You are on page 1of 13

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODUL SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR(ABM) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH.


CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN
1

Fakulti Teknikal dan Teknologi, UPSI, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Abstrak Keadah tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan penggunaan Modul sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan telah dijalankan secara soal selidik kepada sampel pelajar seramai 50 orang iaitu daripada pelajar Tingkatan 1,Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari,Tanjung Malim ,Perak. Sampel penyelidikan yang digunakan adalah daripada pelajar lelaki dan perempuan yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif dan instrument. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini, menunjukkan pelajar-pelajar yang disoal selidik peka terhadap penggunaan Modul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dapatan juga menunjukkan penggunaan Modul dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap

matapelajaran Kemahiran Hidup. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi memberikan keberkesanan yang lebih baik dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Kata kunci: modul Mata Pelajaran Kemahiran Hidup, Reka Bentuk Dan Teknologi, Tingkatan 1.

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan suatu mata pelajaran di dalam Kurikulum Barsepadu Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM,1989). Setiap pelajar harus menguasai mata pelajaran Kemahiran Hidup di setiap sekolah. Hal ini kerana kemahiran ini sangat penting dalam memajukan diri para pelajar dan segala kemahiran yang dipelajari seterusnya akan digunakan dalam kehidupan seharian pelajar. Pelajar yang berkemahiran mampu meningkatkan kemajuan diri mereka dalam pelbagai situasi dan keadaan. Walau bagaimanapun, ia merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan sukar untuk difahami apatah lagi untuk dikuasai sekiranya teknik pembelajaran yang berkesan tidak dipratikkan. Oleh sebab itu, terdapat kebanyakan pelajar kurang meminati mata pelajaran Kemahiran Hidup dan lebih buruk lagi terdapat segelintir di antara mereka yang langsung tidak menyukai mata pelajaran ini. Apabila pelajar hilang minat terhadap mata palajaran Kemahiran Hidup secara automatik akan mengurangkan kekuatan pelajar untuk mendalami pelbagai kemahiran yang diterapkan dalam mata pelejaran ini serta berasa sukar untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Sehingga banyak kajian dilakukan tentang modul mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi meningkatkan kemajuan diri pelajar dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, kajian ini memberi fokus kepada menilai sejauh manakah modul dapat meningkatkan pembelajaran pelajarpelajar sekolah, menilai keberkesanan modul Reka Bentuk dan Teknologi kepada bakal bakal guru kemahiran hidup, mengenalpasti kekurangan yang terdapat dalam modul dan menilai prestasi pelajar serta untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar. Kajian dibuat ke atas pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.Tanjung Malim.Perak. Objektif Kajian Objektif kajian ini dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya : 1) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan modul sebagai satu alat ABM dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran kemahiran hidup. 2) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penggunaan modul sebagai ABM dalam pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kemahiran hidup. 3) Mengenalpasti kesan penggunaan modul sebagai alat ABM yang sesuai dugunakan dalam pengajaran dam pembelajaran bagi mata pengajaran Kemahiran Hidup.

Hipotesis Kajian Kajian ini melibatkan tinjauan ke atas kajian-kajian lepas dan pemerhatian sebagai sumber pembentukan hipotesis kajian. Bagi persoalan 1.3.1, hipotesis kajian adalah seperti berikut: H1 : Penggunaan modul sebagai alat ABM berjaya menarik minat pelajar terhadap

mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bagi soalan 1.3.2, hipotesis kajian adalah seperti berikut: H2 : Penggunaan modul sebagai alat ABM akan membantu pelajar mengukuhkan

pemahaman dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya.

METODOLOGI Kawasan Kajian Kajian ini,melibatkan 50 orang pelajar iaitu terbatas kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah.Kajian ini meninjau keberkesanan penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar ABM untuk menarik minat pelajar dan mengukuhkan pemahaman konsep pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Kekangan-kekangan yang dihadapi semasa data dipungut adalah terdapat segelintir pelajar yang tidak menjawab kesemua soalan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan.

Alat Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soalan soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Alat kajian adalah untuk menentukan jenis data yang diperoleh serta mempengaruhi jenis analisis yang dilakukan oleh penyelidik.

1.6

Kesignifikan Kajian.

Signifikasi kajian ini boleh dibahagikan kepada tiga.Antaranya ialah kepada pihak sekolah,para guru dan pelajar.Signifikan kajian ini kepada pihak sekolah ialah ianya boleh menjdi bahan rujukan dan sumber maklumat bagi pihak sekolah untuk mengadakan perancangan dan pendekatan untuk meningkatkan penggunaan modul sebagai alat ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa akan datang.Selain itu,para guru dapat mengetahui sejauhmana keberkesanan dan kekuatan penggunaan modul sebagai alat bantu mengajar ABM dalam pengajaran dan pembelajaran dan sentiasa mengikuti arus perubahan dalam pendidikan selaras dengan keperluan pembelajaran masa kini. Hasil kajian ini diharapkan agar dapat membantu guru, dan pihak sekolah dalam merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan modul sebagai alat bantu megajar ABM. Malah turut mengkaji keberkesanan penggunaan modul sebagai alat ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup bagi membantu pelajar menguasai dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan mereka.Selain itu,dapat juga menggalakkan pelajar mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih menyoronokan bagi membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Justeru, kajian ini perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan modul sebagai alat bahan bantu mengajar ABM dan secara amnya untuk menarik minat dan mengukuhkan kefahaman pelajar dalam pembelajaran.Ini bermakna apabila seseorang pelajar dapat mengaplikasikan konsepnya,ini bermakna pelajar tersebut benar-benar memahaminya dan secara tidak langsung menambahkan lagi minat pelajar untuk belajar

1.7

Batasan Kajian.

Kajian ini,melibatkan 50 orang pelajar iaitu terbatas kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 di Sekolah Menengah.Kajian ini meninjau keberkesanan penggunaan modul sebagai bahan bantu mengajar ABM untuk menarik minat pelajar dan mengukuhkan pemahaman konsep pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.Kekangan-kekangan yang dihadapi semasa data dipungut adalah terdapat segelintir pelajar yang tidak menjawab kesemua soalan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan.

1.8

Definisi Istilah.

Berikut dinyatakan beberapa istilah bagi perkataan atau rangkaian yang digunakan dalam kajian penyelidikan ini. Definisi ini perlu untuk menjelaskan kefahaman yang tepat bagi tajuk kajian supaya tajuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimum.

1.7.1

Keberkesanan.

Perihal keberkesanan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1991).

1.7.2

Pelajar.

Pelajar ialah individu yang selalu menerima bimbingan daripada guru. Kajian ini memfokuskan kepada pelajar yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1.7.3

Pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain iaitu pelajar. Menurut Abdul Hamid Othman dalam Kertas Kerja Seminar Dan Ekspo Pendidikan Islam (1988: 23) pengajaran bererti pemindahan pengetahuan, pendidikan seseorang yang mempunyai pengetahuan kepada orang lain yang belum mengetahui. Satu proses memperoleh, menggunakan dan mengekalkan pengetahuan serta kemahiran melalui pengalaman yang mengubah pemikiran dan sikap dalam hubungan dengan dunia di sekeliling kita. Pembelajaran juga dirujuk sebagai proses mendapat, mengembang, dan menyerap kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui pengalaman dan aplikasi (Borman dan Levine, 1996).

1.7.4

Modul.

Menurut Kamus Dewan (1997), modul adalah unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkai dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar.

1.7.5 Alat bantu mengajar.

ABM adalah kelangkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ianya terdiri daripada pelbagai bahan dan boleh disampaikan dalam pelbagai cara. Contohnya, dalam bentuk buku, carta atau diletakkan pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan ABM. Menurut NoraziahAbdul Hamid (1981), membahagikan ABM kepada dua bahagian iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. ABM adalah kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantu menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, dan gambar sahaja tetapi merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan pancaindera serta apa saja yang dialami oleh pelajar.

METODOLOGI KAJIAN

3.6 Analisis Data Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan modul sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan soal selidik yang telah dikembalikan kemudiannya dikumpulkan dan disemak oleh pengkaji bagi memastikan pelajar telah menjawab dengan lengkap. Data mentah yang telah diperolehi disusun dalam data yang tersusun bagi memudahkan proses penganalisaan data dilakukan. Untuk bahagian A, pengiraan akan dibuat bagi mendapatkan jumlah dan peratusan mengikut jantina, agama dan bangsa.Manakala untuk bahagian B memerlukan responden menjawab menggunakan skala likert,pemberatan berikut akan dibuat,iaitu mengikut bentuk soalan.Seterusnya bahagian C pula merupakan soalan pandangan responden.

HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.2 Analisis Profil Responden (Bahagian A).

Bahagian ini merukapan analisa data bagi bahagian A dalam borang soal selidik (rujuk lampiran). Analisa data dibuat berhubung dengan agama ,jantina, dan bangsa responden. Dapatan kajian ini dikemukakan mengikut bilangan dan peratusan yang diperolehi.

Jadual 4.2.1 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Agama. AGAMA Islam Hindu Kristian Lain-lain JUMLAH JUMLAH (Orang) 46 3 1 0 50 PERATUS (%) 93 6 1 0 100

Jadual 4.2.1 di atas menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut agama. Responden yang terlibat adalah yang beragama Islam,Hindu dan Kristian sahaja. Daripada 50 orang responden, seramai 46 orang atau 93% adalah responden daripada jumlah yang beragama Islam manakala 3 orang daripada responden Hindu iaitu sebanyak 6% sahaja dan selebihnya adalah responden beragama Kristian iaitu seramai 1 orang dengan sebanyak 1% .

Jadual 4.2.2 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina. JANTINA Lelaki Perempuan JUMLAH JUMLAH (Orang) 10 40 50 PERATUS (%) 20 80 100

Jadual 4.2.2 di atas menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut jantina. Daripada hasil kajian, didapati responden bagi lelaki adalah seramai 10 orang manakala perempuan seramai 40 orang.

Jadual 4.2.3 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa. BANGSA Melayu India Cina Lain-lain JUMLAH JUMLAH (Orang) 46 3 1 0 50 PERATUS (%) 93 6 1 0 100

Jadual 4.2.3 di atas menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa. Responden yang terlibat adalah yang berbangsa Melayu,India dan Cina sahaja. Didapati bahawa seramai 46 orang (93%) adalah responden daripada jumlah yang berbangsa Melayu manakala 3 orang daripada responden berbangsa Idia iaitu sebanyak 6% sahaja dan selebihnya adalah responden yang berbangsa cina iaitu sebanyak 1 orang.

4..3

Analisa Bahagian Minat Dan Kefahaman (Bahagian B).

Penganalisaan dalam bahagian ini memerlukan responden memberi respon kepada pernyataan yang dikemukakan kepada skala likert lima aras iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S), dan sangat setuju (ST). Bagi memudahkan penganalisaan data, respon ini akan diperingkatkan kepada tiga peringkat iaitu setuju bagi responden yang menyatakan sangat setuju (SS) dan setuju (S). Tidak pasti (TP) bagi responden yang menyatakan tidak pasti. Manakala tidak setuju (TS) bagi responden yang menyatakan tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS).

4.3.1 Perkaitan Penggunaan Modul Sebagai ABM Dengan Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup. Bahagian ini merupakan analisa data bagi item (1-10) dalam bahagian B borang soal selidik yang menguji perkaitan penggunaan modul sebagai alat sebenar. Dengan minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Dapatan kajian ini akan dikemukakan mengikut bilangan dan peratusan yang diperolehi.

Item

Setuju (S) Bil. % 70 40 72 46 60 8 68 92 36 90 58.2

Tidak Pasti (TP) Bil. 10 10 10 15 13 26 5 3 6 3 10.1 % 20 20 20 30 26 52 10 6 12 6 20.2

Tidak Setuju (TS) Bil. 5 20 4 12 7 20 11 1 4 2 8.6 % 10 40 8 24 14 40 22 1 8 4 17.1

Jumlah (%) 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata

35 20 36 23 30 4 34 46 18 45 29.1

4.3.2 Perkaitan Penggunaan Modul Sebagai ABM Dengan Kefahaman Matapelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pelajar. Bahagian ini merupakan analisa data bagi item (11-20) dalam bahagian B borang soal selidik (rujuk lampiran) yang menguji perkaitan penggunaan modul sebagai ABM dengan kefahaman matapelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar. Dapatan kajian ini dikemukakan mengikut bilangan dan peratusan yang diperolehi.

Item

Setuju (S) Bil. % 90.0 70.0 60.0 74.0 84.0 80.0 92.0 80.0 60.0 90.0 78.0

Tidak Pasti (TP) Bil. 3 10 12 8 5 8 3 5 18 3 7.5 % 6.0 20.0 24.0 16.0 10.0 16.0 6.0 10.0 36.0 6.0 15.0

Tidak Setuju (TS) Bil. 2 5 8 5 3 2 1 5 2 2 3.5 % 4.0 10.0 16.0 10.0 6.0 4.0 1.0 10.0 4.0 4.0 6.9

Jumlah (%) 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Purata

45 35 30 37 42 40 46 40 30 45 39.0

Cadangan 5.4 Kesimpulan Hasil Kajian. 1) Penggunaan modul dalam pengajaran Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak membosankan. 2) Penggunaan modul membolehkan pelajar mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. 3) Pelajar sedar dengan penggunaan modul sebagai ABM dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup. 4) Dapat membentuk keyakinan diri, bersikap positif dan pelajar lebih berdisiplin. 5) Pelajar dapat memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup dengan baik.

Terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan penggunaan modul dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup iaitu: 1) Guru diberikan pendedahan pengetahuan secara meluas mengenai sesuatu modul yang akan diajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. 2) Penggunaan modul patut digalakkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup.Guru seharusnya peka terhadap keberkesanan penggunaan modul sebagai alat bantu mengajar. 3) Menyediakan modul pengajaran bersertakan dengan penggunaan ABM lain bagi mendapatkan kesan pembelajaran yang efektif. 4) Sentiasa memberikan kursus peningkatan kepada guru.

5.6

Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan modul sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dianggap sebagai suatu bahan yang padu. Penggunaan modul adalah bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan seterusnya mempercepatkan proses pengajaran dan memudahkan kefahaman pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan berkesan. Penggunaan modul sebagai alat ABM juga dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik dalam matapelajaran kemahiran hidup.Selain itu,penggunaan modul ini dapat mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

BIBLIOGRAFI

Adiana Said (2005). Pembangunan Dan Pengujian Keberkesanan Modul Multimedia Bertajuk Ikatan Kovalen. Tanjung Malim : Perak. Atan Long (1998). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd. Blake, J.A Dan Champion, D.J. (1976). Method And Issues In Social Research. New York : John Wiley And Sons. Borman, S & Levine, J. (1996). A Practical Guide To Elementary Intstruction : From Plan To Delivery. Boston : Allyn & Bacon. Cheong Lai Fong (2000). Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Inkuiri Penemuan Dalam Penguasaan Konseo-Konsep Fizik Berbanding Dengan Bab Keelektromagnetan Di SMK ST. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak. Tesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn. Bhd. Kamus dewan edisi kedua (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus dewan edisi ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus dewan edisi ketiga (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Konsep & Prosedur. Selangor : Prentice Hall. Maimun Aqasha (1991). Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi UIA. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Bangi : UKM Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Deawan Bahasa Dan Pustaka. Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Moon, B (1985). Introducing The Modular Curriculum To Teachaers. Moon, B. (Pernyataan) Kurikulim Modular. London : Paul Chopman. Mok Soon Sang (2008). Murid Dan Alam Belajar. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Musa Daia (1978). Prinsip Am Pendidikan. Kota Bharu : Kelantan Press Sdn. Bhd. Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Jahor, Malaysia.

You might also like