P. 1
Nota Kayak

Nota Kayak

|Views: 5,349|Likes:
Published by KutanJr

More info:

Published by: KutanJr on Jul 13, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2015

pdf

text

original

SEJARAH PERKEMBANGAN AKIVITI KAYAK

Pengenalan Am Sebelum saya secara lebih lanjut menerangkan tentang kronologi aktiviti kayak, adalah lebih baik saya mentakrif dan menerangkan kepada anda tentang kenu dan kayak agar ia dapat memantapkan lagi kefahaman anda.

Definisi Kenu dan Kayak
Kenu merangkumi semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kenderaan atau alatan yang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kenu. Rujuk gambarajah 1.

Perbezaan Antara Kayak dan Kenu Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara melunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo. Rujuk gambarajah 2.

Kenu
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur. Contoh kenu ialah sampan yang digunakan oleh Red Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita. Rujuk gambarajah 3.

Penghuni-penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu yang terhad. saiz. Kenderaan ini dinamakan Kenu Canadian.SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK Seawal peradaban manusia. Mereka membina kerangka kenu daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kulit kayu birch. kenderaan mereka dibina kerangkanya dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. aktiviti ini telah dijalankan secara meluas. Di Eropah pula. Ketiga-tiga situasi ini telah melahirkan kenu yang pelbagai bentuk dan kegunaannya sehingga ke hari ini. Kebanyakan kayak dan kenu yang digunakan masih lagi mengekalkan ciri-ciri di atas. . Penggembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. seiring dengan perkembangan teknologi. menebuk atau membakar teras kayu dan menjadikannya sebagai kenderaan air. Mereka yang tinggal di kawasan hutan yang kaya dengan sumber alam seperti pohon kayu. bagi manusia zaman dahulu. Kenderaan ini dinamakan inuit atau kayak Eskimo. Oleh itu. Rujuk gambarajah 5. 75% kawasan dunia diliputi air. Rujuk gambarajah 4. Ia dinamakan kenu dugout ataupun kolek. Oleh itu. terdapat beberapa perubahan drastik dari segi bahan. Rujuk gambarajah 6. hutannya kaya dengan kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Namun begitu. Malahan kebanyakan kawasan petempatan manusia dahulu berpusat di pinggir sungai. Sebagaimana yang diketahui umum. namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut yang mereka buru. dan berat serta bilangan pendayungnya. air merupakan sumber pengangkutan utama mereka.

Van B. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kenu di seluruh England terutamanya dikalangan pelayara dan golongan atasan British.SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DUNIA Aktiviti kenu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Sepanjang tahun 1865 hingga 1867. namanya telah diubah menjadi Persekutuan Kenu British (BCU) dan merupakan sebuah pertubuhan kenu yang terkenal dan terkukuh di dunia. Pada 20 Januari 1924. seorang Amerika telah mengilhamkan penubuhan sebuah badan kenu bertaraf dunia. Selepas Perang Dunia Kedua. Persatuan Kenu British telah ditubuhkan pada tahun 1887 dan memainkan peranan besar dalam perkembangan aktiviti berkayak di seluruh England dan dunia. Beliau telah digelar sebagai Bapa Kayak Moden sebagai mengiktiraf sumbanganya dalam perkembangan aktiviti kayak. Rujuk gambarajah 7. kelab ini telah melahirkan ramai penggiat aktiviti kayak. tokoh terkenal aktiviti kayak iaitu John Mac Gregor telah memberikan nafas baru dalam aktiviti ini. England. beliau telah mencipta sebuah kayak moden berdasarkan kayak yang beliau saksikan di Artik. kesengangan dan pendidikan.W. beliau telah menjelajah sungai-sungai di Eropah dengan menggunakan kayak ini. Pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan pelbagai pengalaman.Claussen. International Representaten Shaft Des Kanusport (IRK) telah ditubuhkan di Copenhagen. W. kelab ini telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Ratu Victoria. Jika sebelumnya. Sehingga ke hari ini. Pada tahun 1866. Tujuh tahun kemudian. Denmark dengan dianggotai oleh 19 buah Negara. Pengalaman utama beliau adalah teknik orang Eskimo membina dan mengendalikan kayak mereka. kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan. kelab kenu pertama di dunia telah ditubuhkan di Twickenham. kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan. Teknik ini beliau perolehi dari penduduk di Artik yang bertujuan untuk menaikkan semula kayak yang . Pada tahun 1865. Tahun 1927 pula menyaksikan perubahan besar dalam kemahiran berkayak apabila H. Kayak ini dinamakan Rob Roy. Namun begitu. Beliau adalah seorang pelaut British yang berbangsa Scott.Pawlata dari Austria telah memperkenalkan teknik gulingan yang dinamakan Eskimo roll .

perahu dan kolek. Antara kejohanan yang telah dianjurkan ialah Kejohanan Merentas Selat Pulau Pinang ke Butterworth.terbalik tanpa perlu keluar darinya. Pada tahun 1949. Tujuan utamanya ialah sebagai medium pengangkutan dan perdagangan. Aktiviti pertandingan kayak mula berkembang seawall tahun 1924 dimana acara pecut telah diperkenalkan sebagai acara pertunjukkan Sukan Olimpik ke VII di Paris. Sejarah kayak moden pula bermula sekitar tahun 1960an. Singapura. Dua belas tahun kemudian. Di sinilah bermulanya perkembangan-perkembangan teknik gulingan yang lain. Ia diperkenalkan oleh pelaut British yang berpengkalan di Woodlands. kegiatan kayak telah bermula seawal peradaban manusia. acara pecut telah dipertandingkan secara rasminya di Sukan Olimpik Berlin. ia tidak popular di kalangan umum kerana kegiatannya hanya bertumpu di kalangan anggota tentera dan kakitangan kanan kerajaan sahaja. Ia merupakan kelab kenu yang pertama ditubuhkan di Malaysia. perkembangan pertandingan sukan kayak terus bercambah dari kenu polo. Aktiviti tumpuannya ialah ekspedisi dan pertandingan. Sekitar tahun 70an. iaitu pada tahun 1936. Namun begitu. Selepas itu. Antara kenu yang mula-mula digunakan ialah sampan kotak. aktivitinya hanya tertumpu di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkembang menyeluruh ke serata Malaysia. PERKEMBANGAN KAYAK DI MALAYSIA Di negara kita. Dalam tahun 80an. Namun begitu. kenu surfing hinggalah ke acara rodeo. . Pulau Pinang telah mempelopori semula aktiviti berkayak. Cabang-cabang aktiviti ini akan diterangkan dengan lebih jelas lagi dibahagian akhir buku ini. Kejohanan Slalom Dunia telah dianjurkan di Geneva. Seawal tahun 60an pula menyaksikan acara menuruni jeram diperkenalkan. Penang Canoe and Recreation Club telah ditubuhkan.

Lihat gambarajah 8. Program Malaysia Cergas merupakan indikator utama perkembangan aktiviti ini. Bantuan kewangan dan peralatan berkayak telah disalurkan keseluruh negara. . Ekspedisi-ekspedisi yang dijalankan ini telah mengharumkan nama negara dan membuktikan kemampuan anak bangsa. Pada tahun 1988. tercatit di lembaran sejarah apabila buat pertama kalinya 2 orang anak Malaysia telah berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayak solo. Cabaran-cabaran telah dipertingkatkan lagi sehingga terlaksananya ekspedisi-ekspedisi meredah lautan antarabangsa seperti Ekspedisi Kayak Nusantara Johor-Riau.Iltizam dan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan kemudiannya telah merangsang kegiatan kayak di seluruh Malaysia. Ekspedisi Kayak Antarabangsa Johor-Surabaya-Bali dan Ekspedisi Kayak Antarabangsa Merentas Selat Inggeris. Kejayaan ekspedisi ini telah menjana lagi perkembangan cabang ekspedisi kayak negara. Perjalanan mereka mengambil masa selama 63 hari dan sejauh 1846km. Aktiviti ekspedisi merupakan tumpuan utamanya.

PERALATAN .

Namun begitu.6m 5.PERALATAN Kayak Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Jenis-jenis kayak Secara amnya. anda pasti akan menemui berbagai-bagai jenis dan bentuk kayak yang pastinya akan menyukarkan anda membuat pilihan. Antara kayak ini ialah kayak yang digunakan di arena pertandingan pecut iaitu K1.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi unutk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak. Rujuk gambarajah 11. Setiap bidang kayak memerlukan kayak yang spesifik bentuk dan ukurannya. ini bertujuan untuk memudahkan memotong air dan bergerak dalam garisan lurus dengan pergerakan yang amat laju. Sekiranya anda merujuk kepada catalog atau majalah untuk mencari jenis kayak yang sesuai untuk anda. Penerangan dalam bahagian ini diharapkan dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. i) Mandesta (berbentuk V) Bahagian bawah kayak ini berbentuk V. berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkan memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak arus deras selalunya pendek (2. kayak boleh dibahagikan kepada 3 kelas utama berdasarkan bahagian bawahnya (hull).7m). K2 dan K4. Rujuk gambarajah 10. Bagaimana Memilih Kayak Yang Sesuai Kayak yang anda pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan dan aktiviti yang akan anda jalankan. ii) Ottersport (berbentuk U) . ia memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.86m 3. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.

pelajaran ini membimbing anda ke arah cara-cara praktikal bagi mengendalikan kayak supaya kayak dapat dipergunakan sebagai kenderaan bagi tujuan bergerak di air. Supaya kayak tidak terjunam dan seterusnya menggelunsur ke dalam lebih-lebih lagi apabila kayak ber ada di dalam keadaan basah (kayak yang basah adalah licin). tentukan anda bekerjasama dan serentak melakukannya dengan rakan. Rujuk gambarajah 13. PENGENDALIAN KAYAK Am Pengendalian kayak adalah satu kemahiran yang dimestikan bagi setiap pengguna kayak. Membawa Kayak Bagi mengendalikan aktiviti. kayak polo dan kayak rodeo. Rujuk gambarajah 12. bawalah kayak ke tempat yang ia hendak diletakkan sambil menggunakan tangan anda bagi mengunci kayak itu di bahu anda. Pikulan di Bahu Kayak diangkat ke atas bahu. Kayak ini lebih mudah berpusing kerana darjah kenaikan bahagian bawahnya (rocker) lebih tinggi berbanding kayak jenis lain. Kemahiran imbangan yang diperlukan pula sederhana. Bagi tujuan itu.Bahagian bawah kayak ini pula berbentuk U ataupun rata. kayak boleh dibawa ke mana-mana sahaja yang anda suka. Ia amat stabil di semua situasi air dan amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti kayak. Apabila meletakkannya semula. Ubahsuaikan posisi kayak anda di bahu supaya terasa selesa sewaktu mengangkat tadi. Ia lebih laju daripada Ottersport. anda boleh menggunakan cara-cara berikut: 1. Contoh kayak jenis ini ialah kayak slalom. . pergerakannya amat perlahan dan mudah tersasar haluannya kerana bahagian bawahnya lebih mudah menampan ombak berbanding kayak lain. Selepas berada di bahu. Bentuknya memudahkan kemahiran gulingan dilakukan. Ia selalunya digunakan untuk aktiviti arus deras. Walau bagaimanapun. Antara contoh kayak ini ialah kayak rekreasi dan TK (Touring Kayak). iii) Slalom (berbentuk O) Keratin rentas bahagian atas dan bawah kayak ini berbentuk O ataupun bulat. anda hendaklah berhati-hati supaya kayak tidak terlepas dari tangan dan seterusnya ia terhempas.

MELANCAR DAN MENDARATKAN KAYAK Melancar Untuk melancarkan kayak. Sewaktu meletakkan kayak.2. kayak akan mudah terpesong ke kiri atau ke kanan hinga menyukarkan tindakan untuk menaiki kayak atau berdayung. Dalam hal ini. Bahagian bow kayak mestilah bersudut tepat menghala ke laut. kayak akan terlekat di dasar air apabila ianya dinaiki. Posisi kayak di dalam kenderaan seelok-eloknya biarlah di dalam keadaan melentang bagi menjaga ketahanan deck dan coaming . Selepas itu barulah anda boleh berjalan bagi membawa kayak itu dan seterusnya meletakkannya di tempat yang sesuai. Bahagian bow yang menghala ke laut dalam posisi bersudut tepat akan membelah ombak yang mar ake pantai. 3. kayak mestilah disusun dengan baik dan jika perlu hendaklah diikat supaya mengurangkan kesan geseran dan hentakkan ke atasnya sewaktu dalam perjalanan. Elakkan mana-mana bahagian kayak dari bersentuhan dengan pasir atau tanah. Cara ini adalah sedikit sukar apabila kayak berkeadaan basah di mana kelicinan kayak akan menyebabkan ianya mudah melurut ke bawah. Ia memudahkan supaya kayak dapat segera dinaiki dan seterusnya didayung ii) . Menggunakan Kenderaan Bagi tujuan pengangkutan jauh. Dengan menggunakan pautan tangan. tentukan ianya berada dalam air di tepi pantai. Catitan : Perbuatan membawa kayak dengan tenaga manusia dipanggil portage . Jika ombak memukul rusuk kayak. anda hendaklah berhati-hati membawa kayak. Kalau bersentuhan. perhatikan perkara-perkara berikut:i) Apabila meletakkan kayak untuk berdayung. kayak adalah dibawa dengan kenderaan seperti lori. Tujuan posisi begini ialah bagi mengelakkan ombak dari menghempas bahagian rusuk kayak. kayak akan dikunci dipinggang bagi mengampu atau menahan kayak dari melurut ke bawah. Kelekan di Pinggang Kayak dianggkat hingga ke paras pinggang dan segera dirapatkan hingga selesa. van atau trailer. Ini menyukarkan berdayung.

perhatika perkara-perkara berikut pula:i) Apabila hampir sampai ke pantai kira-kira dalam jarak 10 meter atau mengikut keadaan ombak dan kedalaman air. Mendarat Bagi tujuan mendarat. tindakan yang betul hendaklah dilakukan apabila anda naik dan turun dari kayak. Setelah kayak menghadap ke laut. Oleh itu. maka kedudukan bow mestilah bersudut tepat dengan kemaraan arus. Naik kayak . Jika tidak. Tujuan posisi ini adalah supaya hanya bahagian bow yang dipengaruhi oleh ombak. Pijakan kaki yang tidak boleh sewaktu menaiki dan menuruninya akan menyebabkan kayak mudah tersenget sehingga memunginkan kayak terbalik.supaya kayak dapat segera dibawa keluar dari kawasan pantai yang sentiasa diitimpa oleh ombak. kayak hendaklah dipusingkan supaya menghadap semula ke laut di dalam posisi bersudut tepat. ii) Melancar dan mendarat di Sungai dan Tasik Bagi maksud melancarkan kayak dan mendarat di tebing sungai dan tasik di mana ombak tidak terdapat. kayak akan dilencongkan oleh arus menyebabkan kesukaran bagi mengawal kayak. dayunglah ke belakang (mengundur) sehingga sampai ke bibir pantai yang mengizinkan bagi tindakan turun dari kayak. ianyak tidak boleh dinaiki dan dituruni dengan sewenang-wenangnya sebagaimana kenderaan laut yang lebih besar seperti bot dan kapal. NAIK DAN TURUN KAYAK Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan yang kecil.

Selepas itu. Tarikkan kaki ke belakang mengangkat punggung dari cockpit . Orang yang akan turun dahulu ialah sternman kerana ia saling berhampiran dengan pantai. bowman akan mengimbang dan mengawal kayak. Jika tebing lebih tinggi dari paras kayak. anda boleh menaiki atau menuruni kayak dengan cara menggunakan dayung yang dipalangkan bagi menghubungkan kayak dengan tebing. Kedua-dua belah kaki kemudiannya hendaklah diluruskan. maka tindakan berdayung hendaklah segera dilakukan. bowman akan mendahuluinya. bahagian kiri dan kanan coaming dengan kedua belah dayung di tangan kanan (tangan kanan juga memegang sehingga kaki bengkok dan rapat ke badan. ia akan segera memasukkan kaki kanan ke dalam kayak melalui cockpit . Dengan tempat duduk. Bowman akan membengkok dan langsung memegang bahagian coaming di kiri dan kanan sambil tangan kanan terus memegang dayung. Jika kayak di tebing yang lebih kurang sama paras dengan kayak tetapi airnya dalam.Untuk menaiki kayak. Bowman akan melakukan tindakan-tindakan berikut:i) ii) iii) iv) v) vi) Ia akan berdiri di sebelah kiri kayak sambil memegang dayung di tangan kanan (dayung boleh juga diserahkan kepada sternman ). maka sternman akan menaiki kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh bowman . Ini bagi membolehkan sternman untuk mengawal kayak dengan memegangnya samada bagi maksud imbangan atau mengelakkan kayak dari melencong ke sebelah. Setelah selesai. Kemudian segeralah memasukkan kaki kiri ke dalam kayak supaya dapat duduk dengan selesa dimana kaki akan diluruskan di lantai kayak. Jika dayung diberikan pada sternman sewaktu mula naik tadi. Setelah itu. Apabila kaki kanan telah mencecah lantai kayak. sambil mengepit coaming ). Setelah mendapat isyarat dari bowman . maka badan hendaklah segera dibawa masuk ke dalam kayak dan menempatkan punggung di atas tempat duduk. vii) viii) ix) x) Turun kayak Untuk turun dari kayak. ia akan membuang kaki keluar melalui ii) . maka mestilah berada dalam posisi untuk mendarat. maka bowman hendaklah menghulurkan tangan kebelakang sebagai isyarat meminta dayung dari sternman . anda bolehlah menaikinya dengan mengangkat sebelah kaki supaya dapat memijak lantai kayak kemudian terus duduk sambil menarik kaki yang sebelah lagi ke dalam kayak. ia akan menggunakan badan bagi mengimbang kayak dan menggunakan dayung bagi mengawal kayak. Ketika sternman turun dari kayak. Tindakan untuk turun adalah seperti berikut:i) Sternman akan memegang tangannya.

Satu cara lagi ialah dengan sekali gus membuang kedua-dua kaki dan badan keluar kayak.iii) iv) v) Apabila kaki kiri telah berpijak. Catitan : Samada bagi maksud turun dan naik. Apabila berdayung. mana-mana kaki boleh didahulukan. Kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit. maka ia akan mengangkat badan-badan ke atas dengan menggunakan kekuatan tangan yang bertahan pada coaming sehingga berada di dalam posisi berdiri dan seterusnya membawa kaki kanan keluar dari kayak. Posisi badan anda hendaklah dibawa kebelakang seberapa yang boleh supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Pegangan ini janganlah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk digerakgerakkan ketika mendayung. Selepas itu. bahu anda mestilah berada di dalam keadaan yang selesa (relaxed). kedudukan papan dayung (blades) mestilah keseluruhannya berada di daam air. terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung dengan cara yang betul. i) Ketika memegang batang dayung. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak diperolehi. Berdayung adalah satu kemahiran asas yang dimestikan kepada setiap individu yang ingin melibatkan diri dengan kegiatan kayak. sternman akan memasukkan dayung ke dalam kayak dan sambil memegang kayak bagi tujuan mengimbang dan mengawal kayak. Sementara itu. Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu. ii) iii) iv) . Cara memegang Dayung/Berdayung Sebelum anda mula belajar mendayung. hendaklah dengan kedua-dua belah tangan. BERDAYUNG Berdayung adalah satu gerak laku yang dilakukan oleh anggota kayak (canoeist) bagi menggerakkan kayak samada dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu posisi ke satu posisi yang lain. Berikan koordinasi melalui isyarat supaya rakan anda dapat naik atau turun kayak setelah anda selesai melakukannya. Setelah keluar dari kayak. bowman akan turun dari kayak dengan cara yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh sternman (dayung bowman boleh diserahkan kepada sternman sebelum bertindak turun dari kayak).

. Tangan kanan dibengkokkan. Tindakan ini berkesan pada kayak yang tidak bergerak. Dan ketika sedang berdayung. Oleh itu. maka tangan kanan hendaklah melakukan tusukan dayung ke belakang. Dayungan Tusukan untuk membelok dan memberhentikan kayak Jika hendak membelokkan kayak yang sedang bergerak supaya pergi ke kanan.v) vi) Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Lebih ke belakang tusukan dibuat. Jenis-jenis Dayungan dan Teknik Berdayung Terdapat beberapa jenis dayungan seperti berikut yang boleh digunakan dan setiap dayungan itu akan memberi bantuan untuk mengendalikan kayak dengan betul:Dayungan Junam untuk bergerak ke hadapan dan ke belakang Setelah berada di dalam kayak dan memegang dayung dengan betul i) ii) Tegakkan badan dengan sedikit condong ke hadapan. Tindakan ini hanya dilakukan oleh orang belakang. elakkan dair perbuatan memukul air atau naik radang apabila kayak anda segera mematuhi kehendak dayungan ini. Perbuatan ini tidak akan membantu malah ianya akan melengahkan anda. perhatikan pergerakan perikut:i) ii) iii) iv) Dayung dihulurkan ke depan melalui sebelah kiri sehingga tanan kiri menjadi lurus dan bahu kiri ke hadapan. Untuk membelok ke kanan. Dayungan Sapu (sweep) untuk membelok atau memusing kayak Tindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak. Letakkan papan dayung dalam posisi separuh terbenam Tarik dayung kebelakang seberapa keluar yang boleh hingga menyentuhi buritan kayak dengan tangan mengikuti hingga berada disebelah kiri cockpit . Hulurkan dayung ke hadapan dengan membawa tangan ke hadapan (maka papan dayung hendaklah mengadap ke belakang). janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang. Beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah-ubah dari satu pegangan ke satu pegangan yang lain supaya otot-otot boleh direhatkan. Jangan sekali-kali berdayung dengan menggunakan kedua belah tangan sekali gus. lebih kuat dan besar belokan yang akan terjadi hingga boleh berpusing 3600 darjah. selalulah berehat sewaktu berdayung.

Posisi ini mendedahkan anda dengan bahaya terbalik. Sebaliknya kayak akan merapatkan kepada objek/sasaran jika anda berdayung di sebelah luar. Papan dayung dibiarkan pada posisi tadi sehingga kayak anda kembali kea rah perjalanan yang asal. Katakana anda ingin merapatkan kayak ke kiri maka tindakan-tindakan berikut hendaklah diperhatikan:i) ii) Peganglah dayung sebagaimana biasa. Ulangi proses ini sehingga anda sampai ke tempat yang dikehendaki. maka papan dayung hendaklah dipusingkan hingga 900. Kedudukan tangan kanan ialah di atas dalam posisi lurus dan tangan kiri di bawah pada batang dayung. Untuk merapatkan kesebelah kanan. Bowman hendaklah merehatkan diri. Dayungan Tolakan (push over) untuk menjauhkan kayak dari sesuatu objek Dayungan jenis ini adalah kembalikan kepada dayungan tarikan. Untuk lebih selamat. Tolakkan tangan kiri kearah yang dikehendaki. tindakan ini akan dilakukan oleh sternman . sternman hendaklah melakukan dayungan tolakan (push-over) jika bowman melakukan tarikan ini. Keseluruhan dayung mestilah bersudut tepat dengan permukaan air. Dayungan J untuk meluruskan haluan kayak ketika sedang berdayung Dayungan ini bertujuan bagi mengemudikan kayak supaya tidak terpesong dari arah perjalanan yang dituju. Dayungan ini akan menyebabkan kayak anda menjauhi objek/sasaran jika objek/sasaran itu berada disebelah yang sama dengan kayak.Catitan : Jika kayak untuk dua orang. maka dayungan tarikan (draw) hendaklah digunakan. Benamkan papan dayung ke dalam air seberapa tegak yang boleh dan tarik tangan kiri hingga ke paras bahu. Tegakkan dayung di sebelah kiri kayak dengan papan dayung berada di atas air. Selepas sahaja dayungan junam dibuat (dayungan kehadapan). Dayungan Tarikan (draw) untuk merapatkan kayak ke sesuatu objek secara mengiring. apabila papan dayung sudah hampir ke belakang. maka lakukanlah tindakan yang serupa di sebelah kanan kayak. Dayungan ini seakan-akan dayungan tusukan. Anda akan merasakan bahawa kini papan dayung sedang berada di bawah kayak. Pusingkan papan dayung kira-kira 900 dan bawalah papan dayung keluar semula ke tempat permulaan tadi. Untuk merapatkan kayak selari dengan objek seperti untuk tujuan berkumpul (raft-up). iii) iv) v) vi) Catitan : Awas kayak anda dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh kedua-dua pendayung. Pusingkan badan ke kanan dengan bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke belakang. Dayungan Goyangan (sculling) untuk merapatkan kayak secara mengiring . maka dayungan J hendaklah dilakukan di sebelah kiri. Jika waktu berdayung kayak anda sedikit membelok ke kanan. Ia boleh dilakukan samada anda di sebelah kiri atau kanan dengan menghasilkan tujuan yang sama.

Raft-up ialah satu formasi di mana semua kayak berkumpul rapat-rapat dengan posisi kelompok dan selari antara satu sama lain. Formasi i) Pergerakan semasa berkayak adalah pergerakan berkumpulan. Formasi Melintang (Abbrest) Formasi sebaris adalah sesuai bagi kumpulan kecil atau bagi melalui lorong yang sempit seperti anak sungai. ii) iii) KAWAD TERBALIK Kawad terbalik adalah satu latihan bagi memahirkan kedua-dua canoeist supaya dapat membetulkan semula posisi kayak yang terbalik dan seterusnya naik ke kayak dan berdayung semula. Catitan : Untuk merapatkan kesasaran. Bagi maksud kawalan maka beberapa bentuk atau fromasi boleh dibuat sewaktu berdayung.Dayungan jenis ini akan memberikan kesan yang sama kepada pergerakan kayak anda sebagaimana dayungan tarikan. maka kayak anda akan merapatkan ke sebelah kanan. Goyangkan dayung anda ke hadapan dan ke belakang. Formasi baris berbentuk panah dan melintang adalah sesuai bagi kawasan perairan yang luas seperti di laut. Formasi Berbentuk Panah (Diamond Formation) d. Papan dayung dibenamkan ke dalam air dengan mukanya menghadap ke arah kayak. Jika dayungan ini dibuat di sebelah kanan. kayak anda adalah lebih terjamin dari bahaya terbalik. Formasi Sebaris (Single File) b. Formasi Dua Baris (Double File) c. Kawad terbalik ini terbahagi kepada empat peringkat:i) ii) iii) iv) Membebaskan diri dari kayak Membetulkan semula posisi kayak Menimba air dari kayak Menaiki semula kayak . Dengan dayungan goyangan ini. maka dayungan goyangan ini lebih selamat dari dayungan tarikan. a.

Ambillah dayung yang telah terkeluar dari kayak atau barang-barang lain yang mungkin akan hanyut jika dibiarkan. maka kedua-duanya akan menaiki sambil memutar. Jika spray skirt terpasang pada kayak. maka kayak akan mudah bergolek ke kir atau ke kanan apabila ianya dinaiki semula. tentukan rakan anda berada di dalam keadaan selamat. Satu cara lain untuk membalikkan kayak ke atas kepada posisi asalnya ialah dengan menolak deck kayak ke ii) iii) . Kalau ianya berkeadaan senget. pasanglah semula spray sirkit tersebut (anda tentu telah menanggalkannya sewaktu keluar dari kayak apabila kayak terbalik tadi). Perbuatan ini akan menyebabkan kayak yang terbalik itu akan berpusing dan kembali kepada posisi asal. Cara untuk memasang spray sirkit ialah dengan menyelam di situ terdapat ruangan yang membolehkan anda bernafas seperti biasa. pasanglah spray sirkit itu di tempatnya. anda periksalah kayak anda supaya ianya benarbenar terbalik dengan bahagian keel nya berada di atas. Jika menggunakan spray sirkit . bukalah spray skirt itu dahulu supaya tindakan anda menolak keluar dari kayak tidak terhalang. Kemudian. Di sini apa yang perlu diperhatikan ialah supaya kayak dibalikkan ke atas supaya kembali ke posisi asal tanpa air meredah masuk ke dalam kayak dengan banyak. Kalau kayak anda separuh terbalik. Setelah mendapat isyarat dari salah seorang anggota kayak. udara yang terperangkap akan meredah keluar dan menyebabkan air merempuh masuk ke dalam kayak. jangan sekali-kali anda tinggal di dalam kayak.Membebaskan diri dari kayak Apabila kayak sudah terbalik. Posisi masing-masing janganlah terlalu di hujung kayak. Membetulkan semula posisi kayak Apabila kayak berada di dalam posisi terbalik. Awasilah ketika ini supaya anda tidak ditimpa kayak atau lain-lain barang yang mungkin akan tercampak keluar dari kayak. Jika air dapat masuk. Anda hendaklah segera keluar darinya dengan cara menolak diri anda keluar dengan menggunakan kaki dan tangan anda. air akan masuk ke dalam kayak dan ini akan menghalang usaha anda seterusnya. Hulurkan tangan ke atas hingga melewati bahagian keel sehingga seberapa jauh yang boleh. Setelah keluar dari kayak. Setelah berada di dalam keadaan ini. Kemudian kedua-dua anggota hendaklah berada di sebelah yang samam di sisi kayak. Cara yang betul untuk membetulkan semula posisi kayak ialah seperti berikut:i) Elakkan kayak dari senget ke kiri dan ke kanan apabila ianya di dalam keadaan terbalik. udara yang terperangkap di dalam kayak akan menghalang kemasukan air.

Ketika sampai di cockpit . Bila sudah berada di dalam kayak. Menimba air dari kayak Apabila kayak telah kembali ke dalam posisi yang betul. PERSIAPAN KAYAK . Sternman akan menolak dirinya ke atas dengan menendang air dan dengan pantas menggunakan tangan bagi membantu sehingga badannya berada di atas deck (bahagian badan yang mesti berada di atas deck ialah antara dada dan perut). Orang yang akan menimba air ialah bowman sementara sternman akan bergantung pada kayak dibahagian stern dengan menyepitkan kaki pada kayak. Setelah itu. Tolakan ini akan membuat kayak naik ke atas dan akhirnya kembali kepada posisi yang betul. Kedua-dua tangan akan memegang bow . ia akan memberikan isyarat pada sternman untuk naik ke dalam kayak. ia akan mengubah kedudukan tangan lebih ke hadapan lalu menegakkan badan dan menguruskannya memasuki kayak dengan didahului oleh bahagian kaki. maka tindakan menimba iar ini tidak perlu dilakukan. bolehlah kayak didayung semula. Jika anda menaiki kayak yang banyak air. sternman akan mengambil dayung untuk mengawal dan mengimbangi kayak. dia akan memusingkan badan untuk masuk ke dalam kayak supaya ia dapat mengadap ke hadapan semula.atas. Apabila sampai ke cockpit . Apabila coaming telah dipegang maka ia akan menaikkan kedua-dua belah kakinya ke atas sementara tangan yang satu lagi terus memegang deck . Menaiki kayak semula Bowman setelah selesai menimba air akan bergantung pada kayak di bahagian bow dengan menyepitkan kaki di situ. maka bowman akan menaiki kayak dengan cara yang sama. kayak itu mudah bergolek dan ini akan menyebabkan ia akan terbalik semula. Sebelah tangan akan dihulurkan supaya dapat berpegang pada coaming . Sekiranya tiada air atau air terlalu sedikit di dalam kayak. Posisi ini membolehkan sternman untuk menarik badannya ke hadapan ke arah cockpit . Setelah mendapat isyarat dari sternman . setelah bowman berada di dalam posisi yang selesa. maka air yang telah masuk ke dalam kayak hendaklah ditimba dahulu.

Ini ialah bagi mengelakkan supaya and atidak terpaksa memikul kayak yang berat dengan muatan. maka persiapan yang betul hendaklah dibuat ke atasnya sebelum anda bergerak dengannya. Tentukan anda tidak terlupa dayung simpanan dan penimba air. Tentukan barang-barang yang memerlukan penggunaan segera hendaklah dimuatkan di tempat yang mudah bagi tujuan mengambilnya pada bila-bila masa.Oleh kerana kayak merupakan sebuah kenderaan air yang sempit. Dapur dll c. Kalau anda memuatkan barang-barang lebih berat kepada bahagian bow . Ini dapat mengelakkan barang-barang tersebut dari basah atau hilang apabila kayak terbalik. Ini juga bagi mengelakkan kayak dari rosak. maka kayak anada akan mudah berpaling mengadap kea rah angin dan akan membuat bow lebih membenam. peta dan teropong boleh dibawa di badan sendiri. Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah diisikan ke dalam beg plastik dan diikat pada kayak (bahagian dalam). maka ayak akan mudah berpaling dari angin dan menyebabkan bow akan menampar air ketika kayak sedang didayung. maka langkah-langkah berikut hendaklah diperhatikan:i) ii) Periksalah ketahanan kayak dan alat-alatnya. Persiapan kayak yang betul akan menghasilkan pergerakan yang selesa dan selamat. Persiapan Bagi mempersiapkan kayak. Kalau muatan lebih berat ke arah stem . Peralatan tidur d. Barang yang berat hendaklah dimuatkan ketika kayak sudah berada di dalam air. Alat-alat seperti kompas. Makanan f. Khemah dan peti pertolongan cemas g. Barang-barang yang hendak dimuatkan ke dalam kayak hendaklah dimuatkan ketika kayak berada di tepi pantai atau di tebing. Mana-mana yang tidak selamat digunakan hendaklah digantikan. Air e. Pakaian b. Alat membaiki kayak iii) iv) v) vi) vii) Catitan : i) ii) iii) Dayung simpanan boleh disimpan atau diikat pada deck. . Bahagian-bahagian kayak yang dicadangkan bagi barang-barang muatan yang hendak dibawa adalah seperti berikut:a.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->