You are on page 1of 42

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PEKA bermaksud Pentafsiran Kerja Amali berasaskan sekolah; dengan menggunakan pendekatan rujuk-kriteria. Pentaksiran PEKA mengukur tahap penguasaan pelajar bagi sesuatu elemen (apa yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar) yang tidak dapat diukur dalam kertas 1 dan 2: Kemahiran saintifik dan nilai murni. Pentaksiran PEKA dibuat secara berterusan (formatif), secara individu, walaupun pelajar bekerja dalam kumpulan. Melalui PEKA, guru mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu pelajar, secara langsung. Di samping mempertingkatkan mutu pembelajaran, maklumat daripada hasil penilaian PEKA digunakan bagi tujuan pensijilan. Matlamat PEKA: Melengkap serta mempertingkatkan proses p&p. Kronologi Perlaksanaan PEKA 1999 : PEKA diperkenal, menggantikan Kertas 3 (amali) 2002 : PEKA dihapuskan (ganti dengan Kertas 3 kembali). Kertas 3 merupakan teori mengenai praktikal, mengandungi 3 soalan: Soalan 1 wajib, manakala soalan 2 dan 3 adalah pilihan; dalam masa 1. jam (25%). Kumpulan pertama yang mengambil kertas ini adalah tahun 2003. 2003 : PEKA diperkenalkan kembali. Pencapaian pelajar dalam PEKA Kimia dinilai mulai peperiksaan SPM 2004, melalui kertas 4, iaitu Kimia 4. Format pentaksiran PEKA: Kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti, di samping keserasian / kerelevanan dengan kurikulum; merangkumi domain kognitif
1 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PENTAKSIRAN KERJA AMALI KIMIA (PEKA KIMIA 4541/4)

(pengetahuan), psikomotor (kemahiran) dan afektif (nilai-nilai murni).

Objektif PEKA
Bagi membolehkan pelajar: - Menguasai kemahiran saintifik - Memperkukuhkan teori dan konsep kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

- Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni

Ciri-ciri PEKA Kimia i. Keserasian dengan kehendak kurikulum.


ii. Berpusatkan pelajar. iii. Telus dan terbuka. iv. Kebolehlaksanaan dan sistematik. v. Pelbagai instrumen. vi. Formatif dan berterusan. vii. Mempunyai skor. viii. Pelaporan positif. ix. Pemantauan berterusan.

Pengoperasian PEKA Kimia


PEKA Kimia dijalankan mengikut prosedur berikut: Penataran Pelaksanaan Penyelarasan Pemantauan Pengesanan

1. Penataran PEKA Kimia


2 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Maksud penataran: Pendedahan kepada pihak yang terlibat dengan PEKA Kimia ie pentadbir sekolah, pemantau, guru dan pelajar tentang perlaksanaan PEKA Kimia. Proses penataran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik, dengan tanggungjawab: Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) / Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - Mengedarkan buku Panduan PEKA Kimia ke sekolah. - Mengadakan penataran kepada sekolah dan guru kimia. - Memastikan PEKA Kimia dilaksanakan. Pentadbir / Guru Kanan Sains - Memastikan guru memperolehi buku panduan PEKA Kimia. - Memastikan guru diberi penataran. - Memastikan semua pelajar diberi taklimat. - Memastikan sijil PEKA Kimia dilaksanakan. Guru Pentaksir - Menyediakan Jadual Kerja Pentaksiran PEKA Kimia. - Memberi taklimat PEKA Kimia kepada pelajar. - Memaklumkan perkara yang hendak ditaksir kepada

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

pelajar. - Mentaksir pelajar tingkatan empat mulai Januari hingga November dan pelajar tingkatan lima dari Januari hingga 31 Julai. - Merekodkan hasil pentaksiran dalam Borang Penskoran PEKA Kimia. - Menyediakan portfolio pentaksiran pelajar yang berpindah. - Menyediakan semua fail yang berkaitan. - Menyimpan semua dokumen di tempat yang selamat. - Menyediakan sijil PEKA Kimia.
3 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

- Bekerjasama dengan pemantau dan penyelaras PEKA Kimia. - Menghantar Skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperiksaan.

2. Perlaksanaan PEKA Kimia


PEKA Kimia dilaksana dengan melibatkan aspek pentadbiran dan pentaksiran: Pentadbiran o Pentadbiran merujuk kepada proses bagaimana PEKA diurus dan dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan. o Proses pentadbiran dilaksana untuk memastikan perjala-nan dan perlaksanaan proses pentaksiran berjalan dengan lancar, secara berterusan. o Proses pentadbiran dilaksanakan dengan cara berikut: - Perancangan - Penataran - Perlaksanaan - Pemantauan - Pengesanan - Laporan Pentaksiran o Pentaksiran adalah proses mengukur tahap penguasaan pelajar dengan merujuk kepada kriteria yang ditetapkan. o Pentaksiran bertujuan mengesan tahap penguasaan pelajar untuk penambahbaikan. o Pentaksiran PEKA Kimia dirancang, ditadbir, diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3. Penyelarasan PEKA Kimia


4 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Penyelarasan PEKA Kimia dijalankan bagi tujuan untuk memastikan keseragaman dari segi: - Kefahaman terhadap peraturan penskoran. - Penggunaan yang betul terhadqp peraturan penskoran. - Pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar. Penyelarasan di peringkast sekolah dijalankan sebelum dan selepas pentaksiran. Manakala, penyelarasan di peringkat pusat dijalankan setelah pentaksiran dijalankan. Proses penyelarasan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan, dengan mengambil kira tarikh-tarikh berikut: - Tarikh mesyuarat penyelarasan - Tarikh akhir pelajar menyiapkan tugasan - Tarikh menyiapkan pentaksiran - Tarikh penyerahan skor yang lengkap kepada Lembaga Peperiksaan - Tarikh pemberian sijil PEKA Kimia Proses penyelarasan melibatkan dua pihak: Penyelaras pusat (yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia) dan penyelaras sekolah (Guru Kanan Sains / Ketua Panitia).

4. Pemantauan PEKA Kimia

Pemantauan: Proses untuk melihat dan memastikan program PEKA Kimia dilaksana dan berjalan dengan lancar, mengikut prosedur dan jadual yang ditetapkan. Pemantau adalah pegawai yang diberi tauliah yang terdiri daripada pemantau luar dan pemantau dalaman. Pemantau Luar o Pegawai Lembaga Peperiksaan o Jemaah Nazir Sekolah o Pegawai Jabatan Pelajaran o Pegawai Pelajaran Daerah / Bahagian o Ketua Pentaksir Negeri
5 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Ketua Pentaksir Kawasan / Daerah Pemantau Dalaman o Pengetua o Penolong Kanan Akademik

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Guru Cemerlang o Gura Kanan Mata Pelajaran Kimia o Guru-guru yang dilantik oleh Pengetua Proses pemantauan dijalankan mengikut kesesuaian. Jabatan Pelajaran Negeri menentu dan memaklumkan tempoh dan jadual pemantauan PEKA Kimia kepada sekolah. Pemantauan dilaksanakan dengan cara berikut: - Pembentukan Jawatankuasa Pemantauan peringkat negeri - Mengadakan lawatan pemantauan - Menjalankan proses pemantauan - Membuat laporan pemantauan - Mengadakan mesyuarat pasca pemantauan.

5. Pengesanan PEKA Kimia


Pengesanan: Proses menilai program PEKA Kimia

dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya kepada pendidikan. Tujuan pengesanan: Untuk penambahbaikan program PEKA. Pengesanan dilaksanakan selepas satu kitaran lengkap pengoperasian PEKA (ie sehingga sijil dikeluarkan). Pegawai yang terlibat dalam pengesanan terdiri daripada Pegawai Luaran (pegawai Lembaga Peperiksaan dan pegawai Kementerian Pelajaran) dan Pegawai Dalaman (terdiri daripada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan penyelidik).

Penjaminan Kualiti

PEKA Kimia berperanan sebagai mekanisme untuk memastikan objektif mata pelajaran kimia dapat direalisasi dan menepati kualiti
6 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

yang dihasrat. Pensijilan akan dibuat dan dikeluarkan oleh sekolah seiring dengan penghantaran skor PEKA Kimia ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Panduan Peka Kimia


Bahagian ini membincangkan aspek yang ditaksir dan kaedah yang digunakan dalam proses pentaksiran PEKA Kimia.

1. Konstruk Yang Ditaksir

Konstruk yang hendak dikembangkan dalam diri pelajar diuji dengan menggunakan empat instrumen pentaksiran, sebagaimana

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

dalam Jadual 1. Instrumen yang diguna adalah berdasarkan kesesuaian instrumen untuk mentaksir konstruk tersebut. Jadual 1: Taburan konstruk mengikut jenis instrumen pentaksiran
Instrmen Pentaksiran Konstruk Yang Ditaksir Kertas 1 - 4541/1 (Kertas Objektif) Pengetahuan Kefahaman Kemahiran aplikasi Kertas 2 - 4541/2 (Kertas Subjektif) Pengetahuan Kefahaman Kemahiran aplikasi Kemahiran menganalisis Kemahiran mensintesis
7 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kertas 3 - 4541/3 (Kertas Objektif) Kemahiran proses sains Mengeksperimen Kertas 4 - 4541/4 (Kertas Objektif) Mengeksperimen Kemahiran manipulatif Sikap saintifik dan nilai murni

Berdasarkan konsep PEKA, bagi tujuan kemudahtadbiran, aspek kemahiran mengeksperimen digabungjalin dengan kemahiran manipulatif; manakala, sikap saintifik dan nilai murni yang ditaksir adalah aspek yang benar-benar dapat diperhati, mudah tadbir dan mudah tafsir sahaja yang diambil kira. Perkara ini diterakan dalam jadual konstruk dan petunjuk prestasi. PEKA Kimia ditaksir berdasarkan 5 konstruk berikut, sebagaimana yang dalam masing-masing Jadual 2 hingga Jadual 6: Konstruk I: Merancang penyiasatan / eksperimen (KR) Konstruk II: Menjalankan penyiasatan / eksperimen (KJ) Konstruk III: Mengumpul dan merekod data (KD) Konstruk IV: Mentafsir data dan membuat kesimpulan (KK) Konstruk V: Sikap saintifik dan nilai murni (SSNM) Jadual 2: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk I - Merancang penyiasatan / eksperimen

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP) Laporan amali PP 1 Mempamerkan perkara-perkara berikut dengan lengkap: Tujuan / Pernyataan masalah Menyatakan hipotesis / Mengenal pasti pemboleh ubah
8 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Senarai alat dan bahan Kaedah / Teknik / Rajah Cara data dikumpul

Jadual 3: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk II - Menjalankan penyiasatan / eksperimen
INSTRUMEN PETUNJUK PRESTASI (PP) Senarai semak dalam Borang Skor individu semasa menjalankan penyiasatan / eksperimen Dapat menjalankan penyiasatan / eksperimen melalui: PP 1 Boleh mengikuti Kaedah / Tujuan / Pernyataan masalah. PP 2 Boleh memilih alat radas / peralatan lain yang sesuai dan mencukupi. PP 3 Boleh mengendalikan alat radas atau memasang (set up) alat radas / peralatan lain dengan teknik yang betul. PP 4 Boleh mengambil bahan dalam kuantiti yang sesuai dan mengendalinya dengan betul. PP 5 Boleh membersihkan alat radas / peralatan lain yang telah digunakan dengan cara yang betul dan / atau boleh menyimpan alat radas yang telah digunakan dengan betul dan selamat. PP 6 Boleh melupuskan bahan kimia dan sisa dengan cara yang betul selepas menjalankan penyiasatan / eksperimen.
9 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Jadual 4: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk III - Kemahiran mengumpul dan merekod data
INSTRUMEN

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

/ EVIDENS PETUNJUK PRESTASI (PP) 1. Laporan amali PP 1 Boleh membina jadual yang mempunyai lajur dan baris yang bertajuk dan berunit (jika ada) dengan betul / merekod data / pemerhatian. PP 2 Boleh melengkapkan pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan bilangan titik perpuluhan yang sesuai (jika ada) / mengumpul data / pemerhatian dengan betul dan relevan. PP 3 Boleh merekod data pemboleh ubah bergerak balas yang diperolehi dengan bilangan titik perpuluhan dengan betul (jika ada) / merekod data yang mencukupi / merekod ulangan pemerhatian / data dengan situasi yang berbeza. 2. Folio / Skrap PP 1 Dapat mengumpul dan mempamerkan maklumat berdasarkan sumber dan kaedah yang betul. PP 2 Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan.
10 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP 3 Maklumat yang direkod tepat dan jelas.

Jadual 5: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk IV - Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan
INSTRUMEN / EVIDENS PETUNJUK PRESTASI (PP) Laporan amali / folio PP 1 Boleh membina *graf / cara lain dengan betul dan / membuat pengiraan yang betul. *Graf mengandungi perkara-perkara berikut: Tajuk graf Kedua-dua paksi berlabel dan berunit Skala seragam Sekurang-kurangnya 4 titik dipindah dengan betul Saiz graf melebihi 50% kertas graf Bentuk graf sesuai dengan eksperimen dan garis licin Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesuaian. Contoh: Menulis persamaan kimia

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Formula bahan dan hasil ditulis betul Persamaan ditulis dengan seimbang PP2 Boleh menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh ubah bertepatan dengan pemerhatian / pengukuran. Membuat inferens daripada graf / komunikasi lain.
11 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP3 Boleh membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data / pemerhatian yang betul. Boleh menyatakan hipotesis diterima / ditolak berdasarkan data / pemerhatian yang betul.

Jadual 6: Instrumen pentaksiran dan petunjuk prestasi bagi Konstruk V - Sikap saintifik dan nilai murni
INSTRUMEN / EVIDENS PETUNJUK PRESTASI (PP) Laporan amali / folio PP 1 Sentiasa menunjukkan semangat ingin tahu yang berterusan. PP2 Boleh menjalankan eksperimen mengikut urutan dan teknik yang betul / Boleh menjalankan kajian daripada sumber maklumat yang betul. PP3 Sentiasa jujur dalam merekod data dan / pemerhatian. PP4 Boleh menyediakan laporan mengikut format yang ditetapkan dengan betul. PP5 Sentiasa menunjukkan sikap bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan orang lain.
12 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

PP6 Sentiasa mengamalkan sikap saling membantu dan bertoleransi semasa menjalankan eksperimen atau tugasan. PP7 Berfikiran rasional.

2. IIlustrasi Pentaksiran
Penilaian PEKA Kimia dilaksanakan sepenuhnya di peringkat sekolah - dirancang, ditadbir, diskor, dirumus dan dilapor, berdasarkan kerangka yang ditetap dan dimoderatkan. Proses

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

penaksiran dipantau oleh pegawai LPM / JPN / PPD dan guru yang dilantik. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada segala perancangan (pelajar, bila, kekerapan, siapa yang terlibat, pemilihan / pembinaan instrumen, pembinaan skema pensko-ran dsb) - dibuat oleh sekolah; berpandukan Panduan PEKA Kimia. Ditadbir di peringkat sekolah: Usaha pengumpulan maklumat penilaian diorganisasi dan dilaksanakan oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan pembelajaran seseorang pelajar di sesebuah sekolah. Diskor di peringkat sekolah: Pemberian skor berdasarkan skema penilaian yang dibina guru / penilai lain (eg guru, pela-jar, rakan sepembelajaran, ibu bapa, dsb.). Meskipun pen-skoran boleh dibuat oleh pelbagai pihak, tetapi guru bertang-gungjawab merumuskan skor (kerana dia terlibat secara langsung dengan pelajar). Dilaporkan di peringkat sekolah: Proses pengumpulan maklumat dan merumus skor dilakukan guru yang mengajar bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Rumusan dibuat di peringkat mikro dan makro, berdasarkan prinsip rumusan yang ditetapkan dan peraturan penggredan yang dibina.
13 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada aspek kuantitatif

dan kualitatif penilian: - Aspek kuantitatif merujuk kepada apa yang dinilai, ie elemen yang dihasrat akan dikembang dalam diri pelajar (sebagaimana dalam Jadual 1). Dengan itu semua sekolah akan menumpukan kepada penilaian yang merujuk kepada konstruk yang telah disenarai. - Aspek kualitatif merujuk kepada di mana penilaian tersebut didasarkan. Pencapaian pelajar berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan dan contoh evidens yang ditunjukkan oleh pelajar, seperti yang dicadang dalam Contoh Petunjuk Prestasi (sebagaimana dalam Jadual 2 - 6). Dengan itu, semua sekolah menggunakan kriteria sama. Dimoderatkan: Usaha memastikan setiap pelajar dinilai ber-dasarkan aspek-aspek kuantitatif dan kualitatif yang sama. Usaha dibuat melalui pernyataan kriteria yang

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

jelas, mekanis-me penyelarasan dan pemantauan PEKA Kimia mentaksir kemahiran saintifik (merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan), sikap saintifik dan nilai murni. Proses pentaksiran menggunakan pendekatan rujuk kriteria; tanpa membandingkannya dengan prestasi pelajar lain. Pentaksiran bermula selepas penataran kepada pegawai berkaitan, guru dan pelajar yang terlibat; berpandukan Peraturan Penskoran. Skor yang diperolehi direkod dalam Borang Skor Individu (rujuk Lampiran 1). Apabila sesuatu kemahiran dikuasai, rumusan ke atas skor dibuat untuk tujuan penggredan, pelaporan, serta pensijilan. Sekiranya pelajar belum menguasai sesuatu kemahiran yang ditaksir, pelajar tersebut diberi peluang untuk ditaksir berulang kali. Gred yang diberi adalah sebagai berikut: - A untuk Cemerlang - B untuk Kepujian - C untuk Memuaskan - D untuk Belum Mencapai Tahap Minimum
14 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Penjaminan kualiti: Tindakan terancang dan berterusan yang dilaksana bagi memberi keyakinan yang mencukupi bahawa produk yang dilahirkan memenuhi keperluan kualiti yang dinyatakan. Produk ialah individu; manakala, kualiti ialah ciri-ciri individu sebagaimana dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ilustrasi bagaimana proses pentaksiran PEKA Kimia dilaksanakan adalah sebagaimana dalam Rajah 1. Rajah 1: Carta alir ilustrasi pentaksiran PEKA Kimia
Mula Penataran Perlaksanaan Pentaksiran Perkara Yang Ditaksir Peraturan Penskoran Menskor & Merekod Belum Menguasai Skor
15 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Telah Menguasai

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Merumus Penggredan Pelaporan dan Pensijilan

3. Takrifan Beberapa Istilah Dalam PEKA Kimia


Instrumen Kaedah / mekanisma yang diguna untuk mendapatkan evidens tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang ditaksir. Evidens Bukti yang dihasil / ditunjukkan pelajar dalam bentuk proses, produk atau artifak yang boleh ditaksir. Artifak Bahan kekal yang dihasilkan daripada aktiviti pelajar; eg, model dan buku skrap. Buku skrap Himpunan maklumat / foto / gambar / keratan akhbar / spesimen / bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenai sesuatu topik dan disusun dalam bentuk yang sistematik. Folio Laporan kajian yang berformat mengenai sesuatu tugasan yang diberikan oleh pentaksir. Laporan tugasan
16 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Laporan kajian / amali yang berformat mengenai sesuatu tugasan penyiasatan yang diberikan.

4. Instrumen Pentaksiran PEKA Kimia

Dua jenis instrumen yang diguna dalam proses pentaksiran PEKA Kimia: Tugasan amali dan projek (rujuk Jadual 7).
Jadual 7: Evidens, masa serta aspek yang ditaksir bagi setiap instrumen PEKA Kimia INSTRUMEN EVIDENS BILA INSTRUMEN DIGUNAKAN APA YANG DITAKSIR Tugasan amali Laporan yang disediakan oleh pelajar yang

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

mengandungi tujuan, hipotesis (jika ada), pemboleh ubah (jika ada), alat radas dan bahan kimia, kaedah keputusan, perbincangan dan kesimpulan. Laporan amali Semasa menjalankan amali. Merancang eksperimen Menjalankan eksperimen Mengumpul dan merekod data Mentafsir data dan membuat kesimpulan Sikap saintifik dan nilai murni. Projek Tugasan yang dilaksanakan dalam jangka masa tertentu melibatkan proses merancang, aktiviti mengutip data atau maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan, Folio, model, buku skrap, laporan projek. Mengikut aktiviti yang dicadangkan oleh pentaksir. Sikap saintifik dan nilai murni. Kemahiran saintifik (jika berkaitan).
17 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

kemudian dipersembahkan dalam bentuk laporan.

Laporan amali perlu mengandungi perkara berikut: Tujuan eksperimen / pernyataan masalah

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Hipotesis (jika ada) Pemboleh ubah (jika ada) yang - dimalar - imanipulasi, dan - bergerak balas Radas dan bahan (kimia) Kaedah / prosedur Data / pemerhatian Mantafsir data / perbincangan Kesimpulan. Manakala, projek (folio) perlu mengandungi perkara berikut: Tajuk Latar belakang / pengenalan Objektif Jadual / data kajian / maklumat dalam pelbagai bentuk Perbincangan Kesimpulan Sumber rujukan.

5. Contoh Tugasan
i. Contoh Tugasan Amali Kimia Contoh 1 Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk menentukan takat lebur dan takat beku asetamida. Anda dikehendaki menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu. Laporan amali anda mestilah mengandungi: a. Tujuan eksperimen
18 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

b. Senarai alat radas dan bahan kimia c. Kaedah / prosedur eksperimen d. Gambar rajah susunan radas e. Rekod pemerhatian / data f. Tafsiran data / perbincangan g. Kesimpulan Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan. Contoh 2 Anda dikehendaki menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas. Anda dikehendaki menyediakan laporan amali bagi eksperimen itu, Laporan amali anda mestilah mengandungi: a. Tujuan eksperimen / pernyataan masalah b. Hipotesis c. Semua pemboleh ubah yang terlibat: Dimanipulasi, bergerak balas dan dimalar d. Senarai alat radas dan bahan kimia e. Kaedah / prosedur eksperimen f. Gambar rajah susunan radas g. Rekod pemerhatian / data h. Tafsiran data / perbincangan i. Kesimpulan Semasa anda menjalankan tugasan amali, anda juga akan ditaksir dari segi kemahiran menjalankan eksperimen, sikap saintifik dan nilai murni. Laporan amali anda akan digunakan untuk mentaksir kemahiran merancang eksperimen, mengumpul dan merekod data, mentafsir data dan membuat kesimpulan. ii. Contoh Tugasan Folio
19 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Anda dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Di akhir proses pengumpulan maklumat, anda dikehendaki menyediakan laporan berbentuk folio. Folio anda mestilah mengandungi perkara-perkara berikut: a. Tajuk b. Pengenalan / latar belakang c. Objektif d. Dapatan maklumat e. Perbincangan f. Kesimpulan g. Sumber rujukan Catatan: Muka depan portfolio hendaklah dibuat sebagaimana dalam Lampiran 2.

6. Kaedah Mentaksir
1. Pentaksiran PEKA Kimia dijalankan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran-pembelajaran; dengan melibatkan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

perkara-perkara berikut: i.Merancang eksperimen ii. Menjalankan eksperimen iii. Mengumpul dan merekod data iv. Mentafsir data dan membuat kesimpulan v. Sikap saintifik dan nilai murni 2. Guru boleh mentaksir satu sahaja kemahiran terhadap beberapa pelajar atau beberapa kemahiran terhadap beberapa pelajar atau keseluruhan pelajar dalam satu kelas sekiranya pentaksiran boleh dikendalikan dengan baik. 3. Pentaksiran kemahiran sikap saintifik dan nilai murni boleh dilakukan serentak dengan mana-mana pentaksiran kemahiran yang lain. 4. Hasil tugasan pelajar disemak, diskor, direkod dan dimaklumkan kepada pelajar. 5. Semua pelajar mesti mengemukakan evidens yang lengkap apabila diminta dan disimpan oleh pentaksir dalam portfolio pelajar.
20 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

6. Pelajar yang belum menguasai perkara yang ditaksir akan mengambil aktiviti pentaksiran ulangan pada tugasan lain yang ditetapkan. 7. Semua pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk memperolehi sesuatu kemahiran sebelum pentaksiran dijalan. 8. Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya dua kali di tingkatan empat bermula pada bulan Januari hingga September dan dua kali di tingkatan lima bermula pada bulan Januari hingga 31 Julai.

7. Kaedah Menskor Respons Pelajar


Skor diberi kepada petunjuk prestasi (PP) yang terdapat dalam Jadual Peraturan Penskoran, sebagaimana dalam Jadual 8.
Jadual 8: Peraturan penskoran berasaskan pencapaian petunjuk prestasi (PP) Konstruk Intrument Skor Pencapaian Catatan Yang Ditaksir / Evidens 321
Merancang penyiasatan / eksperimen Laporan amali Menyenaraikan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) semua 5 perkara dalam PP dengan lengkap. Menyenaraikan 3 perkara dalam PP dengan lengkap. Menyenaraikan 2 perkara dalam PP dengan lengkap. Rujuk PP dalam Jadual 2, muka surat 8. Menjalankan penyiasatan / eksperimen Senarai semak dalam Borang Skor Individu semasa menjalankan penyiasatan / eksperimen. Memenuhi 4 PP Memenuhi 3 PP Memenuhi 2 PP Rujuk PP dalam Jadual 3, muka surat 9. Kemahiran mengumpul dan merekod 1. Laporan amali Memenuhi semua PP Memenuhi 2 PP Memenuhi 1 PP Rujuk PP dalam Jadual 4, mu21 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) data 2. Folio / skrap ka surat 10. Kemahiran mentafsir data dan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) membuat kesimpulan Laporan amali / folio Memenuhi semua PP Memenuhi 2 PP Memenuhi 2 PP Rujuk PP dalam Jadual 5, muka surat 11. Sikap saintifik dan nilai murni Folio / laporan amali Memenuhi 6 PP Memenuhi 4 PP Memenuhi 3 PP Rujuk PP dalam Jadual 6, muka surat 12

Sebagai panduan, berikut diberikan contoh bagaimana sesuatu evidens diskor oleh pelajar bagi setiap konstruk. 7.1 Kaedah Menskor Kemahiran Merancang Penyiasatan / Eksperimen (Kostruk I) Cara menskor kemahiran merancang eksperimen:
Guru menandakan laporan amali kimia dengan merujuk kepada Petunjuk Prestasi Guru menyemak dan menanda () perkara-perkara dalam Petunjuk Prestasi yang dikuasai oleh murid pada laporan amali pelajar Guru menjumlah tanda () yang diperolehi oleh pelajar Guru menulis skor murid dalam Borang Skor Individu (BSI) Contoh pelajar yang mendapat skor 3: Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas
22 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pemboleh ubah yang dimanipulasi : Jumlah luas permukaan kalsium karbonat Pemboleh ubah yang bergerak

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

balas : Isipadu gas karbon dioksida per unit masa / Kadar tindak balas Pemboleh ubah yang dimalar : Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat Hipotesis : Semakin besar jumlah luas permukaan kalsium karbonat, semakin tinggi kadar tindak balas Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah, salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 Rajah : Kaedah / Prosedur: 1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah. 2. Bacaan awal buret dicatatkan.
23 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang telah dipasangkan dengan salur getah. 6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan. 7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa 30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan. 8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan ketulan besar kalsium karbonat. 9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua tindak balas pada kertas graf yang sama. Contoh pelajar yang mendapat skor 2: Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas Pemboleh ubah yang dimanipulasi : Kadar tindak balas Kesilapan menulis Pemboleh ubah yang bergerak balas : pemboleh ubah Jumlah luas permukaan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pemboleh ubah yang dimalar : Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak Kesilapan Balas, semakin besar jumlah menulis Luas permukaan kalsium kar- hipotesis bonat Radas : Kelalang kon 100 cm3, buret, besen, penyumbat getah, salur penghantar, selinder penyukat dan jam randik Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat dan ketulan besar kalsium karbonat, asid hidroklorik 0.2 mol dm-3 Rajah :
24 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kaedah / Prosedur: 1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah. 2. Bacaan awal buret dicatatkan. 3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang telah dipasangkan dengan salur getah. 6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan. 7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa 30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan. 8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan ketulan besar kalsium karbonat. 9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua tindak balas pada kertas graf yang sama. Contoh pelajar yang mendapat skor 1: Tujuan : Mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas Pemboleh ubah yang dimanipulasi : Kadar tindak balas Kesilapan menulis pemboleh ubah Pemboleh ubah bergerak balas : Jumlah luas permukaan
25 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pemboleh ubah yang dimalar : Suhu, kuantiti dan kepekatan asid hidroklorik, jisim kalsium karbonat Hipotesis : Semakin tinggi kadar tindak balas, Kesilapan semakin besar jumlah luas permukaan menulis kalsium karbonat hipotesis Radas : Kelalang kon, buret, besen, penyumbat getah, salur peng- - Tidak menulis hantar, selinder penyukat dan spesifikasi kejam randik lalang kon Bahan : Ketulan kecil kalsium karbonat - Nilai kepekatan dan ketulan besar kalsium kar- asid hidroklorik bonat, asid hidroklorik tidak dinyatakan Rajah : Kaedah / Prosedur: 1. Air diisikan ke dalam buret dan ditelangkupkan ke dalam besen berisi air seperti dalam rajah. 2. Bacaan awal buret dicatatkan.
26 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3. 5 g ketulan kecil kalsium karbonat ditimbang dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 4. Dengan menggunakan selinder penyukat, 50 cm3 asid hidroklorik cair disukat dan dimasukkan ke dalam kelalang kon. 5. Dengan segera, kelalang kon ditutup dengan penyumbat bersalur kaca yang telah dipasangkan dengan salur getah. 6. Kelalang kon digoncang dan jam randik dimulakan. 7. Bacaan buret bagi gas karbon dioksida yang dibebas pada setiap sela masa 30 saat dicatatkan sehingga tiada gas dibebaskan. 8. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggantikan ketulan kecil dengan ketulan besar kalsium karbonat. 9. Graf isipadu gas karbon dioksida melawan masa diplot bagi kedua-dua tindak balas pada kertas graf yang sama. 7.2 Kaedah Menskor Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Ekspe-rimen (Kostruk 2) Cara menskor kemahiran menjalankan eksperimen adalah seperti berikut: Guru mentaksir satu kumpulan pelajar yang telah diberitahu apa yang hendak ditaksir Guru memberi arahan kepada pelajar untuk mengambil alat radas / peralatan, bahan yang sesuai dan mencukupi Guru memerhatikan pelajar yang ditaksir semasa penyiasatan / eksperimen dijalankan Guru menanda () Petunjuk Prestasi dan memberi skor Kepada pelajar dalam Borang Skor Individu (BSI)
27

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Mana-mana pelajar yang memperolehi sekurangkurangnya 4 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 3. Mana-mana pelajar yang memperolehi sekurangkurangnya 3 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 2. Mana-mana pelajar yang memperolehi sekurangkurangnya 1 Petunjuk Prestasi yang betul mendapat skor 1.

7.3 Kaedah Menskor Kemahiran Mengumpul dan Merekod Data (Kostruk 3)


Contoh keputusan eksperimen mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas adalah seperti berikut:
Contoh skor 3: Masa Bacaan buret (cm3) Isipadu gas (cm3) (saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar 0 46.00 44.00 0.00 0.00 30 41.00 39.00 5.00 5.00 60 27.50 37.50 18.50 6.50 90 19.00 34.00 27.00 10.00 120 15.00 30.50 31.00 13.50 150 12.00 37.50 34.00 16.50 180 10.00 24.00 36.00 20.00 210 9.00 21.00 37.00 23.00 240 7.50 18.00 38.50 26.00 270 7.00 15.50 39.00 28.50 300 6.50 13.00 39.50 31.00 330 6.00 10.50 40.00 33.50 360 5.50 8.00 40.50 36.00 390 5.00 7.00 41.00 37.00 420 4.50 4.50 41.50 39.50
28 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

450 4.50 2.50 41.50 41.50 480 4.50 2.50 41.50 41.50 Contoh skor 2: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan Masa Bacaan buret Isipadu gas (saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar 0 46.00 44.00 0.00 0.00 30 41.00 39.00 5.00 5.00 60 27.50 37.50 18.50 6.50 90 19.00 34.00 27.00 10.00 120 15.00 30.50 31.00 13.50 150 12.00 37.50 34.00 16.50

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

180 10.00 24.00 36.00 20.00 210 9.00 21.00 37.00 23.00 240 7.50 18.00 38.50 26.00 270 7.00 15.50 39.00 28.50 300 6.50 13.00 39.50 31.00 330 6.00 10.50 40.00 33.50 360 5.50 8.00 40.50 36.00 390 5.00 7.00 41.00 37.00 420 4.50 4.50 41.50 39.50 450 4.50 2.50 41.50 41.50 480 4.50 2.50 41.50 41.50 Contoh skor 1: ** Kesalahan - Unit bagi isipadu tidak dinyatakan & Bacaan buret tidak direkodkan kepada 2 tempat perpuluhan Masa Bacaan buret Isipadu gas (saat) Ketulan Kecil Ketulan besar Ketulan Kecil Ketulan besar 0 46.0 44.0 0.0 0.0 30 41.0 39.0 5.0 5.0 60 27.5 37.5 18.5 6.5 90 19.0 34.0 27.0 10.0 120 15.0 30.5 31.0 13.5 150 12.0 37.5 34.0 16.5 180 10.0 24.0 36.0 20.0 210 9.0 21.0 37.0 23.0 240 7.5 18.0 38.5 26.0 270 7.0 15.5 39.0 28.5 300 6.5 13.0 39.5 31.0
29 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

330 360 390 420 450 480

6.0 5.5 5.0 4.5 4.5 4.5

10.5 40.0 33.5 8.0 40.5 36.0 7.0 41.0 37.0 4.5 41.5 39.5 2.5 41.5 41.5 2.5 41.5 41.5

7.4 Kaedah Menskor Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesim-pulan (Kostruk 4)
Berikut diberi contoh menskor maklumat daripada data dalam konstruk 3 yang ditafsir dengan cara melukis graf, seterusnya dibuat kesimpulan terhadap eksperimen yang dijalankan (iaitu, mengkaji kesan jumlah luas permukaan ke atas kadar tindak balas). Contoh skor 3:
(RUJUK GRAF MUKA SURAT 333)

Perbincangan / mentafsir data Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan kecil menghasilkan kecerunan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

awal graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih kecil saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas. [PP 2} Kesimpulan Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebih besar.
[PP 3} Contoh skor 2: [PP 1] Seperti graf yang dilampirkan. Rujuk graf jumlah isipadu gas karbon dioksida melawan masa pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data


30 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas

[PP 2]

Kesimpulan Hipotesis diterima // Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebin besar. [PP 3] Contoh skor 1:
[PP 1] Seperti graf yang dilampirkan. Rujuk graf jumlah isipadu gas karbon dioksida melawan masa pada muka surat 333

Perbincangan / mentafsir data Berdasarkan graf yang dilukis, ketulan besar menghasilkan kecerunan graf yang lebih tinggi. Oleh itu lebih besar saiz zarah lebih tinggi kadar awal tindak balas

X X
31

[PP 2]

Kesimpulan Kadar tindak balas lebih tinggi jika jumlah luas permukaan kalsium karbonat lebih kecil.
[PP 3]

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

7.5 Kaedah Menskor Sikap Saintifik dan Nilai Murni (Kostruk 5)


Instrumen: Amali Kimia Tajuk: Mengkaji kesan jumlah luas permukaan kalsium karbonat ke atas kadar tindak balas
Sikap Saintifik dan Nilai Murni Petunjuk Prestasi Pemerhatian Guru: Pelajar kerap bertanya atau membuat perbincangan dengan rakan atau guru semasa menjalankan eksperimen. PP1 (ingin tahu) Pelajar memasukkan kalsium karbonat ke dalam kelalang kon diikuti dengan asid hidroklorik cair. PP2 (urutan dan teknik) Pelajar mengambil bacaan buret dan mencatat dalam jadual. PP3 (jujur merekod) Laporan amali pelajar didapati memenuhi format yang ditetapkan. PP4 (format laporan) Pelajar sentiasa mematuhi arahan makmal dan mengikuti prosedur makmal. PP5 (bertanggungjawab atas keselamatan diri dan orang lain) Pelajar mengambil bacaan buret dan memaklumkan kepada rakannya untuk dicatatkan dalam jadual. PP6 (saling membantu) Apabila melakukan kesilapan pelajar dapat menerima teguran guru. PP7 (rasional dan luwes) Nota: Skor 3 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 6 PP Skor 2 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 4 PP Skor 1 diberi apabila pelajar mempamerkan sekurang-kurangnya 3 PP
32 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

8 Kaeadah Menskor Respons Pelajar - Instrumen: Folio


TAJUK: UBAT-UBATAN 1.0 PENGENALAN Ubat amat penting dalam kehidupan kita untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ubat ialah bahan kimia yang berupaya mempengaruhi organisma hidup daripada segi menghasilkan perubahan biokimia dan fisiologi kepada tisu serta organ dan seterusnya mengakibatkan perubahan kepada fungsi tuhuh. Ubat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ubat tradisional dan ubat moden. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Membuat perbandingan antara ubat tradisional dengan ubat moden. 2.2 Mengkaji jenis-jenis ubat dan penggunaannya dalam penyembuhan penyakit. 2.3 Mengkaji kesan sampingan ubat akibat daripada dos yang berlebihan. 3.0 DAPATAN MAKLUMAT 3.1 Ubat Tradisional Ubat yang diperolehi daripada sumber semula jadi tanpa diproses secara kimia seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mineral. Keberkesanan ubat tradisional ini bergantung kepada kepercayaan dan amalan tanpa bukti saintifik. Ubat tradisional biasanya disedia dengan mencampurkan beberapa jenis tumbuhan dengan bahagian tumbuhan yang tertentu seperti akar, batang, bunga, pucuk dan daun. Campuran ini biasanya direbus dan air rebusannya diminum. Bahagian tumbuhannya boleh digosok dan kemudian bahagian yang digosok itu disapu pada bahagian yang
33 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

sakit. Dos yang betul perlu ditentukan kerana dos yang berlebihan mungkin mendatangkan kesan sampingan. Berikut adalah beberapa contoh ubat tradisional dan penggunaannya
Ubat Tradisional Penggunaan Rumput serani Sejenis tumbuhan yang digunakan untuk merawat gigitan binatang berbisa, keracunan, lelah dan batuk kering. Ginseng Akar tumbuhan tertentu yang digunakan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

untuk menyegar dan menguatkan badan. Lidah buaya Jus dan gel daripada daun lidah buaya disapu untuk mengubati luka, kulit melecur atau kegatalan kulit. Pudina Diguna untuk menaikkan suhu badan dan seterusnya menyebabkan badan berpeluh. Bawang putih Bersifat antibiotik dan digunakan untuk merawat luka, mencegah serangan asma serta jangkitan selsema dan merendahkan tekanan darah tinggi. Halia Melegakan penyakit sengal-sengal terutamanya di kalangan orang tua, memanaskan badan untuk mencegah serangan selsema dan menghilangkan angin dalam badan. Kuinina Untuk merawat penyakit malaria. Ubat kokaina Digunakan sebagai ubat bius

3.2 Ubat Moden Kebanyakan ubat moden yang dihasilkan hari ini berasal daripada tumbuhan dan mikro-organisma. Kemajuan yang pesat dalam penyelidikan dan pembangunan ubat termasuk teknik baru seperti bioteknologi dan kejuruteraan gene34 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

tik membantu dalam mengubati penyakit seperti kanser, alzheimer dan sebagainya. Ubat moden ialah bahan kimia yang dihasilkan dengan menyediakan sebatian yang mempunyai struktur molekul aktif dalam sesuatu ubat tradisional. Beberapa jenis ubat moden adalah seperti dalam jadual berikut.
Jenis Ubat Contoh Analgesik Aspirin, parasetamol, kodeina. Antibiotik Penisilin, streptomisin. Ubat psikoteraputik Stimulan, antidepresan, antipsikotik, trankuilizer. Ubat yang lain Hormon, steroid.

3.2.1 Analgesik Analgesik ialah ubat yang membolehkan pesakit tidak merasai kesakitan walaupun masih berada dalam keadaan sedar. Beberapa contoh ubat analgesik dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Contoh Analgesik Penggnaan Asperin Menghilangkan kesakitan, meredakan demam dan merawat penyakit arthritis. Parasetamol Menghilangkan kesakitan dan demam, menggantikan aspirin bagi kanakkanak. Kodeina Menghilangkan sakit kepala dan batuk

35 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3.2.2 Antibiotik Antibiotik ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Ia bertindak membunuh atau menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan penyakit. Beberapa contoh ubat antibiotik dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut. Contoh Antibiotik Penggunaan Penisilin Merawat penyakit kulit, antraks, peneumonia, meningitis, gonorhea dan siflis. Streptomisin Merawat jangkitan urinari, tuberculosis (tibi), pneumonia dan disentri. 3.2.3 Psikoteraputik / Psikiatri Ubat psikoteraputik / psikioatri digunakan untuk merawat pesakit jiwa dengan bertindak secara langsung terhadap otak dan sistem saraf. Beberapa contoh ubah psikoteraputik / sikiatri dan penggunaannya adalah seperti dalam jadual berikut. Ubat Psikoteraputik Fungsi Stimulan (Contoh: Amfetamin, Dekstroamfetamin) Meningkatkan kegiatan otak dan badan pesakit. Merangsang perasaan pesakit psikiarik supaya terasa yakin terhadap diri sendiri, bertenaga dan cergas. Antidepresan (Contoh: Barbiturat dan Trankuilizer) Mengawal keadaan kemurungan pesakit. eg, kebimbangan dan ketegangan yang berterusan, panik akibat tekanan dan punca psikologi yang lain. Antipsikotik (Contoh: Klozapin, Kloropromazin dan Haloperidol). Merawat gejala penyakit psikotik yang

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

disebut skizofrenia. Pesakit tidak dapat mentafsirkan realiti dengan tepat, mempunyai pemikiran dan pemutusan yang tidak logik, tidak mampu mengkomunikasikan idea dan menyisih daripada masyarakat.

36 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

3.2.4 Ubat Moden Lain Ubat moden lain adalah seperti hormon dan steroid. Hormon ialah bahan organik yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Ia digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan kekurangan hormon dalam badan. Steroid ialah sebatian lipid semula jadi. Beberapa jenis hormon dan alkohol yang dikenal sebagai sterol merupakan sebatian steroid. Sebatian steroid yang digunakan dalam bidang perubatan boleh dikategorikan kepada steroid anabolik dan kortekosteroid. Beberapa contoh hormon dan steroid serta penggunaanya adalah seperti dalam jadual berikut.
Jenis Contoh Penggunaan Hormon Insulin Merawat penyakit kencing manis. Steroid Anabolik Metandrostenolone Testoteronpropionat Merawat beberapa penyakit yang serius seperti AIDS dan kanser. Menegah kehilangan otot pesakit. Kortikosteroid Kortison Prednison Merawat penyakit asma dan artritis rheumatoid (sendi tulang menjadi bengkak, sakit dan kejang). Bersifat antiinflamasi.

4.0 PERBINCANGAN
37

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Ramai orang membuat andaian bahawa kesihatan dapat dipulihkan dan dipelihara dengan memakan ubat. Andaian ini menyebabkan ramai orang terlalu bergantung pada ubat atau menyalahgunakan ubat. Ini juga boleh menyebabkan terdedah kepada bahaya ubat. Pengambilan ubat dalam dos yang rendah adalah paling baik; manakala, ubat yang diambil dalam dos yang tinggi adalah beracun. Tiada ubat yang betul-betul selamat jika tidak digunakan dengan betul. Setiap ubat akan mendatangkan bahaya yang berlainan terhadap penggunanya. kut arahan doktor atau cara penggunaan ubat yang dinyatakan pada botol ubat apabila menggunakannya. Penyalahgunaan ubat akan menjejaskan kesihatan kita daripada segi kesan sampingan yang buruk atau penagihan. Perkara berikut perlu diberi perhatian semasa menggunakan ubat: - Kekerapan pengambilan ubat - Tempoh masa - Ubat lain perlu dielak - Tindakan terlupa 5.0 KESIMPULAN Seseorang pesakit boleh mengambil ubat tradisional atau ubat moden dalam dos yang bersesuaian. Kesan sampingan akan timbul jika ubat diambil dalam dos yang berlebihan. 6.0 SUMBER RUJUKAN McLean, J. (1996). Chemistry. England: Addison Wesley Longman Limited. Laman Web http:/www.asianhealth.com
Petunjuk Prestasi (PP) Skor PP 1 PP 2 PP 3 PP 4 3 PP 5 PP 6 PP 7

38 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Kaedah Merekod
Skor pentaksiran setiap konstruk yang ditaksir direkod dalam Borang

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Skor Individu (BSI), sebagaimana dalam Jadual 10 (Rujuk juga Lampiran 2).

Prosedur Mengurus Borang Skor Individu (BSI)


Pengurusan Umum o Borang Skor Individu merekod skor semasa pentaksiran dijalankan di atas perkara yang ditaksir. o Gred diberi selepas selesai pentaksiran o Borang ini digunakan oleh pelajar, pentaksir dan pemantau. o Borang ini hendaklah diisi dalam dua salinan: - Salina asal - disimpan dalam portfolio pelajar - Salinan kedua - disimpan oleh pentaksir o Sekiranya pelajar berpindah sekolah, satu salinan BSI yang dikemaskini hendaklah disertakan bersama surat pindah. o Semua BSI hendaklah ditandatangani oleh pentaksir dan disahkan oleh Pengetua pada akhir tempoh pentaksiran.

Cara Mengisi Borang Skor Individu oleh Pentaksir


o Tandakan () pada lajur petunjuk prestasi yang berkenaan

apabila pelajar telah menguasai petunjuk prestasi itu. o Isikan angka 3, 2, atau 1 pada lajur skor merujuk kepada peraturan penskoran. o Jumlah 3 skor tertinggi diisi dalam ruang berkenaan.
39 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Gred A, B, C dan D atau X diisi dalam ruang berkenaan

merujuk kepada jadual penggredan. Pindahkan gred A, B, C, D atau X ke dalam Borang Gred Individu (BGI), sebagaimana dalam Jadual 11. Jadual 11: Jadual penggredan
Gred Jumlah Skor Penerangan Gred A 8, 9 Mencapai tahap cemerlang B 5, 6, 7 Mencapai tahap kepujian C 3, 4 Mencapai tahap memuaskan D 1, 2 Belum mencapai tahap minimum X T. H. Tidak hadir

11. Kaedah Merumus Skor


Pentaksiran dijalankan sekurang-kurangnya 2 eksperimen di tingkatan empat dan 2 eksperimen di tingkatan lima. Rumus skor bagi setiap perkara yang ditaksir diambil daripada jumlah tiga skor yang tetinggi. Gred diberi berdasarkan Jadual Penggredan.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Gred pencapaian pelajar dilakukan di akhir pentaksiran di tingkatan lima, berdasarkan Peraturan Penggrerdan (Jadual 11). Contoh penggredan skor pelajar dalam Borang Skor Individu adalah sebagaimana dalam Jadual 12. Semua gred yang diperolehi daripada Borang Skor Individu (BSI) hendaklah dipindahkan ke dalam Borang Gred Induk (BGI), sebagaimnana dalam Jadual 13, pada akhir tempoh pentaksiran

12. Kaedah Melapor Dapatan Pentaksiran


40 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Pelaporan dibuat dalam bentuk sijil yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan format dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam sijil tersebut dimasukkan gred bagi setiap perkara yang ditaksir. Contoh sijil PEKA Kimia adalah sebagaimana dalam Rajah 2.
(JADUAL 12, RUJUK MUKA SURAT 345) (JADUAL 13, RUJUK MUKA SURT 346)
41 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Rajah 2: Contoh format sijil PEKA Kimia Logo Sekolah SIJIL PENTAKSIRAN KERJA AMALI BERASASKAN SEKOLAH Peperiksaan SPM Tahun: Nama Mata Pelajaran: KIMIA Kod Mata Pelajaran: 4541/4 Nama: .. Nombor Kad Pengenalan: ... Dianugerahkan Sijil Pentaksiran Kerja Amali Berasaskan Sekolah (PeKA) kerana telah memperolehi pencapaian seperti berikut: 1. Merancang Penyiasatan /

Eksperimen Eksperimen

: ... 2. Menjalankan Penyiasatan / : ... 3. Mengumpul Dan Merekod Data : 4. Mentafsir Data Dan Membuat

Kesimpulan

: 5. Sikap Saintifik Dan Nilai Murni : . Tandatangan Pengetua

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) 42 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Cop Pengetua Tarikh: ..

13. Kandungan Dalam Portfolio


Perkara berikut perlu dimasukkan dalam portfolio pelajar: oBorang Pergerakan Evidens oBorang Skor Indiviu oEvidens Bagi evidens seperti model hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah diurus. Satu rekod evidens yang disimpan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana dalam Jadual 14, dengan ditanda tangani oleh pelajar dan pentaksir. Jadual 14: Rekod evidens
Bil. Evidens Tarikh Keluar Tanda Tangan Pelajar Tarikh Masuk Tanda Tangan Pentaksir

14. Pengurusan Fail Pentaksiran


43 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bagi setiap kelas yang ditaksir, pihak sekolah perlu menyediakan satu fail untuk mengisi: oSalinan Borang Skor Individu (BSI) oBorang Gred Individu oBorang Semakan Ketua Pentaksir Negeri / Ketua Pentaksir Kawasan

15. Perancangan Pentaksiran


15.1 Garis Panduan Penyediaan Perancangan Pentaksiran Pentaksiran PEKA dilaksanakan untuk mentaksir perfor-mans pelajar dalam lima konstruk yang telah ditera dengan menggunakan aktiviti dalam proses p&p. Pentaksiran PEKA adalah proses berterusan yang dibuat semasa p&p dalam bilik darjah / makmal, bukannya dibuat secara berasingan atau tambahan. Rangka kerja pentaksiran perlu selari dengan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

p&p yang dirancang untuk memperkembangkan sesuatu konstruk melalui aktiviti makmal. Bermakna, aktiviti pentaksiran dibuat berdasarkan aktiviti yang dijalankan untuk mencapai konstruk tersebut. Pihak pentaksir perlu merancang secara berhatihati supaya evidens yang didapati adalah sah. Aktiviti p&p yang melibatkan pelajar mestilah dirancang supaya memenuhi keperluan pentaksiran dan membolehkan pencapaian positif dipamerkan. Dalam setiap aktiviti tidak semestinya dapat mencakupi semua konstruk yang hendak ditaksir. Kerangka pentaksiran direkabentuk untuk memberi peluang kepelbagaian aktiviti. Ini termasuk pengumpulan evidens secara langsung atau secara tidak langsung.
44 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

15.2 Perancangan Penyiasatan Yang Baik


Pilih Penyiasatan Secara Berhati-hati o Penyiasatan hendaklah dilengkap berdasarkan kekagan yang ada - termasuk masa, ruang, peluang dan infra-truktur di sekolah. o Pentaksir mestilah betul-betul jelas apakah yang hendak ditaksir dalam PEKA Kimia. o Penyiasatan / eksperimen / projek hendaklah jangan terlalu kompleks atau over-ambitious. o Penyiasatan / eksperimen / projek itu hendaklah sesuai dengan peringkat pelajar. Kebolehan saintifik yang rendah mungkin sesuai bagi pelajar yang berkebolehan rendah tetapi bagi pelajar yang berkebolehan memerlukan skop yang lebih luas untuk mempamerkan kefahamannya dalam kaedah saintifik dan pengetahuannya. Kaedah Membantu Pelajar Untuk Memulakan Aktiviti Penyiasatan o Fikirkan tentang Senarai Semak Perancangan yang dapat membantu pelajar merancang. o Pastikan pelajar biasa dengan alat radas dan bahan yang akan digunakan. o Pastikan pelajar telah menguasai latar belakang saintifik

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

sebelum mereka memulakan penyiasatan. o Jangan biarkan pelajar melaksanakan penyiasatan yang identikal dengan eksperimen yang dijalankan dalam kelas dalam pengajaran-pembelajaran. o Kadang-kadang pentaksiran yang baik mungkin dilaksanakan sebagai aktiviti dalam bilik darjah. Sebagai contoh, sekiranya kelas telah menyiasat berkenaan Kesan suhu ke atas kadar tindak balas, pelajar boleh ditugaskan untuk merancang penyiasatan bagi menyia45 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

sat kesan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kadar tindak balas. Pilih Masa Untuk Menjalankan Penyiasatan o Berdasarkan konsep PEKA Kimia, pelajar mestilah mendapat pengalaman sebelum mereka ditaksir. Pengalaman ini didapati semasa proses p&p. Pilih Pelajar Untuk Mempertingkatkan Konstruk PEKA o Pastikan pelajar mengetahui perkara yang akan ditaksir dan Penerangan Markah yang akan diguna untuk pentaksiran. Sediakan salinan Konstruk, Petunjuk Prestasi dan Penerangan Markah bagi setiap pelajar atau tampalkan di dinding bilik darjah / makmal. o Berikan pelajar pengalaman untuk mempraktikkan penyiasatan, markahkan dan berikan komen bertulis supaya mereka mengetahui bagaimana untuk memperbaiki prestasinya. o Pada peringkat awal penyiasatan bantuan guru mungkin banyak diberikan dan ini akan membiasakan pelajar dengan teknik atau kaedah Pentaksiran PEKA. Pastikan Pelajar Mengetahui Bagaimankah Pencapaian Yang Baik o Pastikan pelajar merancang dengan mencatatkannya. o Pastikan pelajar merujuk dan menggunakan pengetauan saintifik dalam perancangannya. o Pastikan semua konstruk telah diketahui pelajar - eg pemboleh ubah, hipotesis, keputusan, kesimpula dll. o Guru Pentaksir perlu dapat membezakan setiap hasil kerja pelajar. Sebaiknya, mulakan perancangan dalam kelas, kemudian disambung di rumah. Dengan ini guru

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

dapat melihat pelajar berbincang, mengadaptasi, memperbaiki dan seterusnya melaksanakan penyiasatan. Kerja berkumpulan dibenarkan tetapi pentaksir mestilah
46 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

memastikan produk adalah merupakan hasil kerja individu. Penyimpanan Rekod o Pelajar menyimpan semua kerjanya dalam Portfolio, kemudian portfolio ini disimpan oleh guru. Sekiranya melibatkan lebih daripada seorang pentaksir, kaedah ini memudahkan pergerakan rekod. o Pelajar digalakkan menyimpan rekodnya sendiri. Dengan ini pentaksiran PEKA lebih bermakna kerana ianya dapat merekodkan perkembangan pencapaian pelajar dalam konstruk kimia. Selepas pelajar ditaksir berdasarkan frekuensi yang telah ditetapkan, p&p dijalankan seperti biasa supaya pelajar dapat memantapkan penguasaannya dalam konstruk kimia sebagai pelengkap untuk Ujian Amali Bertulis. Memberi Komen Hasil Kerja Pelajar o Setiap kali pentaksiran dilakukan, pihak pentaksir perlu memberi komen (secara lisan dan bertulis) kepada pelajar. Komen yang diberikan hendaklah ringkas, tetapi tepat dan padat, eg berbentuk: K1PP1 2 (Bermaksud: Kemahiran 1, Petunjuk Prestasi 1, Skor 2). Komen yang dibuat adalah bertujuan untuk: - Memberi tahu pelajar tahap penguasaannya; dengan ini membantu mereka memperbaiki kelemahan - Membantu pentaksir dalam pentaksiran atau untuk kegunaan penyelarasan. - Memalumkan kepada penyelaras / pemantau bahawa hasil kerja pelajar telah ditaksir. o Adalah penting untuk pentaksir mencatat sekiranya dalam masa perlaksanaan penyiasatan terdapat perbualan / secara lisan untuk mendapatkan penjelasan pelajar. Ini boleh dicatatkan sebagai tingkah laku yang
47 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

diperhatikan, seperti: Pelajar telah mengambil kira

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

langkah keselamatan semasa menjalankan eksperimen. Di mana Mendapatkan Bantuan o Hadiri Taklimat Penataran PEKA Kimia sama ada di peringkat negeri / daerah / sekolah. o Hubungi personel berikut untuk mendapatkan bantuan tentang PEKA Kimia: - Ketua Pentaksir Kebangsaan - Ketua Pentaksir Negeri - Ketua Pentaksir Daerah - Ketua Pentaksir Sekolah

15.3 Pentaksiran Menggunakan Aktiviti

Dalam menentukan aktiviti, pentaksir mestilah sedar dan mahir tentang Penerangan Markah bagi setiap konstruk yang akan ditaksir. Pentaksir perlu ingat bahawa: -Tiap-tiap Penerangan Markah memerlukan pelajar diberi peluang untuk membuat keputusan sendiri. - Skor tertinggi hanyalah diberi kepada pelajar yang dapat mempamer evidens yang memenuhi Penerangan Markah, tanpa bantuan guru, dan / atau pendekatan bestari. Penerangan Konstruk ELEMEN 1: Kemahiran Merancang Penyiasatan Eksperimen KR Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar memilih aktiviti yang sesuai: o Penerangan mestilah melibatkan eksperimen yang diterakan dalam kurikulum.
48 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang terdapat di sekolah. o Penggunaan Senarai Semak Perancangan dapat mengingatkan pelajar peluang-peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka. o Pentaksiran di peringkjat perancangan memberikan peluang pada pelajar untuk memperbaiki dan mengubahsuai strategi supaya dapat meneruskan ke kemahiran yang seterusnya. ELEMEN 2 Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen KJ Perkara berikut mestilah dipertimbangkan semasa pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan / eksperimen:

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Perlaksanaan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dipersetujui oleh pentaksir. o Pengendalian alat radas dan bahan berdasarkan perancangan. o Teknik dan alat radas mestilah terhad kepada alat radas yang terdapat di sekolah ELKEMEN 3 Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah KD Dalam Penerangan Pemarkahan, perkara berikut mestilah dapat dipamerkan oleh pelajar: o Membuat pemerhatian dan / atau pengukuran, di mana sesuai dan mencukupi. o Bagaimana merekod pemerhatian dan / atau pengukuran. o Setakat manakah ketepatan pemerhatian dan / atau pengukuran yang perlu dibuat.
49 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Adakah perlu membuat pemerhatian dan / atau pengukuran semula. ELEMEN 4 Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan KS Dalam Penerangan Pemarkahan perkara berikut mestilah dapat dipamerkan oleh pelajar dalam kemahiran tersebut: o Membuat pentaksiran terhadap data yang telah dikomunikasikan. o Membuat kesimpulan.

15.4 Penggunaan Website

Komputer,

ICT

dan

Pencarian

Penggunaan komputer digalakkan dalam perlaksanaan PEKA. Dalam kes di mana pelajar membuat laporan, kalau laporan dibuat di rumah pentaksir mestilah memastikan tugasan dilaksanakan oleh pelajar sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan pentaksir mendapatkan terlebih dahulu draf laporan.

15.5 Sokongan Dan Bantuan Kepada Pelajar


o Dalam pentaksiran PEKA Kimia pelajar perlu didedahkan tentang

konstruk yang akan ditaksir, bagaimana mereka akan ditaksir, bila mereka akan ditaksir dan apakah bentuk evidens yang perlu dipamer dan bagaimana evidens itu akan diskor. o Pelajar juga telah biasa dengan keperluan Peraturan Pentaksiran. o Pentaksir perlu ingat tentang setakat mana bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar. Bantuan yang diberikan termasuk secara

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

verbal atau bertulis dalam Borang Perancangan Penyiasatan. o Pentaksir bertanggungjawab dalam penyeliaan aktiviti dilakukan pelajar dan berpuas hati dengan evidens yang dipamerkan.
50 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

yang

Markah akhir tidak boleh dirumus sekiranya pentaksir sangsi terhadap produk yang diberikan pelajar. o Borang Perancangan Penyiasatan boleh digunakan untuk memanu pelajar semasa merancang. o Pentaksir boleh mengubah suai Borang Perancangan Penyiasatan berikut berdasarkan kesesuaian aktiviti.
Elemen 1: Kemahiran Merancang Penyiasatan / Eksperimen (KR) Membuat pernyataan masalah / tujuan eksperimern. Boleh menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Boleh mempamerkan mana-mana perkara berikut dalam perancangan: - Pernyataan masalah dan / atau tujuan penyiasatan - Teknik - Data - Prosedur kerja - Cara komunikasi - Senarai bahan dan radas - Pentafsiran data - Semua pemboleh ubah - Kesimapulan Boleh memilih satu teknik Boleh menyenaraikan radas dan bahan yang sesuai dan mencukupi

Contoh: Borang Perancangan Penyiasatan Borang Perancangan Penyiasatan Anda mestilah menetapkan Tajuk Penyiasatan dan ini adalah perkara yang anda akan siasat. Perancangan anda mestilah mengandungi empat bahagian:
51 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Bahagian 1: Merancang Bahagian 2: Menjalankan eksperimen Bahagian 3: Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah Bahagian 4: Mentafsir data dan membuat kesimpulan Selepas anda melengkapkan setiap bahagian penyiasatan, tandakan pada kotak berikut: Bahagian 1: Merancang Apakah yang akan anda kaji / siasat ? Ini merupakan Tajuk / Tujuan Penyiasatan Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu faktor yang anda akan manipulasi.

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Nyatakan pemboleh ubah yang bergerak balas iaitu perkara yang akan anda perhati. Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan iaitu faktor yang anda perlu tetapkan. Apakah pernyataan hipotesis ? Iaitu hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pernyataan ini mestilah boleh diuji. Nyatakan senarai alat radas dan bahan yang diperlukan dari segi kuantiti. Huraikan kaedah / prosedur eksperimen yang akan anda guna; lukis jika boleh membantu / Namakan teknik. Nyatakan apa yang akan anda ukur, perhati atau rekod, iaitu bagaimana data ini akan direkod. Nyatakan bagaimana data ini akan dikomunikasikan seperti dijadual, tajuk-tajuk lajur dalam jadual. Buat ramalan berdasarkan pengetahuan saintifik. Elemen 2: Kemahiran Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen (KJ) Dapat menjalankan penyiasatan mengikut perancangan yang lengkap melalui: Menggunakan senarai bahan dan alat radas Menggunakan prosedur yang telah dirancang
52 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan Mengguna dan mengendalikan alat radas serta bahan sains / spesimen dengan betul Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul Bahagian 2: Menjalankan Penyiasatan / Eksperimen Menjalankan penyiasatan mengikut perancangan dengan selamat dan tepat: Menggunakan senarai bahan dan alat radas Menggunakan prosedur yang telah dirancang Mengumpul evidens yang mencukupi Mendapat ukuran / data / pemerhatian seperti perancangan Mengguna dan mengembalikan alat radas serta bahan sains / spesimen dengan betul Membersih dan menyimpan alat radas sains dengan betul Melupus bahan yang tidak diperlukan lagi dengan cara yang betul Elemen 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah (KD) Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui: Dapat membina jadual yang mempunyai lajur dan baris yang bertajuk dan berunit dengan betul Dapat melengkapkan jadual yang mengandungi data-data yang mencukupi dan sistematik

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

(Pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang dimalar / mengumpul data dalam bentuk pemerhatian yang betul) Dapat melukis gambar rajah berkualiti yang mengandungi perkara berikut: o Gambar rajah berfungsi o Alat radas yang lengkap
53 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

o Bersih, tiada garis putus-putus Bahagian 3: Kemahiran Mengumpul, Merekod Data dan Melukis Gambar Rajah Mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui: Merekod pengukuran, pemerhatian atau evidens dalam cara yang terbaik dan jelas. Simpan data mentah Membina jadual, labelkan tajuk lajur (pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas), rekodkan data mengikut ketepatan bacaan berdasarkan unit Mengumpul maklumat lain yang mungkin diperlukan Melukis gambar rajah, di mana perlu Elemen 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan (KS) Dapat mengumpul, merekod data dan melukis gambar rajah yang lengkap melalui: Dapat membina graf dengan betul dan / atau membuat pengiraan yang tepat. Graf mengandungi perkara berikut: o Tajuk graf o Kedua-dua paksi berlabel dan berunit o Skala seragam o Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betul o Graf garis licin / bentuk betul atau Dapat mempamer bentuk komunikasi lain yang bersesuaian. Contoh carta bar: o Tajuk carta bar o Kedua-dua paksi berlabel dan berunit o Skala seragam o Pindah sekurang-kurangnya 4 titik betul o Bentuk Dapat menyatakan perkaitan yang betul antara pemboleh ubah bertepatan dengan pemerhatian / pengukuran atau membuat inferens yang munasabah atau mendapat maklumat yang betul daripada graf atau komunikasi
54 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Dapat membuat kesimpulan yang betul berdasarkan data / pemerhatian atau dapat menyatakan hipotesis diterima atau ditolak berdasarkan data / pemerhatian Bahagian 4: Kemahiran Mentafsir Data dan Membuat Kesimpulan

Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013)

Mentafsir data dan membuat kesimpulan yang lengkap melalui: Fikirkan tentang evidens yang telah anda perolehi dan tetapkan bagaimana data itu patut dipersembahkan Adakah anda perlu membuat penghitungan kepada data dengan menggunakan formula / rumus ? Adakah anda akan melukis graf, carta palang atau histogram ? Anda perlu melabel paksi, memindahkan titik dan melukiskan graf licin / best fit line, atau bar atau histogram Adakah sesuatu pola yang diikuti oleh data ? Adakah hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji digambarkan dalam graf, carta bar atau carta palang ? Gunakan pengetahuan saintifik untuk menerangkan kesimpulan Bagaimanakah kesimpulan berbanding dengan ramalan dan hipotesis ? (LAMPIRASN 1: RUJUK BUKU NOTA MUKA SURAT 411)
55 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) LAMPIRAN 2: MUKA DEPAN PORTFOLIO Logo Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN .. PORTFOLIO PEKA KIMIA 2007 / 2008 Nama: . Tingkatan: .. No. Kad Pengenalan: . Angka Giliran: .. Alamat: . . No. Telefon: . Catatan: 1 Planning & Implementation of Chemistry Curriculum (TKP 3013) 2

You might also like