You are on page 1of 8

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

Khatam al-Quran di sekolah rendah

merupakan matlamat utama program Jawi,

Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF). Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2005 hasil cetusan idea Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal model-model pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan pelaksanaan program j-QAF sebagai satu pemurnian kepada kurikulum Pendidikan Islam KBSR.

Kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam di bawah program j-QAF terbahagi kepada bidang-bidang berikut; Pertama, 6 Bulan Khatam al-Quran dan Tilawah al-Quran yang merangkumi hafazan dan kefahaman ayat; Kedua, Ulum Syariah yang merangkumi Aqidah, Ibadah, Akhlak Islamiah, Sirah dan Pelajaran Jawi. Manakala peruntukan masa bagi pengajaran Pendidikan Islam ialah 180 minit seminggu. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran ini, Model 6 Bulan Khatam al-Quran merupakan sukatan yang berasingan dari bidang Tilawah al-Quran dalam kurikulum KBSR. Model 6 Bulan Khatam al-Quran bermatlamatkan pelajar dapat khatam al-Quran pada peringkat sekolah rendah lagi sedangkan sebelum ini bidang Tilawah al-Quran hanya memberi penekanan kepada bacaan surah-surah lazim sahaja. Jelasnya, model ini menjadi nilai tambah kepada bidang Tilawah al-Quran.

1.2

PERMASALAHAN KAJIAN Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah kurniakan kepada

hambanya.Ia adalah satu mukjizat abadiyang membuktikan kebenaran dan kekua tan pengaruhnya.Ia tetap menjadi perlembagaan yang sesuai sepanjang zaman. Isi kandungannya yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia menjadi panduan dan pegangan dalam menjalani kehidupan dunia dan akhirat. Keajaiban dan kehalusan bahasanya tidak luput dan ianya tidak jemu dibaca walaupun diulang-ulang.1Membaca al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam agar tidak terpesong pengartiannya. Membaca al-Quran juga menjadi suatu ibadah yang diberi pahala oleh Allah jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut hukum tajwid.2 Kajian ini dilakukan untuk meninjau keupayaan pelajar untuk menguasai tahap kemahiran bacaan al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid yang sempurna ketika membaca al-Quran. Sebelum perlaksanaan program j-QAF banyak kajian telah dijalankan untuk meneliti keberkesanan pembelajaran tilawah al-Quran di sekolah rendah. Walaupun ada usaha-usaha penambahbaikan untuk mengatasi masalah ini namun ia terus berlanjutan.Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Madihah Hj Mohamad (1992), pelajar didapati kurang lancar membaca al-Quran, kurang menghayati hukum-hukum tajwid dan lemah dalam menyebut makhraj huruf. Malah kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, mendapati ramai murid lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran.Berikutan daripada keadaan ini, maka pihak kementerian telah mewujudkan program j-QAF bermula dari tahun satu hingga tahun enam. Program ini disusun adalah untuk menghasilkan pelajar yang berilmu,beriman,berketrampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia

Ab Raof Dalip (1998), Seminar Nilai-Nilai Merentas Kurikulum Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. 3-4 Dis, Anjuran Fakulti Pendidikan, UKM. Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam, Falsafah disiplin dan Peranan Pendidik, Kuala Lumpur:Dewan Pustaka Salam, h.9

berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.Program j-QAF member tumpuan kepada perkara-perkara khusus bagi memenuhi matlamat ini.3 Kelemahan penguasaan bacaan al-Quran pelajar akan terus wujud sehingga mereka menamatkan pelajaran pada peringkat menengah sekiranya pengajaran bacaan al-Quran tidak diberi penekanan. Walaupun mereka telah khatam al-Quran di peringkat sekolah rendah, namun ini bukan jaminan untuk mengatakan bahawa mereka mahir menguasai bacaan al-Quran. Ini bertepatan dengan kajian Mohd Aderi (2004) mengenai program celik al-Quran di sekolah menengah yang menunjukkan sebanyak 63% daripada responden kajian telah khatam al-Quran namun tahap bacaan responden keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dan lemah. Berikutan dengan permasalahan Penguasaan Tilawah al-Quran,Mohd Yusuf Ahmad telah menjalankan kajian ke atas 26 orang murid di sekolah rendah. Menurut kajian beliau,tidak ada murid yang dapat membaca al-Quran dengan lancar tanpa sebarang kesalahan bacaan.Antara faktor penyebab berlakunya masalah ini ialah kurangnya minat pelajar terhadap subjek al-Quran serta kurangnya penekanan yang diberikan oleh pihak sekolah, keadaan ini juga berlaku kerana subjek ini tidak dinilai dalam peperiksaan awam. Kajian dalam bidang Tilawah al-Quran telah banyak dijalankan oleh pengkajipengkaji sebelum ini. Kajian-kajian yang dijalankan meliputi berbagai aspek termasuklah kajian mengenai tahap kemahiran membaca al-Quran, kemahiran menyebut hokum-hukum tajwid dan faktor- faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca al-Quran. Namun begitu, kajian terhadap tahap penguasaan bacaan al-Quran masih lagi kurang dijalankan terutama pada perin gkat sekolah rendah.Kebanyakan kajian meninjau tilawah al-Quran di peringkat sekolah menengah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Hafiz Abd.Razak (2008) mengenai Penguasaan Kemahiran Membaca Al-Quran di salah sebuah sekolah rendah di Sabah.Kajian beliau hanya meninjau kemahiran membaca al-Quran dari sudut keberkesanan sistem
3

(2004) Konsep Pelaksanaan Model-Model J-QAF Secara Rintis, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral: Kementerian pelajaran Malaysia.

pengajaran dan pembelajaran di bawah program j-QAF berbanding dengan system pengajaran zaman Rasulullah, sahabat serta system pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Berikutan daripada kajian-kajian lepas, pengkaji merasakan perlu untuk menjalankan satu kajian khusus untuk meninjau :

a. Adakah model-model yang diperkenalkan dalam program j-QAF dapat membantu mengurangkan kadar buta al-Quran di sekolah rendah? b. Bagaimanakah tahap keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar tahun lima di sekolah rendah. c. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan bacaan alQuran di kalangan pelajar-pelajar?

1.3

MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar sekolah rendah bawah program j-QAF menggunakan Model Tasmic dan Model Enam Bulan Khatam al-Quran dalam pengajaran dan pembelajarannya.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah : a. Menilai sejauhmanakah Model 6 Bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmic di bawah program j-QAF dapat membantu mengurangkan pelajar buta al-Quran.

b. Mengukur tahap keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar tahun lima sekolah rendah. c. Mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar.

1.5

LIMITASI KAJIAN

1.5.1 Limitasi Lokasi Kajian Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan iaitu salah sebuah sekolah yang terletak dalam daerah Hulu Langat negeri Selangor Darul Ehsan.

1.5.2 Limitasi Bidang Kajian Kajian ini menjurus untuk melihat tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar berdasarkan model-model j-QAF yang telah dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

1.6

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Responden kajian dipilih secara rawak menggunakan kaedah persampelan kuota. Responden terdiri dari150 orang pelajar tahun lima lelaki dan perempuan dari kelas yang cemerlang hingga ke kelas lemah. Data

dikumpul dengan menggunakan soal selidik, observasi dan ujian lisan bacaan al-Quran.

1.7

KAJIAN LITERATUR

Setakat ini tidak ada tajuk yang mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam bacaan alQuran di bawah program j-QAF, namun demikian ada tajuk yang berkaitan dengan kajian ini. Kajian terhadap Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih bukan pengkhususan pengajian Islam yang dikemukakan oleh Nasir Muhammad dan Rubiyah Haron (1997), mendapati bahawa wujudnya perbezaan tahap kebolehan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pelajar perempuan mempunyai tahap kebolehan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki. Perbezaan ini disebabkan oleh sikap yang dimiliki oleh pelajar perempuan terhadap kewajipan mereka mempelajari al-Quran. Manakala pelajar lelaki lebih cenderung bersikap sambil lewa. Mohd Abbas Abdul Latiff dan Farihatun Nadia Yaacob telah mengemukakan kajian mereka berkenaan persepsi pelajar terhadap program membudayakan al-Quran dalam meningkatkan ini tahap telah keupayaan mengambil bacaan pelajar al-Quran tingkatan mengikut empat hokum sebagai

tajwid.Kajian

responden.Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, tahap keupayaan bacaan alQuran pelajar mengikut hukum tajwid adalah sederhana. Hasil soal selidik mendapati majoriti pelajar mengakui bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk memupuk minat terhadap kemahiran bacaan al-Quran. Disamping guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran. Satu kajian yang dibuat oleh Salina Sadon (2006) yang mengkaji persepsi pelajar terhadap pembelajaran tilawah al-Quran di kalangan murid tingkatan dua telah membuat penilaian bahawa tahap penguasaan bacaan al Quran pelajar tidak begitu -

memuaskan dari segi kefasihan dan kelancaran bacaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat responden yang tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa mereka untuk membaca al-Quran. Kajian berkaitan dengan keupayaan bacaan al-Quran di kalangan pelajar tingkatan empat dijalankan oleh Moh Yakub @ Zulkifli Haji Mohd Yusoff dan Saidi bin Mohd telah memperlihatkan masalah dan kelemahan pelajar dalam bacaan alQuran.Kajian menunjukkan masih terdapat ramai pelajar yang gagal dalam ujian lisan al-Quran yang dijalankan tidak kurang juga mencapai tahap cemerlang. Seramai 122 daripada320 pelajar berada pada tahap yang sangat lemah. Tahap ini menunjukka n ketidakmampuan pelajar membaca al-Quran keseluruhannya.Hasil penemuan juga menunjukkan bahawa mutu pencapaian pelajar berdasarkan hokum-hukum bacaan hanya pada tahap sederhana. Mohd Hafiz Abd Razak (2008) telah menjalankan kajian berkaitan penguasaan kemahiran membaca al-Quran di bawah program j-QAF. Kajian tersebut telah memilih responden dari kalangan murid tahun dua SK Kota Marudu Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa kegagalan program j-QAF untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca al-Quran. Faktor-faktor yang diutarakan antaranya ialah tiada kerjasama antara guru-guru, masyarakat setempat yang tidak menekankan pendidikan agama serta program-program yang dijalankan oleh sekolah terlalu banyak sehingga mengambil banyak masa pembelajaran pelajar. Berdasarkan kajian-kajian lepas ternyata masalah penguasaan pelajar terhadap bacaan al-Quran masih di tahap yang membimbangkan. Namun begitu

keberkesanannya selepas program j-QAF dijalankan masih berada dalam keadaan samar-samar. Di harap hasil kajian ini dapat memperjelaskan lagi kesamaran dalam isu yang diketengahkan ini.

You might also like