P. 1
Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Kanang Cerita Seorang Pahlawan

|Views: 554|Likes:
Published by Anis FaRhan Johani

More info:

Published by: Anis FaRhan Johani on Jul 14, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/24/2011

pdf

text

original

KANANG CERITA SEORANG PAHLAWAN Maznan Noordin

Sinopsis Bab 1 Kanang anak Langkau merupakan anak jati Sarawak. Dia berbangsa Iban dan beragama Pagan. Kanang dilahirkan di Karangan Manok, Nanga Meluan pada 2 Mac 1945. Kanang dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Sejak dilahirkan Kanang tidak mengenal bapanya kerana bapa dan emaknya telah berpisah. Kanang dipelihara oleh ibunya sebelum dipelihara oleh datuk dan neneknya. Semenjak kecil Kanang merupakan anak yang nakal. Dia bersekolah di Sekolah Local Authority. Kanang menamatkan pelajaran setakat darjah tiga kerana tidak mahu berpisah dengan datuk dan neneknya. Dia mengikut ke mana-mana saja datuknya bekerja, misalnya di hutan atau di sungai. Melalui datuknya juga, Kanang dapat belajar tentang pantang larang di dalam hutan. Sinopsis Bab 2 Kanang membesar di persekitaran sungai dan hutan. Dia menimba ilmu dan pengalaman beharga di samping mencari rezeki untuk menampung hidup. Kanang yang sudah meningkat dewasa sudah mampu memiliki sebuah perahu yang berenjin. Setiap hari dia menghabiskan masa dengan mencari dan meraih penumpang. Sebelum itu, Kanang pernah menjadi penoreh getah dan menjadi tukang masak kepada orang inggeris yang bernama Mr. Ford. Namun, kerja-kerja itu tidak kekal lama. Mr. Ford telah memberi Kanang peluang bekerja sebagai pengangkut arang batu ke bandar dengan menggunakan perahu. Seterusnya, arang batu itu dipindahkan ke sebuah kapal besar untuk dhantar ke negara asal Mr. Ford. Kanang merupakan seorang yang panas baran dan kurang bercampur dengan orang lain. Dia tiada kawan yang rapat. Dia malu untuk bercampur dengan orang lain kerana tidak fasih berbahasa melayu. Dia berasa rendah diri dan menganggap dirinya orang ulu. Hidupnya ketika itu tidak berhaluan dan dia sebenarnya tidak tahu apa yang diimpikan dalam hidupnya. Walaupun Kanang nakal dan tidak disukai oleh orang lain, namun dia terus mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada atuknya. Antaranya termasuklah ilmu keduniaan menurut kepercayaan masyarakat iban yang dibekalkan sekadar untuk perlindungan diri. Sinopsis Bab 3 Suatu pagi, Kanang didatangi oleh 20 orang pemuda tampan dan segak yang ingin menyewa perahunya untuk pergi ke sebuah sekolah yang berdekatan. Dia berasa gembira kerana hari itu dia memperoleh bayaran yang lumayan. Pemuda-pemuda itu hadir untuk menjalani temu duga menjadi tentera British. Sementara menanti pemuda-pemuda itu menjalani temu duga, dia berehat di bawah sebatang pokok. Seorang tentera inggeris telah menyuruh Kanang menjalani temu duga. Pada mulanya Kanang enggan enjalani temu duga tetapi kemudiannya dia akur pada suruhan tentera inggeris itu. Kebetulan pada ketika itu, dia ada membawa surat Mr. Ford yang menyokongnya memasuki Iban Tracker. Kanang tidak menduga bahawa dia akan berjaya dalam temuduga itu. Dia pun memulakan kerjaya dalam pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai Iban Tracker. Kanang dihantar ke Sekolah Latihan Peperangan Hutan di Ulu Tiram, Johor untuk menjalani latihan selama sebulan. Setelah menamatkan latihan, Kanang dihantar ke pada pasukan Sarawak Rangers.

Kanang mengahwini Helen Latai pada 25 Mei 1965 di Simanggang. Kanang berasa agak kecewa akan tugasnya kerana tidak dinaikkan pangkat atau dihantar berkursus. Pada suatu hari. Pada suatu peringkat. Sinopsis Bab 6 Kanang telah diserapkan dalam Rejimen 1 Renjer setelah meninggalkan Pasukan 1st Royal New Zealand Army. Johor. Setelah melakukan jejakan selama tiga hari. Setelah berhari-hari berusaha menjejaki musuh. Pihak musuh hampir membunuh Pegawai Memerintah. Dia dan pasukannya menaiki kapal selam dari Selat Tebrau ke Labuan dan dari Labuan dibawa ke Brunei. Kanang dan enam orang anggota Iban Tracker telah dihantar ke Mersing untuk menjejaki musuh. Dalam pasukan ini Kanang sering dilantik menjadi ketua eskot. Johor. Kanang terpaksa mengorbankan kepentingan peribadinya apabila diarahkan mencari anggota Pasukan 1st Royal New Zealand Army yang hilang di hutan. Pasukan itu berpangkalan di Selat Tebrau. Sebaik saja sampai. salah seorang anggota pasukan berbangsa Iban telah membawa Kanang ke rumah panjang Skra Hilir untuk diperkenalkan kepada anak saudaranya. Pada bulan Disember 1963. Pada 2 Mac 1973. Helen Latai anak Intie yang baru berusia 14 tahun. Beliau bersembunyi kerana khuatir dijumpai oleh pihak musuh. Rejimen 1 Renjer telah ditubuhkan di Ulu Tiram. gerakan melawan musuh semakin berkurang kerana konfrontasi telah berakhir. Kanang telah berjaya mengeluarkan pegawai itu dari kawasan pertempuran. iaitu tiga orang sekumpulan. Kanang diarahkan bertukar ke Rejimen Renjer. Pada hari perkahwinannya. . Presiden sukarno telah mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dengan slogannya ³Ganyang Malaysia´. Apabila berlaku pemberontakan di Brunei oleh Azahari. Pada malam itu juga. Kanang dan pasukannya telah dihantar ke sana untuk menumpaskan pemberontak itu. Pada 1 Januari 1966 Kanang dinaikkan pangkat menjadi Lans Koperal dan diarahkan menganggotai Rejimen Polis Pasukan (RP). Banyak askar Indonesia yang menyusup masuk ke Malaysia melalui jalan air dan jalan udara. Ekoran daripada itu. mereka segera dihantar ke Markas Tektikal di Brunei. Operasi ini agak begitu mencabar dan jejak musuh sukar dikesan. Sinopsis Bab 5 Pada penghujung tahun 1964. pasukan Kanang terlibat dalam satu petempuran dengan pihak musuh. Pasukan Kanang berjaya membunuh 13 orang musuh dan menawan seorang yang telah tercedera. Pada 11 November 1967 pula Kanang dilantik menjadi penolong Ketua Seksyen dalam Kompeni Raifal. Pada penghujung 1964 pula Kanang dipinjamkan ke Pasukan 1st Royal New Zealand Army. Bersama kumpulan ini Kanang banyak menhabiskan masa di hutan. Pada tahun 1963. Johor pada 16 September 1963 bersempena dengan pembentukan Malaysia. Berlaku pertempuran antara askar-askar Malaysia dengan askar-askar Indonesia di Semenanjung dan di Sarawak juga. Kanang banyak menghabiskan masa di kem. Dalam pasukan ini kanang belajar cara-cara pergerakan dalam kumpulan kecil. Kadang kala sehingga enam bulan lamanya. di Lubuk Antu Sarawak. askar itu ditemui di dalam semak samun dalam keadaan cedera dan kakinya patah. Pada waktu siang mereka bergerak sendirian dan bertemu di satu-satu tempat pada malam hari. Hal ini demikian kerana ada segerombolan tentera Indonesia dilaporkan sudah berjaya mendarat di Kota Tinggi.Sinopsis Bab 4 Kanang ditugaskan dalam pasukan 42 Komando Tentera British pada tahun 1962. Kanang dan rakan-rakannya terus melakukan serangan untuk membebaskan Brunei daripada cengkaman pemberontak. akhirnya pada suatu senja Kanang dan pasukannya telah berjaya menyerang musuh.

Ketika Kanang sedang berehat. Kanang sekeluarga berpindah ke Kem Terendak Melaka untuk berkhidmat dengan Batalion Kelapan Rejimen Renjer. Mereka dipandu oleh pepandu Orang Asli. Dia telah dinaikkan pangkat sarjan pada 17 Julai 1978. . Kanang dapat mengesan juga trek yang berusia antara tiga hingga empat hari. alamatnya sesuatu yang tidak baik akan berlaku. pak haji itu juga menyuruh Kanang menggali dua lubang. Tujuan gerakan itu adalah untuk memusnahkan Markas Unit Penggempur Kelima yang diketuai oleh Nam Yat. tetapi komunis yang diburu berjaya melarikan diri ke arah utara. Namun. Pada malam itu Kanang bermimpi bertemu dengan seorang pak haji. Dalam tidurnya dia bermimpi parang kesayangannya telah dipatah-patahkan.labah-labah atau burung raja udang. Gerakan diteruskan sejak awal pagi 31 Mei 1979. Di satu kawasan lain. setelah dipujuk oleh Pegawai Memerintah Leftenan Kolenel Sulaiman Kudus. Kanang berniat untuk menamatkan perkhidmatannya. Kanang juga amat percaya akan mimpi. Kanang mengikuti kursus Jurulatih Kawat Pasukan di Pusat Latihan Askar Wataniah (PLAM) di Ipoh. jika kijang melintas di hadapan kita dan tidak berpatah balik. Kanang melakukan upacara µpiring¶. Pada 29 Mei 1979. seorang anggota risik menyampaikan arahan supaya Kanang masuk ke hutan semula. Kanang juga mempercayai alamat baik atau alamat buruk yang dibawa oleh binatang seperti ular. mereka menemui kem komunis yang telah ditinggalkan lebih kurang enam hingga tujuh bulan. Pada sebelah malamnya. Selain itu. Walaupun pada mulanya Kanang enggan mematuhi arahan itu. Kanang menyambung semula perkhidmatannya. Sebelum pergi. Jawatannya pada ketika itu ialah Ketua Seksyen. Keesokan paginyanya Kanang menyuruh isterinya membeli ayam di pasar.Sinopsis Bab 7 Pada bulan Mac 1973. Apabila gerakan diteruskan. Dia selalu memberikan peringatan kepada anak buahnya agar tidak membunuh kijang kerana kijang dianggap binatang µbisa¶ melalui mimpi yang dialaminya. Pada 27 Mei 1979. Perak.00 tengah hari mereka menemukan tempat rehat musuh. Selain itu. Baginya. Kanang dan rakan rakannya dapat menjejaki pengganas komunis. Pada tahun 1977 pula. Pada 28 Mei 1979 berlaku kejadian tembak-menembak. platun yang diketuai oleh PWII Gandat anak Merdan telah menjumpai kem musuh. roh di dalam mimpi dapat memberikan maklumat yang betul dan berguna. alamatnya kita akan tersesat di dalam hutan. Kanang menjadi peninjau pertama dan Renjar Michael sebagai peninjau kedua. Pada 26 Mei 1979 Kanang dan pasukannya menaiki kenderaan dari Kem Syed Putra. Dalam gerakan pada 30 Mei 1979. Pada 1 Jun 1979 merupakan Hari Gawai tetapi Kanang tidak dapat merayakannya kerana dia melakukan operasi di hutan. Pada tahun 1974. tetapi akhirnya dia terpaksa akur. Mimpi itu meyakinkan Kanang bahawa hari itu akan berlaku pertempuran. mereka menemui dua buah kem yang telah ditinggalkan oleh pengganas komunis. Ipoh menuju ke tempat operasi. Kanang juga selalu melakukan upacara µpiring¶. sejak subuh lagi Kanang dan rakanrakannya mula bergerak menuju ke Sungai Cheor. Sinopsis Bab 8 Pagi itu Kanang berehat di rumah kerana baru balik dari gerakan di Ulu Piah. Jikalau kijang berbunyi ketika kita membuat sesuatu. Kanang sangat menghormati hutan dan segala khazanah di dalamnya. Kanang tidur begitu nyenyak kerana keletihan.25 orang telah menemui trek itu. terutamanya sebelum melakukan sesuatu tugas yang penting. Sebelum masuk ke hutan. Kanang menghadiri kursus PTT Rendah dan pada 17 November 1976 Kanang dinaikkan pangkat koperal penuh. Pada pukul 2. Pak haji itu mengatakan bahawa ayam sabung Kanang akan menang tetapi terpaksa berlawan bersungguh -sungguh.10 petang dalam keadaan hujan lebat. Pada pukul 1. Misalnya. Dia menganggarkan kira-kira. Kanang menyertai Gerakan Setia 8/79 di kawasan hutan Korbu di negeri Perak. yakni memohon restu daripada dewa agar beroleh kejayaan.

Kanang berjaya mematikan beberapa jerangkap samar. Dalam keadaan antara sedar dengan tidak akibat daripada kecederaan itu. Markas Tek memberikan arahan supaya membesarkan winching point bagi membolehkan helikopter mendarat untuk mengambil anggota tentera yang tercedera. gerakan diteruskan. kirakira pukul 3. Di suatu tempat. Akhirnya gerombolan pengganas komunis itu melarikan diri. Pada tahun 1980. berselendang hitam dan berjanggut putih menghampirinya. Puas dia mencuci tanah liat yang melekat di badannya tetapi kesan tanah liat itu tidak hilang. Peristiwa tembak-menembak berlaku kira-kira 40 minit. Renjer Sulaiman terpijak jerangkap samar dan dia mengalami kecederaan di mukanya. Kanang telah dianugerahi pingat keberanian kedua tertinggi nagara. Nasir terkena tembakan musuh. Maka berlakulah tembak-menembak sebelum musuh berjaya melarikan diri. Kali ini Renjer Sakaria pula terpijak jerangkap samar. Mereka menemukan kesan darah yang sudah hitam dan tapak perkhemahan pengganas komunis. Ketika Kanang dinaikkan ke helikopter. Pada 14 Februari 1980. Kanang tercampak lalu tersungkur ke bumi. Renjer Mohd. Nasir Mohd. Dalam penggeledahan di seluruh kawasan itu. Pada tahun 1981. Kanang dianugerahi bintang keberanian tertinggi negara. Pada ketika itu Kanang mendengar suara kijang dan dia sedar bahawa bunyi itu membawa alamat yang berbahaya. Baru beberapa langkah dia bergerak. Kira-kira 300 meter dari tempat pertempuran pertama. iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Namun begitu. Mereka meneruskan penjejakan. Renjer Michael pula terkena tembakan di tangan kanan. Kanang bangun dari tempat perlindungan lalu melepaskan tembakan ke arah musuh. peluru musuh hinggap di dada Kanang. Nordin menjadi peninjau kedua. Kanang dan pasukannya telah diserang hendap. Kali ini dia menjadi peninjau pertama dan Koperal Mohd. Pada 2 Jun 1979. Malam itu Kanang bermimipi dia dibaling dengan tanah liat. musuh berjaya melarikan diri. Kanang seolah-olah ternampak akan seorang tua berwajah jernih. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB). Kanang terus melakukan serangan dengan perasaan marah kerana seorang anak buahnya telah terbunuh dan seorang lagi tercedera. iaitu pada 13 Februari 1980. Renjer Ramli yang telah terbunuh. Sinopsis Bab 9 Pada 3 Februari 1980. Kanang teringat akan pak haji dalam mimipinya yang telah menyuruhnya menggali dua lubang menandakan dua orang anak buahnya akan terkorban. Pada hari ke-10 di hutan. . dia tidak sedarkan diri. Kaki kirinya hancur. Baunya sungguh wangi Kanang menembak orang tua itu dengan M16 tetapi tidak berkesan. Renjer Baharuddin terbunuh sebagai akibat terkena tembakan di perut. Pada 15 Februari 1980. Dengan penuh bersemangat. Selepas itu berlaku pertempuran antara pasukan tentera dengan gerombolan komunis. Dia meneruskan tembakan tetapi beberapa butir peluru lagi hinggap di perutnya.00 petang Kanang dan pasukannya telah diserang hendap.Kanang melepaskan tembakan ke arah pengawal wanita di perdu pokok besar. platun 8 pula berbalas-balas tembakan dengan pengganas komunis. mereka menjumpai seorang anggota tentera. Dia mencuba mengejar lelaki itu tetapi gagal. Anggota tentera yang menyertai gerakan itu adalah sebanyak 29 orang. Kanang dan pasukannya berkhemah di salah satu tempat rehat musuh. Kanang terlibat dalam Gerakan Pukat di kawasan Tanah Hitam. Perak. Pada 19 Februari 1980.

Kanang dinaikkan pangkat menjadi staf sarjan. Kanang telah menjadi tetamu pihak Muzium Angkatan Tentera. Kecederaan yang dialaminya mulai pulih tetapi badannya menggeletar dan perasaan takut sering menghantuinya. Dr. Kanang melihat badannya yang berbalut tatapi dia tidak berasa takut. Semua jenis makanan lain perlu dikisar terlebih dahulu kerana Kanang tidak dibenarkan makan benda yang keras. Kanang yakin bahawa dia terkena badi. Kanang bertugas di Rejimen 501 Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) di Kuching Sarawak. Apabila sedar barulah Kanang berasa sakit dan dia tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Pada pagi itu acara penyerahan potret Kanang kepada muzium berkenaan telah dilangsungkan. Doktor memberikan suntikan lalu Kanang tidur semula. Malah dia tidak yakin yang suaminya akan terus hidup. Evylen. Pada 16 Oktober 1984. Levin mengetuai pembedahan ke atas Kanang untuk mengeluarkan tiga butir peluru. rohnya telah mengembara jauh ke suatu tempat yang asing. Kanang dianugerahi ³Pisau Angkatan Tentera´ oleh Panglima Angkatan Tentera. Bapa saudaranya telah mencari bomoh untuk mengubati penyakitnya itu. Sempena menyambut Hari angkatan Tentera yang ke-48 pada 16 Semtember 1981. Dia telah ditukarkan ke Sekolah Tempur Pegawai Muda (STPM) di Kota Belud. Sinopsis Bab 11 Setelah sembuh. Helen berasa sangat sedih melihat keadaan suaminya. Setelah koma selama seminggu. Dia mahu mencari orang yang kaya tetapi terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhinya.Sinopsis Bab 10 Kanang berada dalam keadaan koma ketika ditarik naik kedalam helikopter. Apabila kesihatan Kanang menunjukkan kemajuan dia dimasukkan ke wad biasa. Kanang bersara pada 30 Mei 1986. Dia terpaksa memakan bubur saja. Marylin. sekali lagi Kanang dinaikkan pangkat Pegawai Waran I. Jeneral Tan Sri Mohd Ghazali Dato Mohd Seth. Dia dan keluarganya kembali ke Rumah Panjang Samy di Skra Hilir. Kanang yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke hospital. akhirnya Kanang mulai sedar Helen berasa gembira. Kanang sudah mula memikirkan apa yang hendak dilakukannya apabila dia akan bersara dua tahun lagi. Selepas itu Kanang ditukarkan semula ke Batallion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia pada 2 April 1983. Mulai 2 April 1982. Pada Mei 1981. Dalam keadaan tidak sedar itu. . Kanang dinaikkan pangkat menjadi pegawai Waran II. Setelah Kanang bersara. Sarawak. Kanang diklasifikasikan sebagai BES iaitu tidak berupaya melakukan kerja-kerja yang berat. Pada 17 Ogos 1985. Pilin. Kanang berkhidmat di unit ini sehingga 15 Oktober 1984. Judith dan Langgi. Kanang ditukarkan pula ke Batalion Pertama Renjimen Renjer Malaysia yang berpangkalan di Sibu. kerajaan negeri Sarawak menganugerahkan ³Bintang-Bintang Sarawak´ kepadanya. Kanang mempunyai enam orang anak iaitu Agustin. Usaha pertamanya setelah bersara ialah membina sebuah rumah untuk keluarganya. Ketika itu batallion berkenaan berpangkalan di Sibu. Pada ketika itu. Jawatan yang disandang oleh Kanang ialah Kompeni Sarjan Mejar. Pada 6 Mei 1986. Pada 1 Oktober 1982. Selepas itu Kanang dirawat di Unit Rawatan Rapi selama sebulan. Sabah sebagai jurulatih pada 2 Januari 1981.

b) Kawasan Hutan Korbu di Perak ± Kanang dan pasukannya melancarkan Gerakan Setia 8/79 untuk menghapuskan musuh yang diketuai oleh Nam Yat. Perak ± Kanang dan pasukannya menjalankan Gerakan Pukat untuk memburu musuh yang telah membunuh seorang anggota tentera. daun-daun pokok atau menghidu bau. b) Kanang memiliki keistimewaaan untuk mengesan musuh dengan melihat tapak kaki. biasanya dia bergerak di hadapan sekali sebagai peninjau. Mereka berjaya membunuh 13 orang tentera musuh dan menawan seorang lagi tentera. Jelaskan tiga keistimewaan watak utama dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Tiga latar tempat a) Mersing. Dalam setiap gerakan. c) Kanang amat setia pada tugasnya. Hal ini terbukti apabila dia sanggup dihantar bertugas kemana-mana saja. 2. 1. iaitu Renjer Baharuddin dan Renjer Ramli. Kanang juga senantiasa ingin bertemu dengan musuh dan membunuh musuh walaupun tindakannya itu mengancam nyawanya. Kanang mengalami kecederaan yang teruk sehingga dirawat di hospital selama setahun . nyatakan tiga latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku di tempat-tempat tersebut. Dalam gerakan ini Kanang kehilangan dua orang anak buahnya. Dia juga melaksanakan setiap tugas dengan cemerlang. Berdasarkan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Hal terebut melayakkannya menerima anugerah dua bintang keberanian tertinggi di negara ini. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Tiga keistimewaan watak utama (Kanang) a) Kanang seorang anggota tentera yang mempunyai keberanian yang luar biasa. c) Kawasan hutan di Tanah Hitam. 2. Johor ± Kanang dan kumpulannya ditugaskan mengesan dan menghapuskan sekumpulan tentera Indonesia yang menceroboh ke negara ini.CONTOH SOALAN 1. Dalam pertempuran di sini.

4. Kanang bekerja di beberapa tempat sebelum bersara. Antara konflik yang dihadapinya ialah terpaksa bertugas di merata-rata tempat. d) Peleraian ± digambarkan bahawa Kanang dapat bekerja semula setelah terlantar di hospital selama setahun. Tulis huraian anda tentang binaan plot \\ novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. . c) Klimaks ± digambarkan bahawa nyawa Kanang dapat diselamatkan walaupun dia mengalami cedera parah. Tiga peristiwa yang menggunakan teknik saspens. Binaan plot. pembaca tertanya-tanya sama ada Kanang dapat pulih seperti sedia kala atau tidak. Konflik yang paling besar ialah apabila Kanang mengalami kecederaan yang amat parah dalam satu pertempuran dengan musuh. Peringkat permulaan (eksposisi). pasukan tentera banyak menemukan bekas kem musuh tetapi tidak dapat mengesan musuh. 3. b) Perkembangan ± pengarang menggambarkan watak utama menghadapi beberapa konflik. b) Dalam Gerakan Setia 8/79. Semasa remaja Kanang merupakan anak yang nakal. Akhirnya Kanang pulih dan diberi anugerah keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Pembaca tertanya-tanya sama ada pasukan tentera berjaya memburu dan menghapuskan musuh berkenaan c) Apabila Kanang mengalami kecederaan yang teruk dan dalam keadaan koma. a) Peristiwa Kanang dan rakan-rakannya menjejak sekumpulan askar Indonesia yang menceroboh negara kita. 4. pertengahan dan peleraian merupakan binaan plot dalam sebuah novel. Ceritakan tiga peristiwa dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan yang disampaikan dengan menggunakan teknik saspens. terutamanya apabila dia mula bertugas sebagai tentera. dia terpaksa juga berhadapan dengan musuh. Selama berhari-hari mereka menjejak askar berkenaan tetapi belum berjaya.3. Pembaca tertanyatanya sama ada mereka berjaya menjejaki musuh berkenaan. Di samping itu. a) Eksposisi (pengenalan) ± pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Kanang yang lahir dalam masyarakat Iban dan hidup dalam keadaan susah.

Perlunya gaya bahasa yang menarik dalam novel. persoalan dan mesej yang hendak disampaikan pengarang. a) Bahasa yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. iaitu Panglima Gagah Perkasa (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Namun. 6. Berdasarkan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pilih satu watak yang paling menarik hati anda dan berikan tiga alasan sebab-sebab anda menganggap watak itu menarik.5. c) Kanang merupakan anggota tentera yang hebat kerana mendapat dua pingat keberanian tertinggi negara. . b) Bahasa yang menarik dapat memudahkan pembaca memahami tema. 5. dia dapat membentuk dirinya menjadi manusia yang berguna kepada negara b) Kanang memiliki semangat keberanian yang luar biasa. mengapakah seseorang novelis mesti menggunakan gaya bahasa yang menarik untuk menyampaikan cerita dalam novelnya? 6. Watak yang paling menarik perhatian watak Kanang kerana: a) Semasa kecil Kanang merupakan anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. c) Bahasa yang menarik dapat menimbulkan unsur keindahan dan nilai estetika dan unsur ini dapat dirasai oleh pembaca. Hal ini terbukti apabila dia ingin menemui musuh dan membunuh musuh berkenaan dalam setiap gerakan di hutan. Pada pendapat anda.

Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. tingkatan 2 dan tingkatan 3.PERBANDINGAN 1.tingkatan 2 ataupun tingkatan 3. Kejayaan ini dicapai kerana usaha gigih Kanang mempelajari kedua-dua bahasa tersebut. . Semasa makan. Datin Siti Norbayu yang amat mengasihani anak-anak yatim telah membenarkan Budiman belajar menggesek biola di sekolah muziknya secara percuma. Dalam novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola. Nilai kemasyarakatan merupakan nilai murni yang diamalkan dalam pergaulan antara ahli masyarakat. Bandingkan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel yang anda kaji dalam tingkatan 1. Kamarul Azam telah berjaya menghalau agas dan kelkatu berterbangan dan masuk ke dalam makanan mereka. hormat-menghormati. Pak Widodo dan anaknya Antik telah menemukan Azam dan Razi di tengah lautan lantas menyelamatkan dan merawat mereka hingga pulih. Antara pengajaran yang terdapat dalam kedua-dua buah novel iaitu Tragedi Empat Disember dan novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan ialah kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan. Kanang telah berjaya mengesan jejakan musuh dalam beberapa operasi termasuk Gerakan Pukat. Hal ini demikian kerana dia telah berusaha untuk mengumpulkan ranting kayu kering untuk dibakar bagi menghalau agas dan kelkatu. Berdasarkan mana-mana dua buah novel sama ada yang anda kaji dalam tingkatan 1. tingkatan 2 dan tingkatan 3. kasih sayang dan bertolak ansur. Dalam Tragedi Empat Disember. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Kejayaan ini dicapai setelah membuat perancangan yang teliti dan mematuhi masa yang ditetapkan. Antara nilai kemanusiaan yang sama yang terdapat dalam ketiga-tiga buah novel tersebut ialah kasih mengasihani. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana usaha tangga kejayaan 2. tidak sampai hati untuk membiarkan orang yang lebih susah daripadanya tidak dibantu. Kejayaannya adalah berkat semangat dan usahanya yang bersungguh-sungguh. Banyak nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel yang saya kaji dalam tingkatan 1. Kanang telah berjaya menamatkan latihan ketenteraannya walupun dia kurang mahir berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris. Kamarul Azam dan rakan-rakannya berjaya mendarat di Tanjung Pangku dan mendirikan khemah sebelum malam menjelang. bandingkan peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan pengajaran yang tersebut di atas. Beliau tetap akan membantu mereka mengikut keupayaannya. Dalam novel tingkatan 2 iaitu Tragedi Empat Disember pula. Kanang walaupun hidup dalam serba kekurangan setelah bersara. Antaranya ialah bekerjasama. Dalam novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan.

Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. keadaan hidup Kanang yang serba susah dan kekurangan sejak kecil telah diceritakan melalui teknik pemerian ini. Antara teknik plot yang digunakan untuk menyampaikan cerita ialah pemerian. 4. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Bandingkan nilai baik hati yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. Sementara itu. Dalam perkembangan cerita Tragedi Empat Disember pula. Bandingkan teknik plot pemerian yang digunakan dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. Sementara itu. kisah Kamarul Azam dan Razi yang telah terjumpa sebuah kotak misteri selepas kapal terbang terhempas telah diceritakan secara pemerian. Dalam permulaan cerita Tragedi Empat Disember. Teknik pemerian banyak digunakan dalam keduadua novel ini. Nilai baik hati memang diamalkan oleh watak utama dan watak sampingan dalam kedua-dua buah novel tersebut. Novel baik hati menjadi amalan watak-watak dalam novel yang di kaji. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Kamarul Azam dalam Tragedi Empat Disember sanggup membelikan Antik petrol yang banyak untuk dibawa pulang walaupun terpaksa mengeluarkan wang simpanannya. dalam permulaan cerita Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula seorang sahabat Kanang yang dirahsiakan namanya. DSP Yazid telah datang ke rumah abangnya Encik Razali pada waktu malam dan disambut oleh anak saudaranya.3. sanggup membantu orang yang lebih susah seberapa yang terdaya walaupun beliau sendiri susah. Helen akhirnya menjadi isteri Kanang . setelah memperkenalkan Kanang kepada saudaranya iaitu Helen. kisah mimpi Kanang bahawa parang kesayangannya banyak berjasa kepadanya telah dipatahpatahkan telah disampaikan melalui teknik pemerian juga. Watak sampingan iaitu Puan Katijah dalam Tragedi Empat Disember telah membantu seorang wanita muda yang hampir pengsan setelah suami wanita itu disahkan menjadi mangsa tragedi. Kanang pula.

Kedua-dua buah novel ini mengandungi diksi yang pelbagai. Dia tidak membantah apabila diminta oleh Kanang agar ke pasar untuk membeli ayam yang akan digunakan untuk upacara piring. Selain itu. Novel-novel yang anda kaji mempunyai keistimewaan dari segi penggunaan diksi. Dalam novel Tragedi Empat Disember. bahasa inggeris iaitu µtracksuit¶ telah digunakan ketika menggambarkan pakaian yang dipakai oleh Rendera ketika bermandimanda. Dalam novel Tragedi Empat Disember. Nilai ketaatan terdapat dalam kedua-dua buah novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 iaitu Tragedi Empat Disember dan dalam tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Novel yang saya kaji di tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Kanang juga taat kepada ketuanya. Beliau patuh kepada perintah ketuanya agar melaporkan diri untuk bertugas walaupun hari tersebut ialah hari perkahwinannya.ateria´ telah digunakan ketika rakan-rakan Kamarul Azam ingin bersorak kerana berbangga dengan kebolehan Kamarul Azam sebagai ketua. Arahan Azam agar mereka segera mendirikan khemah serta melakukan kerja yang ditetapkan dipatuhi. 6.. Zanawati..5. perkataan µthe helmet¶ yang digunakan ialah nama bagi kumpulan kugiran yang ditubuhkan oleh Pegawai Memerintah Kanang yang amat suka akan topi besi. Semasa berkhemah. Bandingkan penggunaan diksi dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dengan novel tingkatan3. Razi dan Zanawati juga taat kepada perintah tuhan. Azam. . banyak istilah ketenteraan digunakan. Razi. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.00 tengah hari. Dari segi istilah pula. Selain itu.. mereka telah menunaikan solat maghrib secara berjamaah. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.. Jelaskan nilai ketaatan yang terdapat dalam novel ini yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3. istilah pengakap iaitu ³awanna. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.atua. Antaranya ialah ³jam 1300´ bagi menunjukkan pukul 1. Helen dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan juga turut taat kepada arahan suaminya. Rendera dan Lina Lim taat kepada arahan ketua perkhemahan yang dilantik oleh mereka iaitu Kamarul Azam.

Dalam kedua-dua buah novel terdapat anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara. beliau menolak kerana itu ialah tugas pegawai gaji. Kamarul Azam mempunyai keluarga yang bahagia manakala keluarga Kanang pula berpecah-belah sejak kecil. Dari segi perbezaan. . Tetapi dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. pihak polis telah menangkap Pak Mat tukang masak yang mengedar dadah. ketika disuruh oleh Pegawai Waran agar membayar gaji anggotanya. Dalam novel Tragedi Empat Disember. Kedua-dua watak utama dalam novel ini mempunyai persamaan dan perbezaan. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula.7. Dari segi latar masyarakat. Terdapat persamaan dan perbezaan antara perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3. Huraikan perbezaan dan persamaan tersebut. kedua-dua watak ini berbeza dari segi latar belakang keluarga. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Dari segi perbezaan. anak-anak yatim terpaksa tinggal di Rumah Bonda setelah ibu dan bapa meninggal dunia. Walaubagaimanapun. 9. salah seorang penumpang kapal terbang yang terhempas telah mencampakkan nota tentang peristiwa rampasan yang berlaku. terdapat anggota tentera yang menjalankan tugas menghapuskan pengganas demi keamanan negara. Jelaskan satu persamaan dan satu perbezaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tingkatan 1 dan tingkatan 3 yang anda kaji. terdapat perbezaan dari segi latar keluarga watak utama dalam kedua-dua buh novel. kedua-dua watak ini amat tegas. 8. Kanang juga tegas dengan pendiriannya iaitu mematuhi peraturan kerja. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan 3 ialah Tragedi Empat Disember dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Dari segi persamaan. Kanang telah ditinggalkan oleh ibu bapanya yang bercerai lantas dipelihara oleh datuknya. Dalam Anak Din Biola. golongan pelajar dalam novel Tragedi Empat Disember iaitu Kamarul Azam dan rakan-rakan amat aktif dan seronok belajar manakala Kanang tidak seronok belajar dan hanya bersekolah setakat darjah tiga. Penumpang tersebut mungkin ayah Kamarul Azam yang merupakan pemberita yang ingin menyampaikan berita sebenar kepada orang ramai. Bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan tingkatan tiga. Kamarul Azam bertegas mahu melaporkan diri di Balai Polis Tanjung Pangku walaupun hari telah malam. Perbandingan lain ialah kdua-dua buah novel ini melibatkan golongan pelajar. Dia tegas mahu mematuhi jadual tugasan ujian. Oleh itu. dalam kedua-dua buah novel terdapat masyarakat yang bertanggungjawab. Terdapat persamaan dan perbezaan dari segi latar masyarakat dalam novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola dan novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan yang saya kaji. Dalam Anak Din Biola. Watak utama dalam novel tingkatan 3 iaitu Kanang Cerita Seorang Pahlawan ialah Kanang. Datuk Kanang telah mengambil tanggungjawab menjaga cucunya walaupun Kanang amat nakal. Watak utama dalam novel tingkatan2 iaitu Tragedi Empat Disember ialah Kamarul Azam. Nota itu dimasukkan ke dalam sebuah bekas sebelum kapal terbang terhempas.

teknik ini digunakan ketika Budiman berfikir berseorangan pada waktu malam lantas teringatkan Lina yang mungkin sedang tidur. . Kanang pula gigih menjalani latihan di Ulu Tiram. Ford pula sering memberikan wang kepada Kanang kerana Kanang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Kanang gigih belajar dan akhirnya berjaya menamatkan latihan . Teknik plot imbas muka digunakan dalam Anak Din Biola apabila Budiman telah mengimbas perkara-perkara yang akan berlaku terhadap dirinya selepas bergelar juara termasuk terpaksa belajar bahasa Jepun kerana akan melanjutkan pelajaran ke sana dalam bidang muzik. Antaranya ialah menghendap Pak Wan Busu menggesek biola dan mencuci kereta pada waktu malam. Kanang telah berfikir sendirian tadbir mimpi tersebut. Kanang telah menyatakan hasratnya untuk berjuang dalam bidang yang lain setelah bersara. Pak Man tukang jahit telah menjahitkan Budiman baju melayu yang cantik untuk dipakai semasa Budiman menerima pingat daripada sultan. ketika terjaga daripada mimpi buruk. Dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. kedua-dua watak ini berbeza dari segi pekerjaan. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 ialah Anak Din Biola dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Terdapat persamaan antara teknik plot yang digunakan dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3. Pilih salah satu watak sampingan daripada setiap novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 dan bandingkan perwatakan mereka. Jelaskan persamaan tersebut. Dalam novel Anak Din Biola. Walaubagaimanapun. Nilai gigih pula jelas dilihat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh Budiman untuk belajar menggesek biola bagi menyertai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Dalam Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Dalam Anak Din Biola. Mr.Johor setelah diterima menyertai pasukan tentera. Teknik monolog dalaman juga digunakan dalam kedua-dua buah novel. Dalm Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. 12. Pak Man tukang jahit bekerja makan gaji di Rumah Bonda sebagai tukang jahit manakala Mr. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 ialah Anak Din Biola manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Budiman begitu berani keluar pada waktu malam kerana ingin menyiasat bunyi biola yang datang dari arah sebuah rumah usang di lereng bukit. Kanang begitu berani bertempur dan menyelamatkan rakannya yang cedera ketika Gerakan Setia di Hutan Korbu. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 ialah Anak Din Biola dan Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Nilai kemanusiaan yang ingin diserapkan melalui novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan 3 mempunyai persamaan. Walupun tidak fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Watak sampingan yang saya pilih daripada kedua-dua novel ini ialah Pak Man tukang jahit dan Mr. 11. Kedua-dua watak sampingan ini mempunyai sifat baik hati. Jelaskan nilai tersebut. Antara nilai kemanusiaan yang diamalkan oleh watak-watak dalam kedua-dua buah novel ini ialah berani dan gigih. Setiap watak utama dalam sesebuah novel akan dibantu oleh watak sampingan.10. Ford pula bekerja sendiri iaitu menguruskan kontrak membekalkan arang batu ke negara asalnya. Ford. Banyak teknik plot yang digunakan dalam kedua-dua buah novel.

Peribahasa juga digunakan dalam novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. antara gaya bahasa yang digunakan ialah istilah ketenteraan. Antaranya ialah bahasa Inggeris iaitu ³homework´ yang digunakan oleh Budiman dan rakan -rakan untuk merujuk kepada kerja rumah yang diberikan oleh guru. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. .2 mahupun tingkatan 3. Bagi novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Beliau menyertai pasukan Iban Trackers pada tahun 1962. antaranya ialah ³yang baik dijadikan teladan. Keesokan harinya iaitu pada malam 4 Disember 1977. Berdasarkan novel yang anda kaji dalam tingkatan 2 dan 3. Latar masa bagi novel Tragedi Empat Disember ialah sekitar awal Disember 1977. ulas secara ringkas bahagian akhir cerita. Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita Tragedi Empat Disember. Latar masa bagi novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan amat panjang memakan masa 55 tahun lebih. tragedi yang menyayat hati telah berlaku iaitu tragedi kapal terbang terhempas. yang buruk dijadikan sempadan´. Jelaskan latar masa bagi mana-mana dua buah novel yang anda kaji sama ada dalam tingkatan 1. Peribahasa juga digunakan iaitu ³si buta makanan si celik´. Helen yang ingin menyesuaikan diri dalam kalangan isteri tentera yang lain. Peribahasa ini digunakan oleh Kanang semasa bercerita tentang keadaan isterinya. Antik telah ditemukan semula dengan ayahnya apabila pasukan keselamatan kedua-dua buah negara sepakat untuk di tengah laut. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 ialah Anak Din Biola. Beliau akhirnya bersara pada tahun 1986. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 2 ialah Tragedi Empat Disember manakala novel yang saya kaji dalam tingkatan 3 ialah Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Selain itu. Banyak istilah ketenteraan yang digunakan semasa peristiwa memburu komunis di Hutan Korbu diceritakan. Kanang masih juga mendapat penghormatan daripada kerajaan atas jasa baktinya kepada negara. misteri tentang kotak yang dijumpai juga terjawab apabila kotak itu ditemukan semula dan mengandungi catatan yang ditulis oleh penumpang pesawat sebelum pesawat terhempas. Peribahasa ini digunakan oleh Budiman untuk mengingatkan Chong agar tidak menegur akan keluarga Linda untuk kepentingan diri sendiri. Kisahnya bermula pada 3 Disember 1977 pada waktu petang. bahasa asing digunakan dalam novel ini. Dalam bahagian akhir atau kesudahan cerita novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan. Pada 9 Disember 1977 kesemua mangsa nahas dikebumikan. antaranya ialah teknik ³all round defence´ dan teknik larian secara ³paper potting´ semasa serangan.13. Kanang yang telah bersara telah kembali ke Rumah Panjang Skra Hilir dan setelah bersara. Kanang dilahirkan pada 2 Mac 1945 dan menamatkan persekolahan setakat darjah 3. Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan dua gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam tingkatan 3. 14. 15. Dari segi gaya bahasa.

Tema bagi novel tingkatan 1 iaitu Anak Din Biola ialah kegigihan remaja yang serba kekurangan. Ini bersesuaian dengan kumpulan pembaca terdiri daripadakanak-kanak dan remaja.16. . Dalam novel ini. Budiman menghadapi masalah kewangan untuk menyertai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Kanang contohnya. Novel Anak Din Biola yang saya kaji dalam tingkatan 1 mempunyai keistimewaan dari segi gaya bahasanya. Anda telah mempelajari tiga buah novel sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 hingga tingkatan 3 mempunyai temanya yang tersendiri. Pilih mana-mana dua buah novel yang telah anda pelajari dan ulas tema novel-novel tersebut. Walaupun ditawarkan wang hasil jualan biola dan dirasuah supaya tidak menyertai pertandingan. Tetapi dia tetap berusaha mengikut jalan yang betul untuk mendapatkan wang. Jelaskan satu keistimewaan bagi setiap novel yang tersebut di atas. Novel Kanang Cerita Seorang Pahlawan pula. Antara cara hidup tersebut ialah percaya kepada mimpi dan melakukan upacara piring sebelum berjalan jauh untuk mengelakkan bahaya. Ayat yang digunakn pendek-pendek. pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dan memahami cara hidup kaum lain. Budiman telah menolak pemberian tersebut. Novel yang anda kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 mempunyai keistimewaan. 17. Persoalan ini menarik kerana secara tidak langsung. Perkataaan yang digunakan juga mudah difahami. sanggup masuk ke hutan semula apabila diarahkan walupun baru sahaja keluar dari hutan. Kedua-dua buah novel yang saya kaji dalam tingkatan 1 dan tingkatan 3 mempunyai pelbagai keistimewaan. menarik kerana mengetengahkan persoalan tentang cara hidup amalan orang Iban. Tema bagi novel tingkatan 3 iaitu Kanang anak Langkau ialah semangat cinta akan negara dalam kalangan anggota tentera.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->