You are on page 1of 7

Bab 6 British Mengeksploit Ekonomi

Perkembangan perusahaan perlombongan

Antara galian yang dilombong secara komersial :


Galian
Emas Arang Batu Bauksit

Lokasi
Raub,Pahang Batu Arang,Selangor (Digunakan untuk membuat aluminium) Bukit Pasir dan Teluk Ramunia,Johor Teluk Emas,Melaka Bukit Besi,Terengganu Rompin,Pahang Kedah,Perak dan Johor Hasil sampingan perlombongan bijih timah Batang Padang,Perak

Bijih besi

Ilmanit

Perkembangan perlombongan bijih timah


Bijih timah merupakan hasil galian yang terpenting di Tanah Melayu. Orang Melayu telah melombong bijih timah secara mendulang dan melampan sebelum campur tangan British. Orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong timah milik pembesar Melayu di daerah Lukut,Sungai Ujong,Larut dan Klang pada awal 1820-an. Orang Cina dan Eropah kemudiannya dibenarkan membuka lombong timah dengan memajak tanah daripada pembesarpembesar Melayu.

Penglibatan orang cina turut menggiatkan aktiviti perlombongan bijih timah. a) Lombong baru dibuka di Ampang,Kuala Lumpur dan Lembah Kinta. b) Kaedah lebih baik diperkenalkan,antaranya sistem lombong dedah,penggunaan pam kelikir dan palung. c) Kegiatan ini dikuasai orang Cina sehingga akhir abad ke-19. Revolusi Perindustrian di Eropah meningkatkan lagi permintaan untuk bijih timah. a) Bijih timah digunakan dalam industri mengetin makanan. b) Pada akhir abad ke-19, Tanah Melayu ialah pengeluar bijih timah yang terBESAR di dunia (55% timah dunia).

Mulai tahun 1930,kegiatan perlombongan bijih timah telah dikuasai oleh orang Eropah. a) Kaedah melombong yang moden, pengunaan kapal korek yang membolehkan lebih banyak bijih timah dihasilkan. b) Kapal Korek pertama digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah,Perak pada tahun 1912. c) Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu.

Antara faktor yang mendorong perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu
Revolusi Perindustrian meningkatkan permintaan untuk bijih timah. Tenaga buruh yang mencukupi dengan kemasukan pelombong Cina. Modal yang mencukupi disediakan oleh pemodal Cina dan Eropah. Sistem perhubungan sepertu landasan kereta api dan jalan raya yang dibina memudahkan bijih timah dieksport. Penggunaan kapal korek .

Kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an menyebabkan harga bijih timah jatuh. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani (1931) untuk memulihkan semula harga bijih timah. a) Negara yang terlibat ialah Tanah Melayu,Bolivia,Nigeria dan Indonesia. b) Semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing. c) Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. d) Harga bijih timah berjaya distabilkan.

You might also like