You are on page 1of 36

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan folio hubungan etnik yang bertajuk Masyarakat Pluraliti di Zaman Penjajahan ini dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih buat pensyarah tercinta Puan Thubaibah @ Suaibah binti Abu Bakar atas segala tunjuk ajar, bimbingan serta panduan yang diberikan kepada kami dalam menyiapkan folio ini. Penerangan serta ajaran yang puan berikan banyak membantu kami dalam menyiapkan folio ini. Ribuan terima kasih juga buat sahabat seperjuangan atas bantuan yang telah diberikan dan kerjasama yang sangat memberangsangkan semasa kami menyiapkan folio ini. Tanpa kehadiran kalian, agak mustahil untuk kami menyiapkan folio ini.

Melalui folio ini juga, dapat disimpulkan bahawa pihak British hanya datang ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka dan pentadbiran pihak British juga menjadi punca wujudnya masyarakat plural. Bukan itu sahaja, semua kaum juga ditindas demi kepentingan mereka sendiri. Pihak British juga mempunyai pelbagai agenda dalam memecahkan masyarakat plural di Tanah Melayu bagi mengelakkan kemajmukan masyarakat.

Pengenalan

Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. Sebelum pertengahan abad ke-19, hampir semua penduduk Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia) adalah orang Melayu. Berdasarkan segi geografi, Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik kerana berada di dalam laluan antara timur dan barat. Ia dikelilingi oleh gugusan kepulauan yang mempunyai budaya penduduk yang hampir sama. Perdagangan, menuntut ilmu, ataupun hubungan persaudaraan merupakan tujuan utama migrasi antara kawasan. Lalu berlakulah penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, Arab dan Indonesia yang membawa perubahan ketara dalam masyarakat Tanah Melayu. Lantas tidak hairanlah apabila Tanah Melayu mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya yang berbeza. Kedudukan tanah melayu yang strategik juga merupakan faktor kedatangan penjajah British. Sebagai contoh, kedudukan Pulau Pinang yang berupaya menjadi pusat pengumpulan barang, pusat pelabuhan persinggahan dan menjadi pangkalan tentera British. Tetapi malangnya selepas kedatangan penjajah British yang membawa masuk dasar yang bertujuan memecahbelahkan kesatuan di Tanah Melayu, kejelikitan hubungan etnik di kalangan penduduk di tanah melayu tidak dapat dipertahankan lagi. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai sesi komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.

Sejarah Awal

Tanah Melayu yang dikelilingi dengan laut pada zaman dahulu merupakan sebuah kepulauan yang sangat strategik dalam kegiatan perdagangan. Kedudukan Tanah Melayu berada di tengah-tengah laluan perjalanan dari China ke India. Ditambah lagi dengan ciri-ciri Tanah Melayu yang mampu menjadi pusat persinggahan sementara khususnya ketika peralihan angin monsun kerana Tanah Melayu mempunyai banyak gunung-ganang. Kerajaan kelautan (Maritime) yang meluas menyebabkan proses migrasi dan kerajaan awal wujud di Nusantara. Dari segi kegiatan perdagangan, fakta ada menyatakan bahawa bangsa Melayu yang wujud di Tanah Melayu merupakan golongan peniaga dan pedagang. Malahan kehebatan kepulauan Melaka menyebabkan 84 jenis bangsa berdagang di kepulauan tersebut. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Kejayaan ini juga disebabkan kebijaksanaan pemerintah negeri Melaka. Sebagai contoh, wujudnya undang-undang yang menjadi panduan pentadbiran Melaka seperti undang-undang Melaka dan undang-undang laut Melaka. Kegemilangan Melaka diperakui sehingga digelar sebagai Cosmopolitan City dan juga disamakan dengan kegemilangan Venice di Itali.

Ilustrasi menunjukkan kegemilangan pelabuhan Melaka yang boleh disamakan dengan kegemilangan Venice.

Selain itu, Johor juga telah mewarisi kepulauan Melayu pada zaman tersebut. Antara tokoh yang telah mengangkat Jaohor sebagai sebuah negeri tersohor ialah Sultan Abu Bakar. Baginda memerintah dengan bijaksana hingga digelar Bapa Johor Moden. Disebabkan Tanah Melayu merupakan sebuah kepulauan yang gemilang, ini menyebabkan kuasa penjajahan barat menginginkan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mereka agar dapat memperolehi manfaat yang ada pada Tanah Melayu terutama dari segi ekonomi. Kehadiran penjajah barat telah memecah-belahkan Tanah Melayu lalu menakluki Tanah Melayu dan mempersempadankan kawasan telah diwujudkan mengikut kekuatan pengaruh masing-masing. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. Melaka sebuah wilayah yang berjaya menempatkan namanya di dalam peta dunia pada abad ke-14. Kegemilangannya telah berjaya menarik ramai masyarakat seluruh dunia untuk singgah dan menjalinkan hubungan perdagangan Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi elemen utama yang membawa perubahan identiti Negerinegeri Melayu(NNM). Hal ini sememangnya suatu yang realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British. Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan kewujudan istilah masyarakat majmuk. Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya, penguasaan lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai kampung selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar.

Dasar Penjajahan British

Pada peringkat awal penjajahan, kuasa-kuasa barat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) mula untuk menggunakan aktiviti perdagangan di Asia Tenggara dan bersaing untuk menjalankan dan menguasai perdagangan. Calcutta dijadikan sebagai pangkalan untuk merancang strategi perniagaan dan penjajahan oleh orang-orang Inggeris. Disebabkan faktor geografi Tanah Melayu yang strategik telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan yang terkemuka, maka British hanya memfokuskan di kawasan-kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pendekatan tipu helah dan ugutan atau diplomasi kapal perang menjadi cara bagaimana British mampu untuk memaksa raja-raja Melayu menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British. British sedar bahawa jika mereka mengambil kuasa raja-raja Melayu secara keseluruhan, mereka akan mendapat tentangan daripada penduduk Tanah Melayu. Bagi mengelakkan penentangan di kalangan orang-orang Melayu, British menggunakan pendekatan muslihat sistem residen iaitu melantik pegawai British sebagai residen yang tugasnya untuk menjadi penasihat raja. Dakwaan kerajaan British yang mengatakan kedatangan mereka bukanlah untuk menjajah Tanah Melayu hanya tipu helah semata-mata. Pelantik residen yang ditugaskan untuk menasihati raja dalam semua bidang pemerintahan kecuali dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu dikatakan untuk mengekalkan sistem kesultanan. British tidak menyentuh hal berkaitan agama dan adat istiadat Melayu kerana kedua-dua hal ini sangat sensitif untuk disentuh, apatah lagi untuk diceroboh atau dihapuskan. Segala tipu muslihat British tidak dapat dilindungi lagi apabila pegawai-pegawai British secara rakus mengambilalih kuasa pemerintahan dan pentadbiran sultan. Pengambilalih kuasa ini menyebabkan hak pentadbiran negeri oleh sultan diketepikan sama sekali. Para pembesar juga menerima tempiasnya apabila hilang kelayakan untuk mentadbir negeri dan menjaga daerah-daerah yang merupakan pusat kuasa dan ekonomi.

Berpandukan slogan Gold, Glory, Gospel, kedatangan penjajah Barat bukan sahaja untuk menguasai bahan mentah tetapi juga untuk menyebarkan agama Kristian. Semasa era penjajahan, British juga mengalakkan penyebaran agama Kristian di kalangan mubaligh mereka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Malangnya agama Kristian kurang mendapat sambutan memandangkan kebanyakan pembesar Tanah Melayu beragama Islam. Bagi memastikan mereka mampu mengaut seluruh hasil bumi di Tanah Melayu, British telah merubah sistem sosial yang menbantutkan kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Sebagai contoh, kedatangan British telah menyebabkan imperialisme ekonomi secara besar-besaran khususnya perladangan getah. Selain itu juga,British juga telah melaksanakan dasar migrasi yang longgar bagi membawa masuk golongan migrasi. Hal ini bertujuan untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan di Tanah Melayu memandangkan kos upah untuk golongan migrasi adalah murah. Dua etnik yang banyak dibawa masuk ialah orang Cina dan orang India. Penghijrahan orang Cina dengan jumlah yang tinggi adalah berikutan dengan aktiviti perlombongan. Jika sebelum ini juga orang Cina ada berhijrah ke Tanah Melayu kerana perdagangan tetapi selepas kedatangan British dasar penghijrahan lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. British telah melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah bagi menghalang kerjasama dan kesatuan antara kaum di Tanah Melayu. Dasar ini menjadikan orang Melayu tinggal di kawasan pedalaman, orang Cina di kawasan bandar manakala orang India di kawasan perladangan. British menggubal dasar ini berdasarkan andaian umum bahawa orang Cina dan India adalah transient. Oleh itu, mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan budaya sendiri. Lama-kelamaan sehingga pertengahan abad ke-20, transient bertukar kepada menetap. Ini menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan konflik yang lebih besar berlaku mencerminkan ketidakserasian antara mereka. Jika dahulunya penduduk Tanah Melayu tinggal dalam keadaan yang harmoni tetapi selepas kedatangan British bermulalah kekacauan daripada segi hubungan etnik. Penduduk pelbagai bangsa di Tanah Melayu dipisahkan berdasarkan kawasan petempatan, sektor pekerjaan, pengenalan sistem pendidikan vernakular dan politik perkauman. Penjajah British
6

dengan ini mampu menguasai pentadbiran dan politik serta mengaut sepenuhnya kegiatan ekonomi di Tanah Melayu selepas perpecahan di kalangan penduduk setempat. Jelasnya, kedatangan British akan berusaha menggunakan sumber buruh yang murah untuk dieksploitasi. Pemikiran ekonomi kapitalisme mula menyebar dan meresap menerusi syarikat-syarikat gergasi barat. Mereka hanya memikirkan keuntungan yang mereka perolehi tanpa memikirkan kesan buruk akibat dasar yang berbaur perkauman ini.

Perkembangan perladangan getah dan kopi yang pesat di penghujung abad ke-19.

Perspektif Ekonomi dan Pembangunan

Melihat pada perkembangan sejarah masyarakat di Tanah Melayu, dapat dijelaskan bahawa tradisi menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Dalam tradisi misalnya, orang Melayu terlalu tunduk pada pemerintah sehingga mementingkan aspek kesetiaan yang pada masa itu merujuk pada konsep perhambaan. Berbanding orang Cina dan India yang menunjukkan sikap berlawanan yang lebih mementingkan ekonomi. Buktinya dengan melihat kehadiran mereka di Negeri-negeri Melayu (NNM). Oleh kerana masyarakat Melayu penduduk asal di tanah Melayu, ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati. Kesannya berlaku peristiwa 13 Mei beberapa tahun selepas merdeka. Keadaan kemasukan migrasi ke NNM mengalami penurunan pada 1929 hingga 1931 akibat berlakunya kemelesetan ekonomi dunia. Kesan daripada kemelesetan ekonomi ini menyebabkan sejumlah besar migrasi kehilangan kerja seterusnya mendorong untuk kembali semula ke negara asal. Dalam tempoh ini juga, British telah menyekat kemasukan golongan lelaki terutamanya dari China, sebaliknya mengalakkan kemasukan golongan wanita dibawah Ordinan Orang Asing 1932. Langkah ini telah menyeimbangkan demografi penduduk di NNM. Dasar Ekonomi Baru juga merupakan salah satu langkah yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan perkauman. Peristiwa 13 Mei menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Jurang ekonomi yang terlalu tinggi menyebabkan orang Melayu tidak berpuas hati dengan kaum Cina dan India. Untuk itu, jalan penyelesaiannya adalah dengan merangka ekonomi yang baru yang dapat memenuhi kehendak semua pihak. Antara objektif dasar ekonomi ini ialah mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang Melayu sekaligus mengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Masyarakat Melayu juga diberikan hak istimewa sebagai penduduk asal. Dan langkah ini diterima oleh kaum lain memandangkan hak yang mereka perolehi di negara Malaysia hampir setaraf dengan penduduk asal terutamnya berkenaan dengan hak kerakyatan. Dasar ekonomi yang dirangka itu pula merangkumi pelbagai aspek dan salah satunya yang menjadi elemen penting adalah pendidikan.

EKONOMI Dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan kepada perbezaan pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Jurang perbezaan ini akan menyebabkan perasaan kaum terus menebal antara setiap kaum. Perbezaan dalam bidang ekonomi ini juga telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan hati dalam kalangan etnik tertentu. Pada zaman kolonial, dasar ekonomi British telah mengamalkan dasar migrasi yang longgar. Pada zaman tersebut, era pembangunan ekonomi Tanah Melayu sangat drastik dan pesat. Dasar ini telah menyebabkan kekurangan pekerja. Jadi pihak british telah membawa masuk pekerja dari India, Cina dan Jawa memandangkan kos mereka yang rendah. British telah memperkenalkan kegiatan perladangan dan bijih timah. Perlombongan biji timah dan perladangan getah mendapat perhatian oleh British kerana pada masa itu permintaan untuk biji timah dan getah amat tinggi di seluruh dunia. Pada kurun ke-19, Tanah Melayu merupakan pengeluar biji timah terbesar. Ini disebabkan oleh faktor Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden seperti penggunaan kapal korek. Biji timah mendapat sambutan tinggi kerana ia digunakan dalam perusahan mengetin makanan. Manakala getah pula mendapat perhatian selepas kejatuhan harga kopi. Permintaan getah semakin meningkat berikutan keperluannya dalam perusahaan membuat enjin dan motokar di Amerika Syarikat dan Eropah selain diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik. Setiap kegiatan telah dibahagikan pekerjanya. Pekerja dari India dihantar untuk perladangan, manakala pekerja dari Cina di Johor ditugaskan untuk menanam gambir dan lada hitam serta melombong. Golongan imigran Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu dengan pelbagai cara, antaranya sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Sistem tiket kredit ialah sistem yang dijalankan di mana imigran Cina yang ingin ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (ketua) yang bertanggungjawab mengumpulkan imigran sebelum di bawa ke pelabuhan. Ketua dibayar sejumlah wang untuk membawa masuk imigran Cina (Sin Kheh) yang kemudian akan diletakkan
9

dibawah penguasaan nakhoda kapal atau agensi buruh. Imigran terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh sehingga hutang tambang mereka selesai. Kemudian mereka diberi pilihan untuk bekerja dengan majikan yang mereka inginkan. Sistem pengambilan kakitangan pula dijalankan dengan cara majikan yang memerlukan pekerja akan penghantar pegawai mereka ke China bagi mendapatkan tenaga pekerja dengan segala tambang dan perbelanjaan ditanggung oleh majikan. Pegawai yang ditugaskan ke China bertanggungjawab dalam mengiringi imigran Cina sehingga sampai ke tangan majikan. Manakala sistem pengambilan rumah kongsi dilaksanakan dengan bantuan pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh sehingga sampai ke rumah kongsi. Pegawai akan dibayar dengan kadar yang telah ditetapkan. Orangi Cina juga ada dibawa masuk melalui sistem Kangcu terutama di Johor bagi mengusahakan lada hitam dan gambir. Buruh-buruh ini diletakkan dibawah kuasa Kangcu atau ketua yang telah dilantik. Sistem ini telah menyelamatkan Johor daripada huru-hara dan menjadikan Johor sebagai pengeluar gambir dan lada hitam terbaik di dunia. Bagi orang India pula, kebanyakan daripada mereka dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem Kangani. Apabila majikan ingin mendapatkan buruh dari India, mereka akan menghantar seorang Kangani atau mandur ke India. Kangani akan mengumpul saudara mara, sahabat ataupun sesiapa sahaja yang ingin bekerja di Tanah Melayu dari kampung mereka sendiri. Kangani ini akan dibayar tambang dan pebelanjaan lain bagi buruh-buruh sehingga mereka sampai di Tanah Melayu . Buruh akan bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang dilangsaikan.

10

Golongan Jawa pula diperkenalkan Sistem Shikh, yang membolehkan orang Jawa yang bekerja dapat mengerjakan ibadah haji di Mekah. Manakala orang Melayu menghasilkan hasil pertanian dan barangan makanan. Selain itu, orang Melayu juga memungut hasil hutan, menangkap ikan dan menternak bintang. Jelas di sini, British hanya menggunakan Tanah Melayu untuk kepentingan sendiri. Penduduk Tanah Melayu sejak awal lagi telah terpisah mengikut kemajmukan masyarakatnya. Ketiga-tiga masyarakat dipisahkan melalui perspektif ekonomi; orang Melayu sebagai petani dan nelayan, manakala orang Cina dalam bidang perlombongan dan orang India sebagai buruh ladang.

Aktiviti perlombongan yang banyak dipelopori kaum Cina.

Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan. Orang Melayu pula diletakkan dalam bidang yang kurang berdaya maju dan orang india menjadi buruh di estet-estet. Hasil dari pekerjaan yang berbeza-beza ini maka wujud jurang pendapatan setiap etnik. Setiap etnik berusaha merebut ke-ekonomi yang lebih. Selain itu, perbezaan ekonomi ini juga mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan yang berlaku juga melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat plural. Bagi mengeratkan lagi perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dititikberatkan. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah keadaan yang tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang.
11

PEMBANGUNAN

Seperti yang kita sedia maklum, British hanya menginginkan Tanah Melayu demi kepentingan sendiri. Oleh itu, British tidak memajukan Tanah Melayu tetapi hanya membangunkan tempat-tempat yang membawa kepentingan kepada mereka. Bagi memudahkan British mengaut keuntungan walaupun di kawasan terpencil mereka memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan pantas bagi bertujuan memudahkan dan mempercepatkan membawa hasil ekonomi terutama biji timah ke kawasan pelabuhan untuk tujuan eksport. Sebagai contoh pembinaan landasan keretapi dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang), Kuala Lumpur ke Port Swettenham (kini dikenali Pelabuhan Klang) dan dari Seremban ke Port Dickson. Pembinaan landasan kereta api dijalankan sebanyak tiga fasa; fasa pertama bertujuan untuk keperluan biji timah, fasa kedua dijalankan untuk menghubungkan kawasan utara dengan kawasan selatan apabila Negeri Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan, juga untuk memudahkan urusan pentadbiran British dan fasa ketiga pula dilaksanakan selepas British berjaya meluaskan jajahan ke Negeri-Negeri Tidak Bersekutu dengan tujuan menghubungkan seluruh Tanah Melayu serta sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu dan memenuhi keperluan ekonomi. British juga memajukan jalan raya bagi menghubungkan kawasan biji timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Jalan raya juga dibina berikutan peningkatan penggunaan kenderaan bermotor seperti lori, kereta dan bas. Jalan diturap sesuai dengan kenderaan bermotor. Kebanyakan jalan raya dibina untuk menghubungkan pelabuhan dan menghubungkan bandarbandar besar dan bandar-bandar kecil. Contoh jalan raya yang paling awal ialah jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban. Dari segi sistem perhubungan pula British telah menekankan sistem pos, telegraf, telefon dan radio dengan tujuan supaya perhubungan antara negeri-negeri di Tanah Melayu dapat dihubungkan dengan pantas. Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan yang giat dengan aktiviti ekonomi, pusat pentadbiran dan pelabuhan seterusnya barulah berkembang di kawasan petempatan. Contohnya pada tahun 1870-an, pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak. Kemajuan perkhidmatan kesihatan dan keperluan asas lain juga dijalankan oleh British. Hal ini
12

berikutan masalah kesihatan yang wujud akibat penambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan penempatan baru. Persekitaran yang kotor menyebabkan penyakit mudah merebak seperti taun, beri-beri dan malaria. British mengambil langkah mendirikan hospital dan pusat kesihatan untuk mengatasi masalah kematian golongan imigran Cina dan India akibat penyakit malaria dan beriberi. Hospital terawal yang dibina adalah di Taiping dan Pulau Pinang manakala pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor dan Pahang bagi tujuan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan. Kemudahan asas lain seperti sistem perairan dan bekalan elektrik juga diwujudkan oleh British. Bekalan elektrik mula diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi. Awalnya bekalan elektrik hanya disalurkan ke Kuala Lumpur dan Pualu Pinang. Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibina pada 1930 bagi menampung keperluan tenaga elektrik. The River HydroElectric Power Company Limited dibina bagi tujuan membekalkan bekalan elektrik di kawasan Lembah Kinta. Dalam membangunkan Tanah Melayu, British masih cuba mengekalkan status quo bangsa Melayu sebagai petani dan nelayan. British juga tidak memajukan pendidikan di Tanah Melayu. Pembangunan juga diasingkan mengikut kaum. British hanya membiarkan orang Melayu dalam keadaan miskin dan tradisional. Malahan mereka menganggap orang Melayu mempunyai status sosial yang paling rendah. British hanya membangunkan kota-kota kolonial hanya untuk kepentingan ekonomi. British telah membangunkan tempat kegiatan perlombongan yang hanya menguntungkan orang Cina. Orang India pula dikaitkan dengan perladangan. Namun begitu, kebanyakan orang India (tokoh tokoh India) terlibat dalam bidang perubatan dan undangundang. Dari segi pembangunan juga British telah menjarakkan hubungan antara kaum demi kepentingan mereka. Hasil dari penjajahan British ini juga mewujudkan kawasan perbandaran. Pembukaan kota besar ini adalah merupakan perancangan kolonial yang dibuat secara intensif dan teratur, satu kawasan petempatan baru, yang tidak mengganggu ekologi penempatan orang Melayu. Oleh itu, hanya kawasan yang dapat memberi keuntungan serta yang kaya dengan hasil bumi dibangunkan seperti Taiping dan Ipoh, Perak, Kuala Lumpur dan Klang di Selangor dan
13

Seremban di Negeri Sembilan. Melalui proses pembandaran ini juga wujudnya pelbagai pembangunan infrasturuktur termasuklah rangkaian jalan raya, jalan keretapi dan perhubungan telekomunikasi. Walaubagaimanapun kawasan pedalaman yang didiami oleh orang Melayu dan India terus ditinggalkan dan terpinggir dari arus permodenan. Penduduk mula berhijrah ke kawasan bandar baru yang merupakan pusat ekonomi, perniagaan dan pendidikan setelah mereka menyedari pusat pentadbiran tradisional mulai kehilangan fungsi dan peranan. Kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu juga cukup dinamik dan begitu responsif dengan dasar-dasar ekonomi British. Apabila pihak penjajah memperkenalkan penanaman getah secara besar-besaran, orang Melayu juga berbuat demikian tetapi dengan saiz yang kecil yang dikenali sebagai kebun kecil. Ini juga berlaku disebabkan proses pembandaran yang mula berkembang. Peranan orang Cina mula bertukar daripada pelombong kepada peniaga, yang kebanyakannya mendiami kawasan bandar. Hakikatnya, orang Melayu juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya kerana mereka menghasilkan hasil pertanian dan barangan makanan yang kemudiannya dipasarkan di kawasan bandar. Selain itu, fakta sejarah juga menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan golongan pedagang yang paling aktif, bukan sahaja di dalam negara tetapi di seluruh Nusantara. Kegiatan perdagangan yang cukup rancak ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penjajah, yang pada akhirnya berusaha menguasai rantau ini di samping mengusai ekonomi dan perdangan, politik dan tanah jajahan serta memecahbelahkan perpaduan kaum.

Antara contoh pembangunan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu.

14

Kegiatan Berpolitik Jika dilihat dari segi perkembangan politik di Tanah Melayu, sehingga Perang Dunia Kedua, setiap kaum dilihat cenderung dalam memperjuangkan kepentingan untuk bangsa masing-masing. Salah satu faktor yang memungkinkan kegiatan politik wujud secara berpisahpisah ialah kemajmukan masyarakat yang banyak dipengaruhi dengan imigrasi orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Pada masa itu, dapat diperhatikan setiap kaum berusaha dalam mempertahankan kepentingan dan kelangsungan hidup masing-masing. Ini menyebabkan timbulnya nasionalisme Melayu, Cina dan India. Keadaan ini berlaku kerana setiap kaum mempunyai kepentingan yang bertentangan dan pandangan yang berbeza antara setiap kaum yang lain. Melihat kepada ketidaksepaduan kesedaran politik ini, dapat digambarkan bahawa melalui kerjasama politik, hubungan etnik antara kaum tidak dapat dicapai. Semangat perkauman telah mula tertanam, menyubur dan mengakar dalam kalangan tiga bangsa utama itu. Faktor perbezaan antara wadah dan dimensi gerakan politik menyebabkan ketidakwujudan suatu kesatuan dan persatuan bagi penduduk Tanah Melayu dan memungkinkan pihak British untuk mengeksplotasi keadaan untuk terus mengekalkan Tanah Melayu sebagai Tanah Jajahan. Di peringkat permulaan, kegiatan politik bagi kaum Cina dan India lebih cenderung berkiblatkan negara asal. Pada ketika itu, imigran Cina dan India tidak mengambil peduli akan hal ehwal di Tanah Melayu. Sebaliknya, mereka dilihat menumpukan lebih minat kepada perkara yang berlaku di tanah asal mereka. Orang Melayu pula telah mula bimbang akan kemasukan imigran Cina dan India dalam bilangan yang ramai. Mereka khuatir akan kedudukan dan hak istimewa mereka akan terancam dengan kehadiran imigran-imigran tersebut. Apabila kaum Cina dan India mula mengembangkan politik mereka dengan penubuhan beberapa parti untuk kaum masing-masing, orang Melayu mula merasa terancam.

15

Namun begitu, penglibatan orang Cina dan India tetap wujud dalam membentuk dasar bagi Tanah Melayu. Pihak penjajah memberi pengiktirafan terhadap orang Cina dan India. Ini digambarkan dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina dan India oleh pihak British. Bukan itu sahaja, pemimpin-pemimpin dari kaum Cina dan India juga dilantik menjadi Majlismajlis Mesyuarat Kerajaan; Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, suatu pernyataan tentang Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Lim Ching Yan. Dakwanya, Tanah Melayu milik semua kaum memberi kesedaran politik terhadap semua kaum yang ada di Tanah Melayu. Hasil daripada itu, semua kaum berusaha menubuhkan persatuan dan parti politik sebagai wadah perjuangan untuk menyuarakan matlamat kaum masing-masing. Dalam hal ini, dikatakan perjuangan kaum Cina dianggap lebih agresif berbanding perjuangan kaum Melayu dan India.

16

Zaman Penjajahan Jepun

Zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 sehingga 12 September 1945. Walaupun Tanah Melayu berada dalam jajahan Jepun hanya dalam masa yang singkat tetapi zaman tersebut tetap meninggalkan kesan negatif berkaitan hubungan etnik. Kedatangan Jepun adalah seperti kedatangan British juga dengan tujuan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah untuk ekonomi Jepun. Dengan berbekalkan slogan yang mampu mempengaruhi penduduk Tanah Melayu iaitu Asia untuk orang Asia dan Menghapuskan Imperialisme Kuasa-kuasa Barat dianggap murni oleh masyarakat setempat. Malahan kedatangan Jepun juga dialu-alukan oleh orang Melayu dan India kerana dikatakan dapat menyelamatkan Tanah Melayu sekaligus menghalau penjajah British.Tetapi itu hanya impian masyarakat Tanah Melayu. Konflik antara orang Melayu dan Cina yang telah dipupuk ketika penjajahan British berakhir dengan pertumpahan darah, disebabkan dasar dikriminasi kaum yang diamalkan oleh Jepun. Jepun amat membenci kaum Cina berikutan dengan konflik antara Jepun dan orang Cina di China ketika perang China-Jepun. Dikatakan bahawa orang Melayu mendapat hak istimewa dari pihak Jepun walhal sama seperti orang Cina dan orang India, orang Melayu juga tidak terlepas dari kezaliman tentera Jepun. Semasa penjajahan Jepun, berlaku kemerosotan ekonomi kerana kekurangan makanan. Perang Dunia kedua yang juga melibatkan Jepun mengeruhkan lagi keadan apabila segala aktiviti ekonomi tergendala. Jepun mengamalkan pemerintahan bersifat Self Sufficient selepas bekalan makanan berkurangan. Ini memberi kesan kepada rakyat dan Jepun menggalakkan rakyat menanam sumber makanan sara diri seperti ubi kayu, beras, keledek dan sayuran. Pemerintahan Jepun berbeza dengan British yang menjalankan dasar buka pintu untuk perkembangan Tanah Melayu. Jepun juga telah menghentikan kegiatan perladangan getah dan menggantikan dengan penanaman. Selain makanan, rakyat Tanah Melayu juga mengalami masalah dalam ketiadaan pakaian sehingga masyarakat terpaksa memakai pakaian yang diperbuat daripada guni. Contohnya, Pulau Pinang akibat kesukaran mendapatkan kain seperti berlaku di Kampung Kota Aur, Kepala Batas dan Alor Setar, Kedah. Jepun telah memperkenalkan bank-bank perdagangan untuk menarik penduduk menyimpan wang. Antara bank yang ditubuhkan ialah Yokohama Speci& Ltd dan PerakPeople Park yang terletak di Perak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
17

Pada zaman pemerintahan Jepun juga berlaku inflasi yang amat teruk akibat dari pengeluaran wang pokok pisang yang tidak terkawal sehingga menyebabkan nilai mata wang menjadi rendah dan harga barang melambung tinggi. Dari sudut kesihatan, Jepun tidak mengambil berat seperti British. Ubat-ubatan hanya dobawa dalam kuantiti yang terhad dari Jepun. Pelbagai jenis penyakit yang mengancam kesihatan merebak seperti buncit perut, beri-beri, dan kudis buta. Dari sudut agama pula, Jepun mengamalkan kebebasan untuk beragama. Setiap agama bebas menjalankan aktiviti masingmasing. Sebagai contoh, orang Cina yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga orang Buddha dan orang Thoist bebas untuk ke tokong. Hal yang sama juga berlaku terhadap masyarakat India di mana mereka bebas meraikan agama mereka. Tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran. Orang yang beragama Islam juga bebas mengamalkan ajaran agama tetapi tanpa disedari Jepun telah mencemarkan agama Islam dengan menjadikan tempat beribadat orang Islam sebagai tempat makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Penjajah Jepun telah menyogok masyarakat dengan hiburan bagi mengalihkan mereka daripada rasa sengsara dan perasaan ingin menentang Jepun. Tetapi hal ini telah meruntuhkan moral masyarakat Tanah Melayu. Antara jenis hiburan yang digalakkan Jepun ialah judi. Perjudian besar-besaran seperti pakau, berlaga ayam dan daun terup sering dijalankan. Jepun juga menyediakan panggung wayang yang berpropagandakan Jepun dan tempat berseronok. Kesemua ini bertujuan bagi melalaikan masyarakat Tanah Melayu. Tetapi dari segi pendidikan, Jepun memberikan pendidikan yang sama antara penduduk juga memberi orang melayu menerima semangat kebangsaan jika dibandingkan British yang berat sebelah. Orang-orang Melayu diajar bukan sahaja kemahiran tetapi juga bidang-bidang matematik, pertanain sains dan pelbagai subjek lain. Malahan Jepun telah menubuhkan sekolah Teknik yang mengajar kursus kejuruteraan mekanik, jurutera major dan pembinaan kapal. Sesuatu yang menarik ketika penjajahan Jepun ialah kurangnya berlaku jenayah kerana pada zaman tersebut pihak Jepun akan menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah. Contohnya di Johor, bagi kesalahan mencuri, individu akan diberikan minum air yang banyak kemudian sekeping papan diletakkan diatas perut dan dipijak beramai-ramai. Hukuman paling berat yang dikenakan oleh pihak Jepun ialah hukuman pancung. Pengajarannya, konflik antara etnik memang mudah untuk dieksploitasi yang akan berakhir dengan tragik kemanusiaan yang melampau.
18

Perjuangan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu untuk membebaskan dan memerdekakan Tanah Melayu dari tangan penjajah telah bertukar mejadi konflik perkauman yang tiada kesudahannya. Prasangka dan permusuhan yang disemai ketika zaman penjajahan British menyuburkan lagi sifat kebencian antara satu sama lain. Justeru itu, ketika penjajah british kembali semula mentadbir Tanah Melayu, mereka menggunakan Sistem Pentadbiran Tentera (British Military Administration) bagi memulihkan semula keamanan dalam negara, kestabilan politik dan keharmonian antara penduduk Tanah Melayu. Kekurangan migrasi juga berlaku untuk kali yang keduanya selepas perang dunia ke-2 berlaku. Ini merujuk pada penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China. Sementara migrasi dari India pula masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pendudukan Jepun bermakna merujuk pada zaman darurat yang berlaku dalam tempoh 1948 hingga 1960. Pada 1947 sehingga 1953, telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara selepas tahun 1954, orang Cina mengambil keputusan untuk menetap terus di Tanah Melayu. Tindakan mereka ini mewujudkan keadaan sebenar masyarakat majmuk yang pada dasarnya telah bermula pada tahun 1910-an.

Kekejaman penjajah Jepun ketika memjajah Tanah Melayu hingga digelar Zaman Kegelapan

19

Selepas Perang Dunia Kedua Selepas perang, semua orang Cina dan India perlu dihantar pulang ke negara asal mereka jika ingin merdekakan Tanah Melayu. Ini kerana mereka bukan warga sultan-sultan Melayu. Kerana itulah Cina sukakan gagasan Malayan Union. Malayan Union mengiktiraf mereka sebagai rakyat Malaya. Kaum Cina dan India tidak mahu pulang ke tanah asal kerana mereka dibawa oleh British sehingga hilang talian kekeluargaan dengan negara asal mereka. Jadi mereka akhirnya terpaksa menjadi rakyat Great Britain. Inilah masalah bagi British. Oleh itu mereka memujuk raja Melayu dan pemimpin Melayu untuk memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India. Kerakyatan diberikan tetapi bersyarat. Inilah yang disebut sebagai hak istimewa Melayu kerana pengorbanan melayu memberikan kerakyatan ini. Kerakyatan ini menghilangkan masalah bebanan British dan memudahkan bangsa Cina dan India daripada perlu kembali ke tanah air mereka yang lebih teruk bergolak. Dari sinilah adanya hak istimewa Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun ataupun dikatakan zaman kegelapan telah menyumbang kepada semangat nasionalislime dan kesedaran politik yang meluap-luap untuk memerdekakan tanah melayu di seluruh negara. Hal ini berikutan kegelisahan politik yang begitu ketara disebabkan penjajahan British yang berusaha untuk mengkolonikan Tanah Melayu di bawah ketuanan The Queen selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Perjuangan bagi memperolehi kemerdekaan banyak dipelopori oleh orang Melayu berbanding dengan kaum lain. Seluruh kekuatan politik melayu digembelingkan untuk menghapuskan kerajaan Malayan Union yang telah mencabul hak keistimewaan orang Melayu mulai 1 April 1946. Hasil daripada resolusi perjuangan Melayu, kerajaan British akhirnya terpaksa akur dan berakhir dengan pelaksanaan Persekutuan Tanah Melayu mulai 1 April 1948. Campur tangan British secara langsung dalam pentadbiran tanah melayu selepas Perang Dunia Kedua menatijahkan hubungan kaum yang terjejas menerusi sistem pecah dan perintah menjadi konflik yang lebih terbuka. Pihak British mencabar secara terbuka apabila orang Melayu cuba mempertahankan hak ketuanan di negara ini. Tetapi terdapat golongan bukan Melayu khususnya golongan imigran yang berdiri di belakang dasar British yang memberi peluang dan ruang untuk
20

membolehkan mereka mendapat kerakyatan di tanah Melayu terutama apabila British memperkenalkan sistem jus soli. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang Dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Antara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

21

Perpaduan Sebelum Kemerdekaan Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum selepas Perang Dunia demi untuk menubuhkan wadah perjuangan berasaskan kaum masing-masing. Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada 11 Mei 1946. Presiden UMNO yang pertama yang memperjuangkan parti tersebut ialah DatoOnn Jaafar. Tujuan penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union, memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Bagi kaum Cina pula, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan pada Februari 1949 diasaskan oleh Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh. Presiden MCA pula diketuai oleh Tan Cheng Lock. Tujuan penubuhan parti MCA ialah menyatupadukan orang Cina, melindungi hak dan kepentingan orang Cina dan membantu British menentang PKM. India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) pada bulan Ogos 1946 ditubuhkan oleh John Thivy yang bertujuan menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu. Setiap kaum berperanan untuk membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan. Perjuangan Kemerdekaan yang dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang lebih awal ditubuhkan iaitu pada 17 Oktober 1945, tidak mendapat sokongan massa disebabkan penglabelan dan momokan negatif yang diberikan oleh penjajah British. Malah pemimpin PKMM telah mengusahakan ikhtiar perpaduan menerusi pembentukan kerjasama politik dengan gabungan parti bukan Melayu (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lok. Kerjasama politik inilah, yang menerbitkan semangat kemerdekaan menerusi gagasan Perlembagaan Rakyat (1947). Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan menuntut kemerdekaan tercetus secara berterusan. Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara, Malcolm McDonald menaja slogan perpaduan sebelum kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Muslihat ini bertujuan untuk meredakan konflik antara kaum ke arah pembentukan suatu negara-bangsa Tanah Melayu yang merdeka. Kompromi dan tolak ansur menjadi isu utama. Berikutan itu, Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) dibentuk yang terdiri daripada wakil pemimpin UMNO, MCA, dan MIC yang dipengerusikan oleh E.E.C Thuraisingam.
22

Perbincangan yang tertumpu kepada tema perpaduan menyebabkan Dato Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibukakan kepada orang bukan Melayu. Usaha tersebut tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO kerana semangat perkauman yang masih menebal. Namun demikian, kegagalan Dato Onn menyatukan pelbagai kaum dalam parti telah mendorong pemikiran Tunku Abdul Rahman untuk mengubah adunan perpaduan kepada Parti Perikatan pada tahun 1954. Setiap parti dibenarkan mengekalkan identiti parti masing-masing yang berteraskan kaum, tetapi disatukan dalam gagasan Perikatan. Jelasnya, pemimpin-pemimpin utama mencapai konsensus dalam isu-isu utama negara menerusi pendekatan tolak ansur (quid pro quo). Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957. Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya. Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.

Dato Onn Jaafar cuba mengusulkan cadangan untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu tetapi ditentang

23

Perspektif Pendidikan

Kesemua dasar yang dikemukakan bagi pendidikan ini bertujuan untuk mencapai perpaduan dikalangan penduduk. Misalnya Penyata Razak dan Rahman Talib yang mengariskan unsur perpaduan sebagai objektif utama. Untuk itu, Bahasa Melayu dipelajari di semua sekolah sementara bahasa kaum masing-masing turut dipelajari dengan harapan dapat merapatkan hubungan antara kaum. Namun masih terdapat kekangan dimana kawasan dan jarak bagi setiap kaum itu menjadi penghalang utama. Bahasa melayu hanya digunakan oleh satu bangsa sahaja dalam komuniti sekolah tersebut. Maknanya disini, sekolah Cina dan India mempelajari bahasa Melayu namun bukan digunakan untuk berbahasa dengan kawan sebaliknya sebagai memenuhi syarat pendidikan. Jelasnya masih tidak terdapat perhubungan perpaduan. Ketika zaman penjajahan British, satu tindakan telah diambil oleh pihak penjajah untuk menunjukkan kepada rakyat di Tanah Melayu bahawa kehadiran mereka mempunyai tanggungjawab sosial. Oleh sebab itu, sistem pendidikan bersifat vernakular cuba diperkenalkan, dengan alasan untuk mengukuhkan sifat dan ciri kemajmukan masyarakat. Sistem pendidikan vernakular boleh didefinisikan sebagai sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda setiap kaum tersendiri dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. Pihak penjajah juga menambah bahawa alasan mereka mahu mewujudkan sistem pendidikan bersifat vernakular ini adalah untuk membiarkan setiap kaum dan bangsa merasa selesa apabila idea bangsa masing-masing dikekalkan. Ibrahim Saad (1970), menegaskan bahawa pihak British sendiri telah mengimport guru-guru dari India dan China beserta bahan bacaan yang turut diimport dari negara asal mereka.

24

Namun begitu, di sebalik tindakan membangunkan sekolah India dan Cina, hanya sekolah-sekolah Melayu sahaja yang dibuat dan dibangunkan secara minimum, cukup sekadar menunjukkan keprihatinan penjajah British untuk membangunkan bangsa Melayu. Hal ini berlaku kerana pihak penjajah tidak mahu wujudnya kelas menengah Melayu yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran pihak British dan akhirnya akan membuat kekacauan dan gangguan dalam pemerintahan dan kolonial mereka. Pihak British sedar akan kemampuan bangsa Melayu memerintah Tanah Melayu dengan baik, jika mereka diberi pendidikan dan didedahkan dengan sistem pemerintahan. British mahu bangsa Melayu kekal dengan status quo mereka, sebagai petani dan nelayan. Malahan, untuk mencapai hasrat itu, mereka mewujudkan peluang pekerjaan bertaraf rendah yang baru seperti peon, polis dan kerani. Dasar penjajahan British tidak hanya dihadkan untuk memecah belahkan tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi bangsa Melayu sendiri, dasar diskriminasi kolonial British sangat terserlah apabila layanan secara ala-kadar diberikan kepada orang Melayu bawahan dan hanya ditempatkan di sekolah yang daif. Awang Had Salleh, (1970) menegaskan bahawa pada asalnya, guru-guru di sekolah Melayu hanya mempunyai kelulusan darjah 6 sahaja. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) pada 1922 menaikkan taraf guru-guru tersebut. Keadaan ini berbeza sama sekali dengan layanan yang diberi kepada golongan bangsawan. Anak-anak golongan ini diberikan layanan yang penuh istimewa dengan indoktrin berbudaya Inggeris. Ini terbukti apabila Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ditubuhkan pada tahun 1905, (Khasnor Johan, 1980).

Penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan untuk anak golongan bangsawan

25

Bagi penduduk yang menetap di kawasan bandar, khususnya orang Inggeris dan Cina, satu lagi jenis pendidikan diberikan kepada mereka, iaitu sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditaja oleh mubaligh Kristian. Akibat dari kewujudan sekolah ini, orang Melayu semakin menjauhkan diri kerana mereka khuatir aqidah Islam yang suci dalam kalangan orang Melayu akan dipengaruhi agama Kristian dan akan diselewengkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, sistem pendidikan tidak banyak menyumbang kepada usaha-usaha memupuk perpaduan antara bangsa dan kaum atau menjalinkan hubungan yang harmoni antara etnik yang berbeza. Walaupun begitu, hakikatnya sehingga kini, sistem pendidikan di Malaysia masih lagi mewarisi sistem pendidikan bersifat vernakular yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Paling signifikan, sistem dan dasar pendidikan British ini adalah sebahagian usaha berterusan penjajah untuk menyisihkan dan menghalang pembangunan dan kemajuan orang Melayu keseluruhannya.

Antara sekolah bersifat vernakular yang diwarisi daripada sistem pendidikan vernakular diperkenalkan British.
26

Laporan Barnes 1950 Tragedi konflik Melayu-Cina 1945 dan isu perkauman yang semakin menebal telah meninggalkan kesan yang amat mendalam. Akibat perlaksanaan Perlembagaan Malayan Union, politik perkauman yang menyusul selepas itu menyumbang kepada ketidakharmonian antara hubungan etnik. Ini memungkinkan usaha pihak penjajah untuk untuk mewujudkan hubungan antara kaum yang harmoni menerusi sistem pendidikan. Justeru itu, dasar pendidikan dikaji semula, dan Jawatankuasa Barnes dibentuk pada tahun 1950. Jawatankuasa yang diketuai oleh L.J Barnes itu dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris. Menurut Barnes sendiri, pemerintahan Inggeris selama 150 tahun di Tanah Melayu telah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik yang lain di tanah air kaum Melayu sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950). Laporan tersebut menegaskan bahawa asas persekolahan harus diberi lebih tumpuan dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Pada awalnya, laporan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kepada para cendekiawan dan organisasi pendidikan Melayu. Perbincangan mengenai laporan ini terus diadakan sehingga semua pihak dapat memahaminya sebaik mungkin. Saranan ini dibuat dalam konteks mencapai matlamat ke arah pembentukan kebangsaan Tanah Melayu. Jawatankuasa Fenn-Wu 1951 Seperti yang telah dijangkakan, usaha memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan telah menimbulkan bantahan dalam kalangan imigran China. Golongan ini bimbang akan bahasa dan budaya mereka yang bakal terancam. Kaum Cina ini tidak berpuas hati dengan cadangan Laporan Barnes dan menyifatkan sistem pendidikan pada ketika itu mengandungi pemikiran yang cetek dan tidak mengambil kira akan toleransi antara semua kaum. Justeru itu, mereka menggesa pihak kerajaan untuk menubuhkan satu lagi jawatankuasa lain untuk menilai mutu pendidikan bagi semua kaum yang ada di Tanah Melayu, lebih dikenali sebagai

27

Jawatankuasa Fenn-Wu. Jawatankuasa ini telah membuat syor untuk mempertahankan kedudukan bahasa Cina dalam sistem pendidikan. Diwakili oleh dua orang jawatankuasa iaitu W.P. Fenn dan Wu The Yao, mereka diminta untuk mengkaji masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu terutamanya dari segi jurang perbezaan antara pendidikan yang sedang dilaksanakan pada ketika itu, yang bercorak perkauman. Namun begitu, penyata ini pula telah menimbulkan pertentangan dengan konsep Malayanisasi dan ternyata jauh berbeza dibandingkan dengan Laporan Barnes sebelumnya. Antara isu yang menyebabkan tentangan ialah cadangan untuk mengekalkan sekolah-sekolah Cina yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan menolak konsep Malayanisasi untuk diaplikasikan dalam sistem pendidikan di peringkat rendah. Penyata Razak 1956 Pada 1955, sebuah lagi jawatankuasa pendidikan ditubuhkan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping menggalakkan pengajaran bahasa Inggeris. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada September 1955, telah dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu Dato Abdul Razak bin Hussein (Perdana Menteri Malaysia Kedua). Antara tugas-tugas lain jawatankuasa ini ialah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk bangsa dan menjaga perkembangan dan kebudayaan kaum lain. Laporan ini tegas menekankan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun, pada masa yang sama kelonggaran tetap diberi dalam penggunaan bahasa Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK). Laporan ini turut menjelaskan bahawa sistem dan dasar pendidikan kebangsaan telah mula mendapat perhatian utama dari pihak penjajah dan pemerintah Tanah Melayu yang merdeka. Walaupun masih banyak perkara yang belum dituntas dan dimuafakatkan, namun Laporan Razak telah menetapkan asas yang kukuh kepada pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi seluruh Tanah Melayu. Melihat kepada fenomena ini, secara realitinya pemerintah kolonial British telah memberi pengesahan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama yang menunjangi sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hakikatnya kerajaan British mengakui dan mengesahkan ketuanan orang Melayu dalam pembentukan dasar pendidikan. Menurut Abdullah Hassan,
28

(1996), bahasa Melayu dikatakan mampu untuk menjadi agen untuk melaksanakan perpaduan menerusi pendidikan dan pentadbiran. Keunikan negara-bangsa Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, bahasa dan budaya, memerlukan suatu pendekatan dalam perancangan sosial yang konsisten untuk menyatukan dan mematri mereka, seterusnya dapat menanam perpaduan dan integrasi nasional. Sesungguhnya Penyata Razak yang telah dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan telah menghasilkan kejayaan yang boleh dibanggakan berdasarkan perspektif pendidikan, kebudayaan, kenegaraan dan pembangunan secara menyeluruh. Pertama, ilmu berjaya disampaikan dengan berkesan apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, dan rakyat yang berilmu juga berjaya menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Kedua, masyarakat yang lebih positif terhadap pembentukan negara Malaysia yang mempunyai sikap keMalaysiaan dapat dibentuk. Penggubalan dan pembentukan Rukun Negara yang menjadi prinsip asas pembentukan identiti rakyat yang mencorakkan nilai, jiwa dan rupa Malaysia juga melengkapkan dasar ini (Ghazali Shafie, 1981:172; Ghazali Shafie, 2000). Ketiga, menurut Abdullah Hassan, (1996) minda asli berjaya dibentuk dengan dasar ini, dan keaslian minda ini menjadi ciri jati diri rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif.

Tun Abdul Razak Hussein sebagai pengerusi Jawatankuasa Razak.

29

Punca masalah perpaduan di Tanah Melayu sebelum merdeka adalah sistem pendidikan yang berbeza untuk setiap kaum. Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian setiap golongan etnik. Di samping itu, ia juga mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (worldview) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Oleh itu, sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

30

Perspektif Perlembagaan Isu perlembagaan mula ditangani secara serius sebaik sahaja kerajaan British mula mengumumkan pembentukan Perlembagaan Malayan Union. Pada tahun 1945, British merangka prinsip Jus Soli iaitu kerakyatan sama rata berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini kemudiannya dijalankan pada 1946 melalui Malayan Union. Semua warganegara Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi ras dan kepercayaan. Prinsip ini menguntungkan golongan imigran yang merujuk pada Cina dan India kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah. Ini menyebabkan orang Melayu tidak senang dan ia menjadi salah satu punca wujudnya ketidaksefahaman antara kaum. Perkara lain yang menyumbang kepada perasaan tidak puas hati apabila kolonial British juga menghapuskan hak istimewa untuk orang Melayu, menghilangkan kuasa Raja-raja Melayu dan mengasingkan Singapura sebagai entiti politik yang berasingan untuk kepentingan kolonial serta menjadikan Tanah Melayu sebagai crown colony secara mutlak. Ketidakpuasan hati orang Melayu menyebabkan mereka bangkit menentang dan menubuhkan UMNO untuk menyatukan kekuatan bangsa Melayu. Bagi meredakan penentangan orang Melayu, British mencadangkan penubuhan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan mengetatkan beberapa klausa perlembagaan. Selain UMNO, PKMM yang diterajui oleh Burhanuddin Al-Helmy turut menentang penubuhan perlembagaan dan kerajaan Malayan Union dan mereka telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan. Malah PKMM bersama All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock menggubal suatu perlembagaan alternatif iaitu Perlembagaan Rakyat (1947), tetapi ditolak oleh British.

Tun Tan Cheng Lock.

31

Semasa rundingan kemerdekaan yang diadakan di London pada tahun 1957, atas semangat perpaduan parti Perikatan UMNO-MCA-MIC, suatu kontrak sosial telah dimuafakat dan dimeterai yang disahkan oleh Suruhanjaya Reid. Hasil pemuafakatan tersebut, Cina dan India telah diberikan pengesahan (legitimacy) untuk menjadi warganegara sebaliknya orang melayu diberikan empat perkara iaitu peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan [Perkara 152(1)], agama Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu terpelihara [Perkara 153] dan mengekalkan kedudukan raja Melayu dalam institusi politik. Orang Melayu juga diiktiraf secara terperinci dan istimewa seperti dalam Perkara 160. Melihat pada sejarah perkembangan demografi masyarakat majmuk tersebut, adalah sesuatu yang lazim bagi kehidupan mereka yang tidak bercampur. Bersesuaian dengan pendapat sejarawan yang menyatakan masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam istilah masyarakat majmuk sahaja sebaliknya tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan budaya masing-masing. Buktinya orang Cina dan India tidak mahu menerima asimilasi kebudayaan melayu. Begitu juga halnya dengan orang Melayu yang enggan kebudayaan mereka dicemari kebudayaan bangsa lain terutamnya dari luar Tanah Melayu sendiri yang tidak seagama. Sesungguhnya pihak pemerintah perlu kembali kepada persoalan asas iaitu pengwujudan Perlembagaan Tanah Melayu agar hubungan etnik dapat terus dipelihara dan diperkasa.Bagi negara kita, jika isu ini tidak dapat diselesaikan, sejarah 1945 dan 1969 dapat dijadikan pengajaran yang cukup berguna untuk mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi disamping mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara kita.

32

Kesimpulan Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil sebelum penjajahan British lagi. Masyarakat zaman dahulu datangnya daripada pelbagai negara. Mereka hidup dalam keadaan sejahtera terutama ketika zaman kegemilangan Melaka. Namun kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah mengeruhkan isu perkauman di Tanah Melayu. Dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah yang penuh dengan muslihat telah memecahbelahkan masyarakat di Tanah Melayu dan menjadikan mereka umpama bermusuhan dan sukar untuk bersatu padu. Ditambah lagi ketika penjajahan jepun, masyarakat majmuk di Tanah Melayu sememangnya tidak berpeluang untuk bersatu padu. Tetapi kesan penjajah ini juga telah menaikkan semangat perjuangan anak Tanah Melayu untuk memerdekakan negara daripada genggaman penjajah tidak kira samaada British atau Jepun. Berkat usaha masyarakat Tanah Melayu khususnya orang Melayu, akhirnya Tanah Melayu berjaya melepaskan diri dari pautan penjajah. Kini, bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Setiap masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dan perlulah sentiasa saling menghormati antara satu sama lain bagi memastikan kesejahteraan terjamin. Sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan.

33

RUJUKAN

1. Buku Ilmiah a. Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. 2006: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. b. Ramlah Adam, Syakila Parween Yaakob, Abdul Hakim Samuri, Muslimin Fadzil. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5. 2003: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. c. Palmah Atoma, Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman. Modul Pengajaran Hubungan Etnik Di Malaysia. 2008: Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. d. Nizan Said. Visual Pelangi Sejarah Tingkatan 4. 2004: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2. Internet
a.

Isu Perpaduan Kaum di Malaysia oleh Dr. Rahmat Ghazali. Blog Mendaulatkan Martabat Bangsa, diakses pada 16 Mac, 2011. URL: http://zanas.wordpress.com/isuperpaduan-kaum-di-malaysia/.

b. Kesan/ Cabaran Budaya Terhadap Pembentukan Etnik oleh Zanas. Blog

Mendaulatkan

Martabat

Bangsa,

diakses

pada

16

Mac,

2011.

URL:

http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakatmajmuk-di-malaysia/
c. Politik Melayu Sebelum, Semasa dan Selepas Perang oleh Muhammad Nuruddin

Bashah. Artikel bertarikh 20 Mei, 2006. Laman Munawwarah, diakses pada 23 Mac, 2011. URL: http://munawwarah.blogdrive.com/archive/61.html d. Penyata Barnes 1950, Penyata Fenn-Wu 1951 oleh Prof. Abdullah. Artikel bertarikh 17 Oktober, 2009. Laman sesawang rasmi Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, diakses pada 23 Mac, 2011. URL:
34

i.

http://ipm.upsi.edu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=274:penyata-fenn-wu1951&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8

ii.

http://ipm.upsi.edu.my/index.php? option=com_content&view=article&id=272:penyata-barnes1950&catid=19:utasan-pengarah&Itemid=8

e. Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia oleh Kulanz. Artikel

bertarikh 6 Ogos, 2009. Laman Semua Jadi Satu, Hanya Sekadar Coretan, diakses pada 23 Mac, 2011. URL: http://kulanzsalleh.com/sejarah-perkembangan-sistempendidikan-di-malaysia/

f. Penyata Razak 1956. Artikel dikemaskini 15 Ogos, 2010. Laman Wikipedia Malaysia. Artikel diakses pada 23 Mac, 2011. URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyata_Razak_1956

g. Penyata Razak 1956 oleh Pengendali. Artikel bertarikh 3 April, 2006.

URL: http://kdckdpm06.bravehost.com/laporanrazak1956.htm

h. Perkembangan Politik dan Konflik Antara Kaum Sebelum Merdeka oleh Abdul

Halim Ramli. Artikel bertarikh 3 November, 2009. Blog ABDUL HALIM RAMLI Menulis Untuk Berkongsi Ilmu dan Memperkasa Akal Budi. Artikel diakses pada 23 Mac, 2011. URL: http://abdulhalimramli.blogspot.com/2009/11/perkembanganpolitik-dan-konflik-antara.html

35

i.

Laporan Barnes dan Fenn-Wu oleh Nazmie Samarahan. Artikel bertarikh 12 September, 2008. Blog Menjana Pedagogi Terbilang, diakses pada 23 Mac, 2011. URL: http://pedagogi-islam.blogspot.com/2008/09/laporan-barnes-dan-fenn-wu.html

36

You might also like