You are on page 1of 11

SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM HADIS

Peringkat Pertama
Bermula selepas kewafatan Rasulullah sehingga akhir kurun pertama Hijrah Antara ciri-ciri : i. Mengurangkan riwayat. Dibimbangi tersalah atau terlupa yang membawa syubhah atau pembohongan terhadap Nabi.

Terjemahan : Sesiapa yang bercakap tentangku dengan hadis dan didapati ia adalah bohong, maka ia adalah salah seorang yang melakukan pembohongan terhadapku.

ii. Terlalu teliti di dalam menerima dan meriwayat hadis. Saidina Abu Bakar telah didatangi oleh seorang nenek yang menuntut haknya di dalam pewarisan. Lalu Abu Bakar berkata kepadanya : Aku tidak dapati masalah hak kamu itu di dalam al-Quran dan aku juga tidak tahu apakah Rasulullah menyebut hak engkau itu. Kemudian Abu Bakar bertanya kepada orang ramai : Lalu al-Mughirah pun bangun dan menjawab : Aku hadir semasa Rasulullah memberikan 1/6 hak untuk nenek. Lalu Abu Bakar bertanya kepada al-Mughirah, apakah ada bersama kamu orang lain sebagai saksi. Lalu Muhammad Ibn Maslamah menjadi saksi. Lalu Abu Bakar pun memberikan hak nenek itu.

iii. Mengkritik riwayat-riwayat.


Saidina Umar mendengar hadis Fatimah binti Qais bahawa suaminya telah mentalaqkannya dengan talaq tiga, Rasulullah mengatakan bahawa orang (isteri) yang ditalaq tiga tidak ada hak tempat tinggal dan tidak ada hak nafkah. Lalu Umar berkata : Kami tidak akan sama sekali meninggalkan Kitab Allah dan al-Sunnah nabi, semata-mata kerana kata-kata seorang perempuan yang kami tidak tahu sebabnya, sama ada ia hafal atau lupa, yang mengatakan bahawa ia ada hak tempat tinggal dan nafkah.

Peringkat Kedua
Bermula dari akhir kurun pertama hingga kurun kedua hijrah. Lebih ke arah menyempurnakan lagi kaedah ilmu hadis dengan menilai pelbagai jenis hadis, satu persatu.

Para sahabat telah membuat tapisan dan saringan terhadap setiap hadis yang diriwayatkan dengan menggunakan kaedah :

Menyenaraikan sanad hadis dan sifat-sifat mereka

Hadis-hadis adalah agama. Maka, telitilah daripada siapa kamu menerimanya

Merantau dan mengembara mencari perawi bagi sesebuah hadis untuk mensabitkan riwayatnya.

Membentangkan hadis-hadis Dhaif dan Maudhu kepada perawi thiqah lain (para penghafaz hadis)

Peringkat Ketiga
Bermula pada kurun ketiga hingga pertengahan kurun keempat.

Peringkat Keempat
Pertengahan kurun ke-4 hingga awal kurun ke-7 hijrah. Karya-karya semakin meluas. Istilah-istilah di dalam ilmu hadis telah dicipta dan dibuat berasingan.

Peringkat Kelima
Mula pada kurun ke-7 hingga kurun ke-10. Lebih sempurna lagi penyusunan dalam Ulum al-Hadis. Banyak menyelesaikan masalah secara teliti.

Peringkat Keenam
Peringkat Beku. Mula pada kurun ke-10 hingga beberapa kurun seterusnya. Tidak ada ijtihad, penyelesaian masalah mahupun karangan serta penulisan dalam Ulum al-Hadis.

Peringkat Ketujuh
Peringkat bangkit semula. Orientalis telah campur tangan. Ulama hadis bangkit untuk menjaga hadis daripada penyelewengan dan pemalsuan. Berterusan hingga ke hari ini.

You might also like