You are on page 1of 12

http://www.scribd.

com/doc/8621003/Contoh-Surat-Kiriman-Rasmi

Nazleen Bte Ahmad No. 3 Jalan Bunga Matahari Singapura 443420 Pegawai Perhubungan Kementerian Persekitaran 7. Jalan Sentosa Singapura 112999 Tuan Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari SekolahMenengah Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang terletak berdekatan sekolah sayayang kian tercemar. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapatmengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasipelancongan. 2. Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah pantai yang indah danbersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat sebilangan pengguna yang telah mengubahkeadaan pantai ini. Kini, pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah sarap ini bolehsahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini, banyak serangga danbinatang pemusnah sudah mula kelihatan berkeliaran di sana sini, membuat pantai tersebut tidaksesuai untuk aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air laut dicemari minyak yang tumpahdari kapal-kapal besar. 3. Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalahmencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan satu kempenyang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang tanggungjawabmereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut. 4. Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong.Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantaitersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yangbersih, saya sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun perkhidmatanseperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh difikirkan. Tentu sekali dengan adanyakemudahan dan perkhidmatan seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi.

26 September 2007

5. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagimengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang telahsaya berikan akan dipertimbangkan. Yang benar

Nazleen Bte Ahmad (Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga)

http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/07/surat-rasmi.html

Soalan :Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.

Lin Cheng Heng, No.6, Jalan Limau Purut 3, Taman Cheras Perdana, 52400 Kuala Lumpur.

Ketua Balai, Balai Polis Cheras, Jalan Ikan Emas 2, 53000 Cheras, Kuala Lumpur .16 JULAI 2008

Tuan, Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini. 2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini. 3..Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segalagalanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4..Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur. 5.Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6.Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7.Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Linchengheng ...................

(LIN CHENG HENG) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp? e=PMR&s=BM&b=NOV&m=3&r=m&i=NOTA

Kompleks Penghulu, Mukim Jorak, 12, Pekan Pagoh, 84600 Muar, Johor Darul Takzim. Ketua polis, Balai Polis Daerah Muar, Jalan Petrie, 84600 Muar, Johor Darul Takzim. 2000. Tuan, Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini. 2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan. 3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh.

12 MAC

Kemalangan dikatakan berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat dikurangkan. 4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain. 5. Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8 hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka. 6. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Mohiddin (MOHD) Penghulu Mukim Jorak

CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI Soalan : Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan. Contoh jawapan surat rasmi. Lin Cheng Heng, No.6, Jalan Limau Purut 3, Taman Cheras Perdana, 52400 Kuala Lumpur. ____________________________________________________________________ Ketua Balai, Balai Polis Cheras, Jalan Ikan Emas 2, 53000 Cheras, Kuala Lumpur .16 JULAI 2008 Tuan, Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini. 2.Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini. 3..Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian

jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.

4..Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur. 5..Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

6..Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.

7..Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


Linchengheng ...................

(LIN CHENG HENG) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Kelubi, Parit Panjang, 73624 Muar, Johor.

Pegawai Daerah Muar, Pejabat Daerah Muar, Johor Darul Takzim. Tuan, PERMOHONAN SEBUAH JAMBATAN BARU YANG MENGHUBUNGKAN KAMPUNG KELUBI DENGAN PARIT PANJANG Dengan segala hormatnya, saya selaku Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kelubi, Parit Panjang ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa jambatan yang menghubungi Kampung Kelubi dengan bandar Parit Panjang telah runtuh disebabkan oleh banjir besar yang melanda daerah ini dua minggu lalu. 2. Untuk makluman tuan, penduduk Kampung Kelubi dan beberapa buah kampung lain yang terletak di seberang sini kini menghadapi masalah untuk ke pekan Parit Panjang kerana sebuah jambatan kayu yang menghubungi kampung-kampung di seberang sini dengan Pekan Parit Panjang telah roboh. Jambatan itu roboh baru-baru ini akibat banjir besar yang melanda daerah ini. Jadi, kini penduduk di sini menghadapi kesulitan untuk ke seberang, terutamanya penduduk yang terpaksa ke pekan Parit Panjang pada setiap hari untuk urusan mereka. Oleh itu, saya merayu agar sebuah jambatan konkrit perlu dibina di tapak jambatan yang telah runtuh itu untuk kemudahan penduduk di sini. 3. Keruntuhan jambatan ini telah menyebabkan kesusahan kepada pelajar sekolah terutamanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Panjang dan juga di Sekolah Menengah Parit Panjang. Hal ini menyebabkan pelajar menghadapi kesulitan sewaktu hendak ke sekolah. Kebanyakan pelajar tidak dapat pergi ke sekolah kerana jambatan tersebut merupakan satusatunya jalan perhubungan untuk mereka sampai ke sekolah. Jika jambatan ini tidak dibina semula secepat mungkin maka kerumitan ini akan berlarutan dan menjejaskan prestasi pelajar kampung ini dalam bidang pelajaran. 4. Selama ini, jambatan yang telah runtuh itu menjadi penghubung antara Kampung Kelubi dengan bandar Parit Panjang. Jadi, dengan keruntuhan jambatan tersebut, hal ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada seluruh penduduk Kampung Kelubi. Para penduduk sukar keluar ke pekan Parit Panjang untuk membeli-belah, berurusan dengan pejabat kerajaan dan berniaga. Keruntuhan jambatan itu juga membawa kesukaran kepada penduduk kampung berhampiran untuk ke pekan Parit Panjang. 5. Jika ditinjau dari sudut ekonomi, keruntuhan jambatan itu juga menimbulkan kesusahan kepada penduduk kampung kami. Kebanyakan penduduk Kampung Kelubi yang bekerja sebagai petani menghadapi masalah membawa keluar hasil tanaman untuk dipasarkan di bandar Parit Panjang dan pekan-pekan lain yang berdekatan. Selain itu, terdapat juga sebilangan penduduk kampung ini yang bekerja di bandar Parit Panjang dan di pekan sekitarnya, sama ada di sektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri. Jadi, mereka juga menghadapi masalah untuk ke tempat kerja masing-masing disebabkan jambatan yang sering digunakan oleh mereka itu sudah runtuh.

6. Dengan itu, kami tidak menafikan bahawa jambatan yang telah runtuh itu merupakan jalan perhubungan yang begitu penting bagi penduduk Kampung Kelubi. Walaupun terdapat beberapa orang penduduk kampung ini yang menggunakan perahu untuk menyeberangi sungai, malah ada yang mengambil upah untuk membawa penduduk yang hendak menyeberangi sungai, tetapi keadaan ini boleh membahayakan keselamatan mereka kerana arus sungai yang deras. Oleh itu, sebelum sesuatu tragedi berlaku maka lebih baik jika kerajaan mengambil tindakan segera untuk membina jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan kayu yang telah runtuh. Akhirnya, saya berharap semoga perkara yang saya nyatakan di atas mendapat perhatian daripada pihak tuan dan masalah ini dapat diatasi dengan segera demi kepentingan penduduk Kampung Kelubi dan kampung-kampung sekitarnya yang memerlukan sebuah jambatan untuk kegunaan harian jika hendak ke seberang. Sekian. Terima kasih. Yang berharap, Wan Khodri (WAN KHODRI B. WAN HASBULLAH) Setiausaha, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Kelubi, Muar.

Norhaini bin Jabar No. 3 Jalan MUTIARA Singapura 443420

Pegawai Perhubungan Kementerian Persekitaran 7. Jalan Sentosa Singapura 112999

26 September 2007

Tuan, Aduan Tentang Pantai Yang Tercemar Merujuk perkara di atas, saya, Nazleen Bte Ahmad, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Tanjung Bunga ingin mengadu tentang pantai yang terletak berdekatan sekolah saya yang kian tercemar. Saya juga ingin memberi beberapa cadangan agar pihak tuan dapat mengambil langkahlangkah yang sewajarnya bagi memajukan pantai ini sebagai destinasi pelancongan. 2.Pantai yang saya sebutkan di atas, dahulunya merupakan sebuah pantai yang indah dan bersih. Kebelakangan ini saya dapati terdapat sebilangan pengguna yang telah mengubah keadaan pantai ini. Kini, pantai tersebut penuh dengan sampah sarap. Sampah sarap ini boleh sahaja didapati di tepian pantai, tetapi juga di laut. Akibat daripada hal ini, banyak serangga dan binatang pemusnah sudah mula kelihatan berkeliaran di sana sini, membuat pantai tersebut tidak sesuai untuk aktiviti bersantai. Selain sampah, kerap juga air laut dicemari minyak yang tumpah dari kapal-kapal besar. 3.Saya harap denda yang lebih ketat dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan kawasan pantai ini. Selain itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan satu kempen yang boleh menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat negara ini tentang tanggungjawab mereka menjaga kebersihan dan keindahan pantai tersebut. 4.Akhir sekali, pantai yang bersih boleh menjadi satu daya tarikan para pelancong. Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri pelancongan, pantai tersebut boleh dijadikan sebagai satu daya tarikan pelancong. Selain daripada pantai yang bersih, saya sarankan agar pantai tersebut dibangunkan. Kemudahan ataupun perkhidmatan seperti sukan air mahupun pembinaan calet boleh difikirkan. Tentu sekali dengan adanya kemudahan dan perkhidmatan seperti ini, pantai ini dapat dimajukan lagi. 5.Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasi masalah pantai yang tercemar ini. Saya juga berharap cadangan-cadangan yang telah saya berikan akan dipertimbangkan. Yang benar Norhaini bin Jabar

(Pelajar Sekolah Menengah Tanjung Bunga)

You might also like