You are on page 1of 20

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 219

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH: TINJAUAN DI BEBERAPA TADIKA SWASTA DI DAERAH CURUG, TANGERANG, INDONESIA ELIS JOHANNES HENDRY SALIM ROHATY MAZJUB PENGENALAN Sumber manusia yang berkualiti sangat diperlukan bagi penyelesaian pelbagai masalah bangsa dan pencapaian kemajuan bangsa dan negara. Sumber manusia yang berkualiti akan lebih mudah dibentuk bila pembinaannya dimulakan sejak usia kanak-kanak. Di masa hadapan kanak-kanak ini akan menjadi generasi penerus yang unggul dalam semua aspek kehidupan dan mampu bersaing di era informasi ini. Menurut National Early Childhood Development Forum atau NECDF (2004), dalam konteks Indonesia ada empat alasan mendasar mengapa semua pihak perlu mempercepatkan peningkatan kualiti sumber manusia secara maksima, iaitu untuk menghadapi era globalisasi yang tidak dapat dielakkan, mengejar ketinggalan daripada negara lain, menguasai teknologi dan ilmu pengetahuan untuk menguruskan sumber semula jadi dengan tepat dan untuk menghadapi kerosakan alam persekitaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Berdasar kepada pernyataan tersebut, pembentukan sumber manusia yang unggul merupakan hal yang mendesak dan tidak dapat dinafikan lagi. Pembentukan sumber manusia ini tidak hanya untuk meningkatkan kemampuan bagi tujuan ekonomi, tetapi justeru pembangunan peribadi yang tertumpu kepada kemampuan otak dan merujuk kepada kemahiran, sikap, perilaku mandiri, memiliki kemampuan untuk bersaing yang tinggi dan ketahanan terhadap perubahan global. Apabila dikaitkan dengan keupayaan otak, para pakar perkembangan otak menyatakan bahawa usia lima tahun pertama ialah masa keemasan (golden age) kerana perkembangan otak yang sangat cepat.. Bloom (1964) menyatakan pada usia 4 tahun, perkembangan intelek seorang kanak-kanak telah mencapai 50 peratus daripada perkembangan intelek seorang dewasa. Pada masa ini ibu bapa mempunyai peluang terbaik untuk membantu anak-anaknya berkembang secara maksima dalam semua aspek yang mencakupi aspek intelek, sosial, rohani dan fizikal. Masa ini adalah masa yang paling tepat untuk memulakan pembangunan sumber manusia yang berkualiti dan pembinaannya dimulakan daripada pembangunan otak sejak awal, bahkan sejak di dalam rahim ibu. Selain itu kecerdasan kanak-kanak juga ditentukan oleh stimulasi yang diterima dari alam persekitaran (Hunt, 1961). Stimulasi yang seronok bagi kanak-kanak akan membentuk jalur belajar di otak, yang menjadi asas yang kuat bagi proses pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau usia yang lebih tua. Dalam keadaan masyarakat sekarang ini, khasnya di Indonesia, sebahagian besar ibu bapa bekerja sehingga mempunyai waktu yang sangat terhad bagi merangsangkan anak-anaknya di rumah. Ibu bapa dari keluarga kurang bernasib baik kurang memperhatikan tentang pentingnya stimulasi pada usia awal ini. Menurut Rohaty (1994) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah

220

Elis Johannes

kurang merangsang pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Jadi ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangkan anak-anaknya secara maksima. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini. Menurut Rohaty (2003) masa prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik (Essa, 1992) melalui pengalaman belajar yang bermakna dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka. Pendidikan prasekolah dapat memberikan pengalaman yang mungkin tidak boleh dibekalkan di rumah sekalipun keluarga itu serba mencukupi (Rohaty, 1994). Pendidikan prasekolah yang berkualiti memberikan stimulasi secara holistik kepada kanak-kanak sehingga dapat meningkatkan fungsi kognitif, konsep kendiri yang positif, harga diri, kemandirian, dan kemahiran sosial. Ia juga mengembangkan emosi kanak-kanak yang seimbang, pemahaman nilai agama dan spiritual sejak awal serta pemahaman nilai kesihatan dan keselamatan. Maka dapat disimpulkan bahawa pendidikan prasekolah mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan sumber manusia yang unggul. Dalam kajian ini pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh tadika bagi kanak-kanak yang berumur 4 sampai 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah. Banyak kajian membuktikan kesan penglibatan ibu bapa terhadap kejayaan pembelajaran kanak-kanak dan sekolah (Conway (2003; Mc Allister, 1993). Kajian yang dilakukan oleh National Center for Family & Community Connections with Schools (2002), yang membuat ulasan daripada 51 kajian tentang penglibatan ibu bapa menyimpulkan bahawa ditemukan hubungan yang positif dan meyakinkan antara penglibatan ibu bapa dan kesannya terhadap sekolah, keluarga dan pelajar daripada semua sosio ekonomi status, bangsa, latar belakang pendidikan dan umur. Hampir semua prasekolah kerajaan dan swasta dan Sekolah Rendah di Amerika Syarikat telah menyediakan kesempatan bagi ibu bapa untuk terlibat. (Huntsinger dan Jose, 2009). Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi antara pengetua dan para guru mengenai penglibatan ibu bapa. Ibu bapa pun perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan kanak-kanak mereka di masa hadapan, sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa merupakan manifestasi daripada persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan di beberapa tadika merupakan topik utama daripada kajian ini. Dalam konteks di Indonesia, beberapa masalah berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di prasekolah adalah walaupun banyak kajian dalam dan luar negara menunjukkan kesan positif daripada penglibatan ibu bapa terhadap kanakkanak, ibu bapa, dan pihak sekolah, penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 221

prasekolah ini belum menjadi tumpuan perhatian pelbagai pihak berkenaan. Penglibatan ibu bapa sangat berbeza di pelbagai tadika kerana pelbagai keadaan yang tidak menyokong seperti dasar tadika, kemampuan kewangan tadika, persepsi ibu bapa dan guru terhadap penglibatan ibu bapa dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa. Belum ada kajian yang memberikan literatur tentang sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah di Indonesia. Kepelbagaian tadika menurut jenis, kurikulum, dasar, kemampuan kewangan menghasilkan jenis, tahap dan kesan penglibatan ibu bapa yang berbeza. Keadaan tadika ini mempengaruhi pihak prasekolah untuk membuat amalan yang melibatkan ibu bapa di prasekolah. Di Indonesia 99 peratus prasekolah diurus oleh pihak swasta di mana tadika-tadika ini mempunyai kurikulum, dasar dan kemampuan kewangan yang berbeza-beza kerana sangat bergantung kepada yuran pelajar dan pihak penyokong atau penderma. Prasekolah yang kemampuan kewangannya rendah biasanya kurang memperhatikan program penglibatan ibu bapa kerana lebih menumpukan perhatian kepada memenuhi proses pembelajaran dan pengajaran di prasekolah. Sedangkan prasekolah yang kemampuan kewangan tinggi lebih mudah melaksanakan program penglibatan ibu bapa tapi mungkin dasar tadika tidak terbuka terhadap penglibatan ibu bapa atau guru kurang pengetahuan dan pengalaman tentang amalan-amalan prasekolah yang boleh melibatkan ibu bapa. Mereka masih menumpukan perhatian kepada hal-hal lain yang dianggap lebih penting. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa ini adalah latar belakang guru dan ibu bapa sendiri, seperti pendidikan dan status sosio ekonomi ibu bapa, persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa, persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Dalam konteks Indonesia sebagai negara kepulauan yang luas dan mempunyai masyarakat yang majmuk, persepsi ibu bapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah sangat berbeza. Ibu bapa daripada keluarga kurang bernasib baik cenderung menganggap pendidikan prasekolah tidak penting. Apalagi bila mereka tinggal di luar bandar dan tidak mempunyai akses kepada pendidikan prasekolah. Pendidikan prasekolah umumnya mudah dijumpai di kawasan bandar sahaja. Menurut Direktorat Pendidikan Anak Usia Dini (Prasekolah), Jabatan Pendidikan Nasional, 2007, walaupun didapati peningkatan jumlah prasekolah yang sangat signifikan pada tahun 2006, masih banyak ibu bapa yang belum menyedari kepentingan pendidikan prasekolah. Persepsi ibu bapa yang rendah mengenai pendidikan prasekolah ini mengakibatkan penglibatan mereka di pendidikan prasekolah juga rendah. Persepsi guru dan pengetua tentang penglibatan ibu bapa sangat berbeza dari aspek (a) sejauh mana ibu bapa boleh terlibat dalam membuat keputusan di prasekolah, (b) sejauh mana ibu bapa boleh membantu guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan (c) sejauh mana ibu bapa boleh dilibatkan dalam bidang kurikulum di prasekolah. Persepsi guru ini dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan pengalaman mereka, sikap dan keperibadian mereka. Guru yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan di bidang pendidikan prasekolah, psikologi atau tidak mempunyai sijil Keguruan kurang

222

Elis Johannes

memahami psikologi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh sehingga menganggap kurang penting penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak di prasekolah. Keadaaan ini menjadi lebih buruk apabila guru-guru tersebut kurang pengalaman. Sebahagian guru yang introvert tidak menyukai bila orangtua terlibat terlalu banyak di prasekolah. Ada guru dan pengetua tidak mau ditegur oleh ibu bapa. Guru dan pengetua yang lain berpendapat tidak perlu melibatkan ibu bapa terlalu banyak kerana mereka pasti tidak mempunyai masa. Thomas (1987) menyatakan masalah timbul bila guru enggan bekerjasama dengan ibu bapa yang bukan daripada golongan profesional. Pelbagai kekangan lain terhadap penglibatan ibu bapa juga mempengaruhi sejauh mana ibu bapa dapat terlibat dalam pendidikan prasekolah. Dalam Panduan Pembelajaran di Taman Kanak-kanak (2006) yang diterbitkan oleh Departemen Pendidikan Nasional, Jakarta, dinyatakan bahawa ibu bapa boleh terlibat secara sukarela atau menyertai kegiatan di tadika. Mereka juga boleh bekerja sama dengan pihak tadika dalam membuat keputusan mengenai kanak-kanak. Pernyataan ini tidak disertai dengan panduan terperinci bagi pihak tadika untuk membuat aktiviti-aktiviti konkrit yang melibatkan ibu bapa di tadika. Keadaan ini tidak menyokong pihak prasekolah untuk merancang kurikulum yang melibatkan ibu bapa. OBJEKTIF KAJIAN Berdasar kepada permasalahan tersebut, pengkaji melakukan kajian ini dengan objektif seperti berikut ini: 1. Mengenal pasti tahap amalan aktiviti tadika yang melibatkan ibu bapa. 2. Mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa menurut jenis tadika. 3. Mengenalpasti kekangan yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa 4. Mengenalpasti hubungan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa. 5. Mengenalpasti hubungan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. 6. Mengenalpasti hubungan antara SSE ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. 7. Mengenalpasti hubungan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa. 8. Mengenalpasti faedah penglibatan ibu bapa 9. Mengenalpasti strategi bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. HIPOTESIS KAJIAN Kajian ini menguji 4 hipotesis nol. Hipotesis nol kajian adalah : Ho1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. Ho2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 223

Ho3. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang status sosio ekonomi (SSE) dengan penglibatan ibu bapa. Ho4. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa. KEPENTINGAN KAJIAN Dapatan kajian ini akan sangat bermanfaat bagi pihak ibu bapa, prasekolah dan pihak kerajaan kerana memberikan gambaran sejauh mana amalan tadika yang melibatkan ibu bapa, sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika, dan menggalakkan pihak kerajaan untuk membuat kurikulum yang lebih banyak melibatkan ibu bapa dalam pendidikan tadika. Selanjutnya pengkaji membahagi bab kedua kepada dua topik utama iaitu topik berkenaan dengan pendidikan prasekolah dan topik berkenaan dengan penglibatan ibu bapa. Pengkaji berasa perlu menghuraikan topik tentang pendidikan prasekolah di Indonesia secara luas supaya topik penglibatan ibu bapa dalam konteks Indonesia dapat difahami secara mudah. Kemudian pengkaji menghuraikan topik penglibatan ibu bapa ini dari pelbagai aspek. TINJAUAN LITERATUR Menurut Morrison (1978) pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa secara meluas diyakini menjadi penting bagi perkembangan akademik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, pembinaan penglibatan ibu bapa adalah tujuan utama dari Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (Fantuzzo et al., 1999 dalam Arnold et al. 2008).), dan merupakan landasan filosofis daripada Head Start (Administration for Children and Families, 2006 dalam Arnold et.al 2008). Teori menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembinaan kemahiran akademik sejak awal (Christenson, 2004). Menurut Berger (1995), pengetua mempunyai 4 peranan kepimpinan dalam penglibatan ibu bapa, iaitu sebagai sebagai pembina moral, pereka bentuk program, pembina hubungan dengan ibu bapa dan penyelaras program penglibatan ibu bapa. Sedangkan ibu bapa mempunyai beberapa peranan iaitu sebagai pembuat polisi, guru bagi anak-anaknya, pihak yang digaji, sukarelawan yang bersifat sementara, atau sebagai penonton sahaja. Penglibatan ibu bapa mengikut Model Epstein (2002) mempunyai enam jenis penglibatan iaitu aspek keibubapaan, komunikasi, kesukarelaan, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan kolaborasi dengan komuniti. Setiap jenis penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan oleh pihak tadika untuk mencapai matlamat prasekolah yang sudah ditetapkan. Dalam kajian ini pengkaji tidak mengkaji aspek kolaborasi dengan komuniti, kerana aspek ini lebih tertumpu kepada penglibatan komuniti dalam prasekolah. Menurut Gestwicki (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru

224

Elis Johannes

bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga seringkali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif tentang kemampuan keluarga. Faktor luaran mencakupi masalah waktu yang dimiliki oleh guru. Apabila falsafah sekolah dan tindakan administratif tidak menyokong perkongsian dengan keluarga, guru tidak akan mempunyai waktu untuk meresponi ibu bapa. Ide lama tentang penglibatan ibu bapa yang terlalu formal kurang menyokong hubungan baik antara pihak tadika dan ibu bapa (Swap, 1993 dalam Getswicki, 2004). Selanjutnya guru yang terlalu sibuk menjadi kekangan dalam penglibatan ibu bapa. Hal ini membuat ibu bapa enggan bertemu guru. Apabila dasar pentadbiran sekolah mempunyai polisi yang melarang hubungan dan diskusi antara ibu bapa dan kakitangan sekolah, maka ibu bapa kehilangan peluang untuk membangun hubungan dengan guru. Kekangan lain adalah ibu bapa yang berminat terlibat tapi tidak ada pembantu rumah, bekerja, menganggap tadika membosankan dan tidak wujud komunikasi dua hala dalam mesyuarat (Rohaty dan Abu Bakar, 1994). METODOLOGI Dalam bab ke tiga pengkaji menghuraikan tentang metodologi kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 346 sampel ibu bapa dan 30 sampel guru dan pengetua terlibat dalam kajian ini. Sampel ini berasal daripada 6 tadika swasta di daerah Curug, Tangerang. Pengkaji menggunakan pemilihan sampel rawak berstrata di mana pengkaji membezakan tadika menjadi tiga jenis kumpulan iaitu tadika dengan yuran tinggi, sederhana dan rendah. Tadika dengan yuran pelajar rendah adalah apabila yuran pelajar kurang daripada 70 RM. Tadika dengan yuran pelajar sederhana adalah apabila yuran pelajar antara 71 RM 180 RM. Sedangkan tadika dengan yuran pelajar tinggi adalah apabila yuran pelajar lebih daripada 180 RM. Instrumen dalam kajian ini menggunakan soal selidik dengan skala likert 4 poin. Tuckman (1978) berpendapat bahawa kaedah soal selidik merupakan cara yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Apabila soal selidik digunakan, maka cara tinjauan yang menggunakan sampel rawak adalah lebih praktikal. Temu bual dengan pengetua tadika dilakukan bagi mendapatkan maklumat tambahan yang menyokong data kuantitatif dan menjawab persoalan ke delapan kajian. Analisis data dilakukan secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS 12.0. Menurut Mohd Majid (1998) statistik deskriptif berupa organisasi dan ringkasan data yang diperoleh dari analisis data. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam bentuk frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai bagi menghuraikan sampel kajian dan menjawab persoalan kajian. Analisis juga dilakukan untuk menguji hipotesis kajian yang dibina iaitu dengan menggunakan statistik parametrik Pekali Korelasi Pearson. Data kualitatif dianalisis

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 225

dengan memperhatikan tema-tema yang didapat daripada jawaban responden. Jawaban dibandingkan dengan jawaban responden lain dan pengkaji menyatukan jawaban serta membuat kesimpulan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian bagi menjawab persoalan kajian pertama hingga ke empat diperoleh melalui analisis statistik deskriptif yang dijalankan. Purata min bagi amalan aktiviti berkait aspek keibubapaan ialah 2.57 dan purata min bagi amalan aktiviti berkait aspek mengambil keputusan ialah 1.90. Sedangkan purata min bagi amalan aktiviti berkait aspek komunikasi ialah 3.14 dan purata min bagi aspek pembelajaran di rumah ialah 2.91. Purata min bagi amalan aktiviti berkait aspek kesukarelawan ialah 2.03. Interpretasi dari purata min ini adalah tahap amalan aktiviti tadika yang melibatkan ibu bapa berkait aspek keibubapaan, komunikasi dan pembelajaran di rumah adalah sederhana. Ini bermakna tadika ada mengamalkan aktiviti-aktiviti ini tapi tidak terlalu aktif. Bagi aspek mengambil keputusan dan kesukarelawan, tahap amalan aktiviti tadika rendah jadi pihak tadika kurang mengamalkan aktiviti-aktiviti dalam aspek-aspek tersebut. Secara keseluruhan skor min tahap amalan aktiviti di tadika yang melibatkan ibu bapa ialah 2.52, iaitu tahap sederhana. Ini bermakna tadika mengamalkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa di tadika tapi tidak terlalu aktif. Bagi menjawab persoal kajian ke dua, di tadika dengan yuran rendah penglibatan ibu bapa berkaitan dengan aspek pembuat keputusan mempunyai purata min terendah iaitu 1.51 sedangkan bagi aspek komunikasi mempunyai purata min tertinggi iaitu 2.27. Skor min keseluruhan di tadika dengan yuran rendah ialah 1.77 yang bermakna tahap penglibatan . Di tadika dengan yuran sederhana, penglibatan ibu bapa berkait aspek kesukarelawan mempunyai purata min terendah iaitu 1.47 sedangkan bagi aspek komunikasi mempunyai purata min tertinggi iaitu 2.44. Secara keseluruhan skor min di tadika dengan yuran sederhana ialah 1.88 iaitu tahap rendah. Di tadika dengan yuran tinggi penglibatan berkaitan dengan aspek kesukarelawan mempunyai purata min terendah iaitu 1.76 sedangkan aspek keibubapaan mempunyai purata min tertinggi iaitu 2.53. Secara keseluruhan skor minnya ialah 2.20 yang diinterpretasikan penglibatan pada tahap rendah. Berdasarkan data-data di setiap jenis tadika ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa di semua jenis tadika berada pada tahap rendah iaitu dengan nilai min 1.95. Ini bermakna ibu bapa kurang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di semua jenis tadika. Faktor yang menjadi kekangan utama dalam penglibatan ibu bapa menurut 63.9 % responden ibu bapa adalah faktor kesibukan bekerja sehingga sukar mengatur waktu untuk datang ke sekolah (64.6%). Faktor SSE juga dianggap sebagai kekangan oleh 40.5 % responden ibu bapa. Sebesar 41.8 % responden ibu bapa juga menganggap kebijakan sekolah yang tidak menyokong penglibatan ibu bapa menjadi kekangan bagi penglibatan ibu bapa di tadika. Sedangkan 96.7 % responden guru juga berpendapat sama bahawa, kekangan utama adalah faktor kesibukan bekerja sehingga ibu bapa tidak dapat datang ke tadika.

226

Elis Johannes

Sebesar 56.7 % responden guru menyatakan faktor tadika kekurangan dana bagi mengadakan program yang melibatkan ibu bapa juga menjadi kekangan bagi penglibatan ibu bapa. Sebesar 40.0 % resonden guru juga berpendapat bahawa sikap negatif kerana pengalaman sekolah yang pahit yang dialami ibu bapa juga menjadi kekangan. Keperibadian guru yang tertutup sehingga kurang menyukai guru terlibat juga menjadi kekangan menurut 33.3 % responden guru. Selanjutnya 33.3 % responden guru juga berpendapat sama dengan ibu bapa bahawa faktor pendidikan, SSE juga menjadi kekangan bagi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika. Jadi dapat disimpulkan bahawa kekangan utama dalam penglibatan ibu bapa adalah faktor waktu, kerjaya, sikap guru dan ibu bapa, serta faktor latar belakang sosio ekonomi dan akademik ibu bapa. Bagi menjawab persoalan kajian ke empat sampai ke tujuh, pengkaji melakukan uji Pekali Pearson. Dapatan kajian diringkaskan dalam Jadual 1. Jadual 1. Hasil analisis uji Pekali Pearson

Hipotesis

Statistik

Hasil

Keputusan

Ho1 : tidak ada hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa

Korelasi Pearson

r = 0.188 p<0.01

ditolak

Ho2 : Tidak ada hubungan antara persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa

Korelasi Pearson

r = 0.017 p > 0.01

diterima

Ho3 :Tidak ada hubungan antara SSE dengan penglibatan ibu bapa

Korelasi Pearson

r = 0.403 p < 0.01

ditolak

Ho4: Tidak ada hubungan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa

Korelasi Pearson

r = 0.272 p < 0.01

ditolak

Jadual 1 menunjukkan bahawa hipotesis Ho1 ditolak. Ini bermakna bahawa ada hubungan yang signifikan antara hubungan antara persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa. Hipotesis Ho3 ditolak sehingga rumusannya adalah ada hubungan yang signifikan antara status sosio ekonomi dengan penglibatan ibu bapa. Hipotesis Ho4 ditolak bererti ada hubungan yang signifikan antara latar belakang akademik dengan penglibatan ibu bapa. Jadi

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 227

semakin tinggi latar belakang status sosio ekonomi dan akademik ibu bapa, semakin tinggi penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika. Hipotesis Ho2 diterima sehingga rumusannya ialah tidak ada hubungan antara persepsi guru terhadap penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa. Persoalan kajian terakhir ialah strategi peningkatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Persepsi guru terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa ini cukup tinggi. Bagi kanak-kanak, faedah penglibatan ibu bapa dianggap sangat besar bagi kejayaan akademik dan emosi kanak-kanak, seperti kemahiran membaca pembelajaran di rumah, dan kemahiran berbahasa, meningkatkan esteem kendiri kanak-kanak. Sedangkan faedah utama bagi ibu bapa adalah masalah kanak-kanak dapat diselesaikan dengan berkesan, ibu bapa dapat menyumbang tenaga dan berkongsi bakat, serta meningkatkan kemahiran keibubapaan. Selanjutnya menurut guru faedah utama daripada penglibatan ini bagi pihak tadika adalah guru-guru dapat merancang kerja rumah yang lebih interaktif dan tadika dapat berjaya mencapai matlamat tadika. Ibu bapa juga mempunyai persepsi yang cukup baik terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa. Menurut perspektif ibu bapa faedah utama daripada penglibatan mereka adalah juga dalam bidang akademik anak-anaknya seperti ibu bapa akan mengetahui cara menyokong pembelajaran anak di rumah, dan kanakkanak memiliki sikap positif terhadap kerja rumah. Faedah utama bagi ibu bapa sendiri adalah meningkatkan kemahiran keibubapaan dan esteem kendiri mereka. Sedangkan faedah utama bagi guru antaranya guru-guru dapat meningkatkan kemahiran dalam merancang kerja rumah yang lebih interaktif, kemahiran berkomunikasi yang berkesan, merancang kurikulum yang melibatkan ibu bapa, dan mempunyai sikap terbuka terhadap ibu bapa serta menyedari bahawa perspektif ibu bapa perlu dipertimbangkan dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak. JADUAL 2. Strategi peningkatan penglibatan ibu bapa.
il 1 Aspek penglibatan Keibu-bapaan Strategi Responden

bengkel atau seminar bagi ibu bapa tentang pelbagai 1, 2, 3, 4, 5, 6 topik, terutama berkenaan dengan cara mendidik anak 6 memberikan pengarahan tentang disiplin sekolah dan menyokongnya dengan mengingatkan, memberi reward dan berbincang dengan ibu bapa melibatkan ibu bapa dalam perbincangan dengan guru dan pengetua supaya mendapat keputusan yang tepat sesuai dengan perkembangan anak melibatkan ibu bapa dalam memberikan cadangan berkenaan dengan kurikulum 3, 6 2

Mengambil keputusan

228

Elis Johannes

il 3

Aspek penglibatan Komunikasi

Strategi membuat jadual pertemuan dengan ibu bapa untuk seminar, bengkel, perbincangan, pengarahan sesuai dengan waktu yang telah disetujui oleh ibu bapa membentuk Persatuan Ibu bapa dan Guru supaya komunikasi antara guru dan ibu bapa lebih baik dan ibu bapa dapat memberikan cadangan kepada pihak tadika dengan berkesan pengarahan bagi ibu bapa untuk memilih sekolah rendah yang baik memberi peluang ibu bapa berkomunikasi dengan guru saat menjemput pulang anaknya melibatkan ibu bapa dalam kerja rumah yang interaktif membuat jadual aktiviti bagi ibu bapa dan anak di rumah menjalin komunikasi dua hala di mana ibu bapa dan guru berbincang dan saling memberikan cadangan bagi menyelesaikan masalah pembelajaran di rumah penglibatan ibu bapa secara sukarela dalam majlismajlis sekolah seperti hari besar keagamaan, hari Ibu, hari Guru, hari Sukan, membersihkan persekitaran dan menanam pohon mengajar secara sukarela dalam bidang kokurikulum memberikan pengarahan tentang program kesukarelawan di awal tahun ajaran dan mengadakan pertemuan pada jadual yang dapat dihadiri oleh ibu bapa seperti hari Sabtu pagi atau sore hari mengadakan tinjauan bagi mengetahui bakat ibu bapa yang dapat diajarkan secara sukarela di kelas sesuai dengan waktu yang disetujui oleh ibu bapa

Responden 1, 2, 4, 5, 6 3, 5

4 Pembelajaran di rumah

4 4 2,3,5 2 6

Kesukarelawan

3, 4, 5

1, 2 6

Berdasarkan Jadual 2 dapat diringkaskan bahawa strategi yang paling banyak dicadangkan oleh responden guru berkait aspek keibubapaan adalah mengadakan bengkel atau seminar bagi ibu bapa tentang pelbagai topik, terutama berkenaan dengan cara mendidik anak. Sedangkan dalam aspek komunikasi, strategi yang paling banyak dicadangkan adalah membuat jadual pertemuan dengan ibu bapa untuk seminar, bengkel, perbincangan, pengarahan sesuai dengan waktu yang telah disetujui oleh ibu bapa. Dalam aspek pembelajaran di rumah seramai 3 responden mencadangkan melibatkan ibu bapa dalam kerja rumah yang interaktif. Dalam aspek kesukarelawan seramai 3 responden pula mencadangkan penglibatan ibu bapa secara sukarela dalam majlis-majlis sekolah seperti hari besar keagamaan, hari Ibu, hari Guru, hari Sukan, membersihkan persekitaran, menanam pohon dan

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 229

lain-lain. Sedangkan dalam aspek mengambil keputusan, hanya 2 orang responden mencadangkan melibatkan ibu bapa dalam perbincangan dengan guru dan pengetua supaya mendapat keputusan yang tepat sesuai dengan perkembangan anak. PERBINCANGAN DAPATAN Bagi persoalan kajian pertama, secara keseluruhan dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Nelavathi (2004) iaitu tahap amalan aktiviti berkaitan dengan aspek komunikasi paling tinggi dan aspek pembuatan keputusan paling rendah. Secara keseluruhan skor min tahap amalan aktiviti di tadika yang melibatkan ibu bapa ialah 2.52, iaitu tahap sederhana. Ini bermakna tadika mengamalkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa tapi tidak terlalu aktif. Tadika belum menggunakan tenaga, pengalaman dan kemahiran yang ada pada ibu bapa dalam usaha membantu kanakkanak meningkatkan prestasi mereka secara maksima sama ada dalam aktiviti kurikulum ataupun aktiviti kokurikulum. Aspek komunikasi ini mempunyai purata min yang paling tinggi berbanding dengan aspek-aspek lainnya iaitu dengan nilai purata min 3.14. Kajian yang dijalankan oleh States (1998) mendapati bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi yang lebih baik di sekolah apabila wujud komunikasi dua hala antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pada amnya tadika-tadika di Indonesia selalu berusaha untuk menjana hubungan yang rapat dengan ibu bapa sehingga dapat mewujudkan kerjasama kedua belah pihak bagi kepentingan pelajar, guru dan ibu bapa sendiri. Item Menjemput ibu bapa ke majlis sekolah seperti hari perpisahan, penyampai hadiah, hari anugerah cemerlang, konser, dan lain-lain juga mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 3.67. Dalam kajian Nelavathi, item ini mempunyai nilai min tertinggi dan hal ini menyokong dapatan kajian Zuraimah (2002) yang menyatakan 75 % responden guru bersetuju bahawa ibu bapa pelajar banyak terlibat dengan menghadiri majlis sekolah seperti hari sukan tahunan / hari ucapan dan penyampaian hadiah sekolah dan hari anugrah cemerlang. Dapatan ini juga selari dengan dapatan Rohaty, Azhar dan Nor Lizalina (2002) yang melaporkan bahawa penglibatan ibu bapa terbatas kepada hal yang lebih bersifat fizikal dan sosial seperti mengiringi kanak-kanak dalam lawatan, melibatkan diri semasa hari penyampaian sijil atau hari sukan. Item Memberikan maklumat kepada ibu bapa berhubung dengan pelanggaran disiplin anak di tadika juga mempunyai nilai min yang sama tingginya iaitu 3.67. Pihak tadika menganggap penting untuk selalu berkomunikasi dengan ibu bapa tentang pelanggaran disiplin tadika demi keselamatan kanak-kanak seperti pemakaian perhiasan ke sekolah, melukai kawan, datang terlambat ke tadika dan jarang masuk sekolah dan lain-lain. Pelanggaran disiplin sekolah ini kadang-kadang disebabkan juga oleh faktor ibu bapa sendiri. Walau demikian, dapatan ini tidak selari dengan dapatan Nelavathi (2004) di mana aktiviti menghubungi ibu bapa tentang kes disiplin tadika mempunyai nilai min terendah. Ini disebabkan dalam kajian tersebut, pelanggaran disiplin lebih disebabkan oleh faktor pelajar dan

230

Elis Johannes

dianggap bukan pelanggaran yang serius sehingga masih bisa diselesaikan oleh guru tanpa membabitkan ibu bapa Secara keseluruhan purata min bagi aktiviti berkait aspek membuat keputusan ialah 1.90. Ini bermakna tadika kurang mengamalkan aktiviti yang melibatkan ibu bapa berkaitan dengan aspek membuat keputusan. Data temu bual juga menyokong dapatan bahawa pada amnya pihak tadika tidak terbuka dalam membincangkan tentang kurikulum, tetapi lebih terbuka dalam menerima cadangan tentang disiplin sekolah dan kerja rumah. Perbincangan tentang disiplin sekolah dianggap penting kerana sebahagian pelanggaran disiplin disebabkan juga oleh faktor ibu bapa. Dengan perbincangan ini ibu bapa dapat bekerja sama dan menyokong anak-anaknya untuk mematuhi disiplin sekolah. Item mengenai penglibatan dalam perancangan dasar tadika yang berkait dengan kerja rumah mempunyai nilai min kedua tertinggi iaitu 2.43 yang hampir selari dengan dapatan kajian Nelavathi yang mendapati nilai min tertinggi bagi item ini. Sebahagian besar pihak tadika melaksanakan aktiviti ini kerana persepsi ibu bapa yang sering menganggap tadika sebagai tahap penyediaan kemampuan 3 M untuk masuk ke Sekolah Rendah. Hal ini disebabkan oleh tuntutan Sekolah Rendah yang pada amnya lebih menerima pelajar yang sudah mempunyai kemampuan membaca dan menulis. Akibatnya kerja rumah khasnya dalam 3 M (membaca, menulis dan menghitung) menjadi tumpuan perhatian ibu bapa sehingga pihak tadika berasa perlu melibatkan ibu bapa dalam perancangan berkaitan dengan kerja rumah. Namun pihak tadika tidak melibatkan ibu bapa dalam perancangan dasar tadika berhubung kurikulum. Hal ini selari dengan dapatan kajian Nelavathi (2004) dan dapatan kajian Survey of Parents and Teachers (2000) dalam Nelavathi (2004) yang menyatakan bahawa guru tidak bersetuju ibu bapa dilibatkan dalam aspek membuat keputusan berhubungan dengan pentadbiran, kewangan, pengurusan kurikulum sekolah dan penilaian guru. Dari temu bual diketahui bahawa pihak tadika berpendapat tadika harus menggunakan kurikulum yang sudah ditetapkan oleh Departemen Pendidikan Nasional dan tidak boleh diubah oleh ibu bapa. Pengaturan kewangan adalah tugas daripada pihak tadika dan tidak memerlukan campur tangan ibu bapa. Bagi persoalan kajian ke dua, di tadika dengan yuran rendah penglibatan ibu bapa berkaitan dengan aspek pembuat keputusan mempunyai nilai min terendah iaitu 1.51 sedangkan aspek komunikasi mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.27. Skor min keseluruhan di tadika dengan yuran rendah ialah 1.77 yang bermakna penglibatan ibu bapa kurang. Di tadika dengan yuran sederhana, aspek kesukarelawan mempunyai nilai min terendah iaitu 1.47 sedangkan aspek komunikasi mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.44. Secara keseluruhan skor min di tadika dengan yuran rendah ialah 1.88 yang bermakna penglibatan ibu bapa di tadika dengan yuran sederhana adalah kurang. Di tadika dengan yuran tinggi penglibatan berkaitan dengan aspek kesukarelawan mempunyai nilai min terendah iaitu 1.76 sedangkan aspek keibubapaan mempunyai nilai min tertinggi iaitu 2.53. Secara keseluruhan skor minnya ialah 2.20 yang diinterpretasikan penglibatan pada tahap rendah. Berdasarkan data-data di setiap jenis tadika ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika secara keseluruhan adalah kurang iaitu dengan nilai min 1.95. Secara keseluruhan tahap penglibatan ibu bapa

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 231

ini lebih rendah daripada tahap amalan aktiviti oleh pihak tadika. Dapatan ini menyokong dapatan Mardziah (2006) dalam kajiannya tentang penglibatan ibu bapa dalam program prasekolah di Seremban. Jadi masih ada ruang bagi ibu bapa untuk meningkatkan penglibatan mereka kerana tahap amalan tadika bagi aktiviti yang melibatkan ibu bapa lebih tinggi. Faktor kekangan utama yang mempengaruhi penglibatan ibu bapa adalah faktor f waktu, kerjaya, sikap guru dan ibu bapa, serta faktor latar belakang sosio ekonomi dan akademik ibu bapa, kewangan dan dasar tadika. Bagi tadika dengan yuran tinggi, kekangan ini disebabkan oleh dasar tadika yang tidak sepenuhnya menyokong penglibatan ibu bapa atau mungkin guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi merancang dan melaksanakan aktiviti yg lebih komprehensif. Sikap pengetua dan guru yang kurang terbuka terhadap penglibatan ibu bapa juga dapat mempengaruhi tahap amalan aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Bagi tadika dengan yuran rendah, faktor kewangan menyebabkan tadika belum menumpukan perhatian kepada program penglibatan ibu bapa. Mereka masih berfokus kepada cara memenuhi keperluan bagi proses pembelajaran dan pengajaran di tadika. Selain itu mereka juga kurang pengetahuan tentang program penglibatan ibu bapa. Hasil kajian Castro et al (2004) mendapati pekerjaan ibu bapa menjadi prediktor yang terkuat bagi penglibatan ibu bapa melebihi faktor pendidikan dan kepercayaan ibu bapa mengenai penglibatan mereka. Dapatan Driebe dan Cohran (1996) juga selari dengan dapatan ini iaitu semakin tinggi masa dalam pekerjaan yang berhubungan dengan semakin besarnya pendapatan, maka semakin sedikit masa yang dapat disediakan bagi aktiviti penglibatan ibu bapa. Pihak tadika perlu merancang aktiviti penglibatan yang menciptakan lebih banyak peluang bagi ibu bapa yang bekerja untuk terlibat. Seperti contoh membuat jadual pertemuan atau majlis lainnya pada hari Sabtu, Minggu atau pada hari lainnya sebelum ibu bapa berangkat ke tempat kerja serta menyediakan lebih banyak cara bagi ibu bapa untuk terlibat dari rumah. Penyertaan ibu bapa dari rumah tidak hanya yang berkaitan dengan kerja rumah, tetapi diperluas dengan menyediakan idea dan sumber bagi aktiviti-aktiviti yang mereka dapat lakukan di rumah dengan anaknya, yang berhubungan dengan sekolah dan komuniti. Menurut Castro et al (2006) program Head Start Amerika Syarikat, menganggap aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa di rumah sebagai bahagian daripada kesukarelawan mereka. Pertemuan-pertemuan dengan ibu bapa merupakan sarana bagi komunikasi dua hala dengan ibu bapa. Dengan komunikasi yang baik, ibu bapa dapat lebih mudah diajak bekerja sama. Castro (2006) membahagikan pertemuan ini kepada 6 jenis iaitu pertemuan berhubung dengan pembuatan dasar (policy council), komite kelas (classroom committees), konferensi antar guru dan ibu bapa (parent-teacher conferences), orientasi ibu bapa (parent orientation), pendidikan keibubapaan (parent education). Pendidikan keibubapaan ini biasanya diberikan dalam seminar atau bengkel. Pendidikan keibubapaan ini sangat penting bagi meningkatkan pengetahuan ibu bapa tentang cara mendidik anak dan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya penglibatan mereka dalam pendidikan anak-anaknya sehingga ibu bapa termotivasi, tertarik dan mempunyai sikap yang peduli terhadap program

232

Elis Johannes

penglibatan ini. Jadi ini merupakan langkah awal dan kunci daripada keberhasilan program penglibatan ibu bapa. Materi dalam seminar pun boleh dirancang sesuai dengan keperluan ibu bapa, tidak hanya yang berkaitan dengan pendidikan anak tetapi juga topik yang dapat membantu ibu bapa meningkatkan kemahiran dalam bidang lainnya sehingga membantu meningkatkan SSE mereka seperti pelatihan program komputer, bahasa Inggeris, memasak, perniagaan dan lain-lain. Mengikut pendapat Hapidah (2001), aspek seperti latar belakang individu, pengalaman, taraf pendidikan, situasi persekitaran, kepercayaan dan nilai yang diamalkan oleh individu akan membentuk persepsi individu tersebut terhadap sesuatu fenomena, dalam konteks ini persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah. Pengalaman ibu bapa yang positif mengenai prasekolah, taraf pendidikan mereka, situasi persekitaran yang memberi akses kepada maklumat pendidikan prasekolah seperti media membantu membentuk persepsi ibu bapa yang tinggi. Hasil uji Pekali korelasi terhadap hubungan antara persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika mendapati nilai signifikan p = 0.001 lebih kecil daripada 0.01. Ini bererti terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Menurut Borg dan Gall (1983) nilai r = 0.188 diinterpretasikan sebagai hubungan pada tahap yang lemah. Keputusan uji Korelasi Pearson ini bermakna hipotesis Ho1 yang dibina ditolak. Rumusannya adalah semakin tinggi persepsi ibu bapa tentang pendidikan prasekolah, semakin tinggi pula tahap penglibatan mereka di tadika. Hasil uji korelasi untuk menguji hipotesis ke dua mendapati nilai signifikan p = 0.931. Nilai signifikan p = 0.931 lebih besar dari pada 0.01 (p>0.01). Keputusan uji Korelasi Pearson ini bermakna hipotesis Ho2 yang dibina ditolak. Ini bererti tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru tentang penglibatan ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti di tadika. Adanya peningkatan persepsi guru tidak bermakna penglibatan ibu bapa juga meningkat. Penglibatan ibu bapa lebih berhubungan dengan persepsi mereka terhadap pendidikan prasekolah, dipengaruhi oleh faktor-faktor lain dan tidak berhubungan dengan persepsi guru. Lareau (2000) menyatakan bahawa status sosio ekonomi keluarga telah diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah sebagai salah satu elemen yang sangat berkuasa yang berhubungan dengan penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anakanaknya. Hasil uji hipotesis ke tiga menunjukkan ada hubungan yang signifikan antar latar belakang status sosio ekonomi ibu bapa dengan penglibatan ibu bapa (p = 0.000 <0.05, r = 0.169). Semakin tinggi status sosio ekonomi ibu bapa semakin tinggi penglibatan mereka. Dapatan ini selari dengan kajian Nelavathi (2004), Mardziah (2006), Arnold et al (2008), Yamamoto (2006) dan Castro et al (2004). Arnold et al (2008) juga mendapati bahawa status ibu atau bapa tunggal menjadi pengantara bagi hubungan antara status sosio ekonomi dan penglibatan ibu bapa. Kajian Yamamoto mendapati bahawa ibu SSE yang lebih tinggi cenderung lebih banyak terlibat dalam mengakses sumber-sumber maklumat formal dan untuk terlibat dalam membaca di rumah sehari-hari tetapi mereka kurang terlibat untuk berpartisipasi di sekolah. Sedangkan ibu bapa daripada golongan SSE sederhana

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 233

mempunyai keyakinan yang lebih tinggi daripada kelompok SSE rendah dalam berinteraksi dengan guru dan menyediakan sokongan serta nasihat bagi anak-anak mereka (Lareau, 2003 dalam Yamamoto, 2006). Ibu bapa daripada golongan SSE rendah cenderung menganggapnya sebagai tanggungjawab daripada guru-guru sahaja sehingga mereka kurang terlibat dalam pendidikan anak-anaknya (Lareau, 2000 dalam Yamamoto, 2006). Hasil uji hipotesis ke empat menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara penglibatan ibu bapa dengan latar belakang akademik ibu bapa di tadika (p.<0.01, r = 0.272). Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian Nelavathi (2004) dan Mardziah (2005) Dapatan kajian ini juga menyokong kajian Nord dan West (2001) yg melaporkan bahawa ibu bapa yg berpendidikan dan berpendapatan tinggi lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti yg dianjurkan oleh sekolah tempat anak mereka belajar. Dalam kajian mereka, didapati 97% murid yang ibu bapa mereka berpendidikan ijazah melibatkan diri di sekolah. Kajian Yamamoto et al. (2006) menunjukkan juga bahawa pendidikan ibu bapa ini berhubungan dengan pendapatan mereka. Ibu bapa yang berpendidikan lebih tinggi, mengakses sumber maklumat formal paling sedikit satu kali sebelum memilih prasekolah yang tepat bagi anaknya. Mereka juga mempunyai rasa tanggung jawab yang lebih besar terhadap keluarga daripada ibu yang tidak mengakses maklumat ini. Ibu yang mempunyai pendidikan lebih tinggi cenderung lebih terlibat dalam aktiviti membaca kepada anaknya setiap hari daripada ibu bapa yang berpendidikan rendah. Namun ibu bapa yang berpendidikan lebih rendah cenderung lebih terlibat dalam aktiviti di sekolah. Ringkasnya terdapat perkaitan antara pencapaian akademik ibu bapa dengan penglibatan mereka di tadika. Semakin tinggi pencapaian akademik ibu bapa semakin banyak penglibatan mreka dalam aktiviti di tadika. Ini mungkin disebabkan ibu bapa berpendidikan tinggi lebih yakin dan berminat untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak-anaknya dan lebih menyukai penglibatan langsung dari rumah. Persepsi guru terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa ini cukup baik iaitu dengan purata min 3.24. Bagi kanak-kanak, faedah penglibatan ibu bapa dianggap sangat besar dalam domain akademik kanak-kanak, emosi, sosial dan motor. Dapatan kajian daripada Arnold 2008 dan Izzo et al., 1999 menunjukkan bahawa penglibatan orang tua yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi. Marcon (1999) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkait dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik, penguasaan kemahiran awal di prasekolah. Guru juga menganggap bahawa penglibatan ini merupakan sarana bagi ibu bapa untuk menyumbang tenaga dan berkongsi bakat serta meningkatkan kemahiran keibubapaan. Dapatan ini menyokong dapatan Rohaty (2003) bahawa melalui penglibatan ibu bapa, masalah pembelajaran anak dapat diselesaikan dengan berkesan dan mereka dapat menyumbang tenaga dan berkongsi bakat dengan guru. Hal ini selari dengan pendapat Morrison (1978) bahawa pengertian daripada penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan, potensi dan

234

Elis Johannes

bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Dalam proses penglibatan ibu bapa di tadika, mereka menjadi tumpuan pembangunan melalui perkongsian bakat dalam pelbagai aktiviti di tadika. Selanjutnya menurut guru faedah utama bagi pihak tadika adalah guru-guru dapat merancang kerja rumah yang lebih interaktif dan dengan perkongsian dengan ibu bapa, tadika berjaya mencapai matlamat tadika. Dengan penglibatan ibu bapa dalam pelbagai aspek seperti yang dikenalkan oleh Epstein (2002) maka guru beranggapan bahawa tadika akan berjaya mencapai matlamat tadika yang telah ditetapkan. Dapatan ini menyokong pendapat McAllister (1993) bahawa salah satu elemen yang menyumbang kepada kejayaan kanak-kanak dan kejayaan sekolah adalah penglibatan ibu bapa dalam pendidikan. Purata min bagi konstruk faedah penglibatan menurut persepsi ibu bapa ialah 3..03 berbanding dengan 3.24 menurut guru. Jadi ke dua purata min ini masih berada dalam tahap yang sama iaitu tahap sederhana (Borg and Gall, 1983). Ini bermakna ibu bapa juga mempunyai persepsi yang cukup baik terhadap faedah daripada penglibatan ibu bapa. Menurut ibu bapa faedah terutama daripada penglibatan mereka adalah juga dalam bidang akademik anak-anaknya. Hal ini kerana persepsi ibu bapa bahawa stimulasi 3M di tadika sebagai penyediaan untuk memasuki Sekolah Rendah, maka mereka juga menganggap bahawa penglibatan mereka akan memberikan lebih banyak pengaruh terhadap bidang akademik anakanak mereka. Ibu bapa mempercayai bahawa dengan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran anak di rumah dengan cara yang menyenangkan, anak-anak akan menikmati dan mempunyai sikap positif terhadap kerja rumah. Bagi ibu bapa sendiri, mereka bersetuju bahawa penglibatan mereka terutama akan meningkatkan kemahiran keibubapaan yang menjadi langkah awal bagi penglibatan dalam aspek lainnya. Melalui seminar dan bengkel yang dilaksanakan di tadika dan peluang untuk terlibat dalam pembuatan keputusan, ibu bapa dapat meningkatkan kemahiran mereka, terutama dalam mendidik anak dan membuat keputusan terbaik bagi anak mereka. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang mereka dapatkan, mereka memiliki motivasi untuk terlibat dalam pelbagai aspek lainnya secara berterusan. Menurut Rohaty (2003) penglibatan ibu bapa ini dapat meningkatkan esteem kendiri daripada ibu bapa yang dalam kajian ini mempunyai nilai min 3.19 (s.p=.544). Ibu bapa mempunyai peluang untuk melaksanakan peranannya sebagai pendidik. Ibu bapa memandang penglibatan mereka juga memberi pelbagai faedah bagi guru kerana guru dan pengetua harus memikirkan rancangan bagi melibatkan ibu bapa secara komprehensif, terutamanya dalam bidang kerja rumah dan kurikulum sehingga kualiti pembelajaran di tadika dapat ditingkatkan, dalam menjana hubungan dengan keluarga melalui komunikasi yang berkesan, membangun sikap yang terbuka dan tidak memandang rendah perspektif serta penglibatan ibu bapa walaupun ibu bapa bukan dari golongan profesional. Dapatan kajian ini menyokong dapatan Rohaty (2003) yang menyatakan penglibatan ibu bapa dapat menjana hubungan yang erat antara keluarga dan pihak tadika, kualiti pembelajaran dapat ditingkatkan.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 235

IMPLIKASI KAJIAN Hasil kajian tentang penglibatan ibu bapa dalam tadika mendatangkan beberapa implikasi yang harus dipikirkan oleh pelbagai pihak berkenaan. Dasar Tadika 1. Pihak tadika harus mempunyai dasar yang terbuka terhadap penglibatan ibu bapa dan melakukan pelbagai hal yang menyokong program penglibatan ibu bapa. Kurikulum Tadika 1. Pihak tadika perlu merancang kurikulum yang mencakupi program penglibatan ibu bapa secara lebih berstruktur serta menyokong seluruh guru dan kaki tangan sekolah dalam melaksanakannya. 2. Model penglibatan yang dicadangkan oleh Epstein dapat digunakan sebagai panduan yang mendetail dan perlu disesuaikan dengan keadaan keluarga di Indonesia 3. Dalam konteks di Indonesia, pihak tadika sebaiknya merancang aktiviti yang dapat menyokong ibu bapa di tadika dengan yuran rendah untuk meningkatkan pengetahuan dan SSE mereka sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa, seperti memberikan seminar atau bengkel tentang kewirausahaan. Bagi meningkatkan keberkesanan bengkel dan seminar, pihak tadika perlu mempertimbangkan pemilihan masa yang tepat, jadual seminar, dan topik seminar. Peranan Guru Sikap mereka mempengaruhi kejayaan penglibatan ibu bapa. Bagi menjayakan program ini, guru boleh melakukan cadangan berikut: 1. Menyedari bahawa mereka mempunyai peranan penting dalam program penglibatan ibu bapa dan menentukan kejayaan kanak-kanak dan tadika 2. Menunjukkan sikap terbuka, tidak memandang rendah penyertaan ibu bapa dalam aktiviti di tadika dan melihat ibu bapa sebagai orang yang mempunyai kemahiran atas anak-anak mereka. Peranan Pentadbir Sekolah Bagi guru besar dan pengetua dapat dicadangkan beberapa hal berikut: 1. Meningkatkan kualiti guru melalui pelatihan tentang psikologi anak, taktik menyelesaikan masalah, program IT dan internet dan cara membuat artikel sekolah. 2. Memberikan pelatihan bagi guru dan staff sekolah berkaitan dengan cara merancang dan menjalankan program penglibatan ibu bapa. 3. Menjalankan pelbagai usaha untuk menarik minat ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan di tadika dan menekankan keberkesanan penglibatan ibu bapa terhadap kanak-kanak sehingga ibu bapa mempunyai motivasi yang

236

Elis Johannes

kuat untuk terlibat walaupun ada kekangan yang menghalangi penglibatan mereka. Peranan Pihak Kerajaan 1. Garis panduan diperlukan bagi membantu guru dan pengetua merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan ibu bapa dengan berkesan. 2. Surat pekeliling juga diperlukan untuk lebih menekankan pelaksanaan program penglibatan ini. 3. Pihak kerajaan perlu memberikan sokongan kewangan kepada tadika yang memerlukan khasnya tadika dengan yuran rendah sehingga mereka boleh menumpukan perhatian kepada program penglibatan ibu bapa. 4. Pihak kerajaan perlu meratakan akses dan maklumat tentang pendidikan prasekolah di seluruh wilayah Indonesia khasnya di daerah luar bandar dan pulau-pulau terpencil sehingga persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah dapat ditingkatkan dan penglibatan mereka di tadika juga boleh ditingkatkan. 5. Pola pekerjaan ini menyebabkan ibu bapa kekurangan masa untuk terlibat dalam pendidikan anaknya di tadika mahupun di luar tadika (Castro, 2004). Oleh itu dapat dicadangkan kepada pihak kerajaan untuk menyokong pihak majikan bagi memberikan peluang kepada ibu bapa untuk hadir di tadika dalam batasan frekuensi dan masa sehingga tidak mengganggu pekerjaan di tempat kerja. 6. Pihak kerajaan perlu menyokong kajian-kajian tentang penglibatan ibu bapa dan mensosialisasikannya di masyarakat, khasnya di institusi pendidikan prasekolah. KESIMPULAN Melalui pelaksanaan program penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah yang berkesan, diharapkan semua pihak berkenaan memainkan fungsinya dengan maksima. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah bukan saja bertujuan untuk mewujudkan hubungan mesra antara pihak berkenaan, tapi bersama-sama menangani isu pendidikan yang timbul. Suasana perkongsian yang harmonis antara pihak tadika dengan ibu bapa adalah penting dalam usaha membentuk kanak-kanak menjadi generasi penerus yang berkualiti tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan bangsa dan negara. RUJUKAN Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. (2008). Parent Involvement in Preschool: Predictors and the Relation of Involvement to Prelitery Development. School Psychology Review 37 (1): 74-90. Berger, E.H. 1995. Parents as Partners in Education: Families and Shools Working Together (4th ed.). New York: Merrill Prentice-Hall, Englewood Cliffs.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM 237

Bloom, B.S. (1964). Stability and Change in Human Characteristics. New York: John Wiley & Sons. Castro, D.C., Bryant D.M., Peisner-Feinberg,E.S., Skinner, M.L. (2004). Parent involvement in Head Start programs: the role of parent, teacher and classroom characteristics. Early Childhood Research Quarterly 19 :413430 Christenson, S. L. (2004). The family-school partnership: An opportunity to promote the learning competence of all students. School Psychology Review, 33: 83104. Direktorat Pendidikan anak Usia Dini, Departemen Pendidikan Nasional. Jakarta. (2007). Bulletin Padu: Jurnal Ilmiah Anak Usia Dini. Vol 6 No. 1. Direktorat Pembinaan TK dan SD, Departemen Pendidikan Nasional. (2008). Kebijakan Pembinaan Taman kanak-kanak. Dipresentasikan pada kegiatan Pelatihan Peningkatan Mutu Profesional guru di LPMP, Jakarta , 5 Februari. Epstein, J.L., & Sanders, M.G.. (2002). School, Family, School and Community partnerships: Your Handbook for Action. Second Ed. Dlm. Barbour, C & Barbour N.H. & Scully, P.A. (2005). Families, Schools, and Communities. United States: Pearson Prentice Ltd Essa, E. (1992). Introduction to Early Childhood Education. New York: Delmar Publishers. Fantuzzo, J., Tighe, E., & Childs, S. (2000). Family Involvement Questionnaire: A multivariate assessment of family participation in early childhood education. Journal of Educational Psychology 92: 367-376. Getswicki, C. (2004). Home, Schools, and Community Relations: A Guide to Working with Families. Fifth Edition. United States of America: Delmar Learning. Grolnick, W.S., Benjet, C., Kurowski, C.O. & Apostoleris, N.H. (1997). Predictors of Parent Involvement in Children's Schooling. Journal of Educational Psychology 89: pp. 538548. Hapidah Mohamad. (2001). Pemikiran Guru Cemerlang: Implikasinya terhadap Perkembangan Profesionalisme Guru. Tesis Dr. Fal: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hunt, J.M. (1961). Intelligence & Experience. New York: The Ronald Press Company. Majid, M. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marcon, R. A. (1999). Positive relationships between parent school involvement and public school inner-city preschoolers development and academic performance. The School Psychology Review 28 (3): 395412. Mardziah Abdullah, (2006). Meninjau Penglibatan Ibu bapa dalam Program Prasekolah di Tiga Buah Sekolah Rendah di Daerah Seremban. Projek Kajian Pensarjanaan. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi McAllister, S. (1993). Developing home-school partnerships. New York: Teachers college Press. Morrison, G.S. (1978). Parent Involvement in the Home, School and Community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company. National Early childhood Development Forum. (2004). Early Childhood Care and Development in Indonesia. Departemen Pendidikan Nasional. Jakarta.

238

Elis Johannes

Rohaty Mohd. Majzub & Abu Bakar Nordin. 1994. Pendidikan Pra Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran Kualiti (Syarahan Perdana). Bangi: Penerbitan Malindo Sdn. Bhd. Thomas, G. (1987). Extra People in the Classroom. Educational research. 29:173-81 Tuckman,B.W. (1978). Conducting Educational Research. New York: Harcourt Brace Jovanovich. Yamamoto, Y., Holloway, S.D., & Suzuki, S. (2006). Maternal involvement in preschool childrens education in Japan: Relation to parenting beliefs and socioeconomic status. Early Childhood Research Quarterly 21 (2006): 332 346

You might also like