You are on page 1of 30

Malaysia amat kaya dengan warisan budaya di bandar dan luar bandar.

Di samping itu, Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang terbaik, hutan hujan tropika yang tertua di dunia, sistem gua yang sangat menarik dan juga bangunan berkembar tertinggi di dunia. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan daripada hotel kelas ekonomi hinggalah hotel-hotel bertaraf 5 bintang, pangsapuri mewah, chalet dan rumah tumpangan di persekitaran pantai. Anda pasti akan mendapat tempat penginapan yang sesuai dengan minat dan keperluan anda
2

Masjid Putra
Masjid Putra adalah sebuah masjid berwarna merah muda menjadi tarikan pelancong setiap kali ke sana. Ia terdiri daripada halaman yang besar dan menara yang mempunyai ketinggian 116m dibahagikan kepada lima peringkat untuk mewakili Lima Rukun Islam. Masjid Putra dapat menampung 15,000 orang pada satu masa.

Tugu Negara
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibarkan bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.

Muzium Kesenian Islam


Ia terkenal dengan reka bentuk kubah yang berwarna biru dan mempunyai rekaan corak yang berunsurkan Islam, ia adalah muzium terulung di dunia yang menghimpunkan kesenian Islam dari seluruh dunia. Keseluruhannya, muzium ini masih mengekalkan reka bentuk Islam sejak zaman berzaman. Muzium ini boleh dilawati di Jalan Lembah Perdana, berdekatan dengan Masjid Negara.

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur mula dibina pada tahun 1910. Ciri-ciri reka bentuk Moorish menjadi pilihan bagi arkitek ini. Tidak hairanlah ia mempunyai banyak persamaan dari segi reka bentuk dengan bangunan stesen kereta api di hadapannya. Bagaimanapun, bangunan lama ini telah diubah secara intensif pada tahun 1986. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) atau menggunakan Jalan Sultan Hishamuddin, jangan lupa mengambil gambar kenangan di sini.

Istana Budaya

Istana Budaya terletak di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Kuantan di Kuala Lumpur. Istana Budaya adalah di antara 10 panggung yang tercanggih di dunia yang boleh menempatkan 1,445 orang penonton. Istana Budaya pada tahun ini akan mempersembahkan Seni Pentas Bertaraf Antarabangsa (World Class Performing Arts) yang melibatkan persembahan konsert klasik dan moden, muzikal, dramatari dan bangsawan. Pemilihan program-program ini dibuat selaras dengan beberapa kriteria yang menepati matlamat asal penubuhan istana budaya itu sendiri
7

Planetarium Negara

Ia telah dirasmikan pada tahun 1994. Ia menggambarkan kesungguhan kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa. Kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan mengorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa

Menara Kuala Lumpur


Dengan ketinggian 421m atau 1403 kaki, Menara Kuala Lumpur atau KL Tower yang siap dibina pada 1996 mencipta sejarah bagi Malaysia dengan pengiktirafan sebagai Struktur Binaan tertinggi di Asia Tengara, Struktur Binaan Konkrit Tunggal Tertinggi di Dunia dan Menara Komunikasi Keempat Tertinggi di Dunia. Selain itu, ia turut memaparkan gabungan senireka warisan Islam yang boleh dilihat dengan nyata pada penggunaan tulisan dan jubin Arab. Bunga-bungaan klasik Islam serta kombinasi warna yang lembut menyerlahkan lagi keindahan pada menara ini yang terletak ditengah-tengah Segitiga Emas, Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, menara ini dibina berasaskan bentuk tradisional Islam yang dikenali sebagai Muqarnas. Pada waktu malam, refleksi cahaya dari menara ini memang mengagumkan dan amat cantik dijadikan latar belakang bagi fotografi.
9

Taman Burung Kuala Lumpur

Salah satu tempat menarik untuk dilawati di Kuala Lumpur. Memang sesuai sangat kalau membawa anak-anak ke sini. Jika anda dari pusat bandar raya, ia cuma mengambil masa 10 minit untuk sampai ke Taman Burung Kuala Lumpur yang terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Taman ini merupakan Taman burung yang terbesar di Malaysia. Dipercayai terdapat lebih dari 2,000 ekor burung pelbagai spesies terdapat di sini. Termasuklah burung nuri, enggang, serindit, kakak tua, kuang dan bangau. Di Taman Burung ini juga terdapat Kolam ikan yang menarik.
10

Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah

Salah satu tempat menarik di Pahang yang boleh dilawati ialah di Pusat Pemuliharaan Gajah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Kuala Gandah, Lanchang. Jika dahulu, sebut sahaja nama Kuala Gandah, tidak ramai yang mengetahuinya, kini tidak lagi. Kuala Gandah Elephant Sanctuary kian mencipta nama dalam peta pelancongan negara. Selain menjadi tempat pemuliharaan, pusat ini turut menawarkan peluang kepada pelawat-pelawat mengenali salah satu khazanah negara dengan lebih dekat lagi.
11

Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Daerah Raub Pahang. Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser.
12

Tanah Tinggi Cameron

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

13

Tanah Tinggi Genting

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting (2000m di atas paras laut 3246.51U, 1014 62.62T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merupakan tempat peranginan yang terkenal di Malaysia. Ia merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kirakira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.Diusahakan oleh Tan Sri Lim Goh Tong.
14

Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk umat Islam di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
15

Hutan Belum

Salah satu tempat menarik di Malaysia terletak di antara Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan, iaitu di tengah-tengah laluan Jalan Raya Timur-Barat. Hutan Belum Resort atau dikenali Belum Rainforest Resort merupakan sebuah penginapan yang memberi peluang kepada tetamu mendekati alam semula jadi. Selain persekitaran hijau yang menarik, anda bakal terleka dengan kedamaian hutan serta bunyi unggas yang menjadi peneman setia. Sesuai buat pencinta alam selepas saban hari meredah hutan batu. Bagi pengunjung yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh merasai pengalaman menaiki rakit, meneropong burung, memancing, kunjungan ke penempatan orang asli atau mandi air terjun dan jeram di Sungai Enam.

16

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Kelantan. Ia juga menjadi pintu masuk kepada mereka yang ingin melawat Taman Negara. Tasik Kenyir wujud hasil daripada pembinaan Empangan Hidro Sultan Mahmud. Stesen jana elektrik ini mula beroperasi pada tahun 1985 dan telah dirasmikan pada 13 Julai 1987. Tasik yang dikelilingi hutan tropika yang meluas ini mempunyai lebih daripada 340 buah pulau. Tasik ini juga dikatakan unik kerana mempunyai perbezaan aras air pasang-surut yang sangat ketara. Tasik Kenyir mempunyai 14 buah air terjun, beberapa buah jua batu kapur, jeram-jeram sungai dan beberapa sungai yangmengalir masuk ke tasik ini. Tasik ini merupakan habitat bagi pelbagai spesies ikan air tawar dan hidupan liar yang unik.
17

Air Terjun Sekayu

Kawasan air terjun Sekayu yang menjadi tumpuan penduduk tempatan terutamanya pada hari Jumaat dan cuti awam ini, terletak 56km selatan-barat Kuala Terengganu, berdekatan Kuala Berang. Ia kawasan taman yang agak luas dan mempunyai rangkaian air terjun yang agak jauh ke dalam, berdekatan dengan lereng gunung. Air terjun utama terletak 15 minit dari pintu masuk taman. Perjalanan seterusnya mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tingkat air terjun yang lebih menarik. Anda boleh berenang di kedua-dua kawasan terjun, sambil menikmati suasana dusun buahbuahan tropika yang terdapat di kawasan taman ini.

18

Pantai Cenang Pulau Langkawi

Keistimewaan Pulau Langkawi tidak hanya bergantung kepada cerita legenda yang diturunkan dari mulut ke mulut itu sahaja. Keindahan perkampungan Melayu, sawah padi terbentang luas dan pantai yang bersih juga memainkan peranan sebagai tarikan pelancong ke pulau ini. Panorama ini memberi inspirasi dan menyumbang kepada ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Pada musim cuti, pasti ramai yang membanjiri lokasi-lokasi percutian di sini. Pantai Cenang menjadi tumpuan pengusaha chalet dan resort bertaraf sehingga lima bintang. Tarikan dengan akuarium terbesar di Asia, pesisir pantai yang putih bersih airnya biru, serta aktiviti sosial yang berlarutan ke lewat malam, menggamit ramai pelancong terutama sekitar bulan November hingga Mac.
19

Kuching Waterfront
Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.

20

Taman Negara Bako

Bagi penggemar alam sekitar, Taman Negara Bako sudah pasti menjadi pilihan utama untuk menikmati kehijauan flora dan melihat sendiri hidupan-hidupan liar. Monyet Proboscis atau dikenali sebagai Orang Belanda merupakan tarikan utama pengunjung ke taman ini. Taman Negara tertua di Sarawak ini menggabungkan laut, pantai, paya, hutan dan tanah tinggi ini dikatakan mempunyai lebih 600 spesies tanaman bunga, termasuk 49 spesies orkid serta spesies haiwan dan spesies burung. Trek terpanjang di Taman Negara Bako adalah sejauh 10.5 kilometer ke Tanjung Kruin manakala yang paling pendek adalah ke Tanjung Sapi yang hanya berjarak 800 meter.
21

Kampung Budaya Sarawak

Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

22

Penutup
Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak manfaat. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian. Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambil berhibur. Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan melapangkan fikiran. SELAMAT MELANCONG

23

24

25

26

27

28

29

30

You might also like