You are on page 1of 2

PENGENALAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Pelaksanaan Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting

antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri. Matlamat Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula. Objektif 1. Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu. 2. Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Fungsi 1. Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat. 2. Mengawal penggunaan buku teks.

KELAB SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) Pengenalan Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu. Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e)Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Objektif Objektif Kelab SPBT adalah : 1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh. 2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid. 3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT. 4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelabkelab lain di sekolah. 5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu. Keahlian Keahlian Kelab SPBT ini adalah terbuka kepada semua murid yang berminat. Aktiviti Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah. Ceramah penjagaan buku teks Pertandingan melukis kulit buku teks Pertandingan melukis poster Melukis mural Kuiz

You might also like