You are on page 1of 17

BAB

8
KAJIAN MENGENAI AGAMA
Pengenalan
8.1 Masyarakat Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum dan agama. Menurut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam ialah agama rasmi negara manakala agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh juga dibenarkan untuk diamalkan oleh para penganutnya. Jumlah terbanyak penganut agama Islam adalah orang Melayu manakala terdapat juga sejumlah kecil golongan etnik lain seperti India, Cina, dan Orang Asli yang memeluk agama Islam. Penganut agama Buddha kebanyakannya terdiri daripada orang Cina, agama Hindu dianuti oleh orang India, Kristian dianuti oleh orang Cina, India dan lain-lain, manakala agama Sikh dianuti oleh orang-orang Sikh atau Punjabi.

8.2

Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan (menurut agama masingmasing) ditetapkan sebagai tonggak pertama Rukun Negara, dan kehidupan rakyat adalah berasaskan pada pegangan agama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan antara agama khususnya Islam dan bukan Islam menjadi semakin penting, lebih-lebih selepas Peristiwa 11 September 2001. Di Malaysia juga, walaupun secara

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

umumnya hubungan antara agama adalah baik, namun hubungan ini akhir-akhir ini telah menjadi isu yang sensitif. Di negara ini, wujud dua sistem undang-undang dan institusi yang mengendalikannya, iaitu undang-undang sivil yang berkuatkuasa ke atas semua warganegara dan dikendalikan oleh mahkamah sivil, serta undangundang syariah yang berkuatkuasa ke atas semua penganut agama Islam dan dikendalikan oleh mahkamah syariah. Beberapa kes telah dibawa ke mahkamah sivil dan juga mahkamah syariah berhubung dengan status agama seseorang. Dua contoh yang ketara dan mencetuskan keadaan yang agak tegang di kalangan masyarakat Islam dan bukan-Islam ialah kes Lina Joy yang asalnya beragama Islam tetapi menukar agamanya kepada Kristian dan bercadang berkahwin dengan kekasihnya yang beragama Kristian. Beliau telah mengemukakan tuntutan di mahkamah sivil supaya mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara menghapuskan status Islam dalam kad pengenalannya tetapi ditolak berasaskan hujah bahawa status Islam seseorang adalah di luar bidang kuasa mahkamah sivil kerana ia terletak pada mahkamah syariah.

8.3

Kes kedua melibatkan Moorthy, seorang India bekas pendaki Gunung Everest, yang asalnya beragama Hindu, tetapi memeluk Islam tanpa memberitahu keluarganya. Apabila beliau meninggal dunia,

keluarganya menuntut untuk mengurus jenazahnya menurut agama asal manakala Jabatan Agama Islam menegaskan adalah menjadi tanggungjawab mereka mengurusnya secara Islam kerana Moorthy telah memeluk agama itu dan berdaftar sebagai seorang Islam. Kes

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--2

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

itu dibawa ke mahkamah syariah yang memutuskan Moorthy seorang Islam dan jenazahnya harus diurus menurut Islam.

Bilangan Kajian dan Dana


8.4 Memandangkan agama dan hubungan agama begitu penting dalam masyarakat Malaysia, maka tidak hairanlah kenapa bidang agama menjadi satu bidang kajian yang cukup penting dalam sains sosial termasuk bidang pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan agama dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan PhD Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Selain itu, terdapat mereka daripada Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya, serta para pensyarah dan pelajar siswazah di fakulti Sains Sosial atau fakulti-fakulti berkaitan di pelbagai universiti termasuk universiti-universiti baru.

8.5

Secara keseluruhannya, terdapat 227 kajian mengenai pelbagai aspek tentang agama dan masyarakat yang dijalankan oleh pengkaji daripada pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial. Daripada kesemua kajian ini, 74 buah (32.6%) adalah kajian asas/gunaan, tiga kajian (1.3%) kajian rundingan/kontrak manakala jumlah terbanyak iaitu 140 buah (66.1%) terdiri daripada penyelidikan tesis di peringkat Sarjana dan PhD. (Daripada jumlah tesis, kajian PhD sebanyak 15 buah manakala kajian Sarjana 135 buah).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--3

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

8.6

Dari segi dana pula, hanya kajian asas/gunaan serta kajian rundingan/kontrak sahaja yang memperoleh dana daripada universiti dan sumber-sumber lain manakala kajian tesis tidak mempunyai pembiayaan rasmi. Walau bagaimanapun, jumlah terbanyak dana yang diperuntukkan untuk kajian ini bersifat kecil-kecilan berjumlah beberapa ribu ringgit sahaja, bahkan kebanyakannya antara RM1,000 hingga RM2,000 sahaja.

Kategori dan Tema Kajian


8.7 Secara umum, kajian-kajian dalam bidang agama boleh dianalisis menurut beberapa kategori iaitu (1) kajian yang bersifat kandungan agama itu sendiri, misalnya, kajian tentang hadis, tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk pembangunan sosial; (2) kajian tentang penggunaan agama dalam masyarakat sama ada sebagai amalan agama oleh penganut agama serta penggunaan pendekatan agama dalam menangani kehidupan dan gejala sosial; dan (3) hubungan antara agama yang merupakan satu komponen penting pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai agama menunjukkan kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting. Antaranya, termasuk:

Isu pembangunan dan perpaduan ummah Agama dalam menangani gejala sosial Agama dalam kaunseling dan pendidikan seks Masalah saudara baru (yakni mereka yang baru memeluk agama Islam),

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--4

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

Islam hadhari dan sejarah tamadun Islam serta kerelevanannya terhadap umat hari ini Undang-undang syariah, keluarga, perceraian, hak waris dan kanak-kanak Fatwa Zakat dan wakaf Islam dan kepenggunaan Isu Pembangunan Ummah 8.8 Terdapat tiga kajian rundingan mengenai tema ini. Pertama ialah kajian Alias Abdullah et.al (tanpa tarikh), UIAM berjudul Indeks Pembangunan Ummah untuk Biro Perundingan dan Entrepreneur universiti itu. Kajian kedua lebih menjurus kepada isu

kebolehpasaran para graduan pengajian Islam. Kajian ini berjudul Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Lulusan Bidang Pengajian Islam dilakukan oleh para penyelidik UKM untuk UKMPakarunding.1 Kajian ketiga tertumpu pada persoalan kaedah mendidik dan mendewasakan anak-anak dengan jati diri. Kajian Noor Shakirah Mat Akhir et.al (2006), USM2 berjudul Kaedah Menjati Diri Anak-anak Menurut Perspektif Islam: Perhatian dan Sokongan Keluarga, Sekolah dan Komuniti (rundingan/kontrak).

1 2

Tiada maklumat penyelidik dan tempoh tamat yang diberikan. Sayangnya ketiga-tiga institusi ini tidak membekalkan maklumat lebih lanjut khususnya abstrak kajian ini, bahkan UKMPakarunding tidakpun membekalkan nama kumpulan penyelidiknya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--5

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

8.9

Kajian oleh Mohamad Abdur Rashid (2005), UIAM bertajuk Religiosity and Psychological Well-being in Malaysian Context (asas/gunaan) cuba melihat empat aspek ketaatan agama dan tiga aspek kesejahteraan psikologi (kebimbangan, kemurungan dan hormat diri). Sampel terdiri daripada 250 orang pelajar daripada empat buah universiti dan dua kolej di sekitar Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar itu Melayu, Cina dan India masing-masing beragama Islam Kristian, Hindu dan Buddha. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara ketaatan agama dengan kesejahteraan psikologi. Antara amalan agama yang dilaksanakan mereka ialah sembahyang atau berdoa, membaca Quran atau kitab agama lain, menghadiri majlis agama, meditasi, dan mendalami fahaman agama amalan-amalan ini didapati

menyumbang kepada kesejahteraan. Secara perbandingan, kajian mendapati pelajar perempuan yang beragama Islam memperoleh skor yang lebih tinggi pada skala kesejahteraan berbanding pelajar-pelajar lain. Islam dalam Kaunseling dan Pendidikan Seks 8.10 Islam dilihat sebagai salah satu pendekatan yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan kaunseling di Malaysia bagi menangani pelbagai masalah peribadi dan sosial. Kajian yang diketuai oleh Hjh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et.al (2006), USIM berjudul Kajian Kaunseling Dalam Islam (asas/gunaan) menganggap bahawa walaupun kaunseling telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun lebih, namun prinsip dan aplikasi kaunseling daripada perspektif
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--6

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

Islam belum berkembang. Antara sebabnya ialah kepakaran mengenai Islam di kalangan pengamal kaunseling mungkin kurang. Kajian menunjukkan bahawa pendekatan Islam dalam kaunseling memang boleh dimanfaat dan dikembangkan bagi faedah umat Islam.

8.11

Salah satu pendekatan yang dianggap penting untuk menangani gejala sosial di kalangan remaja ialah dengan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Namun, pendekatan dalam pendidikan seks itu dianggap perlu dilandaskan pada nilai-nilai Islam. Kajian Muhamad Zahiri Awang Mat (2005), UKM berjudul Values Underpinning Sex Education from an Islamic Perspective: Implication on the Sex Education in Malaysian Curriculum (PhD) di Pusat Pengajian Siswazah. Kajian ini cuba meneliti nilai-nilai yang mendasari pendidikan seks daripada perspektif Islam dan implikasinya bagi kurikulum pendidikan seks di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini menggunakan pelbagai kaedah termasuk membuat analisis

kandungan terhadap kekerapan topik yang berkaitan dengan pendidikan seks yang muncul dalam buku-buku teks sekolah menengah negara kita. Kajian menegaskan bahawa pendidikan seks harus dilihat daripada perspektif yang holistik dan perlu dilandaskan pada nilai-nilai agama. Kajian menyimpulkan bahawa kurikulum pendidikan seks sekolah-sekolah di Malaysia tidak mengandungi beberapa sub-nilai agama. Antara nilai yang paling kurang ditonjolkan dalam kurikulum itu ialah keagungan Yang Maha Pencipta serta nilai kebolehpercayaan. Selain itu, kurikulum juga kurang diintegrasikan dengan ilmu wahyu. Kajian ini mencadangkan bahawa Islamic Value-Based Model For Sex Education Curriculum
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--7

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

(IVBSEC) boleh menjadi alternatif kepada kurikulum pendidikan seks yang diamalkan di Malaysia hari ini. Islam untuk Menangani Gejala Sosial 8.12 Terdapat beberapa kajian berhubung dengan peranan agama untuk menangani gejala sosial. Misalnya, kajian oleh Muhamad Yusuf Khalid dan Hersi Mohd Hilole (2004), USIM berjudul Peranan Tarekat Tasawwuf Dalam Memulihkan Penagih Dadah: Satu Kajian di Sungai Ikan, Terengganu (asas/gunaan) cuba meneliti

keberkesanan pendekatan tarekat tasawwuf untuk memulihkan penagih dadah. Penagih dadah itu ditempatkan di sebuah pondok bernama Pondok Inabah, di Sungai Ikan, Terengganu. Kajian ini mendapati kaedah tarekat dan metodologi dakwah yang digunakan adalah berkesan untuk memulihkan penagih dadah serta tidak menyalahi akidah yang dipegang oleh Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

8.13

Pemulihan banduan dianggap sesuai ditangani melalui program dakwah. Ini terdapat dalam satu kajian di peringkat PhD oleh Abdul Munir Haji Ismail daripada Universiti Malaya bertajuk

Keberkesanan Aktiviti Dakwah Terhadap Banduan di Penjara Kajang, Selangor. Kajian ini yang siap pada 2003 melihat bagaimana agama Islam boleh dimanfaatkan untuk menangani gejala sosial dan memulihkan para banduan melalui aktiviti pendakwahan.3

Sayangnya, abstraknya tidak diperolehi kerana pihak Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya yang dihubungi meminta pengkaji mencarinya di Perpustakaan Universiti. Pihak Perpustakaan pula menolak tanggungjawab itu dengan meminta pengkaji mencarinya di laman web. Apabila laman web dicapai, abstrak yang dicari tidak ada, yang ada hanya judul sahaja.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--8

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

8.14

Terdapat beberapa kajian yang meneliti perkara ini. Kajian Mohd Asin Dollah et.al (2004), USIM bertajuk Profil Permasalahan Saudara Baru (asas/gunaan) bertujuan mendapatkan gambaran tentang masalah yang dihadapi oleh pemeluk-pemeluk agama Islam di kalangan mereka yang asalnya bukan Islam (di Malaysia mereka dikenali sebagai saudara baru). Perkara-perkara yang diteliti ialah soal pentadbiran dalam proses pengislaman, aspek pengetahuan dan pendidikan serta masalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pendidikan Islam di kalangan mereka, masalah kekeluargaan, kebajikan, proses penyesuaian diri, bantuan dan bimbingan yang diperlukan oleh saudara baru serta kaedah dakwah yang dianggap sesuai. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan survei ke atas 1026 responden di seluruh negara serta interviu dengan sejumlah pegawai jabatan agama. Kajian ini merumuskan bahawa antara masalah yang dihadapi saudara baru ialah kurang maklumat mengenai cara memeluk Islam, tidak tahu tempat merujuk sebelum memeluk Islam, dan keliru dengan tugas unit-unit di jabatan agama. Selain itu, mereka mendapati media massa kurang berperanan memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai Islam, dan mereka tidak boleh membaca jawi. Kesibukan kerja harian juga dikatakan salah satu lagi faktor mempengaruhi pendidikan Islam mereka. Satu masalah serius yang mereka hadapi ialah hubungan dengan keluarga asal, di mana mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu keluarga tentang status baru mereka dari segi agama dan mereka terpaksa menghadapi pandangan keluarga yang menganggap masuk Islam bererti masuk Melayu. Selain itu, mereka menghadapi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--9

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

masalah penyesuaian diri dengan status baru mereka itu di samping menghadapi masalah memperoleh pekerjaan tetap dan tempat tinggal.

8.15

Selain itu, terdapat kajian bercorak sosiologi oleh Hew Wai Weng untuk ijazah MPhil. di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM. Kajian ini meneliti persoalan Cina Islam di Malaysia dengan tumpuan pada sebuah komuniti Cina Muslim di Selangor.

Islam Hadhari dan Hubungan Islam-bukan Islam 8.16 Islam Hadhari ialah satu pendekatan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003 dengan tujuan untuk menunjuk jalan keluar bagi umat Islam di Malaysia daripada keadaan kemunduran dan kejumudan serta mendepan arus pemodenan. Sejak itu, beberapa kajian telah dijalankan untuk meneliti kesesuaian pendekatan ini. Kajian oleh Abdi Omar Shuriye (2006), UIAM berjudul Islam Hadhari: The Closing Stages of the Epoch of Multinous Understanding of Islamic Facets and the Commencement of a New EON (asas/gunaan) menghujahkan bahawa salah satu punca kemunduran umat Islam ialah pegangan mereka kepada pengertian harfiah tentang Islam. Islam Hadhari dianggap satu usaha untuk keluar daripada kerangka ini bagi menghadapi era baru teknologi, globalisasi dan pascamodeniti. Pengkaji menyimpulkan Islam Hadhari adalah satu harapan baru untuk umat Islam di Malaysia dan di dunia untum merebut kemajuan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--10

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

8.17

Malaysia sering juga diambil sebagai kes tentang toleransi beragama. Satu kajian oleh Ammar Fadzil (2005), UIAM bertajuk Religious Tolerance in Islam: Theories, Practices and Malaysias Experiences as a Multiracial Society (asas/gunaan) menunjukkan bagaimana toleransi beragama diamalkan di Malaysia. Kajian ini pada mulanya meneliti teori tentang toleransi agama menurut Islam disusuli kajian tentang amalan toleransi beragama yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad dan para sahabat. Kajian ini seterusnya meneliti pengalaman masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama yang dapat hidup secara harmoni, dan menghujahkan bahawa toleransi wujud apabila terdapat saling persefahaman dan keinginan untuk saling menghormati antara anggota masyarakat.

Undang-undang Syariah, Keluarga, Hak Waris dan Kanak-kanak 8.18 Isu perkahwinan dan perceraian dan bagaimana kes seperti ini ditangani oleh pihak berwajib seperti mahkamah syariah dan berapa lama tempoh yang diambil untuk menyelesaikan kes itu menjadi perkara besar dalam masyarakat Malaysia. Salah satu kajian penting mengenai isu ini ialah sebuah kajian rundingan oleh Zaleha Kamarudin et.al (tanpa tarikh), UIAM berjudul Study on the Duration of Settlement for Dissolving Marriage (Divorce) for All Syariah Courts in Malaysia.

8.19

Selain itu, sebuah lagi kajian menyentuh perkara yang sama. Kajian Fadzilah Abdul Rahman et.al (2004), UiTM bertajuk Factors and Causes of Delayed Divorce Cases: A Study at Shah Alam Syariah Court (asas/gunaan). Kajian ini bertujuan meneliti faktor-faktor yang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--11

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

menyebabkan kelewatan pembicaraan kes perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam. Sampel kajian terdiri daripada 321 kes perceraian yang dilaporkan dalam tempoh 1997-2001 di mahkamah tersebut. Daripada jumlah ini, 104 adalah kes talaq, 25 kes fasakh, 87 kes taliq dan 105 kes khulu. Kajian ini mendapati terdapat perbezaan dari segi tempoh penyelesaian bagi keempat-empat kes seperti ini di mana kes fasakh memakan masa paling lama. Faktorfaktor seperti perkhidmatan peguam, kehadiran plaintif dan defendan, kehadiran saksi, dan kelemahan struktur organisasi mahkamah syariah dikaji untuk menentukan faktor mana yang lebih penting.

8.20

Persoalan keluarga, hak waris dan pertikaian mengenainya serta bagaimana ia diurus oleh mahkamah syariah adalah satu isu penting dalam masyarakat Islam di Malaysia. Apakah pertikaian boleh diselesaikan di luar mahkamah untuk mempercepatkan penyelesaian kes? Salah satu kajian menarik mengenai persoalan ini dilakukan oleh Sue Valquis Md Mashhor et.al (2004), UiTM bertajuk Sulh: Konsep, Pelaksanaan dan Keberkesanannya di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam (asas/gunaan). Kajian ini bertujuan untuk menjawab empat soalan, iaitu (a) Apakah konsep sulh yang dimaksudkan dalam Islam; (b) Bagaimanakah sulh dilaksanakan di Mahkamah Syariah negeri Selangor; (c) Apakah sulh sama dengan mediasi (iaitu penyelesaian pertikaian di luar mahkamah), ataupun sama dengan case management yang

diperkenalkan di Amerika Syarikat; (d) Apakah pelaksanaan sulh berkesan? Kajian menunjukkan isu yang timbul ialah perceraian dalam Islam lewat diselesaikan oleh mahkamah syariah, hingga
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--12

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

menyebabkan pelbagai tohmahan terhadap kecekapan dan keadilan mahkamah ini khususnya terhadap isteri. Satu contoh ketara ialah kes tuntutan perceraian di Selangor oleh Aida Melly Tan memakan masa tujuh tahun untuk diselesaikan oleh Mahkamah Syariah. Untuk mengatasi penangguhan dan kelewatan penyelesaian kes seperti ini, mahkamah syariah di Selangor telah memperkenalkan garis panduan prosedur sulh di bawah Seksyen 87 Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991. Seksyen 87 diwartakan pada 2001 dan dilaksanakan di Mahkamah Syariah Selangor mulai Mei 2002.

8.21

Soal penjagaan dan tanggungan berikutan soal nasab juga satu isu yang rumit. Kajian oleh Dr Md Som Sujimon (2005), UIAM bertajuk Preservation of Progeny Issues from the Shariah Perspective (asas/gunaan) cuba meneliti persoalan ini dari sudut nasab dan hakhak yang berikutan dengannya. Menurut kajian ini, terdapat lima kategori orang dalam Islam yang statusnya menimbulkan persoalan dalam soal nasab, iaitu (a) Kanak-kanak terbiar atau yang ditinggalkan; (b) kanak-kanak yang lahir di luar nikah; (c) Kanakkanak hasil daripada ibu bapa yang menukar agama; (d) anak yatim; dan (e) anak angkat. Dalam kes seperti ini timbul isu penjagaan dan tanggungan terhadap mereka. Kajian ini adalah yang pertama yang cuba mengumpulkan rujukan-rujukan yang berbeza dan terdapat dalam pelbagai sumber Islam berhubung isu ini.

8.22

Kajian oleh Tajul Aris Ahmad Bustami (2002), UIAM bertajuk The Missing Person from the Perspective of Islamic Law of Evidence and Islamic Law of Succession: A Contemporary Analysis (asas/gunaan)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--13

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

meneliti isu waris yang hilang (dipercayai mati) dan bagaimana undang-undang syariah dan mahkamah syariah menangani persoalan ini khususnya soal pembahagian harta pusaka. Dalam kes seperti ini, mahkamah umumnya mengeluarkan perintah bahawa orang yang hilang itu sudah meninggal dunia, dan hartanya boleh diurus menurut hukum. Dalam konteks Malaysia, kajian ini menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada mahkamah sivil untuk mengeluarkan perintah yang orang yang hilang itu sudah meninggal dunia. Kajian menghujahkan bahawa menurut ketentuan tertentu, mahkamah syariah juga mempunyai bidang kuasa itu. Soalnya, apakah timbul konflik antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah?

8.23

Masalah perkahwinan dan perceraian ialah satu lagi isu penting dalam pembangunan sosial. Bagaimanakah masalah ini ditangani menurut mahkamah syariah di Malaysia? Perkara yang menarik perhatian pengkaji ialah peruntukan talaq. Satu kajian tentang perkara ini yang dilakukan oleh Najibah Mohd Zin (2005), Pusat Pengurusan Penyelidikan UIAM bertajuk The Legislative Measures to Control Divorce for Muslims: The Malaysian Experience (asas/gunaan) cuba melihat Seksyen 47 Akta Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Akta ini menetapkan pasangan yang hendak bercerai supaya mengemukakan permohonan di mahmakah syariah, sungguhpun secara tradisi, si suami mempunyai hak untuk menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq. Kelainan daripada amalan tradisi ini dianggap memberi peluang kepada mahkamah untuk memeriksa sebab-sebab perceraian itu dan menentukan perkara-perkara lain yang

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--14

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

berkaitan. Hal ini bererti talaq hanya boleh dilafazkan dengan izin dan di depan hakim syarie setelah hakim meneliti kes itu daripada pelbagai segi. Kajian ini menyimpulkan bahawa langkah ini selaras dengan kehendak Islam yang bertujuan mendorong hubungan yang baik dan harmoni antara pasangan itu walaupun sudah bercerai agar kesulitan bagi anak-anak dapat dielakkan. Akan tetapi, mahkamah syariah masih mengiktiraf talaq dilafazkan dan harus mendaftarkan perceraian itu di mahkamah. Kajian menunjukkan terdapat beberapa kes si suami yang tidak bertanggungjawab melafazkan talaq dan tidak mengambil tanggungjawab atas lafaz itu. Keadaan seperti ini meletakkan pihak isteri pada kedudukan yang lemah untuk membawa kes seperti itu di depan hakim kerana ia tidak direkodkan. Justeru, sehingga hari ini, lafaz talaq di luar mahkamah masih berleluasa dilakukan oleh si suami di Malaysia. Kajian ini mengesyorkan agar undang-undang ini disemak semula supaya ia boleh menjadi instrumen yang berkesan untuk mengawal perceraian yang tidak perlu.

8.24

Kajian oleh Tajul Aris Ahmad Bustami (2002) daripada Pusat pengurusan Penyelidikan, UIAM berjudul Current Issues in Syariah Courts (sebuah kajian asas/gunaan) ialah penyelidikan untuk menerbitkan sebuah buku mengenai isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh mahkamah syariah. Kajian ini menunjukkan bahawa berbanding dengan mahkamah sivil, mahkamah syariah yang disusun semula adalah suatu perkara baru. Hanya sejak 1980-an barulah mahkamah syariah dipisahkan daripada Majlis Hal-ehwal Agama Islam Negeri, khususnya melalui Artikel 121(1A) dalam

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--15

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

Perlembagaan Persekutuan. Kesan daripada pembaharuan ini ialah (a) terlaksananya sistem tiga-tingkat mahkamah syariah; (b) pengenalan undang-undang prosedural yang mengambil contoh prosedurprosedur di mahkamah sivil; (c) enakmen statut-statut yang khusus seperti Undang-undang Keluarga Islam dan jenayah Syarie. Dengan pembaharuan-pembaharuan ini, mahkamah syariah memperoleh jurisdiksi dan pertambahan kuasa, tetapi mahkamah syariah masih bergelut dengan jurisdiksi, kuasa dan konsep-konsep asing yang baru. Undang-undang yang boleh diterima pakai kelihatan tidak menentu. Justeru, perkara-perkara seperti ini perlu ditangani secara menyeluruh. Buku yang berasaskan penyelidikan ini dijangka akan menghuraikan persoalan-persoalan ini untuk kegunaan para pegawai, hakim dan pengamal di mahkamah syariah.

Kajian Tentang Agama Folk 8.25 Seperti dihuraikan di atas, kebanyakan kajian adalah mengenai Islam dan hubungan Islam dengan agama lain. Kajian mengenai agamaagama lain sangat kurang dilakukan. Namun terdapat satu kajian rundingan yang agak besar (dengan peruntukan dana sebanyak RM250,000) dilakukan oleh Soo Khin Wah (2006) dari Universiti Malaya. Kajian bertajuk Projek Penyelidikan dan Penerbitan Buku Bersiri Agama Folk dan Masyarakat Cina (rundingan/kontrak) ini menumpukan perhatian pada agama folk yang dianuti masyarakat Cina zaman berzaman sehingga sekarang. Kajian ini adalah sesuatu yang menarik dan penting untuk diteliti agar kita dapat lebih memahami adat resam dan agama pelbagai kaum di Malaysia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--16

Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005 Bab 8 Kajian Mengenai Agama

Kesimpulan
8.26 Analisis di atas menunjukkan bagaimana pelbagai dimensi

pembangunan sosial dikaji dan dicari jawapan menurut perspektif agama. Dari segi kajian rundingan/kontrak, perkara-perkara yang diberi keutamaan ialah indeks pembangunan ummah, isu

pengangguran di kalangan graduan pengajian Islam, pembinaan jati diri anak-anak dan penyelesaian kes perceraian oleh mahkamah syariah. Beberapa kajian asas/gunaan juga memberi tumpuan pada mahkamah syariah dan undang-undang keluarga Islam. Namun, kajian-kajian asas/gunaan yang lain agak umum dan kecil-kecilan. Dari segi kajian tesis khususnya PhD, terdapat kajian penting berkenaan peranan dakwah dalam memulihkan penjenayah, satu kajian yang berguna bagi penjaga dan penguatkuasa undang-undang untuk menelitinya. Juga perlu diperhatikan bahawa kajian terhadap agama-agama lain di Malaysia agak berkurangan, kecuali satu kajian mengenai agama folk masyarakat Cina.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------8--17

You might also like