You are on page 1of 15

ELM 3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN ~Prinsip Asas Kemoralan~

Disediakan oleh: Timothy Lim Tiong Kim Yew Fredonia Bajik Laman

Alturisme
Altruism is selfless concern for the welfare of others. It is a traditional virtue in many cultures, and a core aspect of various religious traditions, though the concept of 'others' toward whom concern should be directed can vary among religions. Altruism is the opposite of selfishness. Altruism can be distinguished from feelings of loyalty and duty. Altruisme ialah amalan untuk mengutamakan orang-orang lain berbanding diri sendiri. Amalan ini adalah sifat murni dalam banyak budaya, dan merupakan pokok kepada banyak agama. Dalam budaya Inggeris, idea ini sering diperihalkan sebagai peraturan keemasan etika. Altruisme boleh dibezakan daripada perasaan kesetiaan dan kewajipan.

Keadilan
Apabila membuat sesuatu keputusan dalam dilema moral kita boleh menggunakan prinsip moral yang paling asas, khususnya prinsip keadilan dan prinsip altruisme yang merupakan nilai asas dan juga ibu kepada nilai-nilai murni yang lain. Oleh itu, dua prinsip ini akan digunakan sebagai contoh dalam penjelasan bentuk etika. Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud law,right . Kini justice digunakan sebagai the quality of being righteous; impartiality; fairness .

Menurut Kamus Dewan keadilan bererti sifat ( orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dll..) yang wajar atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya). Oleh itu, konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil terhadap diri sendiri dan orang lain, tidak merugikan diri dan orang lain, serta melayan semua orang dengan cara yang saksama tanpa mengira siapa orang itu. Dalam erti kata Iain, perbuatan dan tindakan ketidakadilan (injustice) tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesetengah orang kerana dalam tindakan atau perbuatan ini, tetap ada sesetengah orang yang berasa tidak puas hati dan akan berasa marah terhadap orang yang mempraktikkan ketidakadilan ini.

Prinsip Keadilan ini merangkumi konsep kesaksamaan atau keseimbangan dalam semua perkara
1) 2) 3) 4) pemikiran, percakapan, perasaan, perlakuan

Keadilan merupakan satu piawai yang penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, maka individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung akan membawa individu tersebut untuk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya.

Contoh 1
Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja.

Contoh 2
Cikgu Ah Tom adalah guru Bahasa Melayu kelas 1A. Cikgu Ah Tom memilih kasih terhadap muridnya yang lebih pandai dan memandang rendah terhadap anak muridnya yang kurang pandai. Walau bagaimanapun, Cikgu Ah Tom melayani anak muridnya dengan sama rata tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kelas, Cikgu Ah Tom akan memberi peluang kepada semua murid untuk mengeluarkan pendapat dan menjawab soalan yang dikeluarkan olehnya.

Contoh 3
Cikgu Riah sangat suka memanggil seorang anak muridnya, Mohabimora untuk membantunya membuat kerja seperti mengangkat buku, dan memanggil pelajar lain ke bilik guru. Biarpun terdapat ramai lagi pelajar lain disitu, Mohabimora tetap akan disuruh sehingga pelajar tersebut keletihan kerana sentiasa berulang-alik ke bilik guru. Walau bagaimanapun, Cikgu Riah selalu membelanja Mohabimora dengan minuman serta makanan di kantin sekolah.

Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Cth : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa pun

Kesimpulan .. Prinsip Asas Kemoralan


Alturism

Apa saja yang dilakukan melibatkan orang lain (keutamaan) Kesaksamaan dan menghormati orang lain Pertimbangan bebas dan kebebasan memilih

Keadilan

Autonomi

You might also like