You are on page 1of 12

KEMASAN

BAB 8 KEMASAN

8.1 PENGENALAN Kemasan ialah kerja yang terakhir dan penyudah dalam unsur kerja sesebuah bangunan. Kemasan halus dan rapi boleh menggambarkan status bangunan berkenaan disamping Kualiti memberi susana penyeri dan menghidupkan ruang. kemahiran serta bahan yang digunakan. 8.2 FUNGSI KEMASAN Antara fungsi kemasan ialah : Memberi dan mewujudkan suasana ceria dan penyeri Memberi keselesaan kepada pengguna. Berfungsi sebagai media kalis air. Media untuk menyerap bunyI.

kemasan bergantung kepada kerja pemasangan, kecekapan,

didalam sesebuah bangunan.

92

KEMASAN Sebagai lapisan penutup kecacatan atau kerosakan pada Mencerminkan status bangunan tersebut.

bangunan.

8.2.1 ciri-ciri kemasan yang baik Antara ciri-ciri kemasan yang baik ialah : baik. Kawasan yang digunakan mestilah mudah dibersihkan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Tidak bersifat licin yang boleh mendatangkan bahaya Mempunyai sifat ketahanlasakan dan rintangan api yang

daripada sebarang kotoran.

kepada pengguna.

93

KEMASAN 8.3 MELEPA DINDING Dinding-dinding yang dibina daripada bata biasa atau bongkah bangunan akan meninggalkan permukaan yang kasar dan tidak kemas. Oleh sebab itu kerja-kerja kemasan haruslah dilakukan untuk menghasilkan suatu bahan yang sempurna dan menarik. Salah satu cara yang biasa dilakukan adalah dengan melepa permukaan dinding itu. Kerja-kerja boleh dilakukan dalam berbagai-bagai cara seperti kemasan gerutu, kemasan licin, kemasan berbarik dan sebagainya. Bagi dinding-dinding luar selain daripada untuk tujuan kemasan kerja-kerja melepa perlu dilakukan untuk melindungi dinding daripada cuaca dan juga untuk mengekalkan perembesan air menerusi rekahan-rekahan rambut yang terdapat pada sambungan danjuga pada bata-bata atau bongkahbongkah bangunan. Selain daripada itu lapisan lepa mempunyai daya penebat haba dan bunyi yang baik. 8.3.1 Kerja-kerja melepa Bagi mengemaskan permukaan dinding batu bata,

pengelepaan perlu dilakukan keatasnya.

Ini dilakukan pada

dinding batu bata selain daripada dinding muka. Ia dilakukan supaya plaster lekat kuat pada dinding itu iaitu ikatan dan permukaanya hendaklah dicakar-cakarkan dengan pencakar sebelum menjalankan kerja-kerja melepa. Terdapat tiga kumpulan utama bahan plaster kapur, plaster simen portland dan plaster gipsum. Gabungan antara bahan-bahan ini biasanya banyak digunakan. Bagi pembinaan ini, jenis simen yang digunakan adalah walcrete cement. Melepa

94

KEMASAN umumnya dilakukan sebanyak dua lapisan dan ia terdiri daripada lapisan asas dan lapisan pengemas. Lapisan ini dilakukan untuk bahagian dinding luar. Lapisan asas ini terdiri daripada campuran plaster kapur yang dikentalkan dengan simen dengan nisbah 1:2:8-9 (simen:kapur:pasir) atau plaster kapur yang dikentalkan dengan simen dengan nisbah1:1:5-6 (simen:kapur:pasir) atau simen dan pasir dengan sedikait tanpa kapur dengan nisbah 1:3 (simen:pasir) atau plaster kapur dikentalkan dengan plaster gipsum dengan nisbah 1:3:7-9 (gipsum:kapur:pasir) atau plaster gipsum yang hemihidrat diperlambatkan dan pasir dengan nisbah 1:1-3 (gipsum:pasir) Bagi pembinaan ini, lapisan asas yang digunakan adalah campuran walcrete simen, pasir serta sedikit air dengan nisbah 1:3. Lapisan kedua adalah lapisan pengemas. pengemas ini terdiri daripada campuran plaster Lapisan kapur

dikentalkan dengan sejenis plaster gipsum iaitu satu bahagian serbuk kapur dengan hingga bahagian plaster gipsum bergantung kepada kekerasan kemasan yangdi kehendaki atau plaster kapur dikentalkan dengan simen plaster gipsum iaitu 1:1 juga atau plaster gipsum hemidrat diperlambatkan dengan atau tanpa pasir atau plaster gipsum kontang. Lapisan pengemas yang digunakan di dalam projek pembinaan jalan pegawai ini adalah campuran antara walcrete cement dan sedikit air. Kerja-kerja yang biasa dilakukan di dalam pembinaan untuk melepa dinding dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu : a) b) c) Kerja Dasar Lapisan Tapak Lapisan Penyudah

95

KEMASAN 8.3.2 Kerja Dasar Tujuan utama kerja dasar adalah untuk mendapatkan suatu ikatan yang kukuh di antara lapisan lepa dengan permukaan dinding. Dinding yang kering akan menyerap air dari mortar dengan banyaknya dan akan mengakibatkan kandungan air pada mortar itu kering sebelum ia beku. kerja-kerja melepa dimulakan. Oleh sebab itu permukaan dinding perlulah di basahkan terlebih dahulu sebelum Mortar pada lebihan pada sambungan-sambungan bata atau bongkah bangunan hendaklah dicakar terlebih dahulu untuk mendapatkan ikatan yang maksima di antara lapisan lepa dengan permukaan dinding.

8.3.3 Lapisan Tapak Tujuan melepa lapisan ini adalah untuk mendapatkan satu permukaan yang rata dan kukuh. Tebal lapisan ini ialah antara 10 hingga 14mm. Permukaannya hendaklah dikasarkan untuk mendapatkan iakatan yang kuat bagi lapisan berikutnya. Pada lapisan ini sering berlaku keretakan disebabkan oleh serapan air yang berlebihan oleh dinding jika ini berlaku perlulah dilakukan kerja melepa sekali lagi untuk menutup rekahan itu dan juga untk mendapatkan suatu permukaan yang sekata dan tepat. Permukaan lapisan ini juga hendaklah dikasarkan. 8.3.4 Lapisan Penyudah Lapisan ini merupakan lapisan kemasan dalam kerja-kerja melepa. Kerja-kerja kemasan boleh dibuat dalam bentuk licin, menggerutu dan sebagainya iaitu bergantung kepada kedudukan serta kemasan yang dikehendaki.

96

KEMASAN 8.4 MEMASANG JUBIN PADA DINDING Jubin-jubin gerlis boleh didapati dalam berbagai jenis seperti bercorak, berhias atau hanya berwarna. Saiz jubin yang biasa digunakan seperti 100 x 100 x 5, 152 x 152 x 5.5, dan 100 x 200 x 6.5. Selain daripada bentuk yang lazim iaitu empat persegi leper jubin-jubin juga boleh didapati dalam bentuk-bentuk khas yang sesuai untuk dipasang pada penjuru-penjuru, bucubucu, kembi dan sebagainya. Jubin-jubin gerlis diletakkan pada permukaan dinding atau tapak sama ada dengan menggunakan mortar, simen atau menggunakan glu-glu khas yang mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan-bahan bangunan. 8.4.1 Langkah-langkah Kerja Pemasangan Jubin Beberapa langkah perlu dilakukan sebelum jubin-jubin dipasang di dinding. Antara langkah-langkah pemasangannya adalah : Cari garisan penjuru lantai yang paling rendah sekali dan

letakkan sekeping jubin untuk menanda satu takat ketinggian yang sama dengan ketinggian jubin. Pasang sebatang kayu melintang dengan bahagian atasnya diletakkan sama aras dengan takat yang ditanda tadi. Dengan menggunakan alat aras spirit, araskan bahagian atas kayu itu kemudian tetapkan pada permukaan dinding dengan menggunakan paku. Kayu itu hendaklah dipasang di sepanjang permukaan dinding yang hendak dipasang dengan jubin.

97

KEMASAN Dengan menggunakan sekeping jubin tandakan

kedudukan jubin-jubin di sepanjang kayu tadi untuk mengetahui bilangan jubin arah memanjang tembok itu. Setelah ditentukan hujung manakah (pada kayu tadi) untuk memulakan kerja memasang jubin buatkan satu garisan pugak pada tanda yang paling hujung dan pakukan sebatang kayu di sepanjang garisan pugak yang dibuat tadi. Uji ketepatan sudut dengan meletakkan beberapa keping jubin (tanpa pelekat). mortar Melekatkan jubin menggunakan mortar simen. simen digunakan untuk melekatkan Jika jubin-jubin,

permukaan dinding hendaklah terlebih dahulu dilepa dengan mortar 1:3 atau 1:4 dan permukaannya hendaklah dikasarkan atau dicakar. Tidak seperti pemasangan menggunakan glu jubin-jubin hendaklah direndam dalam air terlebih dahulu selama kira-kira jam kemudian ditoskan untuk mengeringkan air yang terdapat di permukaan jubin. Jubin-jubin dilekatkan pada dinding dengan mortar simenCaranya pasir (pasir halus) dengan nisbah campuran 1:3-4.

dengan menempekkan mortar pada permukaan belakang jubin dan kemudian lekatkan pada tempatnya. Ketuk perlahan-lahan sehingga permukaannya pugak dan sama rata dengan jubin yang disebelahnya. Isikan ruang kosong dibelakang jubin dengan mortar sehingga penuh. Teruskan proses ini sehingga selesai menampal semua permukaan. Menurap celahan jubin. Jubin-jubin yang telah siap dipasang hendaklah dibiarkan kira-kira satu hari iaitu untuk memberikan masa yang cukup untuk bahan-bahan pelekatnya mengeras sebelum kerja-kerja menurap celahan jubin dijalankan. Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk menurap ialah seperti simen putih atau simen kelabu yang dicampurkan dengan kapur. Kerja-kerja menurap celahan dilakukan dengan menekan bahan penurap dalam keadaan kering dengan menggunakan kain atau 98

KEMASAN span basah. Bahan penurap yang berlebihan hendaklah

dibersihkan sebelum ia mengeras dengan menggunakan kain lembab yang bersih. 8.5 SILING Siling merupakan salah satu kemasan bagi sesebuah bangunan. Ia merupakan komponen terpenting dalam sesuatu ruang bangunan. Ia dibuat di bawah bahagian bumbung untuk melindungi anggota bumbung seperti kasau, gulung-gulung dan tulang bumbung daripada kelihatan. 8.5.1 Jenis-jenis siling Kepingan asbestos Kepingan wood-wool Kepingan playwood Kepingan papan lembut (softboard)

8.5.2 Fungsi siling Menutupi ruang bumbung untuk menampakkan

kecantikkan. Pengagihan cahaya (light diffusion) Memberi sokongan dan ruang kepada kelengkapan Kawalan api. Kawalan bunyi bising daripada tingkat atas. Siling boleh dibina secara mendatar atau mengikut curam bumbung. Pembinaan bumbung boleh dilakukan dalam dua cara iaitu siling tetap dan siling gantung.

lampu, air conductdan juga memberi keselamatan.

99

KEMASAN 8.5.3 Siling tetap Pembinaan siling jenis ini adalah kukuh. Ia boleh dibina secara mendatar atau mengikut

kecuraman bumbung dengan jeriau-jeriau dan penjarak siling disokong tembok atau tiang Kemasan siling dipaku daripada bawah. Sambungan-sambungan di antara kemasan siling ditutip

dan dikemaskan dengan menggunakan papan jalur atau kepingan aluminium. Siling jenis ini boleh dibina dengan menggunakan papan Saiz-saiz jeriau atau gelegar siling adalah bergantung rentang, kebiasaanya saiz kayu 100 x 150mm jalur atau lepaan gypsum. kepada

digunakan. 8.5.4 Pemasangan siling Siling dibina supaya dapat melindungi kayu-kayu jeriau, jermang bumbung dan sebagainya dari penglihatan. dapat menembusi bumbung. Selain daripada itu juga ia boleh menahan sedikit sebanyak haba yang Siling yang dimaksudkan di sini Bagi ialah untuk bangunan-bangunan berbumbung curam.

bangunan-bangunan rata dan juga untuk bangunan-bangunan banyak tingkat siling dibina untuk melindungi rasuk-rasuk konkrit dari penglihatan. Tetapi ada juga terdapat bangunan-bangunan banyak tingkat dimana asas lantai sudah cukup untuk menjadi tingkat bawah. Bahan-bahan yang digunakan untuk siling termasuklah kepingan simen asbestos, kepingan wood-wool, kepingan plywood, kepingan papan lembut (soft board)dan bagi bangunan-

100

KEMASAN bangunan banyak tingkat dan bumbung rata sudah cukup dengan dilepa dan dicat. 8.6 LANTAI

lantai pada sesebuah kediaman berfungsi mengikat konsep sesuatu rekaan. Ada pelbagai jenis material untuk dipilih mengikut gaya diingini berdasarkan reka bentuk dalaman dan seni bina.

Kemasan lantai adalah elemen penting dalam sesebuah kediaman. Pemilihan jenis material dan bahan ditentukan berdasarkan faktor jenis dan kualiti yang digunakan selain mengikut peruntukan kewangan.

Ketelusan kemasan lantai penting menghasilkan dan mendapatkan ruang dalaman yang selesa kerana bukan hanya bertindak sebagai latar tetapi mampu memberi kepuasan dari segi estetika dan ketahanan. Di sini diberikan beberapa panduan untuk memilih kemasan lantai:

101

KEMASAN Lantai itu harus mempunyai rekaan yang baik dari segi kepuasan dan ketelusan kerana kemasan lantai perlu walaupun tanpa perabot hiasan dalaman. Keharmonian menjadi latar dengan pelbagai pilihan perabot.

Tumpukan pada kombinasi warna semula jadi, tekstur menarik dan corak menawan. Pastikan ia tahan lama. Kemasan lantai selalunya digunakan dalam tempoh lama 10 hingga 20 tahun sebelum ditukar. Ujian jangka masa mendapati penggunaan bahan dan kemasan lantai dipilih daripada pemilihan kemasan yang berkesan. Jumlah kos perlu bersesuaian dengan jenis dan bentuk material yang digunakan. Kos akan meningkat jika menggunakan kemasan daripada jubin dan batu yang tahan lama. Lantai jenis tahan lama seperti vinil lebih sesuai digunakan untuk lantai sokongan manakala batu jubin dan bata antara lantai sokongan yang boleh meningkatkan tahap kemasan lantai. Pilihlah kemasan yang mampu tahan lebih lama terutama pada kawasan yang menjadi laluan utama. Elak menggunakan bahan mudah rosak dan penggunaan jubin dan batu adalah pilihan terbaik.

Kemasan lantai tanpa tekstur akan mengakibatkan kesan licin terutama apabila basah. Bagi mengelakkannya jangan gunakan bentuk tiga dimensi atau mengubah dengan tergesa-gesa untuk tujuan memberi sentuhan pada kemasan lantai yang terbaik.

Kemasan juga berupaya memberikan refleksi atau kesan menarik pada keseluruhan ruang.

102

KEMASAN 8.6.1 Fungsi kemasan lantai Mestilah selamat dan selesa Mestilah tahan lasak Mudah dibersihkan, dijaga dan dibaiki Memerlukan darjah ketahanan kebakaran Kesesuaian dari nilai akustik

8.6.2 Jenis-jenis kemasan Marmar / jubin seramik Turapan simen 8.6.2.1 Marmar / jubin seramik Marmar dan granit adalah batuan asli Didapati daripada kauri batu Terdapat pelbagai warna dan jalinan jorak Mempunyai ketebalan 18mm, 25mm atau 30mm.

8.6.2.2 Kaedah pemasangan marmar Kemasan marmar dipasang diatas mortar simen setebal 13mm. tahan kepada haus, minyak, lemak, alkali serta tidak menyerap air. 8.6.2.3 Turapan simen Campuran mortar simen pasir dibancuh dengan kadar 1:3 untuk lantai biasa dan 1:2 untuk tempat seperti bilik dan setor supaya lebih tahan lasak dan dapat tahan kelembabapan.Kaedah turapan simen dibuat secara tuang disitu, diratakan menggunakan pemaras kayu pada kecuraman permukaan yang sesuai mencapai 50mm tebal, biasanya 19mm. 103

You might also like