You are on page 1of 8

Pengertian Puasa

Menurut bahasa, shiyam/puasa bererti menahan diri.


Menurut syarak ialah: Menahan diri darisegala sesuatu yang membatalkannya dari
mulai terbit fajar hingga terbenam matahari, kerana perintah Allah semata-mata,
dengan disertai niat dan syarat-syarat tertentu.
Puasa Ramadhan adalah satu sendi ibadat yang dilakukan pada bulan Ramadhan, selama
satu bulan (29 atau 30 hari).
Ketentuan yang mewajibkan puasa ini ialah firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaiman
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa iaitu dalam beberapa
hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa)sebanyak hari yang ditinggalkan
itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya
(jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makan seorang miskin.
Maka barangsiapa yang dengan kerelaan hari dan mengerjakan kebajikan maka itulah
yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramdan, bulan yang di dalamnya
diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-
penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).
Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di
bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, barangsiapa sakit atau dalam
perjalanan (lalu ia berbuka), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-
hari yang lain.

Allah menghendaki kelonggaran bagimu, dan tidak menghendaki kesempitan bagimu. Dan
hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kau mengagungkan Allah atas
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah: 183-185)

Di dalam hadis juga dijelaskan tentang kewajipan puasa ini sebagaimana sabda
Nabi saw:
Islam itu ditegakkan atas dasar:
• Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad saw utusan-Nya
• Mengerjakan solat
• Mengeluarkan zakat
• Mengerjakan haji
• Berpuasa pada bulan Ramadhan

Amalan Puasa & Manusia Sejagat

Firman Allah “Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa
sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa
(takut kepada Tuhan)” (2:183).
Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka
berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan
tertentu.
Orang Greek dikatakan mengetahui mengenai puasa daripada orang Mesir purba. Mereka
berpuasa sejurus sebelum mereka pergi berperang. Orang Rome yang mengikuti jejak
langkah orang Greek juga berpuasa, terutamanya apabila diserang oleh musuh, untuk
memperoleh kemenangan. Mereka percaya amalan puasa menguatkan mereka dan mengajar
mereka kesabaran dan ketahanan, iaitu dua nilai yang diperlukan untuk kejayaan
dalam perjuangan melawan nafsu batin mahupun musuh yang lahir.
Amalan puasa bagi mereka yang menempuh masa dugaan dan kesengsaraan juga dilakukan
oleh orang Cina purba, sementara amalan itu, dalam kebanyakan agama yang terawal,
hanya bertujuan supaya tuhan-tuhan berbudi baik atau untuk menambahkan bekalan
makanan mereka.
Puasa juga dilakukan kerana sesuatu sambutan yang dianggap suci. Golongan paderi
di kalangan kaum dayak Pueblo di barat-daya Amerika berpuasa semasa mereka
menyendiri sebelum upacara utama yang berkaitan dengan pertukaran musim.

Di negeri Cina, mereka lazimnya berpuasa pada suatu jangka masa yang ditentukan
sebelum melakukan sesuatu pengorbanan pada malam solstis musim sejuk iaitu ketika
kuasa Yang (kuasa positif) dipercayai memulakan kitaran barunya. Amalan in telah
diberhentikan pada tahun 1949.
Puasa dalam sesetengah agama dilakukan semasa berkabung setelah berlaku kematian
ahli keluarga umpamanya. Dalam yang lain, manusia percaya puasa dapat
menghilangkan perasaan kebendaan dalam jiwa mereka serta melahirkan keadaan
rohaniah yang tenang dan gembira.
Adat Mesir dan Babylon purba menganggap amalan puasa sebagai satu cara untuk
menebus dosa berserta tindakan lain yang menunjukkan kesedihan atas salah laku.
Ini kemudiannya diikuti oleh bangsa-bangsa lain yang menyifatkan puasa sebagai
satu cara untuk menebus kesilapan dan dosa, lantas menghindarkan mereka daripada
kemurkaan tuhan-tuhan.

Di dalam al-Quran puasa turut disebut sebagai satu daripada cara untuk menebus
kesalahan.
Pertama, kesalahan yang berkaitan dengan ibadah haji. Terdapat 2 ayat mengenainya:
1. “Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi,
maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga
pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada
gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.
Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka
hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati
sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali.
Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir
di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam
pembalasan sewajarnya” (2:196).
2. “Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang
kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja,
akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang
ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang
dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang
sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya.”
(5:95).

5
Kedua, dalam kes pembunuhan. Firman-Nya:
“Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan
tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia
memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada
keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang
bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah
memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang
berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar
kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika
dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat
Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana” (4:92).

Ketiga, untuk menebus sumpah yang tidak disempurnakan. Firman-Nya:


“Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja,
tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-
sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan
yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau
memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia
berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu
bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu
ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih” (5:89).
6
Keempat dan terakhir, kerana menzihar isteri atau mengatakan kepada isteri "Kamu,
kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!" Firman-Nya:
“Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik
kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba
sebelum keduanya menyentuh satu sama lain .…. Tetapi sesiapa yang tidak
mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum
keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka
hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai
Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak
percaya, azab yang pedih” (58:3-4).
Walaupun Buddha mengajar kesederhanaan dalam puasa, ramai sami Buddha lelaki dan
perempuan berpegang teguh kepada adat makan hanya sekali sehari, dan mereka
dikehendaki berpuasa pada hari bulan baru atau bulan penuh. Di kalangan penganut
Buddha hari ini adalah lazim bagi mereka berpuasa dan membuat pengakuan atas dosa
yang dilakukan sebanyak empat kali sebulan. Mereka percaya puasa adalah satu
daripada 13 amalan yang membawa kepada kehidupan yang gembira di samping menjadi
alat untuk menyucikan diri.
Dalam kepercayaan orang Yahudi, puasa adalah suatu jangka masa apabila seseorang
menahan diri daripada makan dan tidur. Lazimnya ia bersangkutan dengan perbuatan
menahan diri yang lain.

7
Dari sudut lain, puasa digunakan sebagai persediaan untuk berhubung dengan alam
yang lebih tinggi atau untuk menerima wahyu. Hampir kesemua jenis puasa bermula
dari waktu fajar hingga waktu senja.
Di samping peranannya dalam agama, puasa digunakan manusia untuk melahirkan
sesuatu pandangan terutamanya dalam protes atau perpaduan.
Menurut kitab Bible, Yesus (Nabi Isa) berpuasa selama 40 hari: “Dan setelah
berpuasa empat puluh hari dan empat puluh malam, akhirnya laparlah Yesus” (Matius
4:2). Orang Kristian juga percaya bahawa Nabi Musa telah berpuasa semasa berada di
Gunung Sinai selama 40 hari untuk menerima “loh batu, yakni hukum dan perintah,
yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka” (Keluaran 24:12). Itulah
peristiwa penurunan kitab Taurat.
Ia seakan-akan sama dengan peristiwa penurunan kitab al-Quran yang berlaku pada
bulan yang diwajibkan berpuasa. Firman-Nya: “Bulan Ramadan yang padanya al-Quran
diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang
jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu
yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa” (2:185).
Ayat itu merupakan juga ayat al-Quran yang pertama mengandungi perkataan “al-
Quran”. Daripadanya difahamkan iaitu amalan puasa diwajibkan sempena kedatangan
al-Quran untuk menjadi petunjuk wajib kepada manusia. Kitab itu adalah satu-
satunya bukti bagi petunjuk yang benar di samping menjadi pembeza untuk mengenali
yang benar dan yang palsu.

8
Maka berpuasalah umat Islam apabila bulan Ramadan bermula tanpa pergi ke pantai
atau bukit untuk melihat anak bulannya. Ini ialah kerana manusia telah mendalami
ilmu falak sehingga mampu mengira kejadian gerhana bulan atau matahari dengan
tepat pada hari, waktu dan minitnya. Malah, Tuhan mahupun Rasul-Nya, tidak
menyuruh melihat anak bulan.
Tuhan telah lama mengajar manusia ilmu ini seperti yang disebut dalam firman-Nya
yang berbunyi
“Dia yang membuatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan menetapkan
ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan
perhitungan …. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui” (10:5).
Hasil daripada itu, orang Mesir telah mencipta kalendar pertama yang tepat pada
kira-kira tahun 4200 S.M. dengan bilangan hari sebanyak 365 setahun. Orang Babylon
(atau Babil di dalam al-Quran) pula telah menghasilkan kalendar “lunar” dengan 354
hari setahun yang diusahakan antara tahun 3000 dan 2000 S.M. Kedua-dua kalendar
ini menetapkan 12 bulan bagi satu tahun. Firman-Nya,
“Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari
Dia mencipta langit dan bumi” (9:36).
Tambahan pula dalam ayat 2:185 di atas perkataan “bulan” pada frasa “menyaksikan
pada bulan itu” bukan bermaksud “moon” tetapi “month” dalam bahasa Inggeris. Maka
amalan melihat anak bulan Ramadan atau Syawal adalah hanya suatu pembaziran rekaan
para ulama.

9
Masa berpuasa ditetapkan dengan arahan Allah berbunyi,
“Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada
benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam” (2:187).
Maka umat Islam berpuasa dari permulaan waktu fajar hingga masuk waktu malam. Akan
tetapi mereka yang menuruti ajaran ulama berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu
maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan
dengan waktu fajar dan malam seperti yang diajar oleh Tuhan.
Waktu subuh adalah waktu sebelum fajar, sementara waktu maghrib pula adalah waktu
sebelum malam. Perkataan malam adalah “lail” dalam bahasa Arab. Dalam konteks al-
Quran, waktu malam adalah waktu gelap iaitu waktu yang tiada lagi cahaya siang.
Perkataan subuh dan fajar ada kaitan dengan amalan solat. Daripada al-Quran, dan
hadis, disebut dengan jelas nama “solatil fajri”, atau solat fajar, bukan “solatil
subhi”, atau solat subuh, seperti yang diajar ulama. Justeru umat yang menuruti
petunjuk al-Quran memulakan puasa, setelah masuk waktu fajar, dengan solat fajar
dan mengakhirkannya dengan solat "maghrib". Selepas solat, apabila gelap, mereka
berbuka puasa.
Dengan itu, puasa bermula pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir kira-kira
setengah jam selepas masuk waktu "maghrib".

10
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum (2:187). Larangan tambahan
seperti mengorek hidung atau telinga yang dikatakan boleh membatalkan pahala puasa
tidak dinyatakan di dalam al-Quran kerana tiada kaitan dengan makan dan minum,
atau bercakap bohong dan sebagainya yang tidak seharusnya dijauhkan semasa dalam
puasa sahaja. Lantas, puasa menurut ajaran Tuhan bebas daripada belenggu yang
dikenakan oleh ulama.
Bercampur dengan isteri turut dilarang tetapi diharuskan pada waktu malam. Sebelum
al-Quran turun ia dilarang sama sekali sepanjang musim puasa. Firman-Nya:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu;
mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan
memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka ….. dan janganlah mencampuri
mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid” (2:187).
Allah menegaskan iaitu berpuasa adalah lebih baik daripada memberi makan kepada
orang miskin untuk orang yang tidak cukup bilangan hari puasanya. Ini ialah kerana
kebaikan yang tidak diketahui. Hanya yang diketahui dengan nyata mengenai
kelebihan berpuasa adalah daripada dapatan ahli filasafah, sains dan doktor. Pada
pendapat ramai daripada mereka, puasa adalah penting dalam kehidupan, kesihatan
dan proses penyembuhan yang diperlukan untuk mewujudkan semula kesihatan yang baik
apabila dihinggap penyakit.

11
Puasa adalah satu-satunya terapi pemulihahan yang semula jadi. Ia adalah unsur
alam yang purba lagi sejagat sebagai “ubat” untuk banyak masalah. Seperti haiwan
dengan tingkah laku kenaluriannya berpuasa apabila jatuh sakit. Ikan salmon perak
berpuasa berminggu-minggu lamanya ketika berenang ke hulu sungai yang jaraknya
beratus batu untuk bertelur. Ratu semut tidak makan apa-apa sehingga telurnya
menetas. Banyak jenis serangga dan haiwan berpuasa dalam hibernasi.
Tanda-tanda ketagihan (withdrawal symptoms) dalam penagihan dadah seperti alkohol,
kokaina, nokotina dan kafeina dapat dihilangkan dengan cepat semasa pesakit
berpuasa.
Puasa dikatakan juga boleh memberi manfaat kepada keadaan kesihatan seperti demam
selesema, aterosklerosis, flu, penyakit arteri koronari, bronkitis, angina
pektoris, pening atau sakit kepala, hipertensi, sembelit, diabetes atau kencing
manis, ketakcernaan, demam, cirit-birit, alahan alam persekitaran, penyakit lelah,
gemuk, insomnia, kanser, sakit kulit, dan epilepsi.
Amalan itu juga didapati berkesan dalam beberapa kes keletihan terutamanya apabila
ia disebabkan oleh kongesi organ dan tenaga, dan kepada ramai pesakit mental, dari
kerisauan ke skizofrenia. Kesemua ini adalah hanya beberapa kelebihan dalam amalan
puasa yang dapat dikesan.

12
Allah, di dalam Kitab petunjuk-Nya, tidak menyebut mengenai bentuk ganjaran atau
pahala bagi orang yang berpuasa. Dia hanya menyebut upah yang besar. Firman-Nya,
“Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan
perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki
yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang
sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki
yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan
perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan
yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang
mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar” (33:35).
Kesemua ajaran dan janji ulama dalam puasa bulan Ramadan dan puasa sunat yang
tidak disebut di dalam al-Quran didapati tidak juga diajar oleh Rasul-Nya. Firman-
Nya:
“Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami
mengambilnya dengan tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia. Sesungguhnya ia
(al-Quran) adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),
tetapi Kami mengetahui bahawa antara kamu ada yang mendustakan. Sesungguhnya ia
(al-Quran) adalah satu penyesalan bagi orang-orang yang tidak percaya, dan
sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini, maka sanjunglah nama Pemelihara
kamu, Yang Agung” (69:44-52).

Puasa Bulan Ramadhan


Puasa Ramadhan dimulai dengan salah satu sebab berikut:-
1. Melihat anak bulan setelah terbenam matahari pada tanggal 29 Syaaban.
2. Penetapan Hakim Syar’I akan awal bulan Ramadhan berdasarkan keterangan
saksi, sekurang-kurangnya seorang lelaki, bahawa ia melihat bulan.
3. Penetapan awal bulan Ramadhan dengan perhitungan ahli hisab:
a) Apabila bulan tidak kelihatan, maka bulan Syaaban disempurnakan 30 hari;
b) Keterengan orang yang dapat dipercayai kebenarannya oleh penerima berita,
bahawa ia melihat bulan Ramadhan walaupun ia perempuan, orang fasik atau kanak-
kanak
4. Dengan hisab sebagaimana Firman Allah saw:
Allah yang telah menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya serta diaturnya
tempat perjalanan, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan (hisabnya).
Tuhan tidak menjadikan semuanya itu kecuali dengan pasti, tuhan menerangkan
segalanya dengan ayat-ayat-Nya bagi semua orang yang berpengetahuan.
(Yunus :5)
Sabda Rasulullah saw :
Dari Umar r.a, Rasulullah saw bersabda: Apabila kamu melihat bulan Ramadhan,
hendaklah berpuasa, dan apabila kamu lihat bulan Syawal hendaklah berbuka. Maka
jika tidak kelihatan olehmu, maka hendaklah kamu perhitungkanlah jumlahnya hari
dalam satu bulan.

Syarat Wajib Berpuasa dan Syarat Sah Puasa & Rukun Puasa

Syarat-syarat wajib berpuasa adalah seperti berikut:-


1. Beragama islam
2. Baligh dan berakal; kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa; tetapi apabila
ingin mengerjakannya boleh diajak berpuasa sebagai latihan.
3. Suci dari haid dan nifas (khas untuk wanita)
4. Kuasa. (tidak sakit / uzur / orang tua, mereka boleh tidak berpuasa, tetapi
wajib membayar fidyah)

Syarat-syarat sah puasa adalah seperti berikut:-


1. Islam
2. Tamyiz (orang dewasa / kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan
buruk.
3. Suci dari haid dan nifaz. Wanita yang sedang hiad dan nifas tidak sah jika
berpuasa, tetapi wajib qada pada waktu lain, sebanyak bilangan hari yang ia
tinggalkan.
4. Tidak di dalam hari-hari yang dilarang untuk berpuasa

Rukun puasa disenaraikan seperti berikut:-


1. Niat
2. Meninggalkan segala yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar saddiq
hingga terbenam matahari.

Batal Puasa
Ada beberapa perkara yang boleh membataklan puasa. Diantaranya:-
1. Memasukkan sesuatu ke dalam lubang/rongga badan dengan sengaja, seperti
makan, minum, merokok, memasukkan benda ke dalam telinga atau hidung hingga
melewati pangkal hidung. Tetapi jika terlupa, tidak membatalkkan puasa. Menyuntik
di lengan, paha di punggung atau selainnya, tidak akan membatalkkan kerana dip aha
atau dipunggung bukan bererti melalui lubang rongga badan.
2. Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak
membatalkkannya.
3. Haid dan nifas; wanita yang hiad dan nifas haram mengerjakan puasa, tetapi
wajib menqada sebanyak hari yang ditinggalkan.
4. Jimak pada siang hari atau pada waktu fajar sadik telah nampak.
5. Gila walaupun sebentar.
6. Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
7. Murtad, yakni keluar dari agama Islam.

Perlu terangkan di sini tentang sangsi orang berjimak pada isngan hari di bulan
Ramadan. Orang yang berjimak pada siang hari dalam bulan Ramadhan, terbatal
puasanya. Selain itu wajib membayar denda atau kifarah.

Sunat Puasa dan Yang Memakruhkannya


Di dalam puasa Ramadhan, ada beberapa sunat berpuasa, iaitu:-
1. Makan sahur meskipun sedikit.
Dari Anas bin Malik r.a, ia berkata :
Rasulullah saw pernah bersabda: Hendaklah kamu makan sahur; kerana dalam sahur itu
ada berkatnya.
2. Mengakhirkan makan sahur sebelum terbit fajar (sampai waktu imsak)
Zaid bin Tsabit r.a berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw kemudian bangun
untuk sembahyang Subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga
sembahyang Subuh? Jawabnya: Sekadar sekira orang membaca 50 ayat.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Menyegerakan berbuka apabila ternyata telah masuk Maghrib.
Dalam riwayat Tarmizi dari hadis Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw, beliau
bersabda: Firman Allah ‘azza wa jalla: Hamba-Ku yang paling Aku cintai ialah yang
paling cepat berbuka puasa.
4. Membaca doa ketika berbuka
5. Menjauhi dari ucapan-ucapan yang tidak senonoh, misalnya berkata-kata keji,
mencela, berbohong dan sebagainya.
Dari Abi Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda: Apabila kamu sedang
berpuasa, maka jangan bercakap perkataan yang keji, jangan menimbulkan huru-hara
dan kalau ada orang yang memaki atau mengajak berkelahi, maka katankanlah: Saya
berpuasa.

6. Memperbanyakkan amal kebajikan, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.


Dari Zaid bin Khalid Al-Huhanni r.a., dari Nabi saw telah berkata: Barangsiapa
yang memberikan makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, maka
baginya memperoleh pahala sama seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang
sedikitpun.
7. Memperbanyakkan iktikaf di masjid.
Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata: Bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:
Barangsiapa yang beribadat pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap ganjaran,
maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.

Ada beberapa perkara yang boleh dikerjakan pada waktu puasa bulan Ramadhan, tetapi
makruh hukumnya, iaitu:-
1. Berkumur-kumur yang berlebihan.
2. Mencuba rasa makanan.
3. Berbekam, cacar dan suntikan.
4. Bersiwak, menggosok gigi setelah tergelincir matahari.

Orang Yang Layak Tinggalkan Puasa


Terdapat 2 golongan yang layak meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan, iaitu:-
1. Boleh meninggalkan puasa tetapi wajib qada.
a) Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat baginya atau jika
berpuasa akan bertambah lama sembuhnya.
b) Orang yang berjalan jauh (musafir) sejauh 81 km.
c) Orang yang hamil dan dikhuatiri akan mudarat bagi dirinya dan kandungannya.
d) Orang yang sedang menyusukan anaknya dan dikhuatiri memudaratkan dirinya dan
anaknya.
e) Orang yang sedang haid dan nifas
f) Juga wajib qada bagi orang-orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab
yang membatalkannya.

2. Orang-orang yang tidak wajib qada tetapi wajib fidyah (memberi makanan asasi
sebanyak 1 mud (576 gram)
3. Orang yang sakit dan tidak ada harapan akan sembuh
4. Orang yang lemah kerana sudah tua, yang tidak kuat berpuasa

Kesimpulan
Puasa merupakan ajaran agama yang mempunyai hikmah yang sangat banyak.
Puasa ialah ibadat badaniyah, dan tindakan serentak yang bersangkutan antara
perasaan jiwa, badan dan kerja yang menghubungkan langsung antara batin dan zahir.
Dalam berpuasa
Pengertian Puasa

seseorang dapat mengawal anggota badannya seperti jiwa, batinnya dan ucapan
mulutnya. Kesucian yang ditimbulkan dari akibat puasa adalah kesucian ma’nawi.
Bukan hanya kesucian lahir semata-mata yang mungkin dapat dibersihkan dengan air,
juga kesucian batin dapat dibersihkan dengan latihan jiwa dan perbuatan kalbu.
Hikmah puasa dapat disimpulkan sebagai berikut:-
1. Mendidik para mukmin supaya berperangai luhur dan agar dapat mengawal
seluruh nafsu dalam keinginan manusia biasa.
2. Mendidik jiwa agar biasa dan dapat menguasai diri, sehingga mudah
menjalankan semua kebaikan dan meninggalkan segala larangan-Nya.
3. Membiasakan orang yang berpuasa bersabar dan tahan dengan ujian.
4. Mendidik jiwa dapat memegang amanat sebaik-baiknya, kerana orang yang
berpuasa itu adalah seorang yang mendapat amanat untuk tidak makan dan minum atau
hal-hal yang membatalkannya. Sedang amanat itu harus dapat dipegang teguh, baik di
hadapan orang ramai mahupun di kala sendirian.
5. Untuk mendidik manusia agar jangan mudah lekas dipengaruhi oleh benda
sekalipun ia dalam keadaan sengsara / kelaparan, ia dapat mempertahankan
peribadinya dan peribadi Islam hingga tidak terjerumus ke jurang maksiat dan
sebagainya.
6. Ditinjau dari segi kesihatan, puasa sangat berguna untuk menjaga dan
memperbaiki kesihatan.
7. Untuk menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah atas kurnia yang telah
diberikan kepada hamba-Nya.
8. Menanamkan rasa cinta kasih sesame manusia, terutama terhadap orang-orang
miskin, yang menderita kelaparan dan kesengsaraan. Dengan berlatih lapar dan ahaga
setiap hari selama satu bulan, kita mampu meraakan nasib fakir dan miskin.

Bibliografi
1. Al Quran dan Terjemahannya.

2. Tafsiran Fi Zilalil Qur’an “Di Bawah Bayangan A-Qur’an”, Terjemahan Yusoff


Zaky Haji Yacob, Terbitan Pustaka Aman Press Sdn. Bhd dengan kerjasama Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM), Cetakan pertama 2000/1420H.

3. Puasa, Zakat, Haji dan Muamalat, Susunan Abdul Azizi Ismail, Terbitan
Progressive Publishing House Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2006.

You might also like