You are on page 1of 8

1 SKRIP DRAMA PATRIOTIK ~ TAUTAN MAHABBAH ~

BABAK 1
Watak :Ah Chong, Kemboja, Cikgu Mary, Siva, Aminah, Siti Latarbelakang :Dalam kelas bahasa inggeris Props :Papan hitam, kerusi & meja guru dengan buku di atasnya, 5 buah meja dan kerusi murid, beg murid (5 buah). Pementasan Bermula.Bunyi loceng sekolah. Suasana di dalam kelas BI, cikgu Mary sedang menulis ssuatu di papan hitam, murid2 sedang menyalin apa yang ditulis - murid perempuan 3 org (kemboja, aminah & siti) di sebelah kanan dan murid lelaki 2 orng (ah chong & siva) di sebelah kiri. Sedang menyalin, Ah Chong membaling gumpalan kertas kepada Kemboja.Kemboja terkejut dan memandang Ah Chong dengan pandangan geram. Ah Chong ketawa tanpa mengeluarkan suara dan menutup mulutnya dengan telapak tangan dan melambaikan tangan sambil membuat flying kiss. Kemboja menyilangkan tangan dan berpaling ke arah lain. Dalam masa yg sama, Aminah ternampak Ah Chong memberi flying kiss kpd Kemboja dan memandang Ah Chong sambil tangan mencekak pinggang. Dia kemudian mengadu kepada cikgu Mary sambil menujukkan jari telunjuk kepada Ah Chong. Aminah : Madam ! Ah Chong give flying kiss to Kemboja. (cikgu Mary berpusing dan mencekak pinggang sambil membetulkan spek matanya dan memandang dengan mata terbeliak ke arah Ah Chong. Dia menunding jari telunjuk ke arah Ah Chong) Cikgu Mary :Ah Chong, son of Lim Goh Tong ! Come here ! (Ah Chong datang ke hadapan dan cikgu Marry menarik telinganya.Dia terjengket kaki dan mengusap2 telinganya kerna sakit. Kawan2 yang lain ketawakan dia ramai2) Cikgu Mary :Take your textbook and sit under the table ! (Ah Chong mengambil buku teksnya dan duduk menyalin di bawah meja.Kepalanya menunduk malu sambil mengusap2 telinganya yang sakit. Aminah menjelirkan lidah kepada Ah Chong dan Kemboja pula tersenyum dan ketawa sambil menutup mulutnya dengan telapak tangan)

BABAK 2
Watak :Ah Chong, Kemboja, Upin (adik kemboja - budak 10 tahun) Latarbelakang :Taman tasik permai (malam) Props :Bangku utk 2 orang, pokok 4 batang, bulan penuh (polisterin), beberapa bintang (polisterin) Pementasan Bermula Lampu dimalapkan, bunyi cengkerik kedengaran dengan diiringi muzik romantik perlahan mengalun merdu. Ah Chong sedang berada di sisi Kemboja. Mereka berdua sedang memandang bulan.Sesekali Ah Chong menampar nyamuk di lengannya.Muzik mula menjadi semakin perlahan dan kekal dengan nada yang perlahan. (perbualan disertai dengan muzik romantic perlahan) Ah Chong :Kemboja .. Kemboja : Ye .. Ah Chong :Indah sungguh malam ni. Disinari cahaya rembulan, dihadiahkan dengan gemerlapan bintang dilangit. Ahh . Sungguh indah malamini bukan? Kemboja :Ye abang. Sungguh indah malam ini. Bagaikan sang rembulan dan si bintang mengetahui bahawa malam ini kita akan bertemu di sini. Suatu kebetulan yang bagai sudah tersurat dalam takdir tuhan bukan? (Secara tiba2 upin - adik kemboja datang dari belakang dan menyorok di sebalik pokok sambil mendengar perbualangan mereka berdua) Ah Chong :Benar kemboja. Kemboja?Adakah kemboja dapat membilang berapakah bilangan bintang di langit? Kemboja :Ahh, abang ni, bukankah bintang di langit itu tidak terkira banyaknya. Masakan kemboja dapat mengiranya dengan tepat. (jawab kemboja sambil memandang dan tersenyum ke arah Ah Chong). Ah Chong :Jika itu jawapan kemboja. Maka sehebat itulah cinta abang kepada kemboja.Tidak dapat dibilang dengan jari jemari tetapi dapat dirasa betapa hangatnya cinta ini. Abang inginkan kemboja menjadi isteri abang dan kita hidup laksana sang rembulan di kayangan sana. Berbahagia buat selamanya. Kemboja :Ahh, begitu puitis kata-kata abang pada malam ini. Mahukah abang berjanji sesuatu dengan kemboja? (Ah Chong bangun dan duduk melutut di hadapan kemboja) Ah Chong :Lautan api sanggup abang redahi atas cinta abang kepadamu. Katakan apa sahaja yang kemboja inginkan, akan abang cuba kotakan dengan sepenuh jiwa raga abang.

3
Kemboja :Mahukah abang berjanji bahawa abang tidak akan melupakan kemboja walau di mana abang berada? Ah Chong :Kecil tapak tangan, nyiru abang tadahkan. Abang sanggup berjanji pada kemboja, walau di mana abang berada, walau bila waktunya, kemboja tetap di hati abang buat selamanya.Kukuncikan dirimu di dalam sanubariku ini sayangku. (sambil menghulurkan kedua2 tangan ke arah kemboja dan menyilangkan kedua2 tangan di dada) Tiba-tiba upin terbersin lalu mengejutkan Ah Chong dan Kemboja. Ah Chong segera bangun dan cuba mendekati pokok, kemboja berlindung di belakang Ah Chong. Upin keluar dari sebalik batang pokok dan ketawa mengejek sambil tertunduk dan jari telunjuk menunjuk ke arah mereka berdua. Kemboja :Upin ! Apa yang kamu lakukan di sini malam-malam seperti ini? Tidakkah kamu harus tidur awal? Upin :Upin saja jalan-jalan di sini, terserempak dengan kakak pula. Kalau kakak tidak mahu bapak tahu, dua puluh sen ! Kemboja :Sudah ! kakak tidak punyai wang lagi. Upin :Takde dua puluh sen, rahsia bukak aaaa .. (Ah Chong menyeluk sakunya dan mengeluarkan 20sen) Ah Chong :Nah, ambil 20sen ni, pergi main jauh2 ye. Upin :Terima kasih abang Ah Chong, selamat malam. Lampu dimalapkan dan props dialihkan dan diganti dengan yg babak ke-3.

BABAK 3
Watak :Ah Chong, Kemboja, Pak Jamal (ayah kemboja), Upin, Bomoh Latarbelakang :Hadapan pintu rumah Kemboja@Pak Jamal Props :Pintu (buat dari polisterin), pasu bunga di tepi pintu, kerusi di hadapan tepi pintu. Pementasan Bermula Upin sampai di depan rumah dan mencuci kaki untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Pak Jamal sedang berehat di atas kerusi di depan rumah sambil menghisap rokok dan menunggu kemboja pulang. Pak Jamal :Upin ! Mana kakak kau ! (upin berhenti di depan bapaknya dan berdiam sambil tangannya menggaru kepala) Upin :Kalau bapak nak tahu, seringgit . (jawab upin sambil tangannya menunjukkan isyarat 1)

4
Pak Jamal :Asyik-asyik seringgit. Yang sorang tu, malam2 buta tak balik2 lagi, yang sorang ni pulak bile ditanya, asyik nak mintak upah. (leter Pak Jamal sambil mengambil seringgit - syiling dari kilasan kain pelikatnya) Pak Jamal :Sekarang bagitahu di mana kakak kamu sekarng dan dengan siapa? Upin :Kakak sedang bermadu asmara dengan abang Ah Chong di taman tepi tasik sana. (ujar ah chong sambil menunjukkan telunjuknya di suatu tempat) Pak Jamal :Memang nak kena budak ni, tak padan dengan anak dara, boleh lagi merayap dengan jantan malam2 buta ni. (katanya sambil tangan kanannya menumbuk2 telapak tangan kirinya berkali2) (akhirnya Kemboja tiba di hadapan rumah dengan Ah Chong, Pak Jamal terus meluru ke arah Ah Chong dan menamparnya dengan sekuat tenaga, Ah Chong melambung ke belakang dan Kemboja terus menahan ayahnya dari menendang Ah Chong) Pak Jamal :Kau ke tepi kemboja, biar bapak habiskan si bangsat ni ! Kemboja :Jangan ! Bapak tak boleh mengapa-ngapakan dia sebelum bapak membunuh anak bapak ni sendiri ! Pak Jamal :Apa kamu sudah hilang akal kemboja ! Dia itu cina dan tidak beragama, kita melayu dan beragama.Masakan kalian boleh bersama. Bapak tidak akan merestui hubungan kalian. Langkah mayat bapak dulu sebelum kamu berkawen. Kemboja :Bapak sungguh kejam ! (ujar kemboja sambil berlari ke dalam rumah dan menghilang dari pentas) (Pak Jamal memandang Ah Chong) Pak Jamal :Baik kau balik sebelum aku naik darah lagi. Nanti aku bomohkan kau supaya kalian berpisah. (Tiba-tiba watak tok bomoh muncul dari belakang dan menghampiri Ah Chong) Tok Bomoh :Ada sesiapa menyeru aku ? (lampu dimalapkan dan pertukaran props berlaku)

BABAK 4
Watak : Ah Chong, Kemboja, Pak Jamal, 5 orang kampung, 2 penari bollywood, 2 penari kipas cina, 2 pesilat, 3 askar jepun sedang mabuk. Latarbelakang :Sebuah dewan keramaian kampung Props :Meja dengan cawan di atasnya, senapang 3, beberapa buah pasu bunga, beberapa buah kerusi. Lampu dihidupkan, suasana sedang meriah dengan tetamu sedang berbual sambil minum dari cawan di tangan (beridiri). Ah Chong sedang berada di atas kerusi di satu sudut. Kemboja, Pak Jamal & Upin masuk ke dewan (pentas) dan Pak Jamal terus bersalaman dan berbual dengan seorang orang

5
kampung.Upin pula mengambil minuman dan berehat di atas sebuah kerusi.Kemboja ternampak Ah Chong dan segera mendekati Ah Chong. Ah Chong terkejut sewaktu Kemboja menghampirinya. Dia memandang sekeliling mencari Pak Jamal. Ah Chong :Kemboja, akhirnya kau datang jua. Sudah lama abang menunggumu. Kemboja :Kemboja mengerti abang, atas sebab itulah kemboja datang ke majlis ini. Ah Chong :Apakah kemboja datang berseorangan? Kemboja :Tidak abang, kemboja datang bersama bapak. Dia sedang minum dan berbual di hujung sana. (ujar kemboja sambil memandang ke arah ayahnya, Ah Chong kelihatan terkejut, dia segera memalingkan mukanya dari memandang Pak Jamal) Pak Jamal mengambil air minuman di meja, dan dia terpandang kemboja bersama seorang lelaki di hujung dewan.Dia terus meluru ke arah kemboja dan lelaki itu (Ah Chong). Pak Jamal :Kemboja ! dengan lelaki mana pula kamu berpacaran ni? Dasar tak tahu malu ! (pak jamal ingin menampar kemboja, tetapi tangannya dipegang oleh Ah Chong, orang ramai terkejut dan memandang gelagat Pak Jamal - kemboja cuba mengelak dan terduduk sambil menangis teresakesak) Ah Chong :Pak Jamal, tolong dengar dahulu penjelasan saya. Jangan disalahkan kemboja terus menerus. (jawab Ah Chong sambil melepaskan tangan Pak Jamal, Pak Jamal menarik kasar tangannya dan memandang Ah Chong dengan kemarahan) Pak Jamal :Apa lagi yang kau nak jelaskan bangsat? Tak puas lagi memainkan hati anak aku? Ah Chong :Pak Jamal, niat saya ikhlas, saya bukan ingin memainkan hati kemboja, saya benar2 inginkan dia menjadi isteri saya. Saya sanggup belajar adat budaya orang melayu dan agama islam semata-mata untuk mengahwini kemboja. Pak Jamal :Masakan boleh begitu, kau dan kemboja berlainan bangsa ! Ah Chong :Pak Jamal, saya menghormati pak jamal umpama ayah saya. Tidak ada salahnya kami berlainan bangsa ingin hidup bersama. Malah agama islam yang pak jamal anuti juga menyarankan umatnya bersatu-padu dan bertolak ansur dengan orang berlainan agama. Saya berjanji pada pak jamal, saya akan menjaga kemboja dengan sebaiknya kerna saya amat mencintainya. (Pak Jamal mendengus, dia memandang ke arah Ah Chong - marahnya kelihatan reda sedikit) Pak Jamal :Apa benar kamu betul2 ikhlas ingin menikahi dan menjaganya sepertimana aku menjaganya semenjak kecil? (Ah Chong mengangguk-ngangguk kepalanya dan menyalami tangan Pak Jamal, Pak Jamal kelihatan serba salah) Ah Chong :Saya berjanji pada Pak Jamil bahawa saya akan menjaga Kemboja dengan sebaiknya sebagaimana saya menjaga diri saya sendiri, malah lebih lagi kerna kembojalah satu-satunya wanita

6
yang ada dalam hidup saya setelah kematian kedua ibubapa saya dahulu. Saya mohon pak jamal merestui hubungan kami. Pak Jamal :Jika begitu kata kau, aku merestui hubungan kalian. Tetapi kau harus berjanji akan menjaga kemboja dengan sebaiknya. (ujar pak jamal sambil memeluk ah chong) Ah Chong :Saya berjanji pak jamal. Lampu dimalapkan, lampu dipasang semula dengan muzik tarian/romantik sedang berkumandang dan kelihatan Ah Chong dan Kemboja sedang menari2 di tengah2 dewan dengan dikelilingi para penari Bollywood dan cina yang lain. Kelihatan pak jamal sedang minum sambil berbual dengan seorang india dan cina sambil tertawa girang. Muzik tarian/romantic terhenti tiba2, datang 3 orang askar jepun dan menghentak bontot senapang ke belakang pak jamal dan pak jamal terjatuh mengerang kesakitan. Kedua india dan cina turut ditendang oleh askar jepun itu. Ah Chong menjerit ke arah askar2 itu dan dia segera dikepung oleh ketiga2 askar. Ah Chong segera meluru ke arah askar2 jepun itu dan menumbuk rusuk askar pertama, memancung leher askar kedua dengan tangan dan menendang ke hadapan dada askar ketiga. Ketiga2 askar pengsan di situ.Dia segera mendapatkan Pak Jamal dan membantunya bangun.Upin datang memeluk pak jamal.Kemboja menangis kegembiraan di sisi pak jamal. (lampu dimalapkan dan pertukaran props berlaku utk babak 5)

BABAK 5
Watak : Ah Chong@Dafi, Kemboja, Pak Jamal, Tok Kadi, Saksi 2 orang, orang ramai (4 laki 4 pmpuan) dan askar jepun 5 orang (2 orang ok 3 org berbalut kepala/cedera) Latarbelakang :Rumah Kemboja Props :Props pintu, senapang 4, pedang samurai 1, buku besar daripada kotak yg dbalut kertas putih (tok kadi pgang wktu akad nikah) dan beberapa bungkus sirap utk dijadikan kononnya darah. Lampu dihidupkan, suasana sedang meriah dengan tetamu sedang berbual (tetamu perempuan berbual sambil berbisik di telinga kwn2).Pintu dibuka dan tok kadi masuk ke dalam rumah diiringi Pak Jamal. Ah Chong@Dafi sudah bersiap utk akad nikah di ruang tamu rumah. Tok kadi terus bersila di depan Ah Chong@Dafi. Tok kadi mengeluarkan buku besarnya (kononnya buku lafaz nikah). Tok Kadi :Jamal, boleh aku mulakan sekarang? (Pak Jamal mengangguk kepalanya tanda setuju) Tok Kadi :Dafi, sila kehadapan sedikit, tok nak tengok muka kamu ye. (dafi mengesot ke depan sedikit, tok kadi tersenyum sambil mengangguk kepalanya) Tok Kadi :Sah, kamu memang Dafi yang cucu atok minat tu. Bertuah kamu ye.Dafi, kamu sudah bersdia utk lafaz akad nikahnya? Ah Chong@Dafi :Ye tok, saya sudah bersedia. (kata dafi@ah chong sambil membetulkan songkoknya) Tok Kadi :Baiklah, bagus2, sebelum tu sila sain di sini dulu. Sebagai bukti tok nanti.

7
(tok kadi memusingkan buku besarnya dan memberikan pen besar kepada Ah Chong @Dafi utk menandatangani buku besar tu, dafi amik pen dan sain buku tu, lepas tu dafi pun bagi pen tu balik pada tok kadi dan tok kadi tutup buku dan letak di tepi) Tok Kadi :Baiklah dafi, hulurkan tangan kamu, sambut tangan tok ni. (dafi menyalami tangan tok kadi dengan terketar-ketar). Tiba-tiba pintu rumah ditendang dari luar hingga tercabut daun pintu.Muncul 5 askar jepun (4 bersenapang, 1 berpedang terhunus iaitu ketua.Smua hadirin terkejut.Ketua askar jepun itu bercakap dalam bahasa melayu pelat jepun. Ketua Jepun :Wooii ! Siapa di sini itu nama Ah Chong, cina punye olang !wa mau semelih itu dia punya kepara ! kasi itu anjing Nippon making dia punya kepara ! Berani hentam maharaja nippon punya askar maa. Pak Jamal :Siapa nama Ah Chong, tiada siapa nama Ah Chong dekat sini. (ujar Pak Jamal sambil berdiri berhadapan dengan ketua jepun itu. Askar jepun 1 menghentak buntut senapang ke kepala pak jamal sampai berdarah - ada darah keluar) Ketua Jepun :Siapa ada berani mau lawang ini Nippon ! Kasi potong dia punya kepara ! Ah Chonga@Dafi bangun dan mula menyerang ketua Nippon itu. Ah Chong menendang dada ketua jepun itu dan ketua jepun itu terpelanting ke dinding rumah. (berlaku pergaduhan lawan ala2 KL Gangster) Last skali peha Ah Chong@Dafi dilibas oleh pedang ketua askar jepun dan dia terjatuh. Ah Chong@Dafi diheret oleh 2 askar jepun. Ketua askar jepun membersihkan pedangnya yg blumuran darah di baju Pak Jamal. Ketua Jepun :Siapa berani lawang itu Nippon, wa kasih potong dia punyakepara ! Ketua jepun membawa Ah Chong@Dafi keluar dari rumah (pentas) dan ilang begitu sahaja.Kemboja kesedihan dan menangis di bahu seorang tetamu perempuan.Pak Jamal masih belum sedarkan diri, tok kadi memapah Pak Jamal di atas ribanya. (muzik sedih kedengaran dan lampu pentas mula dimalapkan).

BABAK 6
Watak :Ah Chong, Kemboja, Upin (dah besar), orang ramai di perkarangan stadium merdeka. Latarbelakang :Perkarangan stadium merdeka tahun 1974 sempena sambutan kemerdekaan negara. Props :Sepanduk tertulis perkataan merdeka dalam BM, BI, Cina & Tamil, 2 bendera Malaysia besar, stage koir 2 buah. Lampu dihidupkan, kelihatan Ah Chong@Dafi keluar dari stadium sambil membawa bendera Malaysia di bahunya.Dia sedang berehat seketika sambil minum air di tepi dinding.Secara tiba-tiba Kemboja dan Upin datang (tetapi mereka tidak nampak Dafi lagi), mereka pun berehat di tepi dinding berdekatan dengan tempat Ah Chong@Dafi berehat.

8
Dafi memandang sekeliling dan terpandang kelibat Kemboja dan Upin sedang berehat di sebelah sana. Bekas air di tangannya terlepas. Dia memandang banyak kali, mengedipkan mata dan menggosok matanya beberapa kali.Dia menghampiri Kemboja dan Upin. Ah Chong :Assalamualaikum w.b.t kemboja. Kemboja :Ya saya, awak ni siapa ye? Ah Chong :Kemboja tak ingat peristiwa 30 tahun lepas? Ni Ah Chong atau Dafi, bakal suamimu suatu ketika dahulu. (kelihatan Kemboja dan Upin terkejut, mereka berdua terbangun dari tempat duduk) Kemboja :Benarkah anda Dafi? Masyallah, sungguh tidak kusangkakan doaku selama 30 tahun ini termakbul jua, masyallah. Ah Chong :Bersyukur ke hadrat ilahi kerna kita masih diketemukan kembali. Selama 30 tahun ini juga kumencarimu di merata tempat kemboja.Daku amat mencintai dan merinduimu walaupun kita tidak sempat bernikah.Maafkan aku kerna mengatakan begini, harap kamu tidak memarahiku. Kemboja :Tidak Dafi, daku tetap setia menunggumu. Sampai kini diriku masih tidak berkahwin, daku yakin bahawa suatu hari nanti kita pasti diketemukan kembali.Alhamdulillah Allah memilih hari ini untuk pertemuan kita berdua. Upin :Tidak disangka cinta antara kalian sungguh suci dan murni.Daku sanggup menjadi wali untuk pernikahan kalian.Semoga Allah merahmati kalian berdua. Ah Chong :Terima kasih Upin, terima kasih Kemboja. Allah itu maha pengasih lagi maha mencintai. Lampu pentas digelapkan dan muzik romantik terus berkumandang.Narrator mula menceritakan kisah penghabisan ttg Ah Chong dan Kemboja. Narrator :Akhirnya kemboja dan Dafi @ Ah Chong selamat diijabkabulkan dengan diwalikan sendiri oleh Upin kerna Pak Jamal sudah lama meninggal. Dari hasil pernikahan Dafi dan Kemboja, maka lahirlah 2 orang putera dan seorang puteri yang semuanya berkhidmat sebagai professor sejarah di beberapa buah IPT dalam negara.

-TAMAT-

You might also like