You are on page 1of 44

Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan demi:  Mengetahui asal-usul nama sekolah  Mengetahui bila tarikh nama itu mula digunakan  Mengkaji lambang-lambang kemegahan sekolah seperti lencana sekolah, moto, bendera, lagu dan ikrar.  Mengetahui makna lambang-lambang tersebut  Mengkaji visi dan misi sekolah  Mengetahui program pelanggan dan falsafah sekolah

Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Kaedah pertama ialah menggunakan kaedah rujukan di Pusat Sumber dan Galeri sekolah. Saya dapat mengumpulkan maklumat mengenai sejarah penubuhan sekolah dan lambang-lambang kemegahan sekolah. Selain itu, saya juga menggunakan kaedah temu ramah untuk mandapatkan maklumat. Antara individu yang telah saya temu ramah ialah Cikgu Aziz bin Ismail, guru kelas 2RK1 dan Cik Roziana Ramli, guru Sejarah saya. Kaedah seterusnya ialah membuat rujukan dalam majalah sekolah saya, Citarasa di Pusat Sumber. Banyak maklumat yang dapat saya peroleh untuk menyiapkan kerja kursus ini. Akhirnya, saya menggunakan kaedah pemerhatian bertujuan mendapatkan maklumat persekitaran sekolah dan juga kemudahan-kemudahan asas di sekolah.

Sumber

Orang sumber:  Kakitangan sekolah Guru-guru:  Guru yang lama berkhidmat di sekolah  Guru Sejarah, Cik Roziana Ramli Lencana sekolah:  Warna-warna lencana sekolah  Simbol-simbol lencana sekolah Majalah:  Program pelanggan  Falsafah sekolah  Visi dan misi sekolah Gambar:  Bekas-bekas pelajar sekolah  Stuktur pembinaan bangunan sekolah

Rumusan

Selepas saya menyiapkan kajian sejarah terhadap lambang-lambang kemegahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat menjadi salah satu daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar sebagai seorang pelajar. Saya bersyukur kerana dapat mengenali lambang-lambang kemegahan sekolah saya.

Seterusnya, selepas kajian ini dijalankan, saya dapat menghayati lambanglambang kemegahan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar. Sekiranya semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar dapat memupuk sikap menghayati nilai-nilai ini, maka ini akan mewujudkan rasa hormat akan sekolah dan antara satu sama lain.

Semangat perpaduan yang wujud satu sama lain akan sentiasa berkekalan dan semakin bertambah erat. Semangat perpaduan ini akan melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. Rakyat Malaysia yang berstau padu dapat bersamasama dalam setiap perkara mewujudkan imej negara yang cemerlang.

Rujukan

Majalah :  Cita Rasa sekolah, tahun 2000  Cita Rasa sekolah, tahun 2009  Cita Rasa sekolah, tahun 2010 Sekolah :  Galeri sekolah  Pusat sumber sekolah Internet :  http://www.wikipedia.com  http://www.google.com  http://www.yahoo.com

Misi Sekolah
Pentadbiran dan Pengurusan yang Cekap, Pembinaan Modal Insan yang Hoslistik Dan Iklim Sekolah Yang Kondusif Melalui Permuafakatan Semua Pihak.

Visi Sekolah
SABS Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan menjelang tahun 2012

Motto Sekolah
Alah Bisa Tegal Biasa Through Endeavour We Succeed

Slogan Sekolah
Menjana Pemimpin Masa Depan Generating Leaders Of Tomorrow

Matlamat Sekolah
Melahirkan generasi pemimpn masa depan yang berwibawa, berketerampilan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Lagu Sekolah
Semua Murid Di Sultan Abu Bakar Berganding Bahu Mencapai Pelajaran Untuk Kejayaan Rajin Kita, Usaha Kita, Tangga Untuk Kejayaan Di Sekolah Sultan Abu Bakar, Mari Terus Belajar Di Dalam Lapangan Sukan Dan Olahraga, Murid Sekolah Sultan Abu Bakar Tidak Ketinggalan

Irama Sekolah
SABS, SABS (Ucap Selamat Datang) SABS, SABS (Ucap Selamat Datang) Wahai Rakan Sayang, Tampil Dengan Tampan Teguh Perpaduan. Tram. Tram, Tram, Tram, Tram SABS, SABS (Ucap Selamat Datang) ( ) Boleh Berubah-ubah

Ikrar Pelajar
Kami, pelajar-pelajar SMK Sultan Abu Bakar berikrar akan menumpukan sepenuh tenaga dan iltizam untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulam.Kami berjanji akan menjadi insan cemerlang yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia.Kami akan sentiasa bersaing secara sihat bagi mengharumkan nama sekolah, bangsa dan negara.

Laporan Kajian
Lokasi latar belakang Sekolah Abu Bakar
y Lokasi Berikutan dari itu, sebuah tapak di tepi Jalan Beserah, Lot No.4606, seluas 10 ekar,1 rood, 28 pole ( 452,750 kaki per ) dikenalpasti sebagaitempat yang sesuaiuntuk dibangunkan sekolah tersebut. Pembinaannya dimulanya pada tahun 1956 SABS dibukakan dengan rasminya pada 16 Ogos 1957. Dengan itu, kesemua 369 orang pelajar, 17 orang beserta Guru Besarnya, Encik Idris bin Babjee berpindah ke bangunan baru tersebut.

Latar Belakang

Pada tahun 1955, bandar Kuantan telah dipilih untuk menjadi ibu negeri Pahang menggantikan Bandar Lipis. Dengan itu "Sekolah Menengah Inggeris Sepenuhnya yang pertama di dalam negeri Pahang ini (dengan memberi penekanan dalam Aliran Sains) telah dibuka. Pada ketika itu terdapat seramai 369 orang pelajarpelajar Menengah Inggeris (Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5) beserta 17 guru yang menumpang (berkongsi) di Sekolah Rendah Sultan Abdullah School, di Jalan Wong Ah Jang, di mana Encik Idris bin Babjee menjadi Guru Besarnya yang pertama.

Ketika dibuka, SABS hanya mempunyai 2 buah bangunan sahaja, iaitu sebuah bangunan berbentuk H (bangunan pejabat sekarang) dan sebuah bangunan bengkel (kerja kayu & kerja eletrik). Terdapat 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah bilik Geografi, sebuah perpustakaan dan 2 buah makmal Sains yang serba lengkap.

y Asul Usul Nama Sekolah Dan Tarikh Nama itu Mula Digunakan SMK Sultan Abu Bakar yang anda kenali hari ini, adalah SULTAN ABU BAKAR SCHOOL atau lebih popular dengan "SABS" yang dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang ketika itu, Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayathuddin Al Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al Muktasim Billah. Dengan itu, pada tahun 1957, bertarikh 16 Ogos, bersamaan 1378 Hijrah ,nama sekolah SMK Sultan Abu Bakar diberikan sempena nama seorang sultan yang merasmikan sekolah tersebut. Sultan tersebut yang juga Sultan Pahang pada ketika itu merupakan Al- Marhum Sultan Abdullah Al Muktasim Billah.

Sejarah perkembangan
SMK Sultan Abu Bakar yang anda kenali hari ini, adalah SULTAN ABU BAKAR SCHOOL atau lebih popular dengan "SABS" yang dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang ketika itu, Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayathuddin Al Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah Al Muktasim Billah.

Pada tahun 1955, bandar Kuantan telah dipilih untuk menjadi ibu negeri Pahang menggantikan Bandar Lipis. Dengan itu "Sekolah Menengah Inggeris Sepenuhnya yang pertama di dalam negeri Pahang ini (dengan memberi penekanan dalam Aliran Sains) telah dibuka. Pada ketika itu terdapat seramai 369 orang pelajar-pelajar Menengah Inggeris (Tingkatan Peralihan hingga ke Tingkatan 5) beserta 17 guru yang menumpang (berkongsi) di Sekolah Rendah Sultan Abdullah School, di Jalan Wong Ah Jang, di mana Encik Idris bin Babjee menjadi Guru Besarnya yang pertama.

Berikutan dari itu, sebuah tapak di tepi Jalan Beserah, Lot No.4604, seluas 10 ekar, 1 rood, 28 pole (452,750 kaki per) dikenalpasti sebagai tempat yang sesuai untuk dibangunkan sekolah tersebut. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1956.

SABS dibuka dengan rasminya pada 16 Ogos 1957. Dengan itu, kesemua 369 orang pelajar, 17 orang guru beserta Guru Besarnya, Encik Idris bin Babjee berpindah ke bangunan baru tersebut.

Ketika dibuka, SABS hanya mempunyai 2 buah bangunan sahaja, iaitu sebuah bangunan berbentuk H (bangunan pejabat sekarang) dan sebuah bangunan bengkel (kerja kayu & kerja eletrik). Terdapat 10 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik guru, sebuah bilik Geografi, sebuah perpustakaan dan 2 buah makmal Sains yang serba lengkap.

1964 SABS dijadikan Sekolah Menengah Atas, disebabkan kemasukan pelajar yang terlalu ramai ke Tingkatan 6 Aliran Melayu. Pengambilan kelas peralihan dihentikan, lalu dipindahkan ke MGS( Methodist Girls School ). 1965 Pengambilan ke Tingkatan 1 ( Aliran Melayu ), juga dihentikan, lalu dipindahkan ke SMART. Tahun ini juga mata pelajaran Industrial Arts dan Perdagangan mula diperkenalkan. 1966 Persatuan Bahasa Melayu ditubuhkan dengan harapan untuk member galakan kepada pelajarnya supaya lebih fasih berbahasa Melayu dan keahliannya diwajibkan. 1967 SABS kekal sebagai Sekolah Menengah Aliran Sains yang unggul di negeri Pahang dan menerima pelajar-pelajar dari seluruh negeri Pahang. 1969 Sebuah Padang Bola Keranjang dan Rock Garden dibina hasil gotong-royong guruguru dan pelajar. 1970 27 Mac, Persatuan Ibu Bapa Guru diwujudkan beserta sebuah Pasuakn Kadet Polis. 1981 Blok makmal fizik yang mempunyai 2 buah makmal fizik dan 4 bilik darjah mula digunakan. 1983 Bangunan perpustakaan yang memounyai 6 bilik darjah, 2 bilik ERT iaitu bilik jahitan dan bilik masakan telah siap dan mula digunakan. 1984 Sebuah bas sekolah didermakan oleh seorang dermawan kepada pihak sekolah. 1987 Sebuah surau sekolah dibina atas tapak di antara asrama Aspura dan Aspuri. 1988 Pintu gerbang utama gate utama dibina. 1989 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, telah Merasmikan Hari Penyampaian Hadiah sekolah yang ke- 30 tahun dan mendermakan Van CAC 2956 untuk kegunaan sekolah. Sebuah kantin yang baru beserta Blok Asrama Puteri turut dirasmikan oleh baignda. 1990 Bilangan pelajar SABS menjangkau ke 2300 orang dengan tenaga pengajar seramai 112 orang menjadikan SABS antara sekolah yang terbesar dan teramai di negeri Pahang.

1992 Jabatan Pendidikan Negeri Pahang memutuskan untuk menamatkan kelas peralihan, dengan itu jumlah bilangan pelajar dapat dikurangkan ke 1990 oran sahaja ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas ) dengan tenaga pengajar seramai 107 orang. 1993 Sebuah bilik makan untuk guru dibina di sebelah kafeteria. 1994 Gajah menyusur ( covered walk- way ) yang menghubungkan Gate B dengan Dewan Besar dan antara asrama dengan surau telah siap dibina. Selain itu, pondok PIBG yang dibina antara Blok Makmal Fizik dengan bengkel Kemahiran Hidup dibina sebagai tempat rehat pelajar. 1995 2 Kelas rancangan khas mula dibuka kepada pelajar tingkatan satu. 1997 Mula menawarkan mata pelajaran Lukisan Kejuteraan dan Teknologi Kejuteraan mula ditawarkan kepada pelajar Tinkatan 4. 2000 2 blok bangunan bilik darjah yang mempunyai 4 tingkat siap dibina dan mula digunakan pada bulan Ogos.

Bola, kayu hoki dan kriket Logo pengakap menyeru pelajar supaya sentiasa menjaga maruah diri dan nama baik sekolah. melambangkan semangat kesukanan yang cuba disemai kepada pelajar.

Kita perlu kreatif dalam semua bidang untu memperbaiki diri kita Kuning warna Diraja

Obor bernyala di depan sebuah buku terbuka melambangkan pendidikan dan usaha sekolah cuba mendidik pelajarnya ke arah baru pelajaran dan pengetahuan, seperti dari gelap ke tenang.

Lencana Sekolah
Pada tahun 1957, Sultan Pahang telah mengumunkan perasmian sekolah dan dinamakan Sultan Abu Bakar School, Kuantan. Sekolah tersebut merupakan sekolah terbesar di negeri Pahang pada masa itu. Pelajar sekolah bukan sahaja berasal daripada sekolah adik-beradiknya, iaitu sekolah Abdullah, Kuantan (sehingga 1960-an), tetapi juga menrangkumi pelajar dari seluruh negeri Pahang. Sekolah tersebut masih merupakan sekolah perdana (Premier School) terbesar di Pahang. Pengetua pertama semasa penubuhanya adalah Encik Idris bin Babjee (sekarang dianugerah gelaran Datuk, AMN, PJK). Pada tahun 1957, beliau telah memperkenalkan 3 jenis lecana yang berbeza untuk pelajar Sekolah Abu Bakar. Lencana-lencana tersebut emrupakan lencana sekolah biasa, lencana badan pengawas dan lencana badan pengawas perpustakaan sekolah. Lencana badan pengawas perpustakaan adalah direkabentuk oleh beliau sendiri. Akan tetapi, identiti untuk pereka 2 lencana yag lain masih tidak dapat kenalpasti walaupun Encik Idris dipercayai telah menyumbangkan idea dalam rekabentuk tersebut.

Sehingga kini, keunikan lencana sekolah masih dikekalkan tanpa diubahsuai dibuat semenjak diperkanalkan buat kali ertama pada tahun 1957. Lencana tersebut dibahagi kepada empat bahagian yang berwarna biru dan kuning dengan satu bentuk V putih yang menjalar di tengahnya. Bermula daripada kiri atas, warna biru merupakan latar belakang bagi sebiji bola; warna kuning untuk kayu hoki dan kriket. Bahagian kanan bawah pula ialah gergaji dan tukul. Bahagian kuning terrakhir pula adalah logo pengakap. Bagi bahagian putih di tengah, sebatang obor yang bernyala berada di depan sebuah buku yang terbuka, di atasnya, ruang menlengkung ditulis Sultan Abu Bakar School dan ruang menlengkug di bawah pula di tulis cogan kata sekolah Through Endeavour We Succeed. Walau bagaimanapun, pada tahun 1969, cogan kata ditukarkan kepada Alah Bisa Tegal Biasa dan Sekolah Sultan Abu Bakar, Kuantan telah digunakan sebagai pengantian.

Simbol-simbol yang terdapat pada lencana sekolah melambangkan mutu pelajar yang cuba diwujudkan oleh sekolah ini. Kaki hoki, bola sepak bukan sahaja menandakan sebahagian daripada permainan yang diadakan, tetapi semangat kesukanan yang cua di semai kepada pelajar oleh sekolah, iaitu mengamil bahagian dalam pertadingan bukan hanyademi kemenangan kerana kekalahan juga sebahagian daripadanya. Gergaji dan tukul pula bermaksud kita patut krreatif dalam senua bidang untuk memperbaiki diri kita. Logo pengakap menyeru pelajar supaya sentiasa menjaga maruah diri dan nama baik sekolah. Logo ini juga menandakan sebahagian badan beruniform yang ada. Obor bernyala di depan sebuah buku terbuka melambangkan pendidikan dan pengetahuan, seperti dari gelap ke terang.

Warna sekolah meyerupai tiga warna ynag terdapat pada lencana sekolah, iaitu putih, biru dan kuning. Warna kuning dipilih kerana kuning merupakan warna diraja. Warna-warna yang lain turut dijadikan warna sekolah kerana warna warna-warna tersebut berupaya mengharmonikan latar belakang serta berjaya menonjolkan kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi oleh pelajar Sekolah Sultan Abu Bakar. Di samping itu, kombinasi warna tersebut amat menarik pandangan mata dan perhatian ornag ramai.

Bendera Sekolah

Bendera sekolah mempunyai lencana sekolah pada tengahnya. Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian atas berwarna putih bermaksud permikiran yang suci. Manakala bahagian bawah berwarna biru tua bermaksud perpaduan. Selain itu, perikatan SABS dan Kuantan juga tertera di atasnya.

Ikrar Sekolah
Bahawanya kami pelajar-pelajar SMK Sultan Abu Bakar berjamji dan berikrar akan menumpu sepenuh tenaga dan itizam kepada pelajaran.

Bahawanya kami akan berusaha untuk mencapai kecermelangan diri,demi masa depan kami, agama, bangsa dan negara.

Bahawanya kami akan sentiasa menjauhi diri dari kesalahan dan seterusnya mentafsirkanna di rumah dan di sekolah dan seterusnya kami akan menghormati ibu bapa, guru-guru, pemimpin dan undang-undang negara.

Bahawanya kami akan sentiasa berpegang teguh pada janji dan ikrar ini demi masa depan kami dan wawasan negara.

Program Pelaggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar wujud untuk memberi kemudahan perkembangan potensi pelajar ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan berpakskan falsafah pendidikan Negara, pengisian wawasan pendidikan dan wawasan 2020.

Kami menjamin akan mencapai hasrat melalui : Suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang Kondusif  Pencapaian PMR : 99% lulus  Pencapaian SPM : 99% lulus 89% pankat 1  Melaksanakan Program pengajaran dan pembelajaran secara terancang untuk mencapai matlamat KBSM.  Berusaha untuk meningkatkan profesionalisme guru, melalui progarm-progarm perkembangan staf, sekurang-kurangnya dua kali setahun.  Memberi kemudahan dan sokongan kepada guru untuk meningkatkan kreatif guru.  Mempertingkatan keberkasanan penyediaan proses pengajaran dan pembelajaran.  Mempertingkatan kemahiran dan penggunaan alat bantu mengajar.

Falsafah Sekolah
Kami warga SMK Sultan Abu Bakar Dengan Penuh Tekad dan Itizam Berjanji untuk Memperkembang Potensi Pelajar Ke Tahap yang Cemerlang Dalam Semua Bidang Berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara Bagi Memenuhi Ekspektasi Negara

Falsafah Pendidikan
Pendidikan di Malaysia ialah Satu Berusaha berterysan ke arah Memperkenalkan lagi potensi Individu Untuk menwujudkan insan yang seimbang Dan Kepercayaan kepada Tuhan Usaha ini adalah bagi melahirkan Rakyat Malaysia yang berilmu Pengetahuan Berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan Mencapai kesejahteraan diri serta Memberi sumbangan terhadap Penghormatan dan kemakmuran masyarakat dan negara

Sejarah Sekolah
Pada 16th Ogos 1957, sekolah ini dibuka dengan raasmi oleh DYMM sultan Pahang ketika itu, Sultan Abu Bakar. Oleh itu, Sultan Abu Bakar School menjadi sekolah menengah aliran Inggeris sepenuhnya yang pertama di negeri ini. Pada tahun pertama sekolah ini mempunyai 369 orang murid dan 17 orang guru. Pengetua pertama ialah Encik Idris bin Babjee. Kelas ialah antara Tingkatan satu hingga Tingkatan lima. Kelas-kelas peralihan juga dimulakanpada tahun itu untuk murid-murid baik dari sekolah yang berkehendakan pelajaran menengah Inggeris.

Sekolah baru ini mempunyai 10 bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah bengkel untuk pertukangan kayu dan besi, makmal, bilik ilmu alam dan 1 buah pejabat. Oleh sebab ini, dirancang untuk dipilih sebagai sekolah yang menekankan pelajaran sains, makmal sains dilengkap secukupnya untuk pengajaran sains sehingga ke peringkat sijil persekolahan.

Pada tahun 1959, sekolah ini membuka kelas menengah melayu selaras dengan pelaksanaan penyata Razak sebagai satu langkah untuk memenuhi aspirasi rakyat. Selepas merdeka, sementara itu, menara Putera dibina untuk menampung murid.

1962 merupakan tahun yang penting dalam perkembangan Sekolah Sultan Abu Bakar. Pada tahun itu, sekolahini memulakan kelas Tingkatan enam yang pertama dan menjadi sekolah yang pertama dan terunggul di Pahang dari Pahang Timur dipilih untuk memasuki kelas Tingkatan 6 Rendah. Pada tahun 1963, ia merupakan sekolah yang pertama di Pahang yang mengambil H.S.C dan SPM. Jumlah murid meninkat ke 4 angka 1000.

Pada tahun 1962 apabila sekolah ini memulakan Tinkatan enam bawah, sekolah ini mempunyai 7 orang guru siswazah, 21 orang latihan maktab dan 6 orang guru latihan normal.

Lama-kelamaan, bilangan guru siswazah bertambah dan sebilang murid yang belajar di situ kembali menebus bakti sebagai guru.

Apabila kerajaan memulakan Sistem Pelajaran Arika Jurusan, mata pelajaran seperti Seni Perdagangan dan Seni Pengusahaan mula diperkenalkan pada tahun 1965kepada Tingkatan satu hingga Tingkatan empat. Sekolah ini dibesarkan lagi pada tahun 1966,jumlah murid bertambah. Oleh sebab pengajaran Bahasa Melayu diberi keutamaan dan untuk menggalakkan murid bukan Melayu cakap Bahasa Melayu dengan fasih maka Persatuan Bahasa Melayu itubuh dan semua murid diwajibkan menjadi ahli. Apabila kerajaan menekan kepentingan sains dan teknologi Sekolah Sultan Abu Bakar telah dipilih sebagai sekolah untuk penuntut sains tulin . lebih abnyak kelas sains dibuka untuk terima murid dari seluruh Pahang pada tahun 1967.

Di samping perkembangan dalam bidang akademik, sekolah ini tidak ketinggalan dalam mewujudkan semangat kerjasama dan pelajaran dalam menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang baik. Satu contoh kerjasama di antara murid dan guru ialah pembinaan basketball court dan rock garden yang siap pada tahun 1969. Bagi memenuhi keperluan pembelajaran mata pelajaran sains , sebuah blok makmal fizik telah mula digunakan pada tahun 1981 yang mengandungi 2 buah makmal fizik dan 4 bilik darjah.

Menjelang tahun 1990, bilangan pelajaran SABS menjangkau ke 2300 orang dengan tenaga pengajaran seramai 112 orang menjadikan SABS antara sekolah yang terbesar di negeri Pahang. Pertambahan bilangan pelajar ini menyebabkan pada tahun 1992, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang memutuskan untuk menamatkan kelas peralihan. Tindakan ini telah berjaya mengurangkan jumlah pelajarke 1900 orang sahahja dengan tenaga duru seramai 107 orang.

Tahun 1993, sebuah bilik makan untuk guru dibina di sekolah kafeteria bagi keselesaan para guru. Tahun berikutnya iaitu pada tahun 1994. Gajah menyusur (covered walk-way) yang menghubungkan Gate B dengan D Besar dan antara asrama dengan surau telah siap dibina. Selain itu, pondok PIBG antara Blok Makmal Fizik dengan bengkel kemahiran hidup telah dibinasebagai tempat rehat pelajar.

Pada tahun 2000, 2 blok bangunan bilik darjah yang mempunyai 4 tingkat siap dibina dan mula digunakan pada bulan Ogos. Penambahan blok ini membolehkan prosespengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan selesa. Bagi menampung bilangan pelajar yang ramai dan suasanapembelajaran yang kondusif maka 2 blok bangunan baru (G dan H) telah dibina dan digunakan untuk kelas dan makmal sains pada tahun 2004.

Pada tahun 2003, lawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato Abdul Rafie Mahat, telah mencatatkan sejarah kepada sekolah. Lawatan ini telah memberikan suntikan semangat untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik kepada semua kakitangan sekolah dan para sekolah.

Pengetua Sekolah

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi.

Encik Idris bin Babjee (1957-1960) Encik Gwee Yee Hean (1960-1961) Encik G. Gunasaiggam (1962-1963) Encik Tsang Ah Liat (1963-1967) Encik Lian Teck Jean (1968-1971) Encik Eddy Wee (1971-1972) Encik Ajmeer Singh (1972-1974) Encik Chee Hee Yin (1974-1975) Encik Mohd Noor Bin Long (1976-1977) Encik YM Tengku Hj Adnan bin Tengku Mahmud AMP, AMN (1977-1989) Encik Ismail Sajad bin Sajad (1989-1991) Encik A. Rahim Bin Noh (1991-1992) Hj. Abdullah bin Abd. Kadir (1992-1994) Cik Hamedah Bt. Wok Awang (1994-1995) Hj Abd. Hamid Bin md Shah (1995-1998) Encik Abdul Muen B. Hj Nordin (1998-1999) Hj. Ab Rahim Bin Mansor (1999-2003) Hj. Othman bin Ramli, AMP (16/2/2003-30/6/2003) Pn. Hajah Norimah bt David AAP (7/2003-2007) Pn. Azariah binti Hussein (2008-2010) Pn. Hajah Rakiah bt Daud (6/2011-sekarang)

Lampiran

Hasil Kajian

Logo Jubli Emas


Logo Jubli Emas ini dicetuskan berdasarkan kegemilangan yang telah dicapai oleh SMK SAB atao lebih dikenali sebagai SABS sepanjang 50 tahun penubuhannya. Ini dijelaskan lagi dengan adanya perkataan 50 yeats of SABS 1957-2007 dan perkataan Jubli Emas.

Imej bintang berwarna perak bermaksud SANS merupakan sebuah organisasi pendidikan yang cermelang, gemilang dan terbilang seperti sebutir bintang yang bersinar di angkasa. Pelajar yang dihasilkan merupakan bintang-bintang yang berkelipan setiap bucu-bucu bintang mempunyai maksudnya yang tersendiri.

 Kecermelangan dalam kepimpinan  Kecermelangan dalam akademik  Kecermelangan dalam kokurikulum  Kecermelangan dalam sahsiah Perkataan Jubli Emas dan 50 years of SABS 1957-2007 yang berwarna merah memberi gambaran cabaran dan dugaan yang telah dihadapi dan diharungi dengan semangat wajar sepanjang 50 tahun.

Warga eams pada angka 50 bermaksud kejayaan SABS dalam pelbagai aspek sepanjang 50 tahun kelahirannya. Warga emas merupakan simbol kekayaan dan kualiti yang tinggi menggambarkan SABS telah melahirkan anak bangsa yang berkualiti tinggi demi kemakmuran dan kemajuan Malaysia serta melahirkan pemimpin negara yang berkaliber.

Logo sekolah yang diletakkan di sebelah kiri atas dan bermaksud ketinggian organisasi sekolah dalam mentadbir, mengurus dan melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi sejajar dengan lirik lagu sekolah rajin kita, uasaha kita, tangga untuk kejayaan.

Sekolah Saya

Peta Sekolah

Senarai Kandungan
TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Sumber Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

TAMAT

You might also like