dengan cara yang menahan diri dari bersikap mementingkan diri sendiri serta merendah diri. M1623 Monck \mk\ , George ; Monck \mk\ , George. Duke Pertama bagi Albermarle. (lahir. 6 Dis, 1608, Great Potheridge, Devon, England.-meninggal dunia. 3 Jan, 1670, London). Beliau merupakan seorang Jeneral Inggeris. Beliau telah berkhidmat dengan tentera Belanda menentang tentera Sepanyol di Netherlands (1629 hingga 1938) dan kemudian menggalakkan satu pemberontakan di Ireland (16421643). Beliau telah berperang di Ireland dan Scotland dalam PERANG SAUDARA INGGERIS, kemudian berkhidmat di Scotland sebagai komander (1650) dan gabenor (1654). Beliau telah dilantik sebagai jeneral laut (1652) dalam perang Inggeris dengan Belanda, di mana beliau telah memainkan peranan penting untuk mencapai banyak kemenangan bagi tentera laut. Dalam tahun 1660, beliau telah memainkan peranan utama dalam pembentukan semula Pemerintahan Beraja Stuart. Untuk itu, beliau telah menerima gelaran Duke Albermarle.

M1624 Mond, Ludwig ; Mond, Ludwig. (lahir. 7 Mac, 1839, Kassel, Hesse-Kasselmeninggal dunia. 11 Dis, 1909, London, England). Beliau merupakan ahli kimia dan ahli industry kacukan Jerman dan British. Setelah berhijrah ke England pada tahun 1862, beliau memajukan proses pembuatan natrium karbonat (abu soda) dan mencipta satu proses mengekstrak NIKEL dari bijih. Beliau adalah pengasas kepada firma kimia terkenal iaitu Brunner, Mond and Co. dan Mond Nickel Co. M1625 Mondale, Walter F(rederick) ; Mondale, Walter F(rederick). (Lahir. 5 Jan, 1928, Ceylon, Minn., A.S.). Merupakan seorang ahli politik A.S. Beliau sangat aktif dalam pergerakan Parti-Peladang di Minnesota dan bekerja untuk HUBERT H. HUMPHREY dalam kempen pilihanraya senator pada tahun 1948. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Minnesota dalam bidang perundangan pada tahun 1956, beliau menjawat jawatan sebagai ketua pendakwaraya dari tahun 1960 sehingga tahun 1964. Beliau kemudiannya menjawat jawatan Senator menggantikan tempat Humphrey yang belum tamat penggal apabila beliau memenangi pilihanraya sebagai naib presiden di bawah pemerintahan LYNDON B. JOHNSON. Beliau memenangi pilihanraya ke Senat pada tahun 1966 dan pemilihan semula pada tahun 1972. Dalam tahun 1976, beliau telah dipilih menjadi naib presiden di bawah pemerintahan presiden JIMMY CARTER. Pada tahun 1984, beliau telah memenangi pilihanraya sebagai presiden Parti Demokrat, tetapi beliau kalah kepada RONALD REAGAN untuk merebut jawatan presiden. Beliau meneruskan kerjaya dalam bidang perundangan dan kemudian berkhidmat sebagai duta ke Jepun (tahun 1993 hingga 1996). Pada tahun 2002, beliau telah berkempen bagi merebut kerusi di Senat, selepas kematian Senator Paul Wellstone, iaitu Senator Minnesota dalam satu nahas udara beberapa hari sebelum pilihanraya; Mondale kalah tipis dalam pilihanraya tersebut. M1626 Monde \md\, Le French ; Monde \ md \, Le French The World. Ia merupakan sebuah akhbar harian yang diterbitkan di Paris; salah sebuah akhbar paling penting dan disanjungi ramai oleh masyarakat dunia. Akhbar ini telah ditubuhkan pada tahun 1944, sebaik sahaja tentera Jerman meninggalkan kotaraya Paris sebagai sebuah badan bebas dari subsidi kerajaan atau pihak swasta. Akhbar ini membuat liputan berita di dalam negara dan berita dunia secara mendalam. Dalam masa yang singkat ia telah membina satu reputasi dari segi ketepatan dan kebebasan berita.

Penulis akhbar menyampaikan pandangan peribadi, menyebabkan akhbar ini bebas dari sebarang pandangan atau ideology yang tidak konsisten. Justeru, akhbar ini mendapat pujian dan juga kritikan dari setiap lingkungan masyarakat Perancis. M1627 Mondino deLuzzi \mn-d-n-d-lt-s\ Bahasa Latin Mundinus ; Mondino deLuzzi \mn-d-n-d-lt-s\ Latin Mundinus. (Lahir. Tahun 1270, Bologna, Itali-meninggal dunia. Tahun 1326, Bologna). Beliau seorang ahli fizik dan ahli anatomi berbangsa Itali. Beliau memperkenalkan semula pengajaran anatomi secara sistematik ke dalam kurikulum perubatan, yang mana telah ditinggalkan buat beberapa kurun, serta beliau melakukan pembedahan terbuka dalam kuliah-kuliah umum. Buku beliau yang bertajuk Anathomia Mundini (tahun 1316, dicetak pada 1478) adalah sebuah buku rujukan pegangan yang standard bagi pakar bedah sehinggalah ke era ANDREAS VESALIUS. Walaupun ia mengikut kaedah pengajaran GALEN sepenuhnya, dengan beberapa kesalahan kecil berkaitan deskripsi organ dalaman, ia telah meningkatkan satu era dalam pengembangan pengetahuan mengenai anatomi. M1628 Mondrian \mn-dr-%n\, Piet asal. Pieter Cornelis Mondriaan ; Mondrian \mn-dr-%n \, Piet orig. Pieter Cornelis Mondriaan. (lahir 7 Mac 1872, Amersfoort, Belanda.-meninggal dunia. 1 Feb, 1944, New York, N.Y., A.S.) Seorang pelukis Belanda. Atas desakan bapa beliau iaitu seorang guru besar di sekolah Penganut Calvinisme, beliau belajar sehingga ke peringkat ijazah. Kemudian, beliau segera beralih ke bigang seni lukis. Lukisan pertama beliau telah dipamerkan pada tahun 1893. Hasil lukisan pertama beliau menonjolkan pengaruh aliran baru seperti lukisan POST-IMPRESIONISME dan KUBISME. Dalam tahun 1917, Mondrian dan tiga lagi pelukis menubuhkan majalah seni keluaran berkala dan mengasaskan satu pergerakan yang dikenali sebagai DE STIJL. Kumpulan ini mengikut satu cara yang dipanggil neoplastisisme yang mana ia melibatkan penolakan sepenuhnya ke atas keadaan atau ciri sebagai asas utama dalam penghasilan lukisan. Cara ini juga menghadkan persembahan gambaran dalam sesebuah hasil lukisan itu kepada elemen yang paling asas iaitu garis-garis lurus, warna-warna utama, dan warna-warna neutral seperti hitam, putih, dan kelabu. Mondrian telah mengekalkan cara ini dalam hasil-hasil karya lukisan beliau untuk 20 tahun seterusnya, sehinggalah beliau melarikan diri dari kancah peperangan di Paris

dan berhijrah ke Londin dan kemudiannya ke kota New York dalam tahun 1940. Beliau mendapat banyak inspirasi baru setelah menjalani kehidupan kota yang aktif dan penuh hiburan, serta pelbagai lagi pengaruh muzik seperti jaz, lalu beliau mengubah cara melukis yang selama ini digunakan untuk menghasilkan lukisan yang mengandungi satu ciri bentuk segi empat sama yang kecil, dan segi empat yang bergabung menjadi satu arus garisan melintang dan menegak yang penuh warnawarni. Hasil karya lukisan beliau yang tersohor (contoh., Broadway Boogie-Woogie, 1942 hingga 1943) menonjolkan kecenderungan aliran lukisan beliau. Perkembangan yang konsisten ke arah penghasilan lukisan abstrak sepenuhnya, merupakan satu kejayaan unggul dalam sejarah seni lukis moden. Hasil-hasil karya akhir Mondrian membayangi kebangkitan seni lukisan abstrak pada tahun 1940 dan 1950-an. M1629 moneran ; moneran Lihat BAKTERIA, PROKARIOT M1630 Monet \m-n\, Claude ; Monet \m-n\, Claude. (lahir. 14 Nov, 1840, Paris, Perancis-meninggal dunia. 5 Dis, 1926, Giverny). Beliau merupakan seoran pelukis landskap berbangsa Perancis. Beliau membesar di Le Havre, di mana guru pertama beliau EUGENE BOUDIN, telah mengajar beliau melukis di kawasan terbuka. Setelah berpindah ke Paris, beliau menjalinkan persahabatan akrab dengan pelukis-pelukis muda yang lain, termasuk PIERRE-AUGUSTE RENOIR, ALFRED SISLEY dan PAUL CEZANNE. Bermula pada tahun 1860-an, Monet berubah ke satu cara baru dalam penghasilan lukisan landskap. Beliau lebih selesa untuk menggambarkan lukisan lanskap secara spontan daripada memberi penekanan kepada setiap inci gambaran lanskap yang hendak dilukis. Pada tahun 1874, beliau telah mengadakan satu pameran lukisan secara bebas yang telah dihasilkan bersama-sama sahabat pelukis yang lain, mengikut cara baru yang digunakan. Disamping itu Monet juga mengendalikan Salon, satu pusat pameran lukisan mengikut trend baru. Salah satu hasil kerja Monet yang dipamerkan bertajuk Impression: Sunrise (1872) telah memberikan inspirasi kepada wartawan Louis Leroy untuk memberikan nama kepada kumpulan pelukis ini. Sepanjang tahun 1870-an, Monet dan pelukis lain dalam Impression telah mendalami lagi gaya lukisan lanskap ini serta mengadakan pameran bersama. Menjelang tahun 1881, ahli kumpulan asal Impression telah mula berpecah. Hanya Monet yang terus mendalami alam semulajadi dalam usaha menghasilkan lukisan lanskap. Dalam hasil-hasil karya yang lebih matang, beliau telah berjaya

meningkatkan cara penghasilan satu motif yang sama dari pengkajian pelbagai perspektif (contoh., timbunan rumput kering, 1891, dan Rouen Cathedral, 1894) dengan menukar kanvas baru mengikut perubahan cahaya atau minat semasa untuk kerja melukis yang dilakukan. Pada tahun 1893, Monet telah membina sebuah kolam yang terdapat bunga di taman rumah beliau, di mana kolam tersebut memberi inspirasi untuk menghasilkan karya lukisan terunggulnya iaitu Nympheas. Di akhir kurun ke-20, hasil karya beliau telah dipamerkan ke seluruh dunia. Beliau dikagumi dan disanjungi sebagai salah seorang pelukis agung dalam Era Lukisan Moden di barat. M1631 fahaman monetarisme ; monetarism. Satu pemikiran ekonomi yang berpendirian bahawa PENAWARAN WANG merupakan penentu utama aktiviti ekonomi. MILTON FRIEDMAN dan para pengikut beliau menyatakan bahawa fahaman monetarisme merupakan salah satu alternatif kepada ekonomi Keynes (lihat JOHN MAYNARD KEYNES). Teori ekonomi mereka berpengaruh dalam tahun 1970-an dan awal 1980-an. Fahaman monetarism berpegang kepada prinsip bahawa satu perubahan dalam penawaran wang. Ianya secara langsung akan memberi kesan dan akan menentukan aras pengeluaran, peluang pekerjaan, dan kadar harga, walaupun pengaruhnya hanya akan kelihatan ketara selepas jangka masa waktu yang agak lama. Asas kepada pendekatan monetarisme ini adalah penolakan kepada DASAR FISKAL. Pendekatan ini lebih menyokong undang-undang kewangan. Friedman dan lain-lain menekankan bahawa langkah-langkah fiscal seperti dasar cukai, perubahan atau peningkatan perbelanjaan kerajaan mempunyai kesan atau impak yang kecil ke atas naik turun KITARAN PERNIAGAAN. Mereka berkeras menyatakan bahawa campurtangan pihak kerajaan dalam bidang ekonomi sepatutnya berada pada tahap yang minimum dan menekankan bahawa, keadaan ekonomi akan berubah sebelum satu-satu langkah terperinci yang direka bagi mengatasi permasalahan ekonomi itu dapat dilaksanakan. Pertumbuhan yang sederhana tetapi kukuh dalam penawaran wang, pada pendapat mereka, akan menawarkan satu peluang terbaik bagi memastikan satu kadar pertumbuhan ekonomi yang tetap dengan kadar inflasi yang rendah. Prestasi ekonomi A.S. pada tahun 1980-an menimbulkan kesangsian terhadap fahaman monetarisme dan pertambahan dalam pelbagai jenis deposit bank mewujudkan kesukaran untuk mengira penawaran wang.

M1632 dasar kewangan ; monetary policy. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempengaruhi aktiviti ekonomi, khususnya dengan cara memanipulasi PENAWARAN WANG dan KADAR FAEDAH. Dasar kewangan dan DASAR FISKAL merupakan dua cara di mana kerajaan cuba untuk mencapai atau memperketatkan peluang pekerjaan yang tinggi, kestabilan harga dan PERTUMBUHAN EKONOMI. Dasar kewangan diuruskan oleh bank pusat di sesebuah negara. Di A.S., dasar kewangan diuruskan oleh Sistem Rizab Persekutuan yang menggunakan tiga instrumen utama: OPERASI PASARAN TERBUKA, KADAR DISKAUN, dan keperluan rizab. Dalam era selepas Perang Dunia ke-II, ahli-ahli ekonomi mencapai persepakatan bahawa dalam jangka masa panjang, INFLASI, akan berlaku apabila penawaran wang berkembang pada kadar yang terlalu cepat. Lihat juga FAHAMAN MONETARISME. M1633 wang ; money. Sejenis barangan yang diterima secara umum sebagai medium pertukaran dalam ekonomi. Ia merupakan medium yang digunakan bagi meletak harga dan nilai barangan. Ia berkitar dari seorang kepada yang lain, juga antara satu negara dengan negara yang lain, maka ia membantu dalam proses atau perdagangan. Dalam lipatan sejarah, berbagai-bagai barangan lain telah digunakan sebagai wang, termasuklah kerangan laut, manik, dan lembu, tetapi sejak kurun ke-17, medium yang paling banyak digunakan ialah kepingan wang syiling, wang kertas, dan simpan kirakira. Dalam teori ekonomi yang standard, wang mempunyai empat fungsi, iaitu sebagai medium penukaran yang diterima secara global bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan, sebagai satu medium penentu nilai yang membolehkan operasi sistem harga dan pengiraan KOS, KEUNTUNGAN, dan kerugian, juga berfungsi sebagai satu piawai bagi bayaran tertunda, iaitu satu unit di mana pinjaman dapat dilakukan dan transaksi hadapan dapat ditentukan. Wang juga berfungsi sebagai kaedah menyimpan harta kekayaan yang tidak digunakan terus. Logam, terutamanya emas dan perak telah digunakan sebagai wang selama hampir 4,000 tahun, di mana kepingan wang yang seragam telah dicetak selama lebih kurang 2,600 tahun. Di akhir kurun ke-18 dan ke-19, bank-bank telah mula mengeluarkan wang-wang kertas yang boleh ditukar dengan nilai emas atau perak yang telah menjadi wang pokok dalam industri ekonomi. Buat sementara waktu, dalam Perang Dunia Pertama, dan secara tetap, selepas tahun 1930-an, sebilangan besar negara dunia tidak lagi menggunakan PIAWAI EMAS. Bagi kebanyakan individu masa kini, wang bermaksud syiling, wang

kertas, dan deposit di dalam bank. Dalam istilah ekonomi pula, jumlah PENAWARAN WANG adalah beberapa kali lebih besar nilainya daripada jumlah wang yang ada pada individu. Memandangkan wang yang dideposit ke dalam bankbank akan dipinjamkan semula, ia akan menggandakan jumlah penawaran sebanyak beberapa kali. Lihat juga SOFT MONEY. M1634 teori kuantiti wang ; money, quantity theory of. Teori ekonomi berhubung perubahan dalam aras harga kepada perubahan dalam jumlah wang. Teori ini telah kerap digunakan bagi menganalisa faktor yang menyebabkan INFLASI dan DEFLASI. Teori ini telah diasaskan dalam kurun ke-17 dan 18 oleh ahli-ahli falsafah seperti JOHN LOCKE dan DAVID HUME bertujuan untuk menentang MERKANTILISME. Meletakkan satu garis pemisah antara wang dan kekayaan, para pengikut fahaman teori kuantiti ini menghujahkan bahawa sekiranya pengumpulan wang oleh sesebuah negara cuma menaikkan lagi harga, penekanan pengikut merkantilisme kepada satu IMBANGAN PERDAGANGAN yang sesuai, akan meningkatkan lagi wang tanpa peningkatan kekayaan. Teori ini menyumbang kepada pengekalan PERDAGANGAN BEBAS yang mengatasi FAHAMAN PERLINDUNGAN. Dalam kurun ke-19 hingga 20, ia memainkan peranan dalam analisis KITARAN PERNIAGAAN dan teori kadar dalam PERTUKARAN ASING. M1635 pasaran wang ; money market. Satu kumpulan institusi, konvensyen, dan amalan yang bertujuan membantu proses memberi pinjaman dan meminjam wang pada kadar masa yang singkat. Oleh itu, institusi ini adalah berbeza dari pasaran modal, yang lebih menumpukan kepada kredit masa yang panjang. Transaksi yang berlaku dalam institusi pasaran wang tidak hanya melibatkan wang-wang kertas bank tetapi harta dan barangan yang boleh ditukar menjadi wang dalam jangka masa yang singkat, contohnya SEKURITI kerajaan untuk jangka pendek dan BIL PERTUKARAN. Walaupun perincian dan mekanisma pasaran wang berbeza antara negara-negara, pada umumnya fungsi utama pasaran wang adalah bagi membolehkan mereka yang mempunyai lebihan dana jangka masa pendek untuk member pinjaman kepada mereka yang memerlukan pinjaman jangka masa pendek. Fungsi ini dijalankan oleh orang tengah yang memberikan perkhidmatan untuk meraih keuntungan. Di kebanyakan negara, kerajaan memainkan peranan utama dalam pasaran wang, iaitu bertindak sebagai pemberi pinjaman dan peminjam. Kerajaan

selalunya menggunakan pengaruh yang ada bagi memanipulasi BEKALAN WANG dan KADAR FAEDAH mengikut keperluan DASAR MONETARI mereka. Pasaran wang di A.S. merangkumi instrumen-instrumen kewangan dari pertukaran bil dan sekuriti kerajaan sehinggalah kepada dana dari GEDUNG PENJELASAN dan SIJIL DEPOSIT. Tambahan pula SISTEM RIZAB PERSEKUTUAN menyediakan pinjaman jangka masa pendek yang berpatutan, terus kepada sistem perbankan. Pasaran wang antarabangsa memudahkan pengurusan pinjaman, peminjaman dan pertukaran mata wang antara negara-negara dunia. M1636 kiriman wang ; money order. Satu sijil yangmemerlukan pengeluar sijil tersebut membayar sejumlah wang yang diwajibkan kepada seseorang atau satu organisasi tertentu. Kiriman wang menyediakan satu cara yang cepat, selamat dan mudah bagi penghantaran wang dalam nilai yang sedikit. Kiriman wang dibenarkan oleh kerajaan (biasanya melalui pihak berkuasa pos), bank-bank dan institusi-institusi yang lain, yang berkelayakan, kepada pembeli-pembeli yang membayar pengeluar sijil wang diwajibkan beserta sedikit bayaran. Oleh kerana transaksi ini membolehkan penukaran wang seperti yang diperuntukkan, cara ini diterima baik sebagai salah satu cara pembayaran. SYARIKAT AMERICAN EXPRESS telah mula mengeluarkan kiriman wang pada tahun 1882; syarikat ini juga telah mewujudkan cek kembara sembilan tahun kemudian. Lihat juga MATA WANG. M1637 penawaran wang ; money supply. Aset cair yang dipegan oleh individu dan bank-bank. Aset cair ini termasuk syiling, MATA WANG dan simpanan semasa (akaun cek). Sesetengah ahli ekonomi mengatakan deposit simpanan dan deposit bermasa adalah sebahagian daripada aset cair kerana deposit-deposit ini boleh dikawal selia oleh tindakan kerajaan dan adalah setaraf dengan nilai mudah tunai matawang dan simpanan semasa. Dalam pada itu, pakar-pakar ekonomi yang lain berpendapat bahawa simpanan di dalam bank tabungan bersama, KESATUAN SIMPANAN DAN PINJAMAN (SAVINGS AND LOAN ASSOCIATIONS), dan KESATUAN KREDIT, patut diambil kira sebagai sebahagian daripada penawaran wang. BANK-BANK PUSAT mengawal penawaran wang mereka untuk menstabilkan ekonomi. Lihat juga DASAR MONETARI. M1638 Mngke \m-k\ ; Mngke \m-k\. (lahir. 1208, Mongolia-meninggal

dunia. 1259, Wilayah Sichuan, China). Beliau seorang ketua PUAK MONGOL; cucu kepada GENGHIS KHAN dan abang kepada KUBLAI KHAN. Beliau telah dilantik menjadi ketua puak Mongol pada tahun 1251. Di bawah pemeritahan Mngke, orangorang Mongol telah berjaya menakluki Iran, Iraq dan Syria, serta sebahagian daripada Negara Thailand, iaitu Wilayah Nan-chao dan kawasan yang kini dikenali sebagai Vietnam. Beliau meninggal dunia sebelum puak Mongol dapat menakluki negara China dengan sepenuhnya, yang mana penaklukan tersebut berjaya dilakukan semasa zaman pemerintahan Kublai. M1639 Mongkut \%m-kt\ or Phrachomklao \%pr-%km-kla\ or Rama IV. (lahir. 18 Okt, 1804, Bangkok, Siam-meninggal dunia. 15 Okt, 1868, Bangkok). Baginda merupakan Raja Siam (Thailand; memerintah dari tahun 1851 hingga 1868). Anakanda ke-43 dari Rja Rama II, baginda adalah seorang sami Buddha dan seorang cendekiawan sebelum baginda menaiki takhta. Amalan agama yang telah diperhalusi oleh baginda telah menjadi satu amalan atau ikutan yang dipanggil Thammayut. Pada masa kini, amalan tersebut menjadi amalan utama dalam pusat intelek Agama Buddha Thailand. Usaha Raja Mongkut untuk mempertingkatkan ilmu intelek baginda telah memungkinkan baginda untuk menyelusuri pemikiran orang-orang Barat. Sebagai seorang raja, baginda membuka negara Siam kepada perdagangan dari Barat sambil menggabungkan toleransi dan kebijaksanaan bagi memastikan Siam dapat terus bertahan sebagai sebuah negara yang merdeka. Kisah-kisah yang berlaku di istana semasa pemerintahan baginda, yang menggunakan khidmat seorang pengasuh Inggeris telah menjadi asas kepada satu komedi muzikal yang berjudul The King and I. M1640 Mongo ; Mongo. Mana-mana orang yang tinggal di kawasan hutan Equator di Afrika. Mereka bertutur dalam satu loghat bahasa yang sama, Mongo atau Nkundo, yang terdapat dalam keluarga BAHASA NIGER-CONGO. Orang Mongo secara tradisinya menanam ubi kayu dan pisang. Selain itu, mereka turut menjalankan aktiviti berburu, menangkap ikan, dan berkumpul. Puak Mongol mengutamakan agama PEMUJAAN NENEK MOYANG dan roh-roh alam ghaib; ia turut mempunyai ciri-ciri magis dan sihir. Mereka mempunyai satu budaya nyanyian dan pertuturan yang sangat tinggi. Mereka berjumlah lebih kurang 5 juta orang.

M1641 Mongol ; Mongol. Salah satu puak orang Asia yang berasal dari penara Mongolia. Mereka bertutur dalam bahasa yang sama dan hidup secara tradisi nomad, mengembala biri-biri, lembu, kambing dan kuda. Pada kurun-kurun ke 10 hingga 12, orang-orang Khitan (lihat DINASTI LIAO), Juchen (Dinasti Chin), dan TATAR, semuanya dari keturunan puak Mongol yang telah memerintah MONGOLIA. Akan tetapi kuasa Mongol terulung pada kurun ke-13 ketika GENGHIS KHAN dan puteraputera baginda (termasuk GDEI), cucunda-cucunda baginda BATU dan KUBLAI KHAN, mewujudkan satu empayar terbesar di dunia. Namun begitu, pada kurun ke14, kuasa puak Mongol menjadi lemah apabila China kalah kepada DINASTI MING, dan ANGKATAN KENCANA kalah kepada Muscovy. Serangan mendadak Ming telah berjaya memecahkan perpaduan orang-orang Mongol, dan menjelang kurun ke15 hingga ke-16, hanya tinggal kumpulan-kumpulan puak Mongol yang tidak bersatu. Pada masa kini, penara ini dibahagi-bahagikan antara Mongolia yang merdeka dengan INNER MONGOLIA yang masih berada di bawah kuasa negara China. Puak-puak Mongolyang lain menetap di Siberia. Agama Buddha Tibet adalah agama ikutan utama bagi orang-orang Mongol. M1642 Dinasti Mongol ; Mongol Dynasty Lihat DINASTI YUAN. M1643 Mongolia atau Mongolia Luar ; Mongolia or Outer Mongolia. Sebuah negara di bahagian utara, tengah Asia, yang terletak di antara Rusia dan negara China. Mempunyai keluasan 603, 900 batu persegi (1,564,116 km persegi). Populasi (anggaran tahun 2005): 2,550,000 orang. Ibu negaranya ialah ULAANBAATAR. Empat per lima daripada penduduknya berketurunan Mongol, sementara jumlah minority terdiri daripada orang-orang Kazakhtan, Rusia dan China. Bahasa pertuturan terdiri daripda bahasa Mongolia Khalkha, bahasa Turki, Rusia dan China. Agama yang dianuti adalah agama tradisi seperti Buddha, Islam. Negara ini terletak kira-kira 5,200 kaki dari paras laut (1,580m). tiga banjaran utama merentangi bahagian utara dan barat negara ini adalah Banjaran Altai, Hangayn (Khangai) dan Hentiyn (Khentei). Kawasan di selatan dan timur terletak merupakan GURUN GOBI. Hasil pengeluaran utama adalah dari penternakan haiwan terutama biri-biri yang merangkumi tiga per empat dari jumlah hasil. Tanaman utama adalah gandum. Mongolia kaya dengan hasil galian bumi termasuk arang, besi, dan tembaga. Negara ini merupakan sebuah republik yang mempunyai satu Dewan Perundangan. Ketua

bagi negara ini adalah Presiden, manakala ketua kerajaan adalah Perdana Menteri. Pada zaman Neolitik, ia didiami oleh kumpulan-kumpulan kecil pemburu dan orang Nomad. Dalam kurun ke-3 Sebelum Masihi, ia telah menjadi pusat bagi suku kaum XIONGNU. Penduduk-penduduk yang berbahasa Turki semakin kurang pada kueun ke-4 hingga ke-10 Selepas Masihi. Di awal kurun ke-13, GENGHIS KHAN telah menyatukan puak Mongol dan menakluki Asia Tengah. Pewaris baginda, OGEDAI telah mengalahkan DINASTI JIN di China pada tahun 1234. KUBLAI KHAN pula telah mengasaskan dinasti YUAN (Mongol) di China pasa tahun 1279. Orang-orang Mongol tinggal di kampung asal mereka selepas kurun ke-14 Ligdan Khan (memerintah dari 1604 hingga 1634) telah berusaha menyatukan puak-puak Mongol untuk menentang MANCHU, terapi setelah kemangkatan baginda, orang Mongol telah menjadi sebahagian daripada penduduk negara China dalam DINASTI QING. Dengan kejatuhan Dinasti Qing pada 1912, putera-putera dari puak Mongol, dengan sokongan Rusia, mengisytiharkan kemerdekaan Mongolia dari negara China. Dalam tahun 1921, Tentera Merah Soviet telah membantu mengusir keluar tentera China dan Rusia dari Mongolia. Republik Rakyat Mongolia telah dibentuk pada tahun 1924. Negara tersebut telah bertukar kepada satu perlembagaan baru pada tahun 1992 dan memendekkan nama republik ini kepada Mongolia. M1644 bahasa-bahasa Mongolia ; Mongolian languages. Satu keluarga bahasa yang terdiri daripada BAHASA ALTAIC yang dituturkan oleh lima hingga tujuh juta penduduk di Eurasia Tengah. Semua bahasa Mongolia pada asasnya berkait rapat; bahasa yang dituturkan oleh penduduk yang lebih dahulu meninggalkan kawasan asal Mongolia, merupakan bahasa yang paling menonjol. Bahasa yang paling kurang dituturkan adalah Mogholi (Moghul, Mongol), yang pada masa kini hanya digunakan oleh kurang daripada 200 orang di kawasan barat Afghanistan. Selain itu, bahasabahasa lain yang kurang digunakan termasuk bahasa dari beberapa kumpulan etnik di kawasan barat laut negara China, kawasan timur Qinghai, dan kawasan-kawasan bersebelahan Gansu, serta pedalaman Mongolia; dimana bagi kesemua kawasan tersebut, bilangan penduduknya adalah kurang daripada 500,000 orang. Bahasabahasa utamanya ialah bahasa Mongolia Tulen, loghat utama digunakan di Republik Mongolia. Bahasa Mongolia Tulen menjadi asas bagi bahasa standard Mongolia Moden dan bersama dengan sekumpulan dialek yang kurang digunakan. Kumpulan asal penutur Bahasa Mongolia secara tradisinya telah menggunakan Bahasa Mongolia

Klasik sebagai bahasa kesusasteraan mereka, dan ini dibuktikan dengan wujudnya hasil penulisan skrip dalam bentuk abjad menegak yang telah dipinjam dari ORANGORANG UIGHUR (lihat BAHASA-BAHASA TURKIC). Bahasa Mongolia Moden telah ditulis dalam bentuk skrip ini sehinggs 1946 apabila Republik Rakyat Mongolia memperkenalkan penulisan skrip menggunakan ABJAD-ABJAD CYRIL, yang telah diubahsuai. Dengan pendemokratikan politik pada tahun 1990-an, skrip penulisan lama telah diwujudkan semula. Di bahagian pedalaman Mongolia, ia masih digunakan secara berterusan. M1645 Mongoloid; Mongoloid Lihat BANGSA M1646 cerpelai ; mongoose. Mana-mana satu dari spesis pemakan daging yang tergolong dalam keluarga Herpestidae, yang terdapat di Afrika, Asia dan selatan Eropah. Cerpelai yang disebut dalam buku tulisan RUDYARD KIPLING yang masyhur Rikki-tikki-tavi adalah seekor cerpelai India yang berwarna kelabu. Meerkat juga dikategorikan sebagai keluarga mongoose. Spesis haiwan ini mempunyai kepanjangan badan dari 7 hingga 35 inci (17 hingga 90 cm), tidak termasuk ekornya yang berbulu lebat, kira-kira 6 hingga 12 inci (15 hingga 30 cm). Mongoose mempunyai kaki yang pendek, hidung mancung dan telinga yang kecil. Kebanyakan dari spesis ini sangat aktif pada waktu siang. Bulunya yang berwarna kelabu ke coklat mungkin juga ada tompokan berwarna lebih cerah atau lebih gelap. Haiwan ini tinggal di dalam tanah secara bersendirian, berpasangan atau dalam kumpulan besar. Haiwan ini memakan mamalia kecil, burung, reptilian, telur, dan buah-buahan. Terdapat juga spesis mongoose tinggal di darat dan air. Walaupun mongoose tidak mempunyai bahan penentang racun dalam sistem imuniti badan, terdapat juga spesis mongoose yang menyerang dan membunuh ular-ular yang berbisa dengan dengan cara memecahkan tempurung kepala ular tersebut dengan gigitan yang sangat tajam dan kuat. M1647 monisme ; monism \m-%ni-zm\. dalam ilmu METAFIZIK, kenyataan ini berpendirian bahawa ala mini sebenarnya terdiri daripada satu jenis bahan sahaja. Konsep monisme bertentangan dengan DUALISME dan PLURALISME. Contoh monisme termasuk MATERIALISME, PANTEISME dan IDEALISME metafizikal. Lihat juga BENEDICT DE SPINOZA.

M1648 monitor ; monitor. Kapal perang berperisai yang direka untuk kegunaan di kawasan perairan cetek, di sungai atau pelabuhan. Semasa PERANG SAUDARA AMERIKA, kapal ini telah digunakan untuk menyekat kemaraan tentera-tentera Negeri Gabungan. Kapal berperisai yang pertama telah dibina oleh JOHN ERICSSON, dan diberi nama Monitor. Antara kebolehan inovatif kapal berperisai ini adalah kebolehan mengapung di kedalaman yang sesuai sehingga menampakkan hanya sedikit sahaja bahagian kapal di permukaan air. Bahagian dek dan badan kapal dilengkapi dengan persenjataan yang banyak beserta laras penembak yang boleh berpusing. Pertempuran antara MONITOR dan MERRIMACK (1862) yang tidak berkesudahan adalah yang pertama sekali berlaku di antara dua buah kapal perang berperisai. Di sebalik kecanggihannya, kapal perang Monitor telah karam di pesisir Tanjung Hatteras dalam tahun yang sama akibat dipukul gelombang semasa rebut kerana ciri-ciri layar layak yang kurang. Tentera Laut A.S. telah membina banyak kapal perang seperti Monitor, yang dipertingkatkan kemampuan, untuk digunakan semasa perang. Tentera Laut British pula terus menggunakan kapal perang monitor mereka sehingga lewat Perang Dunia ke-II. M1649 Perang Monitor dan Merrimack ; Monitor and Merrimack, Battle of the. (9 Mac, 1862). Kapal kapal tersebut menjalankan tugas-tugas ketenteraan laut semasa PERANG SAUDARA AMERIKA, di Hampton Roads, Va. Kapal Merrimack pada asalnya kapal frigat yang kemudian di tawan oleh tentera Bersekutu dilengkapi dengan perisai besi, dan dinamakan semula sebagai Virginia. Kapal Virginia telah berjaya menenggelamkan beberapa buah kapal perang berperisai kepunyaan pihak Bersekutu. Selepas pertempuran selama empat jam, kedua-dua buah kapal tersebut telah mengalami kerosakan, tetapi kedua-dua belah pihak mengakui masing-masing telah menang. Kedua buah kapal ini dimusnahkan pada tahun 1862. Virginia dimusnahkan sendiri oleh anak-anak kapalnya manakala Monitor pula tenggelam semasa rebut. Pertempuran ini terkenal dalam sejarah, sebagai pertempuran pertama antara dua buah kapal perang berperisai logam. Ia telah memulakan satu era dalam peperangan ketenteraan di lautan. M1650 biawak benggala ; monitor lizard. Mana-mana satu dari spesis CICAK (genus Varanus, keluarga Varanidae). Spesis biawak ini boleh dijumpai di kebanyakan

kawasan tropik dan subtropik Dunia Lama. Kebanyakan daripada jenis spesis cicak gergasi ini mempunyai bahagian kepala dan leher yang panjng, badan yang padat dan berat, ekor yang panjang serta kaki yang sangat kuat. Biawak gergasi yang paling kecil bersaiz sehingga 8 inci (20 cm), tetapi beberapa spesis (contoh, KOMODO DRAGON) bersaiz sangat besar. Biawak two-banded atau biawak air (V.salvator) yang hidup di Asia Selatan, boleh membesar sehingga 9 kaki (2.7 m). Biawak parenty (V.giganteus) yang terdapat di Australia membesar sehingga 8 kaki (2.4 m). Biawak yang digelar biawak earless (Lanthanotus borneensis), merupakan spesis yang jarang dijumpai di Borneo merupakan spesis tunggal dalam keluarga Lanthanotidae, boleh membesar sehingga 16 inci (40 cm) panjang. M1651 rahib ; monk lihat KEBIARAAN M1652 Monk, Meredith (Jane) ; Monk, Meredith (Jane). (lahir. 20 Nov, 1942, Lima, Peru). Seorang composer A.S. kelahiran Peru. Beliau juga seorang artis dalam bidang tarian dan nyanyian. Beliau telah dibesarkan di Connecticut dan New York, mendapat pendidikan di Kolej Sarah Lawrence. Telah menubuhkan kumpulan persembahan beliau yang pertama The House (pada tahun 1968) bagi menperdalami teknik vocal (ramai artis telah mempelajari teknik ini dari pengajian budaya bangsa lain), digandingkan dengan tarian, filem, teater, dam elemen lain dalam karya seperti Juice (tahun 1969). Merupakan salah seorang pereka asal SENI PERSEMBAHAN, beliau terus berada dalam satu status yang unik dan sukar diklasifikasikan. M1653 Monk, Thelonious (Sphere) ; Monk, Thelonious (Sphere). (lahir. 10 Okt, 1917, Pergunungan Rocky, N.C., A.S.-meninggal dunia. 17 Feb, 1982, Englewood, New Jersey). Seorang composer dan pemain piano IRAMA JAZ. Monk membesar di kotaraya New York. Beliau telah berkhidmat sebagai pemain piano bagi Mint-on Playhouse di New York (tahun1940 hingga 1943) di mana perkembangan harmonik BEBOP diasaskan. Beliau telah membuat persembahan bersama COLEMAN HAWKINS, Cootie Williams (1908 hingga ?), dan DIZZY GILLESPIE sebelum membuat rakaman peribadi bermula pada tahun 1947. Beliau banyak menggunakan idiosinkratik, genderang yang menggunakan bunyi dissonan dan irama yang tidak henti-henti, iaitu irama yang jarang digunakan dalam irama jaz. Hasil karya terkenal yang dikarang oleh beliau, Roung Midnight menjadi satu irama jaz yang standard.

M1654 monyet ; monkey. Mana- mana antara dua anthropoid tropika kumpulan PRIMAT. Monyt DUNIA LAMA dan monyet DUNIA BARU. Hampir semua spesis adalah dari tropika dan subtropika, serta hampir kesemuanya adalah diurnal. Kebanyakan spesis adalah arboreal, yang menggunakan keempat-empat anggota tangan dan kaki untuk melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Haiwan-haiwan ini boleh duduk tegak dan berdiri lurus. Kebanyakan spesis berlari-larian menyusuri dahan-dahan pokok dan tidak bersenggayut seperti beruk. Monyet merupakan kumpulan omnivor yang suka bergaul. Mereka tinggal dalam kelompok teratur dalam bilangan mencecah sehingga ratusan ekor yang diketuai oleh seekor monyet dewasa. Bagi semua spesis monyet, monyet jantan mempunyai badan yang kuat dan monyet betina yang tidak hamil akan mengalami kitaran haid setiap bulan. Bagi kebanyakan spesis, setiap ekor anak monyet yang kecil akan dijaga oleh ibunya untuk jangka masa beberapa tahun. M1655 pokok monkey puzzle ; monkey puzzle tree. Sejenis pokok balak berbentuk KON dan sentiasa berdaun (Araucaria araucana) dari keluarga Araucaruaceae, pokok asal di Pergunungan Andes di Amerika Selatan. Pokok ini boleh tumbuh setinggi 150 kaki (45 m) dan berdiameter sehingga 5 kaki (1.5 m). Daun-daunnya yang keras bertindih-tindih dan berbentuk tajam tersusun secara berpusing-pusing di atas dahandahan pokok yang keras, lalu membentuk satu keadaan yang menghalang minat haiwan-haiwan untuk memanjat pokok ini. Pokok PINE NORFOLK ISLAND mempunyai kaitan dengan pokok ini. M1656 monkeypox ; monkeypox. Sejenis penyakit jangkitan virus yang dihidapi oleh manusia dan haiwan. Symptom penyakit ini sama seperti CACAR, tetapi agak kurang berat. Virus monkeypox selalu ditemui di kalangan spesis monyet dan roden di kawasan tengah dan barat Afrika. Namun begitu, ia telah merebak ke bahagian lain di dunia melalui aktiviti pengeksportan mamalia-mamalia kecil yang telah dijangkiti. Ia boleh berpindah kepada manusia melalui gigitan haiwan-haiwan yang telah dijangkiti virus ini, dan dari seorang individu kepada individu yang lain melalui interaksi yang panjang. Simptom-simptom penyakit ini termasuklah demam panas, pening kepala, letih dan lesu serta bengkak pada nodus limfa. Ruam-ruam akan timbul di muka dan badan individu yang dijangkiti virus ini. Rawatan hanya terhad kepada meredakan

symptom yang dideritai. Penularan virus ini dapat disekat dengan cara mengasingkan pesakit dan memantau perdagangan haiwan-haiwan berjangkit. M1657 ikan monk ; monkfish. Mana-mana dari antara 10 hingga 12 spesis (genus Squatina, keluarga Squatinidae) IKAN YU yang mempunyai badan dan kepala yang leper. Ia mempunyai sirip berbentuk kepak dan sirip di bahagian pelvis, yang menyebabkan haiwan ini kelihatan seperti seekor IKAN PARI. Di bahagian ekor haiwan ini mempunyai dua sirip belakang. Di sebelah belakang setiap mata haiwan ini pula terdapat spirakel yang menonjol. Ikan ini boleh membesar sehingga 6.25 kaki (2.5 m). ia tinggal di kawasan perairan tropika dan perairan bersuhu sederhana di lautan pentas benua di seluruh dunia. Ikan angel atau yu angel (S.squatina), selalunya ditangkap sebagai sumber makanan di kawasan Eropah. Istilah monkfish juga digunakan bagi sejenis lagi ikan dari genus Lophius, iaitu ikan goose yang hidup di dasar lautan. Ikan ini mempunyai mulut yang besar dan sesungut seperti joran yang ada dibahagian kepala mereka. GAMBAR (Keterangan: Duke Monmouth, lukisan minyak diubah W. Wissing, tahun 1683; di Galeri Potret Kebangsaan, London) EHSAN GALERI POTRET KEBANGSAAN, LONDON M1658 Monmouth \mn-mh\, James Scott, duke of asal. James Fitzroy atau James Crofts ; Monmouth \mn-mh\, James Scott, duke of orig. James Fitzroy or James Crofts. (lahir. 9 April, 1649, Rotterdam, Belanda.-meninggal dunia. 15 Julai, 1685, London, England.) Beliau merupakan seorang ketua angkatan tentera British. Beliau merupakan anak tidak sah taraf (illegitimate son) kepada RAJA CHARLES ke-II, dari England. Beliau tinggal di Paris bersama-sama ibu beliau. Padatahun 1662, beliau telah dibawa ke England dan ditabalkan sebagai Duke bagi Monmouth. Beliau kemudiannya berkahwin dengan pewaris harta jutawan, iaitu Anne Scott, duchess bagi Buccleuch dan telah menggunakan nama di sebelah isterinya. Berkhidmat sebagai ahli pengawal diraja sejak tahun 1668, beliau kemudiannya mengetuai pasukan tentera dalam PERANG INGGERIS-BELANDA menentang pemberontak Scotland dalam tahun 1679. Beliau telah disokong untuk mewarisi takhta diraja oleh penentang Katolik-Whig, tetapi selepas kegagalan PAKATAN RYE HOUSE, beliau melarikan diri mendapatkan perlindungan di Belanda (tahun 1684).

Selepas kemangkatan Raja Charles ke II, beliau kembali semula untuk merebut takhta menentang JAMES ke-II, dimana beliau dan bala tentera yang terdiri daripada para peladang telah ditewaskan. Beliau telah berjaya di tahan dan telah dijatuhi hukuman pancung. M1659 Monnet \m-n\, Jean ; Monnet \ m-n\, Jean. (lahir. 9 Nov, 1888, Cognac, Perancis.-meninggal dunia. 16 Mac, 1979, Houjarray). Beliau merupakan seorang ahli ekonomi dan diplomat berbangsa Perancis. Beliau telah mengusahakan perniagaan arak milik keluarga sebelum menjadi rakan kongsi dalam sebuah bank pelaburan (1925). Semasa Perang Dunia ke-II, beliau telah mempengerusikan jawatankuasa Perancis-Inggeris dan mencadangkan satu penggabungan ekonomi Perancis-Inggeris. Dalam tahun 1974, beliau telah membentuk dan meneraju Pelan Monnet yang berjaya membina semula serta memodenkan ekonomi Perancis. Pada tahun 1950, beliau bersama-sama ROBERT SCHUMAN, telah mencadangkan satu pelan bagi KOMUNITI ARANG BATU DAN BESI EROPAH (EUROPEAN COAL AND STEEL COMMUNITY), iaitu satu organisasi pelopor sebelum penubuhan KOMUNITI EKONOMI EROPAH (EUROPEAN ECONOMIC COMMUNITY) dan KESATUAN EROPAH (EUROPEAN UNION), telah berkhidmat sebagai presiden bagi komuniti tersebut (1952 hingga 1955). Beliau juga merupakan pengasas dan presiden bagi majlis tindakan Amerika Syarikat untuk Eropah (1955 hingga 1975). M1660 monocot ; monocot Lihat KOTILEDON, TUMBUHAN BERBUNGA M1661 Monod \m-n\, Jacques (Lucien) ; Monod \m-n\, Jacques (Lucien). (9 Feb, 1910, Paris, Perancis-meninggal dunia. 31 Mei, 1976, Cannes) Seorang ahli biokimia berbangsa Perancis. Pada tahun 1961, beliau bersama-sama FRANCOIS JACOB mengusulkan tentang kewujudan sel penghubung RNA (mRNA) yang secara teori menyatakan bahawa sel-sel penghubung ini membawa maklumat yang ditafsir di bahagian RIBOSOM, dimana susunan sel asas penghubung RNA ditafsir ke dalam susunan asid amino di dalam protein. Di dalam mengetengahkan konsep gen kompleks yang dipanggil OPERON, mereka berpendapat wujud satu kumpulan gen yang mengawal fungsi gen yang lain dengan cara mengawal sintesis (mRNA). Mereka berdua telah berkongsi Hadiah Nobel bersama Andr Lwoff (1902 hingga 1994).

M1662 monodi ; monody \m-n-d\. Gaya nyanyian solo pada awak kurun ke-17. Ia menunjukkan reaksi menentang gaya nyanyian solo yang menggunakan gerakan imbang badan yang diguna pakai oleh para penyanyi solo di kurun ke-16 dalam nyanyian lagu-lagu gereja. Kononnya dalam percubaan untuk menyaingi muzik Yunani purba, para penggubah lagu menekankan kepentingan artikulasi yang betul dan menunjukkan ekspresi penghayatan lirik. Mereka tidak lagi menggantikan lirik lagu yang sedia ada dengan gaya nyayian seperti bertutur. Ini menimbulkan satu perbezaan antara melodi dan muzik iringan, yang mempunyai ciri yang sama dengan cara basso CONTINUO. Satu koleksi lagu yang diterbitkan oleh GIULIO CACCINI pada tahun 1602 jelas menunjukkan contoh monody. Lihat juga OPERA; RESITATIF.

M1663 monogram ; monogram. Pada asalnya, ia merupakan sifer yang mengandungi satu abjad, dan kemudian menjadi satu corak atau tanda yang mengandungi dua atau lebih abjad yang dijalin. Abjad-abjad yang dijalin mungkin digunakan untuk satu nama atau abjad-abjad awal bagi sesuatu nama, atau nama keluarga diatas kertas. Ia juga digunakan pada cop mohor atau ditulis pada tempattempat lain. Terdapat banyak wang syiling di zaman Yunani dan Rom, yang mempunyai abjad untuk menunjukkan nama pemerintah atau Bandar. Paling terkenal, abjad suci yang dibentuk dari gabungan dua abjad pertama Yunani iaitu XPITO (bermaksud Christ) dan selalunya akan terdapat tanda (alfa) dan (omega) Apocalypse di kedua-dua permukaannya. Zaman Pertengahan merupakan era di mana penciptaan sifer berkembang untuk kegunaan kegerejaan, kesenian dan perdagangan. Peralatan yang ialah kolofon, yang digunakan oleh pengeluar dan pencetak bagi tujuan pengenalan. Ia juga merupakan cop kempa bagi tukang emas dan tukang besi, serta merupakan logo-logo yang digunakan dalam sesuatu pertubuhan. M1664 monomer ; monomer \m-n-mr\. MOLEKUL dari mana-mana kumpulan molekul majmuk organik yang boleh bertindak balas dengan molekul lain dari molekul majmuk yang sama atau berbeza, bagi membentuk satu molekul yang sangat besar (POLIMER). Ciri penting bagi molekul monomer ialah kebolehannya untuk membentuk ikatan kimia (lihat PENGIKATAN), dengan paling sedikit, dua molekul monomer yang lain. Monomer yang boleh bertindak balas dengan dua lagi molekul

monomer, boleh membentuk hanya satu rantaian polimer, namun, molekul monomer yang boleh bertindak balas dengan tiga atau lebih molekul monomer yang lain, ia boleh membentuk sambungan silang atau jaringaan rangkaian polimer. Contoh monomer-monomer (dan polimernya) ialah sterin (atau polisterin), ETILINA (POLIETILINA), dan ASID AMINO (PROTEIN). M1665 Sungai Monongahela \m-%nn-g-h-l\ ; Monongahela \m-%nn-gh-l\ River. Sebatang sungai yang terletak di sebelah utara Virginia Barat, A.S. Ia mengalir ke arah utara melalui Morgantown ke Pennsylvania dan bersambung dengan SUNGAI ALLEGHENY di Pittsburgh lalu membentuk SUNGAI OHIO setelah mengalir sepanjang 128 batu (206 km). Dibahagian hulunya, sungai ini digunakan untuk menghasilkan kuasa elektrik hidro. Ia dijadikan kawasan yang boleh dilayari dengan penggunaan pintu air. Sungai ini menjadi laluan utama bagi bot-bot besar yang mempunyai dasar yang rata, sepanjang 160 batu (170 km). M1666 mononukleosis berjangkit atau demam kelenjar ; mononucleosis \%mn-%n-kl--ss\, infectious or glandular fever. Sejenis demam panas yang berjangkit. Jangkitan biasanya disebabkan oleh VIRUS EPSTEIN-BARR. Ia biasa berlaku kepada manusia dalam lingkungan umur 10 hingga 35 tahun. Kanak-kanak kecil yang dijangkiti biasanya tidak mengalami demam dan menjadi imun. Terkenal dengan panggilan the kissing disease, ia tersebar secara meluas melalui mulut atau air liur. Demam ini biasanya akan berakhir selepas 7 hingga 14 hari. Simptomsimptom yang biasa dirasai oleh mereka yang dijangkiti ialah lesu, sakit tekak, demam, dan pembesaran nodus limfa. Penyakit ini adakalanya menyerang bahagian kaki tetapi jarang sekali melibatkan kesan yang serius. Limpa biasanya membengkak dan dalam kes-kes tertentu ianya boleh membawa maut. Tanda-tanda lain yang jarang kelihatan termasuk ruam, radang paru-paru dan keradangan otak yang ada kalanya boleh membawa maut. Bentan atau bengkak serta serangan kali kedua jarang berlaku. Langkah untuk mengesan penyakit ini ialah dengan menjalani ujian darah. Tiada sebarang terapi khusus untuk penyakit ini. M1667 monofoni ; monophony \m-n-f-n\. Sejenis muzik yang terdiri dari sebaris senikata bermelodi yang tidak diiringi alat muzik. Konsep muzik ini selalunya merangkumi melodi yang diiringi oleh bunyi pukulan dram. CANTA GREGORY dan

CANTA BYZANTINE merupakan contoh persembahan monofoni yang tertua. M1668 Bidaah syariat Nabi Yaakub ; Monophysite heresy \m-n-f-%st\. Merupakan satu doktrin yang menekankan tentang kewujudan Jesus sebagai bapa tunggal, sebagai tuhan yang suci, bukan separuh tuhan dan separuh lagi manusia. Kepercayaan ini telah wujud sekitar kurun ke-5, walaupun ia ditolak sebagai satu kepercayaan atau pendapat yang bertentangan di Persidangan Council of CHALCEDON (tahun 451). Namun begitu, ia masih diterima oleh ketua-ketua yang memerintah Byzantin, seperti, JUSTIN II, THEODORA, dan ZENO, yang mana telah menimbulkan perbalahan di antara Timur dan Barat. Beberapa buah gereja yang berhaluan monophysite telah ditubuhkan pada kurun ke-6 dan salah sebuah gereja tersebut ialah GEREJA COPTIC ORTODOKS. M1669 persaingan bermonopoli ; monopolistic competition. Merupakan satu persaingan pasaran di mana wujud pembeli dan pedagang bebas tetapi persaingan pasaran terhad bergantung kepada keadaan tertentu dalam pasaran. Teori ini diasaskan oleh Edward Hastings Chamberlin dalam buku bertajuk Theory of Monopolistic Competition (1933), seiring dengan hasil karya JOAN V. ROBINSON da;am buku beliau yang bertajuk Economics of Imperfect Competition (1933). Ia mengandaikan perbezaan produk, di mana hasil barangan setiap peniaga mempunyai ciri-ciri unik, yang mana keunikan ciri barangan memungkinkan peniaga mendapatkan sedikit kuasa untuk memonopoli. Lihat juga MONOPOLI; OLIGOPOLI. M1670 monopoli ; monopoly. Hak ekslusif pasaran seorang pembekal bagi sesuatu barangan yang tiada barang gentian lain. Ketiadaan persaingan membolehkan pembekal barangan menghadkan pengeluaran dan menaikkan harga bagi mendapatkan KEUNTUNGAN maksima. Konsep hak ekslusif ini hanya berguna bagi perbincangan secara teori, tetapi dalam keadaan sebenar, ianya jarang-jarang berlaku. Dalam situasi di mana kewujudan ramai pembekal adalah tidak efisien (contoh., elektrik, gas, atau air), ahli ekonomi berbalik semula kepada monopoli semulajadi (lihat UTILITI AWAM). Bagi mewujudkan hak ekslusif, seharusnya ada sekatan ke atas penyertaan firma-firma yang ingin bertanding sebagai pembekal. Dalam kebanyakan kes monopoli semulajadi, kerajaan sendiri yang mewujudkan keadaan tersebut. Kerajaan tempatan sendiri yang akan menyediakan perkhidmatan-

perkhidmatan yang diperlukan, atau kerajaan melantik sebuah firma atau pihak swasta secara francais dan memantau perjalanannya. Dalam beberapa kes, sekatan-sekatan ini mungkin dicapai melalui satu-satu penganjur yang melibatkan dokumen rasmi. Dalam kes-kes lain, sekatan-sekatan yang menyingkirkan kemasukan firma-firma lain dilakukan secara teknologi. Operasi pemasaran yang berintegrasi dijalankan dalam skala yang besar serta dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos pengeluaran. Ia juga dapat membantu firma-firma yang menggunakan cara ini untuk mendapatkan keuntungan. Dalam masa yang sama, pengguna turut mendapat kebaikan sekiranya harga pengeluaran yang rendah membolehkan penjualan barangan pada harga yang lebih murah. Dalam kebanyakan kes, sekatan ini terjadi hasil daripada sikap anti-persaingan dipihak firma-firma berkenaan. Kebanyakan ekonomi perusahaan bebas telah menggunapakai undang-undang untuk melindngi pengguna dari penyalahgunaan kuasa monopoli. UNDANG-UNDANG ANTITRUST di A.S adalah satu contoh undang-undang pertama untuk penggubalan undang-undang kawalan ke atas monopoli. Undang-undang antitrust menghalang PENGGABUNGAN dan pengambilalihan yang hanya akan mengurangkan persaingan. Persoalannya ialah sama ada pengguna akan mendapat kebaikan dari peningkatan kecekapan ini atau dibebani dengan kadar pengeluaran yang rendah, yang menyebabkan peningkatan harga. Lihat juga OLIGOPOLI. M1671 cetak mono ; monoprint. Lihat MONOTAIP M1672 monopsoni ; monopsony \m-np-s-n\. Dalam teori ekonomi, ia bermaksud satu situasi pasaran dimana terdapat hanya satu pihak yang membeli. Satu contoh monopsi tulen ialah sebuah firma yang menggaji tenaga buruh di sebuah pecan terpencil; dimana firma seperi ini hanya mampu membayar gaji yang rendah kepada pekerja-pekerjanya berbanding, sekiranya wujud firma-firma lain di kawasan tersebut. Walaupun kes-kes monopsoni tulen jarang wujud, elemen-elemen monopsoni selalu wujud apabila penawaran melebihi permintaan. M1673 monorel ; monorail. Merupakan keretapi elektrik yang bergerak di atas satu landasan, samada di atas atau dibawah gerabak. Sistem monorel yang pertama telah diperkenalkan pada awal kurun ke-20; yang terawal mungkin telah dilancarkan pada tahun 1901 di Wuppertal, Jerman. Monorel jarak dekat telah dibina di bandar-bandar

besar seperti Tokyo dan Seattle. Oleh kerana kos yang diperlukan adalah tinggi untuk monorel yang mempunyai kelajuan yang lebih rendah dari keretapi biasa, pengangkutan ini tidak mendapat sambutan yang meluas. Jenis pengangkutan monorel berkelajuan tinggi yang menggunakan kuasa apungan magnet masih dalam kajian untuk jangka masa yang agak lama. M1674 monosakarida ; monosaccharide \%m-n-sa-k-%rd\. Mana-mana jenis GULA ringkas yang bertindak sebagai konponen yang membentuk KARBOHIDRAT. Ia dikelaskan berdasarkan asas atom-atom karbon (C) yang membentuknya. Triosa mempunyai tiga atom karbon, tetrosa empat, pentosa lima, heksosa enam, dan heptosa tujuh. Atom-atom karbon bergabung dengan atom-atom hidrogen (-H), kumpulankumpulan hidrosil (-OH; lihat KELOMPOK BERFUNGSI), dan kumpulan-kumpulan karbonil (-C=O), di mana penggabungan, order, dan TATARAJAH menghasilkan bilangan stereoisomer yang banyak (lihat ISOMER). Pentosa, termasuk xilosa yang boleh didapati dalam bahan berkayu; arabinosa, yang boleh didapati dalam DAMAR pohon konifer; ribose, iaitu satu komponen RNA dan beberapa jenis VITAMIN; dan deoksiribosa, iaitu satu komponen DNA. Hexosa yang penting termasuklah GLUKOSA, GALAKTOSA, dan FRUKTOSA. Monosakarida bergabung antara satu sama lain, juga dengan kumpulan-kumpulan atom lain, bagi membentuk pelbagai disakarida, POLISAKARIDA dan karbohidrat yang lain. M1675 monosodium glutamat (MSG) ; monosodium glutamate (MSG). Sejenis bahan putih berupa kristal, iaitu GARAM sodium asid amino, ASID GLUTAMIK. Ia digunakan untuk menambah kelazatan atau rasa semulajadi baha-bahan daging dan sayur-sayuran. Ia mengeluarkan rasa yang unik, yang dipanggil umami dalam bahasa Jepun, dan berbeza dari empat rasa asas yang biasa. Ianya pertama kali dihasilkan daripada rumpai laut dan digunakan di Jepun pada tahun 1908. Ia telah menjadi satu bahan yang biasa digunakan dalam masakan orang-orang di China dan Jepun. Pengambilan MSG dalam kuantiti yang banayk boleh mendatangkan kesan-kesan fizikal seperti satu reaksi alahan yang dikenali sebagai sindrom restoran Cina. M1676 monoteisme ; monotheism \m-n-%th-%i-zm\. kepercayaan tentang kewujudan satu Tuhan. Ia berbeza dari POLITEISME. Kepercayaan ini pertama kali dikesan semasa pemerintahan AKHENATON di mesir pada kurun ke-14 Sebelum

Masihi. Kepercayaan terhadap kewujudan satu Tuhan ini dipegang oleh penganut agama YAHUDI, KRISTIAN, dan ISLAM. Ketiga-tiga agama ini mempercayai Tuhan sebagai pencipta, yang mengatur dan menentukan perjalanan hidup manusia, maha pemurah dan maha suci, sebagai sumber kepada kebaikan secara keseluruhannya. Ciri monoteisme pegangan penganut agama Yahudi bermula semasa zaman Israel purba dengan penerimaan Yahweh sebagai objek yang disembah. Mereka menolak kepercayaan kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh suku-suku lain yang tinggal di negara lain tetapi tidak menolak kewujudan tuhan-tuhan tersebut. Agama Islam tegas dengan kepercayaan, bahawa Tuhan itu adalah Allah yang Maha Esa dan tiada sesuatu pun makhluk yang seumpama dan setanding Allah. Namun, agama Kristian percaya bahawa Tuhan yang satu itu dilambangkan oleh tiga jasad seperti dalam SANGTI TRINITAS. M1677 monotrem ; monotreme \m-n-%trm\. Mana-mana satu dari tiga spesis MAMALIA yang bertelur (order Monotremata); iaitu PLATIPUS dan dua lagi spesis ECHIDNA. Spesis ini hanya boleh dijumpai di Australia, Tasmania, dan New Guinea. Kecuali boleh bertelur, haiwan ini memiliki ciri-ciri mamalia seperti kelenjar mama, dulu dan diafragma yang lengkap. Namun begitu, haiwan ini tidak mempunyai putting susu pada kelejar mama. Anak-anak haiwan ini menyusu dari lubang-lubang pora di kulit badan ibu mereka. Fosil monotrem yang terawal dijumpai di Australia, kira-kira 2 juta tahun lalu dan agak berbeza dari spesis yang ada sekarang. Monotrem mungkin berasal dari keluarga reptilian yang mempunya ciri-ciri mamalia. Berbeza dari keluarga yang menghasilkan warisan mamalia beruri dan MARSUPIUM. M1678 monotaip atau cetak mono ; monotype or monoprint. Dalam SENI PERCETAKAN, ia merupakan satu teknik yang dikagumi kerana keunikan kualiti tekstur yang terhasil. Monotaip terhasil dengan cara melukis ke atas kepingan kaca, atau plat logam atau batu, menggunakan dakwat pencetak atau cat minyak. Lukisan tersebut kemudian ditekan menggunakan tapak tangan ke atas sekeping kertas yang boleh menyerap, atau dicetak ke atas satu punaran. Baki warna yang tinggal di plat itu selalunya tidak mencukupi untuk membuat cetakan kali kedua, melainkan corak asalnya ditambah warna. Hasil-hasil cetakan berikutnya tidak akan sama dari cetakan pertama kerana ketidaksekataan dalam meletak semula warna ke plat dan percetakan. Dalam kurun ke-19, WILLIAM BLAKE dan EDGAR DEGAS telah melakukan

percubaan menggunakan teknik percetakan ini. M1679 Keluarga Monro ; Monro family. Satu keluarga pakar perubatan berbangsa Scotland. Tiga generasi keluarga ini telah membangunkan Universiti Edinburgh sebagai pusat antarabangsa dalam bidang berkaitan pendidikan perubatan, dimana ahli-ahli keluarga ini mengisi kerusi anatomi selama 126 tahun (1720 hingga 1846). Alexander pertama(lahir. 8 Sep 1697, London, England-meninggal dunia. 10 Julai, 1767, Edinburgh, Scotland.) telah memberi syarahan dalam bidang anatomi dan pembedahan; persediaan anatomi beliau sangat menonjol, dan walaupun tidak menjadi seorang pakar bedah, beliau telah memperkenalkan pelbagai idea baru untuk peralatan yang digunakan dan juga cara-cara mencuci dan membalut luka. Anak beliau, Alexander kedua (lahir. 22 May, 1733, Edinburgh-meninggal dunia. 2 Okt, 1817, Edinburgh.) telah mula memberi syarahan dalam tahun kedua, ketika menuntut di dalam bidang perubatan. Antara tiga tokoh dalam keluarga Monro ini, beliau diperakui sebagai ahli anatomi dan guru yang terbaik. Penyelidikan beliau turut merangkumi ilmu patologi dan fisiologi. Alexander ketiga (lahir. 5 Nov, 1773, Edinburgh-meninggal dunia. 10 Mac 1859, Craiglockheart, dekat Edinburgh) bergantung sepenuhnya kepada catatan catatan perubatan yang diwarisi daripada bapa beliau. M1680 Monroe, Bill asal William Smith Monroe ; Monroe, Bill orig.l William Smith Monroe. (lahir. 13 Sep, 1922, Rosine, Ky., A.S.-meninggal dunia. 9 Sep, 1996, Springfield, dekat Nashville, Tenn.) Seorang penyanyi, penulis lagu, dan pemain mandolin , serta pencipta stail BLUEGRASS, dari A.S. Monroe mula bermain muzik secara professional pada tahun 1927 dan kemudian beliau menjelajah bersama-sama abangnya. Mereka telah membuat rakaman pertama pada tahun 1936 dan telah merakamkan sebanyak 60 buah lagu dalam jangka masa 2 tahun berikutnya. Beliau telah menubuhkan kumpulan The Bluegrass Boys pada tahun 1939. Irama muzik mereka telah lengkap sepenuhnya pada tahun 1945, dengan penyertaan pemain banjo, Earl Scruggs (lahir.1924) dan pemain gitar LESTER FLATT. Kumpulan The Bluegrass Boys telah menerajui identiti klasik bagi satu kumpulan bluegrass dimana alat-alat muzik seperti mandolin, gitar, banjo, dan bass menjadi alatan utama dalam penghasilan muzik berentak bluegrass. Monroe terus bergiat dalam bidang muzik sehinggalah beberapa waktu sebelum beliau meninggal dunia.

M1681 Monroe, Harriet ; Monroe Harriet. (lahir. 23 Dis, 1860, Chicago, Ill., A.S.meninggal dunia. 26 Sep, 1936, Arequipa, Peru) Editor A.S. Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa buah syarikat akhbar di kotaraya tempat beliau tinggal, sebagai seornag pengkritik seni dan drama. Dalam pada masa yang sama, beliau secara peribadi menulis drama. Pada tahun 1912, beliau telah mengasaskan majalah POETRY yang disokong oleh para penaung yang kaya-raya. Beliau turut mendapat banyak sumbangan dari para penyajak dalam pelbagai aliran dan peringkat. Keterbukaan dalam menyunting dan kesedaran beliau tentang revolusi Permodenan dalam puisi-puisi kontemporari, telah mengangkat nama dan menjadikan beliau seorang yang berpengaruh dalam pembangunan revolusi tersebut.

GAMBAR; James Monroe, lukisan minyak oleh E.O. Sully, 1836, selepas potret kontemporari oleh Thomas Sully; di Independenca National Historical Park, Philadelphia. EHSAN DARI KOLEKSI INDEPENDENCE NATIONAL HISTORICAL PARK, PHILADELPHIA M1682 Monroe, James ; Monroe, James. (lahir. 28 April, 1758, wilayah Westmoreland, Va.-meninggal dunia. 14 Julai, 1831, New York, N.Y., A.S.) Presiden A.S. yang kelima (1817-1825). Setelah berkhidmat dalam REVOLUSI AMERIKA, beliau mempelajari ilmu undang-undang dibawah seliaan THOMAS JEFFERSON, yang pada ketika itu merupakan Gabenor Virginia. Dari tahun 1783 hingga 1786, beliau telah berkhidmat dengan Kongres dibawah PERLEMBAGAAN GABUNGAN. Dalam tahun 1790, beliau telah dipilih untuk ke Dewan Senat Amerika Syarikat, dimana beliau telah menentang pentadbiran GEORGE WASHINGTON. Namun begitu, pada tahun 1794, beliau dilantik sebagai menteri yang memegang jawatan di Perancis, dibawah pentadbiran George Washington. 2 tahun kemudian, beliau telah diperintah balik ke Amerika Syarikat kerana telah menimbulkan salah faham berkenaan politik A.S. kepada Perancis. Dalam tahun 1799 hingga 1802, beliau telah berkhidmat sebagai gabenor di Virginia. Dalam tahun 1803, Presiden Jefferson telah menghantar beliau ke Perancis untuk berunding berkenaan PEMBELIAN LOUISIANA. Beliau kemudiannya dilantik sebagai menteri ke Britain (1803 hingga

1807)beliau kemudian kembali semula ke Virginia dan pada tahun 1810, beliau sekali lagi dipilih sebagai gabenor. 11 bulan kemudian, beliau telah meletak jawatan untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Negara (1811 hingga 1817) Setiausaha Perang (1814 hingga 1815). Beliau kemudian berkhidmat sebagai Presiden selama dua penggal, dimana era pemerintahan beliau dikenali dengan nama ERA OF GOOD FEELINGS. Beliau telah melihat PERANG SEMINOLE pada tahun 1817 hingga 1818 dan pengambilalihan Florida (1819 hingga 1821). Beliau juga telah menandatangani PERJANJIAN MISSOURI (1820). Bersama Setiausaha Negara, JOHN QUINCY ADAMS, beliau telah menepati prinsip-prinsip polisi luar A.S. yang kemudiannya dikenali sebagai DOKTRIN MONROE.

GAMBAR; Marilyn Monroe. BROWN BROTHERS M1683 Monroe, Marilyn asal. Norma Jean Mortenson ; Monroe, Marilyn orig. Norma Jean Mortenson. (lahir. 1 Jun, 1926, Los Angeles, California., A.S.meninggal dunia. 5 Ogos, 1962, Los Angeles) Seorang seniwati A.S. Beliau telah membesar tanpa kasih sayang dan telah berkahwin untuk waktu yang singkat ketika masih remaja. Setelah bekerja sebagai model untuk fotografi, beliau telah muncul di layar perak pada tahun 1948 dan telah memegang watak-watak kecil dalam filem The Asphalt Jungle (1950) dan All About Eve (1950). Beliau telah mencipta nama sebagai simbol seks berambut perang muda, dalam filem-filem komedi seperti Gentlemen Prefer Blondes (1953), How to Marry a Millionaire (1953), dan The Seven Year Itch (1955). Setelah menamatkan pengajian di ACTORS STUDIO, beliau telah membintangi filem-filem yang lebih hebat, termasuk Bus Stop (1956), Some Like It Hot (1959), dan The Misfits (1961). Kehidupan peribadi beliau, termasuk perkahwinan dengan JOE DIMAGGIO dan ARTHUR MILLER, telah mendapat publisiti secara meluas. Beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat pengambilan dadah barbiturat secara berlebihan. Ketidakstabilan emosi dan imej seksi beliau, ditambah dengan kematian yang tragis menjadikan beliau sebagai salah seorang ikon seni di Amerika Syarikat. M1684 Doktrin Monroe ; Monroe Doctrine. Satu polisi luar negara A.S. yang

diperkenalkan oleh Presiden JAMES MONROE, pada 2 Dis, 1823, yang mengisytiharkan Hemisfera Barat kawasan bebas dari jajahan Eropah. Mengambil kira kemungkinan bahawa kawasan Eropah akan cuba mengembalikan semula kolonikoloni yang pernah dijajah oleh Sepanyol, beliau mengisytiharkan antaranya, sebarang cubaan dari kuasa Eropah untuk menguasai mana-mana negara di bahagian Hemisfera Selatan, akan dianggap sebagai satu tindakan permusuhan dengan A.S. Pres. JAMES K. POLK telah mengulangi amaran beliau berkenaan doktrin ini pada tahun 1845 dan 1848, bagi menahan Sepanyol dan Britain dari bertapak di Oregon, California atau di Semenanjung Yucatan, Mexico. Pada tahun 1865, A.S. menghantar angkatan tentera ke kawasan Rio Grande bagi membantu menghalau tentera Perancis dari Mexico. Kemudian, pada tahun 1904, Pres. THEODORE ROOSEVELT, telah menambah dalam KOROLARI ROOSEVELT, yang menegaskan bahawa, dalam mana-mana keadaan kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan oleh sesebuah negara AMERIKA LATIN, A.S. berhak untuk campur tangan dalam hal-hal dalaman negara tersebut. Dengan kenyataan A.S. sebagai kuasa dunia, Doktrin Monroe mengisytiharkan kawasan Hemisfera Barat sebagai LINGKUNGAN PENGARUH A.S. Lihat juga POLISI JIRAN BAIK. M1685 Bandar Pelabuhan Monrovia ; Monrovia Port City. (populasi., anggaran 1999.:kawasan, 479,000), merupakan ibu negara LIBERIA, yang terletak di kawasan pantai Atlantik. Ia telah dibangunkan pada tahun 1822 oleh Persatuan Penjajahan Amerika (American Colonization Society) sebagai penempatan bagi hamba-hamba Amerika yang dibebaskan. Bandar ini diberi nama sempena Pres. JAMES MONROE. Pulau Bushrod mempunyai pangkalan dan pelabuhan bebas yang asal bagi Monrovia, iaitu satu-satunya pelabuhan di Afrika Barat. Ia merupakan kota terbesar di Liberia dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran serta perdagangan. Kebanyakan bangunan di kota tersebut telah rosak kesan dari Perang Saudara yang bermula pada tahun1990. Penduduk-penduduk di kawasan tersebut kebanyakannya berasal dari kawasan pedalaman, tetapi telah berpindah disebabkan peperangan. Bandar ini merupakan pusat bagi Universiti Liberia. M1686 Monsarrat \%mn-s-rat\, Nicholas (John Turney) ; Monsarrat \%mns-rat\, Nicholas (John Turney). (lahir. 22 Mac, 1910, Liverpool, England.meninggal dunia. 9 Ogos, 1979, London). Seorang novelis British. Setelah tamat

pengajian dalam bidang perundangan, beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Di Raja (1940 hingga 1946), kebanyakannya dalam misi berbahaya konvoi di Atlantik. Beliau mencatatkan pengalaman dalam bentuk penulisan buku seperti H.H Corvette (1942), dan buku terunggul beliau, The Cruel Sea (1951). Buku yang paling laris, yang mencatatkan tentang kehidupan di atas sebuah kapal kecil semasa perang. Buku beliau yang seterusnya termasuklah The Story of Esther Costello (1953) dan Smith and Jones (1963). M16867 monsun ; monsoon. Satu sistem utama angin yang mengubah arah secara bermusim (contoh., angin yang bertiup selama enam bulan dari Timur Laut dan enam bulan lagi dari Barat Daya). Contoh yang paling ketara berlaku di Afrika dan Asia Selatan. Punca utama berlakunya monsun ialah perbezaan antara suhu tahunan di daratan dan lautan. Perubahan suhu secara bermusim adalah lebih besar di daratan tetapi sedikit di kawasan lautan. Angin monsun bertiup dari kawasan sejuk ke arah kawasan yang lebih panas; dari arah laut ke arah daratan, semasa musim panas, manakala semasa musim sejuk, angin monsun bertiup dari arah daratan ke arah laut. Kebanyakan angin monsun di musim panas menghasilkan hujan yang banyak; sementara monsun yang bertiup di musim sejuk kebiasaannya menyebabkan kemarau. M1688 Mont, Allen Du Lihat Allen B. DU MONT M1689 Mont Blanc Lihat Mont BLANC M1690 Mont-Saint-Michel \m-sa-m-shel\ ; Mont-Saint-Michel \m-sa-mshel\. Sebuah pulau kecil berbatu-batan yang hampir berbentuk bulat, di teluk MontSaint-Michel, yang terletak di antara Brittany dan Normandy di kawasan barat laut Perancis. Ia hanya akan menjadi pulau di waktu ombak besar melanda. Disekeliling dasarnya adalah dinding-dinding dari menara lama, dimana, di bahagian atas dinding dan menara ini telah dibina bangunan yang rapat, dengan satu GEREJA purba di bahagian paling tinngi dinding di pulau ini. Untuk beberapa kurun, kawasan ini telah menjadi pusat ibadat, kubu, dan penjara. Gereja pada menara ini mempunyai sebuah ruang ibu Romanesque kurun ke-11 dan sebuah koir Gothic STAIL PERIANG. Bahagian luar dinding-dinding gereja Gothic ini mempunyai kekuatan sebagai kubu tentera dan kesederhanaan sebuah bangunan ibadat. Sesetengah dari rumah yang melatari jalan-jalan sempit ini telah dibina sejak kurun ke-15 lagi.

M1691 montaj Bahasa Perancis melekap ; montage \mn-tzh\ French mounting. Satu teknik menggambar, dimana ilustrasi yang telah dipotong, atau ceraian ilustrasi itu disusun dan ditampal bersama bagi menghasilkan satu gambar rencam yang terhasil dari beberapa gambar yang berlainan. Teknik ini berbeza dari KOLAJ, yang menggunakan hanya imej asal yang dipilih sebagai objek gambar atau mesej yang ingin digambarkan. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pengiklanan. Foto montaj hanya menggunakan gambar. Dalam gambar bergerak, montaj ialah susunan keratan-keratan gambar yang tidak bersambung, diatur mengikut tema yang dipilih oleh pengarah, editor, dan juruteknik gambar, dan suara, dimana mereka memotong dan menyambung setiap bahagian dengan bahagian yang lain bagi menghasilkan bentuk pendampingan (sebelah-menyebelah) dan audio yang kompleks. M1692 Montagnais dan Naskapi ; Montagnais and Naskapi \%mn-tn-y nas-k-p\. Dua puak Asli Amerika Utara yang mempunyai kaitan. Mereka tinggal di Quebec dan Labrador, Kanada. Bahasa pertuturan mereka ialah dialek ALGONQUIAN, yang hampir sama. Montagnais, dalam bahasa Perancis bermaksud Pendaki Gunung, yang secara tradisinya mendiami kawasan luas dibahagian atas utara Teluk St. Lawrence. Mereka tinggal di dalam khemah yang biasa didiami oleh orang Asli Amerika, dan hidup dengan memburu rusa, menangkap ikan salmon, belut, dan anjing laut. Naskapi pula merupakan nama yang diambil dari perkataan puak Montagnais, yang membawa maksud manusia liar. Mereka tinggal di kawasan utara di penara Labrador. Puak ini memburu karibu, dan menangkap ikan. Kedua-dua puak ini menggunakan kanu dalam musim panas dan semasa musim sejuk, mereka menggunakan kasut serta kereta luncur salji. Kepercayaan agama mereka berpusat kepada Manitou, atau kuasa ghaib, yang banyak bertumpu kepada kepercayaan terhadap semangat alam semulajadi dan semangat haiwan. Satu unit asas masyarakat dipanggil KUMPULAN Nomad. Kedua-dua puakMontagnais dan Naskapi menggelar puak mereka sebagai Innu-berbeza dengan Inuit (lihat ORANG ESKIMO)- yang membawa maksud Orang. Jumlah keseluruhan kedua-dua puak ini ialah seramai 20,000 orang, dimana sebahagian besar adalah dari puak Montagnais. M1693 Montagnard \%m-%tn-yr\ Bahasa Perancis Lelaki Gunung ; Montagnard \%m-%tn-yr\ French Mountain Man. Pemangku radikal dalam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN semasa REVOLUSI PERANCIS. Mereka digelar Montagnard kerana mereka menduduki tempat atasan berbanding timbalan ketua lain yang BIASA. Kumpulan Montagnard lahir dalam tahun 1792 sebagai penentang kumpulan GIRONDIN yang sederhana. Kemudian Montagnard bergabung dengan ahli KELAB JACOBIN yang lebih radikal dalam Komuniti Keselamatan Awam. Selepas REAKSI THERMIDORIAN, ramai ahli Montagnard telah dihukum atau disingkir dari persidangan tersebut, dan menjadi golongan minoriti yang digelar crte (kresta).

M1694 Montagu \mn-t-%gy\, Lady Mary Wortlet asal. Lady Mary Pierrepont ; Montagu \mn-t-%gy\, Lady Mary Wortlet orig. Lady Mary Pierrepont. (dibaptis pada 26 Mei, 1689, London, England.-meninggal dunia.21 Ogos, 1762, London). Seorang penulis berbangsa Inggeris, dan merupakan wanita Inggeris paling terkenal pada zaman beliau. Seorang penulis surat yang prolifik, beliau paling diingati kerana 52 pucuk surat yang ditulis untuk menceritakan kisah kehidupan beliau di Konstantaniah, di mana suami beliau bertugas sebagai duta dari tahun 1716 hingga 1718. Sekembali ke tanah air, mereka memperkenalkan pemvaksinan cacar air yang diamalkan di Timur Tengah. Beliau juga merupakan seorang pemuisi, pengarang, penyokong gerakan wanita, dan seorang yang aneh laku. Beliau merupakan sahabat kepada JOHN GAY dan ALEXANDER POPE, yang kemudiannya berpaling tadah dan melemparkan fitnah ke atas beliau. Di antara hasil penulisan beliau ialah eklog pekan, satu adaptasi lucu dari VIRGIL; pembiasan yang mengkritik JONATHAN SWIFT (1734); pembiasan yang berkisar kepada isuisu feminisme dan kesinisan moral yang berlaku pada zaman beliau hidup. M1695 Montaigne \m-ten,\ Bahasa Inggeris \mn-tn\, Michel (Eyquem) de ; Montaigne \m-ten,\ English \mn-tn\, Michel (Eyquem) de. (lahir. 28 Feb, 1533, Chateau de Montaigne, dekat Bordeaux, Perancis.-meninggal dunia. 23 Sep, 1592, Chateau de Montaigne). Seorang istanawan dan penulis berbangsa Perancis. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan pertengahan, beliau telah mendapat pendidikan secara Klasik, yang cemerlang, (bertutur hanya dalam bahasa Latin sehingga berumur 6 tahun) sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan berkhidmat sebagai peguam di Parlimen Bordeaux. Di sana, beliau telah bertemu

dengan peguam Etienne de La Botie. Mereka telah menjalinkan satu persahabatan yang sungguh luarbiasa. Kekosongan yang dirasai dalam hidup selepas kematian La Botie pada tahun 1563 mungkin menjadi pencetus kepada karier Montaigne sebagai penulis. Beliau kembali menetap di rumah tempat kelahirannya pada tahun 1571 dan telah memulakan penulisan buku Essais (1580, 1588), iaitu satu siri prosa refleksi tentang keadaan banyak subjek yang menghasilkan salah satu potret diri yang intim serta menarik yang pernah dihasilkan. Beliau terlalu memandang kritikal akan isu-isu semasa di sekitar beliau, dan terlibat secara mendalam dalam pengolahannya. Beliau memahami sesuatu dengan cara muhasabah diri yang dikembangkan menjadi deskripsi keadaan manusia dan etika kesahihan, penerimaan diri serta toleransi. Walaupun kebanyakan daripada tahun akhir beliau dihabiskan dengan menulis, beliau ada kalanya bertindak sebagai orang tengah dalam hal-hal yang melibatkan pertelingkahan berkaitan agama di kawasan tempat beliau tinggal. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Bordeaux semasa waktu sukar pada tahun 1581 hingga 1585. Lihat juga ESEI. M1696 Montale \mn-t-l\, Eugenio; Montale \mn-t-l\, Eugenio. (lahir. 12 Okt, 1896, Genoa, Itali.-meninggal dunia. 12 Sep, 1981, Milan). Seorang penyajak, penulis prosa, penyunting, dan penterjemah berbangsa Itali. Beliau telah memulakan aktiviti-aktiviti kesusasteraan beliau selepas tamat Perang Dunia Pertama; bersamasama menerbitkan satu jurnal, menulis untuk jurnal-jurnal yang lain, dan berkhidmat sebagai pengarah perpustakaan di Florence. Buku puisi beliau yang pertama, Cuttlefish Bones (1925) menceritakan kepahitan hidup semasa zaman selepas perang. Beliau dikenali dengan HERMETIC pada tahun 1930-an dan 40-an, serta hasil-hasil karya yang bersifat introvert dan sukar difahami. Karya The Storm dan Other Poems (1956), menunjukkan peningkatan dan kemantapan dalam penulisan beliau, serta kejujuran dan satu karakteristik pada masa akhir hayat beliau. Cerita-cerita dan sketsa yang dihasilkan dihimpunkan dalam The Butterfly of Dinard (1956). Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan pada 1975. M1697 Count Montalembert \m-t-l-ber\, Charles (-Forbes-Rene) ;

Montalembert \m-t-l-ber\, Charles (-Forbes-Rene) count de. (lahir. 15 April, 1810, London, England.-meninggal dunia. 13 Mac, 1870, Paris, Perancis). Seorang ahli politik dan sejarawan berbangsa Perancis. Beliau telah memulakan karier politik sebagai seorang jurnalis untuk beberapa buah jurnal Katolik, menjadi ketua bagi

Roman Katolik liberal dalam pemerintahan beraja Julai, dan juga seorang ahli House of Peers (1835 hingga 1848). Seorang pejuang hak asasi dan kebebasan beragama, beliau telah menentang polisi NAPOLEN ke-III selepas tahun 1851. Beliau pernah menulis catatan-catatan sejarah seperti The Catholic Interest in the 19th Century (1852), The Political Future of England (1856), dan Monks of the West (1863 hingga 1877). M1698 Negeri Montana ; Montana State. (populasi., tahun 2000: 902,195). Sebuah negeri di bahagian barat laut A.S. Bersempadan dengan Kanada dan dua negeri lain di Amerika, seperti Dakota Utara, Dakota Selatan, Wyoming, dan Idaho, ia meliputi kawasan seluas 147,046 batu persegi (380,859 km persegi). Ibu negeri Montana ialah HELENA. Montana merentangi GREAT PLAINS di bahagian timur, dan PERGUNUNGAN ROCKY di sebelah barat. Unik diantara negeri-negeri di Amerika, sungainya mengalir ke arah tiga lembangan utama di negeri ini, iaitu Lembangan Pasifik, Teluk Mexico, dan Teluk Hudson. Semasa pendudukan orang-orang Eropah, kawasan ini telah didiami oleh pelbagai suku kaum asli Amerika termasuk, CHEYENNE, BLACKFOOT, NEZ PERCE, dan CROW. Kebanyakan bahagian di Montana telah dimiliki oleh A.S. melalui PEMBELIAN LOUISIANA pada tahun 1803. Bahagian barat negeri ini menjadi rebutan sehingga tahun 1846, apabila British melepaskan milikan ke atas kawaan tersebut. EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK telah menjelajah Montana pada tahun 1804 hingga 1806. Misi St. Mary, yang diasaskan pada tahun 1841oleh mubaligh-mubaligh Roman Katolik menjadi kawasan petempatan pertama, dan dinamakan pekan Stevensville. Emas telah ditemui pada awal tahun 1860-an. Penternakan lembu dan biri-biri yang telah diperkenalkan pada akhir abad tersebut, menyebabkan peperangan berlaku dengan kaum asli yang telah kehilangan kawasan berburu apabila hutan dibersihkan untuk dijadikan kawasan padang ragut. Wilayah Montana telah diasaskan pada tahun 1864. Walaupun angkatan tentera A.S. yang dipimpin oleh GEORGE ARMSTRONG CUSTER telah dikalahkan dan dibunuh dalam Perang LITTLE BIGHORN pada tahun 1876, puak asli Amerika hanya berhenti menentang pada tahun 1877 lalu ditempatkan dikawasan-kawasan petempatab khas. Montana telah menjadi negeri ke-41 pada tahun 1889. Pada tahun 1890-an, telah berlaku penemuan tembaga dalam kuantiti yang banyak, lalu perlombongan menjadi satu pekerjaan utama penduduk, untuk hampir satu kurun. Ekonomi Montana pada masa kini memberi keutamaan kepada industri pelancongan.

M1699 Montana, Joe secara penuh Joseph Clifford Montana, Jr ; Montana, Joe in full Joseph Clifford Montana, Jr. (lahir. 11 Jun, 1956, New Eagle., A.S.) Pemain quarter back dalam bola sepak A.S. Beliau telah bermain untuk Universiti Notre Dame, dan membawa pasukan beliau ke pertandingan peringkat kebangsaan pada tahun 1977. Bermain bersama pasukan San Francisco 49ers dari tahun 1979 hingga 1993, beliau telah berjaya mengetuai pasukan ke pertandingan Super Bowl pada tahun 1982, 1985, 1989, dan 1990. Beliau telah mengekalkan rekod hantaran lengkap tertinggi dalam NFL, dengan purata 63.2. Sepanjang karier beliau, jumlah hantaran lengkap (3,409), hantaran yard (40, 551), dan hantaran pendaratan (273) merupakan antara yang tertinggi dalam rekod. Beliau telah menamatkan karier bersama-sama pasukan Kansas City Chiefs (1993 hingga 1995) dan secara rasminya telah diperkenalkan dalam Pro Football Hall of Fame pada tahun 2000. M1700 Montand \m-t\, Yves asal. Ivo Livi ; Montand \m-t\, Yves orig. Ivo Livi. (lahir. 13 Okt, 1921, Monsummano Alto, Itali-meninggal dunia. 9 Nov, 1991, Senlis, Perancis). Pelakon dan penyanyi Perancis kelahiran Itali. Dibesarkan di Marseille, beliau merupakan anak didik penyanyi terkenal EDITH PIAF pada lewat 1940-an. Beliau telah berkahwin dengan pelakon wanita Simone Signoret (1921 hingga 1985) dalam tahun 1951. Kemunculan beliau dalam filem Wages of Fear (1953) telah berjaya menaikkan nama beliau ke peringkat antarabangsa. Semasa di Hollywood, beliau telah berlakon disamping MARILYN MONROE dalam filem bertajuk Lets Make Love (1960) dan perhunbungan romantik mereka telah mendapat publisiti secara meluas. Filem-filem beliau yang berikutnya termasuk Z (1969), Jean de Florette, dan Mayon of the Spring (kedua-dua pada tahun 1987). Dalam kebanyakan waktu sepanjang hidup, beliau dikenali sebagai penyokong bagi isu-isu berhaluan kiri. Beliau menjalani kehidupan sebagai penyanyi yang berjaya, terutamanya di Perancis. M1701 Montans \%mn-tn-ys\, Juan (de) Martinez ; Montans \%mn-tnys\, Juan (de) Martinez. (lahir. 16 Mac, 1568, Alcal la Real, Jan, Sepanyolmeninggal dunia. 18 Jun, 1649, Sevilla). Seorang pengukir berbangsa Perancis. Selepas tamat belajar di Granada, beliau telah membuka sebuah studio di Sevilla (Seville). Beliau dikenali sebagai el dios de la Madera (tuhan perkayuan) kerana

memiliki kemahiran tinggi dalam ukiran kayu. Hasil kerja beliau selama 50 tahun memberi pengaruh yang sangat besar. Montanes dikenang sebagai pengukir altar kayu dan figura-figura altar unggul yang bersadurkan emas dan cat berwarna yang realistik. Hasil kerja beliau bukan sahaja mempengaruhi pengukir dan pembuat altar di Sepanyol dan Amerika Latin, malah merangkumi pelukis-pelukis Sepanyol di zaman beliau. M1702 Montanism \mn-t-%ni-zm\ ; Montanism \mn-t-%ni-zm\. Satu warisan pergerakan agama Kristian yang telah ditubuhkan pada tahun 156 Selepas Masihi oleh Montanus. Setelah memeluk agama Kristian, beliau telah masuk ke dalam satu keadaan tidak sedar diri dan mula membuat ramalan. Ramai telah menjadi pengikut beliau dan pergerakan ini berkembang ke seluruh Asia Kecil. Golongan Montanism ini percaya bahawa ROH SUCI berkomunikasi melalui perantaraan Montanus dan bahawa Second Coming akan berlaku. Ketua-ketua paderi di Asia Kecil mengucilkan Montanist (kurun ke-177), tetapi pergerakan ini berterusan di sebelah timur sebagai satu kumpulan berasingan. Ia juga telah berkembang di Carthage, dimana penganut ajaran ini yang paling terkenal ialah TERTULLIAN. Pergerakan ini hampir pupus menjelang kurun ke-5 dan ke-6, walaupun saki baki penganut terus wujud hingga kurun ke-9. M1703 marquis de Montcalm \mnt-klm\ (de Saint-Vran), Louis-Joseph de Montcalm-Grozon ; Montcalm \mnt-klm\ (de Saint-Vran), Louis-Joseph de Montcalm-Grozon, marquis de. (lahir. 28 Feb, 1712, Chteau de Candiac, Perancis.meninggal dunia. 14 Sep, 1759, Quebec). Seorang pegawai pemerintah tentera berbangsa Perancis. Beliau telah menyertai angkatan tentera Perancis ketika berusia 12 tahun dan telah bertempur dalam beberapa peperang di Eropah. Pada tahun 1756, beliau telah diamanahkan untuk mengetuai tentera Perancis di Amerika Utara, tetapi tugas-tugas beliau tidak termasuk sumber-sumber ketenteraan di Kanada. Beliau telah memaksa tentera British untuk berundur di Oswega dan menawan Kubu William Henry (1757). Dalam Perang TICONDERAGO (1758), beliau dengan kekuatan tentera seramai 3,800 telah mengalahkan angkatan tentera British seramai 15,000 orang. Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Leftenan Jeneral dan ditauliahkan sebagai ketua pemerintah angkatan tentera di Kanada. Pada tahun 1759, satu angkatan tentera British dengan kekuatan tentera seramai 8,500 orang di bawah pimpinan Jeneral JAMES WOLFE telah mara ke Quebec. Dalam pertempuran di Quebec,

Montcalm telah berjuang dengan penuh keberanian dan telah meninggal dunia akibat dari kecederaan parah yang di alami. M1704 Monte Albn \mn-t-l-bn\ ; Monte Albn \mn-t-l-bn\. Kawasan rabung gunung yang mempunyai kesan runtuhan kebudayaan purba bangsa ZAPOTEC, yang terletak berhampiran Oaxaca, Mexico. Pembinaan di tapak tersebut telah bermula sekitar kurun ke-8 Sebelum Masihi. Monte Albn mencapai era kegemilangan pada tahun 250 hingga tahun 700 Selepas Masihi. Tapak tersebut mempunyai plaza-plaza, piramid berbumbung datar, satu kawasan tlachtli iaitu kawasan untuk bermain bola zaman purba, laluan bawah tanah, dan hampir 170 buah makam yang paling moden pernah ditemui di Dunia Baru. Plaza yang paling hebat terletak diatas bukit paling tinggi dan berpagar di setiap bahagian sisi dengan empat kawasan datar. Dua buah rumah ibadat tersergam di bahagian selatan kawasan plaza tersebut. Pada peringkat akhir kewujudan tapak ini, Monte Albn telah didiami oleh kaum MIXTEC. M1705 Resort Monte-Carlo ; Monte Carlo Resort. (populasi., tahun 2000: 15,507). Salah sebuah daripada empat bahagian di Monaco. Terletak di kawasan timur laut Nice di kawasan FRENCH RIVERA. Pada tahun 1856, Raja Charles ke-III dari Monaco telah member hak kepada satu syarikat untuk membina sebuah kasino, yang kemudian dibuka pada tahun 1861. Daerah di sekeliling kawasan tersebut yang dikenali sebagai Monte-Carlo akhirnya menjadi kawasan untuk bersuka ria bagi golongan berada. Kerajaan telah mengambil alih operasi syarikat yang mengendalikan kasino tersebut pada tahun 1967. M1706 Kaedah Monte Carlo ; Monte Carlo method. Kaedah statistik bagi manganggar penyelesaian satu sistem fizikal atau matematik yang rumit. Kaedah ini telah diguna pakai dan diperbaiki oleh JOHN VON NEUMANN dan STANISLAW ULAM bagi simulasi BOM ATOM semasa PROJECT MANHATTAN. Oleh kerana kaedah ini adalah berdasarkan kaedah kebarangkalian, ia telah dinamakan sempena nama sebuah tempat perjudian mewah. M1707 Monte Cassino ; Monte Cassino. Satu bangunan biara utama bagi penganut ajaran BENEDICTINE, yang terletak di Latium, di tengah Itali. Ia telah diasaskan

pasa tahun 529 oleh St. BENEDICT DARI NURSIA, mencapai zaman kegemilangan ketika di pimpin oleh Desiderius (kemudian dikenali sebagai Pope VICTOR III), yang telah menjadi ketua paderi pada tahun 1058 hingga 1087. Bangunan tersebut telah dimusnahkan oleh Lombards (tahun 581), orang-orang Arab (tahun 883), gegaran gempa bumi (1349) dan dalam Perang Dunia ke-II (1944), tetapi ia telah diperbaiki setiap kali masalah berlaku. Ia telah dibangunkan semula sebagai tempat ibadat pada tahun 1964. M1708 Pelabuhan bandar Teluk Montego \mn-t-g\ ; Montego \mn-t-g\ Bay Seaport. (populasi., anggaran tahun 2000: 89,859). Terletak di bahagian barat laut Jamaica, dibahagian barat laut KINGSTON. Ia terletak di tapak perkampungan ARAWAK yang besar, yang telah diziarahi oleh CHRISTOPHER COLUMBUS pada tahun 1494. Orang-orang Sepanyol yang telah dikalahkan oleh orang-orang Inggeris selepas memerintah selama 150 tahun, telah memusnahkan kebanyakan bangunan asal di kawasan tersebut. Salah sebuah bandar terbesar di Jamaica, ia merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan yang sibuk. Ia juga terkenal sebagai tempat peranginan yang mempunyai pantai berpasir putih.

M1709 Montenegro \%mn-t-n-gr\ ; Montenegro \%mn-t-n-gr\. Sebuah republik gabungan SERBIA dan MONTENEGRO. Mempunyai keluasan 5,333 batu persegi (13,812 km persegi). Populasi penduduk tahun 2003: 620,145. Ibu negara Montenegro ialah PODGORICA. Nama jolokan bagi republik ini ialah Pergunungan Hitam, yang merujuk kepada keluasannya di zaman lampau di kawasan Lautan Adriatik. Gunung Lovcen yang mempunyai ketinggian 5,738 kaki (1,749 m). Bentuk lanskap Montenegro adalah pelbagai, dari kawasan kawasan bukit bukau yang kering kepada kawasan hutan dan lembah yang subur. Sebahagian besar pwnduduknya berbangsa Montenegro dan menganut fahaman Gereja Ortodoks Timur. Terdapat juga juga masyarakat minoriti Islam dan Albania. Dibawah kekuasaan Empayar Roman, kawasan ini dahulunya merupakan sebahagian daripada wilayah Illyricum. Pada kurun ke-7, kawasan ini telah didiami oleh bangsa Slav. Ia telah diletakkan bersama Empayar Serbia pada akhir kurun ke-12. Ia telah mencapai kemerdekaan akibat kekalahan Serbia ditangan Empayar Ottoman pada dalam tahun 1389, ketika Perang KOSOVO. Montenegro selalu berperang dengan Kerajaan Ottoman dan Albania.

Pada awal kurun ke18, ia telah menjalin hubungan persahabatan dengan negara Rusia. Dalam PEPERANGAN BALKAN pada 1912 hingga 1913, ia bekerjasama menentang Empayar Ottoman. Montenegro menyokong SERBIA semasa dan selepas Perang Dunia Pertama. Ia kemudiannya dijadikan sebahagian daripada Serbia. Gabungan negara-negara ini menjadi sebahagian daripada Kerajaan SERB, CROATIA DAN SLOVENES (mulai tahun 1929, ia dipanggil YUGOSLAVIA). Semasa Perang Dunia ke-II, Montenegro telah berjaya ditawan oleh Itali. Pada tahun 1946, UndangUndang Persekutuan bagi Yugoslavia yang baru telah menjadikan Montenegro salah sebuah daripada enam buah kawasan berautonomi dibawah Yugoslavia. Pada tahun 1992, setahun selepas berpecah dari Yugoslavia, Montenegro dan Serbia telah bergabung dan membentuk satu negara baru yang dikenali sebagai Republik Persekutuan Yugoslavia. Pada tahun 2003, disebabkan timbul pergerakan yang menuntut kemerdekaan untuk Montenegro, Parlimen yang diwakili oleh orang-orang Serbia, Montenegro, dan Yugoslavia bersetuju, berdasarkan perjanjian undang-undang yang mana mereka mengekalkan nama Republik Persekutuan Yugoslavia. Serbia dan Montenegro mendapat semula nama asal negara mereka. Montenegro juga mendapat kuasa autonomi bagi menjalankan pemerintahan negara sendiri.

M1710 Bandar Monterrey ; Monterrey City. (populasi., tahun 2000: 1,110,997), Ibu negara bagi NUEVO LEON di Mexico Utara. Ia terletak pada ketinggian lebih kurang 1,750 kaki (530 m). Bandar ini telah diasaskan pada tahun 1579, tetapi ia mengalami pembangunan yang sangat perlahan sehingga akhir kurun ke-19. Pada 1846, ia telah ditawan oleh Gen. ZACHARY TAYLOR dari A.S, di dalam PERANG MEXICO. Pada tahun 1882, jalan perhubungan menggunakan keretapi telah diwujudkan dengan Laredo, Texas, A.S. dan dalam tahun 1930, pembinaan Lebuh raya Inter-Amerika telah dimulakan; yang membawa kepada perkembangan besar dalam industri berat dan peleburan bijih. Ia turut mempunyai beberapa institusi pengajian tinggi. M1711 Montesquieu \%mn-ts-ky\, Charles-Louis de Kedua, baron de (La Brede et de) ; Montesquieu \%mn-ts-ky\, Charles-Louis de Secondat, baron de (La Brede et de). (lahir. 18 Jan, 1689, Chteau La Brde, dekat Bordeaux, Perancis.-meninggal dunia. 10, Feb, 1755, Paris). Seorang ahli FALSAFAH dan penulis berbangsa Perancis. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan, beliau memegang

jawatan di jabatan kerajaan semenjak tahun 1714. Hasil tulisan satira dalam Persian Letters (1721) yang dikarang oleh beliau sangat terkenal. Dari tahun 1726, beliau mengembara ke banyak tempat bagi mengkaji institusi sosial dan politik. Karya agung beliau, The Spirit of the Laws (1750) mengandungi klasifikasi asal bagaimana kerajaan, dengan cara mereka tersendiri mengurus polisi, perdebatan bagi pemisahan kuasa legislatif, kehakiman, dan eksekutif. Turut terkandung dalam karya agung beliau ialah satu teori yang kurang menonjol, yang menyebarkan pengaruh iklim politik. Kerja-kerja penulisan beliau meninggalkan pengaruh yang besar ke atas pemikiran politik Eropah dan Amerika Syarikat, malah menjadi garis panduan penggubalan Perlembagaan A.S. Hasil karya beliau yang lain termasuk Causes of the Greatness and Decadence of the Romans (1734). M1712 Montessori \%mn-t-sr-\, Maria ; Montessori \%mn-t-sr-\, Maria. (lahir. 31 Ogos, 1870, Chiaraavalle, dekat Ancona, Itali.-meninggal dunia. 6 Mei, 1952, Noordwijk aan Zee, Belanda). Seorang pendidik berbangsa Itali. Beliau telah memperoleh ijazah dalam bidang perubatan (1894) dan telah berkhidmat di sebuah klinik untuk kanak-kanak kurang upaya, sebelum meneruskan khidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Rom. Dalam tahun 1907, beliau telah membuka sekolah pertama untuk kanak-kanak dan selama 40 tahun, beliau telah menjelajah ke seluruh Eropah, India, dan A.S. untuk memberi syarahan, menulis, dan membuka sekolahsekolah Montessori. Pada masa kini, di A.S. dan Kanada sahaja, telah terdapat beratus-ratus buah sekolah Montessori. Fokus utama sekolah ini adalah PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH. Namun begitu, terdapat juga sekolah yang menawarkan PENDIDIKAN DASAR hingga Tahap 6. Sistem pendidikan Montessori adalah bedasarkan kepercayaan kepada kebolehan atau prestasi kreatif dan hak kanakkanak untuk dilayan sebagai seorang individu. Pendidikan ini bergantung kepada penggunaan peralatan didaktik bagi membina koordinasi tangan-mata, bergerak sendiri tanpa diarah, dan kepekaan terhadap arahan awal matematik dan sastera. M1713 Monteverdi \%mn-t-ver-d\, Claudio (Giovanni Antonio) ;

Monteverdi \%mn-t-ver-d\, Claudio (Giovanni Antonio). (dibaptiskan pada 15 Mei,1567, Cremona, Duci dari Milan.-meninggal dunia. 29 Nov, 1643, Venice). Seorang komposer berbangsa Itali. Buku pertama dari sembilan buah buku madrigal beliau diterbitkan pada tahun 1587, dan yang kedua pada tahun 1590. Beliau telah

melawat istana Gonzagas di Mantua dan buku beliau yang seterusnya (1592) memperlihatkan penggunaan ketidakserasian yng lebih bebas dan koordinasi yang lebih rapat antara muzik dan perkataan. Beliau telah berkahwin pada tahun 1599 dan menetap di Mantua. Pada tahun 1600, beliau dikritik hebat kerana menggunakan ketidakserasian bebas dalam gubahan muzik yang seterusnya. Untuk itu, beliau telah menegaskan bahawa pada waktu ini, terdapat dua cara penggubahan muzik; pertama, yang lebih tegas bagi alunan muzik untuk menggambarkan kerja-kerja suci dan yang kedua ialah yang lebih banyak mengekspresi aliran muzik berbentuk sekular. Opera beliau yang pertama iaitu Orfeo yang dipentaskan pada tahun 1607 akhirnya berjaya meletakkan beliau sebagai komposer muzik yang ternama, berbanding dengan karyakarya sebelumnya. Dalam tahun 1610, beliau telah menghasilkan gubahan tersohor iaitu, Vespers. Setelah sekian lama memohon diberhentikan khidmat di Mantua, akhirnya permohonan beliau diterima pada tahun 1612, dan pada tahun berikutnya, beliau telah ditugaskan memimpin kumpulan muzik di SAN MARCO BASILICA, di Venice. Setelah pembukaan panggung di Venice (1637), beliau telah menggubah muzik bagi tiga opera terakhir beliau iaitu Il ritorno dUlisse in patria (1640) dan Incoronazione di Poppea (1643) yang tersohor. Monteverdi merupakan figura pertama yang unggul dalam muzik Baroque, serta telah mensintesiskan elemenelemen muzik yang baru, bagi mencipta satu muzik Baroque yang tersohor, mewakili kedua-dua stail berbentuk keagamaan dan sekular. M1714 Montevideo \%mn-t-vi-d-\, Bandar Pelabuhan ; Montevideo \%mnt-vi-d-\,. Port city (populasi., tahun 2004: 1,383,416), ibu negara bagi Uruguay. Ia terletak di kawasan muara pantai utara Rio de la PLATA. Ia telah diasaskan oleh orang-orang Sepanyol pada tahun 1726 bagi membendung kemaraan Portugis ke dalam kawasan tersebut melalui Brazil. Dari tahun 1807 hingga 1830, ia telah dijajah silih berganti oleh pihak Inggeris, Sepanyol, Argentina, Portugis dan Brazil. Ia telah diiktiraf sebagai negara Uruguay yang baru merdeka pada tahun 1830. Merupakan sebuah pelabuhan laut yang penting di Amerika Selatan, ia menjadi pusat perdagangan, politik dan kebudayaan bagi Uruguay. Montevideo adalah tempat bagi institusi-institusi pengajian tinggi di Uruguay, termasuk Universiti de Republica dan Universidad del Trabajo del Uruguay. M1715 Montez \mn-%tez\, Lola asal. Marie Dolorez Eliza Rosanna Gilbert ;

Montez \mn-%tez\, Lola orig. Marie Dolorez Eliza Rosanna Gilbert. (lahir. Tahun 1818, Limerick, Ireland.-meninggal dunia. 17 Jan, 1861, New York, N.Y. A.S.). Beliau merupakan seorang pengembara dan penari berbangsa Irish, yang mendapat nama jolokan yang buruk kerana telah menjadi perempuan simpanan RAJA LOUIS I, Bavaria. Setelah mengikuti beberapa seni latihan di Sepanyol, beliau mengembara ke serata Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai seorang penari Sepanyol. Ketika berada di Munich pada tahun 1846, beliau telah menjadi perempuan simpanan Raja Louis. Beliau telah mempengaruhi Raja Louis untuk menyokong polisi-polisi liberal dan anti Jesuit. Penguasaan terhadap Raja Louis membangkitkan kemarahan dalam kerajaan pada tahun 1848. Justeru, Monte telah melarikan diri dan Raja Louis telah digulingkan. Setelah mengembara ke beberapa tempat, akhirnya Monte menetap di bandar New York. M1716 Montezuma II atau Moctezuma II ; Montezuma II or Moctezuma II. (lahir. 1466-meninggal dunia. 30 Jun, 1520, Tenochtitln, dekat Bandar moden Mexico). Baginda merupakan Maharaja AZTEC yang ke-9. Pada tahun 1502, baginda telah mewarisi satu empayar yang mempunyai lima ke enam juta penduduk, daripada bapa saudara baginda. Empayar tersebut meliputi Mexico yang ada pada masa kini sehingga ke Nicaragua. Orang-orang Aztec percaya kepada kemunculan semula Tuhan QUETZALCOATL; kepercayaan tersebut menyebabkan baginda digulingkan di tangan HERNAN CORTES, yang mempunyai ciri-ciri Tuhan yang ditunggutunggu itu. Cortes yang telah bersepakat dengan puak-puak yang hendak menjatuhkan kekuasaan Aztec, telah memenjarakan Montezuma di TENOCHTITLAN, dimana baginda mangkat ketika di dalam tahanan. M1717 Monumen Istana Montezuma Kebangsaan; Montezuma Castle National Monument. Ia merupakan sebuah monumen di Arizona Tengah, A.S. TERLETAK DI lembah Sungai Verde, ia meliputi kawasan seluas 2.6 batu persegi (6.7 km persegi). Telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1906, ianya merupakan penempatan gua bagi suku ORANG ASLI PUEBLO dizaman pra-Columbia. Tapak ini merupakan tempat yang paling dipelihara di negara tersebut. Istana ini merupakan sebuah bangunan lima tingkat dengan 20 buah bilik berstruktur bata adob, yang dibina pada awal tahun 1100 Selepas Masihi. Ia dibina ke arah dalam muka cenuram, lebih kurang 80 kaki (24 m) dari aras kaki lembah. Di arah Timur Laut, terdapat sebuah

Perigi Montezuma yang besar, dimana kawasan sekitarnya didiami oleh masyarakat setempat. M1718 Montfort \m-fr\, Simon de ; Montfort \m-fr\, Simon de. (lahir. Tahun 1165?.-meninggal dunia. 25 Jun, 1218, Toulouse, Perancis). Seorang ketua dalam PERJUANGAN ALBIGENSIA. Dari tahun 1209, beliau telah mengetuai perjuangan menentang pembidaah CATHARI, dan kemudian menjadi gabenor di wilayah yang ditawan oleh beliau, di selatan Perancis. MAJLIS LATERAN yang ke-4 telah menganugerahi beliau kawasan bernama Tolouse (1215), tetapi RAYMOND VI, Count Tolouse tidak mahu mengaku kalah. Montfort telah dibunuh semasa beliau mengepung kota itu. Anak lelaki sulung beliau menyerahkan tanah Montfort di selatan Perancis, kepada Raja Louis VIII. M1719 Montfort, Simon de kemudian Earl of Leicester ; Montfort, Simon de later Earl of Leicester. (lahir. Tahun 1208 sebelum masihi, Montfort. Ile-de-France, Perancis-meninggal dunia, 4 Ogos, 1265, Evesham, Worcestershire, England). Anak lelaki kedua SIMON DE MONTFORT. Beliau telah memulangkan tanah Montfort di Perancis, tetapi meneruskan tuntutan sebagai Earl of Leicester. Perkahwinan beliau dengan adik perempuan RAJA HENRY ke-III (1238) telah menimbulkan kemarahan baron-baron dan beliau telah dibuang negeri buat seketika. Simon membezakan diri beliau dalam satu misi Perjuangan ke Tanah Suci (1240 hingga 1242) dan menyertai Henry dalam usaha penaklukan ke atas Perancis yang kemudian menemui kegagalan (1242). Beliau telah dihantar untuk menenangkan Gascony (1248) dan dikritik hebat kerana menggunakan kekerasan, lalu beliau dipanggil balik dari menjalankan tugas. Beliau kemudiannya menyertai baron-baron yang lain untuk memaksa Henry menerima Peruntukan OXFORD. Apabila Raja Louis ke-IX membatalkan Peruntukan tersebut, Simon telah menawan dan mengalahkan Raja Henry (1264) lalu beliau mewujudkan satu akta (1265) yang pada masa kini menjadi permulaan bagi Parlimen yang baru dibentuk. Beliau kemudian memerintah England selama kurang dari satu tahun sebelum beliau dikalahkan dan dibunuh oleh anakanda Raja Henry, iaitu Edward. M1720 Montgolfier \m-gl-fy\, Joseph-Michel; dan Montgolfier, JacquesEtienne ; Montgolfier \m-gl-fy\, Joseph-Michel; and Montgolfier, Jacques-

Etienne. (masing-masing lahir. 26 Ogos, 1740, Annonay, Perancis-meninggal dunia 26 Jun, 1810, Balaruc-les-Bains; lahir. 6 Jan, 1745, Annonay, Perancis-meninggal dunia. 2 Ogos, 1799, dalam perjalanan dari Lyon ke Annonay). Kedua-duanya merupakan pencipta BELON udara panas yang berbangsa Perancis. Dua beradik ini mendapati bahawa udara yang dipanaskan apabila terkumpul dalam satu beg yang ringan, akan menyebabkan beg itu naik ke udara. Pada tahun 1783, mereka telah menunjukkan demonstrasi penemuan tersebut dengan menggunakan belon yang telah naik ke udara setinggi 3,000 kaki (1,000m) dan terapung selama 10 minit. Akhir tahun yang sama, mereka telah menerbangkan seekor biri-biri, itik dan ayam jantan sebagai penumpang belon udara tersebut. Kemudian diikuti dengan satu lagi ujian menerbangkan sebuah lagi belon udara panas yang dipandu manusia serta tidak terikat. M1723 Montgomery ; Montgomery. (populasi pada tahun 2000: 201,568), merupakan ibu negeri Alabama di A.S. Kawasan tersebut telah didiami oleh Orang Asli yang membina timbunan tanah semasa zaman pra-sejarah. Sekitar tahun 1717, orang-orang Perancis telah membina Kubu Toulouse di sungai di atas tapak Montgomery yang ada pada masa kini. Bandar ini telah ditemui pada tahun 1819 dan diberi nama sempena nama Gen. Ia telah dinaik taraf sebagai ibu negeri pada tahun 1846. Dalam tahun 1861, semasa PERANG SAUDARA AMERIKA, ia berfungsi buat sementara, sebagai ibu negeri bagi Negeri-Negeri Gabungan. Montgomery telah ditawan oleh pihak tentera Bersekutu pada tahun 1865. Ia kemudian menjadi pusat bagi PERGERAKAN HAK AWAM, yang paling terkenal dengan penentangan yang diketuai oleh MARTIN LUTHER KING, JR. Terletak di bahagian tenggara BIRMINGHAM, ia berfungsi sebagai pusat perdagangan bagi satu kawasan pertanian, perniagaan kapas dan ternakan serta pengeluaran baja. Montgomery adalah bandar dimana terdapat Universiti Negeri Alabama dan beberapa buah lagi institusi pengajian tinggi. M1724 Montgomery (Alamein), Bernard Law Montgomery, Viscount Pertama ; Montgomery (of Alamein), Bernard Law Montgomery, 1st Viscount. (lahir. 17 Nov, 1887, London, England.-meninggal dunia. 24 Mac, 1976, dekat Alton, Hampshire). Seorang Jeneral angkatan tentera British semasa PERANG DUNIA KEII. Beliau mendapat pendidikan di Sandhurst. Beliau telah berkhidmat dalam Perang

Dunia Pertama, dan kekal berkhidmat dalam angkatan tentera sehingga terkenal sebagai ketua yang kuat dan efisien. Semasa Perang Dunia ke-II, beliau telah mengetuai tentera British dalam PERANG AFRIKA UTARA, dan telah memaksa tentera Jerman supaya berundur dari Mesir setelah tamat Perang EL ALAMEIN (1942). Beliau juga telah mengetuai angkatan tentera dalam penaklukan Sicily dan Itali dibawah pasukan Bersekutu. Dalam PERANG NORMANDY pula, beliau mengetuai angkatan tentera British-Kanada merentasi Perancis Utara dan memasuki kawasan utara Jerman. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi fil marsyal dan telah menjadi ketua staf imperial (1946 hingga 1948). Beliau kemudian dilantik sebagai KKomander bagi NATO (1951 hingga 1958). Seorang yang strategik serta berhatihati dalam setiap tindakan, Monty selalu menimbulkan kemarahan di kalangan pegawai-pegawai pemerintah Bersekutu termasuk DWIGHHT D. EISENHOWER, tetapi ketegasan beliau untuk sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia, menjadikan brliau terkenal di kalangan tentera dibawah pimpinan beliau. M1725 Montgomery, L(ucy) M (aud) ; Montgomery, L(ucy) M (aud). (lahir. 30 Nov, 1874, Clifton, P.E.I., Kanada.-meninggal dunia. 24 April, 1942, Toronto, Ontario). Seorang novelis berbangsa Kanada. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru dan jurnalis, sebelum mencipta nama dengan novel Anne of the Green Gables (1908). Sebuah kisah sentimental berkisar tentang seorang anak yatim piatu perempuan yang sangat bersemangat. Beliau menulis, berdasarkan latar belakang kehidupan beliau semasa kecil, pengalaman hidup, serta kehidupan di kawasan pedalaman di Pulau Prince Edward. Novel-novel beliau yang seterusnya, yang menggunkan judul sama, sehingga Anne menjadi ibu kurang menonjol. Montgomery juga telah menghasilkan satu lagi siri buku-buku juvenil, beberapa koleksi buku, serta dua buah buku untuk orang dewasa. M1726 Montgomery, Wes asal. John Leslie Montgomery ; Montgomery, Wes orig. John Leslie Montgomery. (lahir. 6 Mac, 1923/25, Indianapolis, Ind., A.S.meninggal dunia. 15 Jun, 1968, Indianapolis). Beliau merupakan seorang pemain gitar JAZ A.S. Beliau telah mula bermain gitar pada usia remaja, dan inspirasi utamanya ialah mendiang CHARLIE CHRISTIAN- seorang pemain gitar swing. Montgomery merupakan ahli kumpulan muzik LIONEL HAMPTON (1948 hingga 1950) sebelum menubuhkan sebuah kumpulan kecil yang dianggotai oleh adik-beradik lelaki beliau.

Rakaman-rakaman terbaik beliau adalah dari usaha secara kecil-kecilan, yang dibuat selepas tahun 1959, walaupun beliau telah mencapai kejayaan dalam bidang muzik secara komersial, ketika bermain muzik bersama orkestra-orkestra lain, sekitar tahun 1960-an. Teknik bermain gitar yang luar biasa, menggunakan ibu jari dan bukan pemetik gitar, selalu dilakukan untuk persembahan secara solo. Beliau mungkin merupakan penggubah cara bermain gitar yang berpengaruh dalam muzik jaz moden. M1727 Syarikat Montgomery Ward ; Montgomery Ward & Co. syarikat perniagaan runcit yang pernah wujud di Chicago, A.S. pada tahun 1872 oleh Aaron Montgomery Ward (1844 hingga 1913). Beliau telah membeli barangan runcit secara pukal dan menjual barangan tersebut secara langsung kepada para peladang. Beliau merupakan orang pertama yang mengedarkan risalah barangan untuk pesanan secara mel, dan menawarkan jaminan pulangan wang. Syarikat ini telah membuka rangkaian kedai-kedai runcit pada tahun 1926, dan menjelang tahun 1930, jualan secara runcit melebihi jualan melalui risalah. Ini telah menyebabkan penamatan perniagaan barang secara pesanan mel pada tahun 1985. Pada tahun 1997, ia telah memberhentikan operasi selepas membuat permohonan mendapatkan perlindungan dari muflis. Satu lagi tindakan pengisytiharan muflis pada Disember 2000 telah memaksa syarikat tersebut untuk menutup operasi 250 buah kedai runcit dan menutup terus perniagaan itu pada tahun berikutnya. Lihat juga PEMASARAN MEL TERUS; SYARIKAT SEARS DAN ROEBUCK M1728 Montherlant \m-ter-l\, Henry (-Marie-Joseph-Millon) de ;

Montherlant \m-ter-l\, Henry (-Marie-Joseph-Millon) de. (lahir. 21 April, 1896, Paris, Perancis-meninggal dunia. 21 Sep, 1972, Paris). Seorang novelis dan dramatis berbangsa Perancis. Dilahirkan di dalam keluarga bangsawan, beliau mula menulis dengan stail tersendiri secara tepat, mengutarakan persoalan-persoalan beliau yang agak egosentrik dan autokratik. Hasil penulisan fiksyen beliau adalah rangkaian empat buah novel (1936 hingga 1939) yang dialih bahasa sebagai The Girls, yang menerapkan tentang perhubungan cinta antara seorang penulis buaya darat dengan mangsa-mangsanya, iaitu wanita-wanita yang sangat menyayanginya. Dalam tahun 1940-an, beliau telah beralih ke dalam bidang teater. Hasil karya beliau dalam bentuk drama yang terbaik termasuklah Malatesta (1946), Port royal (1954), dan La Guerre

civile (1965). M1729 Monticello \%mn-t-se-l, %mn-t-che-l\ ; Monticello \%mn-t-sel, %mn-t-che-l\. Rumah kediaman THOMAS JEFFERSON yang terletak di bahagian tenggara Charlottesville, Va. Ia telah direkabentuk oleh Jefferson sendiri dan telah dibina dalam tahun 1768 hingga 1809. Kediaman ini merupakan salah sebuah contoh bangunan yang tercantik mengikut rekabentuk Klasik yang Dihidupkan Semula di A.S. Jefferson telah mengambil pelan rumah ini dari sebuah buku reka bentuk Inggeris. Struktur permukaan luaran bangunan dipengaruhi oleh kerja-kerja ANDREA PALLADIO. Struktur yang terbina adalah sebuah bangunan tiga tingkat dari binaan batu-bata dan rangka dengan 35 buah bilik yang berlainan bentuk. Sebuah kubah bersegi lapan mendominasi struktur bangunan tersebut. Di bawah kubah tersebut, satu rangkaian kekisi bulat meliputi bahagian-bahagian tepi atap. M1730 Anne, Duke Montmorency \m-m-r-s\ Bahasa Inggeris \%mnt-mren-s\ ; Montmorency \m-m-r-s\ English \%mnt-m-ren-s\, Anne, duke of. (lahir. 15 Mac, 1493, Chantilly, Perancis-meninggal dunia. 12 Nov, 1567). Beliau merupakan seorang tentera dan konstabel di Perancis. Dinamakan sempena nama ibu pembaptisan beliau, PERMAISURI ANNE DARI BRITAIN, beliau telah berkhidmat di bawah pemerintahan tiga orang raja-FRANCIS I, HENRY II, dan CHARLES IX-, semasa peperangan dan semasa waktu aman. Beliau telah berlawan dalam beberapa buah perang di bahagian utara Itali dan selatan Perancis, menentang Raja CHARLES ke-V. dan dalam peperangan menentang Huguenots. Dalam tahun 1529, beliau telah membantu dalam rundingan Perdamaian CAMBRAI, di antara Perancis dengan Charles ke-V. Beliau telah dilantik menjadi Konstabel Perancis pada tahun 1538, dan pada tahun 1551, beliau dilantik menjadi duke dan bangsawan. Setelah mengalami kecederaan dalam Pertempuran Saint-Denis, beliau telah meninggal dunia dua hari kemudiannya. M1731 Bandar Montpelier \mnt-pl-yr\ ; Montpelier \mnt-pl-yr\ City. (populasi., tahun 2008: 8,035). Ibu negeri Vermont, di A.S. Telah diberi nama sempena MONTPELLIER, di Perancis, ia menguasai laluan utama melalui PERGUNUNGAN GREEN. Ia telah diberi hak pemilik mengikut undang-undang, dari Massachussetts dan Vermont pada tahun 1781. Pada tahun 1805, ia telah dinaik

taraf sebagai ibu negeri dan telah mematahkan banyak cubaan dari bandar-bandar lain termasuk BURLINGTON, yang berhasrat untuk menggantikan tempat sebagai ibu negeri Vermont. Selain dari menyediakan perkhidmatan bagi kerajaan negeri, ekonomi bandar ini dikembangkan melalui perkhidmatan kewangan dan industri meluncur salji tempatan. Bandar ini merupakan kawasan dimana terletaknya kampus Universiti Norwich atau Kolej Vermont, dan juga tempat kelahiran Admiral GEORGE DEWEY. M1732 Bandar Montpellier \m-pel-y\ ; Montpellier \m-pel-y\ City. (populasi., tahun 1999: 225,392). Terletak di bahagian selatan Perancis, berhampiran pantai Mediterranean. Bandar ini telah diasaskan pada kurun ke-8. Kemudian, ia telah diperintah oleh pihak ARAGON dan Raja dari MAJORCA. Ia telah berkembang sebagai sebuah stesen perdagangan bagi mengimport rempah ratus pada kurun ke-10 dan diberi hak pemilikan pada tahun 1141. Bandar ini kembali menjadi milik Perancis pada kurun ke-14 dan berfungsi sebagai kubu kuat HUGUENOT sehingga ia ditawan oleh LOUIS XIII pada tahun 1622. Kemudian, ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran bagi wilayah LANGUEDOC. Pusat pengajian perubatan dan perundangan bandar ini telah mula diasaskan pada kurun ke-12, dan pada tahun 1220, Universiti Montpellier ditubuhkan. Bandar ini merupakan pusat pelancongan dan industri, seperti pemprosesan makanan dan pembuatan barangan elektrik. Antara lokasi bersejarah yang terdapat disini termasuk, taman bunga tertua di Perancis (dijumpai pada athun 1593), dan sebuah Gereja Gothic kurun ke-14. M1734 Universiti Montreal ; Montreal, University of. Merupakan sebuah universiti yang menjalankan kuliah dalam bahasa Perancis. Ia telah diasaskan pada tahun 1878 di Montreal, Quebec. Universiti ini menawarkan kursus-kursus seperti kesenian dan sain, pendidikan, perundangan, perubatan, seni bina, kerja-kerja sosial, kajian jenayah, dan lain-lain lagi. Terdapat juga pusat pengajian politeknik dan pengajian bisnes. M1735 Bandar peranginan Montreux \m-tr\ ; Montreux \m-tr\ Resort town. (populasi., tahun 2000: 22,455 orang). Terletak di bahagian barat Switzerland dan kawasan timur pesisir Tasik GENEVA. Ia telah dibentuk melalui penggabungan beberapa buah kampung kecil seperti Le Chtelard, Les Planches, dan Veytaux. Kawasan berhampiran Montreux iaitu Chteau de Chillon telah menjadi terkenal

melalui puisi Prisoner of Chillon, yang digubah oleh Lord BYRON. Montreux selalu menjadi hos bagi festival jaz tahunan. M1736 Persidangan Montreux \m-tr\ (1936) ; Montreux \m-tr\ Convention (1936). Satu perjanjian berhubung Selat Dardanelles. Bagi memenuhi permintaan kerajaan Turki untuk menguatkan pertahanan kawasan tersebut, penandatangan Perjanjian LAUSANNE dan yang lain-lain bertemu di Montreux, Switz., dan bersetuju untuk memulangkan zon tersebut kepada pentadbiran tentera Turki. Persidangan Montreux memberi kebenaran kepada Turki untuk menutup selat kepada semua kapal perang ketika peperangan dan membenarkan laluan bebas bagi kapal dagangan. Lihat juga STRAITS QUESTION. M1737 Bangsawan ke-5 dan marquis pertama Montrose \mn-'trz\, James Graham; Montrose \mn-'trz\, James Graham, 5th earl and 1st marquess of (lahir 1612meninggal dunia 21 Mei 1650, Edinburgh, Scot.) Jeneral Scotland dalam PERANG SAUDARA INGGERIS. Beliau berkhidmat dalam tentera Convenanter yang menakluk utara England (1640) tetapi kekal sebagai diraja. Dilantik sebagai leftenanjeneral oleh CHARLES I (1644), beliau membawa tentera diraja Highlanders dan Ireland kepada kemenangan dalam pertempuran besar di Scotland. Selepas Charles dikalahkan pada 1645, Montrose melarikan diri ke benua Eropah. Beliau kembali ke Scotland pada tahun 1650 dengan 1,200 tentera, tetapi beliau dikalahkan, ditangkap dan digantung. M1738 Montserrat; Montserrat Pulau (populasi, 2001 anggaran: 3,600) dan tanah jajahan diraja British, Hindia Barat. Terletak di bahagian timur Laut Caribbean, ia meliputi kawasan seluas 40 batu persegi (102 km persegi); 11 batu (18 km) panjang dan 7 batu (11 km) luas. Ia dilawati dan diberi nama oleh CHRISTOPHER COLUMBUS pada 1493 dan dijajah oleh British dan Ireland pada tahun 1632. Kemudian Perancis menjajah buat sementara waktu dan dari tahun 1783 ia kekal milik British. Ekonomi kolonial berdasarkan kepada penanaman kapas dan gula yang menggunakan tenaga buruh Afrika. Ia adalah sebahagian daripada jajahan Kepulauan Leeward dari 1871 hingga 1956 dan kemudian menjadi jajahan Persekutuan Hindia Barat dari 1958 hingga 1962. Ia dibina semula selepas dibinasakan oleh taufan pada tahun 1958.

Letusan besar gunung berapi Soufrire Hills pada tahun 1996 membawa kepada perpindahan separuh penduduk selatan pulau dan meninggalkan ibu kotanya, Plymouth. Menjelang tahun 1998 lebih dua per tiga bilangan penduduk pada pertengahan 1990-an telah meninggalkan pulau tersebut. M1739 Monty Phyton (s Flying Circus); Monty Phyton (s Flying Circus) Kumpulan komedi British. Kumpulan yang cenderung membuat pembaharuan ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1960-an, menjadi terkenal pada 1970-an, pertama kali di televisyen dan kemudian dalam filem-filem. Ahli-ahlinya, kebanyakannya bertemu ketika menuntut di Universiti Cambridge, termasuk Graham Chapman (1941-89) dan JOHN CLEESE (pengarang bersama kebanyakan skit and filem mereka) begitu juga Terry Jones (lahir 1942), Terry Gilliam (lahir 1940), Eric Idle (lahir 1943), dan Michael Palin (lahir 1943). Parodi kumpulan tersebut yang mempersendakan kehidupan British dan televisyen dan juga barisan perwatakan yang tidak masuk akal, mengejutkan dan menghiburkan para penonton antarabangsa. Filem-filem meraka termasuk Monty Python and the Holy Grail (1975) dan Monty Pythons Life of Brian (1979). M1740 Monumentum Ancyranum \,mn-y-'men-tm-,an-sir-'-nm\ ; Monumentum Ancyranum \,mn-y-'men-tm-,an-sir-'-nm\ (selepas SELEPAS MASIHI 14) inskripsi Latin dan Greek di atas rumah berhala Rom dan Augustus di Ancyra (Ankara, Tur.). Dikenali sebagai Res gestae divi Augusti (Pencapaian oleh Tuhan Augustus), ia melambangkan lambang rasmi pemerintahannya. Ia telah digubah oleh AUGUSTUS sendiri, yang telah mengarahkan dalam wasiatnya bahawa ia akan diukir atas tiang di makam beliau di Rom. Yang asli telah hilang, salinannya di Amcyra terlalu banyak. M1741 monzonit \mn-'z-,nt,'mn-z-,nt\ ; monzonite Jenis BATUAN IGNEUS yang mengandungi amat banyak dan lebih kurang sama jumlah plagioklas dan potasy feldspar dan juga mineral-mineral lain. Jenis batuan tersebut dijumpai di Monzoni, Itali, di Tirol Itali; batu yang sama juga dijumpai di Montana, Norway, Pulau Sakhalin

dan kawasan setempat. Monzonit bukan jarang dijumpai, tetapi selalunya terdapat dalam saiz yang kecil, berlainan berat bercampur dengan diorit, piroksenit, atau gabro. M1742 suasana atau kebiasaan; mood or mode Dalam TATABAHASA, satu kategori yang menggambarkan pandangan jurucakap mengenai realiti sesebuah acara, kemungkinan, atau kecemasan. Seringkali ditanda dengan tatacara kata kerja khas (fleksi), suasana termasuk untuk menunjukkan, fakta atau situasi neutral (contoh, Anda telah melakukan kerja anda); yang sangat mustahak, untuk menyampaikan arahan atau permintaan (Tolong lakukan kerja anda); dan sembawa. Fungsi sembawa sangat berbeza. Ia boleh menyatakan keraguan, kemungkinan, keperluan, kehendak, atau masa hadapan. Dalam bahasa Inggeris ia selalu menunjukkan satu keadaan bertentangan dengan fakta (contoh, Jika dia mahu bekerja di sini, dia perlu belajar untuk lebih menepati masa). M1743 Moody, Dwight L(yman); Moody, Dwight L(yman) (lahir 5 Feb 1837, East Northfield, Mass., A.S.-meninggal dunia 22 Dis 1899, Northfielld, Mass.) Mubaligh Gereja Protestan A.S. Dibesarkan di sebuah ladang di Massachusetts, berpindah buat pertama kali ke Boston, di mana beliau memeluk agama Kristian evangelis pada 1956, dan kemudian ke Chicago, di mana beliau berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berputus asa dengan bidang perniagaan pada 1860 dan melibatkan diri dalam kerjakerja mubaligh dengan YMCA (1861-73). Beliau mengasaskan Gereja Moody dan memberi kutbah di kawasan setinggan, menekankan pemahaman asas kitab Injil dan juga persediaan untuk Kedatangan Kedua Jesus. Pada 1870, beliau bekerjasama dengan penulis gita puja Ira D. Sankey (1840-1908), dan mereka memulakan siri lawatan kebangkitan semula yang terkenal di Britain dan A.S. Moody mengasaskan Sekolah Northfield (1879), Sekolah Mount Hermon (1881), dan Institut Kitab Injil Chicago (1889; sekarang dikenalli dengan Institut Kitab Injil Moody). GAMBAR (caption- Ketika Bulan mengelilingi Bumi, jumlah bahagian yang disinari separuh yang dilihat dari Bumi meningkat dan berkurang secara perlahan-lahan (bulan mengambang dan bulan surut). Kitaran ini mengambil

masa selama lebih kurang 29 hari ) M1744 Bulan; moon Satu-satunya satelit semula jadi Bumi, mempunyai orbit dari barat ke timur dengan purata jarak lebih kurang 238,900 batu (384,400 km). Ia kurang dari satu per tiga saiz Bumi (diameter lebih kurang 2,160 batu, atau 3,476 km, ukuran lilitan khatulistiwa), jisimnya lebih kurang satu per lapan dan ketumpatannya lebih kurang dua per tiga. Graviti di permukaan bulan lebih kurang satu per enam dari graviti Bumi, dan tarikan gravitinya amat mempengaruhi PASANG SURUT air laut di Bumi. Bulan bersinar daripada pantulan sinar matahari, tetapi ALBEDO Bulan hanya 7.3%. Ia berputar pada paksinya lebih kurang 29.5 hari, tepat dengan masa yang diambil untuk mengorbit Bumi, dan oleh itu ia sentiasa menghadapkan permukaan yang sama ke Bumi. Tetapi, permukaan tersebut disinari oleh cahaya matahari pada sudut yang berbeza apabila Bulan beredar mengelilingi Bumi, menyebabkan ia menunjukkan fasa yang berbeza dalam sebulan, daripada anak bulan ke bulan penuh. Kebanyakan ahli astronomi percaya bahawa Bulan terbentuk daripada satu gumpalan serpihan yang terkeluar dari orbit Bumi apabila satu jasad bersaiz planet MARIKH melanggar proto-Bumi dalam sejarah awal sistem solar. Permukaan Bulan telah dikaji menggunakan teleskop semenjak kali pertama GALILEO memerhatikannya pada tahun 1609 dan dengan secara langsung oleh sejumlah 12 orang angkasawan A.S. semasa misi pendaratan program APOLLO di Bulan berjaya. Process dominan yang mempengaruhi permukaan bulan ialah hentaman, kedua-duanya dari hentaman mikrometeorit, yang mengisar serpihan batuan menjadi debu halus, dan dari hentaman METEORIT, yang telah membentuk banyak kawah di permukaan bulan dan kebanyakannya terbentuk semasa sejarah awal pembentukan Bulan, lebih empat juta tahun dahulu. Maria bulan (lihat MARE) adalah besar, aliran lahar purba. Pada lewat tahun 1990-an kapal angkasa tanpa manusia telah menemui tanda-tanda kemungkinan wujudnya air ais berdekatan kutub Bulan. Secara umumnya, Bulan adalah satelit semulajadi yang mengorbit planet atau jasad bukan bintang. M1745 Moon, Sun Myung; Moon, Sun Myung (lahir 6 Januari 1920, Kwangju Sangsa Ri, wilayah Pyonganpuk, Korea) Ketua agama Korea Selatan. Mengakui bahawa beliau telah dicipta oleh Tuhan sebagai pengganti JESUS, Moon mula memberi khutbah agama baru yang tidak begitu menjurus ke arah agama Kristian, di Korea Utara pada

1946. Selepas dipenjarakan oleh kerajaan Korea Utara, beliau melarikan diri atau dilepaskan dan pergi ke Korea Selatan, di mana beliau mengasaskan GEREJA UNIFICATION pada 1954 dan membina empayar bisnes berjuta-juta dolar. Pada 1973 beliau memindahkan ibu pejabatnya ke Tarrytown, N.Y., A.S., di mana beliau menjadi focus kontroversi mengenai kaedah mengumpul dana, mengelak cukai, dan cara mengikdoktrinasi para pengikutnya (lebih dikenali sebagai Moonies). Pada 1982 Moon disabitkan kerana mengelak cukai, dihukum penjara 18 bulan, dan didenda $25,000. Beliau juga sengsara kerana menantu perempuannya mendedahkan kegiatannya. Pada tahun 1990 gereja telah memulakan operasi di Brazil, di mana pembelian kawasan hutan hujan yang besar telah dikritik hebat. M1746 Orang Moor; Moor Mana-mana ahli daripada populasi Islam di Sepanyol, atau kacukan Arab, Sepanyol dan berketurunan Berber. Orang Islam di Utara Africa (yang digelar sebagai Mauri dalam bahasa Latin- contoh, penduduk asal Rom Mauretania) menyerang Sepanyol dalam kurun ke-8 dan, di bawah dinasti UMAYYAD dan ALMORAVED, membina tamadun Arab Andalusia yang hebat di kota-kota seperti Crdoba, Toledo, Granada, dan Sevilla. Penaklukan semula Sepanyol oleh orang Kristian di bawah ALFONSO VI yang bermula pada kurun ke-11; dari ketika itu sehingga orang-orang Moor dikalahkan buat kali terakhir pada 1492 dan pada abadabad seterusnya, kebanyakan orang Moor menjadi pelarian di Utara Africa. Lihat MUDEJARS. M1747 Moore, Archie asal Archibald Lee Wright; Moore, Archie orig. Archibald Lee Wright (lahir 13 Dis 1913, Benoit, Miss., U.S.-meninggal dunia 9 Dis 1998, San Diego, Calif.) Petinju A.S. Moore mula bertinju pada tahun 1930-an tetapi sukar untuk mara kerana pihak lawan menganggap beliau terlalu menggerunkan. Pada 1952 beliau mengalahkan Joey Maxim dan memenangi kejuaraan light-heavyweight sedunia. Beliau memegang gelaran tersebut sehingga 1962, apabila beliau penyertaan beliau dibatalkan kerana gagal untuk bertemu petanding utama, Harold Johnson. Dari 1936 sehingga 1963 beliau bertinju dalam 229 perlawanan dan memenagi 194 daripada kesemuanya, 141 adalah kalah mati. Beliau kemudiannya menjadi pelakon filem dan pekerja belia.

M1748 Moore, Brian; Moore, Brian (lahir 25 Ogos 1921, Belfast, N. Ire.- meninggal dunia 10 Jan 1999, Malibu, Calif., A.S.) Novelis Kanada kelahiran Ireland. Moore berhijrah ke Kanada pada 1948 dan menjadi penulis bagi Montreal Gazette dari 1952. Beliau terkenal dengan novel pertamanya, The Lonely Passion of Judith Hearne (1955; filem 1987), mengenai anak dara tua dari taraf sosial yang tinggi yang secara beransuransur melibatkan diri dalam alkoholisme. Novel-novel seterusnya termasuk The Luck of Ginger Coffey (1960), The Emperor of Ice Cream (1965), The Doctors Wife (1976), dan The Magicians Wife (1998). Novel-novelnya sangat berbeza antara satu sama lain dari segi ekspresi, latar, dan peristiwa tetapi sama dari segi kejelasan, gaya penulisan dan prosa grafik. M1749 Moore, Clement Clarke; Moore, Clement Clarke (lahir 15 July 1779, New York, N.Y., A.S.-meninggal dunia 10 July 1863, Newport, R.R.) Cendekiawan A.S. yang diingati kerana baladanya telah memulakan Twas the night before Christmas. Moore juga bersama-sama mengasaskan Seminar Umum Teologi dan mengajar Kesusasteraan Ketimuran dan Greek disana (1821-50). Beliau dikatakan telah menggubah puisi bertajuk Lawatan ke St. Nicholas untuk menghiburkan anakanaknya pada Hari Natal 1822, dan ia telah disiarkan tanpa nama beliau di dalam Troy (N.Y) Sentinel, pada 23 Dis 1823. Pada tahun 2000 ia telah ditentukan bahawa puisi tersebut kemungkinan digubah oleh Henry Livingston, Jr. (1748-1828). M1750 Moore, Ely; Moore Ely (lahir 4 Julai 1798, berdekatan Belvidere, N.J., A.Smeninggal dunia 27 Jan 1860, Lecompton, Wilayah Kansas) Penerbit A.S. Merupakan pencetak dan editor surat khabar, beliau dilantik sebagai presiden pertama kesatuan kraf persekutuan New York(1833). Tahun berikutnya beliau dilantik menjadi pengerusi Kesatuan Dagangan Nasional, yang bergabung dengan TAMMANY HALL untuk melantik beliau ke Dewan Rakyat A.S. Di dalam Dewan beliau membantu mendapatkan sokongan untuk 10-jam hari kerja. Apabila penggal kedua beliau tamat pada 1839, beliau menjadi juruukur pelabuhan New York dan kemudian editor untuk Jurnal Warren di New Jersey.

M1751 Moore, G(eorge) E(dward); Moore, G(eorge) E(dward) (lahir 4 Nov 1873, London, Eng- meninggal dunia 24 Okt 1958, Cambridge, Cambridgeshire) ahli falsafah British, salah seorang pengasas FALSAFAH ANALITIS. Ketika menjadi felow di Universiti Cambridge (1898-1904), beliau menerbitkan dua karya yang berpengaruh, The Nature of the Judgement (1899) and The Refutation of Idealism (1903), yang mana telah merombak pegangan mutlak IDEALISME ke atas falsafah British. Principia Ethica (1903), merupakan karya utama beliau mengenai etika juga diterbitkan pada masa ini, di mana beliau mempertikaikan bahawa baik adalah satu kualiti yang mudah dan tidak boleh dianalisis tetapi dapat diketahui melalui pemahaman secara langsung. Intuisionisme beliau merupakan meta-etika yang paling dominan di Britain untuk 30 tahun seterusnya, dan ia banyak memberi pengaruh kepada seniman dan cendekiawan dalam KUMPULAN BLOOMSBURY. Moore diingati kerana beliau mempunyai pertimbangan yang waras dalam falsafah, sejajar dengan pengetahuan manusia mengenai kenyataan yang benar tentang diri mereka dan mengenai dunia yang sebenarnya tidak konsisten dengan doktrin idealis atau skeptisisme (contoh, Bumi ini telah wujud bertahun lamanya). Pendirian beliau berasaskan tiada hujah dari idealisme atau skeptisisme yang jelas berbanding pandangan daripada pertimbangan yang waras, idealisme dan skeptisisme boleh ditolak serta-merta. Beliau merupakan profesor di Universiti Cambridge dari 1925 sehingga 1939. Dari 1921 sehingga 1947 beliau menyunting jurnal Mind. M1752 Moore, Henry ; Moore Henry (lahir 30 July 1898, Castleford, Eng.- meninggal dunia 31 Ogos 1986, Much Hadham) pengarca dan artis grafik Inggeris. Anak kepada pelombong batu arang, namun beliau mampu untuk menuntut di Kolej Seni Diraja atas bantuan pemulihan selepas kecederaan dalam Perang Dunia I. Hasil karya awal beliau banyak dipengaruhi oleh seni arca orang Mayan yang dilihat beliau di muzium Paris. Dari 1931 beliau bereksperimen dengan seni abstrak, menggabungkan bentukbentuk abstrak dengan bentuk manusia dan kadangkala tidak menggunakan bentuk manusia sama sekali. Apabila bahan-bahan semakin berkurangan semasa Perang Dunia II, beliau memberi tumpuan kepada lukisan penduduk London yang berlindung daripada bom di stesen-stesen Underground. Tempahan daripada Madonna dan Anak

dan sekumpulan keluarga mengubah stail beliau daripada pendekatan abstrak kepada lebih kemanusiaan yang telah menjadi asas kepada reputasi beliau di peringkat antarabangsa. Pada 1950-an beliau kembali bereksperimen dengan sudut, figura bersegi yang diperbuat dari gangsa. Kebanyakan hasil kerja beliau adalah monumental, dan beliau terkenal khususnya dengan banyak figur yang berbaring bogel. Antara tempahan besar beliau adalah arca untuk ibu pejabat UNESCOs di Paris (1957-58), Pusat Lincoln (1963-65), dan Gallery Seni Nasional (1978). GAMBAR - caption - Marianne Moore, 1957 IMOGEN CUNNINGHAM M1753Moore, Marianne (Craig); Moore, Marianne (Craig) (lahir 15 Nov 1887, St. Louis, Mo., U.S.-meninggal dunia 5 Feb 1972, New York City, N.Y.) Penyajak A.S. Beliau menuntut di Kolej Bryn Mawr dan kemudian menetap di Brooklyn, N.Y., dengan ibunya. Selepas 1919 menumpukan sepenuh masanya pada penulisan, menyumbang puisi dan mengkritik banyak jurnal. Beliau menyunting jurnal yang terkemuka The Dial (1925-29). Buku puisi beliau termasuk Observations (1924) dan Collected Poems (1951, Hadiah Pulitzer dan Bollingen, Anugerah Buku Nasional). Dalam puisi beliau yang sangat tegas, beliau menerapkan nilai-nilai moral dan wawasan intelektual daripada pemerhatian rapi ke atas butiran yang objektif, terutamanya dunia haiwan, yang selalunya dalam bentuk pembaharuan berangkap. Poetry (1921) yang merupakan puisi beliau yang sangat tersusun, beliau mengambil puisi-puisi yang menggambarkan taman imaginasi dengan kodok yang sebenar di dalamnya. Dalam tahun-tahun terakhir, beliau yang selalu menang dan digelar Moore yang eksentrik, dengan mantel dan topi tiga segi, menjadi satu ikon lincah tetapi sopan. M1754 Moore, Mary Tyler; Moore, Mary Tyler (lahir 29 Dis 1936, Brooklyn, New York, N.Y., A.S) Pelakon televisyen dan filem A.S. Beliau belajar menari dan muncul dalam iklan komersial dan watak minor dalam televisyen sebelum menjadi bintang gandingan dalam Dick Van Dyke Show (1961-66; two Anugerah Emmy). Beliau memperoleh lebih kejayaan sebagai bintang dalam The Mary Tyler Moore Show (1970-77; empat Anugerah Emmy), yang mana telah menjadi siri komedi yang popular pada tahun 1970-an. Beliau juga memenangi Anugerah Emmy untuk

wataknya dalam siri televisyen Stolen Babies (1993). Filem-filem beliau termasuk Ordinary People (1980) dan Flirting with Disaster (1996). M1755 Moore, Stanford; Moore, Stanford (lahir 4 Sept 1913, Chicago, I11., A.S. meninggal dunia 23 Ogos 1982, New York, N.Y.) ahli biokimia A.S. Beliau berkongsi Hadiah Nobel dengan Christian Anfinsen (1916-95) dan William Stein (1911-80) untuk penyelidikan ke atas struktur molekul PROTIN. Beliau dikenali dengan aplikasi penggunaan KROMATOGRAFI untuk menganalisis ASID AMINO dan PEPTIDA yang diambil daripada protin dan cecair biologi dan untuk kegunaan dalam analisis untuk memastikan struktur ENZIM ribonuklease. M1756 Moore, Thomas; Moore, Thomas (lahir 28 Mei 1779, Dublin, Ire.-meninggal dunia 25 Feb 1852, Wiltshire, Eng.) penyajak, penulis, komposer, dan penyanyi berbangsa Irish. Moore adalah graduan daripada Kolej Trinity dan belajar perundangan di London, di mana beliau menjadi rakan karib dengan Lord BYRON dan PERCY BYSSHE SHELLEY. Antara koleksi beliau adalah Irish Melodies dan National Airs (1807-34) yang terdiri daripada 130 set puisi asli bagi melodi rakyat, termasuk "The Minstrel Boy", "Believe Me, if All Those Endearing Young Charms", and "The Last Rose of Summer". Ketika Moore mempersembahkannya untuk golongan bangsawan London, puisi-puisi tersebut meningkatkan simpati dan sokongan kepada nasionalis berbangsa Irish. Antara yang memberi saingan ketika zaman beliau adalah Byron dan WALTER SCOTT. Puisi beliau Lalla Rookh (1817), puisi Oriental yang romantik, menjadi puisi yang paling banyak diterjemah pada zaman itu. Pada 1824 beliau diamanahkan dengan memoir Byron, beliau telah membakarnya, barangkali untuk melindungi Byron. Beliau kemudiannya menerbitkan biografi Byron dan yang lainlain, begitu juga History of Ireland (1827). M1757 moorhen atau gallinule yang biasa; moorhen or common gallinule Burung daripada spesis GALLINULE yang berhijrah (Gallinula chloropus, keluarga Rallidae) di Eropah, Afrika, dan timur Amerika Utara. Moorhen berwarna kehitaman dan mempunyai pelindung hadapan yang berwarna merah darah (plet berdaging di

dahinya). Di Amerika Utara, moorhen kadangkala digelar gallinule Florida. caption- Moose jantan (Alces alces) LEONARD LEE-RUE III-PHOTO RESEARCHERS, INC. M1758 moose; moose Spesis terbesar (Alces alces) dalam keluarga RUSA (Cervidae), boleh dijumpai di utara Amerika Utara dan Eurasia. Di Eropah ia dipanggil ELK. Moose mempunyai kaki yang panjang, muzel yang bulat dan boleh bergerak, leher yang pendek dan ekor, dan bulu berwarna coklat yang kasar dan berjumbai-jumbai. Tingginya adalah 5-7 kaki (1.5-2 m) dan mempunyai berat sehingga 1,800 paun (820 kg). Moose jantan mempunyai tanduk bercabang yang sangat leper, patah dan tumbuh semula setiap tahun. Moose meranduk tasik-tasik di pinggir hutan dan anak sungai, makan tumbuhan akuatik yang tenggelam, dan meragut daun-daun, ranting kayu, dan kulit kayu. Ia selalunya bersendirian , tetapi di Utara Amerika moose biasanya hidup berkelompok ketika musim sejuk. Ia merayaurayau di hutan pokok konifer di Kanada dan juga di utara A.S. Ia dilindungi daripada kepupusan dengan cara pemburuan yang terkawal. Lihat juga WAPITI. M1759 Sungai Moose; Moose River Sungai, timur laut Ontario, Kanada. Ia mengalir sepanjang lebih dari 60 batu (100 km) ke timur laut dan mengalir masuk ke TELUK JAMES. Anak sungai yang luas, ia merupakan muara bagi beberapa sungai, termasuk sungai Abitibi dan Mattagami. GAMBAR- Morain tengah Gornergletscher (Gorner Glacier) di Pergunugan Alps Pennine berhampiran Zermatt, Switz. JEROME WYCKOFF. M1760morain \m-'rn\ ;moraine Pengumpulan serpihan-serpihan batu (tilit) dibawa atau dimendapkan oleh GLASIER. Bahan-bahannya mempunyai saiz berbeza dari blok atau batu tongkol ke pasir dan tanah liat, ia tidak disusun apabila dijatuhkan oleh glasier, dan tidak menunjukkan pengisihan atau pendasaran pelapisan. Beberape jenis morain dikenal pasti, bergantung pada cara ia dibawa oleh glasier; ini termasuk morain di bahagian sisi sepanjang tebing glasier dan morain di hujung yang terletak di pinggir bahagian hadapan.

M1761 Psikologi moral; moral psychology Dalam psikologi, kajian mengenai proses perkembangan kesedaran moral- contoh, kebolehan untuk membuat pertimbangan mengenai perkara yang benar atau salah dari segi moral, baik atau tidak baik. Ahli psikologi A.S. Lawrence Kohlberg membuat hipotesis bahawa perkembangan standard moral manusia akan melalui beberapa peringkat. Pada peringkat awal, iaitu proses penaakulan moral pra-konvensional, kanak-kanak menggunakan peristiwa luaran dan fizikal (seperti kegembiraan atau sakit) sebagai sumber untuk membuat keputusan moral; kayu ukur untuk keputusan mereka sangat bersandarkan kepada apa sahaja yang dapat mengelakkan hukuman atau yang membawa kegembiraan. Pada peringkat pertengahan, proses penaakulan moral konvensional , kanak-kanak atau remaja memandang standard moral sebagai satu cara untuk mengekalkan kebenaran dari mereka yang berkuasa, terutamanya ibu bapa, dan bertindak mengikut apa yang telah di ajar. Di peringkat yang ketiga, iaitu pasca-conventional proses penaakulan moral, standard moral orang dewasa berasaskan prinsip yang telah mereka nilai sendiri dan menerimanya sebagai sesuatu yang sah sedia ada, tanpa menghiraukan pandangan masyarakat. Dari 1970-an usaha Kohlberg telah dikritik oleh ahli psikologi lain dan ahli falsafah yang dipengaruhi oleh feminisme. Menurut Carol Gilligan, peringkat yang diperkenalkan oleh Kohlberg adalah sedia ada seksis, kerana ia menyamakan kematangan moral dengan orientasi ke arah masalah moral yang dari segi sosialnya sering dikaitkan dengan lelaki tetapi bukan wanita. Manakala etika yang betul dan keadilan yang diamalkan oleh lelaki menganggap kemoralan dari segi prinsip-prinsip abstrak dan mengandungi faktor-faktor moral sebagai asas berautonomi, bertindak secara bebas dari situasi sosial mereka menurut undangundang am, etika prihatin diamalkan oleh wanita menganggap kemoralan dari segi hubungan yang kukuh dengan individual tertentu berdasarkan perasaan prihatin dan bertanggungjawab dan mengandungi faktor-faktor moral sebagai berhubung dan saling bergantung melalui perasaan prihatin dan rasa bertanggungjawab antara satu sama lain. GAMBAR The Virgin and Child, panel oleh Luis de Morales; dalam Galeri Nasional London IHSAN GALERI NASIONAL, LONDON FOTOGRAF, A.C. COOPER

M1762Morales \m-'r-ls\, Luis de; Morales, Luis de (lahir kurun ke 1509, Badajoz, Spain-meninggal dunia 9 Mei 1586, Badajoz) Pelukis potret Sepanyol. Beliau tinggal seumur hidup di Badajoz, keluar sekali-sekala untuk tujuan kerja. Beliau dianggap pelukis MANERIST terbaik Sepanyol dan dikenali terutamanya untuk lukisan keagamaan yang beremosi. Beliau selalu bekerja di atas panel, selalu menggambarkan subjek-subjek seperti Ecce Homo, Piet, dan Virgin and Child. Lukisan beliau menunjukkan pengaruh daripada LEONARDO DA VINCI dan RAPHAEL dan dikenali oleh penyempurnaan yang sangat halus dan azab asetisisme pada kurun ke-16 di Sepanyol. M1763 Lakon akhlak ; morality play Drama alegori pada kurun ke-15 dan ke-16 di Eropah. Watak-watak pelakon mempersonifikasikan nilai-nilai moral (seperti belas ikhsan atau maksiat) atau pemisahan (seperti mati atau muda). Satu daripada yang utama dalam jenis-jenis drama vernacular pada zaman itu, ia membawa kepada peralihan dari DRAMA LITURGI ke drama sekular yang profesional. Lakonan itu adalah cerita pendek, yang kebiasaannya dipersembahkan oleh kumpulan pelakon semi-profesional yang bergantung kepada sambutan orang ramai. Everyman (kurun 1495), menceritakan panggilan kepada Everyman oleh Kematian dan perjalanannya ke kubur, dianggap lakon akhlak yang terhebat. Lihat juga DRAMA MIRACLE; DRAMA MYSTERY. M1764 Morandi \m-'rn-d\, Giorgio; Morandi, Giorgio (lahir 20 Julai, 1890, Bologna, Itali- meninggal dunia 18 Jun 1964, Bologna) pelukis potret dan pemunar Itali. Beliau mempamerkan lukisannya buat pertama kali dengan FUTURIS dan berkait rapat dengan PELUKIS METAFIZIK, tetapi beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana aliran. Beliau kerap kali kembali kepada genre yang mudah, hidupan pegun geometrik dalam botol, balang, dan kotak; dengan kembali ke genre yang sama, beliau mampu untuk menggerakkan kandungan yang lepas kepada pencarian bentuk asli (contoh, garisan, warna, bentuk). Pendekatan kontemplasi beliau membuatkan gambar pemandangan dan hidupan yang pegun mempunyai rona yang halus dan reka bentuk yang sangat peka. Sebagai tenaga pengajar pemunaran di Akademi Seni Halus

Bologna (1930-56), beliau mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas pelukis grafik Itali. M1765 Sungai Morava \'m-r-v\ Bahasa German Sungai March \'mrk\; Morava River German March Sungai di timur Republik Czech. Ia bermula di kawasan pergunungan dan mengalir ke selatan dan mengalir dalam SUNGAI DANUBE hanya di atas BRATISLAVA, Slovakia, selepas mengalir sepanjang 227 batu (365 km). Di hulu sungai ia membahagikan Republik Czech dari Slovakia dan kemudian membahagikan Slovakia dari Austria. Namanya diberi MORAVIA, diambil dari kawasan di sekelilingnya. M1766 Sungai Morava; Morava River, Sungai, Serbia, Serbia dan Montenegro. Dibentuk daripada pertemuan sungai Morava Selatan (Juzna) dan Morava Barat (Zapadna), ia mengalir ke utara dan ke dalam SUNGAI DANUBE, selepas mengalir sepanjang 137 batu (221 km). Jumlah keluasan lembangan Sungai Morava adalah 14,457 batu persegi (37,444 km persegi), bersamaan dengan istilah politik SERBIA. M1767 Kawasan Moravia \m-'r-v-\ ; Moravia , tengah Eropah. Disempadani oleh Bohemia, Silesia, Slovakia, dan timur laut Austria dan diseberangi oleh SUNGAI MORAVA, ia mula didiami dari kurun ke-4 sebelum Masihi. Ia telah didominasi oleh orang Avars pada kurun ke-6 dan ke-7 selepas Masihi dan kemudian diduduki oleh puak Slavic, dan pada kurun ke-9 ia menjadi negeri Great Moravia dan memasukkan BOHEMIA sekali sebagai sebahagian daripada Poland dan Hungary moden. Ia dibinasakan oleh orang MAGYARS pada 906. Dalam tahun 1526 ia dibawah kuasa HABSBURG. Selepas REVOLUSI tahun 1848 Moravia menjadi tanah kerajaan Austrian dan BRNO sebagai ibu negeri. Pada 1918 ia digabungkan ke dalam negeri baru Czechoslovakia. Jerman mentadbir sebahagian daripadanya pada tahun 1938; selepas Perang Dunia II ia dikembalikan semula kepada Czechoslovakia. Ia dimasukkan ke dalam Republik Sosialis Czech yang diwujudkan pada 1968 dan dalam REPUBLIK CZECH pada 1993.

M1768 Moravia \m-'rv-y\, Alberto asal Alberto Pincherle; Moravia, Alberto orig. Alberto Pincherle (lahir 28 Nov, 1907, Rome, Itali-meninggal dunia 26 Sept 1990, Rome) wartawan, novelis dan penulis cerita pendek Itali. Beliau bekerja sebagai wartawan di Turin dan sebagai pewarta di London. Time of Indifference (1929), novel pertama, adalah satu lakaran berunsur kritikan ke atas korupsi moral golongan pertengahan. Karya beliau ditapis oleh label milik BENITO MUSSOLINI dan diletakkan dalam INDEX LIBRORUM PROHIBITORUM. Novel-novel terkenal seterusnya, menggambarkan pengasingan social dan keseksualan tanpa cinta, termasuk The Conformist (1951; filem, 1971), Two Women (1957; filem, 1961) dan The Empty Canvas (1960). Buku-buku cerita pendek yang dihasilkan oleh beliau termasuk Roman Tales (1954) dan More Roman Tales (1959). Beliau berkahwin dengan penulis Elsa Morante (1918-85). M1769 Gereja Moravian ; Moravian Church diasakan oleh mazhab Protestan pada kurun ke-18. Asal-usul gereja ini dapat dikesan dari Kesatuan Brethren, pergerakan HUSSITE pada kurun ke-15 di Bohemia dan Moravia. Gerakan Brethren yang asal telah terhakis oleh penindasan, tetapi telah diperbaharui pada tahun 1722 di Herrnhut, satu komuniti teokratik yang ditubuhkan di Saxony. Di Amerika orang Moravian telah mengasaskan Bethlehem, Pa. (1740), dan beberapa penempatan yang lain, dan menjalankan kerja-kerja mubaligh di kalangan orang India. Gereja Moravain mentahbiskan paderi-paderi tetapi diperintah oleh wakil synod yang dipilih; mereka berpandukan kepada kitab Injil sebagai satu-satunya hukum keimanan dan penyembahan. M1770 Belut Moray \m-'r, 'mr-,\ ; Moray Mana-mana antara 80 spesis (keluarga Muraenidae) BELUT air cetek yang mendiami semua laut tropikal dan sub-tropikal. Ia tinggal di antara terumbu karang dan batu-batu dan menyorok di dalam krevis. Kulitnya tebal, licin, tiada sisik, dan kebiasaannya mempunyai kesan yang terang atau berwarna. Kebanyakan spesis tiada sirip pektoral. Belut moray mempunyai mulut yang luas dan kuat, gigi yang tajam untuk menangkap dan memegang mangsanya (terutamanya ikan-ikan lain). Ia menyerang manusia hanya jika ia diganggu.

Kebanyakan spesis adalah kurang dari 5 kaki (1.5 m) panjang, tetapi spesis Thyrsoidea macrurus, yang ditemui di Lautan Pasifik, mampu membesar sehingga 11 kaki (3.5 m). Belut Moray kadangkala dimakan, tetapi dagingnya mungkin mempunyai toksik dan boleh membawa penyakit atau menyebabkan kematian jika dimakan. M1771 Muara Moray \'mr-\ ; Moray Firth Serokan LAUT UTARA, timur laut Scotland. Ia menganjur ke darat sepanjang 39 batu (63 km) dan seluas 16 batu (29 km) di tanjungnya paling luas. Bahagian yang paling dalam dibahagikan oleh satu semenanjung, Kepulauan Black, kepada dua semenanjung yang kecil, Muara Cromarty dan Muara Inverness; bandar INVERNESS terletak di sana. M1772 Mordecai \'mr-d-,k\ ; Mordecai Dalam buku Esther yang dengan berkaitan kitab Injil, sepupu atau penjaga ESTHER. Mordecai adalah orang Yahudi yang menyinggung perasaan Haman, menteri kepada Raja Ahasuerus. Haman telah memujuk raja untuk mengarahkan membunuh dan menghancurkan semua orang Yahudi dalam empayar Parsi, tetapi Esther, Permaisuri Ahasuerus yang dikasihi oleh orang Yahudi, merayu kepadanya supaya berubah fikiran, dan Ahasuerus mengarahkan Haman digantung, dan menamakan Mordecai sebagai pengganti, dan membenarkan orang Yahudi menyerang musuh-musuh mereka. Pembebasan orang Yahudi di Parsi daripada dihapuskan disambut dalam pesta PURIM. M1773 More, Saint Thomas; More, Saint Thomas (lahir 7 Feb, 1477, London, Eng.meninggal dunia 6 Julai 1535, London; diisytiharkan sebagai santo pada 19 Mei 1935; hari perayaan 22 Jun) negarawan dan penyokong humanisme Inggeris. Beliau belajar di Oxford dan berjaya sebagai seorang peguam dari 1501. Beliau berkhidmat sebagai pemangku syerif di London (1510-18) dan disanjungi oleh orang-orang London sebagai hakim yang adil dan perunding. Beliau telah menulis History of King Richard III (1513-18) yang terkenal dan Utopia (1516) yang termasyhur, di mana ia adalah satu kejayaan segera dengan penyokong humanisme, termasuk DESIDERIUS ERASMUS. Pada 1517 More dinamakan ke majlis raja-raja, dan beliau menjadi

setiausaha dan setiawan HENRY VIII. Pada 1523 beliau dilantik sebagai speaker untuk Dewan Rakyat. Beliau menulis karya bertajuk A Dialogue Concerning Heresies (1529) untuk menyangkal penulisan yang menyeleweng. Selepas kejatuhan Kardinal WOLSEY (1529), beliau berjaya menjadi ketua canselor, tetapi beliau meletakkan jawatan pada 1532 apabila beliau tidak boleh membuktikan penceraian Henry dari Catherine. Beliau juga enggan menerima Akta PENGUATKUASAAN . Pada 1534 More disabitkan dengan penganiayaan atasan dan dipenjarakan di Menara London, di mana beliau menulis Dialogue of Comfort Against Tribulation. Pada 1535 beliau dibicarakan dan dihukum gantung sampai mati, yang mana raja telah menukar hukuman kepada pancung. M1774 Moreau \m-'r\, Gustave ; Moreau, Gustave (lahir 6 April, 1926, Paris, Perancismeninggal dunia 18 April 1898, Paris) pelukis potret Perancis. Beliau mengembangkan satu stail yang tersendiri dalam mod SYMBOLIST, beliau menjadi terkenal dengan lukisan mitos dan tema keagamaan yang erotik. Karya-karya seperti Oedipus dan Sphinx (1864) dan Dance of Salome (1876) sering digambarkan sebagai tiruan. Beliau membuat beberapa eksperimen teknika, termasuk menggeser kanvasnya; lukisan tanpa figur, dibuat dengan gaya bebas menggunakan cat tebal, menyebabkan sesetengah orang menggelarnya sebagai perintis kepada EKSPRESIONISME ABSTRAK. M1775 Moreau, Jeanne; Moreau, Jeanne (lahir 23 Jan, 1928, Paris, Perancis) pelakon filem Perancis. Ketika berusia 20 tahun beliau menjadi ahli termuda dalam COMDIEFRANAISE. Kemunculan beliau di layar perak adalah dalam The Last Love (1949) dan telah mendapat sanjungan untuk wataknya dalam LOUIS MALLES Frantic (1957) dan The Lovers (1958). Walaupun tidak begitu cantik, beliau dikenali dengan keghairahannya dan bersifat sofistikasi. Beliau berlakon dalam Moderato contabile (1960), La notte (1961) dan Jules et Jim (1961), sebagai wanita yang dicintai oleh dua lelaki dalam filem yang mengangkatnya sebagai bintang antarabangsa, dan kemudian dalam The Trial (1962), Diary of the Chambermaid (1964) dan The Bride Wore Black (1968). Beliau juga turut mengarah filem, termasuk Lumire (1976) dan LAdolescente (1978).

M1776 Kolej Morehouse; Morehouse College Persendirian, milik orang kulit hitam, kolej seni liberal untuk lelaki di Atlanta, Ga. Ia diasaskan sebagai Institut Augusta, satu seminari. Pada 1867 dan diberi nama semula pada 1913 sebagai memberi penghormatan kepada Henry L. Morehouse, seorang pentadbir. Ia menawarkan program dalam bidang perniagaan, pendidikan, ilmu kemanusiaan, dan fizikal dan sains semulajadi. Ia adalah sebahagian dari konsortium pendidikan di mana enam institusi, termasuk SPELMAN COLLEGE, pertukaran fakulti, pelajar-pelajar, kemudahan dan kurikulum. Alumni yang terkenal termasuk MARTIN LUTHER KING, JR., ketua hak asasi JULIAN BOND, dan pengarah filem SPIKE LEE. M1777 Morel \m-'rel\ ;morel Mana-mana dari pelbagai spesis CENDAWAN yang boleh dimakan dalam genus Morchella dan Verpa. Morel mempunyai kepala yang bersimpul atau berlubang, atau payung, saiz yang berbeza, dan boleh dijumpai di mana-mana habitat. M. esculenta adalah cendawan yang boleh dimakan dan dijumpai dalam kayu ketika awal musim panas, ia adalah antara fungi termahal yang boleh dimakan. Morel berbentuk loceng (Verpa), cendawan yang boleh dimakan dengan payung berbentuk loceng, dijumpai dalam hutan dan kebun-kebun lama di awal musim bunga. Morel yang palsu, atau lorchel, mewakili genus Gyromitra dan Helvella. Kebanyakan spesis Gyromitra adalah beracun. M1778 Morelia \m-'rl-y\; Morelia Bandar (populasi, 2000: 549,996), ibu kota negeri MICHOACN, barat tengah Mexico. Ia telah diasaskan pada 1541 sebagai Valladolid, satu kawasan di penempatan orang asli Tarascan. Ia menggantikan Ptzcuaro sebagai ibu kota wilayah pada 1582. Ketika Perang Mexico untuk kemerdekaan ia menjadi pusat operasi untuk revolusi buat sementara waktu; pada 1828 namanya telah diubah dari Valladolid ke Morelia untuk menghormati pemimpin revolusi Jos Mara Morelos. Ia merupakan pusat perdagangan untuk kawasan pertanian. Antara institusi pendidikannya adalah Universiti Michoacn dan Universiti Colegio San Nicols (1540), instituti pengajian tinggi yang tertua di Mexico.

M1779 Morelos \m-'r-ls\; Morelos Negeri (populasi 2000:1,555,296), tengah Mexico. Ia meliputi 1,9111 batu persegi (4,950 km persegi), dan ibu kotanya adalah Cuernavaca. Terletak di lereng sebelah selatan penara tengah Mexico, ia adalah salah satu negeri pertanian yang paling subur, dengan lembah yang menghasilkan pelbagai produk pertanian. Ia dinamakan semperna Jos Mara Morelos dan adalah tempat kelahiran EMILIANO ZAPATA, kedua-duanya merupakan wira dalam Perang Mexico untuk kemerdekaan. M1780 Teluk Moreton \'mr-tn\; Moreton Bay Serokan Lautan Pasifik, tenggara pantai QUEENSLAND, Australia. Ia adalah 65 batu (105 km) panjang dan 20 batu (32 km) lebar, dan ia menjadi pintu masuk ke BRISBANE. Pada 1770 pemandu arah British Kapten JAMES COOK menamakan teluk itu (salah ejaan) Morton earl. Penempatan pertama di tanah besar adalah panel koloni yang dibina di Redcliffe pada awal kurun ke-19. M1781 Morgan; Morgan Baka KUDA ringan yang berasal dari kuda Vermont (bunting 1793, mati 1821) dinamakan semperna pemiliknya, Justin Morgan (1747-1797). Kuda Justin Morgan, adalah kacukan dari THOROUGHBRED, ARABIAN, dan unsurunsur yang lain, adalah padat, sangat berotot, kuda yang berkaki pendek dengan stail yang hebat, bertenaga, dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Oleh kerana hanya ia yang memberikan baka itu, ia adalah contoh terbaik untuk keprapotenan (kebolehan untuk sesuatu organisma mewariskan ciri-cirinya kepada anaknya). Kebanyakan Morgan pada masa kini digunakan untuk tunggangan. Ketinggiannya adalah 14.1-15.2 jari (57-61 inci, 145-155 cm), beratnya 900-1,100 paun (400-500 kg), dan menyerupai bentuk dan ketahanan kuda Arab. M1782 Morgan, Daniel; Morgan, Daniel (lahir 1736, wilayah Hunterdon, N.J.-meninggal dunia 6 Julai 1802, Winchester, Va., U.S) pegawai tentera Revolusioner Amerika. Beliau telah ditugaskan sebagai kapten kepada askar bersenapang Virginia dan bertempur di bawah arahan BENEDICT ARNOLD dalam serangan yang gagal ke atas

Quebec (1775). Pada 1777 beliau menyertai Jeneral HORATIO GATES dalam Pertempuran Saratoga. Pada 1780 beliau dilantik menjadi brigadier jeneral dan berperang di Selatan, mengalahkan angkatan tentera Britain yang besar di Cowpens, S.C. Pada 1794 beliau mengetuai anggota militia Virginia untuk menumpaskan PEMBERONTAKAN WHISKEY. M1783 Morgan, Sir Henry ; Morgan, Sir Henry (lahir 1635, Llanrhymney, Glamorgan, Wales-meninggal dunia 25 Ogos 1688, kemungkinan di Lawrencefield, Jam.) lanun Wales. Dalam PERANG INGGERIS-BELANDA yang kedua, beliau telah memerintahkan lanun menentang koloni orang Belanda di Caribbean. Selepas menawan Puerto Prncipe di Cuba dan menjarah bandar Portobelo, pada 1670 beliau telah pergi dengan 36 kapal dan 2,000 lanun untuk menawan bandar utama Sepanyol iaitu bandar Panam, mengalahkan angkatan besar tentera Sepanyol, dan menjarah dan membakar bandar tersebut. Dalam perjalanan pulang, beliau meninggalkan pengikutnya dan mengambil kebanyakan harta rampasan. Pada 1674 beliau dikurniakan darjat kesatria dan dihantar ke Jamaica sebagai penolong gabenor. Kisah mengenai perbuatan Morgan dibesar-besarkan dan mencipta satu reputasi yang popular yang menganggap beliau sebagai lanun yang kejam. M1784 Morgan, J(ohn) P(ierpont); Morgan, J(ohn) P(ierpont) (lahir 17 April, 1837, Hartford, Conn., U.S.-meninggal dunia 31 Mac 1913, Rome, Itali) ahli kewangan A.S. Anak kepada ahli kewangan, beliau memulakan karier sebagai seorang akauntan pada 1857 dan menjadi agen untuk syarikat perbankan ayahnya pada 1861. Pada 1871 beliau telah dinamakan sebagai rakan kongsi dalam firma Drexel, Morgan, sumber kewangan utama kerajaan A.S. Pada 1895 ia menjadi Syarikat J.P. Morgan. Pada tahun 1880-an dan 90-an Morgan menyusun semula beberapa jalan kereta api yang utama, terutamanya JALAN KERETA API ERIE dan UTARA PASIFIK. Beliau memainkan peranan penting untuk mencapai kadar jalan kereta api yang stabil dan tidak menggalakkan persaingan yang terlalu huru-hara, dan beliau menjadi salah seorang usahawan kereta api yang terulung di dunia, mengawal lebih kurang 5,000 batu (8,000 km) jalan kereta api pada tahun 1902. Selepas keadaan panik pada 1893, Morgan menubuhkan satu sindiket untuk membekalkan emas kepada rizab emas di

Perbendaharaan A.S.

yang semakin berkurangan. Beliau mengetuai komuniti

kewangan untuk menghindarkan kejatuhan kewangan selepas kejatuhan pasaran saham pada tahun 1907. Beliau membiayai beberapa penggabungan perindustrian yang besar, mengaturkan penggabungan yang membentuk GENERAL ELECTRIC, UNITED STATES STEEL CORP. , dan International Harvester Co. (lihat NAVISTAR INTERNATIONAL CORP.). Pengumpul hasil seni yang terkenal, beliau banyak menderma hasil seni kepada MUZIUM SENI METROPOLITAN; koleksi buku beliau dan bangunan yang menyimpan koleksinya menjadi Perpustakaan Pierpont Morgan di Bandar New York. M1785 Morgan, J(ohn) P(ierpont), Jr.; Morgan, J(ohn) P(ierpont), Jr. (lahir 7 Sept, 1867, Irvington, N.Y., A.S.-meninggal dunia 13 Mac 1943, Boca Grande, Fla.) pengurus bank dan ahli kewangan A.S. Beliau menyertai Syarikat J.P. Morgan pada 1892 dan mengawalnya pada 1913 selepas kematian ayahnya, J.P. MORGAN. Dalam Perang Dunia I beliau berkhidmat sebagai agen pembelian di A.S untuk kerajaan British dan Perancis dan menguruskan penajaan jamin melebihi $1.5 juta dalam bentuk bon Perikatan. Beliau mengumpul dana daripada pengurus-pengurus bank yang lain dalam satu usaha untuk mengelakkan kejatuhan pada 1929 tetapi gagal. Akta perbankan 1933 memaksa firmanya untuk mengasingkan aktiviti perbankan pelaburan dan perbankan perniagaan. Syarikat Morgan dan Stanley menjadi firma perbankan pelaburan yang baru, sementara Morgan kekal menjadi ketua Syarikat J.P. Morgan, yang mana hanya menjadi firma perbankan perniagaan sahaja. M1786 Morgan, Joe secara penuh Joseph Leonard Morgan; Morgan, Joe in full Joseph Leonard Morgan (lahir 19 Sept, 1943, Bonham, Texas, A.S.) pemain besbol A.S. Morgan dinamakan Rookie Tahun 1965, musim penuh pertama beliau adalah Houstan Astros. Ketika setiap lapan musim dengan Cincinnati Reds (1972-79) beliau menjadikan pasukan All-Star sebagai penjaga tapak yang kedua. Beliau telah dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga Liga Kebangsaan pada 1975 dan 1976, ketika beliau mengetuai Reds untuk menjadi juara Siri Dunia berturut-turut. Beliau memecahkan rekod yang dipegang oleh ROGERS HORNSBY untuk home run sebanyak 266 sebagai penjaga tapak yang kedua, (kemudian dipecahkan oleh Ryne

Sandberg dengan 277). Pada 1990 Morgan telah dipamerkan di Hall of Fame Besbol. M1787 Morgan, John; Morgan, John (lahir 10 Jun, 1735, Philadelphia, Pa., A.S.-meninggal dunia 15 Okt 1789, Philadelphia) pendidik perubatan A.S. Beliau belajar perubatan di Eropah sebelum kembali ke koloni Amerika dan mengasaskan sekolah perubatan pertama mereka pada 1765 di Universiti Pennsylvania. Sebagai profesor perubatan pertama Utara Amerika, beliau mahukan pendidikan liberal untuk para pelajarnya dan mengasingkan ilmu perubatan, pembedahan, dan farmakologi kepada disiplin yang berbeza-beza, tetapi polisi tersebut ditolak oleh pakar perubatan kolonial. Beliau dilantik sebagai ketua bagi sistem perubatan tentera pada 1775; walau bagaimanapun Kongres Kontinental tidak membenarkan beliau menguruskan sistem tersebut dan memecatnya pada 1777, dan menuduh beliau bertanggungjawab ke atas kadar kematian yang tinggi semasa perang. Walaupun dibebaskan pada 1779, beliau tidak pernah pulih, dan telah meninggal dunia dalam keadaan miskin dan berseorangan. M1788 Morgan, Julia; Morgan, Julia (lahir 20 Jan, 1872, San Francisco, Calif., A.S.meninggal dunia 2 Feb 1957, San Francisco) arkitek A.S. Beliau menerima ijazah kejuruteraan dari Universiti California di Berkeley. Pelajar seni bina wanita yang pertama di cole des Beaus-Arts di Paris (1898), beliau kemudiannya menjadi arkitek wanita pertama yang berlesen di California. Morgan berkecimpung dalam bidang seni bina selama 40 tahun, menghasilkan lebih kurang 800 bangunan, kebanyakannya di California, terutamanya di San Francisco. Beliau membuka pejabat seni bina kepunyaannya sendiri pada 1904, dan kemusnahan San Francisco yang disebabkan oleh gempa bumi pada 1906 membuka peluang untuk beliau merekabentuk beratus rumah dan gereja, bangunan pejabat, dan bangunan pendidikan di kawasan Bay. Beliau sangat diingati kerana merekabentuk istana peribadi WILLIAM RANDOLPH HEARTS di SAN SIMEON (1919-38). M1789 Morgan, Lewis Henry; Morgan, Lewis Henry (lahir 21 Nov, 1818, berdekatan Aurora, N.Y., A.S.-meninggal dunia 17 Dec 1881, Rochester, N.Y.) ahli etnologi dan

pengasas utama antropologi saintifik A.S. Morgan mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap orang asli Amerika dan pada 1846 beliau akhirnya diambil oleh SENECA. Satu tinjauan sedunia System of Consanguinity and Affinity of the Human Family (1871) yang dilakukan oleh beliau mengenai sistem HUBUNGAN PERSAUDARAAN yang dicari untuk menwujudkan hubungan antara budaya dan yang paling penting adalah untuk membuktikan asal usul orang asli Amerika daripada Asia. Kerja ini membawa kepada teori EVOLUSI SOSIOBUDAYA yang komprehensif , yang dikeluarkan dalam Ancient Society (1877). Beliau mendakwa bahawa kemajuan dalam organisasi sosial wujud terutamanya dari perubahan dalam penghasilan makanan dan masyarakat yang telah berkembang dari peringkat memburu dan berkumpul (kekejaman) kepada satu pertempatan pertanian (barbarisme) kepada tamadun moden. Teori ini, dengan teori lain berkaitan masyarakat yang berasal dari kehidupan seksual secara rambang dan kemajuan melalui pelbagai bentuk kehidupan berkeluarga sebelum berakhir dengan monogami, sekarang sudah lapuk. Walau bagaimanapun, setelah bertahun-tahun, Morgan adalah dekan antropologi Amerika, dan idea-idea pelopor beliau mempengaruhi banyak teori antaranya, KARL MARX dan FRIEDRICH ENGELLS. M1790 Morgan, Thomas Hunt; Morgan, Thomas Hunt (lahir 25 Sept, 1866, Lexington, Ky., A.S.-meninggal dunia 4 Dis 1945, Pasadena, Calif.) ahli zoologi dan ahli genetik A.S. Beliau menerima ijazah kedoktoran dari Universiti Johns Hopkins. Sebagai seorang profesor di Universiti Columbia (1904-28) Institut Teknologi California (1928-45), beliau menjalankan penyelidikan yang penting mengenai KETURUNAN. Seperti yang lain-lain sezaman dengan beliau, Morgan mendapati teori pemilihan semulajadi CHARLES DARWIN tidak boleh dipercayai kerana ia tidak boleh diuji secara eksperimen, dan beliau membantah teori-teori Mendelian dan kromosom, berdebat bahawa tiada satu kromsom yang boleh membawa ciri-ciri keturunan yang spesifik. Pandangan beliau berubah setelah beliau mengkaji Drosophila. Beliau menghasilkan hipotesis mengenai ciri-ciri keturunan terangkai seks. Beliau menggunakan istilah gen dan membuat kesimpulan bahawa gen-gen mungkin telah disusun dalam bentuk lurus di atas kromosom-kromosom. Beliau telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel pada tahun 1933. Lihat juga KELVIN BLACKMAN BRIDGES.

M1791 Morgan le Fay; Morgan le Fay (Morgan the Fairy) perempuan penggoda dalam LEGENDA ARTHURIAN. Kemahiran dalam seni menyembuh dan menukar bentuk, beliau memerintah AVALON, pulau di mana Raja ARTHUR berundur untuk disembuhkan lukanya selepas peperangan terakhir beliau. Morgan mempelajari kuasa magisnya dari buku dan dari MERLIN. Di dalam cerita lain Morgan ialah kakak kepada Arthur dan juga musuh beliau, dan menggoda beliau untuk menghasilkan zuriat lelaki dengan Arthur yang kemudiannya membunuh Arthur. M1792 Morgenthau \'mr-gn-,tho\, Henry, Jr. ; Morgenthau Henry, Jr. (lahir 11 Mei, 1891, New York, N.Y., A.S-meninggal dunia 6 Feb, 1967, Poughkeepsie, New York) penjawat awam A.S. Beliau merupakan penyunting bagi American Agriculturist (1922-33) dan merupakan rakan karib kepada FRANKLIN D. ROOSEVELT. Sebagai setiausaha perbendaharaan dalam kabinet Roosevelt (1934-45), beliau bertanggungjawab untuk membiayai program NEW DEAL dan sangat banyak perbelanjaan ketenteraan untuk Perang Dunia II. Lebih $370 billion telah dibelanjakan ketika waktu perang, lebih tiga kali ganda dari wang yang dibelanjakan oleh 50 setiausaha perbendaharaan sebelumnya. Beliau meletakkan jawatan selepas kematian Roosevelt dan bersara ke ladangnya. M1793 Sungai Morghb \mr-'gb\ atau Sungai Murgab \mr-'gb\ ; Morghab River or Murgab River Sungai, barat laut Afghanistan dan tenggara Turkmenistan. Ia mengalir ke barat dan kemudian ke utara memasuki Turkmenistan dan lebih kurang 600 batu (970 km) panjang. Ia membentuk sempadan antara Turkmenistan dan Afghanistan sepanjang beberapa batu. Di utara Mary (MERV), ia menghilang ke dalam pasir GURUN KARAKUM. M1794 Mrike \'m-r-k\, Eduard Friedrich; Mrike, Eduard Friedrich (lahir 8 Sept, 1804, Ludwigsburg, Wrttemberg-meninggal dunia 4 Jun, 1875, Stuttgart) pemuisi lirik Jerman. Seorang paderi, Mrike menderita sepanjang hidupnya dari penyakit psikosomatik dan bersara di usia 39, memberi kuliah tentang kesusasteraan sebagai

tambahan kepada pencennya. Antara karya kecil kesusasteraan beliau termasuk novel Maler Nolten (1832), cerita dongeng, dan Mozart on the way to Prague (1856), satu penelitian yang humor mengenai masalah seniman dalam dunia yang tidak secocok dengan seni. Hasil karya terbaik beliau merupakan lirik-lirik yang sangat indah, puisi yang terkenal Peregina, yang mengabadikan cinta zaman remaja, dan soneta kepada bekas tunangan; kebanyakannya digubah kepada muzik oleh HUGO WOLF. M1795 Morison, Samuel Eliot; Morison, Samuel Eliot (lahir 9 Julai, 1887, Boston, Mass., A.S.-meninggal dunia 15 Mei, 1976, Boston) ahli sejarah dan periwayat hidup A.S. Beliau mengajar di Universiti Harvard selama 40 tahun. Untuk memberikan keunikan kepada hasil tulisannya mengenai sejarah perkapalan, beliau menyertai banyak pelayaran dan semasa waktu perang beliau berkhidmat di atas 12 buah kapal sebagai pegawai suruhanjaya di tentera laut simpanan A.S. Hasil karya beliau termasuk Admiral of the Ocean Sea (1959, Hadiah Pulitzer), mengenai CHRISTOPHER COLUMBUS; John Paul Jones (1959, Hadiah Pulitzer); karya bersejarah History of U.S Naval Operations in World War II, jilid 15 (1947-62); dan The Oxford History of the American People (1965). M1796 Morison, Stanley; Morison Stanley (lahir 6 Mei, 1889, Wanstead, Essex, Eng.meninggal dunia 11 Okt, 1967, London) jurutipografi, cendekiawan, dan ahli sejarah dalam pencetakan Inggeris. M1796 Beliau mendapat banyak pengalaman dalam bidang pencetakan dan tipografi dengan bekerja untuk syarikat penerbitan. Beliau berkhidmat sebagai penyunting untuk jurnal tipografi yang berpengaruh The Fleuron (1926-30). Beliau bekerja untuk The Times (London) dalam pelbagai tugas, termasuk penyunting untuk The Times Literary Supplement (1929-60). Beliau sangat terkenal sebagai pereka bentuk Times New Roman, yang mana telah digunakan sebagai rupa taip asas The Times pada 1932, dan terus menjadi rupa taip baru yang paling berjaya pada kurun ke-20. M1797 Morisot \m-r-'z\, Berthe; Morisot, Berthe (lahir 14 Jan, 1841, Bourges, Perancis-

meninggal dunia 2 Mac, 1895, Paris) pelukis dan pencetak seni Perancis. Cucu perempuan JEAN-HONOR FRAGONARD, beliau belajar dengan CAMILLE COROT, tetapi pengaruh terbesar dalam hasil kerjanya adalah DOUARD MANET, yang mana beliau telah berkahwin dengan adiknya. Beliau sering mengadakan pameran dengan IMPRESSIONISTS. Tiada antara pameran beliau yang terbukti berjaya secara komersial, tetapi jualan beliau lebih laris dari CLAUDE MONET, PIERRE-AUGUSTE RENOIR, dan ALFRED SISLEY. Cara pewarnaan beliau halus dan lembut, sering melunturkan warna hijau berkilat, dan beliau sering menggunakan ahli keluarganya sebagai subjek. Beliau sangat terkenal dengan catan berusan yang sangat bebas dan dengan kesensitifan yang dibawa kepada subjek wanitanya. M1798 Morita \m-'r-t\, Akio; Morita, Akio (lahir 26 Jan, 1921, Nagoya, Jepun-meninggal dunia 3 Okt, 1999, Tokyo) usahawan Jepun, pengasas bersama SONY CORP. Anak kepada keluarga lama yang membru sake, Morita telah dilatih sebagai ahli fizik. Pada 1946 beliau dan Ibuka Masaru telah bersama mengasaskan Tokyo Telecommunications Engineering Corp., yang telah mengubah namanya kepada Sony Corp. pada 1958. Utamanya bertanggungjawab untuk kewangan dan pasaran, Morita menggunakan teknik pengiklanan A.S. dan menubuhkan loji pertama Sony di A.S. pada 1972. Beliau menjadi ketua pegawai eksekutif pada 1971 dan pengerusi lembaga pada 1976, di mana beliau berkhidmat sehingga 1994. Di bawah pengawasan beliau Sony menjadi pengilang barangan elektronik terkenal di dunia. M1799 Morley (of Blackburn), John Morley, Viscount; Morley (of Blackburn), John Morley, Viscount (lahir 24 Dis, 1838, Blackburn, Eng-meninggal dunia 23 Sept, 1923, Wimbledon, London) ahli politik dan ahli sejarah Inggeris. Beliau bekerja sebagai wartawan di London dari 1860, terutamanya sebagai penyunting untuk Fortnightly Review (1867-82) yang liberal. Penyokong WILLIAM E. GLADSTONE, Morley berkhidmat dalam Dewan Rakyat dengan 1883-95, 1896-1908). Sebagai ketua setiausaha untuk Ireland (1886, 1892-95), beliau membantu menyediakan bil-bil HOME RULE Ireland. Sebagai setiausaha India (1905-10), beliau membawa wakil India yang dipilih ke dalam kerajaan. Beliau juga menulis kerja bersejarah yang dipuji, termasuk biografi Gladstone, VOLTAIRE, JEAN-JACQUES ROUSSEAU,

dan OLIVER CROMWELL. M1800 Morley, Thomas; Morley, Thomas (lahir 1557/58, Norwich, Norfolk, Eng.-meninggal dunia Oktober, 1602, London) komposer, pemain organ, dan teoris muzik Inggeris. Beliau belajar di Oxford dan belajar dengan WILLIAM BYRD. Walaupun beliau menggubah banyak lagu kebangsaan dan zabur, beliau sangat dikenali dengan lagulagu sekularnya, termasuk yang telah diterbitkan dalam First Booke of Ayres (1600), dan untuk karya A Plaine and Easie Introduction to Practicall Musick (1597). Dengan menyunting dan mencetak beberapa antologi muzik Itali (sering digubah semula), beliau sangat instrumental dalam membawa MADRIGAL Itali ke England. Beliau juga menyunting The Triumphes of Oriana (diterbitkan 1603), koleksi madrigal Inggeris yang paling bernilai. M1801 Mormon; Mormon Ahli Gereja Jesus Christ Santo masa kini atau sekta yang sangat berkait dengannya (contoh, KOMUNITI CHRIST). Agama Mormon telah diasaskan oleh JOSEPH SMITH, yang mendakwa telah menerima wahyu dari malaikat yang memberitahunya lokasi plat-plat emas yang mengandungi wahyu Tuhan; ini telah diterbitkan oleh beliau pada 1830 sebagai Book of MORMON. Smith dan para pengikutnya menerima kitab Injil begitu juga kitab suci Mormon tetapi sangat berbeza dari Kristian ortodoks, terutamanya dalam kenyataan bahawa Tuhan wujud dalam tiga entiti yang berbeza sebagai Ayah, Anak, dan Semangat Suci. Pengikut Mormon juga percaya bahawa ahli-ahli gereja yang taat akan mendapat kehidupan yang abadi sebagai tuhan-tuhan. Doktrin unik yang lain termasuk kepercayaan dalam jiwa-jiwa pra-wujud yang menunggu untuk dilahirkan dan dalam kematian yang diselamatkan melalui pembaptisan retroaktif. Gereja tersebut menjadi sangat terkenal kerana amalan POLIGAMI nye walaupun secara rasmi ia dibenarkan hanya antara 1892 dan 1890. Smith dan para pengikutnye berhijrah dari Palmyra, N.Y., ke Ohio, Missouri, dan akhirnya ke Illinois, dimana Smith telah dibunuh oleh seorang perusuh pada 1844. Pada 1846-47, dibawah BRIGHAM YOUNG, pengikut Mormon membuat trek sepanjang 1,100 batu (1,800 km) ke Utah, dimana mereka mengasaskan BANDAR SALT LAKE. Pada awal kurun ke-21, gereja tersebut mempunyai keahlian seluruh dunia hampir 10 juta, berkembang setiap tahun oleh kerja-kerja dakwah yang mana

ahli gereja, kedua-dua lelaki dan wanita, digalakkan untuk melakukanya. M1802 Buku Mormon; Mormon, Book of Kitab suci MORMON, tambahan kepada kitab INJIL. Pertama kali diterbitkan pada 1830, ia dipegang oleh semua cabang Mormonisme dan menjadi hasil kerja ketuhanan yang sangat dikagumi yang diterjermah oleh pengasas agama mereka, JOSEPH SMITH. Ia mengaitkan sejarah puak Hebrew yang telah berhijrah dari Jerusalem ke Amerika kurun 600 SEBELUM MASIHI. Mereka kemudian berpecah kepada 2 kumpulan: Lamanites, yang merupakan nenek moyang orang Indian Amerika; dan Nephites, yang telah diarahkan oleh JESUS sebelum dimusnahkan oleh Lamanites. Nabi Mormon menyimpan sejarah mereka diatas tablet emas, yang telah tertanam dan kekal tersembunyi berkurun-kurun lamanya. Anak Mormon, Moroni, muncul kepada Smith dalam bentuk malaikat dan membongkarkan lokasi mereka. M1803 Keluarga bunga seri pagi; morning-glory family Keluarga Convolvulaceae, terdiri daripada lebih kurang 1,400 spesis tumbuhan berbunga dalam 50 genera, ditanam secara meluas untuk warna-warnanya, bunga berbentuk corong. Kebanyakannya adalah tumbuhan herba yang melilit dan menegak; ada juga tumbuhan kayu menjalar, pokok, dan semak. Keluarga tumbuhan ini tersebar meluas di kedua-dua kawasan tropikal dan kawasan beriklim sederhana. Kebanyakan bunga seri pagi adalah dari genus Ipomoea, sama seperti UBI KELEDEK. Beberapa spesis RUMPAI BIND adalah perosak tanaman. Biji benih untuk dua spesis, Rivea corymbosa dan I. violacea, mengandungi sebatian halusinogen untuk kepentingan sejarah. M1804 Duke de Morny \mr-'n\, Charles-Auguste-Louis-Joseph; Morny, CharlesAuguste-Louis-Joseph, duke de (lahir 21 Okt, 1811, Paris, Perancis-meninggal dunia 10 Mac, 1865, Paris) ahli politik Perancis. Adik lelaki tiri Louis-Napolon (kemudian NAPOLEON III), Morny menumpukan dirinya kepada masyarakat Paris dan cuba untuk mendapatkan kekayaan sebelum berkhidmat dalam Kamar Pemangku (1842-48, 1849). Dilantik menjadi menteri dalaman pada 1851, beliau menguruskan plebisit yang menjadikan Louis-Napoleon seorang diktator. Sebagai presiden badan

perundangan (1856-65), beliau cuba untuk memujuk Napoleon III untuk memberikan lebih kebebasan kepada Perancis, namun usahanya gagal. M1805 Orang Moro; Moro Mana-mana ahli masyarakat Muslim yang tinggal di bahagian selatan Filipina. Orang Moro, yang mewakili 5% daripada populasi Filipina, adalah tidak berbeza dari segi etnik dengan orang Filipina yang lain, tetapi, dengan kepercayaan Islam dan budaya tempatan yang berasingan, mereka telah menjadi sasaran prasangka dan diabaikan. Mereka mempunyai sejarah konflik yang panjang dengan kuasa pemerintah: yang pertama dengan penjajah Roman Katolik Sepanyol (kurun ke-16 hingga ke-19), kemudian dengan tentera darurat A.S., dan akhirnya dengan kerajaan merdeka Filipina. Walaupun Barisan Pembebasan Nasional Moroyang menyokong faham pemisahan Moro dan menyebabkan pemberontakan ganas pada akhir 1960-an dan 70-an-berpisah kepada puak-puak pada akhir 1970-an, pemberontakan tetap berterusan. Peruntukan untuk mengembangkan Kawasan Berautonomi untuk orang Muslim MINDANAO, ditubuhkan pada akhir 1980-an, ia termasuk juga dalam perjanjian 1996, tetapi terdapat puak pemisah yang terus bertahan untuk mendapatkan kemerdekaan yang sepenuhnya. M1806 Moro, Aldo; Moro, Aldo (lahir 23 Sept, 1916, Maglie, Itali-meninggal dunia 9 Mei, 1978, berdekatan atau di Rom) ahli politik Itali dan perdana mentari Perancis (196364,1964-66,1966-68,1974-76,1976). Pensyarah perundangan di Universiti Bari, beliau dipilih ke badan perundangan pada 1946. Beliau berkhidmat dalam beberapa jawatan dalam kabinet, kemudian menjadi setiausaha untuk Parti Demokratik Kristian (195963). Sebagai perdana menteri Itali, beliau memasukkan sosialis dalam kerajaan campurannya. Pada 1976 beliau menjadi presiden parti Demokratik Kristian dan kekal berpengaruh dalam politik Itali. Pada 1978 beliau telah diculik di Rom oleh RED BRIGADES; selepas kerajaan tidak mahu melepaskan ahli Red Brigades yang sedang dalam perbicaraan di Turin, beliau telah dibunuh oleh penawannya. M1807 Krisis Maghribi; Moriccan crises (1905-1911) Dua kejadian Eropah yang menumpukan kepada usaha Jerman untuk menyekat kawalan Perancis ke atas

Maghribi dan untuk mengehadkan kuasa Perancis. Semasa melawat Tangier pada 1905, maharaja Jerman WILLIAM II mengeluarkan satu kenyataan yang menyokong pembebasan Maghribi, yang mana telah mneyebabkan panik antarabangsa. Krisis tersebut telah diselesaikan di PERSIDANGAN ALGECIRAS (1906), yang telah mengiktiraf kepentingan khas politik Perancis dalam Maghribi. Krisis kedua berlaku pada 1911 apabila bot pembedil Jerman tiba di Agadir, kononnya untuk melindungi kepentingan ekonomi Jerman ketika pemberontakan tempatan. Perancis membantah dan membuat persiapan untuk berperang, begitu juga Britain, tetapi penyelesaian yang dibincangkan telah memberi hak kepada Perancis untuk melindungi Maghribi. Sebagai balasan, Jerman mendapat bahagian dalam Kongo Perancis. M1808 Maghribi secara rasminya Kerajaan Maghribi; Morocco officially Kingdom of Morocco Negara, Utara Afrika. Kawasan: 177,117 batupersegi (458,730 km persegi). Populasi (anggaran pada tahun 2005): 31,478,000. Ibu negeri:RABAT. Orang Afrika utara, Berber, yang berketurunan Arab (Amazigh) adalah kumpulan etnolinguistik terbesar di negara itu; terdapat orang Perancis, Sepanyol, dan Orang Badui minoriti. Bahasa: Bahasa Arab (rasmi), Berber, Perancis. Agama: Islam (rasminya; kebanyakannya Sunni). Matawang: dirham. Maghribi adalah negara yang mempunyai banyak gunung dengan purata aras tinggi 2,600 kaki (800 m) di atas paras laut. Satu banjaran gunung yang dikenali sebagai RIF berlanjutan sepanjang pantai utara; GUNUNG ATLAS menaik di tengah-tengah negara itu dan termasuk Gunung Toubkal (13,665 kaki [4,165 m]), puncak tertinggi Maghribi. Kawasan tersebut adalah zon aktiviti seismos yang kuat, dan gempa bumi sering berlaku. Tanah pamah yang subur menggalakkan pertanian; tanaman utama termasuk barli, gandum, dan bit gula. Maghribi adalah salah satu pembekal fosfat terbesar di dunia. Pusat perindustriannya adalah CASABLANCA, bandar yang paling besar. Ia adalah perlembagaan monarki dengan dua badan perundangan; ketua negeri dan ketua kerajaan adalah raja, dibantu oleh perdana menteri. Orang Berber memasuki Maghribi hampir akhir milenium ke-2 SEBELUM MASIHI. Orang PHOENECIA menubuhkan pusat perdagangan sepanjang pantai Mediterranean ketika kurun ke-12 SEBELUM MASIHI, dan orang CARTHAGE menetap di sepanjang pantai Atlantik pada kurun ke-5 SEBELUM MASIHI. Selepas kejatuhan orang Carthage, ketua kawasan tersebut menjadi pihak berikat yang setia pada Rom, dan pada 42 SELEPAS MASIHI ia telah diilhakkan oleh

orang Rom sebagai sebahagian dari wilayah MAURETANIA. Ia telah diserang oleh orang Islam pada kurun ke-7. DINASTI ALMORAVID menguasainya dan kawasan Sepanyol orang Islam pada pertengahan kurun ke-11; DINASTI ALMOHAD menggulingkan Almoravid pada kurun ke-12 dan kemudian dikuasai oleh DINASTI MARINID pada kurun ke-13. Selepas kejatuhan Marinid pada pertengahan kurun ke15, dinasti Sadi memerintah untuk satu kurun, bermula dari kurun 1550. Diserang oleh lanun PANTAI BARBARY memaksa Eropah untuk memasuki kawasan tersebut; orang Perancis berperang dengan Maghribi untuk sempada Algeria, orang Eropah mendapat hak perdagangan pada 1856, dan orang Sepanyol merampas sebahagian jajahan Maghribi pada 1859. Maghribi adalah negeri naungan Perancis dari 1912 sehingga kemerdekaannya pada 1956. Pada 1970-an bertegas untuk hak ke atas Padang Pasir Sepanyol (lihat WESTERN SAHARA), dan pada 1976 tentera Sepanyol berundur dari kawasan tersebut, meninggalkan gerila Saharan yang menyokong Algeria untuk gerakan POLISARIO. Hubungan dengan Mauritania dan Algeria menjadi bertambah buruk, dan perbalahan ke atas kawasan tersebut berterusan. Usaha pengantara telah dibuat oleh komuniti antarabangsa. M1809 Bandar Moroni; Moroni (populasi, 1995: 340,168), ibu negeri Pulau-pulau COMOROS, terletak atas pulau Grande Comore (Njazidja) di Lautan Hindi. Diasaskan oleh peneroka yang berbahasa Arab, ia adalah petempatan terbesar di Comoros dan telah menjadi ibu negeri sejak 1958. Pelabuhan Moroni terdiri dari bagan yang kecil dalam suak semulajadi. Bandar itu mengekalkan keperibadian Arab dan mempunyai beberapa masjid, termasuk Chiounda, pusat naik haji. M1810 morfem; morpheme Dalam linguistik, unit tatabahasa yang paling kecil dalam pertuturan. Ia mungkin keseluruhan perkataan (cat) atau satu elemen satu perkataan (re- dan -ed dalam reappeared). Dalam bahasa yang dianggap terasing, seperti bahasa Vietnam, setiap perkataan mengandungi satu morfem; dalam bahasa seperti Bahasa Inggeris, perkataan biasanya mempunyai banyak morfem. Kajian mengenai morfem termasuk dalam MORFOLOGI. M1811 Morpheus; Morpheus dalam mitology Yunani dan Rom, tuhan mimpi-mimpi. Beliau

adalah salah seorang anak kepada Hypnos (Somnus), tuhan tidur. Morpheus menghantar bentuk manusia yang berbagai-bagai kepada pemimpi, manakala abangnya Phobetor dan Phantasus menghantar bentuk-bentuk haiwan dan objek-objek tidak bernyawa. M1812 morfin; morphine SEBATIAN HETEROSIKLIK, ANALGESIA NARKOTIK ALKALOID yang diasingkan daripada CANDU. Ia antara sebatian semulajadi yang paling kuat dalam kebolehan untuk mengurangkan sakit dan penderitaan; tindakannya mengurangkan kesakitan melindungi sistem daripada keletihan dalam KEJUTAN traumatik, PENDARAHAN dalaman, KEGAGALAN JANTUNG, dan masalah kesihatan yang lain-lain. Morfin pada kebiasaannya diberi melalui suntikan tetapi boleh di juga diambil melalui mulut. Kesan sampingannya yang paling serius adalah ketagihan; ramai doktor enggan menggunakan jumlah yang sesuai untuk melegakan sakit yang teruk, walaupun digunakan dalam jangka masa yang singkat dalam kes-kes sebegitu ia jarang menyebabkan KETAGIHAN DADAH. Ia kekal menjadi kontroversi walaupun dalam kes-kes terakhir, apabila ketagihan dipertikaikan tidak relevan; isu lain dalam kes sebegini adalah dos yang besar akan menekan PERNAFASAN dan ia mungkin menpercepatkan kematian. GAMBAR caption- rama-rama Morpho (Morpho nestira). APPLE COLOR PHOTOGRAPHY M1813 morpho; morpho Mana-mana spesis RAMA-RAMA kaki berbulu tropikal Dunia Baru dalam genus Morpho (keluarga Nymphalidae). Corak beralun yang sangat kecil di atas sayap berpecah dan memantulkan cahaya, menghasilkan biru berwarnawarni untuk sesetengah spesis jantan. Rama-rama betina yang selalunya mempunyai warna yang lebih suram, mempunyai sayap yang lebih lebar dan kurang cantik. Larva yang berbulu makan tumbuhan dan hidup dan mempupa dalam sarang komunal. Sesetengah spesis mempunyai bulu yang beracun yang boleh menyebabkan ruam kepada kulit manusia. Morpho meningkat secara komersial di Amerika Selatan untuk kegunaannya dalam barang kemas, tirai lampu, gambar, dan inlai dulang. M1814 morfologi \mr-'f-l-j\ ; morphology Dalam biologi, kajian mengenai saiz, bentuk,

dan struktur sesuatu organisma merujuk kepada beberapa prinsip atau generalisasi. Manakala ANATOMI menerangkan struktur organisma, morfologi menerangkan bentuk dan susunan bahagian-bahagian organisma dari segi prinsip keseluruhan sebagai hubungan perubahan evolusi, fungsi, dan perkembangan. M1815 morfologi; morfologi Dalam linguistik, sistem pembinaan perkataan dalaman dan kajian mengenainya. Bahasa berbeza secara meluas dalam jumlah MORFEM yang terdapat dalam satu perkataan. Bahasa Inggeris mempunyai banyak perkataan yang mempunyai banyak morfem (contoh, replacement terdiri dari re- , place, dan -ment). Kebanyakan bahasa orang asli Amerika mempunyai morfologi yang kompleks; bahasa lain, seperti Bahasa China, mempunyai morfem yang ringkas. Morfologi termasuk proses tatabahasa fleksi, menandakan kategori seperti orang, kala, dan keadaan (contoh, -s dalam jumps menandakan orang ketiga singular dalam kala kini), dan pemerolehan, pembentukan perkataan baru dari perkataan yang sedia ada (contoh, acceptable dari accept). M1816 Akta Morrill; Morrill Act Lihat AKTA GERAN TANAH KOLEJ 1862 M1817 Gouverneur, Morris; Morris, Gouverneur (lahir 31 Jan, 1752, rumah Morrisania, Manhattan-meninggal dunia 6 Nov, 1816, rumah Morrisania) negarawan Amerika dan pakar kewangan. Beliau telah dimasukkan ke bar (1771) dan Kongres Kontinental (1778-79). Beliau curiga dengan kecenderungan demokratik kolonis yang mahu berpisah dengan England, tetapi kepercayaannya pada kemerdekaan membawa beliau untuk menyertai barisan mereka. Sebagai penolong superitenden kewangan (178185), beliau mencadangkan sistem duit syiling perpuluhan yang menjadi asas matawang A.S. Sebagai wakil ke PERSIDANGAN BERPERLEMBAGAAN, beliau membantu menulis draf terakhir untuk PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT. Beliau berkhidmat sebagai menteri Perancis (1792-94) dan sebagai Senator A.S (1800-03), beliau merupakan pengerusi pertama suruhanjaya Erie Canal (1810-16). M1818 Morris, Mark; Morris, Mark (lahir 29 Ogos, 1956, Seattle, Wash., A.S.) penari dan

koreografer A.S. Beliau menubuhkan Kumpulan Penari Mark Morris pada 1980. Ia adalah syarikat tetap di Royal Theatre de la Monnaie di Brussels (1988-91), kembali ke A.S pada 1991, dan tinggal tetap di Brooklyn pada 2001. Terkenal dengan stail yang berani, beliau telah mereka banyak tarian untuk kerja-kerja syarikatnya termasuk juga untuk persembahan opera dan persembahan di televisyen, termasuk The Hard Nut (1991), versi moden beliau untuk The Nutcracker. M1819 Morris, Robert; Morris, Robert (lahir 31 Jan, 1734, Liverpool, Merseyside, Eng.meninggal dunia 8 Mei, 1806, Philadelphia, Pa., A.S.) ahli kewangan dan ahli politik Amerika kelahiran Britain. Beliau berhijrah untuk menyertai ayahnya di Maryland pada 1747 dan memasuki firma merkantil Philadelphia pada tahun berikutnya. Sebagai ahli Kongres Kontinental dalam REVOLUSI AMERIKA, beliau boleh dikatakan mengawal operasi kewangan untuk perang dari 1776 ke 1778, meminjam wang dari Perancis, pengambilan sementara daripada negara-negara, dan juga mendahulukan wang dari duitnya sendiri. Beliau menubuhkan Bank Utara Amerika (1781) dan berkhidmat sebagai superintenden kewangan A.S. (1781-84) dibawah ARTIKEL KONFEDERASI. Beliau adalah wakil ke PERSIDANGAN ANNAPOLIS dan PERSIDANGAN PERLEMBAGAAN dan berkhidmat dalam Senat A.S (178995). Selepas melabur dengan banyak dalam spekulasi tanah, beliau menjadi muflis dan menghabiskan masa lebih dari tiga tahun dalam penjara penghutang sebelum dilepaskan pada 1801. M1820 Morris, Robert; Morris, Robert (lahir 9 Feb, 1931, Bandar Kansas, Mo., A.S.) Pelukis A.S. Pameran lukisan perseorangan beliau yang pertama telah diadakan di San Francisco pada 1957. Pada 1960, ketika menetap di Bandar New York, beliau mula menghasilkan skulptur geomatrik monokromatik yang besar, kumpulan yang mana dipamerkan dalam hubungan ruang yang spesifik. Karya beliau pada masa ini sangat mempengaruhi pergerakan MINIMALIST, yang mencari untuk mengurangkan seni kepada asasnya dengan mengeluarkan ekspresi peribadi dan alusi bersejarah. Dari lewat 1960-an, bagaimanapun, Morris berpindah ke arah ekspresi yang lebih spontan jika tidak bernama. Beliau bereksperimen dalam bentuk yang meluas termasuk seni laku; serpihan berselerakan di mana bahan bertaburan secara rawak di atas lantai

galeri; dan projek persekitaran. Hasil kerja beliau pada tahun 1970-an menunjukkan pra-penjajahan dengan paradoks mental dan pengurungan fizikal. M1821 Morris, William; Morris, William (lahir 24 Mac, 1834, Walthamstow, berdekatan London, Eng.-meninggal dunia 3 Okt, 1896, Hammersmith) pelukis, pereka, tukang mahir, penyajak, dan reformis social British, pengasas PERGERAKAN SENI DAN KRAF. Dilahirkan dalam keluarga yang berada, beliau belajar seni bina medieval di Oxford. Beliau adalah perantis kepada arkitek , tetapi lawatan ke Eropah telah membawa beliau menjadi pelukis. Pada 1861, dengan DANTE GABRIEL ROSSETTI, EDWARD BURNE-JONES, FORD MADOX BROWN, dan lain-lain, beliau mengasaskan Syarikat Morris, Marshall & Faulkner, satu persatuan untuk tukang seni halus berdasarkan persatuan medieval. Mereka menghasilkan perabot, tapestri, kaca berwarna, fabrik, karpet, dan paling terkenal adalah corak kertas dinding. Pada 1891 Morris mengasaskan Akhbar Kelmscott, dan dalam masa tujuh tahun seterusnya ia menghasilkan 53 tajuk dan 66 jilid; contoh buku seni bercetak beliau yang paling terkenal adalah Works of Geoffrey Chaucer. Walaupun beliau cuba untuk menghasilkan produk seni halus secara besar-besaran, namun hanya orang kaya yang mampu untuk membeli produk hasil tangannya. Sebagai sosialis Utopia, beliau banyak menyumbang untuk mengembangkan sosialisme British; pada 1884 beliau menubuhkan Liga Sosialis. Pada 1877 beliau mengasaskan Persatuan Perlindungan Bangunan-Bangunan Purba, salah satu kumpulan pemeliharaan pertama dunia. Beliau menulis beberapa jilid sajak dan banyak prosa romantik, begitu juga empat jilid epik Sigurd the Volsung (1876). Karya dan penulisan beliau merevolusikan cita rasa orang Victoria, beliau diletakkan sebagai salah satu figura budaya yang terbesar pada kurun ke-19 di Britain. M1822 tarian Morris; Morris dance Tarian adat tradisional yang ditarikan di luar bandar England dari lebih kurang kurun ke-15. Namanya, varian Moorish, kemungkinan muncul sebagai rujukan kepada tindakan penari menghitamkan wajah mereka sebagai sebahagian daripada adat penyamaran. Ia secara umumnya adalah tarian kesuburan, ditarikan terutamanya ketika musim bunga. Ditarikan oleh sekumpulan lelaki yang memakai pakaian berwarna putih dan memakai loceng di kaki mereka, langkah-

langkahnya adalah berbeza dan kekal berlari perlahan-lahan sementara kedua-dua belah tangan melambai-lambai sapu tangan. Ia dipanggil sebagai watak perseorangan seperti figura kuda atau orang bodoh. M1823 Tanjung Morris Jesup; Morris Jesup, Cape Tanjung, dalam kawasan Peary Land, utara GREENLAND, atas Lautan Artik. Terletak 440 batu (710 km) dari KUTUB UTARA, ia adalah titik darat yang paling ke utara di dunia. ROBERT E. PEARY adalah penjelajah yang pertama untuk sampai kepadanya dalam 1900; ia telah dinamakan sempena Morris K. Jesup pedagang dan pengurus bank yang telah membiayai ekspedisi ke kutub. M1824 Morrison, Jim asal James Douglas Morrison; Morrison, Jim orig. James Douglas Morrison (lahir 8 Dis, 1943, Melbourne, Fla., A.S.-meninggal dunia 3 Julai, 1971, Paris, Perancis) penyanyi rock A.S. dan penulis lirik. Beliau belajar perfileman di Universiti California di Los Angeles, di mana beliau bertemu dengan Ray Manzarek (lahir 1935); dengan Robbie Krieger (lahir 1946) dan John Densmore (lahir 1945), mereka menubuhkan kumpulan rock psikedelik Doors, mengambil nama dari buku ALDOUS HUXLEY mengenai meskalina, The Doors of Perception. Pinggir gelap erotisisme suara Morrison dan lirik pseudo-puisi membantu menjadikan kumpulan itu salah satu rock yang paling kuat, penuh kontroversi, dan perlakuan yang berlebihan. Lagu terkenal mereka pada 1960-an termasuk Light My Fire dan Hello I Love You. morrison terkenal dengan kerana beliau kaki mabuk dan pengguna dadah dan mempunyai perangai yang sangat melampau di atas pentas. Pada 1971 beliau meninggalkan Doors untuk menulis sajak dam berpindah ke Paris, di mana beliau meninggal dunia kerana kegagalan jantung. M1825 Morrison, Toni asal Chloe Anthony Wofford; Morrison, Toni orig. Chloe Anthony Wofford (lahir 18 Feb, 1931, Lorain, Ohio, A.S.) penulis A.S. Beliau belajar di Universiti Howard dan Cornell, mengajar di banyak univerisiti , dan bekerja sebagai penyunting sebelum menerbitkan The Bluest Eye (1970), satu novel mengisahkan beberapa realiti kehidupan yang miskin orang kulit Hitam yang mengejutkan, dan

Sula (1973). Lagu yang hebat Song of Solomon (1977) membawa beliau ke perhatian nasional. Novel beliau seterusnya termasuk Tar Baby (1981), Beloved (1987, Hadiah Pulitzer), Jazz (1992), dan Paradise (1998). Pengalaman Afrika-Amerika, terutamanya di kalangan wanita, adalah prinsip tema cerita rekaan beliau. Penggunaan fantasi, stail puisi yang berliuk-liuk, dan cara beliau menjalinkan elemen mitos memberikan tekstur kepada cerita beliau dan dan kuasa yang hebat. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan pada 1993. M1826 Taman Bersejarah Nasional Morristown; Morristown National Historical Park Taman bersejarah, Morristown, N.J. A.S. Semasa REVOLUSI AMERIKA tentera Kontinental di bawah GEORGE WASHINGTON mendirikan kubu utama mereka pada musim sejuk di sana pada 1776-77 dan 1779-80. Dibangunkan pada 1933, taman tersebut meliputi kawasan seluas 1,684 ekar (682 hektar). Ia termasuk satu bangunan yang menjadi ibu pejabat Washington dan artifak lain semasa Revolusi. M1827 Morrow, Dwight W(hitney); Morrow, Dwight W(hitney) (lahir 11 Jan, 1873, Huntington, W.Va., A.S.-meninggal dunia 5 Okt, 1931, Englewood, N.J.) peguam dan diplomat A.S. Beliau membuka praktik guaman di Bandar New York (1905-14), membantu membuat draf undang-undang pembayaran ganti rugi pekerja (1911). Beliau menjadi rakan kongsi dalam Syarikat J.P. Morgan (1914-27) dan menguruskan Syarikat Kennecott Copper. Ketika Perang Dunia I beliau adalah penasihat bagi Majlis Pengangkutan Maritim Bersekutu, dan selepas perang beliau membantu mereka satu polisi penerbangan kebangsaan. Beliau berkhidmat sebagai duta ke Mexico (1927-30). Beliau menjadi ahli Dewan Senat A.S. buat sementara (1931) sebelum meninggal dunia. Anak perempuan beliau Anne berkahwin dengan CHARLES A. LINDBERGH. M1828 Morse, Carlton E.; Morse, Carlton E. (lahir 4 Jun, 1901, Jennings, La., A.S.meninggal dunia 24 Mei, 1993, Sacramento, Calif.) penulis radio dan penerbit A.S. Beliau bekerja sebagai wartawan surat khabar sebelum menyertai radio NBC sebagai penulis pada 1930. Morse menulis, mengarah, dan menerbitkan banyak program

radio, termasuk drama lipur lara yang sangat terkenal One Mans Family (1932-59; televisyen, 1949-52), drama I Love a Mystery (1939-44, 1949-52), dan drama lipur lara The Woman in My House (1951-59). M1829 Morse, Samuel F(inley) B(reese); Morse, Samuel F(inley) B(reese) (lahir 27 April, 1791, Charlestown, Mass., A.S.-meninggal dunia 2 April, 1872, New York, N.Y.) pelukis dan pencipta A.S. Anak kepada ahli geografi yang unggul, beliau menuntut di Universiti Yale dan belajar melukis di England (1811-15). Beliau pulang tempat asal untuk bekerja sebagai pelukis bergerak; potret beliau masih mendapat tempat di antara yang sangat bagus yang dihasilkan di A.S. Beliau pengasas bersama Akademi Seni Reka Kebangsaan dan berkhidmat sebagai presiden pertamanya (1826-45). Tiada kaitan dengan usaha yang sama di Eropah, beliau mereka TELEGRAF elektrik (182335), dipercayai miliknya adalah yang pertama. Beliau membangunkan sistem titik dan dengan pantas ia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa sebagai KOD MORSE (1838). Walaupun menafikan biayaan dari Kongres untuk talian telegraf merentasi Atlantik, beliau menerima bantuan dari kongres untuk talian telegraf pertama A.S., dari Baltimore ke Washington; pada pelengkapannya dalam tahun 1844 beliau menghantar mesej What hath God wrought! Patennya menjadikan beliau terkenal dan kaya. M1830 Kod Morse; Morse code Sistem untuk mewakili huruf, angka, dan tanda baca ditanda oleh barisan titik-titik, sengkang, dan ruang. Ia dihantar sebagai denyut elektrik yang berbeza panjangnya atau mekanikal beranalog atau isyarat visual, seperti lampu berkilat. Sistem yang asal telah dicipta oleh SAMUEL F.B. MORSE pada 1838 untuk TELEGRAF beliau; Kod Morse Antarabangsa, varian dengan kod-kod untuk huruf dengan tanda diakritik yang lebih ringkas dan tepat, yang direka pada 1851. Dengan sedikit perubahan, kod ini kekal digunakan untuk beberapa jenis radiotelegrafi, termasuk radio amatur. M1831 mortar; mortar Meriam jenis pendek dengan laras pendek dan muncung berhalaju rendah yang menembak pelancar meletup dalam Bahagian artileri yang berjulat

pendek dengan laras yang pendek dan muncung yang berhalaju rendah yang menembak pelancar yang meletup dalam trajektori bersudut tinggi. Mortar besar digunakan terhadap kubu dan dalam operasi pengepungan dari zaman pertengahan hingga Perang Dunia I. Sejak 1915, model kecil mudah alih telah menjadi senjata tentera yang standard, dengan kaliber kira-kira 3-4 inci (70-90 mm), jarak sehingga kira-kira 2.5 batu (4 km), dan berat bom sehingga 11 paun (5 kilo), kini digunakan dengan meluas. M1832 mortar; mortar Bahan yang digunakan dalam pembinaan bangunan untuk mengikat bata, batu, jubin, atau blok konkrit kepada satu struktur. Orang Rom purba dikenali dengan penciptaan mereka. Mortar terdiri daripada campuran pasir dengan simen dan air. Campuran yang terhasil mestilah cukup fleksibel untuk mengalir sedikit tetapi tidak roboh dibawah berat batu-batu. Sebelum kurun ke-19 rekaan SIMEN PORTLAND, tukang batu menggunakan sambungan mortar kapur yang nipis, yang memerlukan ketepatan yang lebih dari sambungan mortar simen portland yang tebal dan tidak begitu kukuh. Untuk pemasangan jubin, mortar yang sangat nipis dipanggil turap digunakan. Kemas ikat timbul adalah proses penghabisan untuk kerja sambungan pertukangan. M1833 gadai janji; mortgage Dalam undang-undang Anglo-Amerika, satu kaedah di mana penghutang (penggadai janji) menunjukkan minat dalam harta kepada pemiutang (pemegang gadai janji) sebagai sekuriti untuk pembayaran hutang. Gadai janji masa kini berasal dari zaman pertengahan Eropah. Pada asalnya, penghutang memberi pemiutang hak milik kepada atas tanah dengan syarat pemiutang akan memulangkannya apabila hutang penghutang ydibayar habis. Setelah beberapa lama, ia menjadi satu amalan untuk membenarkan harta itu kekal dalam tangan penghutang; ia kemudiannya menjadi hak penghutang untuk mengekalkan hak milik tanah selama mana asalkan tiada kemungkiran dalam hutang. M1834 Earl ke-4 Morton, James Douglas; Morton, James Douglas, 4th earl of (lahir kurun 1516-meninggal dunia 2 Jun, 1581, Edinburgh, Scot.) orang bangsawan Scotland.

Dilantik sebagai canselor oleh MARY, RATU SCOTLAND, dalam 1563, beliau berkomplot dengan bangsawan Protestan yang lain untuk membunuh penasihat Mary DAVID RICCIO dan kemungkinan terlibat dalam pembunuhan LORD DARNLEY. Beliau mengetuai golongan bangsawan yang memandu suami Mary, earl Bothwell, dari Scotland dan memaksanya untuk melepaskan takhta untuk kepentingan bayi lelakinya, James (kemudian JAMES I England). Beliau menjadi pemangku raja untuk James pada 1572 dan mengembalikan kuasa undang-undang kepada Scotland. Dibenci oleh bangsawan lain, beliau dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 1578; beliau kemudiannya didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan Darnley dan dihukum mati. M1835 Morton, Jelly Roll asal Ferdinand Joseph La Menthe; Morton, Jelly Roll asal Ferdinand Joseph La Menthe (lahir 20 Okt, 1890, New Orleans, La., U.S.-meninggal dunia 10 Julai, 1941, Los Angeles, Calif.) pemain piano A.S dan komposer pertama yang penting dalam muzik jaz. Semasa muda Morton nampaknya sangat aktif berjudi, bermain pool pemeras, dan pemeroleh. Perintis pemain piano RAGTIME, beliau menjelajah seluruh negara sebagai pemain piano dari 1904, membuat rakaman pertama beliau di Chicago pada 1923 dengan ensembelnya Red Hot Peppers. Pendukung pada tradisi New Orleans, Morton berjaya menggabungkan elemen muzik ragtime dengan mengimprovasi dan menyusun rangkap ensembel, selalunya dengan gubahan beliau sendiri seperti King Poker Stomp. Pada awal 1930-an kemasyuran Morton telah dibayangi oleh LOUIS ARMSTRONG dan pencipta lain yang sedang meningkat naik. M1836 Mosaddeq \ms-ad-dek\, Mohammad; Mosaddeq, Mohammad (lahir 1880, Tehrn, Safavid Persia-meninggal dunia 5 Mac, 1967, Tehrn, Iran) ahli politik dan ketua nasionalis Iran. Selepas sekolah undang-undang di Switzerland, beliau berkhidmat dalam kerajaan sehingga Reza Khan menjadi shah (1925). Selepas Reza Shah digulingkan pada 1941, Mosaddeq telah dilantik semula ke parlimen (1944). Selepas kejayaan pemiliknegaraan Mosaddeq ke atas Syarikat Minyak Anglo-Iran milik British, Mohammad Reza Shah PAHLAVI (r. 1941-79) hampir-hampir dipaksa untuk melantik beliau menjadi perdana menteri. Ketegangan antara monarki dan perdana

menteri meningkat, bagaimanapun, dan cubaan shah untuk memecat beliau pada 1953. Pergolakan yang terjadi menyebabkan shah melarikan diri dari negara tersebut sehingga satu tindakan, didalangi oleh pasukan perisik British dan A.S, mendesak Mosaddeq dari kuasa. Didakwa dengan penderhakaan, beliau menghabiskan tiga tahun dalam penjara dan kehidupan selebihnya sebagai tahanan rumah. M1837 mozek; mosaic Komponen berwarna yang kecil digunakan sebagai dekorasi permukaan-seperti batu, kaca, jubin, atau cengkerang- dilekatkan atas lantai dengan rapat. Kepingan mozek atau tessera, pada kebiasaannya segi empat sama yang kecil, segi tiga, atau bentuk biasa yang lain. Mozek tidak boleh membentuk variasi cahaya dan bayang sebagaimana lukisan boleh, tetapi tessera kaca boleh mencapai kilauan yang hebat, terutamanya yang telah diletakkan foil emas dan perak. Teknik ini bertanggungjawab untuk menghasilkan kilauan hebat pada mozek ketika era Byzantine. Mozek paling awal yang ditemui bertarikh dari kurun ke-8 SEBELUM MASIHI dan dibuat daripada batu kerakal kecil, satu teknik yang dihaluskan oleh orang Greek pada kurun ke-5. Orang Rom menggunakan mozek secara meluas, terutamanya di atas lantai. Orang Pra-Columbia Amerika menyukai mozek dari garnet, berwarna firus, dan gewang, yang mana biasanya patung yang bertatahkan perisai, topeng, dan kultus. M1838 Mosby \'moz-b\, John Singleton; Mosby, John Singleton (lahir 6 Dis, 1833, Edgemont, Va., A.S.-meninggal dunia 30 Mei, 1916, Wshington, D.C.) ketua gerila A.S. Beliau menyertai pasukan askar Gabungan dalam Perang Saudara Amerika dan merupakan peninjau dengan angkatan tentera JEB STUART. Beliau mengetuai unit gerila yang digelar, Ranger Mosby, dalam serangan ke atas kota kara Union di utara Virginia dan Maryland, mengganggu bekalan dan talian komunikasi. Penangkapan jeneral Union olehnya dan 100 orangnya di belakang garisan bersekutu (1863) menyebabkan beliau dinaikkan pangkat menjadi kolonel. Selepas perang beliau kembali mempraktis undang-undang, dan kemudian berkhidmat sebagai konsul A.S ke Hong Kong (1878-85) dan sebagai penolong peguam negara dalam Jabatan Keadilam A.S (1904-10).

M1839 Mosca \'m-sk\, Gaetano; Mosca, Gaetano (lahir 1 April, 1958, Palermo, Sicily, Kingdom of the Two Sicilies-meninggal dunia 8 Nov, 1941, Rome, Itali) teoris politik Itali. belajay di Universiti Palermo, beliau mengajar undang-undang berpelembagaan di sana (1885-88) dan di Universiti Rom (1888-96) dan Turin (1896-1908). Sebagai ahli di kamar pemangku Itali dari 1908, beliau dijadikan senator sepanjang hidup oelh VICTOR EMMANUEL III pada 1919. Dalam hasil karya seperti The Ruling Class (1896) beliau mempersoalkan tentang, bersejarah dan dengan betul, masyarakat telah diperintah oleh kumpulan minoriti, samada ketenteraan, keagamaan, oligarki, atau aristokrat. M1840 Mosconi, Willie secara penuh William Joseph Mosconi; Mosconi, Willie in full William Joseph Mosconi (lahir 27 Jun, 1913, Philadelphia, Pa., A.S.-meninggal dunia 16 Sept, 1993, Haddon Heights, N.J.) pemain biliard poket A.S. Anak kepada pemilik parlor biliard, Mosconi mula bermain secara profesional pada awal 1930-an. Terkenal dengan ketepatan bermain secara bertubi-tubi , beliau adalah juara dunia sebanyak 15 kali antara tahun 1941 dan 1957 dan pernah sekali bermain 526 bola berturut-turut. M1841 Moscow \'ms-k, 'ms-ka\ Bahasa Rusia Moskva \ ms-'kv\ ; Moscow Russian Moskva Ibu negara dan bandar terbesar (populasi, 2002 anggaran: 8,546,000) Rusia. Ia terletak atas kedua-dua bahagian SUNGAI MOSKVA di barat Rusia, lebih kurang 400 batu (640 km) tenggara ST. PETERSBURG dan lebih kurang 600 batu (970 km) timur Poland. Dihuni sejak zaman Neolitik, kawasan tersebut disebut buat pertama kali sebagai sebuah kampung pada 1147 dan menjadi ibu negeri kerajaan Moscow (Muscovy) pada akhir kurun ke-13. Ia berkembang pada kurun ke-15 dan ke-16 di bawah duke yang terhebatnya IVAN III dan IVAN IV dan menjadi ibu negara Rusia bersatu (1547-1712) Pada 1812 ia telah diduduki oleh orang Perancis di bawah NAPOLEON dan hampir keseluruhannya musnah dijilat api. Pada 1918 ia menjadi ibu negara bagi REPUBLIK KESATUAN SOSIALIS SOVIET dan berkembang dengan hebat. Banyak kemusnahan berlaku akibat pengeboman Jerman dalam Perang

Dunia II. Pada 1993 ia adalah tempat berlakunya konflik bersenjata antara puak menentang kerajaan selepas pembubaran parlimen oleh BORIS YELTSIN. Ia adalah rumah rohaniah untuk gereja Ortodoks Rusia selama lebih dari 600 tahun, ia adalah pusat pilitik, perindustrian, pengangkutan, dan kebudayaan. Struktur yang paling terkenal adalah KREMLIN, kubu zaman pertengahan di Moskva dengan SEGI EMPAT MERAH sepanjang dinding timurnya. Lenin Mausoleun berdekatan, dan Katedral St. Basil terletak di penghujung sebelah selatan segi empat tersebut. Moscow juga rumah kepada Teater Bolshoi. UNIVERSITI MOSCOW STATE. dan banyak lagi institusi pengajian tinggi lain. M1842 Teater Seni Moscow; Moscow Art Theatre Teater Rusia khusus untuk teater naturalisme. Ia telah diasaskan pada 1898 oleh KONSTANTIN STANISLAVSKY (sebagai pengarah artistik) dan Vladimir Nemirovich-Danchenko (pengarah pentadbiran) dengan matlamat untuk menggantikan pementasan lakonan drama yang ketinggalan zaman dan kekok dengan stail yang lebih ringkas dan benar. Ia dibuka dengan karya ALEKSEY TOLSTOY Tsar Fyodor Ioannovich dan mengukir kejayaan besarnya dengan ANTON CHEKHOVs The Seagull. Bersama-sama drama lain oleh Chekhov. teater tersebut menambah karya lain oleh penulis seperti MAKSIM GORKY dan MAURICE MAETERLINCK. Syarikatnya menerima pujian atas lawatan ke Eropah dan A.S. pada 1922 dan mempengaruhi perkembangan teater seluruh dunia. Sejak 1939 ia telah dikenali sebagai Akademik Teater Seni Moscow. M1843 Sungai Moscow; Moscow River Lihat SUNGAI MOSKVA GAMBAR - caption-The Savior ikon dilukis atas panel oleh Andrei Rublev, sekolah Moscow, 1411; di Galeri State Tretyakov, Moscow. NOVOSTI-SOVFOTO M1844 sekolah Moscow; school Moscow Sekolah zaman petengahan ikon Rusia dan lukisan mural. Ia berjaya SEKOLAH NOVGOROD sebagai sekolah berpengaruh untuk melukis apabila Moscow bangkit untuk posisi mengetuai dalam pergerakan untuk menghalau orang Mongol. Sekolah itu berkembang buat kali pertama di bawah pengaruh pelukis Theophanes orang Greek (kurun 1330/40-1405), yang telah

berpindah ke Moscow dari Novgorod kurun 1400 dan memperkenalkan gubahan kompleks, warna lembut, dan hampir memberikan impresionis kepada figura. Penuntutnya yang paling berjaya adalah ANDREI RUBLEV. Dari 1430 sehingga akhir kurun, Moscow membangun dengan berprestij dan kecanggihan setelah orang Mongol dihalau keluar dari Rusia. Ketika kejatuhan Constantinople kepada Turki pada 1453, Moscow menjadi pusat ORTODOKS TIMUR, dan gereja Ortodoks Rusia yang berprestij membawa kepada ikonografi didaktik yang baru yang menjelaskan misteri, upacara pengebumian, dan dogma. Penghujung kurun ke-17 artis SEKOLAH STROGANOV Moscow mengambil alih pucuk pimpinan seni Rusia. M1845 Universiti State Moscow penuh Universiti Lomonosov State Moscow; Moscow State University in full Lomonosov Moscow State University Universiti kerajaan di Moscow, Rusia. Diasaskan pada 1755 oleh linguist MIKHAIL LOMONOSOV dengan bantuan daripada Elizabeth, maharani Rusia, ia adalah universiti tertua, terbesar dan sangat berprestij di Rusia. Penghujung kurun ke-19 ia telah meletakkan dirinya sebagai pusat utama pentelidikan saintifik dan kesarjanaan. Universiti State Moscow mempunyai 350 jabatan, beberapa institut penyelidikan dan makmalmakmal, beberapa balai cerap, dan pelbagai muzium gabungan. Perpustakaannya antara yang terbesar di Rusia (9 million jilid). M1846 Sungai Moselle atau Sungai Mosel \m-'zl\ ; Moselle River or Mosel River Perancis, ia mengalir ke utara, membentuk \m-'zl\ Bahasa German \'m-zl\ Sungai, barat Eropah, lebih kurang 340 batu (545 km) panjang. Terbit dari timur laut sebahagian sempadan antara Jerman dan Luxembourg, kemudian ke arah timur laut memasuki SUNGAI RHINE di KOBLENZ, Jerman. Di bahagian lembah ini terdapt ladang anggur yang menghasilkan wain Moselle yang terkenal. Sungai ini yang boleh dilalui di kebanyakan laluannya, melepasi Nancy, METZ, dan Thionville di Perancis dan Trier di Jerman. Antara penyumbang utamanya adalah ORNE dan SAAR. M1847 Moser-Prll \'m-zr-'prl\, Annemarie asal Annemarie Prll; Moser-Prll, Annemarie orig. Annemarie Prll (lahir 27 Mac, 1953, Kleinarl, Austria) pemain ski

menuruni bukit Austria. Beliau mula bermain ski pada usia 4 tahun. Beliau memenangi pingat perak untuk menuruni bukit dan laluan bengkang-bengkok pada sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 dan pingat emas untuk menuruni bukit pada 1980. Beliau memegang rekod paling tinggi untuk Kejohanan Dunia bagi kategori wanita, termasuk lima kemenangan berturut-turut (1971-75). Beliau menubuhkan rekod karier untuk lelaki dan wanita dalam Kejohanan Perseorangan Dunia dan menang (59). M1848 Nabi Musa; Moses (fl.kurun ke-14 dan ke-13 SEBELUM MASIHI) Nabi agama Yahudi. Menurut buku EXODUS, beliau dilahirkan di Mesir kepada pasangan Ibrani, yang telah menghantarnya terapung di atas sungai Nil dalam raga mensiang untuk menyelamatkan beliau daripada edik yang menyuruh pembunuhan semua bayi lelaki Ibrani. Dijumpai oleh anak perempuan Firaun, beliau dipelihara dalam mahkamah orang Mesir. Selepas membunuh tukang kerah Mesir yang ganas, beliau melarikan diri ke Midian, dimana Yahweh (Tuhan) menampakkan dirinya dalam semak yang terbakar dan mengarahkan Musa untuk menghantar orang Ibrani keluar daripada Mesir. Dengan bantuan abangnya AARON, Musa merayu pada Firaun supaya melepaskan orang Ibrani. Firaun melepaskan orang Ibrani selepas Yahweh melawat satu siri wabak ke atas Mesir, tetapi kemudiannya menghantar tenteranya untuk mengejar mereka. Yahweh membuka laluan di Laut Merah untuk membenarkan orang Ibrani melaluinya, dan menenggelamkan orang Mesir yang sedang mengejar. Yahweh membuat WAAD dengan orang Ibrani di BUKIT SINAI dan menghantar RUKUN SEPULUH kepada Musa, yang terus mengetuai orang-orangnya melalui 40 tahun merayau-rayau di tanah gersang sehingga mereka tiba di persisir KANAAN. Beliau meninggal dunia sebelum sempat memasuki Negeri Kanaan. Pengarang lima buku kitab Injil yang pertama (lihat TORAH) secara tradisinya ditujukan kepada beliau. M1849 Moses, Edwin; Moses, Edwin (lahir 31 Ogos, 1955, Dayton, Ohio, A.S.) atlet balapan dan padang A.S. Beliau menuntut di Kolej Morehouse di atas biasiswa akademik tetapi menyinar di balapan. Beliau memenangi pingat emas untuk 400 m lari berpagar dalam sukan Olimpik tahun 1976 dan 1984 dan mencatat empat rekod dunia berturutturut dalam acara tersebut antara tahun 1976 dan 1983.

M1850 Nek Moses asal Anna Mary Robertson; Moses, Grandma orig. Anna Mary Robertson (kahir 7 Sept. 1860, Greenwich, N.Y., A.S. -meninggal dunia 13 Dis, 1961, Hoosick Falls, N.Y.) pelukis A.S. Beliau mula menghasilkan gambar sulaman selepas kematian suaminya pada 1927. Apabila artritis melemahkan beliau untuk membuat sulaman, beliau bertukar kepada melukis. Beliau mengadakan pameran pertama di kedai ubat pada 1938 pada usia 78 tahun. Beliau kemudiannya terus menghasilkan lebih dari 1,000 hasil kerja yang menimbulkan nostalgia, pemandangan yang disempurnakan dengan naif sekali mengenai kehidupan luar bandar (contoh, Catching the Thanksgiving Turkey, Over the River to Grandmas House). Sehingga 1939, gambar-gambar beliau dipamerkan di peringkat antarabangsa, dan dari 1946 ia dikeluarkan dalam bentuk kad ucapan cuti. M1851 Moses, Robert; Moses, Robert (lahir 18 Dis, 1888, New Haven, Conn., A.S.meninggal dunia 29 Julai, 1981, West Islip, N.Y.) pegawai kerajaan A.S. Beliau memulakan karier yang panjang dalam perkhidmatan awam di biro penyelidikan pembandaran Bandar New York. Pada 1919 Gabenor ALFRED E.SMITH melantik beliau sebagai ketua staf suruhanjaya pembinaan semula negeri New York dan, pada 1924, mengetuai kedua-dua suruhanjaya taman negeri New York dan Long Island. Selama 40 tahun dalam jawatan ini dan yang berkaitan dengannya, Moses mengawasi perkembangan yang besar dalam sistem taman dan pembinaan banyak jalan, jambatan, terowong, dan projek perumahan dalam dan di sekitar bandar, membentuknya semula dalam skala yang besar sering melalui cara yang kontroversi. M1852 Moses de Len asal Moses ben Shem Tov; Moses de Len orig. Moses ben Shem Tov (lahir kurun 1240, Len-meninggal dunia 1305, Arevalo) penulis bereputasi SEFER HA-ZOHAR, karya mistisisme Yahudi yang paling penting. Sangat sedikit yang diketahui tentang kehidupannya, bagaimanapun beliau dipercayai tinggal di Guadalajara (pusat untuk pengikut KABBALA di Sepanyol) sehingga 1290 dan kemudian pergi mengembara dengan meluas. Beliau memperkenalkan Zohar sebagai

sebuah buku purba yang dijumpainya, tetapi nampak seperti hasil penulisannya sendiri. M1853 moshav \m-'shv\; moshav (Bahasa Ibrani: petempatan) komuniti kerjasama orang Israel yang menggabungkan tanah perladangan persendirian dan pemasaran komunal, kadangkala dengan industri ringan juga. Tanah di atas moshav dimiliki oleh negara atau Dana Kebangsaan Yahudi. Moshav pertama yang berjaya telah diuruskan pada 1920-an. Pendatang baru akan diarahkan ke petempatan ini pada awal tahun Kerajaan Israel. Lihat juga KIBBUTZ. M1854 Moshoeshoe \m-'shw-,shw\ atau Mshweshwe \em-'shw-,shw\; Moshoeshoe or Mshweshwe (lahir kurun 1786, berdekatan bahagian atas Sungai Caledon, utara Basutoland-meninggal dunia 11 Mac, 1870, Thaba Bosiu, Basutoland) pengasas dan ketua agung Sotho (kemudian Basutoland; sekarang LESOTHO). Pada 1830-an dan 40-an beliau dengan cermatnya mempermainkan kepentingan British dan Boer bertentangan antara satu sama lain. Terlibat dalam beberapa siri peperangan, beliau membuktikan bahawa beliau adalah perancang taktik yang sangat mahir. Pada 1868 British ilhakkan Sotho, dan kuasa Moshoeshoe semakin berkurangan. Keturunannya Moshoeshoe II (1938-96) adalah raja pertama bagi Lesotho yang merdeka. M1855 Sungai Moskva \ms-'kv\ atau Sungai Moscow; Moskva River or Moscow River Sungai, mengalir melalui wilayah Moscow dan sebahagian wilayah Smonlensk, barat Rusia. Sungai tersebut sepanjang 312 batu (502 km) dan mengalir ke kawasan seluas 6,800 batu persegi (17,600 km persegi). Ia mengalir melalui bandar MOSCOW untuk bergabung dengan SUNGAI OKA hanya bawah Kolomna. Sungai tersebut mengalir ke arah tenggara melalui lembangan VOLGA. Ia boleh dilalui dari Moscow dan adalah sumber air yang penting untuk bandar tersebut. M1856 Baronet ke-6 Mosley, Sir Oswald (Ernald); Mosley, Sir Oswald (Ernald), 6th Baronet (lahir 16 Nov, 1896, London, Eng-meninggal dunia 3 Dis, 1980, Orsay,

berdekatan Paris, Perancis) ahli politik dan orang Fasis Inggeris. Beliau berkhidmat dalam Dewan Rakyat (1918-31) sebagai, dengan jayanya, Konservatif, Calon Bebas, dan Labourite. Selepas satu lawatan ke Itali, beliau mengasaskan Kesatuan Fasis British pada 1932. Dengan pengikutnya, beliau menyebarkan propaganda anti-Yahudi, mengadakan demonstrasi penentangan dalam bahagian Yahudi di timur London, dan memakai uniform ala Nazi. Ketika Perang Dunia II ditahan (1940-43) dengan isterinya, Diana Guinness, kakaknya Jessica dan NANCY MITFORD dan kawan ADOLF HITLER. Pada 1948 Mosley mengasaskan Pergerakan Kesatuan, satu penyatuan kelab buku berhaluan kanan. M1857 masjid; mosque Tempat beribadat awam masyarakat Islam. Masjid jami, atau masjid jemaah, adalah pusat penyembahan masyarakat dan tempat untuk sembahyang Jumaat. Walau masjid-asalnya sebidang tanah yang suci-telah dipengaruhi oleh stail seni bina tempatan, bangunan kekal secara asasnya satu ruangan terbuka, selalunya berbumbung, dengan menara yang kadangkalanya bersambung. Gambar patung dan gambar-gambar lain tidak dibenarkan sebagai dekorasi. Mimbar, satu tempat duduk yang terletak paling atas selepas tangga diletakkan sebelah kanan MIHRAB, digunakan oleh pemberi khutbah (khatib) sebagai mimbar. Kadangkala terdapat juga maqsurah, satu kotak atau skrin kayu asalnya digunakan untuk melindungi pemerintah yang sedang beribadat daripada pembunuh. Menara, asalnya mana-mana tempat yang menaik tetapi kini selalunya satu menara, digunakan oleh muazin untuk melaungkan panggilan untuk beribadat sebanyak lima kali setiap hari. Ketika bersolat, orang Islam menghadapkan diri mereka ke arah dinding kiblat, yang tidak berubah menghadap ke arah KAABAH di Mekah. Masjid secara tradisional pernah menjadi pusat sosial, politik, dan pendidikan pada zaman masyarakat Islam dahulu. M1858 Masjid Omar; Mosque of Omar Lihat KUBAH DARIPADA BATU M1859 nyamuk; mosquito Mana-mana dari 2,500 spesis DIPTERA dalam keluarga Culicidae. Nyamuk betina dari kebanyakan spesis memerlukan darah supaya telur-

telur menjadi matang. Nyamuk betina dari pelbagai spesis (genera Aedes, Anopheles, and Culex) menyebarkan penyakit manusia dengan cara menghisap darah, ini termsauk DEMAM DENGGI, ENSEFALITIS, filariasis, MALARIA, DEMAM KUNING, dan elefantiasis. Nyamuk dewasa mempunyai probosis yang panjang, langsing, badan yang panjang, dan kaki panjang yang mudah patah. Nyamuk jantan (dan kadangkala nyamuk betina) makan jus tumbun-tumbuhan. Bunyi nyamuk betina yang tipikal dihasilkan dari getaran membran nipis atas toraks. Nyamuk betina bertelur di atas permukaan air yang tidak mengalir, dan telur-telur menetas menjadi larva akuatik (jentik-jentik). Jauh di utara larva melepasi musim sejuk dengan beku menjadi ais. Jentik-jentik dimakan oleh ikan dan serangga akuatik, yang dewasa oleh burung dan pepatung. Kaedah untuk mengawal pembiakan termasuk penghapusan tempat-tempat pembiakan, menyembur lapisan minyak di atas permukaan air supaya larva tidak membiak, dan penggunaan larvisid. M1860 Pantai Mosquito atau Pantai Miskito; Mosquito Coast or Miskito Coast Kawasan sepanjang pantai di timur Nicaragua dan Honduras. Ia terdiri daripada kawasan tanah pamah lebih kurang 40 batu (65 km) luas menyusuri Lautan Carribbean lebih kurang 225 batu (360 km). Ia dilawati oleh CHRISTOPHER COLUMBUS pada 1502, tetapi orang Eropah mempunyai sedikit pengaruh ke atas kawasan tersebut sehingga kebangkitan lanun pada abad ke-17, selepas England menubuhkan negeri naungan di sana. Ia diberi hak kepada orang Indian Miskito. Sepanyol, Nicaragua dan A.S. mempertikaikan negara naungan England sehingga PERJANJIAN CLAYTONBULWER (1850) dimetrai. Pada 1894 kawasan itu digabungkan ke dalam Nicaragua, tetapi bahagian utara diberikan kepada Honduras pada 1960 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Bandar utama ialah Bluefields, yang terletak di muara Sungai Escondido di Nicaragua. M1861 lumut; moss Mana-mana dalam lebih kurang 12,000 spesis tumbuhan kecil, tumbuhan darat yang membiak secara spora dalam pembahagian BRIOFIT, dijumpai di serata dunia kecuali di kawasan air masin. Lumut adalah tumbuhan ringkas dan purba yang telah hidup tanpa sebarang perubahan sejak ZAMAN PERMIAN (290248 juta tahun dahulu). Ia biasanya ditemui di kawasan lembap dan teduh (contoh,

lantai hutan), saiz lumut berbeza dari sekecil mikroskopik sehingga lebih dari 40 inci (1 m) panjang. Lumut mencegah hakisan dan membebaskan nutrisi daripada substrat di mana mereka membiak. Kitar hidup lumut sangat jelas menunjukkan PERUBAHAN GENERASI antara GAMETOFIT seksual dengan stuktur tangkai dan tunas daun yang menghasilkan telur dan sperma yang berenang, dan SPOROFIT, bahagian batang yang berakhir dalam struktur yang menghasilkan spora (sporangium). Lumut juga membiak secara aseks melalui pencabangan. Genus Sphagnum sangat penting dari segi ekonomi kerana ia membentuk GAMBUT. Kebanyakan yang dianggap lumut sebenarnya bukan briofit, termasuk kondrus atau dipanggil Irish moss (ALGA yang berwarna merah); lumut janggut, lumut Iceland, lumut oak, dan lumut rusa (semua LIKEN); lumut Sepanyol (pelbagai nama yang digunakan untuk liken atau tumbuhan udara dalam keluarga nanas); dan paku ranih (herba malar hijau dalam keluarga Lycopodiaceae). M1862 Moss, Stirling ; Moss Stirling (lahir 17 Sept 1929, London, England) Pelumba kereta racing Formula Satu Britain. Beliau memenangi perlumbaan pertamanya pada 1950 di England dan terus memenangi mata perlumbaan, termasuk Grand Prix British dan Grand Prix Monaco (tiga kali). Pada 1962 satu kemalangan menamatkan kerjaya beliau. Dalam kesemuanya beliau memenangi 16 perlumbaan Grand Prix dan dianggap pelumba terhebat yang tidak pernah memenangi perlumbaan peringkat dunia. M1863 Polis Rahsia Israel Ibrani Mossad \m-'sd\ Merkazi le-Modiin U-Ietafkidim Meyuhadim ( Pusat Institut Perisikan dan Keselamatan); Mossad \ m-'sd\ Hebrew Mossad Merkazi le-Modiin U-Ietafkidam Meyuhadim (Central Institute for Intelligence and Security) Sangat penting untuk agensi perisikan Israel. Polis Rahsia Israel menjalankan pengintipan luar negeri dan politik yang terselindung dan juga operasi secara tentera. Pengarahnya akan terus memberi laporan kepada perdana menteri. Ia telah menikmati banyak kejayaan dalam operasi menentang jiran-jiran negara Arab dan juga pergerakan Palestin, ia mempunyai reputasi antarabangsa yang cemerlang kerana keberkesanannya. Agen perisikan rahsianya telah diberi penghargaan di atas penangkapan ADOLF EICHMANN di Argentina, hukuman ke

atas pembunuh atlet Israel di Sukan Olimpik 1972, dan kejayaan mereka menyelamatkan tebusan dalam PERISTIWA ENTEBBE. Pada lewat abad ke-20 dan awal abad ke-21, cara mereka memperlakukan orang-orang tahanan politik telah dikritik, ramai telah sah diseksa dan dibunuh semasa dalam tahanan, dan di atas cubaan bunuh ke atas beberapa ketua politik Palestin. M1864 Mossi \'m-s\; Mossi Orang-orang Burkina Faso dan bahagian lain di Africa barat, terutamanya di Mali dan Togo. Mereka bertutur bahasa Moor, iaitu bahasa GUR dalam keluarga NIGER-CONGO. Masyarakat Mossi, disusun seperti dalam KERAJAAN MOSSI yang dahulu (kurun 1500-1895), dibahagikan kepada kerabat diraja, bangsawan, orang kebanyakan, dan dulunya hamba abdi. Morho naba (pemerintah besar) menduduki satu mahkamah di OUAGADOUGOU. Di zaman kolonial Mossi bertindak sebagai orang tengah dalam perdagangan antara kerajaan hutan dengan bandar-bandar Niger. Sekarang kebanyakan dari hampir enam juta orang Mossi adalah petani setempat. M1865 Kerajaan Mossi; Mossi states Kompleks kerajaan bebas Africa barat (kurun 15001895) terletak berdekatan bahagian hulu SUNGAI VOLTA, sekarang termasuk Burkina Faso dan Ghana. Walaupun mengikut tradisi moyang mereka berasal dari timur, mungkin ketika abad ke-13, asal kerajaan tersebut masih sukar difahami. Orang MOSSI mengganggu empayar MALI dan SONGHAI dan bersaing untuk mendapatkan hak mengawal SUNGAI NIGER. Dari kurun 1400 kerajaan tersebut menjadi orang tengah dalam perdagangan antara kerajaan hutan dan bandar-bandar Niger. Mereka kekal merdeka sehingga diceroboh oleh Perancis pada lewat abad ke 19. M1866 Negara-negara yang diberi kelebihan dalam perdagangan; most-favoured-nation treatment Jaminan peluang yang sama dalam perdagangan (contoh, konsesi tarif) telah diberikan kepada negara pilihan (MFN). Ia adalah kaedah untuk menubuhkan peluang perdagangan yang sama rata antara negeri dengan membuat perjanjian yang pada mulanya antara dua pihak kini melibatkan banyak negeri. Usaha untuk menjamin

peluang perdagangan yang sama rata telah dimasukkan dalam perjanjian perdagangan telah wujud seawal kurun ke-17. Perjanjian Anglo-French yang ditandatangani pada 1860 menjadi contoh kebanyakan PERJANJIAN PERDAGANGAN selepas itu, menubuhkan satu kerjasama yang tetap tentang konsesi tarif (lihat TARIF) yang kemudiannya dikembangkan ke seluruh dunia oleh negara-negara yang diberi kelebihan dalam perdagangan. Keistimewaan kepada negara-negara yang diberi kelebihan ini selalu diaplikasikan terutamanya kepada duti import, tetapi peruntukan yang khusus telah mengembangkan dasar tersebut ke bahagian ekonomi yang lain, termasuk hak mengenai harta, PATEN, dan HAK CIPTA TERPELIHARA. Lihat juga PERJANJIAN AM MENGENAI TARIF DAN PERDAGANGAN; KESALINGAN; ORGANISASI PERDAGANGAN DUNIA. M1867 Mostel \m-'stel\, Zero orig. Samuel Joel Mostel; Mostel \;jdjjh\, Zero orig. Samuel Joel Mostel (lahir 8 Sept. 1977, Philadelphia, Pa.) pelakon A.S. Pada mulanya beliau berlakon di Broadway dan dalam filem, tetapi apabila telah disenarai hitam di Hollywood selepas 1955, beliau berlakon dalam teater di Kota New York. Persembahan beliau dalam Ulysses in Nighttown (1958) dan Rhinoceros (1961) mendapat sanjungan, dan beliau membawa watak utama dalam drama musical A Funny Thing Happened on the Way to the Forum (1962) dan Fiddler on the Roof (1964). Antara filem beliau yang seterusnya adalah MEL BROOKSs The Producers (1968) dan The Front (1976), satu filem mengenai zaman pelakon disenarai hitam. Mostel juga merupakan pelukis potret yang bersungguh-sungguh sepanjang kehidupannya. M1868 Mosul \m-'sl\ Bahasa Arab Al-Mawsil \,l-m-'sl \; Mosul Arabic Al-Mawsil, Bandar (populasi, 2003 dianggarkan: 1,800,000), barat laut IRAQ. Terletak merentasi SUNGAI TIGRIS daripada kehancuran empayar purba NINEVEH, dimana ia berjaya membangun, Mosul makmur sehingga 1258, kemudian ia telah dibinasakan oleh orang MONGOL. Ia merupakan pusat EMPAYAR UTHMAN (kurun 1534-1918). Selepas Perang Dunia I (1914-18) ia telah diduduki oleh British dan pada 1926 ia diserahkan kepada Iraq. Bandar kedua terbesar negara itu dan merupakan pusat perdagangan utama di barat laut, ia mempunyai kilang pengeluar (simen, tekstil) dan

satu kilang penapisan minyak dan medan minyak yang berdekatan. Ia mempunyai banyak bangunan purba, antaranya berasal dari kurun ke-13, termasuk Masjid Agung dan Masjid Merah. M1869 Sungai Motagua \m-'t-gw\ ; Motagua River Sungai, di bahagian timur Guatemala. Ia adalah sungai terpanjang negara itu, mengalir lebih kurang 250 batu (400 km) ke timur dan ke timur laut ke dalam Teluk Honduras berdekatan sempadan Honduran. Secara tempatan punca sungai itu dipanggil Silbapec dan di hilir sungai dipanggil Ro Grande. Ia adalah jalan air utama untuk pisang, kopi, dan tanaman lain yang ditanam di timur lembahnya. M1870 motel; motel Hotel yang dibina untuk orang yang mengembara menaiki kenderaan, dengan kawasan tempat meletak kereta disediakan (namanya adalah hasil gabungan perkataan (motor dan hotel). Pada asalnya, kebiasaan motel mengandungi satu rangkaian cabin-cabin di tepi jalan yang terpisah atau bersambung-sambung, di mana ia memberi khidmat kepada pedagang dan peniaga yang mengembara dan juga kepada orang-orang yang menghadiri persidangan dan juga mesyuarat perniagaan, termasuk juga pelancong dan orang yang bercuti. Menjelang 1950 kenderaan bermotor adalah cara utama untuk mengembara di A.S., dengan demikian banyak motel telah dibina berdekatan lebuhraya seperti juga hotel-hotel yang telah dibina berdekatan stesen-stesen keretapi. M1871 motet; motet Gubahan koral Latin, biasanya dalam satu nada. Asalnya dari kurun ke13 apabila perkataan (Bahasa Perancis mots) mula ditambah kepada barisan perkataan pelbagai bunyi yang tiada makna dalam plainchant yang tetap. Ia bercambah terus dari clausula, dekorasi pelbagai bunyi dari satu bahagian ORGANUM, ia kemudiannya bercabang kepada komposisi yang berasingan, sementara mengekalkan pecahan dikir yang tiada makna dan melodi dalam bahagian tenor. Teks di bahagian atas selalu menjadi gabungan suci dan sekular yang mengelirukan- dan juga antikepaderian-puisi, untuk menunjukkan persembahan yang sengaja dilakukan dengan bersopan santun dan juga bertemakan kegerejaan. Motet merupakan genre

musik yang sangat penting pada kurun ke-13 dan merupakan medium penting untuk perkembangan polifoni. Dalam zaman Renaissance, motet yang berkaitan dengan keagamaan, sekarang menggunakan satu teks, ditulis oleh komposer seperti JOSQUIN des Prez, ORLANDE DE LASSUS, dan WILLIAM BYRD, walaupun ia masih tidak jelas bagaimana ia dipersembahkan dengan berlatar belakangkan gereja. Dalam kurun ke-17 hingga ke-18, motet ditulis oleh JEAN-BAPTISTE LULLY, MARC-ANTOINE CHARPENTIER, HEINRICH SCHUTZ, dan JOHANN SEBASTIAN BACH. Selepas kurun 1750 genre motet merosot, dan ciri-ciri yang membezakannya menjadi kabur. M1872 kupu-kupu ; moth Mana-mana antara beberapa ribu spesis LEPIDOPTERAN, dijumpai di semua tempat kecuali di kawasan kutub. Kupu-kupu kebanyakannya nokturnal dan mempunyai badan yang kuat, warna yang suram, dan sayapnya adalah lebih kecil daripada RAMA-RAMA. Ia mempunyai antenna tersendiri yang berbulu dan, ketika berehat, melipat sayapnya, membaluti seluruh tubuh, atau menahan sayapnya di bahagian sisi. Panjang sayap adalah kurang dari 1 inci (2.5 cm) sehingga lebih kurang1 kaki (30 cm). terdapat empat fasa dalam kitar hidup rama-rama; telur, LARVA (beluncas, atau cacing), PUPA (krisalis), dan dewasa (imago). Kedua-dua larva dan dewasa untuk kebanyakan spesis memakan tumbuhan, dan

You might also like