You are on page 1of 38

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1. 1. 1

KAEDAH ABJAD Pengenalan Kaedah ini merupakan kaedah yang tertua dijalankan semenjak kerajaan Greek dan

Rom. Ianya juga dikenali sebagai kaedah klasik dimana kaedah abjad ini adalah sangat popular digunakan oleh guru pada peringkat permulaan mengajar membaca kepada murid-murid. Kaedah abjad ini lebih mementingkan pada pengenalan nama-nama huruf dan bunyi huruf-huruf itu.

1.2

Langkah-Langkah Pengajaran

1.2.1 Pengenalan Abjad a. Murid diperkenalkan dengan kesemua 26 huruf. b. Murid diajar nama huruf secara teratur dalam abjad : a b c .... x y z. c. Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z. d. Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan dan murid perlu menghafal setiap lambang abjad. e. Setelah murid-murid menghafal nama abjad, bunyi-bunyi huruf akan diajar kepada murid. f. Murid akan diajar dengan huruf kecil dahulu seterusnya barulah diikuti dengan huruf besar. g. Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar. h. Latihan memadankan huruf kecil dan huruf besar. i. Murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan sesuatu bunyi huruf vokal seperti contoh berikut : * Ayam * Api * Adik * Awan 1

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

j. Seterusnya murid diperkenalkan dengan permulaan perkataan bermula dengan huruf konsonan seperti contoh berikut : Bola Buku Batu Besi Langkah ini adalah sebagai usaha untuk memperkenalkan kepada murid hubungan antara bunyi huruf dan perkataan. 1.2.2 Penggabungan Bunyi Vokal Dan Konsonan
a. Setelah murid-murid menguasai bunyi huruf dan hubungan antara bunyi

huruf dan perkataan, murid diajar membentuk dan membaca sukukata. Contohnya seperti berikut: ba be bi bo bu ca ce ci co cu hingga ke huruf za ze zi zo zu 1.2.3 Membentuk Perkataan Mudah a. Murid diajar mencantumkan suku kata dengan sukukata Contoh: Bu bu Ba ba b. Seterusnya murid akan diajar kemahiran mengeja perkataan-perkataan mudah. Contoh: baju , saya , dadu
1.2.4 Membentuk Ayat Mudah

a. Seterusnya murid dibimbing mengenal untuk membentuk ayat mudah. Contoh : Bibi buka buku Bibi baca buku Buku Bibi baru b. Murid selanjutnya diperkenalkan dengan rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. 2

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

1.3

Kelebihan Kaedah Abjad

1.3.1 Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada

suku kata yang hampir tetap bunyinya. 1.3.2 Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru walaupun belum pernah dipelajari kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. 1.3.3 Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. 1.3.4 Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta member keyakinan kepada murid-murid.

1.4

Kelemahan Kaedah Abjad

1.4.1 Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. 1.4.2 Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. 1..4.3 Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna. 1.4.4 Ianya boleh mendatangkan kebosanan kepada murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

2.

KAEDAH SUKU KATA Definisi Menurut Daniel Jones kaedah suku kata adalah satu deretan bunyi yang mengandungi satu puncak kelantangan; Contoh : a ku, du duk Menurut R.H. Robins pula kaedah ini merupakan Satu kumpulan konsonan dan vokal yang mempunyai status unit, iaitu sebagai satu unit yang boleh diduduki di awal kata, di tengah kata dan di akhir kata. Ujaran yang paling minimum, Contoh : ah, a. Kaedah suku kata ialah bahagian perkataan berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersamasama dengan konsonan. Suku kata adalah satu ujaran terkecil dari sebuah kata yang didengarkan pada kehadiran vokal. Setidak-tidaknya satu suku kata terdiri daripada satu buah vokal atau satu vokal dan satu konsonan. Mengacu kepada bunyi akhir, s suku kata dibahagi kepada 2 iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka adalah suku kata yang diakhiri oleh vokal. Suku kata tertutup adalah suku kata yang diakhiri oleh konsonan.

2.1

2.2

Jenis Suku Kata: (a) Kata tunggal satu suku kata. Contoh : K + V + K (b) Kata tunggal dua suku kata. Contoh : V + KV (ibu, ela), V + VK (air, aib), V + KVK (adat, emas), VK + KV (anda, unda), VK + KVK (untuk, entah), KV + KVK (bukan, dekat). (c) Kata tunggal tiga suku kata. Contoh : KV + V + KV (biasa, cuaca), KV + V + 4

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

KV (kaedah). (d) Kata tunggal empat suku kata. Contoh : KV + KV + KV + KV (panorama) 2.2.3 Kebaikan Kaedah Suku Kata a) Murid-murid mahir mengeja. Ini disebabkan mereka dilatih mengeja tiaptiap perkataan yang dibacanya. b) Kaedah ini memudahkan guru-guru menjalankan kerja-kerjanya. Tidak berkehendakkan alat-alat mengajar yang banyak. 2.2.4 Keburukan Kaedah Abjad a) Murid-murid tidak lancar membaca. Kaedah ini menjadikan murid sibuk mengeja kerana tumpuan mereka kepada huruf semata-mata. b) Murid-murid tidak faham apa yang dibacanya. Oleh kerana terlalu mementingkan ejaan dan sebutan , fahamman langsung tidak dihiraukan. c) Murid-murid akan membaca dengan berlagu dan tidak memperdulikan rangkaikata dan tempat-tempat berhenti. d) Tidak membangkitkan perasaan gemar membaca kerana kaedah ini bertentangan dengan pendapat Ilmu Jiwa iaitu cara kanak-kanak menguasai sesuatu ialah daripada keseluruhannya membawa kepada bahagianbahagiannya. e) Mengelirukan kanak-kanak kerana nama huruf-huruf tidak menepati bunyi huruf-huruf itu.

3. KAEDAH FONIK 3.1 Definisi Kaedah fonik ialah kaedah pengajaran membaca yang membimbing murid tentang perkaitan antara abjad bagi bahasa bertulis (grafim) dengan bunyi individu (fonem) bahasa pertuturan. Fonetik (fonetik) ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik itu adalah satu bidang bahasa
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

yang begitu luas yang mencakupi ciri-ciri fizikal sesuatu bunyi; antara lainnya frekuensi dan bagaimana bunyi terhasil. Kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). 3.2 Cara Pengajaran Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris. Cara pengajaran Fonik menggunakan ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah sy. Kesedaran Fonemik - Bunyi Fonik - Abjad Apabila mendengar sebutan perkataan buku, murid boleh memberitahu bahawa bunyi awal perkataan itu ialah /b/ (b ) . (tersendiri - isolation) Apabila mendengar sebutan perkataan buku, murid boleh memberitahu bahawa abjad awal perkataan itu ialah /b/ dan ikuti oleh /u/, /k/ dan /u/. 3.2.1 Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain, Contohnya : ba, tang, = batang dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan,akhiran perkataan,pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan

Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan akhirnya perkataan, Contohnya : A = aaaa E = eh E = eh I = iiiii O = oooo
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

U = uuuu B = beh C = ceh D = deh F = feh G = geh H = heh J = jeh K = keh L = el M = em N = en P = peh Q = qeh R = rer S = sss T = the V = vev W = weh Y = yeh Z = zez b (beh), t (teh), ba 3.3 + a (ah) = u (uh) = tu = ba tu batu

Kebaikan Kaedah Bunyi

3.3.1 Sesuai dengan susuk kata Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah

terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya. 3.3.2 Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataa-perkataan baharu walaupun perkataan-perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka.

3.3.3 Jika kanak-kanak telah menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh

membaca dalam apa jua bahasa.

3.3.4 Bagi kaedah fonik juga kanak-kanak tidak akan tersangkut di peringkat sukukata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. 3.4 Keburukan Kaedah Bunyi

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

3.4.1 Tidak menarik hati kerana suku-suku kata yang diajar itu tidak mempunyai makna yang nyata pada mereka. 3.4.2 Bacaan murid-murid tidak licin, ini disebabkan perhatian murid-murid itu tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas satu.

4.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Definisi Kaedah pandang dan sebut datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh

4.1

membaca dengan menggunakan kaedah abjad . Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. 4.2 Cara Pengajaran Kaedah ini adalah lebih mudah untuk mengajar kanak-kanak menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman. Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat. Rasionalnya,kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto photographic memory . Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba. Sama dengan kaedah mengeja, kaedah pandang dan sebut juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca bahasa Inggeris. Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas. Kaedah
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

pandang dan sebut tidak memerlukan kanak-kanak untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Kanak-kanak hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus contohnya: ba bi bu be bo (untuk 2 huruf ) ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf) 4.3 Proses Kaedah pandang dan sebut

4.3.1 Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya.

Setelah dicam, tidak dibunyikan, dan tidak jyga dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini diserta dengan gambar. 4.3.2 Dalam hal mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta mengecamterus ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. Setelah mengecam diminta terus membaca.

4.3.3 Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan.

4.3.4 Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat.

4.3.5 Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan Jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja.
4.4

Kelebihan Kaedah Pandang dan Sebut.

4.4.1 Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari

sesuatu cara keseluruhan, menarik minat murid-murid. 4.4.2 Bersesuaian dengan resmi semula jadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. 4.4.3 Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka. 4.4.4 Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul dari mulanya. 4.5 Kelemahan Kaedah Pandang dan Sebut.

4.5.1 Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataa, rangkai kata dan ayat-

ayat yang telah diajarkan sahaja. 4.5.2 Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. Lambat mengenal bunyi dan suku kata.

4.5.3 Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.

4.5.4

Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca.

5. DEFINISI TULISAN TULISAN adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi,. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa.Tulisan adalah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya.Oleh itu pelajaran menulis sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

10

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Tulisan berhubung rapat dengan membaca.Kedua-duanya mementingkan teknik dan akal.Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah juga di sebaliknya.Seseorang itu menulis karangnya kerana ada yang membacanya.Seseorang itu pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca. Di sekolah-sekolah ,pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari.Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah.Ini tidaklah merisaukan,kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaba.Bagaimanapun harus diingat,tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.

5.1

TUJUAN TULISAN

5.1.1 Tujuan serta merta; a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik,cekap dan pantas. b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayatayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. c) Kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. d) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. e) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.Ramai orang mempunyai bakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untuk melahirkannya. f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan g) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

11

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

5.1.2

Tujuan Lanjut; a) Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya, seorang penulis, penyajak atau pengarang dapat menggambarkan sesuatu melalui penulisannya. Mereka melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan ramalan peristiwa masa depan dan sebagainya. b) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

6.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN TULISAN Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran

tulisan. Pertama kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran (mental). 6.1 . Kemahiran menulis secara mekanis haruslah dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak,menekap dan membentuk huruf dan lain-lain adalah penting kerana ia bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan supaya berupaya membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

Kemahiran Menulis Secara Mekanis

12

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

seperti menulis huruf, menulis suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah di antaranya : a) Latihan pergerakan tangan ,otot,jari dan membentuk atau membuat garisangarisan, bulatan,segi-segi, bentuk-bentuk awan larat dan sebagainya. b) Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir,di papan tulis dan sebagainya. c) Bermain dengan benda-benda seperti plastisin,menyusun benda-benda dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan. d) Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf,menulis perkataan dan ayat. e) Mengawasi tulisan murid tentang bentuk ,saiz,tegak atau condong,jarak kekemasan, kebersihan dan lain-lain. f) Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca. g) Melatih menulis cepat. 6.2 Kemahiran Menulis Untuk Pelahiran (Mental) Kemahiran penulisan untuk pelahiran biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis.Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat kemahiran menulis untuk pelahiran ialah: a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat. b) Latihan pernyataan perasaan. c) Latihan pernyataan kehendak. d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli.

7.

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga : 13

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

a) Peringkat pramenulis (persediaan) b) Peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) c) Peringkat untuk pelahiran. 7.1 Peringkat Pramenulis Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pramenulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan kordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanakkanak dapat meniru bentukbentuk yang dilihat. Pada peringkat pramenulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis; i. ii. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometrid an garisan putus. iii. Menyambung titik-titik di atas kertas. iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan dari bawah ke atas. v. Melukis bulatan lawan arah bulatan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jam. vi. Melukis garis condong . vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk , dan viii. Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut .
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

jarum

14

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

8.0 8.1

PENULISAN MEKANIS Peringkat Mendirikan Asas (Tulisan Mekanis ) Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pramenulis dan dapat

melaksanakan

aktiviti

yang

berkaitan

dengan

baik,

maka

guru

sudah

boleh

memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis pada mereka. Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis. 8.2 Peringkat Mendirikan Asas Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf-huruf pada halaman yang bergaris . Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Aktiviti ini harus bermula daripada garisan yang lebar hingga lembaran satu garis. Di bawah ini adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke akhir lembaran satu garis itu .

9. 9.1

PEMULIHAN MEMBACA Pengenalan 15

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. c) Faktor yang ada pada bahan bacaan Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik. 9.2 Aktiviti Pemulihan Bacaan

9.2.1 Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

16

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

9.2.2 Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Melalui aktiviti pemulihan, guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf a sehingga z dengan urutan yang betul. . Justeru, guru perlu melaksanakan aktiviti berikut: Nyanyian lagu A,B,C,.. Menayangkan huruf satu persatu secara berulang Padanan abjad Menyebut huruf satu persatu secara berulang. 9.2.3 Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur. 9.2.4 Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan, permainan respon terhadap bunyi huruf, permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv, kvk, kv+kv, dan kv+kvk.

9.2.5 Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan. Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina, menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi keperluan pancaindera. 9.3 Analisis Aktiviti Pemulihan Bacaan Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi

kebolehbacaan murid. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran. Pengetahuan dan pemahaman guru
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

17

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca. 10.0 10.1 PEMULIHAN TULISAN Cara-Cara Pelaksanaan Rancangan Pemulihan Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain akan diasingkan untuk diajar oleh guru pemulihan. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid, supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Sebelum sesuatu rancangan pemulihan dapat dijalankan, langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca, menulis dan mengira. Langkah ini diberi nama saringan. Kemudian, setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan, langkah yang kedua ialah diagnosis, iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja, sama ada bidang membaca, menulis atau mengira. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut.

10.2

SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan

menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

18

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihadkan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah. 10.2.1 Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan mematuhi dua syarat berikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja. b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid. 10.2.2 Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. 10.2.3 Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti dan mengutip tulisan tersebut. 10.2.4 Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan perkara-perkara berikut:a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa. c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). 10.2.5 Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan. b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

19

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat. d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah. Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkaitkan dengan darjah murid. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-contoh skel ini ialah Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis. Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan menggunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

20

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah. 10.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaranlembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

10.4

KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika

murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut: 10.4.1 Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

21

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

10.4.2 Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. 10.4.3 Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. 10.4.4 Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hamper dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 10.4.5 Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.

10.5

LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan

jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

10.6

RUMUSAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Pendekatan dan strategi pengajaran yang
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

22

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

fleksibel dan inovatif akan membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar. Bahan yang diberi juga hendaklah terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan caracara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru menarik, murid-murid akan bermotivasi untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

23

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

11.0

PERMAINAN DALAM PENGAJARAN BAHASA Dr. John Samuel dalam artikelnya yang berjudul Standard of English: Compari-

son Not Valid (1987) menyatakan bahawa seorang guru yang baik seharusnya tidak menghadapi kesulitan dalam memotivasikan pelajar-pelajamya. Ia boleh dilakukan melalui pendekatan-pendekatan yang positif. Menggunakan permainan bahasa dalam pelajaran bahasa boleh diangggap sebagai satu pendekatan yang positif. Permainan bahasa bersifat komunikatif dan menyeronokkan. la merupakan satu kaedah mempelajari bahasa secara tidak langsung. la menyediakan kepelbagaian dan membantu mengekalkan minat di dalam bilik darjah. Pelajar belajar lebih banyak melalui aktiviti kerana memberikan Iebih banyak peluang kepada pelajar itu melibatkan diri dalam komunikasi. Oleh itu, aktiviti menjadikan sesuatu bahasa itu menarik untuk dipelajari. Sewaktu pembelajaran berlangsung, pelajar bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat , idea dan menggunakan sebahagian besar bahasa untuk perbincangan, mengemukakan cadangan, menerima, menolak, menyatakan persetujuan, membetulkan dan sebagainya. Kajian awal mengenai latihan bermain dan belajar pernah dilakukan oleh Skinner seorang tokoh psikologi pembelajaran yang terkenal. Beliau telah mengkaji dan membincangkan dengan jelas proses pembelajaran bahasa melalui rangsangan dan gerak balas. Beliau telah melatih dua ekor merpati bermain ping pong untuk melihat bagaimana latihan secara bermain dapat mengajar kedua-dua merpati itu bermain dengan cekap. Penyelidikannya mendapati latihan secara bermain telah berjaya mengajar burung merpati itu bermain ping pong dengan baik melalui rangsangan dan gerak balas yang berulangulang. Terdapat pelbagai aktiviti permainan bahasa yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Permainan bahasa yang dilakukan di bilik darjah bukan setakat berakhir di bilik darjah, tetapi ia mempengaruhi penguasaan bahasa pelajar hingga ke luar bilik darjah. Ia juga menggalakkan pembelajaran kendiri.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

24

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerima aktiviti permainan bahasa sebagai salah satu teknik pengajaran bahasa yang penting, guru-guru bahasa disarankan agar memilih teknik-teknik yang sesuai dengan kebolehan, minat, pencapaian, dan latar belakang pelajar-pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan tidak membosankan.

11.1

PERMAINAN BAHASA UNTUK KEMAHIRAN MEMBACA Permainan bahasa untuk kemahiran membaca lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti

membaca pada peringkat permulaan, iaitu latihan mengecam dan menyembunyikan huruf atau perkataan, mengeja, mengenal perkataan dan ayat, serta aktiviti membaca yang mudah. Permainan bahasa bagi kemahiran membaca bertujuan untuk melatih pelajar membaca dalam suasana yang menyeronokkan dan mudah. Penggunaan permainan bahasa dalam pengajaran kemahiran membaca akan mempercepatkan proses penguasaan bacaan kanak-kanak kerana segala proses penguasaan permainan tersebut akan menumpukan perhatian kanak-kanak tersebut kepada proses mengeja membaca arahan, dan membaca perkataan serta ayat yang terdapat pada permainan. Antara permainan yang sesuai dengan kemahiran membaca adalah bingo, domino, teks kata, teka silang, menyesuaikan gambar dengan cerita, kad cantuman , melengkapkan kata, posmen, dan sebagainya. Di dalam tugasan ini, jenis permainan yang dipilih ialah permainan bahasa yang menyerupai permainan Bingo tetapi telah dibuat sedikit perubahan dari segi peraturan permainannya.

11.2

PERMAINAN BINGO

11.2.1 TUJUAN PERMAINAN

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

25

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Permainan ini bertujuan supaya pelajar boleh mengenal huruf besar dengan cepat dan tepat. 11.2.2 BAHAN / SET PERMAINAN (Rujuk lampiran) a) Papan Bingo (2 buah) b) Kad semak (35 keping) c) Kad huruf besar (36 keping)

11.3

CARA MENGHASILKAN ALAT PERMAINAN Gambar atau grafik yang terdapat di papan Bingo dan kad huruf serta kad semak di

reka menggunakan komputer. Kemudian ianya dicetak menggunakan kertas Glossy untuk mendapatkan kesan cetakan yang lebih baik. Untuk mengelakkan peralatan permainan ini daripada cepat rosak, papan Bingo dan kad semak telah dilapis dengan laminating film, manakala kad huruf pula dilapis dengan kertas tebal berukuran 2 milimeter.

11.4

CARA BERMAIN Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan (2 kumpulan) atau individu

(satu lawan satu). Untuk melibatkan ramai pemain atau kumpulan, guru hendaklah menambah set permainan Bingo seperti yang dinyatakan dalam perkara 2.

11.5

LANGKAH

11.5.1 Berikan Papan Bingo kepada setiap kumpulan. 11.5.2 Bahagikan kad huruf (36 buah) sama banyak kepada dua bahagian dan berikan kepada setiap kumpulan. 26

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

11.5.3 Seorang murid akan mengambil kad satu persatu dari himpunan Kad Semak yang ada dan menyebutkan huruf tersebut. 11.5.4 Ahli-ahli dalam kumpulan akan menyemak sama ada huruf yang disebutkan tadi ada pada kumpulan masing-masing. Jika ada huruf tersebut diletakkan pada Papan Bingo. 11.5.5 Cabutan Kad Semak akan terus dilakukan. Kumpulan yang berjaya memadankan semua kad huruf di Papan Bingo dan menyebut Bingo terlebih dahulu akan dikira sebagai pemenang. 11.5.6 Kocok semula Kad Semak dan Kad Huruf (lakukan seperti yang dinyatakan dalam bahagian 4.2 dan 4.3) untuk meneruskan permainan bagi pusingan kedua.

11.6

CADANGAN Guru juga boleh menggunakan cara permainan ini untuk tujuan mengenal suku

kata, dan perkataan dengan cara mengubahsuai paparan pada Kad Huruf, Kad Semak dan Papan Bingo.

11.7

RUMUSAN Dalam permainan, bukanlah mudah bagi guru mendapat tindak balas yang tepat,

daripada pelajar. Oleh itu, guru tidak seharusnya terlalu 'rigid' dengan mengkehendaki pelajar menguasai sesuatu kemahiran serta-merta. Dalam permainan, aktiviti-aktiviti dirancangkan khusus untuk membolehkan pelajar menggunakan segala sumber yang ada pada mereka untuk berkomunikasi. Oleh itu, permainan mendorongkan penggunaan bahasa dan fungsi bahasa yang agak luas sewaktu pelajar-pelajar berinteraksi. Dalam permainan, pelajar biasanya menggunakan beberapa mekanisme misalnya berbincang atau meneka. Ini secara tidak langsung mendorongkan mereka memilih bentuk struktur bahasa yang di luar jangkaan kita. 27

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Penekanan permainan sebenarnya menekankan semangat bekerjasama dan bukannya pertandingan. Para pelajar bekerjasama dalam menyempurnakan tugas-tugas tertentu yang mendorong mereka untuk berkomunikasi. Permainan adalah satu cabaran untuk mencapai satu-satu matlamat atau melaksanakan beberapa tugas yang menarik dengan jayanya. Oleh itu, permainan harus berupaya memberi motivasi yang tinggi dan bukan hanya sekadar bertanding semata-mata. Permainan harus dapat memperkayakan pengalaman pelajar dan membantu menghindarkan kebuntuan dan rasa bosan dalam bilik darjah. ia harus mampu memantapkan proses bahasa dengan menimbulkan keseronokan dan suasana yang lebih harmoni. Jadi guru tidak seharusnya melemahkan fungsi permainan yang sebenar. Sebelum memulakan permainan, pelajar harus diberi arahan tentang cara-cara bermain untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti permainan dengan jelas. Ini bertujuan untuk memastikan tiada masalah yang timbul semasa permainan bila dijalankan. Jika pelajar memahami tugas dan peranan masing-masing, maka aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Pada masa permainan , guru beralih dari satu pasangan ke satu pasangan atau dari satu kumpulan ke satu kumpulan sambil mencatatkan masalah atau kesilapan biasa yang dilakukan. Masalah dan kesilapan ini boleh dibincangkan kemudiannya dalam kelas. Guru harus cuba untuk tidak mengganggu permainan sama ada membuat teguran atau membetulkan kesalahan-kesalahan kecil. Selepas aktiviti, guru harus mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Ini dibuat dalam satu sesi yang membincangkan masalah dan kesukaran yang dihadapi. Kemungkinan masalah atau kesukaran yang dihadapi itu tidak dapat dilihat atau dikesan oleh pelajar, atau kemungkinan juga ia berkaitan dengan aspek bahasa. Item-item bahasa tertentu boleh disemak semula sekiranya ia merupakan satu kelemahan yang serius di kalangan pelajar.

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

28

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 1:

Latihan menulis dari kiri ke kanan.

GAMBAR 2:

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri. 29

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 3:

Latihan membentuk bulatan di udara. Di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

GAMBAR 4:

W Z V
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

30

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Latihan membentuk garis lurus.

GAMBAR 5:

Latihan membentuk corak campuran bulatan Dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

GAMBAR 6:

Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. 31

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 7:

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.

GAMBAR 8:

a b c d e f
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua/tiga.
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

32

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 9:

a b c d e f
Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.

GAMBAR 10:

Aa Bb Cc Dd Ee Ff
Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

33

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 11:

Papan Bingo
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

34

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

GAMBAR 12:

Muka hadapan Kad Semak

Muka belakang Kad Semak

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

35

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

Gambar 13

Kad Huruf

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

36

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

BIBLIOGRAFI
Buku 1. Azman Wan Chik (1993). Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2. Marohani Yusoff (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. 4. Kamaruddin Hj. Husin, Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia. Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Bt. Abdul Aziz( 1996), Permainan Bahasa Untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Internet 5. Siti Nurfazira Ramli (2009). Pemulihan Tulisan . Dilayari pada 10 Oktober 2009 dari laman http://ctfazira.blogspot.com/ 6. Siti Nurfazira Ramli (2009). Pratulisan. Dilayari pada 25 September 2009 dari laman http://ctfazira.blogspot.com/
PGSR BM AMBILAN NOV 2008

37

WAJ 3104

LITERASI BAHASA

7.

Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009). Aktiviti Pemulihan Penulisan. Dilayari pada 12 Oktober 2009 dari laman http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/.

8.

Norhaidi Bin Hj. Sarponen (2009). Bahan Bantu Mengajar. Dilayari pada 30 Oktober 2009 dari laman http://cikguhaidi.wordpress.com/

PGSR BM AMBILAN NOV 2008

38

You might also like