You are on page 1of 10

Pengkaji Alamat Lokasi Kajian Tajuk

: Mohd NorHazril Bin Mohd Kamarulzaman : Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. : : Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup Melalui Pendekatan Kolaboratif

Abstrak Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti setakat manakah keberkesanan amalan pengurusan makmal Kemahiran Hidup mengikut pendekatan kolaboratif di sesebuah sekolah menengah. Pelbagai aspek yang ditekankan dalam kajian ini. Antara aspek-aspek yang ditekankan di dalam kajian ini ialah mengenai konsep kerjasama antara guru-guru, guru kanan dan pihak pentadbiran, kekerapan mengadakan mesyuarat, pemantauan dari pihak-pihak tertentu dan rekod-rekod penyelenggaraan makmal.

Abstract This research has been carried out in order to find the effectiveness of system practiced in the management of the living skill laboratory which used the collaborative method. The important aspects emphasized are the cooperation among teachers, senior assistant and administrative staff, how often meeting are held, supervision by related official and whether record of maintenance are well kept. The instrument process used a qualitative method which is used by a session of interview which is with 3 respondent to get some information from them.

1.0 Pendahuluan Makmal Kemahiran Hidup merupakan sebuah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan seperti sediakala. Impak serta produk yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti-aktiviti di tempat-tempat yang tertentu itu merupakan refleksi suasana makmal yang dibina. Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah bagi mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur dapat melahirkan produk yang positif dan bersistematik. Pendekatan Kolaboratif bermaksud pemaufakatan, kekitaan dan kerjasama yang ikhlas dan terbuka oleh setiap individu yang terlibat. Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup Bersepadu secara kolaboratif ini bermakna semua guru-guru Kemahiran Hidup hendaklah berkejasama dalam menguruskan makmal-makmal Kemahiran Hidup dan setiap guru sentiasa memahami dan mengetahaui tentang konsep pengurusan dan pengendalian setiap 1

makmal (KPM 1996). Sebagai contohnya, guru yang sering mengajar di makmal kerja kayu hendaklah memahami dan mengetahui bagaimana cara atau prosedur untuk menguruskan bahan dan alatan yang hendak digunakan sebelum memulakan proses pengajaran dan selepas mengakhiri proses pengajaran. Begitu juga apabila berada di makmal masakan, jahitan ,kerja elektrik dan elektronik, enjin dan kerja paip, guru mestilah memahami cara untuk mengendalikan langkah-langkah dalam memulakan dan mengakhiri proses pegajaran. Setiap pelajar yang mempelajari subjek Kemahiran Hidup dikehendaki mempratikkan Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan serta Reka Cipta yang mana mata pelajaran tesebut menjadi komponen teras dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Untuk berinteraksi dan berekreasi di dalam subjek-subjek tersebut, para pelajar memerlukan bilik yang konduksif disamping memerlukan kelengkapan alatan dan bahanbahan yang bersesuaian. Secara fizikalnya, bilik-bilik dan makmal Kemahiran Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian telah yang wujud di sekolah pada masa ini adalah sangat berjauhan dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian, bahkan kerap berlaku peralatan dan juga bahan-bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain.(Laporan PPK 2005). Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu ini melalui pendekatan kolaboratif. Hal ini adalah bertujuan bagi mempastikan agar pengurusan makmal Kemahiran Hidup dapat dilakukan dan dilaksanakan dengan lebih bersistematik agar proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang optimum. (PPK 2005).

2.0 Objektif Kajian Objektif kajian meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan iaitu: Mengenalpasti samada guru-guru, Ketua Panitia dan Pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. Mengenalpasti samada guru mengadakan mesyuarat yang ditetapkan semasa melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. Mengenalpasti sekerap mana guru-guru, ketua Panitia dan pihak pentadbir mengadakan pemantauan semasa melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu pendekatan kolaboratif. Mengenalpasti setakat mana guru menyediakan dan mengemaskani rekodrekod penyelenggaraan makmal Kemahiran Hidup. 2

3.0 Skop Skop kajian adalah merujuk kepada populasi kajian yang hendak dijalankan oleh penyelidik. Skop kajian adalah bertujuan untuk menentukan apa yang ingin dikaji oleh penyelidik atau pengkaji. Hal ini adalah bertujuan untuk mengklasifikasikan sesuatu bidang kajian agar kajian ini mudah untuk mengkod hasil kajian. ( Sabitha, 2005 ). Selain itu, menurut Mohammad Najib (1999) dalam Mohd Tarmizi (2007), penyelidik tidak akan dapat mengakaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah yang akan dikaji oleh pengakaji itu sendiri. Oleh itu, skop dan kajian yang dijalankan oleh pengkaji mengenai pengurusan makmal melalui pendekatan kolaboratif ini hanya menumpukan kepada responden yang terdiri dalam kalangan guru-guru sekolah di sekitar Tanjung Malim. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan rujukan dari buku-buku, internet dan kajian lepas dalam mendapatkan data supaya objektif kajian dapat dicapai. Temubual ini dijalankan ke atas guru-guru sekolah di sekitar Tanjung Malim. Manakala bahan-bahan rujukan pula diperoleh daripada sumber-sumber di perpustakaan, surat khabar, internet dan jurnal. Selain itu, kajian ini melibatkan pemerhatian malalui kajian-kajian lepas.

4.0 Kerangka Teori

4.1

Teori Kognitif

Teori ini berpegang bahawa pembelajaran merupakan satu proses pemikiran. Perubahanperubahan tingkah laku atau yang disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah satu refleksi perubahan dalaman. Menurut pandangan Jean Piaget, manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang diterima yang menjadikan setiap individu itu merupakan ahli pemikiran yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu berdasarkan kebolehan masing-masing. Manusia merupakan makhluk yang sentiasa ingin tahu akan pelbagai hal dan sentiasa meneroka persekitaran berdasarkan apa yang diketahui dan dipelajari hasil daripada interaksi sosial dan psikologi yang berlaku. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), Jerowm Bruner yang berwibawa dalam teori kognitif ini menegaskan bahawa pembelajaran melalui penemuan berlaku apabila pelajar dapat menghubungkan isi dan struktur yang dipelajari. Jalinan ini memberikan makna kepada pembelajaran dan tidak secara ingatan membuta tuli sahaja. Pengetahuan kemahiran dan juga nilai yang dipelajari lebih diingati, ia juga memudahkan ia belajar pelajaran yang seterusnya yang lebih sukar atau berkait. Teori ini dapat membantu penyelidik mengkaji keberkesanan pengajaran amali di makmal kemahiran hidup dan ianya dapat untuk membuktikan bahawa pembelajaran melalui penemuan berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan isi dan struktur yang dipelajari semasa melakukan amali di makmal.

5.0 Faedah Dan Kepentingan Kajian

Kajian mengenai adakah guru-guru melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran hidup dengan menggunakan pendekatan kolaboratif di sekolah dirasakan penting kerana setelah 10 tahun arahan perlaksanannya dijalankan, didapati guru semakin hari semakin kurang untuk mengamalkannya. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya pengetahuan guru dalam proses pelaksanaannya atau kurangnya kerjasama dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup yang lain, Ketua Panitia dan juga pihak pentadbir di sesebuah sekolah. Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, diharap ianya dapat membantu guru-guru, pihak pentadbir sekolah dan juga Penyelaras Teknik dan Vokasional Daerah untuk merangka satu pendekatan yang lebih berkesan bagi membantu guru-guru yang kurang pengetahuan dan kurang memberi kerjasama. Hal ini adalah bertujuan untuk melaksanakan pengurusan makmal yang menggunakan pendekatan kolaboratif secara lebih berkesan dan juga bersistematik. Selain itu, bahagian perancangan dan Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menafaatkan hasil kajian ini untuk merancang strategi, dasar dan programprogram untuk peningkatan profesionalisme terutamanya dalam pengurusan makmal Kemahiran Hidup. Justeru, diharapkan laporan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada Jabatan Pelajaran seluh negeri dalam merancang dan menyediakan aktiviti pengurusan makmal dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang lebih berkesan dan juga kondusif.

6.0 Metodologi Kajian Kaedah dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah: 6.1 Reka bentuk Kajian Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian seperti ex-pose iaitu mengkaji sesuatu peristiwa yang sudah berlaku serta kajian tinjauan. Melihat pada kajian ini, perubahan sosial dalam kalangan pelajar IPT zaman moden sekarang, semakin hilang dek arus pemodenan. Berdasarkan kepada reka bentuk kajian ini, pengkaji dapat menghubungkait dapatan data daripada sumber-sumber rujukan seperti buku dan media elektronik dengan pandangan responden supaya dapat memperkukuh lagi kajian yang dibuat.

6.2 Kaedah Pengumpulan Data Penyelidikan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah kualitatif yang mana melibatkan usaha untuk memberikan keterangan dan pemerhatian yang tidak melibatkan numerikal. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat memberikan keterangan, intepretasi serta makna dalam kajian yang dibuat. Kaedah kualitatif terdiri daripada dua iaitu melalui kajian lapangan serta melalui rujukan bahan ( literatur review). Pengkaji telah memilih kedua-dua kaedah iaitu literatur review dan temu ramah. Kaedah Literatur Review merujuk kepada aktiviti-aktiviti mencari maklumat berkaitan kajian yang dibuat berdasarkan bahan-bahan sedia ada. Antaranya, buku-buku di perpustakaan, majalah, akhbar, internet, jurnal, serta kajian lepas yang dibuat oleh individu tertentu. Rujukan ini membolehkan pengkaji dapat meningkatkan lagi pemahaman terhadap isu yang dikaji melaui pelbagai sumber rujukan. Selain itu, pengkaji juga akan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lengkap serta dapat hujah dapat dipertahankan.

Bagi kaedah temu bual pula, pengkaji akan mendapatkan data daripada responden iaitu orang awam sekitar Taman segar dan Taman Bernam, Tanjong Malim, Perak. Justifikasi pengkaji dalam menggunakan kaedah ini adalah disebabkan rujukan buku yang kurang serta untuk mendapatkan lagi maklumat-maklumat dan pendapat supaya idea sedia ada dapat dikembangkan lagi. Selain itu, dengan adanya responden, hipotesis akan mudah dibentuk kerana adanya pelbagai idea yang merangsang fikiran pengkaji.

6.3 Kaedah Menganalisis Data Kaedah untuk menganalisis data yang digunakan oleh pengkaji adalah kaedah kualitatif. Analisis data kajian tidak akan melibatkan data yang berbentuk jadual, graf atau mana-mana teknik statistik sebaliknya, menggunakan kaedah penghuraian data yang diperoleh yang disokong oleh teori yang dipilih.

6.4 Populasi dan Persampelan Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan populasi adalah melalui temubual yang dibuat dengan responden dengan berpandukan angkubahanagkubah yang telah disediakan. Pengkaji akan mendapatkan data-data daripada responden berkenaan perubahan sosial dalam kalangan pelajar IPT zaman sekarang serta mencadangkan undang-undang sebagai salah satu langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk membanteras gejala sosial yang berlaku dan menerapkan norma-norma hidup yang positif yang sudah terhakis. Selain itu, populasi juga dapat diperoleh melalui rujukan internet, majalah dan akhbar supaya data yang diperoleh dapat diklasifikasikan mengikut 5

keutamaannya. Populasi data yang diperoleh ini akan dijadikan rangka oleh pengkaji untuk membentuk rangka persampelan. Manakala, pengkaji menggunakan kaedah persampelan bukan kebarangkalian kerana data kajian hanya diperoleh daripada kumpulan sasaran tertentu iaitu responden pengkaji. Selain itu, kaedah ini hanya akan mengambil sampel secara rawak sahaja untuk mendapatkan data bagi menyiapkan kajian ini. Oleh itu, sampel yang diperoleh daripada responden serta rujukan internet mengikut pertimbangan pengkaji sahaja yang akan dimasukkan ke dalam kajian. Kebarangkalian juga tidak wujud kerana data yang diperoleh tidak menggunakan mana-mana kaedah statistik.

6.5 Ujian Rintis Kajian ini tidak menggunakan borang soal selidik tetapi, menggunkan kaedah rujukan dari internet dan kajian lepas serta mendapatkan responden. Hal ini kerana, kajian ini berbentuk kualitatif dan tidak memerlukan kebarangkalian. Namun, pengkaji akan meletakkan setiap sumber rujukan dalam setiap bahan yang diambil atau dirujuk dalam mana-mana internet atau buku serta menggunakan pendapat responden. Jadi kesahihan dan kebolehpercayaan terhadap kajian yang dibuat dapat dinilai melalui sumber bahan rujukan di setiap hujung ayat yang dirujuk serta melalui bibliografi

7.0 Dapatan Kajian Hasil daripada kajian yang dijalankan melalui kaedah temubual mendapati bahawa: Respoden 1 menyatakan bahawa semua guru-guru, Ketua Panatia dan pihak pentadbir sekolah memberikan kerjasama semasa melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup Bersepadu melalui pendekatan kolaboratif. Pada setiap hujung minggu pula semua guru Kemahiran Hidup mengadakan mesyuarat bagi memastikan kesemua masalah yang dihadapi didalam bengkel sepanjang minggu dapat diselesaikan. Kemahiran Hidup, pihak pentadbiran dan ketua panatia Tinggi semasa menjalankan kerja-kerja pengurusan makmal Kemahiran Hidup secara kolaboratif. Responden ini menyatakan bahawa sebanyak 80 peratus bersetuju dengan kenyataan ini. Hal ini sememangnya tugas-tugas peyelengaraan bengkel menjadi tanggungjawab setiap guru. Manakala bagi soalan seterusnya,dia berpuas hati dengan tugas-tugas yang telah di arahkan semasa berada di bengkel. Manakala bagi soalan yang terakhir pula, dia menyatakan bahawa sememangnya telah menjadi tanggungjawab setiap guru untuk mengemas bengkel setelah menggunakannya.

Responden 2 pula, dia menyatakan bahawa guru-guru lain juga memberikan kerjasama semasa menguruskan makmal Kemahiran Hidup secara kolaboratif. Hal ini kerana apabila terdapat kelas lain yang menggunakan bengkel Kemahiran Hidup bagi sesi pembelajaran, guru dan pelajar yang menggunakan bengkel akan mengemas barangbarang yang digunakan dengan elok. Bagi soalan yang seterusnya responden menyatakan bahawa penerangan dan juga penjelasan yang terperinci mengenai tatacara pengurusan makmal Kemahiran Hidup akan diberikan sebelum bermula sesi pembelajaran. Sebagaimana yang diketahui, profesion perguruan sememangnya memerlukan sikap amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang diberi. Dengan itu responden telah mengakui bahawa dia melaksanakan tugas dengan amanah dan jujur tanpa mengharapkan sebarang balasan. Responden 3 pula menyatakan bahawa Pentadbir sekolah yang terdiri dari pengetua, guru-guru penolong kanan, dan guru-guru kanan mata pelajaran seharusnya mempunyai dan menggunakan fungsi pembangunan dan inovasi. Dalam melaksanakan pengurusan makmal Kemahiran Hidup, pentadbir perlu bersikap kreatif atau berdaya inovasi di dalam memajukan prestasi organisasi yang dipimpin. Manakala soalan yang seterusnya meyatakan bahawa pihak pegurusan kerap mengadakan mesyuarat dan kesan daripada mesyuarat ini telah memberikan kesan yang baik terhadap pengurusan bengkel. Mesyuarat yang diadakan ini mampu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru-guru penyelaras makmal kerana apabila mempunyai sebarang masalah, guru-guru akan menyelesaikan masalah dengan sebaik masalah yang dihadapi.

8.0 Cadangan Kerja Lanjutan Berdasarkan kajian ini, adalah disyorkan supaya beberapa cadangan kajian lanjutan tentang keberkesanan pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kolaboratif agar ianya dapat dipertingkatkan lagi di masa akan datang. Pandangan penyelidik adalah seperti berikut : i. Kajian ini hanya tertumpu terhadap pandangan pelajar dan pensyarah sahaja terhadap pengurudan makmal. Penyelidik mencadangkan kajian selanjutya diteruskan dengan memperolehi pandangan guru-guru bengkel sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan di sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja. Oleh itu, kajian lanjutan sebaliknya dilakukan di semua universiti yang mempunyai program yang menjalankan pembelajaran secara amali. Penyelidik seterusnya mencadangkan untuk mengkaji tentang faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan makmal contohnya faktor keselamatan dan juga kelengkapan bengkel yang boleh mempengaruhi penumpuan pembelajaran. 7

ii.

iii.

9.0 Kesimpulan

Hasil daripada perbincangan keputusan keseluruhan kajian di atas, dapat dirumuskan bahwa permasalahan dalam pengurusan makmal pendekatan kolaboratif ini dapat dikurangkan dengan mengambil sikap kerjasama yang erat dikalangan guru-guru KH dan pihak pentadbiran. Pihak pentadbiran sekolah khususnya pengetua hendaklah selalu peka dengan masalah yang timbul dan mencari jalan penyelesaian dengan cara berbincang dan selalu mengadakan mesyuarat. Dapatan kajian, pengkaji telah dapat mengenalpasti beberapa faktor terhadap efektif keberkesanan perlaksanaan pengurusan makmal Kemahiran Hidup pendekatan kolaboratif ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah:

i.

Sikap kerjasama antara guru-guru Kemahiran Hidup. Amalan kerjasama dengan berkerja dalam satu pasukan antara guru-guru mampu mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus sesuatu organisasi. Hubungan baik ini perlu dikekalkan bagi menjamin kesenimbungan sistem pengurusan yang telah dilaksanakan ini dapat dikekalkan. Amalan mengadakan mesyuarat yang kerap. Permasalah-permasalah yang timbul selalunya dapat diselesaikan dengan mengadakan perbincangan di dalam menyuarat. Pendekatan perbincangan secara rasmi atau tidak rasmi perlu dijalankan secara berterusan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan kerja-kerja pengurusan bengkel dan sebagainya. Melakukan pemantauan yang beterusan. Pihak pentadbir sekolah perlu melakukan pemantauan di pelbagai aspek pengurusan makmal seperti buku-buku rekod penyelenggaran, makmal-makmal yang terlibat, peralatan, kelengkapan makmal, carta-carta keselamatan dan sebagainya. Pemantauan mempertingkatkan sistem pengurusan makmal dimana guru akan sentiasa berusaha untuk mempastikan perlaksanaan pengurusan makmal kolaboratif ini dapat dijalankan dengan lebih cekap. Penyediaan buku-buku rekod penyelenggaran dan penggunaan. Pengurusan akan menjadi lengkap dengan adanya buku-buku rekod yang kemaskini dan selalu digunakan oleh guru. Buku-buku rekod ini perlu disemak dari masa ke semasa semasa kerja-kerja pemantauan dilakukan.

ii.

iii.

iv.

Seterusnya guru-guru supaya terus mengamalkan pengurusan makmal ini, guru-guru seharusnya mendalamkan pengetahuan sama ada dengan mengikuti kursus-kursus atau mempelajarinya sendiri. Selain dari itu guru-guru harus mempertingkatkan pengetahuan dalam sistem pengurusan yang terkini dari masa ke semasa. Ianya boleh dilaksanakan secara berkumpulan di kalangan guru-guru seperti yang di sarankan. Dengan perubahan sikap dan kemahuan yang diharapkan dari pentadbir dan guru-guru khususnya yang terlibat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, pengurusan makmal melalui pendekatan kolaboratif ini perlu ditingkatkan lagi. Adalah diharapkan dari amalan dan pelaksanannya akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan di negara ini iaitu sesuai untuk merealisasikan sekolah yang kondusif.

BIBLIOGRAFI Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01 Abd. Hamid Abu Bakar (2004), Amalan Pengurusan Mesyuarat Berkesan: Satu Kajian Di Daerah Hilir Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana. Amran Zakaria (1997) Keupayaan Guru Kemahiran Hidup Dalam Pengurusan Bengkel dan Penyelenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kawasan Teluk Intan. UTM. Tesis Sarjana Muda. Alaudin Sidal (2004), Kerja berpasukan dalam organisasi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Azamudin bin Ab. Latif (2004), Beban Tugas Guru Dalam Pengurusan Bengkel Di Lima BuahSekolah Menengah Di Negeri Sembilan. UTM. Tesis Sarjana Muda. Azhari Md Salleh (1992), Pengurusan Industri. Johor Bahru. JJ Computer Publication. Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Esah Sulaiman (2003), Amalan Profesionalisme Penguruan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan dan Keselesaan Sekolah. Cetakan Pertama, Kuala Lumpur. Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama. Kuala Lumpur Jaafar Abdullah (2001). Kolaboratif Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

10

You might also like