P. 1
Pendapat Dan Pandangan Pakar- Pakar Tentang Kurikulum

Pendapat Dan Pandangan Pakar- Pakar Tentang Kurikulum

|Views: 757|Likes:

More info:

Published by: Noor Anati Noor Lajis on Jul 15, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/03/2013

pdf

text

original

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM.

BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR- PAKAR TENTANG KURIKULUM

Mohd Asnawi Satdimin Md Shufian Awang Avelyn Siang Nur Atiqah Basri

Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Teknik Dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris

(18 hb Oktober 2010)

ABSTRAK

Penulisan

ini

dilakukan

bertujuan

untuk

mengetahui

apakah

yang

dimaksudkan dengan kurikulum. Definisi kurikulum menurut kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsurunsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga perbincangan pendapat dan pandangan pakar- pakar mengenai kurikulum. Penulisan ini juga telah membincangkan mengenai definisi kurikulum, pendapat dan pandangan pakar berserta tokoh atau pengkaji berkaitan kurikulum. Antara lain, kajian ini juga membincangkan tentang kurikulum secara umum di Malaysia. Terdapat juga perbincangan secara umum mengenai kurikulum awal kanak- kanak di Malaysia.

1990). pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran. . Dalam bentuk yang praktikal.PENGENALAN Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis. 2008). hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh. ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science. Secara umumnya. Dalam konteks kanak-kanak.

ahlinya. nilai. Kurikulum ialah semua pembelajaran yang dirancang dan dibimbing oleh sekolah. unsur. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan). Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan. terdapat juga definisi yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai unsur kebudayaan. (Stenhouse. kemahiran. Kurikulum ialah rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh pelbagai tujuan menyeluruh dan objektif spesifik yang berkaitan dengannya. Rancangan ini di bina oleh pusat persekolahan untuk sesuatu populasi murid sekolah. Selain itu. Semua pengalaman pembelajaran yang diorganisasikan untuk pelajar. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai- . Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh dikemukakan dengan berkesan secara praktik. (Abdullah Mohd Noor & Ahmad Jaffin Hassan. Semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah (Neagley & Evans. 1992 dalam Zaini B.DEFINISI KURIKULUM Definisi kurikulum oleh kementerian Pendidikan Malaysia ialah kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. 1974). Terdapat juga pendapat daripada beberapa pakar yang menyatakan bahawa kurikulum sebagai usaha. Falsafah dan Kurukulum Pendidikan). (Kerr. 1975). Abdullah. 1992).pelajar pada setiap peringkat dalam institusi pendidikan.nilai dan norma. Abdullah. 1968 dalam Zaini B. 1976). Usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Terdapat juga pendapat dari sesetengah pakar yang mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan di peringkat sekolah dan dalam bidang pendidikan. (Saylor & Alexander. (Inlow.unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli.

bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat. Seterusnya matlamat pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif am pendidikan. 1986). (Burtonwood. isi. Model ini secara keseluruhannya menunjukkan bahawa sistem logik dalaman kurikulum adalah berdasarkan andaian falsafah yang menapis berbagai-bagai unsur dasar yang lain untuk mempengaruhi kurikulum dan komponennya. memberikan pandangan dengan mengusulkan bahawa perancangan kurikulum dilakukan menerusi proses penilaian dan pemerolehan yang bersifat rasional. Akhirnya objektif am pendidikan diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai objektif spesifik pendididkan. mengusulkan kurikulum sebagai kesatuan yang tidak dapat dikesan tetapnya. Kesatuan ini terdiri daripada integrasi empat komponen iaitu tujuan.I Goodlad (1966). nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya. Nilai budaya diperoleh dan dinilai untuk dikemukakan sebagai matlamat pendidikan. Tiap-tiap komponen kurikulum berhubungan antara satu dengan yang lain seperti serpihan teka-teki (puzzle) yang mesti dipadankan dengan tepat untuk mengeluarkan kurikulum yang tidak dapat dilihat bentuknya. aktiviti dan penilaian. Menurut J. Zais (1976). PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR. TOKOH ATAU PENGKAJI BERKAITAN KURIKULUM Menurut Robert S. Budaya terdiri daripada pengetahuan melalui penyelidikan saintifik dan juga kebijaksanaan lazim iaitu ilmu pengatahuan yang diketahui umum kerana telah diwarisi ataupun diperoleh daripada penyelidikan. Bersama-sama dengan objektif am diadakan kesempatan pembelajaran (KP) dan bersama-sama dengan objektif spesifik diwujudkan pusat penyusun (PP). Pengetahuan sentiasa berkembang .

Logik dalaman menyeluruh jelas melibatkan urutan proses pengeluaran dengan input dan output yang terdiri daripada rancangan dan pelajar. Lantaran itu kurikulum bergerak dinamik merentasi masa. Berdasarkan pandangan Saylor dan Alexander (1974). Rancangan ini dikelaskan menurut bidang. nialai social. Seterusnya semua ini dipengaruhi oleh pembolehubah luaran. Rancangan dalan bidang tersebut menduga wujud kemajuan murid yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap murid sebagai unsur input. menilai dan mengesan kurikulum merentasi masa. menyatakan bahawa sistem kurikulum bagi memperoleh murid sebagai input ke dalam kesempatan pembelajaran yang dibina melalui kurikulum. Subsistem ini melibatkan pengembangan. pengesanan dan penilaian rancangan kurikulum sepenuhnya. Sistem kurikulum mengeluarkan rancangan kesempatan pembelajaran untuk mencapai tujuan pendidikan yang dilonggokan menjadi berbagai-bagai bidang. Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamai subsistem perancangan kurikulum. Kurukulum ialah rancangan tentang kesempatan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan. mengembangkan.sehingga perlu diajarkan kepada kumpulan demi kumpulan pelajar. Beberapa pemboleh ubah luaran kurikulum mempengaruhi pembinaan rancangan untuk setiap bidang. permintanan murid dan proses . Subsistem perancangan kurikulum merupakan unsur yqng mengekalkan. matlamat dan objektif serta bidang. Matlamat dan objektif dibina berdasarkan data tentang ilmu pengetahuan. contohnya keperluan undang-undang. matlamat dan pembelajaran. mod instruksi dan proses penilaian. Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum.

Manakala menurut Mouritz Johnson (1967).3 dan 4). Ini kerana perkembangan kurikulum melibatkan pengumpulan dan penilaian data dan perumusan hipotesis untuk mengadakan eksperimen. pemintaan dan masalah masyarakat. Kurikulum menurut model ini dinilai juga secara empiris untuk menjadikan hasilnya sekata dengan nilai. Eksperimen ini bertujuan untuk menguji penentuan yang dilakukan dan memperoleh keputusan untuk menegaskan apakah penentuan tersebut memadai atau tidak. fasa penilaian prinsip dan prosedur untuk menyusun serta menyepadukan pengalaman (4) dan akhirnya fasa penilaian (5). Perkembangan kurikulum mempunyai lima fasa. proses ini perlu berorientasikan masyarakat. empiris eksperimen. Oleh sebab kurikulum dibentuk oleh masyarakat. isi. permintaan dan masalah masyarakat. fasa penilaian pemilihan isi (3). . individu dan aspek warisan budaya yang menjadi tugas sekolah untuk memancarkannya kepada murid. pengalaman dan penilaian serta logik dalaman bagi modelnya juga melibatkan tindakan. Secara keseluruhannya model ini mengukur kefahaman tentang kurikulum tetapi tidak dapat meninggalkan kesan huraian yang jelas tentang logik dalaman kurikulum. Menurutnya. iaitu proses pembinaan dan perkembangan kurikulum. Secara keseluruhannya. maka hasilnya perlulah sentiasa sekata dengan nilai. iaitu penilaiann pemerolahan tujuan (1). Wheeler (1967) memetakan berbagai-bagai pembolehubah yang berkait dengan tujuan. Fasa penilaian ini juga sentiasa menyerap fasa lain yang telah disebutkan (1. fasa penilaian pemilihan pengalaman pembelajaran (2). Wheeler (1967). mengusulkan bahawa kurikulum ialah hasil npembelajaran yang dihasratkan. mengusulkan bahawa carta aliran ialah proses kurikulum.2.

. Tyler berpendapat bahawa dengan adanya pernyataan objektif pelajaran dalam sesuatu kurikulum guru akan dapat merancang dan pembelajaran berdasarkan obkektif pelajaran yang dinyatakan dalam kurikulum itu. (b) Topik dan konsep untuk setiap pelajaran hendaklah disenaraikan. (b) Isi pelajaran yang berdasarkan objektifnya. Tyler member definisi kurikulum sebagai pelajaran yang dirancang. Tyler mencadangkan empat perkara utama yang harus dirangkumi dalam kurikulum sekolah. adalah berdasaskan kepada objektif dan proses. (d) Objektif pelajaran hendaklah dinyatakan dalam bentuk objektif eksplisit agar menjadi panduan guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar.Model Kurilukum Tyler (1949). iaitu: (a) Perkembangan tingkah laku kendiri pelajar (b) Isi kandungan mata pelajaran yang beroperasi dengan tingkah laku pelajar. iaitu: (a) Perkara dan aktiviti yang harus dilakukan oleh guru. Berdasarkan huraian tersebut. Tyler mengusulkan suatu Model Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara berikut: (a) Matlamat pendidikan yang harus dicapai. (c) Tingkahlaku bersama dengan objektif perkembangannya hendaklah dinyatakan dalam setiap topik pelajaran. Mengikut beliau. dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. objektif pelajaran hendaklah merangkumi dua aspek yang berkaiatan. Di dalam bukunya Basic Principles of Curriculum and Instruction. Maka.

Jawatankuasa Kajian Kurilukum (1933-1941) USA. Selepas mengkaji Kurilukun Sekolah Dewey.objektif utama. (c) Organisasi kaedah dan strategi. Kursus PTK(Pengurusan Kurikulum). . (b) Penentuan kaedah dan strategi untuk mencapai objektif-objektif kurikulum. (d) Penilaian untuk pencapaian objektif. Di bawah kurikulum sekolah Dewey. (b) Ringkasan objektif-objektif kurikulum. objektif pelajaran ditentukan berdasarkan falsafah pragmatism yang mengandungi lagik penyelesaian masalah malalui aktiviti inkuiripenemuan. beliau mengusulkan suatu Model Kurikulum yang lebih lengkap dan mantap seperti berikut: (a) Diagnosis atas permintaan kurikulum. Dengan garis panduan daripada Loporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum. Model kurikulum Taba (1945) adalah berlandaskan kepada Kurilukum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA dalam Mok Soon Seng. Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatan pelajar sebagai objektif.(c) Metodologi yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum berdasrkan objektifnya. menyenaraikan empat kompenen utama berikut sebagai garis panduan untuk melaksanakan sesuatu kurikulum sekolah: (a) Pengenalpastian objektif-objektif kurikulum. (d) Penilaian untuk mengukur keberkesanaan pengajaran dan pembelajaran.

(c) Pemilihan isi kandungan kurikulum. (e) Pemilihan pengalaman pembalajaran. (d) Organisasi isi kandungan kurikulum yang dipilih. Model Kurikulum Stenhouse merangkumi aktiviti-aktiviti berikut: (a) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membuat keputusan dan refleksinya diri sendiri. (f) Organisasi pengalaman pembelajaran yang dipilih. Sehubungan ini. . adalah berlandaskan kepada model proses dan tidak bermula dengan objektif pengajaran dan pembelajaran sebagai komponen utama dalam sesuatu kurikulum. aktiviti-aktiviti kurikulum seperti Sains. Kursus PTK (Pengurusan Dan Kurikulum) bahawa pemilihan isi kandungan kurikulum harus berdasarkan nilai justifikasi. Mengikut Peters. Maka. Model kurikulum Stenhouse (1975). Sejarah dan Kesusasteraan mengandungi isi kandungan kognitif dan boleh membawa banyak sumbangan kepada kehidupan. (g) Pengukuran dan penilaian. (b) Aktiviti yang memerlukan pelajar-pelajar melibatkan diri mereka secara aktif dalam situasi pembelajaran. Stenhouse bersetuju dengan Peters (1966) dalam Mok Soon Seng. Stenhouse mengusulkan pembentukan kurikulum berdasarkan prinsip-prinsip pemilihan isi kandungan dari segi kriteria dan tidak perlu bergantung kepada objektifnya.

piawai atau displin. Stenhouse mencadangkan bahawa guru memainkan peranan sebagai penyelidik dan mengkaji masalah pendidikan dari semasa ke semasa dengan tujuan mempertingkatkan kualiti dan kemahiran mereka dalam perancangan serta perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.(c) Aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut kebolehan masing-masing. Ini adalah kerana Stenhouse menitikberatkan proses pengajaran guru lebih daripada pemilihan isi kandungan dalam kurikulum. Model Kurikulum Stenhouse.pelajar menggunakan pengamatan dan gaya intelek untuk memerhati situasi dan idea baru serta aplikasi dalam suatu proses intelek. (e) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru dalam penanggungan risiko kejayaan atau kegagalan. jika dikaji banyak bergantung kepada kemahiran guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. (f) Aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar dalam aplikasi bersama dengan penguasaan peraturan-peraturan. BINCANGKAN KURIKULUM SECARA UMUM DI MALAYSIA . (d) Aktiviti yang memerlukan pelajar. Sehubungan ini. Kerjaya perlaksanaan kurikulum amat bergantung kepada kemahiran guru yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan garis panduan aktiviti-aktiviti yang disenaraikan dalam model kurikulum tersebut.

kurikulum itu perlu memenuhi kehendak falsafah. Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997 Jadi secara amnya kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi memenuhi matlamat pendidikan (Buku Laporan Jawatankuasa Kabinet. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979). norma. Berikutan itu. unsur kebudayaan. dipetik dari Abdullah Sani. Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Isi pelajaran tetap merupakan teras kurikulum walaupun disusun dalam pelbagai cara dalam kurikulum sebagai mata pelajaran (Beuchamp 1968 dalam Kamarudin & Siti Hajar 2004). dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. dan pelbagai cara penyusunan yang lain. matlamat pendidikan. dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan 1996. nilai. beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. kemahiran. 2005: 144). Apa sahaja yang diajar di sekolah merupakan kandungan mata pelajaran yang diajar menerusi pelbagai mata pelajaran. . pelbagai rumusan masalah berkaitan kehidupan seharian. mental.Kurikulum merupakan dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang diajar.1979. kurikulum kebangsaan merupakan suatu wadah program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan. dan wawasan negara. Oleh sebab itu. rohani. pelbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan. Di Malaysia.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolahsekolah menengah mulai tahun 1989. Cina. Reka bentuk kurikulum di Malaysia bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolahsekolah Melayu. FPK menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan. keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. kita mungkin perlu menunggu masa satu atau dua generasi kehidupan. Tamil. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. FPK merupakan aspirasi pendidikan negara. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan . Andai semua pihak yang bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing FPK sudah pasti memberi kesan yang positif. Tamil. menyatakan pada peringkat KBSR dan KBSM ada mata pelajaran yang membolehkan pelajar membuat pilihan yang dikenali sebagai mata pelajaran tambahan yang terdiri daripada bahasa Cina. Semua warga pendidikan diharap akan berganding bahu dan berusaha dengan gigih agar FPK dapat dicapai demi kemakmuran negara kita. Arab dan yang terbaru adalah Bahasa Iban. Akta Pelajaran (1961). KBSR dan KBSM digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Hal ini penting bagi memupuk semangat cintakan bahasa ibunda agar ianya tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bagi melihat kesan FPK yang ketara.

1994 halaman 100). Kurikulum di Malaysia juga dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular. Bahasa Cina dan Bahasa . Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan.bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi. Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Bahasa Inggeris. Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. kemahiran dan nilai. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan. sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia. Oleh yang demikian. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. Kurikulum Kebangsaan di Malaysia berasaskan keduadua rekabentuk kurikulum tersebut. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara. kritis dan inovatif. kebolehan. ABP ialah satu (Pusat Perkembangan Kurikulum pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur. Permainan Luar dan Matematik.Tamil) Pendidikan Islam. Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran 2003). Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran. perkembangan diri. bakat . Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Pendidikan Moral. meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum. Di samping itu. membina sikap positif.

belajar melalui bermain.serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu faham. kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum. menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu. . Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Ia merangkumi semua bidang yang kritikal dan penting untuk pembangunan kanak-kanak termasuklah pembangunan untuk kesejahteraan fizikal dan pergerakan motor. BINCANGKAN SECARA UMUM KURIKULUM AWAL KANAK. Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh adalah sangat penting kerana ia dapat meneruskan kesinambungan dalam pedagogi pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009).KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. tahu dan buat serta amalkan. bertema. Belajar sambil bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan.

Pada tahun 2003. Pembaharuan dalam kurikulum prasekolah kebangsaan ini diadakan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh para pendidik dalam menterjemahkan teori ke dalam dunia praktikal (Farida Yunus & Hasnah Toran. bantuan kerajaan. Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002.pembangunan sosial dan emosi yang meliputi penggunaan pelbagai pendekatan untuk pembangunan pembelajaran dan bahasa. NGO's dan swasta mulai 1 Januari 2003 (Laman Sesawang Prasekolah Baling Sik. 2009). Inisiatif terkini KPM adalah membangunkan panduan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) pada tahun 2003 yang kemudiannya dikemas kinikan pada tahun 2010 untuk menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). NGO's clan pihak swasta. Sempena dengan perlaksanaan program . Perkembangan pesat pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada tahun 1970-an yang pada ketika itu lebih dikenali dengan kindergarten atau tadika yang dilaksanakan secara lebih teratur dari tahun-tahun sebelumnya yang pada ketika itu hanya diceburi oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEMAS. 2010). Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika kerajaan. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) di Malaysia telah menjadi satu industri yang bercambah dengan pesatnya sejak kebelakangan ini namun inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menginstitusikan PAKK hanya bermula di sekitar tahun 1990-an melalui beberapa peraturan dalam Akta Pendidikan 1996.

Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanakkanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak.pendidikan prasekolah ‘annex’ iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan prasekolah. komponen perkembangan kognitif. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. 2009). komponen kerohanian dan moral. serta komponen kreativiti dan estetika (IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. komponen perkembangan sosioekonomi. komponen perkembangan fizikal. Hal ini. bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan. kaedah . Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum. Kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Komponen kurikulum prasekolah berdasarkan garis panduan ini ialah komponen bahasa dan komunikasi.

serta aspek asuhan meliputi keselamatan. komunikasi dan literasi awal. Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif. komunikasi dan fizikal. perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri. Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. 2010). serta lestari dan sains teknologi (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA ialah skop kurikulum PERMATA meliputi perkembangan sosio emosi. merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. sahsiah dan kerohanian. perkembangan deria dan pemahaman dunia. perkembangan bahasa. 2008). Antara bentuk kurikulum standard prasekolah kebangsaan adalah meliputi komunikasi. kemanusiaan. menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu. belajar melalui bermain. pemakanan seimbang. kerohanian. sosioemosi.pegasuhan secara holistik. pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak. . ketrampilan diri. penjagaan dan amalan asuhan (PERMATA Negara. sikap dan nilai. perkembangan pra-matematik dan pemikiran logik. fizikal dan estetika. Pada masa sekarang. bertema. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanakkanak.

kaedah pengasuhan secara holistik. Kementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai pendidikan prasekolah "annex" 1992. kurikulum ini berkonsepkan permainan. Satu program rintis telah dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan keberkesanan kurikulum tersebut (Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal bermula pada tahun 2000 dalam menggubal kurikulum prasekolah yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Kurikulum kebangsaan adalah berasaskan kepada Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dan kurikulum PERMATA. merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibu bapa dan ahli keluarga serta masyarakat. Selain itu. . 2009). berfokus dan terancang sesuai dengan umur kanak-kanak tersebut. Bagi melaksanakan keputusan tersebut. Kurikulum PERMATA mengandungi garis panduan kepada pendidik-pendidik dan pihak yang menguruskan Taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. panduan merancang aktiviti untuk mentaksir perkembangan kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah awal dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak pada tahun 1970 dengan memulakan projek rintis sebanyak 13 buah kelas di bawah biayaan Yayasan Bernard Van Leer. berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan sebanyak 1. Kurikulum ini mencakupi aspekaspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum. penerokaan.131 buah kelas prasekolah.

kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta membina keyakinan murid menghadapi pelbagai cabaran dalam era globalisasi dunia. Kurikulum PERMATA dirujuk daripada model Pen Green tetapi telah diperkayakan dengan ciri kebudayaan Malaysia. rohani dan social. dan perkembangan daya kreativiti dan estetika. . komunikasi dan literasi awal. perkembangan bahasa. perkembangan fizikal. perkembangan pra matematik dan pemikiran logik. Ianya menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika seperti yang terdapat dalam pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi aspekaspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi. perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran. kerohanian dan moral. Kurikulum PERMATA mempunyai enam bidang pembelajaran iaitu perkembangan emosi. daripada 1353 yang dirancang untuk beroperasi pada tahun 2010. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pula digubal sebagai usaha untuk menyelaras dan meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. koordinasi motor dan pengurusan diri. sebanyak 987 buah telahpun beroperasi mengikut pecahan. fizikal serta kreativiti dan estetika. sosioemosi. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan kepada komponen Bahasa dan Komunikasi sebagai usaha untuk meningkatkan literasi murid dalam bahasa. perkembangan kognitif.Semenjak dilancarkan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan. bermula pada Januari2010.

maka Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai pihak yang bertanggungjawab perlu memasukkan elemen sesuai yang boleh memberi skop yang lebih meluas untuk keberkesanan proses pembelajaran kanak-kanak di . atau pihak yang tertentu malah penglibatan ibu bapa dianggap memang signifikan dalam proses pendidikan kanak-kanak. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Memandangkan bukan sahaja penglibatan guru. pihak NGO.KESIMPULAN Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah.

Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://www. dan emosi. Oleh itu. . 2001( ms 1-98 dan 129.peraturan Terpilih. Kurikulum Permata. Rohani Abdullah. harmonis dari segi intelek.com/doc/18935544/Penyata-Razak Aminah Ayob. rohani. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. BIBLIOGRAFI Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan.1440). kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. Azizah Lebai Nordin dan Mahani Razali (2008). Mastura Badzis. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya memandangkan trend yang wujud dan banyak isu yang sentiasa menjadi bualan dalam sistem pendidikan prasekolah di Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. Akta pelajaran (1961). jasmani.prasekolah.scribd. Kuala Lumpur. International Law Book Services.

London.ukm. J. Los Angeles: University of Califoenia Institute for Development and Educational Activities. http://ipgmkdriprasekolah.M (1966).com/2009_06_01_archive. Diperolehi pada 3 ogos 2010 daripada http://ipgmkdriprasekolah. Kajian Awal Adaptasi Silang Budaya Ke Atas Instrumen Penaksiran Autentik Untuk Kanak-kanak Berumur 3 Hingga 6 Tahun. Wisdor: NFERNelson Department of Education and Sciences (DES) (1990).blogspot. Farida Yunus & Hasnah Toran (2010).blogspot. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://skguarchempedak.pdf Burtonwood. N. The Emergent In Curriculum. (1986). HMSO.my/~fpendidikan/siswazah/prosiding/jilid %202%202010/bil%207%20kajian%20adaptasi.I.com Goodlad. (1966).com/v2/wpcontent/uploads/ downloads/2010/07/1275279590.pdf Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia (1996). Inlow. The Culture Concept in Educational Studies. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://pkukmweb.Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan (2010). The Development of a Conceptual System for Dealing with Problems of Curriculum and Instruction.html Ogos 2010 pada 28 . Pendidikan Prasekolah Di Malaysia. New York: Wiley IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail. G. Starting with Quality. 2009.

Mastura Bazdis (2008). Evans.permata. PERMATA Negara. Pedagogi Asas Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2010 dari http://www. Educational Theory. 17. R. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. (1967).L Dan N. Mok Soon Seng (2007). Mengkaji Pelaksanaan Dasar. 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009) Laman Sesawang Prasekolah BalingSik. Malaysia. Diperolehi pada 28 ogos 2010 daripada http://saabd.Johnson. “ Definitions and Models in Curriculum Theory”.jpm.asp . Multimedia ES Resources Sdn Bhd: Kuala Lumpur. (1979). (2004). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kurikulum Permata. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.my/content/view/186/2/ Mohd Daud Hamzah (1994). Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise Kementerian Pelajaran Malaysia (2009).php Laporan Jawatankuasa Kabinet.net/pra/news. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah. Kursus PTK (Pengurusan Kurikulum). Reka Bentuk Kurikulum . Neagley. 127-140. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. M. Diperolehi pada 28 0gos 2010 daripada http://www.my/kurikulum. 2009.D. Pengurusan Kurikulum. Kamarudin Hj. Handbook For Effective Curicculum Development.mindamadani. (1967). Pusat Perkembangan Kurikulum. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC).

1.) American Education in the Postwar Period. New York: Thomas Crowell.(1949). (2003). Basic Principles of Curriculum and Instrusction. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.B. “ General Techniques of Curriculum Planning” dlm. University of Chicago. pt. London: Heinemannn. Saylor. H. S.Pusat Perkembangan Kurikulum. Curriculum Process. Taba. Chicago. Tyler (ed. London: University of London. Chicago: University Of Chicago. Abdullah (2002). Curriculum: Principles and Foundations. (1975).G dan W. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls. New York: Holt. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan). An Introduction to Curriculum Research and Development. D. Alexander (1974). Stenhouse. . Tyler. E. Zais. (1967). Fourty-fourth Year Book of the National Society for the Study of Education. (1945). L. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. R. Wheeler. R. (1976). Planning Curriculum for Schools.W. J. Falsafah Dan Kurikulum Pendidikan: Petaling Jaya: Prentice Hall. (1987).K. Zaini B. Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka.S.M.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->