You are on page 1of 7

KERTAS KERJA PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH Macrobrachium resenbergii

ISI KANDUNGAN

NO. 1. 2. 3.

KANDUNGAN LATAR BELAKANG PEMILIHAN TAPAK

M/SURAT 2 5

1. LATAR BELAKANG

Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000).Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program pembangunan pertanian kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia. Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik. Walaupun perkembangan industri udang galah sangat pesat di Malaysia sekarang ini, ia sebenarnya masih kecil jika dibanding dengan jumlah pengeluaran dunia. Malaysia masih tertinggal jauh berbanding Vietnam, Taiwan dan Thailand yang

menjadi pengeluar utama udang galah dunia. Sumbangan industri udang galah kepada akuakultur Malaysia juga adalah rendah. Misalnya dalam tahun 1995 industri ini hanya menyumbang sekitar 0.06% sahaja dari nilai pengeluaran akuakultur. Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-bahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Memang menjadi hasrat utama Jabatan Perikanan Malaysia untuk menghasilkan lebih bahan makanan untuk penduduk tempatan seperti yang terkandung dalam rancangan Dasar Pertanian Negara III (DPN 3). Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup, mati), udang galah juga mampu untuk dieksport. Potensi industri hiliran seperti pembungkusan dan pemprosesan memang ujud. Sehingga kini eksport udang galah Malaysia hanya kepada Singapura dalam bentuk segar (mati, hidup) dan sedikit ke Jepun. Masalah utama mengapa industri hiliran udang galah tidak berkembang di Malaysia adalah kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi industri ini. Memanglah industri berkaitan pertanian mempunyai resiko yang tinggi tetapi sekiranya ia dilakukan dengan teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat dikurangkan. Penceburan diri dalam bidang pembenihan, ternakan dan pemerosesan udang galah ini memang memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak sambilan atau pengusha kecil. Pihak swasta besar bolehlah membina kilang pemerosesan disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang dewasa secara berterusan untuk diproses oleh kilang tersebut.

Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport.

---------------------------------------------------

2. PEMILIHAN TAPAK
Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga rendah. 2.1 Sumber Air Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan (walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen > 3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD) dan bacaan < 4.0 mg/l adalah dianggap tidak tercemar.

Punca air paling sesuai untuk ternakan udang galah

2.2 Tanah Sesuai Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan kawasan pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.

Mengambil sampel tanah untuk menentukan kesesuaian tapak kolam


2.3 Mempunyai Kemudahan Asas Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi. 2.4 Lokasi Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa, mudah mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir. 2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan Penduduk Pembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti akuakultur.

2.6 Tapak yang dipilih untuk projek di Kg. Gunung Mesah Hilir

Kolam A

Kolam B

You might also like