Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG SYUMUL
Course Leader: Khairul Hamimah COURSE NOTES
Pengenalan Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam” (ayat 19 surah Ali ‘Imran). Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah diturunkan oleh Allah s.w.t. Apa beza agama Islam dengan agama lain? Tentu ada bezanya. Dalam sekian banyak agama ada tiga agama yang disebut sebagai Agama Langit, iaitu Agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Ketiga-tiga agama ini ada kitab dan ada Rasulnya. Agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan kepada Nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w. dan kitab terakhir iaitu al-Quran yang lebih sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya. Menurut al-Quran Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk semua manusia di akhir zaman, termasuklah umat yang sebelum ini seperti agama Yahudi dan Nasrani walaupun mereka mempunyai kitab dan rasul (surah al-A’raf 158). Untuk mengetahui lebih jelas sila ikuti tajuk ini dengan teliti.

Hasil Pembelajaran Setelah membaca tajuk ini anda akan dapat: 1. Memberi definisi Islam, Iman dan Ihsan 2. Menerangkan maksud Aqidah, dan Syari’ah serta dapat menjelaskan maslahah di sebalik setiap suruhan dan larangan dalam Islam 3. Dapat menyenaraikan ciri-ciri keistimewaan Islam

Pengertian Islam, Iman dan Ihsan Islam Sebagai Cara Hidup Yang Syumul

Maksud Aqidah, Syariah dan Akhlak

Maqasid al-Syari’ah

Tasawwur Islam 1

dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. untuk disampaikan kepada semua manusia di akhir zaman”. bukan dengan paksaan atau perasaan terpaksa. Iman dan Ihsan Apa makna Islam? “Islam bermaksud selamat atau menyerah diri kepada Allah. Perkataan “Islam” berasal daripada kalimah ‫ سلم يسلم سلما‬yang bermaksud selamat dan ً ْ ِ ُ َْ َ َ َِ ‫ اسلم يسلم اسلما‬bermaksud tunduk. Surah Āli-Imran ayat 85. demikianlah kehendak Allah seperti yang difirmankan dalam surah Āli-Imran: Bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam. Berserah pula bermaksud menyerah diri kepada Allah untuk menerima perintahNya.w. Ia adalah nama bagi agama Allah yang akhir sekali. Apakah semua manusia di akhir zaman mesti memeluk agama Islam? Ya.t. perundangan dan nilai (akhlak). maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya. Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara hidup yang syumul (a complete way of life) yang merangkumi sistem kepercayaan. dengan penuh rela. patuh dan berserah. iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam. sedang duduk-duduk bersama para sahabat tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan tidak seorang pun sahabat yang 2 . sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.w. Dari segi istilah ia bermaksud ً َ ْ ِ ُ ِْ ُ َ َْ َ tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul 1. Dalam ayat lain Allah berfirman: Maksudnya: Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam.a. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim sahabat menceritakan bahawa pada suatu hari semasa Rasulullah s. ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.w. Surah Āli-Imran ayat 19.1. Pengertian Islam.a.

mendirikan solat.w. Jawabnya “Engkau benar” Kemudian dia berkata lagi “beritahu aku apa itu Iman” Maka jawab Rasulullah s... kitabkitabNya. “Dia adalah Jibrail datang mengajar agama kepada kamu” Berdasarkan kepada hadis yang panjang ini kita dapat faham bahawa agama Islam mengandungi tiga perkara ini iaitu Islam. sistem perundangan dan sistem nilai. 1. Pengertian Islam Islam (Aslama) bermaksud tunduk. kitab-kitab. rasu-rasul. ‘Aqidah ialah kepercayaan kepada Allah. 3 .Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul mengenalinya. malaikat. Walaupun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihat kamu. Pengertian Ihsan Ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan sebaikbaiknya dan bersungguhsungguh. beritahu aku apa itu Islam?” Maka jawab Rasulullah s. Syari’ah dan Akhlak. patuh dan taat kepada Allah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya Pengertian Iman Iman ialah percaya kepada Allah.a.a. sehingga lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah s.” Rasulullah s. Syari’ah ialah perundangan dan Akhlak pula sistem nilai. Iman dan Ihsan.a. para malaikatNya.w. mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasa sampai ke sana”.. bertanya kepada Umar al-Khattab “Kenalkah siapa orang itu” Jawab Umar “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui” Maka sabda Rasulullah s. “Engkau bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.. berpuasa Ramadhan. hari Kiamat dan Qadha dan Qadar. Ketiga-tiga ini juga disebut Aqidah (kepercayaan).w. rasul-rasulnya.w. hari akhirat dan qada dan qadar” Jawabnya “Engkau benar” Kemudian dia berkata lagi “Beritahu aku apa pula maksud Ihsan”. Syari’ah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai).a.2 Asas-asas Islam Ada tiga perkara yang menjadi asas kepada agama Islam iaitu ‘Aqidah. “Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah engkau nampak Allah. serta berkata: “Wahai Muhammad. Maka jawab Rasulullah s.w.w.. Di bawah ini dibincang dengan lebih terperinci. Inilah yang dikatakan Islam itu mengandungi sistem kepercayaan. Dia terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah s. “Engkau percaya (beriman) kepada Allah.a.a.w..a.

Contohnya. zakat. sedekah. Contohnya. puasa. qurban. Ibadat ini digelar Ibadat Khusus. Undang-undang Ibadat Undang-undang Muamalat Undang-undang Munakahat Undang-undang Jinayat Huraian Tujuan undang-undang ini ialah untuk kesejahteraan hidup manusia. Aqidah bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul.2 Sistem Perundangan Adakah anda tahu ada berapa jenis undang-undang Asas di dalam sistem perundangan Islam? Dalam Islam terdapat 4 bahagian besar perundangan Islam iaitu: i. bermain. Contoh yang lain ialah “di dalam diri seorang muslim terdapat satu kepercayaan bahawa nabi Muhammad s. Dia merupakan Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya”. iv. haji. Ini ialah ‘Aqidah. bermain. “dalam hati seorang muslim terpahat satu kepercayaan yang kukuh bahawa Allah itu ada. belajar.1 Aqidah (Sistem Kepercayaan) Dari segi bahasa. “mengikut I’tiqad Ahlussunnah wal-Jama’ah bahawa siksa kubur itu ada”. dilahirkan pada tahun 571 M itu tetap wujud dan menjadi Rasul Allah untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah”. Undang-undang tersebut ialah : Undang-undang Ibadat. iaitu mengatur manusia supaya melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang mungkar. berkahwin dan lain-lain. Yakni mengikut kepercayaan Ahlussunnah wal-Jama’ah siksa kubur itu ada.) اعتقاد‬Ia juga bermaksud kepercayaan. Maksud ibadat ialah kita melakukan perkara itu kerana tunduk kepada perintah Allah. Contohnya.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul 1. iii. Maksud Undang-undang Ibadat ialah peraturan-peraturan dan tatacara mengerjakan ibadat dalam Islam. minum. makan. Dari segi istilah syara’ pula. ii. Dalam keadaan yang lain Aqidah ini disebut juga I’tiqad ( ‫ .2. kenduri. tolong menolong.a. ‘Aqidah bermakud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia yang berkaitan dengan ketuhanan dan lain-lain kepercayaan agama. makan minum yang 4 . Ia mempunyai syarat dan rukunnya. 1. Selain daripada itu terdapat pula jenis ibadat lain yang digelar Ibadat Umum. Ini bermakna kita makan.w. bekerja dan sebagainya akan mendapat pahala asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. dan kita diberi ganjaran pahala kerana melakukannya. dan jika tidak menepati syarat dan rukun itu ibadat dikira tidak sah dan tidak diterima. Ini termasuklah peraturan-peraturan mengenai ibadat solat. Inilah yang dikatakan ‘Aqidah. beriadah.2. minum. Ini termasuklah semua perkerjaan yang baik yang kita lakukan setiap hari seperti bekerja. aqiqah dan sebagainya.

lain masyarakat lain nilainya. pentadbiran dan sebagainya. hudud. 5 . menuduh orang berzina dan mencuri). wali. hukum qisas (hukum bunuh balas kepada orang yang membunuh orang). Contohnya adalah seperti perabezaan antara masyarakat barat dan timur. Ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran mahkamah.. ruju’.t. hutang piutang. Adapun nilai adat dan masyarakat diletakkan oleh masyarakat dan dinilai oleh masyarakat mengikut norma masyarakat tersebut. (hukum ke atas orang yang berzina. Demikianlah sebaliknya. sebab itu ia serba tetap. Cuba anda buat tinjauan di Jabatan berkenaan dan perhatikan apakah kandungan Undang-Undang tersebut 1. dan lain-lain seperti yang dibincang dengan panjang lebar dalam Bab Nikah. talak. Undang-undang Jinayat. nilai itu tetap sama.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul dibenarkan dan bekerja pada tempat yang dibenarkan. di mana sahaja kita berada. pengurusan. Undang-undang Muamalat. Maknanya. Undang-undang Munakahat : Undang-undang ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan nikah kahwin. aqad nikah serta syarat-syaratnya. Kalau mengikut nilai Islam haram di timur dan haram di barat. tetapi bagi masyarakat timur itu tidak bagus kerana bertentangan dengan nilai adat. ta’zir (hukuman dera keatas orang yang minum arak) dan lain-lain. Yang uniknya ialah nilai itu diletakkan oleh Allah dan dinilai oleh Allah s. Ia bersifat sarwajagat. Di Jabatan Agama Islam Negeri terdapat Undang-Undang Keluarga Islam.3 Sistem Nilai Sekarang cuba anda fikirkan.w. Dengan demikian ia tidak tetap. Ini merujuk kepada peraturan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia seperti jual beli. Sistem nilai Islam serba tetap serta mutlak.2. malah banyak perbezaannya. apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Nilai Islam? Apakah ia sama dengan sistem nilai umum yang diamalkan dalam masyarakat sekarang? Sistem nilai Islam ialah satu sistem untuk menilai tingkah laku manusia berdasarkan hukum nilai yang diletakkan oleh Allah. Misalnya berkucup mulut lelaki perempuan di khalayak ramai adalah bagus. hadhanah (hak penjagaan anak). melainkan jika ada unsur-unsur lain yang menyebabkan ia berubah berdasarkan prinsipprinsip tententu menurut perbincangan dalam ilmu Usul Fiqh. Apa yang baik di barat tidak semestinya baik di timur. iaitu berdosa jika makan makanan yang dilarang atau bekerja pada tempat yang dilarang. sewa menyewa. Dalam undang-undang muamalat terdapat beberapa peraturan untuk kepentingan dan kesejahteraan manusia. Ianya termasuklah peraturan tentang meminang. Inilah yang dikatakan nilai Islam itu serba tetap.

iii. ii. malah dianjurkan supaya meninggalkannya. Melakukannya tidak berdosa. Contohnya berjudi. menutup aurat dan sebagainya. minum arak. Meninggalkannya tidak berdosa. Inilah sistem nilai Islam yang cukup unik yang diletakkan oleh pencipta manusia iaitu Allah s. Haram pula ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang. berzina. Syari`ah ialah perundangan Islam. iv. menolong orang dalam keadaan biasa. Makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan. tidak akan terlepas daripada nilai ini. dan Dia-lah yang menilai dan memberi ganjaran yang sewajarnya. Fardhu atau wajib Haram Sunat Makruh Mubah atau harus Fardhu atau wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam. bercakap dengan suara yang tinggi tanpa sebab dan sebagainya. Contohnya menjamu makan. Harus memakai atau tidak memakai pakaian yang berwarna atau tidak berwarna asalkan ia menutup aurat. melakukan sesuatu yang membahaya dan merosakkan diri sendiri atau orang lain seperti memandu dengan cara yang salah dan sebagainya. Jadi. v. puasa. 1. Contohnya makan makanan yang berbau tidak enak.t.w. Sesiapa yang meninggalkannya adalah ibadat dan diberi pahala. Maqasid al-Shari’ah Adakah anda biasa dengar istilah ini? Jika belum biasa perhatikan perbincangan di bawah ini Perkataan “maqasid” berasal daripada “qasad dan maqsad” yang bererti tujuan atau maksud. Contohnya jenis makanan dan minuman.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Di dalam Sistem Nilai Islam terdapat 5 kategori nilai yang menjadi asas penilaian bagi semua perbuatan dan tingkah laku manusia. Harus atau Mubah ialah sesuatu yang dilakukan atau meninggalkannya tidak berpahala dan tidak pula berdosa. tajuk ini membincangkan 6 . menganiayai orang atau binatang. selagi tidak diharamkan semuanya harus.3. iaitu : i. Meninggalkannya adalah satu ibadat dan diberi pahala. Meninggalkannya dikira derhaka dan haram serta berdosa. mendedahkan aurat. mencari nafkah. Sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya. Jadi apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita seharian dan di mana saja kita berada. Contohnya solat. melakukannya adalah ingkar dan derhaka serta berdosa. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala. Demikian juga dengan warna dan jenis pakaian. Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri’ atau Falsafah Perundangan Islam. memberi hormat kepada kawan dengan mengucap Salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala.

dan kesalahan itu hukumannya ialah dibunuh balas (hukum Qisas). jld. Inilah falsafah di sebalik pengharamannya. Jadi. Agama Jiwa Akal fikiran Harta benda Keturunan Huraian Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh. Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya. hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia. Sekiranya murtad ia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari. atau menjadi murtad. kerana yang keluar daripada Islam ia menghina Islam. Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan umum serta harta benda. Harta benda adalah satu pemberian Allah kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya. menyamun. Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkaraperkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila. Demikianlah indahnya perundangan Islam. Dengan sebab itu turun undang-undang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun. Dengan demikian maka terdapat undang-undang syari’at yang melarang orang Islam murtad. iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam. sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras. Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaan demikian ia akan kekal di dalam neraka. Mencuri. Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang. 5. 1). menipu. Sekiranya masih engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith. Menjaga agama juga bermaksud mengaja kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai agama Allah. Ini adalah untuk mejaga kesucian agama. sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah. monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan secara zalim. Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik. Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syari’at ialah untuk menjaga lima perkara. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman. sedangkan ia adalah ahli syurga kerana ia seorang muslim. dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut. kerana syarik boleh merosakkan aqidah seseorang. Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati disebabkan oleh kezaliman manusia. Harta benda ialah semua yang kita miliki. Orang yang membunuh orang. 4. 2. Akal fikiran adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. lantaran itu ia dihukum bunuh. iaitu: 1. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk. 7 . undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka. Jadi.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang. 3.

Falsafah daripada menigati Allah ialah untuk mendapat ketenangan. Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji. Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjaga ketrurunan dan kedamaian rumah tangga. homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan seperti tersebut. iaitu dengan cara beribadat kepadanya. Selain daripada larangan. arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Firman Allah: Maksudnya: Ingatlah bahawa dengan menenteramkan jiwa. mengambil dadah atau berpoya-poya. Yakni seluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dan kerosakan. khasnya dengan mendirikan solat. 1.3. Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan. Surah al-‘Ankabut 45. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang. minum arak. 8 . iaitu: 1. Solat Jamaah dapat mengukuhkan persahabatan.1 Pembahagian Maqasid Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shar’iyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya. suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu yang dikatakan Maqasid al-Shari’ah. Surah al-Ra’d 28 mengingatkan Allah akan Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah. Ini jelas daripada firman Allah: Bermaksud: Dirikanlah solat. Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram dan menenangkan jiwa kita. Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat. rogol. Maqasid ‘Ammah 2. malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya Seperti firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Aku-lah Allah. sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perbuatan zina. tiada tuhan melainkan Aku.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Keturunan. terselamat dirinya daripada cemohan orang. Surah Taha 14. Maka beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku. Contohnya orang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak. Selain daripada itu. Contohnya solat. Contohnya larangan daripada mencuri. Maqasid Khassah Maqasid ‘Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum. Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan.

apa saja yang kita lakukan adalah dan yang disukai oleh Tuhan. dan istimewa kerana merangkumi segala-galanya. g. umarh.w. Walaupun demikian. Kalau mengikut tajuk ini ia bermaksud “Pandangan Hidup Islam”. sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang adalah kerana percaya kepada Allah. syumul. Tidak ada satu terjemah yang tepat bagi kalimat tersebut. Kalau kita lakukan sesuatu kerana manusia. maka ia tidak bersifat Rabbaniyah. Jadi.3 Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal) Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap. Dari aspek ‘Aqidah misalnya. qurban dan lain-lain atau larangan-larangan Allah seperti menzalimi.t. menuduh dan sebagainya.5 a. Demikianlah dengan yang lain. 1. dengan demikian ternampaklah Islam itu Indah.5. Ada juga disebut dengan “Pandangan Alam Semesta”. Apabila kita melakukannya kita mendapat keredaan Tuhan. dan haram serta boleh membawa kepada murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala. Biasanya diterjemahkan sebagai “pandangan hidup”. Maksudnya ialah melihat Islam secara keselulruhan. 9 . maka ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya. semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi al-Shar’iyah. Tetapi dalam keadaan terpaksa ia melakukannya sedangkan hatinya tetap mentauhidkan kepada Allah s. membunuh. ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhan yang perintahkan. 1. 1. Contohnya kita menolong orang.5. memfitnah. f.2 Ciri-ciri Keistemewaan Islam Rabbaniyah Thabat wa Murunah Waqi’iyyah Tawazun Syumul Alamiyah Wasatiyyah Rabbaniyah (Ketuhanan) Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. bukan kerana manusia. haji. Dalam bahasa Inggeris disebut “World View”. adat atau lainnya.t. Tasawwur Islam: Keistimewaan dan ciri-ciri Adakah anda pernah mendengar perkataan Tasawwur sebelum ini? Tasawwur ialah kalimah Arab. sama ada dari prinsip ‘Aqidah atau Syariah. kita tetap meyakini keesaan Allah s.4.w. 1. aqiqah. d.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat. dalam pelaksanaannya ia adalah anjal iaitu boleh berubah. b. e.. c.

w. kita diharamkan memakan bangkai dan apa-apa lagi yang diharamkan.5. bintang dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini: a. Itu adalah untuk kebaikan sedang keburukannya telah diketahui oleh semua orang. atau yang boleh dibuktikan dalam makmal sains. Jika terpaksa kerana kelaparan. Dalam Islam setiap perkara disyari’atkan dalam bentuk yang cukup seimbang.5 Tawazun (Seimbang) Seimbang bermaksud sederhana di antara dua keadaan yang bertentangan. 1. Contohnya : • Islam membezakan antara golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkara tanpa bukti. perundangan dan nilai. Seimbang Dari Sudut Kepercayaan Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Ini termasuklah dalam aspek kepercayaan. matahari. Dalam dunia ini ada golongan yang mempercayai wujudnya banyak tuhan. pokok. bulan. keluarga dan masyarakat amnya. zina dan lain-lain.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Dalam aspek syari’ah misalnya.t. Ada golongan lain pula tidak percaya kepada benda-benda yang tidak nampak. Contohnya seperti pengharaman arak. sedangkan akal tidak dapat membuktikan pokok itu boleh menyampaikan hajat. seperti menyembah binatang. Mereka hanya percaya kepada apa yang boleh dibuktikan secara empirikal dan saintifik. judi. maka pada masa itu tidaklah berdosa kerana ia bertjuan hendak menyelamatkan nyawa. Sebab Tuhan tak boleh ditunjukkan dan hari Qiamat tak tahu di mana. dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu melainkan dengan bukti empirikal. Dari aspek perundangan kita dapati setiap peraturan ada faedah dan maslahahnya sama ada kepada disi sendiri.5. Mereka memuja dan meminta kepada objek berkenaan dan mereka percaya bahawa objek tersebut mempunyai kuasa memberi dan menyampaikan hajat. 10 . Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram 1.4 Waqi’iyyah (Praktikal) Dalam bahasa Melayu Waqi’iyyah boleh diterjemahkan sebagai praktikal atau ideal dan realistik. Islam adalah agama yang ideal kerana percaya kepada keesaan Allah s. dan yakin kewujudanNya serta beribadat kepada Allah serta minta tolong kepadaNya. Dari segi kepercayaan. Mereka ini menolak adanya Tuhan dan hari Qiamat.

iaitu 8 jam untuk bekerja. dan Tuhan itu satu sahaja iaitu Allah yang Esa. 1. juga dianggap keterlaluan. Islam percaya kepada adanya Tuhan. d. seseorang itu tidak boleh merosakkan dirinya untuk menjaga nama baik masyarakat. ia sempurna dari aspek apa? 11 . Misalnya. Mari sama-sama kita lihat. e. Anda tentu sudah yakin bahawa agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan oleh Allah kepada nabi yang akhir dan untuk manusia di akhir zaman. Bukti empirikal dipercayai oleh Islam selagi tidak bertentangan dengan SunnatulLah seperti yang diisyaratkan oleh Al-Quran. Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Islam menganjurkan supaya mengambil yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukan tugas-tugas seharian. Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan orang yang beribadat 24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan harian.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang ghaib. Islam membahagikan masa sehari semalam sesuai dengan fitrah kejadian manusia.6 Syumul (Sempurna) Syumul bermaksud lengkap dan sempurna. Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi Islam memerintahkan umatnya mengerjakan ibadat. Cuba buat lakaran grafik pembahagian masa sehari semalam seperti teks di atas c. jika negara terancam. Ia tidak dibenarkan merosakkan masyarakat dengan tujuan membela dirinya. Jika ada yang bertentangan maka hendaklah diutamakan kepentingan masyarakat. Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan Manusia dijadikan daripada dua unsur. Ini berbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan dan yang tidak percaya kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuatan akal fikiran. Demikian juga sebaliknya.5. 8 jam untuk berehat dan 8 jam untuk beribadat. tetapi terhad kepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya sahaja. Seimbang Antara Individu dan Masyarakat Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa yang sama ia juga mesti memelihara kehormatan masyarakatnya. Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan miuman yang dibenarkan. maka pengorbanan individu diperlukan. b. dan dalam masa yang sama ia juga harus bekerja untuk keperluan dunianya. iaitu jasad dan roh. dan harta individu perlu dikeluarkan jika masyarakat sangat memerlukannya. Tanpa kedua-dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang.

a. Sistem undang-undang mengatur kehidupan 12 . iaitu agama Tauhid. Surah al-Anbiya 25. Nabi Isa. FirmanNya lagi: Bermaksud: Dan tidak Kami ustuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang sebenarnya) melainkan Aku. Sistem kepercayaan mengatur manusia untuk berada di atas jalan yang lurus sesuai dangan pencipataanya.w.w. Antaranya: Surah al-Fajr ayat 5-10. Ini bermaksud bahawa nabi-nabi dahulu membawa risalah yang sama daripada Allah s. Islam sempurna dari aspek jangka masa. 36. undang-undang dan juga nilai. Ini berbeza dangan Nabi Muhammad s.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul a. Nabi Salleh alaihimus-salam. FimanNya lagi: Bermaksud: Dan tidak Kami utuskan kamu (Muhammad) melainkanuntuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Iaitu mengesakan Allah dan beribadat kepadaNya dan menjauhi perbuatan syirik. iaitu beribadat kepada selain daripada Allah. Surah al-A’raf 158. Ketiga-tiga perkara ini telah dibincang sebelum ini dalam sub-tajuk Sistem dalam Islam. semuanya diutus untuk kaum masing-masih untuk satu masa tertentu. Surah al-Anbiya 107. Untuk mengetahui lebih jelas anda boleh melihat tafsir al-Quran. Firman Allah: Bermaksud: Dan sesunguhnya Kami telah utuskan pada tiap-tiap umat itu seorang rasul (dan menyeru mereka) “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Surah Jin dan lain-lain. Nabi Hud. Nabi-nabi yang lalu diutuskan untuk satu golongan umat sahaja. Surah al-Nahl. Dalam Islam telah wujud ketiga-tiga perkara ini untuk menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Seluruh manusia adalah dituntut supaya mengikuti ajaran baginda s. Surah al-Haqqah 4 – 8. Hidup manusia dilengkongi dengan kepercayaan.a. baginda diutuskan untuk umat akhir zaman dan terus menerus hingga hari Qiamat dan tidak ada nabi lagi selepas baginda s.t. b. Nabi Noh. Contohnya umat Nabi Musa. oleh itu beribadatlah kepada Aku”. Peraturan hidup yang sempurna.w. Firman Allah: Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua”..w.a.

.w. alam sekitar dan bermacam-macam lagi.8 Wasatiyyah (kesederhanaan) Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana. manusia dengan Tuhan. Ibadat pula bukan setakat solat dan haji sahaja. memberi makan binatang dan sebagainya.a. hubungan manusia dengan alam. apa maksud umat pertengahan? Umat pertengahan dalam ayat di atas mempunyai beberapa maksud. Cuba kita lihat beberapa contoh sederhana: Sederhana antara ketuhanan dan kemanusiaan: Iaitu tidak dituntut beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga seperti makan minum.a. kerana tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s. Cuba anda fikir. Seperti Nabi Nuh.w. 1. Firman Allah: Bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan (umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad s.a. termasuk binatang. Surah al-Baqarah 143. Umat yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap segi. dengan binatang. 1. malah semua pergerakan adalah ibadat. sama ada yang muslim atau bukan muslim. bermain. keluarga.5.5. Umat yang adil dan tetap dalam keadilan c. Ini berbeza dengan perutusan Nabi Muhammad s. berkahwin dan sebagainya. yang mana baginda diutus untuk seluruh alam. hatta makhluk jin pun disuruh beriman dengan Nabi Muhammad s. 13 . Umat yang di tengah iaitu yang diperhati oleh orang lain sebagai contoh kerana keunikannya d. termasuk bekerja. Salleh dan lain-lain.w. Ajaran Islam bukan sahaja berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhannya.7 Alamiyah: Perutusan Islam menyeluruh tanpa sempadan (Risalah Sejagat) Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk kaumnya dan di tempat berkenaan sahaja. Islam meletakkan peraturan individu. menolong orang.) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. iaitu hubungan manusia sesama manusia. Lut. malah merangkumi hubungan manusia dengan sesama manusia. Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya b.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul manusia. dan juga hubungan manusia dengan alam ghaib seperti alam malaikat dan jin. dan tidak ada had masa dan sempadan geografi. berkahwin. Malah al-Quran menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan (Ummatan Wasatan). Hud.a. antaranya: a.w. masyarakat. kenegaraan dan hubungan antarabangsa.

Walau bagaimanapun tidaklah hendak menjadikan seorang manusia itu sebagai malaikat sehingga tidak ada cacat celanya langsung. Iaitu tidak membazir dan tidak pula bakhil. tetapi solat pada waktunya dan masa lain bekerja untuk dunia.6 Rumusan Islam ialah selamat. Sederhana dalam perbelanjaan. sejahtera kerana patuh dan taat kepada perintah Allah Iman ialah percaya kepada apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s. iii.w. Inilah di antara contoh-conntoh kesederhanaan dalam Islam.7 Latihan i. Ihsan ialah melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat hasil yang sebaik-baiknya Aqidah ialah sistem kepercayaan Islam Sistem Perundangan ialah undang-undang Islam yang mengawal tingkah laku manusia Sistem Nilai ialah nilai yang diletakkan oleh agama bagi setiap perlaku muslim Maqasid Syari’ah ialah falsafah bagi setiap undang-undang di dalam Islam 1. Bincangkan apakah Sistem Nilai Islam sama dengan sistem nilai yang diamalkan oleh masyarakat tempatan sekarang? Firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar” Surah ii. Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram 1. Tidak dituntut mendirikan solat sepanjang hari dan malam. Senaraikan Empat jenis undang-undang yang terdapat di dalam Sistem Perundangan Islam. 14 . Sederhana dalam Ibadat.a. Sederhana dalam Akhlak. Di samping itu tidaklah pula membiarkan seorang itu tidak berakhlak sehingga perangainya seperti syaitan. Islam mendidik umatnya supaya mengahayati akhlak dengan sebaik-baiknya.Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul Sederhana antara kerohanian dan kebendaan: Yakni tidak dituntut supaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidak langsung melakukan ibadat.

Huraikan Maqasid Syar’iah yang terdapat di dalam ayat 15 .Tajuk 1: Islam Sebagai Sebagai Cara Hidup Yang Syumul al-‘Ankabut 45. tersebut.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.