You are on page 1of 11

PENGERTIAN FALSAFAH

PENGERTIAN FALSAFAH
Philosophy berasal dari perkataan Yunani, philien (mencintai) Sophia (kearifan, kebijaksanaan) Oleh itu falsafah = perihal mencintai kearifan atau kebijaksanaan.

Kata Phytagores
Al hikmah adalah kepunyaan Allah sahaja. Manusia hanya berusaha dengan segala daya dan tenaga untuk mengetahuinya sahaja. Apa yang terdaya pada manusia hanyalah mencintai Hikmah , merindui marifat dan mencari haqiqat iaitu falsafah.

Falsafah ialah penilaian kehidupan yang sistematik dan lojik untuk menghasilkan sistem idea yang umum bagi menilai keseluruhan pengalaman manusia. Falsafah memberi interpretasi mengenai ilmu dan kebenaran, mengenai manusia dan perhubungan manusia dengan alam sarwajagat dan perhubungannya dengan makna hidup, kesedaran, kebebasan, nilai, moral, kecantikan dan seni.

Falsafah dapat memberi panduan kepada pendidik untuk memilih matlamat pendidikan, serta kaedah dan kurikulumnya dan peranan sekolah dalam masyarakat

Kaedah falsafah
Falsafah spekulatif pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud. Berusaha mencari satu susunan dalam satu keseluruhan yang kemudiannya dapat merangkumi semua pengalaman dan pengetahuan Falsafah preskriptif berusaha menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan seni.mencari dan mengesyorkan prinsip-prinsip bagi menentukan tindakan dan kualiti yang dapat dianggap berfaedah atau baik, dan mengapa ia harus begitu. Falsafah analisa menumpukan usaha kepada makna dan perkataan.menganalisa perkara seperti sebab-musabab, fikiran, kebebasan dan peluang yang sama agar makna perkataanperkataan seperti ini dapat dikaji dalam berbagai-bagai konteks.

Cabang-cabang falsafah
Metafizik ialah mengenai realiti Epistemologi ialah mengenai pengetahuan Aksiologi ialah mengenai nilai Logik ialah mengenai penaakulan.

metafizik
Mengkaji realiti yang muktamad atau yang terakhir Mempersoalkan , apa dia alam sarwajagat (universe)? Apa dia hidup? Apa dia fikiran dan hasil fikiran? Apa dia kebebasan manusia? Serta mempersoalkan perihal adanya tuhan atau tidak. Persoalan ini dilihat dari perbagai perspektif mazhab.

epistemologi
Mengkaji pengetahuan dan perihal mengetahui Berhubung rapat dengan kaedah pendidikan dan pembelajaran. Mempersoalkan apakah sumber-sumber pengetahuan? sejauh manakah sumber-sumber ini boleh dipercayai Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang? Apakah kebenaran?

aksiologi
Berusaha untuk menentukan apakah yang bernilai. Terbahagi dua iaitu etika dan estetika. Etika mengkaji nilai-nilai moral dan kelakuan yang betul Estetika mengkaji nilai-nilai bagi kecantikan dan seni.

logik
Mengenai keperluan pemikiran yang betul dan yang boleh dipercayai Mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita meletakkan cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul. Logik yang biasa digunakan ialah logik deduktif dan logi induktif. Deduktif (am kepada khusus) Induktif (khusus kepada am)

You might also like