You are on page 1of 20

PERUBAHAN DALAM KEJURURAWATAN

DISEDIAKAN OLEH: ROZANA BT DRAHMAN OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

PENGENALAN
Pada masa ini negara mengalami banyak perubahan dalam pelbagai bentuk. Ada sesetengah perubahan itu mungkin sesuatu yang sudah kita jangka, ada juga yang berlaku tanpa diduga. Ia dapat dirancang dan melibatkan usaha bagi mencapai beberapa tujuan dalam proses mempertimbangkan dan bekerjasama.

DEFINISI Sullivan & Decker(1997) mendefinisikan perubahan sebagai membuat sesuatu yang berbeza dari asalnya

SAMBUNGAN
Perubahan tidak dapat dielakkan didalam kejururawatan. Ia merupakan satu proses dinamik di mana respon seseorang terhadap tekanan yang mengarah perubahan dalam perilaku dan merupakan sebahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, sama ada ia dirancang atau tidak dirancang.

AGEN PERUBAHAN
Agen perubahan adalah orang yang bekerja untuk membawa perubahan. Ia terdiri daripada seorang individu atau sekumpulan dalam organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan.

SAMBUNGAN.
Ia juga merupakan perantara di antara pihak pengurusan dan kakitangan kejururawatan. Jururawat profesional adalah agen perubahan juga merupakan penggerak dan pelopor untuk merawat dan menjaga hal ehwal kebajikan pesakit, pelanggan dan kakitangan yang lain.

PERANAN AGEN PERUBAHAN


Mampu memahami hasil perubahan Komited. Bijak menggunakan sumber-sumber secara profesional dan berkesan. Mampu memberi maklum balas kepada pengurusan perubahan. Mampu sediakan kumpulan pelanggan dan jururawat untuk menghadapi perubahan. Memberi dan membina sokongan terhadap perubahan di kalangan pelanggan dan jururawat. Mampu untuk melibatkan jururawat secara aktif di dalam perancangan dan implimentasi perubahan.

TEORI KURT LEWIN (1951)


Mendefinisikan perubahan sebagai pergerakan satu titik statik kepada satu tahap atau keadaan yang lain. Ia melibatkan tiga fasa yang berkait rapat iaitu Fasa Kesedaran (unfreezing), Fasa Perubahan (changing) dan Fasa Pengukuhan (refreezing).
unfreezing changing refreezing

SAMBUNGAN AGEN PERUBAHAN


Saya bertugas di Wad Bersalin, Hospital Tuanku Fauziah. Di wad saya terdapat seramai 45 kakitangan yang bertugas di sana. Terdapat kira-kira hampir lebih kurang 350-400 pesakit setiap bulan dan hampir 30-40 orang pesakit datang untuk melahirkan cahayamata setiap hari yang ditemani oleh suami dan kaum keluarga. Hampir setiap hari jugalah ada aduan ketidakpuasan pelanggan terhadap kakitangan di wad bersalin dimana jua.

SAMBUNGAN AGEN PERUBAHAN


Akibat dari bebanan kerja dan kurang kakitangan yang berpengalaman maka konflik sering terjadi di kalangan kakitangan seperti sering bercanggahan pendapat antara satu dengan lain. Jururawat juga tidak dapat memenuhi kehendak pesakit dan pelanggan sepenuhnya kerana disebabkan tekanan kerja dan kurang pengalaman. Saya sebagai agen perubahan ingin membuat perubahan agar semua pihak berpuashati dan tiada berlaku konflik lagi.

KONFLIK
Konflik ialah percanggahan pendapat dalam membuat sesuatu keputusan. Ia berlaku di dalam diri sendiri (interpersonal) atau dengan orang lain (intrapersonal). Ia ercetus disebabkan seseorang itu mempunyai kemahuan dan pengharapan yang sering bercanggah dengan kemahuan dan pengharapan orang lain.

SAMBUNGAN.
Thomas(1976) mendefinisikan konflik sebagai satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain telah menghambar atau akan menghambarkan satu kepentingan dirinya.

FAKTOR-FAKTOR TERJADI KONFLIK


Faktor-faktor ini memberi kesan merosakkan proses komunikasi, melahirkan kebencian antara staf atau pesakit, menjatuhknan estim-diri, menimbulkan rasa dendam serta menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain.

KEBAIKAN KONFLIK
Terdapat beberapa kebaikan dan kekurangan di dalam konflik seperti gambar di bawah.

PROSES PERUBAHAN
Satu proses dimana ia merupakan proses menangani masalah konflik di tempat kerja terdiri dari penilaian, perancangan, perlaksanaan, penilaian semula dan stabilisasi.

PENILAIAN & PERANCANGAN


Penilaian bertujuan untuk mengenalpasti masalah,mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai satu penyelesaian sesuatu masalah. Perancangan dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi setelah penilaian dibuat.

PERLAKSANAAN & PENILAIAN SEMULA


Perlaksanaan telah dilakukan bagi menangani konflik agar perubahan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kaedah penilaian semula dilakukan bagi memastikan semua perlaksanaan dan keberkesanan dalam membuat perubahan berjalan lancar sebelum pengubahsuaian dibuat agar tidak berlaku kegagalan.

STABILISASI
Stabilisasi dibuat dan akan dirancang setiap 6 bulan pertama atau satu tahun setelah perlaksanaan dijalankan bagi memastikan bahawa perubahan yang dibuat berjalan dengan lancar.

RUMUSAN
Perubahan yang telah dibuat telah dapat menamatkan konflik dan semua pihak berasa berpuashati dengan perubahan yang dibuat. Bebanan kerja telah dapat dikurangkan, komunikasi diantara kakitangan kejururawatan dan pelanggan lebih efektif, segala halanganhalangan perubahan telah tiada lagi.

You might also like