You are on page 1of 3

MOHD AFIZI BIN MD ALI PISMP MT/PJ/BI 1 SEMESTER 5 REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI

& SUKAN (PJM 3112)

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah berjaya melaksanakan Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan (PJM 3112) pada 15 hingga 17 Februari 2011. Lawatan Ilmiah ini telah kami lakukan ke 3 buah tempat yang begitu terkenal sekali di negara kita terutama dalam sistem pengurusan dan pentadbirannya. Selama lawatan itu, kami telah ke Majlis Sukan Negara Malaysia(MSN), Pusat Sukan UPM, dan akhirnya ke Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ).

Selama saya mengikuti program lawatan ilmiah ini, ianya benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan. Selain memberikan satu pengalaman baru yang bermakna dalam hidup saya, pelbagai pendedahan yang saya perolehi semasa lawatan ilmiah ini juga telah membuka mata dan minda saya bahawa pengurusan dan pentadbiran sukan merupakan satu perkara yang sangat penting sekali.

Program Lawatan Ilmiah PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan ini benar-benar telah memberi seribu satu pengalaman buat diri saya sebagai seorang guru pelatih. Antara input berguna yang telah saya perolehi semasa program lawatan ilmiah ini ialah pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan merupakan asas kejayaan yang sebenar dan perlu dititik beratkan.

Sebagai contohnya, semasa mengikuti lawatan ilmiah di MSN, saya dan rakanrakan telah dibawa ke dewan seminar dan diberikan penerangan oleh Pegawai Perhubungan Awan MSN iaitu Encik Mohd Fahmi yang mana telah menerangkan pelbagai perkara yang telah membuka minda saya. Melalui sesi soal jawab dan

penerangan yang diberikan oleh beliau, jelas sekali peranan pihak pengurusan dan pentadbiran adalah asas kepada kejayaan MSN melahirkan atlet bertaraf dunia. Sesuai dengan matlamat MSN untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, saya dapati bahawa kejayaan atlet bukanlah datang dari kemahiran dan kekuatan atlet sematamata, tetapi disokong dan dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran yang menyediakan pelbagai bantuan dari pelbagai bahagian.

Tidak kira dalam bentuk insentif kemenangan, bantuan psikologi, penjagaan kesihatan, kajian sains sukan dan sebagainya, semuanya memerlukan satu pihak pengurusan dan pentadbiran yang benar-benar kukuh dan utuh. Dengan ini barulah MSN mampu berdiri segagah sekarang yang telah melahirkan ramai atlet berbakat yang mampu memegang gelaran ranking nombor 1 di dunia!

Selain itu, semasa mengadakan lawatan ke SSBJ saya telah berasa begitu teruja sekali kerana SSBJ bukanlah sekolah biasa tetapi sebuah sekolah sukan yang bukan sahaja menitikberatkan sukan kepada pelajar, tetapi tetap fokus kepada pelajaran mereka. Persoalan pertama yang kami sempat ajukan ialah bagaimana pihak sekolah mampu melahirkan atlet bertaraf dunia dan tetap tidak melupakan pelajaran mereka hinggakan mampu mencipta kejayaan seperti 10A seperti sekolah-sekolah cemerlang lain.

Jawapan yang diberikan oleh guru SSBJ cukup mudah iaitu sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan mantap mampu melahirkan sebuah sekolah yang terbaik! Sesuai dengan misi SSBJ iaitu menyediakan pendidikan dan latihan sukan berkualiti untuk melahirkan atlet bertaraf dunia, pihak pentadbiran benar-benar telah menunjukkan kesungguhan mereka dengan membina 1 modul khas untuk pelajar bagi mengimbangi pelajaran mereka dengan sukan. Akhirnya, dari kejayaan modul inilah SSBJ telah mampu melahirkan atlet bertaraf dunia yang juga mampu mencapai kejayaan dalam pendidikan seperti Yew Sook Ting yang berjaya mendapar 10A dalam SPM pada 2009 yang lepas.

Namun begitu, semasa lawatan ilmiah ini saya akui bahawa tidak semua yang dirancangkan dan diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah kelemahan diri saya sendiri terutama dalam berkomunikasi dengan pihak terbabit. Ketika diberikan peluang untuk menanyakan soalan, saya dapati masih ada rakanrakan yang tidak berani untuk menyuarakan pertanyaan mereka malah ada yang sekadar menulis soalan itu di kertas dan diberikan kepada rakan untuk menanyakan soalan itu. Pada asasnya saya rasakan bahawa ianya satu kerugiaan yang besar kerana peluang sebegini mungkin hanya datang sekali seumur hidup dan setiap peluang yang datang itu sepatutnya diambil dan dihargai dengan sepenuhnya.

Walaubagaimanapun saya yakin bahawa semua kekurangan itu dapat kami semua atasi dan telah kami semua pelajarinya semoga jika ada lagi peluang akan datang kami semua tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama. Dengan ini kami mampu untuk terus maju dan benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan.

Akhir sekali, saya yakin bahawa objektif program lawatan ilmiah yang saya telah lalui benar-benar telah mencapai objektifnya iaitu memberikan kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antaranbangsa, pengurusan pendidikan jasmani dan sukan, pembangunan sukan dan lain-lain lagi. Semoga segala ilmu yang diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai seorang guru nanti dan seterusnya mengembangkan lagi profesionalisme dalam diri saya.

You might also like