You are on page 1of 7

UNIT 7 PENGALAMAN INDAH BAHAGIAN A Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah. Gambar Tunggal 1. Gambar seorang ayah dan anak beratur membeli tiket untuk menaiki kereta kabel di stesen kereta kabel. 2. Gambar sekumpulan pelancong berada dalam kereta kabel yang sedang bergerak. 3. Seorang pelancong mengambil gambar kereta kabel dan pemandangan. 4. Orang ramai yang menunggu giliran begitu teruja untuk menaiki kereta kabel di Stesen Kereta Kabel Langkawi.

1. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 4. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Bahagian B Membina Karangan Jenis : Laporan Tip Merangka Karangan Jenis : Laporan 1. Tulis tajuk laporan menggunakan huruf besar pada permulaan kata. 2. Isi laporan isi pertama tulis tarikh, masa,tempat kejadian,keadaan,tujuan,pengalaman orang yang terlibat. 3. Nyatakan peristiwa sebelum kejadian, faedah faedah serta langkah langkah untuk mengatasinya. 4. Gunakan ayat ayat yang ringkas dan padat. 5. Tuliskan penutup bagi bagi laporan itu. 6. Setiap laporan perlu ditulis nama pelapor dan tandatangan serta jawatan pelajar di bahagian kiri laporan. 7. Sebaris dengan tandatangan pelapor, di sebelah kanan tuliskan tarikh laporan dibuat iaitu seminggu selepas peristiwa tersebut. 8. Nama pelapor ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan.

1. Sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Bandar Raya Bersejarah di Melaka. Sebagai setiausaha persatuan, kamu diminta untuk menulis sebuah laporan. Tulis laporan itu selengkapnya. ATAU 2. Tuliskan karangan dialog kamu dan rakan kamu bercerita tentang pengalaman semasa bercuti semester baru baru ini.

ATAU 3. Kamu dan rakan kamu berbual tentang kebaikan menyertai Kem Motivasi.

Bahagian C Membina Ulasan


Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Apabila hujan sudah teduh, Ravi dan Boon Siew meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Mereka berjalan berhati hati untuk mengelakkan kemalangan. Mereka mahu cepat sampai ke rumah untuk mengelakkan ibu bapa mereka tertunggu tunggu akan kepulangan mereka. Jika tidak berteduh di tempat menunggu bas untuk mengelakkan hujan, pasti mereka sudah sampai di rumah. Dalam perjalanan, mereka terdengan suara kucing yang mengiau. Mereka tercari cari dari mana datangnya suara itu. Akhirnya mereka menemui seekor anak kucing di tepi longkang. Tanpa berfikir panjang, Ravi segera mengambil kucing tersebut sebelum dihanyutkan air. Ravi membawa pulang kucing itu, lalu dimandikan ,dilap,kemudian diberi minum susu. Beberapa bulan kemudian, kucing itu membesar dalam keadaan sihat. Keluarga Ravi sangat gembira kerana kucing itu pandai menangkap tikus. Mereka semua menyayangi kucing iu.

______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A : Memindahkan Maklumat


1.Orang ramai sedang beratur menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel dengan perasaan gembira. 2. Seorang pelancong sedang mengambil gambar kereta kabel yang sedang bergerak. 3. Seorang lelaki sedang membeli tiket di kaunter stesen kereta kabel. 4.Beberapa orang pelancong sedang berada di dalam kereta kabel sambil memerhati pemandangan di sekeliling mereka. 5. Kereta kabel merupakan salah satu daya tarikan untuk pelancong melawat ke Pulau Langkawi.

Bahagian B : Membina Karangan

Laporan lawatan Sambil Belajar ke Bandaraya Bersejarah Melaka Pada 11 Jun 2010 , Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Andalas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandaraya Bersejarah Melaka.Seramai 40 orang ahli persatuan dan 5 orang guru telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman ke tempat tempat bersejarah seperti melawat ke Muzium Melaka,Kota A Famosa ,Bukit St Paul,Makam Hang Kasturi,Hang Lekiu ,Perigi Hang Li Po ,Perigi Hang Tuah dan juga membeli belah di Bandar Di Hilir Melaka. Seterusnya kami berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Melaka dan dapat melihat seluruh Bandaraya . Guru bimbingan kami telah menerangkan tentang sejarah Melaka.Kami juga sempat melihat rumah Baba dan Nyonya Melaka. Guru bimbingan juga menerangkan tentang masjid di Melaka yang mempunyai senibina china.

Lawatan ini telah member banyak pengalaman menarik kepada kami.Semoga lawatan seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Dilaporkan oleh,

_________________ ( Nurul Aina Atira Bt Mior Burhanuddin ) Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Seri Andalas 2. Semasa waktu rehat di kantin,Nazmin dan Hakimi sempat berbual bual tentang pengalaman mereka semasa cuti semester sekolah baru baru ini. Pengalaman Semasa Cuti Nazmin Hakimi : Hai,Hakimi ! Kamu ke mana semasa cuti semester yang lalu ? : Pada cuti sekolah yang lalu,kami sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands.Kamu Nazmin ke mana pula ? Nazmin : Saya sekeluarga ke Bukit Fraser.Wah,tentu seronok kamu ke sana.Di tempat manakah kamu melawat di sana ? Hakimi : Saya melawat ke Ladang The Boh,Taman Rama rama , Ladang Strawberi, dan juga Ladang Kaktus.Seronok betul dan ramai pelancong ke sana.Kamu pula,apakah pengalaman menarik di Bukit Fraser ? Nazmin : Saya juga seronok berjalan di Bukit Fraser.Cuacanya sejuk,pemandangan di sana sangat indah.Saya sempat menunggang kuda ,bermain golf dan masak ayam panggang di rumah rehat kami disana.

Hakimi

: Wah,Kita berdua telah mengalami pengalaman yang berharga semasa cuti semester ini.

Nazmin

: Tentulah,jauh perjalanan,luas pemandangan.Mari kita masuk ke kelas,loceng sudah berbunyi.

Hakimi

: Baiklah.

3.Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah , Syira dan Lisa sedang berbual bual tentang pengalaman mereka menyertai Kem Motivasi baru baru ini. Syira : Hai Lisa, Bagaimanakah dengan keadaan diri kamu selepas menyertai kem motivasi dua hari lepas ? Lisa : Hai Syira,saya merasakan seperti saya telah mendapat suntikan baru.Banyak sungguh kebaikan yang diperolehi selepas menyertai kem motivasi ini.Saya rasa lebih bersemangat untuk belajar. Syira : Saya pun begitu,kalau orang lain boleh berjaya,mengapa tidak kita.Kita pon pasti boleh.Apakah rancangan kamu selepas ini? Lisa Syira : Saya telah membuat jadual belajar agar masa belajar saya lebih terancang. : Saya pun begitu.Saya telah mula membeli buku latihan sebagai ulangkaji pelajaran diwaktu cuti. Lisa : Nanti bolehlah kita mula membuat kumpulan belajar,senang untuk kita berbincang dan bersoal jawab. Syira : Mulai hari ini,saya ingin berubah sikap.Tidak mahu membuang masa lagi.Lebih baik kita belajar bersama sama agar mudah untuk untuk kita menempa kejayaan kelak. Lisa Syira Lisa : Kalau orang kurang upaya pun boleh berjaya,inikan pula kita.Betul tak ? : Ya lah,betul tu.Marilah kita berazam dan menanam semangat baru sekarang. : Betul tu.Bas pun sudah tiba.Marilah kita pulang.

Bahagaian C : Membina Ulasan


Kita hendaklah sentiasa berfikiran rasional iaitu berhenti berteduh ketika hujan dan pulang ke rumah apabila hujan telah berhenti.Seterusnya kita hendaklah berhati hati ketika menunggang basikal di jalan yang licin agar selamat.Kita juga perlu taat kepada arahan ibu bapa untuk tidak ke mana mana selepas pulang dari sekolah.Kita sepatutnya prihatin terhadap haiwan yang lemah.Sewajarnya kita mempunyai sifat belas kasihan dan membantu anak kucing agar tidak dihanyutkan oleh air longkang yang deras itu.Akhir sekali, setiap manusia mesti mempunyai perasaan kasih sayang terhadap haiwan dengan memeliharanya.

You might also like