P. 1
BAHASA MELAYU BAHAGIAN C

BAHASA MELAYU BAHAGIAN C

4.75

|Views: 15,356|Likes:
Published by Mat Jang
Pemantapan Bahasa Melayu Bahagian C
Pemantapan Bahasa Melayu Bahagian C

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Mat Jang on Sep 13, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2014

pdf

text

original

BAHAGIAN C

KELEMAHAN CALON DAN KELEMAHAN PEPERIKSAAN GURU

Kelemahan Calon
I. II. III. IV. V.

VI.

Tidak memahami kehendak soalan Menyalin semula ayat berdasarkan petikan. Tidak dapat mengenal pasti nilai-nilai murni Mengulas cerita yang diberi, tidak membuat ulasan tentang nilai Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan. Hanya nilai murni yang dihafal / diketahui sahaja. Banyak kesalahan dalam aspek bahasa

KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU

Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan. 2. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu diberikan markah 3. Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh calon 4. Penandaan bagi idea-idea yang diberikan oleh calon tidak ditandakan dengan tepat 5. Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan 6. Markah yang diberikan kepada calon tidak digenapkan 7. Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa Contohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan perkataan. 8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada terlalu tinggi / terlalu rendah untuk bahagian C .
1.

UPSR (BAHASA MELAYU) FORMAT BAHARU MULAI 2005
Bahagian C
Perkara : Membuat Ulasan (Pengajaran, nilai murni, kebaikan,faedah dll) Stimulus : Petikan (sastera/bukan sastera) Bilangan soalan : 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab) Jumlah perkataan : Tidak kurang 50 perkataan (SK) Bentuk jawapan : Satu perenggan Markah : 20 markah Cadangan masa menjawab : 20 minit

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C

SEBELUM MENJAWAB
1.Baca dan faham arahan soalan. a)  Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan atau puisi. b)   Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

c)  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

2. Mencatat nilai murni/pengajaran/amalan yang baik a) Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham isi kandungannya.   b) Baca petikan atau puisi yang diberi secara ayat demi ayat dan gariskan ayat / rangkaikata yang mempunyai nilai-nilai murni. c) Jika terdapat nilai yang negatif, jadikan nilai itu kepada positif. ( Contoh: bangun lewat – bangun awal)

3. Senaraikan nilai murni seberapa banyak yang dapat ( melebihi 5 nilai murni ) 4. Memahami nilai yang tersurat dan tersirat. 5. Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita. 6. Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima. 7. Elakkan / jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun(PTM)

SEMASA MENJAWAB
1. Berpandukan nilai-nilai murni yang telah dicatat, tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis. 2. Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja. 3. Elakkan / jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.

4. Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu dimasukkan. 5. Kemukakan lebih daripada 5 (lima) nilai/pengajaran. 3. Ulasan tidak perlu terlalu panjang. Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja. ( cadangan 8 – 12 perkataan ) 7. Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.

SELEPAS MENJAWAB
1. Semak 5 aspek kesalahan bahasa. ( perbendaharaan kata, struktur ayat, imbuhan, ejaan dan tanda baca ) 2. Pastikan lebih daripada 5 nilai murni / pengajaran. 3. Bilangan perkataan tidak perlu terlalu panjang.Memadai antara 50 – 70 patah perkataan sahaja. 4. Jangan mencatat di ruang jawapan.

CONTOH LATIHAN

Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,” Suraya menjawab, “Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.” Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian. Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Nilai murni atau pengajaran 1. Menjaga keselamatan buku 2. Memberi bantuan/tolong-menolong 3. Berdikari dengan membuat sendiri 4. Rajin membantu keluarga 5. Menjaga kebersihan 6. Mengisi masa lapang

Contoh jawapan Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.

BANTU LULUS

1.

2 3. 4. 5.

Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapa dalam petikan di atas ialah kita hendaklah ............................................………………………… … Selain itu, kita mestilah ……………………………… ……. Seterusnya, kita haruslah …………………………… ……. Di samping itu, patutlah …………………………… ……… Akhir sekali, kita sepatutnya ……………………… ……. Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

HAFAL INI
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah …………………………… Selain itu, kita mestilah ………………………………… ….. …………………………………. Seterusnya, kita haruslah ……………………………… …. .......................................................................... Di samping itu, patutlah ……………………………… …… ………………………………………………………………… ……. Akhir sekali, kita sepatutnya ………………………… …. ………………………………………………………………… …….

CONTOH LATIHAN BANTU LULUS

Azman mencapai lastik yang baru dibuatnya lalu terus keluar dari rumahnya.Ibunya berkali-kali melarangnya namun dia tetap berdegil. Nilai murni/pengajaran :menghormati ibu bapa Ulasan :kita hendaklah sentiasa menghormati ibu bapa dan mematuhi nasihat yang diberikan kepada kita.

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Murid-murid yang menerima hadiah mengucapkan terima kasih kepada beliau. Nilai murni/pengajaran :………………………… ………………… Ulasan ………………………………………… …………………………

Nyatakan nilai-nilai murni dalam ayat-ayat di bawah ini:
Aimin mengaku telah mengambil dompet rakannya dan sedia menerima nasihat guru kaunselingnya. ( hemah tinggi sendiri) akui kesalahan

Walaupun cacat penglihatan namun Shukri tidak mengharap simpati malah dia membuat kerja sendiri untuk menampung hidupnya.

berdikari bertindak sendiri )
(

-

berupaya

Suhaimi mohon maaf daripada ibunya atas kesalahan yang dilakukan dan ibunya terima dengan senang hati.
( baik hati - saling bermaafan )

Jani menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya serta menunjukkan bukti-bukti yang nyata.
keberanian - berani kerana benar )
(

Sesungguhnya para guru rela mengorbankan masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa.
( kerajinan dedikasi )

Ayah Jumaiyah telah mengambil kira buruk baiknya sebelum anaknya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

(Rasional - membuat pertimbangan )

Walaupun jirannya suka melonggokkan sampah di tepi pintu pagar rumahnya namun Zahid berjaya mengawal diri untuk mengelakkan perselisihan faham.

( kerjasama -

toleransi )

LATIHAN 1
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Petang itu hanya Diana dan adiknya yang tinggal di rumah. Ibu dan ayahnya ke rumah Pak Cik Yunus. Sudah seminggu Pak Cik Yunus sakit. Barah paru-paru. Semasa sihat Pak Cik Yunus suka merokok. Tiba-tiba Diana terdengar bunyi hon kereta di depan pintu pagar rumahnya. Diana keluar . Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di samping sebuah kereta Produa Kancil. Mereka ialah jurujual. Tanpa membuka pintu pagar, Diana menolak barangan yang cuba ditunjukkan oleh jurujual tersebut. Diana terus masuk ke dalam rumah. Dia mengunci semua pintu dan tingkap rumahnya. Azan Maghrib berkumandang dari masjid yang berhampiran dengan rumahnya. Diana menyuruh adiknya mandi. Nanti mereka akan sembahyang bersama-sama.

LATIHAN 2
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Seperti biasa tiap-tiap petang Adam dan ayahnya berjoging di Taman Tasik Serendah, tidak jauh dari rumah mereka. Kali ini mereka melalui jalan belakang. Banyak sampah sarap yang dibuang di situ, sedangkan tong sampah ada disediakan. Apabila tiba berhampiran kawasan tasik itu, sekali lagi Adam terkejut. Banyak ting kosong. pembalut makanan, botol minuman dan bahan terbuang yang lain terapung-apung di permukaan tasik. Adam terkilan. Tidak sepatutnya taman dan tasik yang begitu indah dibiarkan tercemar angkara perbuatan individu yang tidak bertanggung-jawab. Sebagai pengerusi Kelab Rekreasi sekolah, dia harus berbuat sesuatu. Masalah pencemaran harus diatasi. Orang ramai mesti sedar pentingnya menjaga alam sekitar.

LATIHAN 3
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Hati Auni masih berbelah-bagi antara setuju atau tidak. Dia tidak dapat membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permintaan Aswad dan Johan untuk belajar bersamasama dalam satu kumpulan. Auni masih tidak dapat melupakan bagaimana Aswad selalu memandang rendah kepadanya. Mentang-mentang dia anak orang yang berharta dan berpengaruh di pekan ini. Setiap kali Auni mendapat markah yang tinggi dalam ujian, dia dapat rasakan yang Aswad tidak senang dengan kejayaannya itu. Apabila Aswad datang memohon maaf dan ingin berkawan dengannya, dia benar-benar terkejut. Lebih-lebih lagi apabila Aswad meminta bantuannya supaya menjadi ‘guru tuisyen’ terutamanya dalam pelajaran bahasa Inggeris dan Matematik. Akhirnya Auni tersenyum. Dia masih ingat kata-kata Ustazah Suhayati. Tidak baik berdendam dan memberi pertolongan kepada yang memerlukan ialah sifat yang terpuji.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tandakan betul atau salah. Baiki kesalahan jika ada.

1. Emak menyuruh abang membersih tangki air yang diletak di atas bumbung rumahnya. 2. Abang membeli sepasang stokin dan sehelai kain sampin. 3. Dia tidak perasan bila berselisih dengan penyanyi terkenal tanah air itu. 4. Setelah penat berjalan, mereka berhenti dan beristirahat sebentar di kaki Bukit Semambu. 5. Encik Misbun telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton

6. Ibu memotong sekaki bunga ros lalu memasukkannya ke dalam bekas bunga di ruang tamu. 7. Kakak Amiza melambai-lambaikan tangan sambil senyum kepada adik. 8. Kad pintar yang digunakan ini mempunyai berbagai aplikasi. 9. Petinju yang tinggi dan berbadan tegap itu ialah abang saya. 10. Encik Hamid pulang lewat ke rumahnya, kerana beliau ada janji temu dengan seorang ahli perniagaan.

11. Majlis pelancaran kempen itu akan diadakan di sebuah pusat beli-belah di ibu kota. 12. Kita digalakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan sebab terdapat serat yang akan melancarkan proses penghadaman. 13. Kawasan yang curam dan bertebing tinggi itu berbahaya kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak. 14. Hujan turun dengan lebat. Oleh kerana latihan bola sepak terpaksa dibatalkan. 15. Adalah dimaklumkan bahawa esok diumukan sebagai hari cuti.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->