You are on page 1of 5

IKRAR SUKAN TAHUNAN Bahawasanya kami berikrar akan mengambil bahagian di dalam Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 21 Sekolah

h Kebangsaan Sg. Kelambu dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala peraturan dan undang-undang dengan penuh semangat kesukanan.

1) Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang berusaha Pn. Norazmah binti Hussin, Guru Besar Sek. Keb. Sg. Kelambu, Yang dihormati En. Aris b. Daud, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sg. Kelambu, Pn. Ainon bt. Abd. latif, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Sabariah bt. Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid Sek. Keb. Sg. Kelambu yang disayangi sekalian. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SK SG KELAMBU TAHUN 2011. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke 21. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini. 2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan Hadirin yang dihormati, Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat rumah-rumah sukan sebentar lagi. Pasang CD Marching Rumah kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini. Kuning melambangkan warna diraja. Diikuti oleh Rumah hijau. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya. Hijau mewarnai alam sekeliling kita.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru. Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap. Kontijen yang terakhir adalah Rumah Merah Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.

3) Bacaan Doa Hadirin yang dihormati. Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Hasnurol bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. Bacaan doa Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. 4) Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri Pasang tape nyayian 5) Seterusnya bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke 21, akan dibacakan oleh adik .. 6) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Norazmah binti Hussin untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norazmah binti Hussin di atas ucapan beliau itu tadi. 7) Seterusnya majlis menjemput En. Aris Bin Daud, YDP PIBG Sk. Sg. Kelambu untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. Sungai Kelambu kali yang ke 21. Majlis dengan hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Aris bin Daud di atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. Sungai Kelambu kali ke-21 8) Perarakan Keluar Kontingen Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

9) ACARA SUKAN Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuan individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia. Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun RUJUK BUKU ATURCARA Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, Para peserta diminta bersedia. Acara sukaneka pertama adalah _____________________ RUJUK BUKU ATURCARA Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2. 10) Penutup Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini. 11) Upacara Penyampaian hadiah Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah Majlis dengan sukacitanya menjemput . Untuk mengiringi ... untuk menyampaikan hadiah. Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah. BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK bagi tahun ini. Olahragawan SKSK tahun ini disandang oleh : Olahragawati SKSK tahun ini disandang oleh :

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Ainon binti Abdul Latiff Untuk mengiringi Puan Norazmah binti Hussin untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada En. Aris bin Daud atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini. 12) Penutup Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke-21. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri. Akhir kata dari kami berdua, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan SKSK untuk negara TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP..HOORAY 3X Sekian , terima kasih.

You might also like