You are on page 1of 15

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN (SEMESTER JAN 2011)

HBEF 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN TUGASAN INDIVIDU

PENSYARAH :

EN.MAT DAUD BIN YUSOF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KUBANG IKAN, CHENDERING 21080 KUALA TERENGGANU


DISEDIAKAN OLEH :

NORLIDA BT RAMLI NO. K/P : 790308145986 H/P : 0193482428 TARIKH:8 Mei 2011

Sekapur sirih:

Alhamdulillah,syukur pada tuhan yang esa, akhirnya saya telah berjaya menyiapkan tugasan saya yang pertama ini selepas saya bertungkus lumus.Ucapan jutaan terima kasih ingin saya tujukan kepada keluarga dan kawan-kawan saya kerana banyak membantu dari segi moral dan fizikal.Segala sumbangan sama ada secara langsung ataupun tak lansung akan saya hargai dan kenang sampai bila-bila.Kepada tutor dan pensyarah saya,terima kasih kerana membimbing dan memberi panduan di dalm penhasilan tugasan ini.Saya berharap agar segala maklumat dan pengalaman yang di curahkan dalam tugasan ini dapat digunakan dalam mendidik anak-anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin negara suatu masa nanti.

Guru ialah penggerak nadi negara. Memang kita setuju dengan penyataan ini. Profesion perguruan merupakan profesion yang mulia yang memerlukan ketabahan, apatah lagi saban hari guru terpaksa berdepan dengan senario pembelajaran yang membebankan. Mengajar merupakan kerja yang terpuji. Guru cuba mencerminkan dirinya pada pelajar. Guru menanamkan sesuatu yang sukar dihapuskan kepada pelajar-pelajar yang sedang membesar dengan fikiran kanak-kanak . Oleh sebab itu amat sukar untuk memisahkan guru dengan pengajarannya. Watson ( 1970 ) adalah pengasas behavirisme pernah mencatatkan : Berikan saya 12 bayi yang sihat dan sempurna rupabentuknya dan suasana sekitaran yang saya sendiri tentukan untuk membesarkan mereka. Saya memberi jaminan bahawa dengan memilih mana-mana satu bayi secara rawak lalu mengasuhnya untuk menjadi pakar yang say pilih sama ada doktor , peguam, pelukis, peniaga, ketua dan juga peminta sedekah atau pencuri tanpa mengambil kira kebolehan , kecenderungan , kepakaran bakat atau bangsa keturunannya. Berdasarkan kepada petikan di atas kita dapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru amat penting dalam mencorakan budaya hidup pelajar yang bakal dilahirkan . Tanggunjawab guru pada hari ini kian mencabar disebabkan oleh perubahan keadaan dan masa. Dan tugas guru sekarang amat berbeda dengan tugas guru dahulu.Di situlah terletaknya sejauh mana tahap kesabaran seorang insan bergelar guru.Pengalaman saya menjadi guru adalah saat yang paling manis dalam hidup saya.Bertukar dari daerah ke daerah yang lain membuatkan saya lebih mengumpul pengalaman dan kenangan yang dapat saya jadikan tunjang kehidupan saya sebagai seorang guru.Pelbagai senario permasalahan yang berlaku di alam pendidikan.Sebagai contoh,saya singkapkan pengalaman saya mengajar di utara iaitu di sebuah sekolah pedalaman.Bermacam-macam kerenah yang dapat saya lihat.Diantaranya pelajar tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pengajaran.Ini menyebabkan kelas akan menjadi bising dan secara tidak langsung sedikit sebanyak akan menganggu pengajaran dan pembelajaran guru yang berada di kelas lain.Dan aspek yang paling menarik iaitu mereka terlalu taksub dengan loghat.Saya telah membuat sedikit penyelidikan di manakah kesilapan ini.Saya juga dapati sesetengah pelajar tidak berminat dengan pengajaran guru .Ini berpunca daripada sama ada guru tersebut tidak tahu bagaimana untuk menarik minat pelajar ataupun pelajar tersebut tidak langsung berminat untuk belajar.Maklumlah dengan situasi sekarang dengan zaman yang serba canggih dan moden

ini.Tidak hairanlah ramai pelajar-pelajar kita sudah pun mengambil keputusan berhenti sekolah dengan alasan yang tersendiri. Pelbagai anasir-anasir luar terlebih dahulu berjaya memikat hati para pelajar kita sekarang.Masalah yang kedua saya dapat iaitu pelajar terlalu tumpu kepada subjek-subjek yang mereka minati.Sebagai contoh,suka dengan personaliti guru yang lebih cantik ataupun bergaya.Sebagai contoh, guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris cantik bergaya pelajar kita akan menumpukan kepada grur terbabit seterusnya subjek tersebut menjadi subjek yang mereka mintai.Semua itu secara tidak langsung pelajar kita lebih pandai menilai.Jika ada dikalangan guru yang tidak langsung menjaga personaliti, guru itu akan membuatkan pelajar kita tidak berminat dengan pelajaran atau subjek lain.Kadang-kadang loghat bahasa juga main peranan yang penting juga dalam menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar kita.Sebagai contoh,bahasa dan suara yang kurang jelas juga boleh membuatkan pelajar kita hilang tumpuan untuk belajar.Ini selalunya akan terjadi kepada guru yang begitu pekat dengan bahasa yang diungkapkan seharian. Mari kita kaitkan permasalahan kita ini dengan teori pembelajaran.Sebagai contoh, sesetengah pelajar kita menjadikan guru mereka sebagai role model kepada mereka sama ada dari segi pakaian, pertuturan ataupun personaliti.Jadi di sini saya kaitkan dengan teori pembelajaran sosial Bandura. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupak Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif.Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan..Dengan teori ini kita akan dapat

lihat,Bandura telah menjadikan manusia boleh belajar daripada contoh sebelaum melaksanakan kelakuan tersebut.Ini juga akan mengakibatkan pelajar kita akan terpesong dari landasan yang sebenarnya. Sebagai contoh,jika pelajar kita menjadikan guru mereka sebagai role model saya rasa ini tidak menjadi satu masaalah tetapi jika sekiranya mereka ini menjadikan rakan-rakan mereka yang bermasalah untuk dijadikan sebagai role model mereka.Ini dapat memberikan impak yang tidak baik bagi mereka yang sedang menempuhi alam remaja khususnya.Dan yang lebih dasyat lagi apabila berlakunya pelbagai masalahmasalah disiplin dikalangan remaja masa kini. Saya petik dari laman web http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-pembelajaransosial-bandura.html . Dalam laman web tersebut ada menyatakan contoh teori pembelajaran Bandura iaitu seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama.Maksudnya dengan sedkit penghargaan dan hadiah dapat memberikan kesan positif dan motivasi kepada pelajar lain jika sekiranya mereka belajar bersungguhsungguh.Dengan cara ini mereka dikalangan pelajar-pelajar ini dapat mengenalpasti yang mana perlu ikut dan yang mana perlu mereka hindari.Sebagai contoh, jika sekiranya mereka tidak membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru mereka, guru tersebut perlulah mendenda supaya ianya memberikan pengajaran kepada semua yang melihat sama ada ada dikalangan mereka membuat kerja yang diberikan ataupun tidak. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran

pemerhatian yang betul. Maksudnya di sini,jika guru tersebut menunjukkan sikap yang baik sudah pasti pelajar kita akan terus menjadikan kita sebagai role model mereka.Sebagai contoh, kalau kita ingin menyampaikan ilmu bagaimana untuk bermain badminton.perkara pokok atau perkara utama yang perlu kita lakukan,iaitu tunjuk cara.Apabila guru terbabit menunjukkan cara bagaiman untuk bermain badminton barulah mereka dapat mengetahui tentang cara dan bagimana untuk bermain badminton.Dan seterusnya dapat menarik minat yang mendalam kepada pengajaran kita sebagai guru yang berinovatif dan kreatif. Model klasik rangsangan-gerak balas. Pendekatan ini menerap prinsip pelazimzn klasik dan penghindaran yang mula diasas oleh Ivan Pavlov. Prinsipnya menggunakan paradigma pembolehubah perantara bagi menghasilkan perubahan tingkahlaku.Contohnya, seorang pelajar selepas tamat sekolah terdengar bunyi loceng penjaja di luar kawasan sekolah. Pelajar mendekati penjaja tersebut dan mendapati penjaja menjual ais krim. Pelajar membeli ais krim dan menikmati kelazatan ais krim. Perkara ini berulang setiap hari. Akibatnya,setiap kali loceng berbunyi, pelajar akan mengingati kelazatan ais krim dan keinginan membeli dan mendapatkan ais krim akan menjadi satu desakan dalam diri. Pada mulanya bunyi loceng merupakan rangsangan tidak terlazim. Pelajar membeli ais krim dan menghirup ais krim merupakan gerak balas. Pelajar dapat merasa kelazatan ais krim merupakan peneguhan ke atas gerak balasnya membeli ais krim. Pelajar tetap akan mengingati serta gambaran imej pengalamannya dapat menikmati kelazatan ais krim. Pada masa yang lain, bunyi loceng yang sama sudah mencukupi bagi pelajar mengingati ais krim. Bunyi loceng sudah berubah menjadi rangsangan terlazim. Pelajar akan sentiasa tergerak membeli ais krim selepas tamat waktu sekolah.Dalam teori pembelajaran Pavlov juga, saya mendapati bahawa beliau menekankan tentang setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.Begitulah berlakunya dalam situasi di dalam kelas iaitu seseorang pelajar akan merasa gementar apabila melihat guru dan tetang disiplin. telah emosi, Mungkin didenda. sikap, pembelajaran sebelum Ini idea ini dia dapat emosi telah ia melakukan takut. dipelajari dapat kesalahan Pembelajaran disekolah. menganggu menyebabkan

Kadang-kadang pembelajaran akademik.

Pada zaman sekarang ini,guru perlu lebih ke hadapan. Kerana seperti yang saya cakapkan tadi bahawa guru sebagai penggerak nadi negara.Jika guru itu melencong maka lencong lah nadi itu dan jika tegaknya nadi itu maka tegaklah sepertimana yang Y.A.B Menteri Pelajaran kita selalu war-warkan di dalam intipati syarahannya.Iaitu beliau sangat sangat berharap supaya semua guru yang berada di Malaysia akan menjadi guru yang cemerlang dikalangan pelajar-pelajarnya sendiri.Contoh lain yang boleh saya petik daripada teori pengajaran Bandura ini yang membuatkan saya benar-benar tertarik iaitu kata beliau terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui caracara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya.Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Apabila mengajar dalam sesebuah kelas, kita memang tidak terlepas daripada pelajar yang mempunyai tingkah laku yang amat pelik seperti pelajar yang terlalu aktif, terlalu pasif, mempunyai masalah disiplin dan sebagainya.Jadi, perkara ini telah menjadi isu dalam sistem pendidikan di negara ini. Guru-guru memang tidak terlepas daripada pelajar yang mempunyai masalah sedemikian. Perangai dan tingkah laku pelajar telah banyak ditakrifkan oleh para ahli psikologi dan hasilnya amat bertepatan kerana banyak eksperiman untuk menganalisis para pelajar telah dilaksanakan. Setiap guru juga akan mengalami beberapa masalah semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dilaksanakan iaitu salah satunya adalah kelas bising.Ini berpunca daripada pelajar tersebut tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika guru sedang mengajar. Selain itu juga pelajar hilang keyakinan dan seterusnya hilang minat untuk belajar dengan alasan yang remeh-temeh.contohnya seperti guru terlalu garang.Masalah-masalah lain juga seperti sebagai contoh murid terlalu manja dan langsung tidak boleh ditegur. Kita ambik contoh yang pertama iaitu masalah murid bising. Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.

Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajarpelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Di samping itu, peniruan gabungan pula ialah peniruan hasil gabungan daripada pemerhatian para pelajar. Pelajar akan menggabungkan tingkah laku yang berlainan seperti meniru gaya gurunya melukis dan cara mewarna daripada buku yang dibacanya. Peniruan seterusnya ialah peniruan sekat haluan yang mana pelajar meniru tingkah laku tertentu untuk keadaan yang tertentu sahaja. Sebagai contoh pelajar meniru fesyen pakaian di tv tetapi tidak memakai seperti tersebut di sekolah. Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi menambahkan keseronokan kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan dan memberikan makna kepada bentuk tindakan yang diambilnya. Emosi juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanakkanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Tambahan pulak zaman sekarang, pelajar-pelajar kita lebih tertumpu kepada artis

pujaan mereka ditambah lagi denga program-program realiti yang tidak perlu saya jelaskan di sini.Program-program yang sedemikian secara tidak langsung banyak mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku pelajar-pelajar kita.Sebagai contoh, ada segelintir pelajar-pelajar kita sudahlah tidak lagi berminat dengan pelajaran dan tinggalkan pelajaran dan sekolah semata-mata untuk menjadi penyanyi atau pelakon.Halal dan haram sudah tidak tahu yang mana satu Cuma yang penting dapat menjadikan artis-artis kita sebagai ikon terbaik mereka. Cara-cara mengatasi permasalahan ini salah satunya ialah guru-guru perlulah memberikan ruang untuk pelajar terdedah dengan benda-benda yang ingin disampaikan oleh guru tersebut.Selain itu juga, murid juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sering kali murid didenda jika melanggar disiplin dan peraturan sekolah.Namun, murid kurang diberi penghargaan walaupun sekadar membantu guru menyusun kerusi di tapak perhimpunan. Ucapan terima kasih saja tidak memadai. Sekurang-kurangnya perlu ditambah dengan katakata penyedap halwa telinga seperti bertuah saya ada anak murid yang rajin seperti kamu..Kata-kata seperti itulah yang membuatkan murid berasa bangga kerana sumbangan kecilnya dihargai.Beberapa pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul berlandaskan teori pembelajaran iaitu sebagai contoh jika pelajar-pelajar kita bising sehinggakan menganggu pelajar yang lain.Implikasi pengajaran iailah kita cuba untuk menarik sama pelajar-pelajar kita yang bising tadi kepada kumpulan pelajar yang menumpukan perhatian pada sesi pengajaran dan pembelajaran kita tadi.Tindakan guru tersebut ialah guru itu perlu mempelbagaikan bahan-bahan bantu pengajaran dan lebih kreatif dalam mengajar pelajar-pelajar kita.Secara tidak langsung pelajar-pelajar yang bising tadi akan diam dan menumpukan sepenuh perhatian kepada guru terbabit.Dan guru tersebut perlulah memberikan tumpuan yang lebih kepada pelajar-pelajar yang bising tadi.Sekurangkurangnya mereka tidak merasakan diri mereka ini terabai.

Selain itu,masalah kepada pelajar-pelajar kita ini suka meniru aksi atau fesyen artisartis.Jadi,dalam implikasi pengajaran,guru mahukan suasana yang harmonis ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.Jalan penyelesaiannnya ialah dekatkan diri dengan mereka dan dampingi mereka.Dengan ini dapat memberikan mereka sedar yang mereka buat selama ini hanyalah sia-sia. Kesimpulan yang saya perolehi iaitu menjadi seorang guru tidak sesenang yang kita jangkakan, pelbagai dugaan dan cubaan yang dapat kita terpaksa tempuh.Cuma satu sahaja penyelamat keadaan iaitu sabar yang belum tentu kuat.Dan semoga dengan apa yang tertera di atas sini dapat memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada diri saya sendiri tentang bagaimana untuk menjadi guru yang cemerlang sama ada di dunia dan akhirat.

SUMBERRRUJUKAN:

http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran
mabjip.blogspot.com/.../teori-pembelajaran-sosial-bandura.html

http://mabjip.blogspot.com/2009/10/teori-pembelajaran-sosial-bandura.html http://www.scribd.com/doc/6245367/Model-Pengajaran-Dalam-Bilik-Darjah-Mohd-Anuar http://www.scribd.com/doc/4875845/teori-pembelajaran

\\\\\\\\\ng tibul berlandaskan tean pembelajaran d

R-G dan kesan daripada pertalian dan peneguhan.

Ruju
( 106 patah perkataan ) 6.1 PERHUBUNGAN : PEMBELAJARAN MELALUI PERHUBUNGAN

Prinsip perhubungan menyarankan bahawa sesuatu pembelajaran boleh berlaku apabila perkara-perkara mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Melalui kaedah pembelajaran ini, seseorang itu dapat menghubungkaitkan satu idea dengan idea yang lain, satu pengalaman dengan pengalaman yang lain ataupun antara perkara-perkara yang berkaitan. Oleh itu, apabila sesuatu perkara timbul (ransangan), perkara yang lain (gerak balas) dapat diingatkan. Proses perhubungan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut : 6.1.1 PENGULANGAN Memadankan ransangan dengan gerak balas yang betul secara berulang-ulang dapat menghasilkan pembelajaran. Contohnya : Ransangan Gerak balas Sifir seperti 4 X 6 Ibu kota Malaysia ialah Daun hijau mengandungi 24 Kuala Lu6.1.2 STEREOTAIP Pembelajaran boleh menghasilkan kesan kukuh pada diri seseorang untuk membuat sesuatu atau menhinterpretasikan sesuatu perkara. Misalnya, cara menyimpan alat selepas digunakan; atau cara menyelesaikan masalah matematik yang sama jenis. Contohnya : x + 4 =

8, jadi x = 8 4 = 4. Seterusnya dapat menyelesaikan 2y 2 = 6.

You might also like